Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, December 31, 2007

Selamat Tinggal dan Selamat Datang

Erm hari ni 311207... tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk tirai tahun 2007 melabuhkan tirainya. Well, dalam tahun ni rasanya banyak sangat yang terjadi dalam sebuah kehidupan... banyak yang aku tempuhi dan lalui... Ada yang manis dan tak kurang juga yang meruntun sekeping hati dengan airmata. Erm tu lah aku..... gadis cenggeng yang latelay ni cukup sinonim dengan airmata...... Kenapa ekk....

Dalam tahun ni banyak peristiwa yang mengiringi pengembaraan hidup ku di fana sementara ini. Ada yang suka... dan tak kurang juga yang mengundang airmata bertamu dan berserak di pipi. Kehadiran DIA dalam persahabatan membuatkan aku ditamu rasa bahagia dan gembira... mana tak nya dapat teman dan sahabat yang banyak sangat membantu dan berkorban untuk diriku tanpa berkira dan mengira. Namun pemergian Mama dan Papa seakan membawa bersama serpihan ketabahan dan ketenangan yang selama ini memang menipis di jiwa ku. Pemenjaraan aku di hospital tawakal juga seakan membawa lembaran baru dalam era kesejahteraanku. Di sahkan sebagai Talesimia Trait sudah cukup mengacaubilaukan sekeping hati dan kewarasan fikiran. Di samping peratusan hemoglobin yang sememangnya sedari dulu tidak pernah mahu berpihak pada diriku. Apapun aku rasa cam bangga juga sebab aku boleh dan rela membiarkan diriku menjalani Bone Marrow Test yang cukup menyakitkan malah keputusannya juga telah aku perolehi. Apapun 111207 bakal kekal dalam lipatan minda dan tersimpan kukuh di sudut hati. Tarikh yang tak mungkin akan luput sepertimana aku sering mengingati tarikh 220507. Tarikh yang mengundang kemarahan seorang teman atas kesalahan yang telah aku lakukan. Ah! justeru kerana khilafku itu juga, natijahnya aku tanggung hingga ke saat ini.... Aku tak mungkin akan dapat kembali sebuah kemesraan dalam sebuah persahabatan yang pernah terjadi... Aku tak mungkin akan dapat kembali seorang teman dan sahabat yang cukup aku sayangi..... Dan kerana apa yang telah ku lakukan itu juga, aku terpaksa belajar untuk meneruskan hidup tanpa dirinya..... Ya.. aku akur dan redho andai inilah harga yang perlu ku bayar untuk satu kesalahan yang telah aku lakukan.... andai semua ini mampu menebus dan mengembalikan bahagia dan ceria buat dirinya, Ya Allah kuatkan lah sekeping hati ini untuk menghadapinya....

Hari ini seharusnya aku tutup tirai 2007 dengan lunch bersamanya. Sudah ku rangka sesuatu dan aku juga sudah berkira-kira untuk satu makan tengahari yang agak istimewa untuk dirinya... meraikan sesuatu yang sudah lapuk sebenarnya.... tapi semua itu tak kesampaian..... Perancangan yang ku buat tidak bertemu dengan ketentuan dan keizinan dariNYA. Aku sedar, dalam aku merancang, Allah juga merancang dan tentunya sebaik-baik perancangan dan ketetapan datang dariNYA jua.... justeru itu aku cuba tabah dan menredhokan hati untuk menerima segalanya yang telah ditakdirkan untuk hari ini. Aku yakin pasti ada hikmah di sebalik segala yang telah Allah tetapkan... cuma yang pasti aku tak mungkin dapat membohongi diriku yang aku rindu untuk lihat wajahnya.... last kami jumpa dan mengadap hidangan tengahari pada 191207 yang lalu. Selepas ini aku tidak tahu malah tidak pasti bila pulak aku akan bertemu dengannya. Apakah kesempatan itu masih lagi jadi milikku atau bagaimana.... Ahhhhhhh

Kini... Ambang 2008 bakal menzahirkan diri.... Moga tahun yang bakal mendatang itu nanti bakal memahatkan ketabahan dan kekuatan dalam jiwaku untuk meneruskan orak langkah. Memudahkan aku meneruskan apa yang sudah mula meniti dalam sebuah pengembaraan yang sementara ini. Moga apa yang sedang aku usahakan dipermudahkan olehNYA. Aku sekadar berdoa, aku masih diberi kesempatan melunaskan satu impian dalam anyaman cita-cita yang sudah lama bertahta di penjuru hati.... YA Allah permudahkan lah langkah ku untuk menuju apa yang telah mula terbuka dalam aku merealisasikan sebuah impian...... AMIN....

Buat semua pengunjung Istana Kaca... Selamat Menyambut Tahun Baru 2008 yang bakal hadir... Tingkatkan usaha dalam keazaman yang sudah ada.... majukan langkah dalam memburu kejayaan..... Ingat... Tanpa Usaha, Segala impian sekadar satu Angan-angan, tapi Satu angan-angan tak mustahil membuahkan kejayaan dengan segala usaha dan pengorbanan..... Moga aku dan kita semua tergolong dalam golongan insan-insan yang akan berjaya nanti... InsyaAllah.

Satu PERANCANGAN.......

Hari ni, aku melangkah keluar dari rumah setelah menyelesaikan apa yang kak long pinta aku lunaskan. Apa lagi kalau bukan urusan yuran persekolahan agama untuk Yana dan Nazrin.. malah aku juga pi daftarkan Mukhriz ke QDees. Aduh! Semua orang pandang aku, nasib baik gak cikgu tu dah kenal ngan aku sebab dulu Yana dan Nazrin pun sekolah kat situ. So tak adalah masalahnya. Than aku bergegas pulak ke KL Sentral untuk menemui seorang teman. Awalnya aku berhajat untuk ke office seketika, tapi last minute aku cancel sebab terkenangkan yang aku ada LUNCH APPOINTMENT hari ini. So aku tangguhkan dulu apa yang dipinta dari ku. Borak dengan temanku bagaikan tidak pernah ada penghujung. Berbagai topik yang kami perbualkan dan sedap ati dia aje ajak aku temankan dia pergi sumwhere, tapi aku tolak. So aku percepatkan apa yang perlu aku selesaikan sebab aku tak mahu lewat untuk apa yang telah terjanji dan dijanjikan. Sempat gak aku rembat sebiji chocolate cake dari SR... actually untuk apa kek tu... hehehehe tak ada apa.. just nak buat belated celabration untuk sumthing yang dah lama berlalu. Jam 12.11 minit phone aku berlagu... Tertera namanya menyatakan yang Dia masih lagi enggage dengan meeting... maybe finish around 1.00 kot. Erm okey lah.. nak buat camne kan... tak kan aku nak memandai suruh end meeting tu cepat. Tak ada maknanya.... So aku pun just tunggu je lah. Jam 12.48 sekali lagi phone aku berlagu. Dia juga yang menghubungi dan kali ini... "Sorry... I don't think I can make it for our lunch. Boss minta saya siapkan sumthing for him before 02.00 because boss nak hantar pada Datuk. Saya call kemudian, saya nak drive ni." Gulp... aku just menelan liur dalam terkedu.... tapi Ya... aku harus akur dengan tugasan yang harus malah mesti diselesaikannya. Ya Allah... redhokanlah sekeping hati ini dalam menerima segala yang telah engkau tetapkan untuk aku. Sesungguhnya aku sedar, aku merancang... KAU jua merancang dan sebaik-baik perancangan dan ketetapan datangnya dariMU jua. Mungkin perancangan ku tidak bertemu dengan keizinan dariMU. Justure itu redhokanlah hati ku. Usah kau biarkan hatiku diacah seribu satu tandatanya dalam mempersoalkan apa yang telah terzahir di pendengaranku mengapa perancangan ini tidak mampu ditunaikan. Ya Allah... aku sedar kini aku harus banyak belajar MEMAHAMI dan bukan meminta untuk DIFAHAMI. Erm kini kek yang ku beli sekadar menjadi penghias meja... ku lihat tapi tidak ku jamah... Hati ku jadi pilu tiba-tiba tapi erm... tak apalah....

Friday, December 28, 2007

Sejalur ungkapan setulus rasa DHati….

Kalau kita punya seseorang yang boleh jadi Teman dan mampu jadi SAHABAT, janganlah sesekali kita persiakan. Bukan semua Rakan dan Kawan mampu menempatkan diri mereka sebagai Teman malah adakalanya Teman juga tak mungkin berupaya jadi seorang SAHABAT. Seandai insane itu berjaya meluluskan dirinya lantas memegang tahta SAHABAT di hati kita, maka bersyukurlah lantaran kita sebenarnya telah miliki bukan sekadar Teman tetapi Kawan dan Rakan. Hargailah mereka ini sebaiknya selagi mereka sudi bersama-sama kita… Lirik di bawah ini khusus aku tujukan pada mereka yang bergelar TEMAN dan SAHABAT… Terima kasih atas segalanya dan aku tak pernah lupa menghargai apa yang telah dilakukan untuk diriku. Tiap pengorbanan tak pernah luput dari ingatan……

Engkaulah teman ku
Tempatku mengadu
Tika tawa pilu
Tetap bersama ku

Teman yang ku kasih
Akan ku hargai
Hingga akhir nanti
Kan kekal abadi

Ku pinta oh Tuhan
Agar berpanjangan
Sebuah persahabatan

Penuh keikhlasan

Berserak lagi....

Aku terjaga…. Lenaku terganggu lagi… DIA hadir menemani lena…. Kenapa yer…. Apakah aku terlalu ingat pada dirinya…. Erm rasa macam tak je…. Bukan maknanya aku tak ingat pada dia, memang aku ingat malah rindu pun, tapi tak lah sampai teringat sampaikan dalam air pun terlihat bayangnya. Belum sampai ke tahap aku melihat wajahnya di segenap ruang yang dijamah oleh mataku….. Tapi yang peliknya aku mimpikan mama diawalnya. Bagaimana DIA juga boleh menzahirkan diri dalam mimpi yang sama…. Ah! Apa yang sebenarnya sedang aku alami…. Terlihat wajah tenang mama berhias senyuman membuatkan hatiku membuak dengan rasa rindu. Bagai terasa hangat dakapan mama ke tubuh dan kucupan di dahi. Aku benar-benar rindukan mama lebih-lebih lagi takala ini. Alangkah baiknya kalau mama masih lagi ada di sisi….. Namun aku tahu semua itu tak mungkin dan terlalu mustahil untuk terjadi. Lama aku termenung sendiri… melihat pada waktu di phone jelas menunjukkan ke angka 04.30 pagi. Justeru mata sudah tidak mahu lagi beradu, akhirnya aku menyemak kembali draf report yang sudah separuh siap namun minda tidak memokus pada apa yang terbias di pandangan. Usai solat Subuh, aku bertafakul di atas sejadah…. Apa lagi yang hendak ku pinta…. Ah! Malunya rasa hati…. Malu justeru lately ni aku bagaikan insan yang asyik meminta dariNYA…. Tapi aku tahu DIA tak pernah mempersoalkan apa yang dipinta oleh sekelian hambaNYA….. YA Allah…. Malunya aku padaMU…dan maafkan aku justeru aku sudah tidak tahu ke mana lagi harus aku curahkan segala yang aku rasa. Tanpa mampu ku kawal, kristal jernih pecah berderai dan berserak di pipi. Aku karam dalam sedu sedan yang sudah tidak berdaya ku tahan….. Aku teresak-esak akhirnya meluahkan segala yang ku rasa selama ini…

Terbongkar.....

Mak Chu, boleh Yana tanya sumthing tak?” Aku sekadar tersenyum. Sejak bila pulak minah cilik ni reti minta keizinan sebelum meledakkan pertanyaan.

Hai! Hari ni ada road block ke? Selalu main tanya je, tak pernah minta izin pun?” Wajahnya sudah dihiasi senyuman membariskan giginya yang putih cantik tersusun. Aku masih meneruskan kerja. Menyemak draft report yang perlu ku taip sebelum menyerahkan pada boss keesokkan harinya.

Ha! Tadi kata nak tanya, kenapa diam.?” Soalku bila melihat anak saudaraku mengunci bicara.


Personnel sangat ke? Rasanya tak ada sesiapa kat sini kan selain dari kita berdua. Kenapa? Yana nak pegi tengok konsert Anuar Zain ke?” Tanya ku lagi. Tahu akan kegilaannya terhadap penyanyi bersuara romantik itu.

Isy bukan lah Mak Chu. Kan Walid dah kata, tak boleh nak minat sangat dengan orang lebih-lebih lagi kalau sampai ke tahap fanatic.

Aku memandang wajah comelnya. Macam tak percaya dengan apa yang baru ku dengar. “Tahu tak pe. Ha! Eloklah tu kalau dah sedar.” Aku tersenyum. “So, Yana nak tanya apa sebenarnya.? Ha! Don’t tell me yang peralatan sekolah Yana masih belum cukup. Please… Mak Chu tak sanggup nak spend masa temankan Yana shopping lagi. Surender….“ Yana mengekek ketawa mendengar kata-kata ku. Mungkin menrecall apa yang terjadi sewaktu kami bershopping tempohari. Kecoh…

Sebenarnya Yana nak tanya. Mak Chu penah dengar tak nick name Pu3Chempakabiru?” Aku tersentak…. Ah! Mana pulak minah sorang ni tahu pasal nick tersebut.

Erm mana Yana jumpa nick name tu? Bunyi macam best jer” Aku menyoalnya. Menseriuskan wajah dengan harapan dia boleh memberikan huraian lanjut.

Masa kat rumah Pak Ngah Iqbal hari tu, Pak Su Aiman ada surf internet. Dia masuk ke weblog milik Pu3Chempakabiru. Kata Pak Su, dia selalu ikuti n3 dalam blog tu dan rasa macam orang tu kenal dengan family kita. Jadi dia agak….

Dia agak Pu3Chempakabiru tu Mak Chu?” Pintasku segera sebelum sempat dia menghabiskan kata.

Apa yang membuatkan Pak Su Aiman yakin pemilik nickname tu Mak Chu? Apa buktinya?” Soal ku lagi.

Banyak buktinya…. Macam nama ahli keluarga dan kisah yang dia tulis kat situ.” Ucap Yana. Matanya sudah memanah wajahku. Ah! Gawat… tak kan aku nak mengaku…

Mungkin secara kebetulan nama-nama tu serupa.” Aku cuba pertahankan hujah.

Mana boleh kebetulan… Puteri Arrisya Dayana dah di register untuk Yana. Begitu juga dengan Mak Ngah Sarah Joanne Edward Abdullah. Nama baby pun ada kat situ. Puteri Aisyah Nur Iman. Tak kan kebetulan juga Mak Chu.” Amboi! Si kecik ni pun dah pandai nak provok aku… Ah! Apa lagi alasan yang harus ku beri…

Jadi, betul ke Pu3Chempakabiru tu Mak Chu?” Soal si kecik lagi. Kini dia sudah mula tersenyum lantas berlalu meninggalkan aku sedangkan aku….

Ah! Perlukah aku membuat pendedahan dan sekerap mana Aiman sering membolosi ke Istana Kacaku ini…. Erm tak sangka rupanya sepupuku itu pun mamat blogger juga…. Isy…. Patut pun suka sangat mengadap computer dan bertapa di library…. Rupanya itu kerjaya sampingan dia… Ceh! Hampehkelapa.com…. begitu banyak weblog, kenapalah dia tersesat dan menyesatkan diri ke blog aku….. Aiman… Aiman….. jangan hang juai weblog address aku dah…. Tak pasai ja nanti…. Habis ribut satu YAN….. dan tak perlukan promosi terus glamour jadinya…. Hahahahaa

Thursday, December 27, 2007

Redho Sekeping Hati....

Rumah teres di Jalan Setia Murni itu sudah mula sunyi. Kabus yang menyerungkupi menambah kesejukan sekeliling. Malam ini aku terpaksa juga mengalah dengan desakan agar aku bermalam di rumah ini. Aku bersendirian di dalam kamar yang sepi, sama seperti sepinya sekeping hati yang aku miliki. Arghh! Siapakah yang mengerti perasaan ku tika ini.. terlalu sukar didambakan kepastian jauh sekali mengapai untuk ku dakap menyelimuti perasaan yang sering diacah. Bicara duka yang kini ku alami semakin sukar untuk dibicarakan. Bilakah puputan bayu lembut bisa mampu mendamaikan gelodak jiwa yang kian parah ini. Mampukah aku melangkah walaupun hati tersayat pilu yang bukan kepalang. Bayu lembut tetap kalah tika mendengar rintihan yang acap kali bergema. Pada siapakah dapat diluahkan luka hati ini? Siapakah yang sudi menyuntik titis kekuatan agar dapat dijadikan penawar pada kelukaan ini? Siapakah yang boleh memahami apa yang dirasai kini? Aku teringat pada Kak Long… Ah! Mustahil untuk aku luahkan pada kakak ipar ku itu sedangkan dirinya sendiri kini berhadapan dengan satu ujian dan dugaan maha hebat dari yang Esa.

“Kenapa Kak Long nampak muram je?” Pertanyaan terlontar takala wajah muram Kak Long menyapa pandangan mataku. Jarang untuk melihat wajah sedemikian terbias dan membias pada Kak Long.

“Tak ada apa-apa. Adik baru balik?” Soalan teraju kembali padaku. Aku sekadar menganggukkan kepala sambil mata masih sempat melirik pada jam dipergelangan tangan. Ah! Dah hampir jam 09.30 malam.

“Adik dah makan?” Kak Long terus membuka medan persoalan lantas mengajak aku untuk turut sama memainkan peranan.

“Dah. Di pejabat tadi.” Ucapku ringkas. Tidak mahu menyusahkan sesiapa lebih-lebih lagi kini aku berada di rumah keluarga Kak Long. Tentu mereka semua sudah mengadap juadah makan malam lantaran aku teramat maklum akan waktu yang memang sudah menjadi amalan keluarga ini.

“Naiklah mandi, kemudian solat. Nanti Bonda minta bibik siapkan makanan untuk adik.” Terdengar suara Mak Engku yang entah hadir dari mana. Aku semakin diterpa rasa bersalah.

“Tak apalah Mak Engku. Terima kasih. Adik benar-benar dah makan, kenyang lagi rasanya. Adik naik dulu yer.”Aku mencipta dalih dan tentunya sudah pasti menerima panahan mata Kak Long yang seakan mencari kebenaran pada apa yang singgah dipendengarannya.

Kaki ku pantas melangkah. Lagi lama aku di situ, pastinya medan pertanyaan itu semakin meluas dan aku tak sanggup untuk turut berada di dalamnya.

Aku menyelesaikan segala yang diperlukan, kemudian aku kembali ke ruang tamu. Tika itu jam sudah menunjukkan ke angka 10.45 malam. Terlihat Kak Long masih berbual dengan Mak Engku. Aku melabuhkan duduk disebelah kak long.

“Lupa adik nak ucapkan tahniah pada Kak Long. Harap kali ini Kak Long lebih berjaga-jaga. Tak payah nak buat kerja sangat kat rumah. Biar adik je yang buat.” Ucapku sambil meraih tangan Kak Long. Wajah Kak Long berkerut mendengar butir bicaraku. Ah! Salahkah apa yang aku perkatakan tadi? Hati bertanya pada diri.

“Tahniah untuk apa dik?” Tanya Kak Long.

“Erm! Bukan ke Kak Long expecting sekarang ni?”

Aku lihat Kak Long dan Mak Engku sama-sama tertawa kecil sedangkan aku dipagut kebingungan.

“Sapa yang beritahu adik?” Tanya Kak Long, Tawanya masih lagi kedengaran biarpun perlahan.

“Sapa lagi kalau bukan Yana. Erm! Ada apa-apa yang adik ketinggalan ke?” Aku bagai meminta kepastian. Gelas berisi air putih ku teguk perlahan. Ah! Lega rasanya bila air jernih itu membasahi kerongkong ku.

“Dengarlah cakap Yana tu. Tak adalah Mana ada Kak Long mengandung, lagi pun baru sangat lagi kan allah ambil Iman.” Tersedak aku bila Kak Long menyebut nama itu. Air yang mengalir terasa perit. Berkali-kali aku terbatuk-batuk. Tersentak mendengar nama itu.

“Jadi?”

“Tak jadi apa, yang pasti Kak Long tak mengandung dan rasanya tak mungkin mengandung kot.” Perlahan terdengar ucapan Kak Long. Bagai menyembunyikan satu kepedihan yang sedang dirasanya.

Melihat perubahan di wajah Mak Engku aku bertambah yakin tentu ada sesuatu yang terjadi.

“Tapi hari tu Yana kata Kak Long muntah-muntah, kemudian dia terdengar Kak Long sembang dengan Dr Bib. Erm Mak Engku pun ada beri amaran supaya Kak Long berhati-hati dan tak melasak sangat. Kalau bukan mengandung… apa pulak?” Aku meyoal dan tanpa memikirkan bahawa itu adalah soalan bodoh yang keluar dari minda yang ternyata tidak langsung bersedia untuk mengajukan soalan.

Aku lihat Kak Long mengeluh. Seakan berat untuk meluahkan atau memberi secebis penerangan bagi menerangi kebingungan yang sedang aku alami saat itu.

“Adik, sebenarnya rahim Kak Long ada masalah. Kak Long sembang dengan Dr Bib untuk dapatkan advise dia apa yang perlu Kak Long buat terhadap masalah ni.” Ucap Kak Long perlahan.

“Bonda suruh TAS hati-hati supaya tak berlaku pendarahan lagi. Doktor dah sahkan rahim TAS tak sihat dan perlu dikeluarkan. Mungkin juga sebab itu TAS keguguran tempohari, tapi TAS tetap nak tunggu Faizul balik. Biar Faizul yang buat keputusan dan beri keizinan.” Terang Mak Engku akhirnya. Kak Long sekadar menundukkan wajah. Aku tahu pastinya Kak Long sedih. Apa lagi yang tinggal bagi seorang perempuan tanpa rahim. Untung juga Kak Long dan Along sudah punya cahayamata, jika tidak.. aku tak mampu menggambarkan keadaan mereka.

“Bonda, pemergian Nur Iman tak ada kaitan dengan semua yang doktor katakan. Dah memang tersurat zuriat TAS itu tak akan lama dengan TAS. Allah lebih sayangkan dia dan tahu apa yang terbaik untuk kami semua. TAS redho akan pemergian Nur Iman kerana TAS tahu dia akan jadi saham buat TAS dan Abang Faizul Di sana nanti. Nur Iman tetap hidup dalam jiwa dan hati kami semua.” Ucap Kak Long lembut. Ah! Itulah kakak ipar ku. Sentiasa melandaskan tiap apa yang dilaluinya sebagai anugerah Allah untuk menambah keimanan dan ketabahan di hatinya. Alangkah baik kalau aku juga boleh melakukan sedemikian.

Perlahan-lahan ku rapati kakak ipar ku itu. Tubuhnya ku rangkul. Sebak rasa hati mengenangkan nasibnya. Ujian yang Kak Long hadapi lebih hebat dari apa yang aku alami, namun dia masih boleh tersenyum dan bersabar. Ah! Tabahnya Kak Long… Apakah ini diantara hasil didikan Along terhadap dirinya sejak mereka diijabkabulkan dulu? Hati ku tiba-tiba disapa pertanyaan.

“Kak Long tak apa-apa. Semua ini sudah tersurat dalam takdir yang sudah ditetapkan. Kak Long yakin pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Kak Long redho kalau along izinkan dan sudi terima isterinya walaupun tanpa rahim.” Ucap Kak Long sambil tersenyum.

Aku dan Mak Engku mengunci bicara. Tidak tahu perbendaharaan apa yang harus diguna pakai bagi menyampaikan segala rasa yang ada di hati. Akhirnya aku mengukir senyuman. Kini tahulah aku mengapa arwah mama tidak pernah gusar andai terpaksa meninggalkan aku lantaran dia seakan yakin bahawa menantu sulungnya bisa mengambil alih tanggungjawab dan menggantikan tempatnya. Apapun aku masih belum bisa melihat arwah mama dalam diri Kak Long sepertimana ku lihat arawah papa dalam diri Along.

“Adik, mengelamun apa? Dahlah. Pegi tidur. Dah lewat ni. Esok adik kerja kan. Nanti terganggu pulak kesihatan adik. Sebelum tu jangan lupa makan ubat. Tak payah fikir sangat pasal Kak Long. InsyaAllah tarbiah yang selama ini along suntikkan dapat membantu Kak Long menghadapi segalanya. Kita semua dalam ujianNYA, Adik.. Kak Long.. Along.. dan seluruh keluarga kita, malah orang-orang yang dekat dan kita kenali serta sayangi. Apa yang penting, kita perlu cuba untuk meredhokan sekeping hati yang ada untuk menerima segalanya. Bila hati kita redho, kita akan rasakan kemanisan ujian dan dugaan yang diberiNYA. DIA uji sebab DIA sayangkan kita. DIA nak perkukuhkan ketabahan dan keimanan di hati kita. Sentiasalah ingat padaNYA sepertimana DIA tak pernah lupakan kita. InsyaAllah… semuanya akan kembali seperti sediakala. Itu pesan yang along minta Kak Long sampaikan pada adik.” Ucap Kak Long bersama sejalur senyuman yang menghiasi bibirnya membuatkan aku disapa kebingungan.

Along… entah mengapa aku tiba-tiba jadi terlalu rindu pada abangku yang seorang itu….

Wednesday, December 26, 2007

Terima Kasih Teman....

251207’ – Airmata tiba-tiba bertamu… aku bagai dihimpit rasa hiba dan pilu…tapi dengan siapa harus ku kongsi…. Tiada…. Aku bagai terlontar sendirian terkapai-kapai berenang di lautan emosi yang sudah mula dilanda Tsunami. Temanku sudah selamat berada di kampungnya. Tiba-tiba telefonku beralun. Dari lagu yang berkumandang sudah mampu ku duga sapa gerangan di hujung talian.‘Hai apa khabar?Aku sedang beristirehat. Ko tengah buat apa?’ Soalan pertama yang diajukan sebaik sahaja komunikasi dua hala terjalin.’Tak buat apa.Tengah belek dairy. Erm mama bagaimana? Sihat?’ soalan ku ajukan.’Orang-orang kat sini aku tak risau, semuanya okey. Aku lebih risau pasal ko kat sana. Ko macamana? Okey?’ Aku tersenyum walaupun aku tahu bukannya dia dapat melihat sejalur senyuman yang terbias di bibirku.’Aku okey je macam biasa’ Alasan ku cipta seadanya. ‘Iyerlah tu. Ko bukan seorang pelakun dan tak akan mampu jadi seorang pelakun lebih-lebih lagi dengan aku.’ Tuturnya sinis. Aku terdiam. Tidak tahu apa yang harus ku ucapkan untuk mengwujudkan sebuah keyakinan di hati seorang sahabat yang jauhnya berpuluh ribu kilometer dari ku.’Aku dapat rasakan kesedihan ko tu tapi aku nak ko tabah. Permasalahan tak akan selesai kalau korang ambil sikap berdiam dan mendiam.’ Aku terkedu mendengarkan ucapan yang tidak ku duga sama sekali. ‘Apa yang engkau cuba sampaikan. Maaflah aku kurang faham.’ Terdengar dia ketawa manja. ‘Kalau korang tak ada masalah, seharusnya apa yang aku cakap tak mendatangkan apa-apa impact maksimum di hati ko kan. Betul tak?’ Aku diacah dengan sebuah sindiran.’Erm…’ Hanya itu yang mampu terluah. Masakan aku perlu bercerita akan kemelut yang sedang melanda. Aku tidak mahu merosakkan kegirangan percutiannya disamping keluarga tersayang. TIDAK… itulah kata hatiku. ‘Well, tak ada apa yang berlaku dan engkau tak perlu risau pasal aku. Seharusnya engkau gunakan kesempatan dan waktu yang ada ni untuk bercuti sepuasnya dengan mama dan family yang lain. Tinggalkan seketika dari fikir pasal aku kat sini. Don’t worry, aku okey dan akan terus okey sampai engkau balik malah aku dah janji dengan along akan tunggu depa semua balik dari sana. Lagi pun macam yang aku beritahu pada engkau hari tu, aku dah selamat menjalani minor operation untuk Bone Marrow test. InsyaAllah tak ada apa-apa dan masih ada waktu.’ Ucapku bersama tawa yang sengaja ku perdengarkan. Dia mengeluh… dan aku masih terkial-kial mencari penafsiran apa makna keluhan itu. ‘Kenapa korang mesti jadi macam ni?’ Soalnya perlahan. Aku terdiam. Membisukan pertuturan agar tidak menziarahi pendengarannya. ‘Aku tahu lately ni banyak yang ko pendam sendiri. Aku bukan lagi tempat untuk ko berkongsi rasa. Kenapa mesti ko siksa hati dan diri ko sendiri? Tiap orang tak pernah lepas dari melakukan kesalahan. Samada kecil atau besar, salah itu tetap akan berlaku selagi kita bergelar manusia. Yang penting kita sedar akan kesilapan itu dan mahu mengakui dan memperbaikinya. Aku yakin ko tak berniat terhadap apa yang telah terjadikan. Aku kenal ko bukan sehari dua…. Faham sangat dengan perangai ko tu. Aku sayang sangat kat ko cuma terkadang aku kesal bila ko masih rela membiarkan hati ko luka. Kenapa mesti ko rahsiakan segalanya dari aku? Ko hadapi semuanya sendiri walaupun hakikatnya ko tak mampukan.’ Soalan diasak meski tidak secara terang membuatkan kristal jernih yang sudah menguntai ditubir mata pecah berserak di pipi. Aku akhirnya tersedu sendiri dan tidak sukar pendengaran ini menangkap sedu yang mula kedengaran di hujung sana. Ah! Empang airmata temanku turut sama pecah. ‘Entahlah… aku bukan kawan, rakan, teman jauh sekali sahabat yang baik untuknya. Aku dah susahkan dia dan rasanya aku tak akan dapat kembali apa yang pernah ada pada aku satu ketika dulu. Dia dah tak seperti dulu malah antara kami juga seakan sudah terbina jurang biarpun tidak kelihatan.’ Sebak rasa dada bila mengenangkan hubungan yang semakin suram dan hambar lewat kebelakangan ini. Meski pada zahir ianya bagaikan sudah pulih, tapi reality yang membias di perasaan ku tidak sealiran dengan apa yang terbias di pandangan dan pendengaran. Terasa seakan hanya aku yang masih menganyam buih-buih harapan sedangkan dia…Apakah hanya aku seorang sahaja yang masih beriya dan sayangkan perhubungan dan persahabatan kami…. Entahlah….’Ko jangan fikir macam tu. Ko ingat tak... dulu kita pernah mengalami apa yang sedang korang alami sekarang tapi selepas itu kita jadi teman dan sahabat yang rapat dan paling akrab. Kita mampu berkongsi suka dan airmata. Ko yakinkan, tuhan menguji sebelum diberiNYA bahagia pada kita. Perbanyakkan berdoa moga perhubungan korang akan pulih semula. Kalau dia sayangkan persahabatan dan perhubungan korang, tentu dia juga tidak mahu segalanya berakhir begitu sahaja. Aku nak ko banyak-banyak bersabar. Sebelum ini ko tabah menghadapi dugaan. Aku tetap ada dengan ko dan akan sentiasa ada.’ Kami bertangisan lagi. Pilu hatiku mendengar ucapan ikhlas dari seorang teman yang sudah terlalu banyak berkongsi segala yang kami rasa. ‘Ko jangan banyak menangis, ko baru je lepas buat operation. Walaupun kecil, tapi ko tetap kena jaga kesihatan. Aku tahu ko sayang sangat pada sebuah persahabatan dan aku bukan buta walaupun hakikatnya kita ni sama-sama rabun untuk melihat betapa sayangnya ko pada persahabatan di antara korang cuma aku tak nak kesihatan ko jadi pertaruhan.’ Ucapnya lagi. Aku sekadar mampu mengeluh. Banyak yang berada di minda dan perasaan, tapi aku tidak pasti, apakah selayaknya aku luahkan pada teman yang sepatutnya sedang diulit keriangan bersama keluarga yang sudah lama tidak ditemui. ‘Luahkan lah apa yang ko rasa dan menangislah kalau semua itu mampu buat ko rasa sedikit kelegaan dan ketenangan. Aku tahu banyak yang ko simpan dan pendam.’ Terdengar pujukan lembutnya. Aku tahu kalaulah aku berada bersamanya, pasti kami sudah berpelukan sambil bertangis-tangisan. ‘Aku tak seharusnya menyusahkan engkau dengan apa yang sedang aku lalui sekarang.’ Keluhku lagi. Rasa bersalah justeru membebankan dirinya yang jauh. ‘Jangan cakap macam tu. That’s what friend for kan. Bukan hanya untuk berkongsi suka sebaliknya lebih dari itu. Aku tak pernah rasa ko menyusahkan aku cuma kadangkala aku geram dengan diri ko. Sanggup biarkan hati ko terus dilukai oleh orang lain.’ Komennya tanpa pinta. ‘Semuanya ini berpunca dari salah yang telah aku lakukan dan ya sudah selayaknya aku merasakan semua ini. Terbelenggu oleh rasa kesal dan bersalah yang masih belum membebaskan diri malah aku kian terasa kehilangan sahabat yang amat dekat dengan aku selain dari engkau.’ Bicaraku seakan tenggelam dalam sendu yang cuba ku tahan. ‘Tak boleh ke dia maafkan ko atas ketidak sengajaan kesalahan yang berlaku? sedangkan nabi pun sedia mengampunkan umat, tak kan dia…’ ‘Dia bukan nabi…’ ‘Sebab dia bukan nabilah makanya dia tak layak malah tak berhak untuk menghukum ko sebegini.’ Potongnya pantas dalam soaljawab yang tidak ku duga. ‘Aku tak mahu kita pula terjerat dalam kancah perdebatan yang mungkin akan mengundang padah terhadap persahabatan kita. Aku tak mahu turut kehilangan engkau hanya kerana permasalahan yang sedang aku hadapi. Please…Aku tak sanggup…..’ Rayu ku padanya. ‘Dah lama aku tak dengar kepetahan dan kelajuan speed percakapan ko dalam mempertahankan hujah. Entah kenapa tiba-tiba hari ni aku terasa rindu nak dengar. Kenapa… ko dah terasa nak tukar identity ko ke? Selalunya ko kan jarang dan susah nak mengalah tanpa mempertahankan hujah ko terhadap sesuatu yang diperkatakan selain dari isu yang bersangkutan dengan kerja ko. Kenapa sekarang ko mudah sangat menyerah?’ Ah! Aku diprovok dan diasak dengan pertanyaan yang sudah tentu tak punya jawapan. ‘Kita cakap lain kali yer. Nanti tak pasal tinggi pulak bill engkau.’ Aku segera mencipta alasan dan dalih yang rasanya cukup relevant untuk membolehkan aku menghindari dari terus diprovok dan secara tidak langsung bakal menyusahkan dirinya. ‘Bill tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan nilai sebuah persahabatan yang memang tak mungkin dapat aku bayar. Ko ingat tak apa yang terjadi dua tahun yang lalu? Permainan manusia-manusia di alam maya yang menjerat diri aku pada tuduhan tanpa asas. Siapa yang ada bersama aku waktu itu dan tak semena-mena membiarkan dirinya mengambil alih tuduhan yang dilemparkan pada aku? Ko lupa ke apa yang ko dah buat untuk menyelesaikan masalah tu? Aku tak pernah lupa. Ko pertaruhkan hati ko untuk dilukai semata-mata untuk kepuasan dan kebahagiaan orang lain dan sekarang ni aku bagai melihat keadaan itu semula. Dia tak sepatutnya buat ko macam ni. Walau pun ya aku tahu ko dah buat kesalahan, tapi tak kan dia nak terus hukum ko macam ni? Dia macam sengaja pergunakan titik kelemahan yang sudah dapat dikesannya dalam diri ko. Dia tahu ko sayangkan dia dan perhubungan korang. Walau apapun ko tetap akan terus hubungi dia kan walaupun aku mengeluarkan larangan. Kenapa… kerana ko ni sorang penyayang. Ko sedar tak, ko bukan sahaja pertaruhkan hati ko untuk merasakan kesakitan atas sikapnya, tapi ko pertaruhkan harga diri ko semata-mata untuk persahabatan korang. Kalau dia juga betul-betul sayangkan persahabatan ini, dia tak akan buat ko macam ni. Tak biarkan hanya ko yang tercari dirinya, Kalau dulu, kenapa dia sentiasa ada masa nak call ko… panggilan pagi sebelum memulakan tugasan dan petang sebelum dia balik ke rumah macam satu kemestian kan. Selingan sepanjang hari tu, tak perlulah aku senaraikan, tapi sekarang kenapa semua tu macam tak pernah berlaku dan dilakukannya? Macam tak wujud dan ko pulak yang bagaikan dapat jawatan baru…jadi PENUNGGU dan PENANTI yang aku pasti akan membuatkan hati ko tu sedih dalam kesakitan. Patutkah dia buat ko macam tu?’ Persoalan terus diajukan padaku. Kristal yang tadinya sudah bercantum, kini berderai kembali lantas berserak di pipiku.Bukan sengaja dia macam tu. Dia punya masalah yang perlu diberi perhatian lebih dari apa yang sedang kami alami. Tiap yang dia lakukan pasti punya sebab dan alasan. Engkau tak kenal sangat dengan dia macam aku kenal dia. Percayalah… Dia baik… malah baik sangat. Kalau tidak masakan dah banyak yang dia tolong aku. Dia pun macam engkau juga… sahabat aku yang terbaik sama seperti engkau, cuma aku sahaja bukan sahabat yang baik untuk dia dan juga mungkin untuk engkau. Aku sekadar menyusahkan kalian berdua dengan apa yang aku alami.’ Terdengar tawa sinis di talian hujung sana. Aku sedar apa yang aku ucapkan tadi tidak diterima. ‘Iyerlah tu. Ko lebih kenal dia dari aku dan walau apa pun yang aku kata, ko tetap tak akan terima kan. Okey aku tak kan paksa ko tapi aku nak ko janji dengan aku. Jangan pertaruhkan kesihatan ko hanya sekadar untuk melihat orang lain bahagia. Aku nak ko belajar untuk sayang diri ko disamping ko sayang orang yang ada di sekeliling ko. Ingat tu. Ko pergilah rehat. Dah lewat sangat ni dan satu lagi, ko jangan nak jadi permastautin tetap kat office tu. Jangan nak balik lewat selalu dan jangan asyik menyumbat perut ko dengan biskut dan air ribena. Aku tak nak tengok dan jumpa ko cengkung dan kurus tak menentu bila kau balik nanti. Kalau iyer pun nak kurus, tunggu aku supaya kita sama-sama boleh kurus. Ingat tu. Okey aku chow dulu… dan sebelum tu aku nak ko ingat yang aku sayang sangat pada ko walau apa atau siapa pun ko. Harap ko tak lupa dan tak akan lupa.’ Talian kembali bisu. Aku masih merenung telefonku yang ternyatak sudah kaku. Akhirnya kristal jernih pecah dan berserak kembali di pipiku. Terharu dan rasa terlalu bersyukur justeru allah kurniakan aku teman dan sahabat sebaik mereka. Terima kasih Teman… terima kasih atas segalanya… Aku terlena bersama rasa yang sukar untuk ku ungkap pada zahir sebuah pengucapan…

Yang Mana 1....

Teguran, Peringatan atau Amaran????

December 2407’ – Telefon ku berlagu. Di skrin kaku sekadar tertera perkataan ‘Private Number’. Termanggu aku jadinya. Samada menjawab atau membiarkan sahaja dan akhirnya panggilan itu ku terima jua. ‘Baik awak putuskan apa pun jua bentuk perhubungan awak dengan “R” kalau awak tak mahu susah. Awak tak rasa bersalah ke mengganggu kebahagiaan orang lain? Hey! Perempuan jenis apa awak ni ha? Dah tak ada lelaki lain ke selain dari “R”? Sanggup awak hancur dan musnahkan kebahagiaan yang orang lain miliki.’ Aku terkedu. Bagai melayang semangat dan harga diri bila disapa dengan kata-kata sedemikian dari seorang lelaki yang langsung tidak aku kenali. Tanpa salam aku dihadiahkan dan disapa dengan ungkapan sebegitu. Lama ku merenung telefonku yang sudah lama bisu. Aku kembali membelek senarai nombor yang masuk, cuba mengesan gerangan nombor yang baru sahaja menceroboh dan mengodam pendengaranku sebentar tadi. Malangnya sekadar tertera perkataan ‘No Number’. Apa pun ucapan insan itu sebentar tadi seakan betah meresap ke mindaku. Aku bertanya sendiri pada diri. Tegakah ku musnah dan hancurkan kebahagiaan milik orang lain hanya untuk kepentingan diriku dan kebahagiaan yang nyata sekali bukan hak ku? Gembirakah aku melihat airmata insan lain mengalir kerana diriku? Tidak… aku tidak akan tega melakukan semua itu malah aku lebih sanggup membiarkan hatiku yang dilapah luka dalam derai airmata. Apa yang harus aku lakukan… Ya Allah… kuatkah aku untuk meneruskan langkah ini…. Mampukah aku menghadapi satu kehilangan demi kebahagiaan orang yang aku…… Ah!!!!

Ia Hadir Jua.....

December 2207’- Aku sekadar ingin merakamkan ucapan “Selamat Hari Persahabatan yang ke 7 Bulan” yang dah 4 hari berlalu. Meskipun aku tidak tahu apakah kesudahan atau ke mana arah dan paksi persahabatan ini setelah berlakunya kesalahan yang aku lakukan. Namun jauh di sudut hati, aku terus menganyam buih-buih harapan moga masih ada keizinan dariNYA untuk persahabatan ini kembali mekar sebagaimana dulu. Memang tidak aku nafikan, sejak terjadinya peristiwa itu, bagai terbina satu jurang dan tembok yang kian meluas merentasi segalanya. Semua berubah dan terubah. Apa pun aku tetap cuba meredhokan diri dalam menerima apa jua yang sedang dan bakal atau akan terjadi justeru yang lebih penting buat diriku kini hanyalah kebahagiaan dan kegembiraan insan yang mungkin masih merela dan mengizinkan dirinya ku panggil KAWAN, RAKAN, TEMAN DAN SAHABAT. Aku bertuah dan bersyukur justeru dikurniakan seorang insan sebaik dirinya yang sudah terlalu banyak membantu dan berkorban untuk diriku. Terima Kasih dan “SELAMAT ULANGTAHUN HARI PERSAHABATAN YANG KE 7 BULAN – 22hb 2007’” Khusus untuk dirimu…….

Aku dan Bone Marrow



211207 – Aku selamat menjalani dan melunaskan janjiku untuk melakukan “Bone Marrrow Test”. Rawatan yang sepatutnya memakan masa kurang dari satu jam itu boleh lah dikategorikan suksess biarpun ada komplikasi luar jangka yang berlaku. Namun kehadiran Doktor Kamal sedikit sebanyak membantu mengatasi segalanya. Iyer aku tidak nafikan ianya memang menyakitkan takala jarum ditusuk ke bahagian tulang untuk mengambil marrow untuk dianalisi. Meskipun ubat bius sudah disuntik tapi kesakitannya masih dapat ku rasakan. Malah hingga kini terkadang sakit itu sesekali masih terasa. Ujian tersebut untuk mendapatkan kesahihah dan kepastian terhadap apa sebenarnya yang aku alami. Aku cuba bertahan dan redho biarpun aku harus menanggung natijahnya kerana aku nak jemput dan jumpa along dalam keadaan sihat biarpun tidak sesihat orang lain. Setidak-tidaknya aku dapat buktikan pada along yang adiknya ini masih mampu menjaga diri walaupun takala ketiadaannya. Jadi tentu kerisauan dan kegusaran along akan berkurangan malah dia akan berasa sedikit tenang untuk bepergian melanjutkan pengajian setelah kembali dari Tanah Suci kelak. Kalau boleh aku tak nak along susah hati malah aku juga tidak mahu along menolak tawaran yang diterimanya. Aku tahu sudah lama abangku itu menyimpan hasrat dan cita-cita untuk menyambung pengajiannya malah tawaran dari Oxford University bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Justeru kerana itulah aku tega lakukan segalanya demi along. Menurut Doktor Zahid, aku akan memperolehi keputusan ujian yang dijalankan itu dalam tempoh empat hari atau paling lama seminggu. Apa pun aku tidak rasa teruja pun untuk tahu sebab aku memang dah tahu dan boleh agak yang keputusan itu pastinya tidak akan memihak padaku. Biar apa pun yang bakal dan akan aku terima, aku tetap redho dengan segala yang telah tersurat dalam perjanjian azaliku. Aku tak akan kesal dengan takdir yagn telah ditentukanNYA. Cuma yang aku harap ketabahan dan kekuatan ini masih bersisa dalam diri agar nanti aku tidak menyusahkan insan-insan yang sedia ada di sekelilingku. Andai mampu, biarlah aku menghadapinya sendiri. Biarlah diri dan hati ini yang terus menanggung serta menyimpan segala yang bakal aku ketahui nanti…..

Bingkisan Aidil Adha

Allah huakbar… allah huakbar… allah huakbar
La illah hailallah huwallah huakbar
Allah huakbar walilla ilham……


Alunan takbir, tahmid dan tasbih sudah kedengaran selepas selesai Solat Maghrib pada malam 191207’. Tika itu aku masih di rumah, baru usai menunaikan solat Maghrib sendirian. Kak long dan anak-anak buahku sudah berada di rumah Abang Iqbal di Sri Damansara. Mengikut pemberitahuan yang telah aku maklumi, kami sekeluarga akan beraya di rumah abang sepupu ku itu tahun ini. Dengarnya Mak Long sekeluarga pun dah sampai. Ini bermakna Abang Isyqal dan Kak Min juga ada bersama. Sedang aku termenung seperti lazimnya, telefon ku berlagu. Tertera nama Abang Isyqal di skrin.

Hai Tuan puteri, cepat siap. Abang ada kat luaq ni. Segan nak masuk. Abang bagi masa 10 minit untuk adik keluaq.’ Terdengar suaranya mesra menuturkan perintah. Aku sekadar tersengeh walau aku tahu bukannya abang sepupuku itu nampak pun. Aku mencapai beg lantas bergegas keluar. Sekadar menyalutkan tubuhku dengan jubah dan tudung hitam seperti lazimnya. Terlihat wajah kedua sepupu kembarku. Tak sangka pulak yang Abang Iqbal pun ada sama. Aku memboloskan diri ke dalam kereta yang sudah menanti.’Amboi! Cantik reta. Honda Civic Bemer lagi. Bila beli?’ Soalku spontan pada Abang Isyqal. ‘Reta pinjam. Abang Iq punya. Kalau nak harap Abang Isy, tak mampu dik ooiiiii. Lainlah engineer kita ni.’ Abang Iqbal sekadar tertawa mendengar usikan kembarnya. Aku pula hanya menggelengkan kepala. Telatah mereka masih tak berubah. Tetap mesra seperti dahulu.’Kenapa adik tak mai dengan Kak Long? Tebai telinga abang kena tadah mak berleteiq. Ni pun dia yang galak sok mai ambik adik.’ Tanya Abang Iqbal bersama pengaduan tidak rasmi. Tahulah aku yang Mak Long sudah berada di rumahnya. Ah! Apalah alasan yang harus ku berikan pada ibu saudara ku itu nanti. Pasti berjela soalan yang bakal teriring sebaik aku tiba nanti. ‘Hai Tuan Puteri! Dan berangan.’ Sergah Abang Isyqal membuatkan aku tersengeh malu. ‘Adik pi mana tadi. Kak Long kata adik tak dak di rumah masa dia pi rumah abang.’ Soal Abang Iqbal sambil menentang wajahku. Abang Isyqal turut sama menjeling dari cermin pandang belakang.’Adik pi jumpa Doktor Roslan than jumpa kawan. Ada hal sikit.’ Ucapku ringkas. Perjalalan dari rumahku ke rumah Abang Iqbal sekadar mengambil masa kurang dari 30 minit. Seperti yang ku duga, mak long menyambut kehadiranku di muka pintu dan seperti lazimnya pasti seluruh wajahku akan menerima ciuman darinya. Ah! Malunya bila terlihat sengehan dari anak-anak saudara yang sedang berhimpun di tuang tamu. Sure lepas ni aku akan kena gelak. Cis…… Malam itu, rumah Abang Iqbal meriah. Bukan sekadar Mak long sekeluarga, sebaliknya Mak Ndak, Mak Teh dan Mak Chu juga hadir. Famili Abang Naim, Abang Zaim, Abang Yuzman dan Aiman juga ada. Aduh! Macam perhimpunan hari keluarga pulak rasanya bila dah berkumpul macam ni. Kalau kebiasaannya rumah Tok Mak di kampung yang jadi sasaran, tapi kali ini rumah Abang Iqbal pula. Keluarga Kak Sarah Joanne Edward Abdullah juga tiba dari UK. Bertambah-tambah meriahlah jadinya.

Sambutan Hariraya Qurban memang tetap meriah pada generasi keluarga Tok Mak dan Tok Wan. Sama seperti Hariraya Aidil Fitri. Kalau di kampung, letih jadinya menerima kunjungan tetamu yang datang bertandang. Aku lihat berbagai juadah disediakan. Kata Kak Sarah, mak long yang beriya nak sediakan semua tu disokong pulak oleh Mak Ndak, Mak Teh dan Mak Chu. Kak Sarah sekadar menurut dan mengikut kata-kata ibu mertuanya. Amboi! Baiknya menantu Mak Long hak sorang ni…. Tak membantah langsung, kalau aku, sure dah berjela pertanyaan dan soaljawab sebelum mempersetujui sebarang perintah. Apa pun ketupat palas tetap ada, begitu juga dengan bahulu bersama tumis bilis yang pastinya khusus untuk aku. Malam itu seluruh keluarga menunaikan Solat Isyaq berjemaah dengan diimamkan oleh Abang Isyqal manakala Abang Iqbal mengambil giliran mengetuai alunan takbir. Sayu perasaan tidak mampu ku bendung. Kristal jernih pecah berderai. Aku teringatkan arwah papa dan mama. Teringat juga pada along dan angah yang berada jauh bersama Tok Mak dan Tok Wan. Tiba-tiba hatiku dipagut rasa rindu yang amat sangat terhadap mereka. Ini tahun pertama aku terpaksa menyambutnya sendirian dan rupanya aku masih belum cukup kuat untuk menerima hakikat sebuah kehilangan sama seperti Aidil Fitri yang lalu. Aku akhirnya karam dalam pelukan mak long. .

201207’- Aku terjaga bila terasa sesuatu. Hidungku mengalami pendarahan lagi. Dah lama gak aku tak mengalami situasi ini tapi pagi ni… kenapalah ia terjadi lagi. Ah! Pantas aku melakukan apa yang perlu. Tidak mahu ada yang mengesan dan terkesan apa yang aku alami. Malangnya aku gagal untuk menyembunyikan tuala yang ku gunakan hinggalah Abang Isyqal menjumpainya tanpa sengaja. Sepanjang hari wajahku tidak lepas dari pengawasan matanya. Ceh! Macam jumpa bukti untuk kes di mahkamah je. Aku bukan suspect utamalah… Apa pun aku tetap berlagak selamba. Soalan yang diajukannya tidak langsung mendapat tidakbalas jauh sekali jawapan. Aku tidak tega menyusahkan seluruh keluarga dengan keadaan ku biarpun aku sedia maklum akan tahap HB dan white blood cell setelah menjalani ujian pagi semalam. Pukul 10.00 pagi kelihatan Dr Kamal hadir bersama familynya. Peliknya… Bukan ke sepatutnya doktor ni balik raya ke kampungnya, kenapa pulak boleh terbabas ada kat sini. Bila pulak dia menregisterkan dirinya sebagai sebahagian dari family members keluarga Tok Mak dan Tok Wan???. Bukan main seronok lagi aku lihat doktor tu menjamu selera. Tak segan langsung malah dia tidak terasing langsung dalam majlis tersebut. Menjelang tengahari, rumah Abang Iqbal mula menerima kunjungan tetamu. Teman-teman beserta jiran tetangga hadir menambahkan kemeriahan yang sedia ada. Ibu-ibu saudara ku bukan main sibuk melayan tetamu yang ada. Begitu juga dengan mummy dan daddy Kak Sarah. Walaupun ini pengalaman pertama mereka, tapi kelihatannya mereka juga seronok. Kak Long sempat mengingatkan aku agar jangan lasak sangat. Aku tahu dia bimbang andai aku keletihan dan kepenatan. Aku sekadar tersengeh konon aku masih okey.

Dalam kemeriahan itu, masih sempat Doktor Kamal mengkhabarkan sesuatu pada ku. Apa lagi kalau bukan perihal Ujian Bone Marrow yang perlu aku jalani. Aku tidak tahu bagaimana lebam yang ada di lengan boleh terbias pada pandangannya. Apa pun as usual, aku just buat muka sardin. Tidak memberi sebarang komen terhadap apa yang diperkatakan. Usai aku menunaikan Solat Zohor, terlihat Emil sedang asyik berbual dengan Aiman. Dari mana pulak mamat sorang ni muncul? Entah apa yang mereka gebangkan, aku tak ambil peduli dan malas nak fikir. Sedang aku best layan bahulu bercicah tumis bilis, selamba je dia datang duduk kat sebelah. Aku tahu dia nak mulakan perbualan dan topiknya juga sudah dapat ku duga. Belum sempat dia berjeda aku terlebih dahulu memberikan penjelasan. Sorry Emil…Walau apa pun yang sedang aku hadapi, tempat yang ada tak mungkin dan tak akan sesekali dapat di isi atau terisi. Tak payah buang masa sebab keputusan ku adalah muktamat tanpa ada sebarang talian hayat yang boleh dipergunakan oleh dirinya. Bicaranya selepas itu tidak menarik perhatianku lantaran hati ku lebih terfokus dan memokus pada telefon yang bisu dan kaku. Sejak usai Solat Aidil Adha tadi aku bagai menanti dan ternantikan perkhabaran tapi… Akhirnya aku redho. Cuba memasrahkan diri. Mungkin kesibukan dan keadaan tidak mengizinkan untuk satu panggilan dibuat untuk diriku. Akhirnya hingga ke penghujung hari, aku tetap bertemankan acahan rasa yang ku sembunyikan sejauhnya. Moga apa yang aku rasa ini tidak terbias dan membias hingga mampu dikesan oleh orang lain. Biarlah hanya aku yang menanggung semua itu lantaran aku sedar khilafku masih bersisa. Hati yang telah aku lukakan tak mungkin sembuh hanya dengan seungkap kata MAAF yang sudah acapkali ku ucapkan. Tidak juga dengan sedetik pertemuan tika mengadap hidangan. Apapun doaku tetap teriring dan mengiringi…memohon dan bermohon moga kesejahteraan, kebahagiaan dan kegembiraan menjadi penghias Aidil Adha biar di mana pun jua dirinya. Amin Ya rabbal A’ lamin.

Tuesday, December 18, 2007

Hari TerAkhirKu.....

Erm dah lama aku tak melakar kata di sini…. Dah seminggu aku biarkan istana kacaku sepi sama seperti sekeping hati yang kini aku miliki. Hari ini hari terakhir aku ada kat office. Esok aku dah start cuti untuk melaksanakan sesuatu. Aku dah bersetuju untuk jalani BONE MARROW test malah penerangan yang diberikan oleh kedua-dua doktor walau tidak banyak membantu mengwujudkan keyakinan tapi mampu membuatkan aku menerima saranan mereka. Iye…. Apa salahnya kalau aku cuba kan…. Lagi pun lately ni ada a few symptom yang sudah aku alami membuatkan Doktor Kamal bertegas untuk meneruskan ujian ini. Sakit ke… erm rasanya memanglah sakit kot…. Tapi menurut kata Doktor Kamal, sepatutnya tidak akan berlaku sebarang masalah sepanjang proses tersebut. Depa just masukkan jarum untuk mengambil sedikit marrow yang terdapat di dalam tulang untuk di analisa bagi mencari punca atau mungkin jawapan pada permasalahan kesihatan yang aku hadapi. Ya… may be nak confirm perihal ANIMEA or THALASIMIA TRAIT yang aku hidapi kini atau mungkin lepas analisa ni akan bertemu perkara lain pulak… Entahlah…. Apa pun aku sekadar pasrah dan redho serta berserah pada yang maha esa. Kalau ini dugaan yang harus ku tempohi, maka aku akan laluinya tanpa banyak soal. Dua hari yang lalu aku sempat berbual dengan along yang sibuk sebelum mereka bergerak ke Arafah. Just mengkhabarkan apa yang telah aku persetujui. Along nampaknya gembira begitu juga dengan angah. Dalam perbualan yang singkat itu, aku dan jugalah minta ampun dan maaf atas segala salah dan silap aku terhadap ke dua kekanda tersayang ku itu. Iye… walaupun proses yang bakal aku lalui just a minor treatment, tapi sapa tahukan…. Kalau-kalau aku bakal bertemu MAMA dan PAPA andai itu yang tersurat dalam sebuah perjanjian ku denganNYA.. Jadi tak salah aku minta ampun dan maaf dari kedua kekanda ku yang jauh itu, lagi pun aku sedar selama ni memang aku banyak buat salah… maklum… aku bukanlah seorang adik yang sempurna dan baik… aku terlalu banyak kekurangan dan kedhaifan. Kedegilan ku pastinya sering mengundang keperbagaian rasa buat mereka malah semua insan yang aku kenali. Aku bersyukur juga bila along dan angah kata mereka dalam keadaan sihat, cuma Tok Mak sahaja yang agak uzur. Mudah letih dan sesekali diserang sesak nafas. Aku dah mula risau…. Harap aku tak akan ditamu dengan kenangan silam nan lalu. Tak sanggup rasanya untuk menerima lagi berita sedemikian, tapi kalau sudah ketentuan dan takdirNYA… siapalah aku untuk menolak semua itu….

Aku pulak bagaimana…. Sebenarnya aku masih dibelenggu rasa bersalah yang amat sangat. Biarpun semua itu bukan niatku, tapi kesalahan tetap kesalahan dan kini aku benar-benar merasakan kesannya. Sudah ku titipkan satu email pada insan tersebut, menyatakan apa yang rasanya sudah tidak perlu dan tidak ingin diketahuinya. Apa pun, aku just nak insan tersebut tahu dan ingat ‘Tak pernah sekali-kali aku terniat malah berniat untuk melukakan jauh sekali menyakiti hatinya. Lantaran menyakiti hatinya samalah seperti aku melapah hatiku sendiri malah melukakan hatinya adalah perkara terakhir yang akan aku lakukan dalam hidup ini.Tak mungkin aku akan sengaja melukannya’ tapi apa dayaku, kesalahan sudah pun terjadi…. biar ianya tidak langsung teriring niat di hati namun kesalahan tetap satu kesalahan… Dalam kesempatan yang mungkin masih ada, aku just doakan yang terbaik untuk dirinya….. dan aku yakin dia boleh jadi yang terbaik dalam hidupnya. Maafkan aku lantaran gagal menjadi seperti dia yang banyak membantu dan berkorban untuk ku…. Aku tak akan lupa dan tak mungkin lupa malah aku terlalu menghargainya. Sesungguhnya ada HARAPAN yang jauh tersemat di sudut hati sebelum aku bercuti dan meneruskan apa yang sudah menanti, tapi rasanya harapan itu bagaikan tak mungkin terlaksana. Aku tidak akan memaksa jauh sekali mendesak lantaran aku sedar hati yang luka bukanlah sehari dua untuk sembuh dan tidak juga seungkap kata MAAF menjadi penawarnya. Aku pasrah dan redho menerima segala yang kini aku alami. Mungkin ini jua harga yang perlu aku bayar atas segala khilaf yang demi Allah tidak pernah teriring niat di sudut hatiku…. Hanya satu yang ku harap darinya…. Tolong jaga diri selalu dan hidup baik-baik….. Maafkan aku atas segalanya…….

Tuesday, December 11, 2007

TerIngat… MengIngat….DiIngat…..

Aku terjaga lagi….. pantas mataku melirik ke telefon yang tersadai disebelah. Jelas menunjukkan angka 03.30 pagi. Aku termenung. Sudah tiga malam mimpi yang sama hadir menziarahi diriku. Kenapa…. Mengapa agaknya…. Yang menambah kemusykilan di hati bila waktunya tetap sama…. 03.30 pagi. Apakah kerana aku telah melakukan kesalahan dengan melukakan hatinya tanpa sengaja dan diiringi niat????Aku menapak ke bilik kak long. Entah mengapa hati membawa derap langkah ke bilik kakak iparku itu. Pintu yang sedikit renggang membolehkan aku melihat jelas apa yang sedang dilakukannya. Erm kak long masih bertafakur di sejadah bersama juntaian tasbih ditangan. Mungkin baru selesai berqiammulai agaknya….. dan aku… masih terpaku di pintu. ‘Masuklah dik. Erm! Mimpi yang sama lagi?’ soalan terhunus walau wajah kak long tidak terarah padaku. Perlahan-lahan aku mengatur langkah lemah. Memang aku rasa cukup lemah…. Lemah justeru minda dan emosiku sarat menahan dan membendung sesuatu dan akhirnya bahu kak long menjadi destinasi persinggahanku.’Kenapa mimpi tu hadir lagi kak long. Apa yang sebenarnya yang tersirat dalam yang tersurat disebalik semua ni? Adik benar-benar tak faham.’ Tanpa sedar ku luahkan apa yang ku rasa. Memang aku akui aku sedang diapung rasa rindu yang sengaja cuba ku lontar pada dimensi yang tak berpaksi. Aku hentikan minda ini dari terus terIngat dan mengIngat akan dirinya. Bukan kerana marah atau jauhati, tidak juga atas dasar keterasaan hati dengan apa yang terjadi lewat Jumaat yang lalu, tapi entahlah. Tiba-tiba aku menjadi tega melaksanakan semua itu biarpun emosi dan hatiku bagai dimamah oleh perbuatan ku sendiri. ‘Adik sebenarnya rindu kat DIA, adik ingat pada DIA walaupun adik cuba nafikan. Sebab itulah DIA hadir dalam mimpi adik. DIA nak adik tahu yang DIA tetap sayangkan adik dan masih sayangkan adik. Tegurannya kerana sayang dan DIA nak adik sihat walaupun tak macam orang lain.’ Ucap kak long perlahan. Kini wajahku mula mendapat sapaan matanya lantas diusap lembut. Aku tahu tak sukar untuk kak long menyelam ke dasar hati. Dari kolam mata yang sudah berkaca, tidak menyukarkan penyelamannya meski tanpa bantuan oksigen. Aku sekadar mengeluh. Aku tahu Jumaat lalu DIA tinggalkan aku dalam keadaan marah. Marah lantaran sikap degilku tidak mahu mendengar nasihatnya. Degil justeru geramkan perbuatan insan lain terhadap diriku. Sebenarnya aku bukan marah atas nasihat dan teguran yang DIA berikan, sebaliknya aku marah bila memikirkan dalam tubuhku kini mengalir darah milik orang lain yang telah disumbat dan aku diarahkan menerimanya dengan seribu keterpaksaan. Itulah punca sebenar yang membuatkan pengakhir Jumaat lalu tidak seperti selalu. Memang DIA sentiasa cuba untuk tidak menzahirkan rasa amarahnya pada diriku. Tidak juga melontarkan secara terus,sebaliknya DIA akan membisu dan membiarkan aku…. Meredakan rasa yang mengacah emosinya dengan cara tersendiri. Sedapat mungkin DIA tidak mahu aku menerima ledakan amarahnya. Itulah DIA… itulah sikapnya yang mula aku fahami sejak mengenalinya. Dalam menjauh, masih ada sms yang dititipnya buat ku lewat Jumaat nan lalu. Mengingatkan agar aku tidak berlapar dan yang lebih penting aku tidak membiarkan ubat yang ada sekadar menjadi perhiasan. Berderai kristal jernih ku tika membaca smsnya. Ah! DIA terlalu baik dan mengambil berat akan keadaan ku biarpun hatinya sendiri teracah dengan amarah yang aku wujudkan. Biarpun tika itu DIA sebenarnya berhadapan dengan keperbagaian masalah yang sudah tersusun menantikan penyelesaian dan perhatian darinya. Namun masih wujud lagi ruang untuk menyelitkan secebis perhatian terhadap diriku. Itulah keisitimewaan sikapnya yang sukar untuk ku nafikan….malah kian mengherat hati dan diriku pada gaung penyesalan lantaran menyusahkan dirinya. ‘Masih belum terlambat untuk adik minta maaf darinya. Perbetulkan mana yang silap. Percantikkan mana yang kurang. Memahami dirinya seperti mana DIA belajar memahami tingkah dan diri adik selama ini. Jangan kerana adik marah dan geram dengan apa yang Emil buat, DIA turut sama terkena tempiasnya. Itu bukan satu sikap yang baik malah tak adil untuk DIA. Kalau adik benar-benar sayangkan perhubungan ini, jagalah sebaiknya supaya adik tak menyesal andai DIA pergi begitu sahaja. Adik tak akan selalu bertemu dengan insan sebegini. Jangan sia-sia apa yang dah allah berikan pada adik.’ Nasihat lembut Kak long membawa diriku kembali pada sebuah reality. Kristal jernihku pecah berderai. Iya… selama ini dah banyak yang DIA lakukan untuk aku… dah banyak yang DIA korbankan semata-mata untuk melihat sejalur senyuman menghiasi wajahku. Secara tidak rasmi dan langsung, DIA juga tempat aku meluahkan segala yang aku rasa… Segala keteringinan ku sedaya mungkin DIA cuba memenuhinya. Tidak pernah sekali pun DIA berkira-kira jauh sekali merungut. Andai DIA punya kelapangan, pasti aku tidak kesunyian, malah dalam kesibukan pun terkadang DIA masih cuba mencari ruang agar aku tidak sendirian. Ya Allah… aku bersyukur padaMU justeru aku punyai seseorang seperti DIA…. ‘Kak Long, benarkah mimpi itu sebagai petanda bahawa adik sedang TERINGAT, MENGINGAT DAN DIINGAT……atau sekadar satu gurauan peneman lena?’ Tanyaku inginkan kepastian. Sejalur senyuman yang terbias dibibir kak long sudah cukup memberikan jawapan pada apa yang ku persoalkan…. Ya Allah… DIA benar-benar hadir sepertimana yang pernah diucapkannya satu ketika dulu…..dan tiba-tiba mindaku mengapung diri….. ‘Nanti kita jumpa dalam mimpi yer. Saya tunggu awak. Dah selalu awak tinggalkan saya dan pergi ISS, kali ni tak payah pergi. So boleh lah kita jumpa dalam mimpi….’ Bagai terdengar ucapan yang pernah terungkap satu ketika dulu…. “Ya Allah… andai KAU izinkan, akan aku cuba memperbaiki segalanya. Jika KAU izinkan… peliharalah hubungan ini agar terus berkekalan dan andai masih ada keizinanMU, berilah kesempatan untuk aku memohon kemaafan daripadanya atas segala yang telah berlaku……” Kini aku bagaikan menjadi seorang penghitung pada tiap detik yang berlalu…. Mengharap agar kesempatan itu masih lagi milikku…. Tapi mungkin juga tidak dengan apa yang telah terjadi hari ini……dan buat pertama kalinya DIA menzahirkan rasa amarahnya pada diriku tanpa ruang untuk aku memperjelaskan jauh sekali menyampaikan maksud dan niat sebenarku.... Apapun MAAF…... justeru aku masih menyusahkan dirinya lagi..... :-( :-( Please take a very good care of yourself dan hidup baik-baik.......

Friday, December 07, 2007

Satu kisah…..

Baru hari ini aku masuk office. Semalam aku dipaksa MC. Kerja dah tersedia di meja. Ada chart yang boss nak aku buatkan disamping taip proposal yang dia dah drafkan. Aduh! Lihat tulisan boss aku yang sorang ni buat aku mengeluh. Memang aku masih belum mampu memahami keseluruhan stuctur tulisannya.

Aku masih mampu termenung. Memikirkan tentang diri dan mengimbas apa yang telah berlaku….. Kenaapa dengan aku???…. Apa lagi yang tak kena dengan diriku ini…. Malam sebelumnya aku jatuh dalam bilik air, malam berikutnya aku muntah… tapi bukan muntah biasa… muntah darah…. Aku jadi panik bila tiba-tiba aku rasa tubuhku macam ringan dan lemah… Ah! Kenapa pulak ni, masakan sebab aku sedang dalam ‘KEUZURAN’? tapi ‘KEUZURAN’ ku dah sampai ke penghujung…. Lelah rasanya bila terpaksa membiarkan minda berfikir dan terus berfikir. Akhirnya aku just berbaring. Perut yang lapar tak aku hiraukan…. Sebaliknya aku lebih risau bila mengenangkan yang aku bersendirian di rumah. Kak Long masih di Kuala Kangsar dan mungkin akan pulang pada hujung minggu ni. Aku cuba cari ubat yang Doktor Kamal berikan baru-baru ni. Erm entah kat manalah pulak aku campakkan ubat tersebut. Dalam keadaan sebegini, hanya airmata yang deras membasahi pipi. Aku benar-benar takut namun aku cuba bawak bertenang. Jangan Panik…. Ucapku pada diri…. Dan akhirnya aku sekadar mampu membiarkan tubuhku terbaring di atas katil. Walaupun aku dah tak muntah, tapi darah merah yang cair masih lagi wujud dari mulut ku. Tuala yang ku pegang sudah bercorak dengan tompokan darah. Nombor telefon Dr Kamal ku dail…. Tapi tiada jawapan. Ah! Ke mana pulak doktor sorang ni. Dating apa ke… aku cuba sekali lagi dan kali ini nasib ku baik. ‘Doktor Kamal, tolong…. Saya tak tahu kenapa saya muntah darah.’ Aduku tanpa berlengah. ‘What happen to you. Macamana boleh jadi macam tu. Dah berapa lama, kenapa baru sekarang called?’ Aku dihujani persoalan dari orang yang tak sepatutnya. Aku terpaksa mengunci bicara lantaran sudah tidak punya kata-kata. ‘Orang degil macam awak ni memang suka menyiksa diri. Siap… saya datang ambil. Lebih kurang 20 minit dari sekarang saya sampai.’ Belum sempat aku membuat bantahan rasmi atas arahannya, talian sudah bisu. Aku mengeluh…. Kenapalah aku harus hadapi situasi sebegini… aku terkenangkan ‘DIA’. Tadi sempat aku berkomunikasi dengannya dan sempat juga aku beritahu akan apa yang aku alami. ‘DIA’ sempat menitipkan pesanan supaya aku minta tolong Abang Zack andai aku perlu ke hospital. Airmata ku sudah jatuh berderai.Telefonku berlagu dengan nombor yang memang langsung tak aku kenali. ‘Saya dah ada kat luar rumah awak.’ Terkedu aku mendengarnya. Pantas langsir tingkap ku kuak dan terlihat seseorang sedang berpeluk tubuh berdiri di luar kereta. Sebuah keluhan terluah akhirnya. Aku masih berlengah-lengah… saja mendera si penunggu yang langsung tak ku undang akan kehadiran malah tidak aku harap akan kewujudannya. Sekali lagi telefon ku berlagu tapi kali ini menandakan satu sms berada didalam inbox ku. ‘Kalau tak nak jiran-jiran awak saya hadiahkan dengan bunyi hon, baik awak keluar sekarang’ Aku menarik muka masam. Geram bila diarah dan diperintah. Akhirnya aku terpaksa akur dalam seribu keterpaksaan. Sebaik melabuhkan duduk, dia terus memecut keretanya. Jalan yang diambilnya membuatkan aku terpinga-pinga tapi dia tetap berlagak selamba. Manalah dia nak bawak aku…. ‘Key kita dah sampai….’ Kereta diberhentikan disebuah bangunan empat tingkat. Aku kaget. ‘Nak buat apa datang sini?’ tanya ku spontan. Pantas mataku memanah wajahnya. ‘Nak main bowling. Dah jom keluar atau awak nak saya panggil nurse dan bawak troli seolah awak sedang mengalami kesakitan tahap kronik.’ Sinis kedengaran suaranya. Berbeza benar waktu pertama kali dia menghubungi aku tempohari. Mahu tak mahu aku terpaksa gak keluar. Terpandang wajah Dr Kamal, terus aku dibawa ke biliknya. Pemeriksaan dijalankan dan seperti lazimnya darahku pasti akan diambil. Dari wajah Dr Kamal tak susah aku menduga apa yang ada difikirannya. ‘What’s wrong… ‘ Soalan teraju dari orang yang menyibuk…. ‘She really need blood urgently. Her HB goes down again. Might be because she wormit just now.’ Terang Dr Kamal perlahan. Aku sekadar mendiamkan diri. Adiknya sudah meraut wajah. Aku tak pasti sejauhmana status kesihatanku berada di tangannya. ‘Your clinic don’t have any?’ Pertanyaan diajukan pada si abang, tapi hanya gelengan kepala menjawab soalan tersebut. Wajahku ditentang tapi aku masih selamba. ‘Saya dah okey, kalau bukan sebab adik doktor yang dah tak berapa betul ni seret saya ke sini, mungkin sekarang ni saya dah rehat dan tido kat rumah.’ Selamba ayat tu meluncur di bibirku. Walau aku tahu agak pedas dan kurang ajar, tapi aku dah terbabas. Akhirnya aku berlagak selamba. ‘Can do direct transfer?’ Tanyanya lagi. Mataku dah bulat memanah wajahnya. Biar betul dia ni. ‘That’s what I’m thinking to do, but from who?’ Adik dan abang bertukar soalan. Terus je si adik menyinsing lengan baju yang dipakainya. ‘From me… my blood suitable for her.’ Ek ala… confidentnya mamat ni. ‘No. I don’t want other blood go inside my body’ Bantahku. Ah! Masakan aku sanggup menerima darahnya…. Tidak… aku baru je kenal dia tak sampai pun 48 jam…. Ah! TIDAK… batinku terus menjerit. ‘Boleh tak kalau sekali ni awak jangan stubborn. Dalam keadaan macam ni pun awak nak tunjuk degil.Jangan dengar apa yang dia cakap. As a doctor, you need to do something to make sure her condition okey. Kalau dia nak mati pun biar ada keluarganya kat sini.’ Ya Allah mulut dia ni…. aku sekadar mampu mengetap bibir menahan keperbagaian rasa yang dah teracah bersama airmata. Kenapa aku didera sebegini….. kenapa aku perlu dipertemukan dengan seorang manusia yang bisa menyiat-nyiat hati dan perasaan ku….. Dr Kamal sekadar merenung. Mungkin belas dengan apa yang aku hadapi. Kala ini aku benar-benar rasa perlukan ‘DIA’ di sisi… tapi mana mungkin…. .’I really need YOU…’ hanya itu yang bergema jauh di dalam hati ku…. Dr Kamal terus menjalankan pemeriksaan ke atas darah adiknya untuk memastikan kesesuai dengan darahku. Dan seperti yang dinyatakan oleh mamat tu tadi, memang darahnya menepati kesesuai itu. Aku tak punya pilihan, darah dimasukkan secara direct transfer.Aku teringat dulu Dr Roslan pernah juga melakukan kaedah yang sama, tapi malangnya pantas sahaja tubuhku mengrefuse darah yang ditransfer dari tubuh angah. Kali ini bagaimana…. Aku sekadar melihat darah mengalir dari tuib di tubuh mamat tu ke tubuhku.

Hai jauh engkau mengelamun… dah sampai ke mana?” Aku tersentak. Segera wajah yang menegur ku pandang bersama sejalur senyuman paksa. “Lately ni engkau gemar betul termenung kan. Kenapa… Erm semalam apa hal… tiba-tiba je engkau MC?Kenapa?” Soalan masih kedengaran sedangkan yang diawal tadi pun aku tak jawab. “Tak ada apa-apa. Aku letih.” Dalih dan alasan lapuk yang pasti tak ada sapa lagi nak percaya. “Iyerlah tu. Ni boss suruh aku bagi pada engkau. Urgent tapi dateline tak diberitahu pulak. Teruk engkau sekarang ni. Marketing nak kena handle… secretary dan administration pun engkau… kesian aku tengok.” Member menyerahkan satu fail berisi document yang perlu aku semak dan lakukan pembetulan mengikut apa yang dah digariskan. Aku sekadar mampu mengeluh. Apa lagi yang dapat aku lakukan… namun tika ini mengapa fikiran ku melayang jauh…. Dah setengah hari berlalu… aku masih ditinggalkan tanpa sepatah kata atau sebaris pesanan…. Ke mana ‘DIA’??? Apa yang telah terjadi... Hati ku terus dipagut resah dalam gelisah yang makin mengacah perasaan.... Mungkinkah aku sedang diajar dan 'DIA' sedang mengajarku akan erti BERSENDIRI dalam mengharungi hari-hari ku... Apapun aku tidak mahu memikirkannya... menghadapi apa sahaja yang sedang aku alami dalam redho dan pasrah......

Antara 2 Insan [continue]

BAB TUJUH

Segala agenda untuk setengah hari itu berjalan lancar. Apa yang dipinta oleh Rizal sudah diperolehi walaupun ianya sekadar selingan atau sampingan untuk membawa teraju utamanya turun ke pentas. Agenda memujuk dan penyejuk hati itulah matlamat utama yang membawa pada pertemuan di meja makan untuk menikmati makan tengahari bersama. Rizal dan Lisa puas. Terasa berbaloi segala lakonan dan olahan skrip tanpa draft yang telah berjaya mereka bawa biarpun mereka sedar natijah yang bakal mereka terima juga besar andai segalanya terbongkar. Namun demi menjernihkan kekeruhan yang masih belum terlalu tercemar dan kronik, mereka akhirnya rela.

“Ekmal, boleh tak engkau tolong hantarkan Izzah balik office.” Pinta Lisa sewaktu mereka berempat melangkah keluar dari Lake Club Restaurant setelah selesai menjamu selera. Berubah muka Izzah mendengarkan permintaan temannya itu. Tajam renungan memanah wajah Lisa yang masih mampu mempamirkan memek selamba.

“Eh! Engkau nak ke mana pulak Lisa? Jangan mengada nak ngelat. Kita dah lewat ni. Jangan jadikan appointment dengan clients sebagai alasan untuk melengahkan waktu masuk semula ke office.” Tegas kedengaran suara Izzah memberikan ingatan.

“Mana ada aku ngelat. Hari ni aku half day lah. Aku nak bawak si Rizal ni jumpa family aku. Kebetulan mak dan abah ada kat rumah kakak aku. Mamat ni pun dah tak sabar nak submit proposal dia, nak tengok berada dalam kategori mana. Samada dalam perhatian, pertimbangan ataupun terus kena reject. Aku tak nak lah pudarkan orang yang tengah disinggahi semangat Hang Tuah bin Hang Jebat.” Selamba tutur Lisa sambil melirik memandang ke wajah Rizal yang sudah tersengeh-sengeh.

Ekmal Rahimi dan Izzah berpandangan sesama sendiri. Terasa diri mereka dilontarkan ke gelanggang yang tak punya jalan keluar.

“Engkau tak beritahu pada aku pun Rizal? Sejak bila engkau serius dengan Lisa?” Soal Ekmal Rahimi. Dia juga merasa terkejut dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.

“Sorry lah brother. Dah engkau tu sibuk memanjang dengan masalah keliling tubuh. So aku tak nak tambah dengan cerita aku yang ternyata tidak sesensasi cerita engkau. Well! Apa-apa pun Izzah and Ekmal, please pray for me. Hope everything goes easy.” Rizal menggenyitkan mata pada kedua temannya itu.

“Kenapa tak beritahu pada aku yang engkau half day hari ni? Tadi masa di office, sikit pun tak tak cakap yang Rizal nak jumpa family engkau. Don’t tell me this is out of your earlier plan Lisa.” Sinis tujahan intonasi suara Izzah singgah di pendengaran Lisa dan Rizal. Mukanya sudah berubah riak. Dia bagai baru terkesan akan permainan yang bagai sengaja diaturkan untuk dirinya hari ini. Wajah Lisa dipanahnya lama. Masih menanti teman yang seorang itu bersuara walau dia sedar ianya sekadar satu pembelaan diri yang belum sah akan ketelusannya.

“Sorry Izzah, but the answered was YES. Ingat tak masa aku dan Rizal pegi pilih cake tadi. Masa tu la aku beritahu dia yang mak dan abah ada kat sini. Dia minta nak jumpa sangat. Dah terlebih berani dan confident mungkinnya. Aku pun sms kat Mrs Ng, minta half day.”

“It’s really hard to believe, but what else can I said and do. Apa pun, good luck to you Rizal. Okey lah, saya minta diri dulu.” Izzah sudah mengatur langkah menuju ke hentian teksi. Dia seakan tidak rela untuk membiarkan dirinya di hantar oleh anak muda itu. Walau pada pandangan mata kasar, permasalahan mereka mungkin sudah bertitik nokhtah, tapi dia seharusnya lebih berhati-hati. Tidak mahu kekhilafan yang sama berulang untuk kali kedua lantas melapah kembali hati yang sudah hilang petennya.

“Ekmal, this is your changes. We already do our part to help you with all our best. Everything is up to you now. Kalau you tak mahu kehilangan dia, kejar dia sekarang. Dapatkan kembali keyakinan dan kepercayaan yang pernah jadi milik you satu masa dulu.” Ucap Lisa memberikan semangat pada anak muda yang masih mematungkan diri.

“Thanks Lisa, Rizal. I really appreciated with what ever both of you have done. Selebihnya biarlah I yang usahakan dan InsyaAllah I think I found a guidance how to handle Izzah.” Tutur Ekmal Rahimi sebelum berlalu untuk menyaingi Izzah sebelum terlambat.

Lisa dan Rizal sekadar menganggukkan kepala. Mengerti apa yang tersirat didalam apa yang sudah diluahkan oleh anak muda itu, malah dari apa yang mereka lihat tadi rasanya Ekmal Rahimi tidak mungkin akan berhadapan dengan kegawatan dalam kelembutan sifat yang dimiliki oleh Izzah.

Pantas Ekmal Rahimi mengatur langkah menuju ke hentian teksi. Tertinjau-tinjau dan mencari susuk tubuh gadis itu. Ah! Masakan sebegitu cepat menghilang. Mata anak muda itu makin galak melaksanakan tugas mencari sesusuk tubuh.

“Ekmal cari siapa?” Terdengar suara lembut menyapa membuatkan bibir Ekmal Rahimi di tamu senyuman. Wajah itu direnungnya.

“Ekmal cari Izzah. Mari Ekmal hantarkan.” Pelawa Ekmal Rahimi sambil melangkah menuju ke tempat letak kereta. Izzah mengikut rentak anak muda itu. Mulutnya masih lagi terkunci. Tidak tahu apa yang harus diperbualkan biarpun segala struktur ayat sudah lama terangka di dalam mindanya.

“Diam aje… kenapa?” Tanya Ekmal Rahimi sambil menghidupkan enjin keretanya. Penyaman udara di halakan ke arah gadis itu. Radio yang terpasang diperlahankan volumenya. Bukan suara juruhebah itu yang ingin didengar, tapi sebaliknya suara milik gadis di sebelah itu yang dinantikan.

“Izzah.” Panggilan lembut Ekmal Rahimi bagai membawa gadis itu kembali ke alam nyata. Seulas senyuman terpamir di bibir comel itu. “Hey! Berangan apa ni? Boleh Ekmal tahu dah sampai ke mana? “ Usik anak muda itu sambil tertawa.

“ Dah sampai ke ISS.” Balas Izzah selamba. Terdengar tawa kecilnya. Ekmal Rahimi tersenyum. Dia berharap mood gadis itu sudah beransur sembuh dengan terpamirnya senyuman dan tawa itu.

“Izzah. Boleh Ekmal tanya satu perkara.” Berhati-hati anak muda itu mengatur kata. Bimbang andai hati yang belum betah sembuh bisa luka kembali.

“Silakan. Kalau soalan itu tidak melanggar etika kesalahan structur kata, akan saya jawab.” Balas gadis itu. Dia pantas menundukkan wajah untuk lari dari panahan renungan anak muda di sebelahnya. Entah mengapa tiba-tiba hati nya berlagu riang. Rindu yang sudah lama bertamu pada anak muda itu bagai membawa dirinya diapungan bahagia.

“Marah sangat ke Izzah pada Ekmal hingga tiada satu pun panggilan Ekmal yang Izzah jawab. Sms dan email pun tak reply?” Tanya anak muda itu perlahan.

Izzah mengeluh. Hatinya ditamu rasa sayu. Bagaimanakah cara terbaik untuk memberi penjelasan. Tahukah anak muda itu, bukan hanya dirinya yang merasakan kesakitan dari apa yang terjadi, sebaliknya dia juga siksa dengan satu desakan dan paksaan agar terus tega untuk tidak menghiraukan apa yang dilakukan oleh Ekmal Rahimi.

Melihatkan gadis itu membisu, pantas jemari Ekmal Rahimi bersulam dengan jemari runcing milik Izzah. Genggamannya erat. Tiada kata yang terucap, namun bicara dari sepasang hati mampu mengambil alih tugas mulut berbicara. Pandangan mata terus diterjemahkan oleh sepasang hati. Perutusan yang dititip pasti tidak akan direject kali ini. Lama jemari mereka bersulam. Hinggalah….

“Ini bukan jalan menuju ke office saya.” Ucap Izzah bila dilihat hala tuju kereta anak muda itu sudah tersasar dari yang sepatutnya. Ke mana pulak dirinya ingin dibawa. Hatinya berteka teki sendiri.

“Boleh Izzah call boss kat office minta half day cuti hari ni?” Tiba-tiba Ekmal Rahimi membuat permintaan tidak rasmi. Bulat mata Izzah mendengarnya. Ah! Sudah mamat ni… ada ke aku disuruh minta cuti half day… dah la Lisa pun cuti, ni aku pula… masakan boss nak approved…. Izzah bermonolog di dalam hati.

“Lagi lambat Izzah call, lagi lewat Izzah dapat keputusan. Tak salahkan kalau kita mencuba. Dapat atau tidak… itu kemudian cerita, yang penting kita dah usaha dan mencuba.” Seakan mengerti apa yang bertamu di fikiran gadis itu dari kocak dan riak yang sudah terbias di wajah.

“Kalau boss tanya, apa alasan yang patut saya berikan?” Secara tidak langsung, Izzah seakan sudah memberikan persetujuan terhadap cadangan yang diberikan.

“Katalah Izzah nak jumpa bakal mak mertua.” Selamba jawapan anak muda itu. Serentak itu juga terdengar dia menjerit kecil. Jemari runcing Izzah sudah menjalankan tugas. Lengan anak muda itu menerima hadiah dari tutur yang diungkapkan sebentar tadi. Ekmal Rahimi tertawa bila tone kemerahan menjelma di pipi gadis itu.

“Hello Mrs Ng. Izzah here. Sorry boss. If you don’t mine, I need to take half day leave today.” Ekmal Rahimi mengunci tawa bila terdengar komunikasi dua hala yang sedang berlangsung. Sesekali terlihat gadis itu menggelengkan kepala dan tertawa kecil. Macamlah orang di hujung talian sana dapat melihat aksinya itu. Ekmal Rahimi kembali tersenyum. Kereta dipandu pada kelajuan sederhana.

“Thank you very much boss.” Izzah mengakhiri perbualannya. Pantas wajah anak muda di sebelah menerima renungannya. Ada acahan senyuman yang sengaja cuba disembunyikan dari terbias.

“Boleh beritahu saya sebenarnya kita ni nak ke mana?” Tanya Izzah bila dia sendiri gagal membaca hala tuju anak muda itu yang langsung tiada berpetunjuk.

Ekmal Rahimi tersenyum. “Kenapa, Izzah takut? Ekmal janji tak akan buat sesuatu yang akan mengundang kebencian orang. Cukup lah sekali Izzah menjauhkan diri, rasanya Ekmal dah tak sanggup untuk menghadapinya samada untuk kali kedua atau keberapa sekali pun.” Memang dia sengaja membiarkan gadis itu keresahan. Ingin melihat sejauhmana keteguhan dan kekuatan hatinya bermain puzzle dalam perjalanan hala tuju yang belum ditentukan.

Kereta anak muda itu membelok ke satu kawasan perumahan di Taman Sri Hartamas. Bulat mata Izzah. Rumah sapa pulak ni. Spontan dia mengutuk dirinya lantaran menerima cadangan bercuti separuh hari itu. Apa tujuan Ekmal Rahimi membawanya ke situ. Dia semakin resah.

“Relax Izzah. Kan Ekmal dah kata tadi, Ekmal tak akan buat sesuatu yang boleh membawa padah pada Ekmal. Sebenarnya Ekmal sekadar nak tunjuk pada Izzah di mana rumah Ekmal. Namun kalau Izzah sudi untuk masuk ke dalam dan melihat segalanya itu lebih membuatkan Ekmal rasa gembira.” Tutur anak muda itu.Wajah Izzah yang sudah terbias kegusaran tidak sukar dibaca.

“It’s okay Ekmal. Not today yer. Some other days or on your wedding ceremony maybe.” Balas Izzah. Dia tidak akan sekali-kali melangkah masuh ke rumah anak muda itu. Tidak juga mahu mengundang padah andai berita ini sampai ke pengetahuan Atiqah.

Ekmal Rahimi sekadar tertawa. Lucu melihat wajah pucat yang menghias pandangan matanya sedangkan Izzah sudah mencuka. Geram dengan tingkah anak muda itu yang bagai sengaja mempermain-mainkan dirinya.

Tertanya dan Bertanya……

071207 – 12.10pm

Dah setengah hari tapi aku masih lagi terpenjara dengan keperbagaian rasa…..Entah kenapa hati bertanya… “Mana ‘DIA’….” Tiada sebarang panggilan pagi seperti kebiasaan… kenapa ekk…. Kenapa kebiasaan ini sering tersasar…. Erm… Aku sekadar mampu menjadi penunggu pada sebuah panggilan, menanti berita yang aku tak pasti dan tak tahu bila kan kunjung tiba… Memang aku boleh sangat untuk call ke officenya, tapi situasi di sebelah sana tidak menyenangkan dan aku tidak mahu keadaan itu berterusan. Aku tahu ‘DIA’ bercuti semalam dan ke satu tempat yang sudah mampu melontar diriku pada kerisauan memandangkan keadaan cuaca kini yang tidak menentu. Apa pun aku cuba bawa bertenang… Hentikan apa yang mengacah fikiran…. Mengingatkan diri akan schedule yang dah diupdatenya untuk pengetahuan aku sebelum ‘DIA’ bepergian meninggalkan aku semalam. Hari ini ‘DIA’ kena siapkan tugasan sebelum meeting pada hari Isnin minggu depan. So aku just assume ‘DIA’ busy dengan apa yang harus dibereskan walaupun minda dan hati ini masih lagi membuat bantahan. It won’t take too long for him to shoot just one single SMS atau email kalaupun ‘DIA’ tak mahu call… but…. Entahlah…. Akhirnya aku akur dengan desakan hati biarpun diawalnya aku rasa cam nak biarkan sahaja keadaan ini. Jam 12.00pm aku shoot one email padanya. Sekadar bertanya di mana sebenar ‘DIA’ berada…. Aku cuma berharap dan berdoa moga tiada apa-apa yang berlaku dan segalanya berjalan sepertimana yang diharap dan dirancangnya…. AMIN…….

Wednesday, December 05, 2007

Terjawab sudah…..

Kalau Hari Jumaat yang lalu aku risau betul pasal sejambak bunga yang menziarahi aku, tapi rasanya hari ni aku cam dah tahu je siapa orang yang bertanggungjawab buat semua tu. Tapi tak lah sure sangat…. Rasa-rasa dan agak-agak je lah…. apa pun sixsence aku ni cam betul la pulak…hehehehhe camne tu… erm sebenarnya tadi aku dapat panggilan dari seseorang. Perkenalkan diri sebagai Muzammil Hisyam bin Mohd Hisa. Memang aku tak tahu dan blur… sebab not one of my friends or clients either yang punya nama sebegitu. Apa pun ya…. orang dah call, jadi kenalah juga jawab walaupun bukanlah melayan dalam ertikata GEDIK dan pantang dapat call dari kaum ADAM. Cakap punya cakap, aku tanyalah dari mana dia rembat phone number aku? Kalau office number tu, aku tak la musykil sangat tapi ni HP number aku yang memang private sehabisnya. Not everybody ada number aku lebih-lebih lagi yang memang aku tak kenal dan tak tahu akan kewujudannya. Selamba je dia jawab, he got it from his brother. Mak Aiiii sapa lah abang dia ni. Bila saja dia sebut pasal DR Kamal… aku assume doktor tu lah punya kerja. Kini aku tahulah mamat ni adik Doktor Kamal tapi yang lebih buat aku terperanjat bila dia kata dia exx staff office aku… but different industry. Biar betul…. Katanya dia dah resign less than 6 months yang lalu. Aduh! Keciknya dunia…..

Seronok gak borak dengan dia. Macam-macam yang diperbualkan dan dia cam tahu je nak hidupkan suasana. Tanya pasal orang tu lah… orang ni lah… yang masih lagi wujud kat office aku. Terkadang dia flashback pasal sum managers yang he use to work before termasuklah boss aku. Ha! Biar betul… tapi yang peliknya otak aku masih lagi tak recall rupa dia walaupun dia kata dia selalu jumpa boss aku. ‘Macamana nak ingat kalau mata asyik mengadap computer, tak hiraukan keadaan sekeliling.’ Ceh! Selamba je dia jawab bila aku kata aku tak boleh nak recall langsung rupa dia. Ayat serupa je dengan Doktor Kamal. Agaknya depa ni memang dah ada special insuran kot untuk ayat-ayat yang dipertuturkan. Apa pun yang buat aku lebih yakin akan sixsence aku bila dia kata ‘Saya harap awak sudi terima salam persahabatan yang saya hulurkan di celah kuntuman mawar merah tu walau saya tahu warna kegemaran awak PURPLE tapi mana ada bunga mawar warna PURPLE kan…..’ Ayat itu juga menjadi pengakhir conversation kami bukannya salam dan ianya berjaya memaku pandanganku pada sejambak bunga yang masih segar di meja…. Akhirnya aku tersenyum sorang-sorang macam ada wayer putus….. hehehehehee

Teracah... Mengacah dan Diacah.....

051207 -Aku kembali susah nak lena walau jam dah lama berganjak ke angka 02.30 pagi. Sakit belakang terasa, agaknya sebab aku jatuh kat bilik air malam tadi kot. Entah kenapa tiba-tiba ingatanku jauh terbang teringatkan along dan angah. Agaknya waktu ni mereka dah pun berada di dalam perut kapalterbang yang bakal membawa mereka ke bumi yang penuh berkat. Belum sampai sehari mereka bepergian, aku dah rasa rindu…. Sebak rasa hati justeru aku tidak mampu menghantar mereka pergi, tapi aku tahu along dan angah pasti faham bahawa adiknya yang seorang ini langsung tidak punya kekuatan. Aku takut dan masih fobia dengan kenangan lalu. Biarlah orang mengutuk dan mengatakan aku selfish, tapi hakikat sebenar tak kan ada yang faham apa yang aku rasakan. Walaupun hakikatnya aku penat sangat tapi mataaku masih gagal diajak beradu. Entah kenapa.. aku pun tak pasti. Tapi memang dari kecil lagi, kalau aku letih dan penat, makanya inilah natijah yang bakal aku terima. Andai insan lain akan jadi mudah beradu bila kepenatan dan keletihan menguasai diri, tapi tidak pada aku.. Tengah aku best melayan perasaan, telefon ku berlagu. Tanpa melihat terlebih dahulu nombor di skrin atau dengan kata yang lebih tepat nama si pemanggil, aku terus menekan butang hijau.

DIA: Assallammualaikum. Hai DSana……Tak tidur lagi? [Aku tergamam… dah lama aku tak dengar suara dia…. Dan dinihari ni dia menghubungi ku. Kenapa agaknya???]

AKU: Waalaikummussalam……Erm belum ngantuk. DSana apa khabar? [Tanyaku perlahan. Hati masih digaru pertanyaan]

DIA: DSini sihat cuma…. [Aku terdengar dia mengeluh. Ah! Jarang dia berkelakuan sedemikian malah rasanya itu bukanlah sifat atau pun sikapnya.]

AKU: Erm…. Ada apa-apa yang DSana nak beritahu DSini ke? [Melihatkan dia masih mengunci bicara, aku memberanikan diri untuk bertanya.]

DIA: DSini nak minta maaf pada DSana. Dah lama kan kita tak berbual…. Bertanya khabar dan sebagainya. [Aku kaget. Kenapa pulak dia ni…. Apa yang tak kena dengannya]

AKU: Well, DSini tak kisah… Erm I mean bukanlah tak kisah sangat cuma DSini tahu DSana busy dengan tugasan. Walaupun sebenarnya memang DSini nak sangat berbual dengan DSana, berkongsi cerita dan segalanya tapi DSini tak nak ganggu DSana.

Dia diam… seakan mengunci atau kehilangan perbendaharaan kata untuk seketika. Kenapa dia ni… sikapnya dinihari ini berlainan sangat. Apa yang dah terjadi. Hati ku mula berteka teki sendiri.

AKU: DSana okey ke… atau ada apa-apa yang DSana nak share dengan DSini? [Dia masih membisu bagai tak dengar apa yang aku tanyakan. Kenapa dengan dia ni…]

DIA: Erm tak ada apa-apa. Actually since last week, entah kenapa tiba-tiba saja DSini teringat pada DSana. Payah nak fokus pada kerja, tapi sebab ada report yang nak kena review sebelum board Meeting, terpaksa juga siapkan. Than kena pulak review staff appraisal supaya yang berkelayakan untuk dapat apa yang sepatutnya tak tercicir.

Aku menarik nafas dalam-dalam. Faham sangat dengan sikapnya tentang kerja. Malah aku dah tidak tahu apa yang harus ku katakan bila ianya bersangkutan dengan tugasan hariannya. Namun dalam hati aku tertanya sendiri, apakah kami masih lagi berkongsi rasa yang terkadang hadir tanpa di pinta? Apakah sixsencenya masih lagi kuat seperti dulu terhadap diriku? Tahukah dia apa yang telah terjadi pada diriku…. Semua itu sekadar bermain di minda, tidak ku luahkan jauh sekali terzahir pada sebuah pengucapan.

DIA: DSana….. [panggilannya membawa aku kembali berpijak di bumi yang nyata. Aku mengeluh sendiri] Ada apa-apa yang berlaku ke yang DSini tak tahu? Rasanya satu sikap terbaru tentang DSana.... suka berangan dan mengelamun. Erm tak nak share ke? Selalu kita sharekan apa yang kita rasa dan alami. So... Rasanya DSini dah banyak ketinggalan kan.

AKU: Erm tak ada apa-apa. DSini okey, masih macam dulu tak ada apa yang berubah atau terubah. [Patutkah aku khabarkan segalanya atau mengupdate dirirnya yang dah jauh ketinggalan akan apa yang aku alami sejak dia membisu… Ah! Tidak… biarlah dia terus betah tidak tahu dan aku tidak mahu dia ditamu kerisauan. Cukuplah aku dah merisaukan seorang insan.. dan tak perlu aku tambah bilangan ini.]

Dia mengeluh lagi. Bagai ada yang menyekat pertuturannya dan aku tahu dia tidak mungkin akan menelan bulat-bulat tiap perbedaharaan kata yang telah ku utuskan tadi.

AKU: DSana, maaf yer… DSini letih lah. Kalau boleh DSini nak minta izin untuk rehat lagi pun dah lewat sangat sekarang ni. DSana pun perlu rehat. Esok kerja kan. So please take a rest. [aku mencipta alasan. Tidak mahu dia tahu jauh sekali membenarkan dia mendengar alunan ritma sekeping hati yang sudah dipalu kesedihan. Aku sedar krital jernih ini sekadar menanti waktu untuk pecah berserak.

DIA: Okey. Apa pun DSini harap, DSana jaga diri baik-baik. Jangan lupa makan ubat. DSini tetap ada kalau DSana perlukan DSini walaupun hakikatnya kini kita dah jauh dari zahir sebuah pandangan tapi DSini tak pernah lupakan DSana. Please take care of yourself dan hidup baik-baik. Maafkan DSini atas segalanya…. Assallammualaikum……

Aku terkedu dengan sekudus ucapan itu. Erm apa sebenarnya yang kini terjadi diantara kami… sukar untuk aku meneka dan tiba-tiba kata-kata along sehari nan lalu bergema kembali… ‘Jangan mengharap orang memahami akan sikap dan diri kita, sebaliknya cubalah memahami akan keadaan, sikap dan diri orang yang kita anggap dekat dan kita sayangi supaya mereka tidak berlalu meninggalkan kita atas kealpaan dan kekhilafan dari diri kita sendiri.’ Seketika kemudian telefonku berlagu menandakan satu sms kini berada didalam inbox. Pantas ku buka dan ku amati…. Kristal jernih yang sudah lama retak akhirnya berderai dan berserak juga di pipiku…..

‘Takkan terganti segenap memori… Tak kan terpadan seluruh kenangan… Ianya datang tanpa disedari… Ianya hadir tanpa perlukan undangan……’

Cuba dan Cuba.....

Erm aku cuba untuk tidak berfikir atau memikirkan apa yang sudah mula teracah di minda. Hari ini aku maklum, aku akan sendirian… sepanjang hari ‘DIA’ sibuk dengan tugasan yang perlu dibereskan. Presentation yang harus dilaksanakan sudah dinyatakan sejak minggu lalu. Aku doakan moga‘DIA’ dapat lakukan yang terbaik. Cuma tadi ‘DIA’masih sempat mengupdate aku untuk schedulenya esok. ‘I kena cuti esok. Special requestion from my aunty. Minta tolong hantarkan they all ke Genting. So tak boleh nak tolak.’ Aku terkedu…. Speechless… dan tak tahu perbendaharaan kata apa yang harus ku ucap atau ungkapkan. Erm… tak apalah… mungkin dah tiba masanya untuk aku cuba dan cuba hadapi perjalanan hidup ini sendiri justeru tiap daripada kita pastinya punya komitmen dan tanggungjawab tersendiri… Tak lama lagi best friend aku pun akan bercuti panjang…. Pulang ke kampungnya, for sure tinggallah aku sendiri…Boleh ke aku hadapi semua ini…. Erm…..

Apa pun aku akan cuba dan cuba menggenggam kata-kata yang along tinggalkan untuk aku sebelum dia berangkat pergi….

Usah meminta sesuatu yang bukan milik kita, usah membeban orang dengan kerenah dan ragam diri, jangan mengharap orang faham akan apa yang kita rasa, sebaliknya belajarlah memahami akan keadaan, sikap dan diri orang yang dekat dan kita sayangi supaya mereka tidak berlalu meninggalkan kita atas kekhilafan dan kealpaan dari diri kita sendiri.’ Mampukah aku?????? ERM…..

Kambing Hitam vs Angsa Putih

Kalau arwah Nyai Datuk Hj Yaakob masih hidup pasti dia akan tersenyum bila melihat generasinya mewarisi kerjaya sebagai Kambing Hitam yang satu ketika dulu pernah diceburinya. Malah rasanya itu juga yang dirasakan oleh arwah Datuk Haji Hassan bila generasinya juga rata-rata meneruskan tradisi keluarga sebagai Angsa Putih. Erm korang tahu apa yang kerjaya yang sinonim dengan ke dua istilah ini… hehehehhee tentu ada yang tertanya-tanya kan. Aku tak tahu lah istilah ni diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka atau sebaliknya, atau aku yang dengan penuh bangga dan sewenangnya menggunakan istilah ini untuk kerjaya tersebut. Apa pun ini lah kebanggaan sebuah keluarga.

Kerjaya dibidang perundangan bagaikan satu kerjaya tradisi yang terus diwarisi oleh generasi keturunan Datuk Haji Yaakob. Anak dan cucu-cucunya masih betah dengan kerjaya ini. Dalam tiap keluarga pasti ada yang terus kekal memegang title 'Kambing Hitam'. Tak kiralah samada seorang atau lebih, yang pasti kerjaya ini tidak terputus. Bila sesekali kambing-kambing hitam ini bertemu, makanya akan adalah perbualan berkisah pada perundangan. Berhujah, bermain akta dan fakta bukan satu yang luar biasa. Malah ini jugalah cara mereka berbincang akan kes yang sedang mereka hadapi. Buat yang alpa akan sesuatu fakta atau akta atau barang bukti, pasti akan disedarkan supaya langkah ke medah perbicaraan tidak tempang walau bukan untuk satu jaminan kemenangan. Wasiat yang tinggalkan zaman berzaman seakan satu azimat yang terus digenggam dan dipegang lantas dikelek oleh setiap generasi bergelar Kambing Hitam ini walau ke mana sahaja. ‘Dalam Al-Quran sudah tersedia segala panduan dan pedoman. Kaji dan teliti segala fakta dan bukti. Usah biarkan pertimbangan akal dan diri dikuasai atau menguasai. Tidak semua yang dilihat itu bersifat benar dan tidak mustahil yang dibela itu salah. Silap percaturan bakal menjadi saham untuk dituai di akhirat kelak. A good lawyer must always alerts with what happen aroud the case. Easy to be a rich lawyer but difficult to become a good lawyer.’ Rata-rata Kambing Hitam ini berkongsi satu kepakaran iaitu kepetahan dalam berhujah. Berdebat dan berbahas bagaikan asas yang aku pun tak tahu apakah ianya merupakan satu keperluan atau sekadar bonus tambahan. Apa pun yang aku perhatikan, tiap seorang dari Kambing Hitam pasti memiliki asas ini. Erm seronok ke jadi Kambing Hitam? seronok ke bermain dengan bukti dalam fakta dan akta? Entah, yang pasti tiap kerjaya tentunya memberikan kepuasan andai ianya kita minati dan melakukan dengan keiklasan di hati. Aku sendiri masih tercari dan mencari… benarkah apa yang aku lakukan sekarang sesuatu yagn aku suka dan ikhlas dari hati atau sekadar satu tuntutan sebuah kehidupan? Bagaimana pula dengan along…. Jurutera dan dirinya bagaikan satu gandingan yang masih mampu memperlihatkan kecacatan… tapi kenapa along masih betah pada kerjaya ini……… Erm……tiba-tiba aku terfikir sesuatu… pengajian yang pernah satu ketika dulu aku ikuti terlalu jauh menyimpang dari apa yang aku lakukan sekarang…malah jika diperlihat pada minatku, memang apa yang aku buat kini tidak langsung punya hubung kait. Erm sampai bila aku harus berada di sini…. Aku tidak juga ingin menjadi Kambing Hitam, tapi setidak-tidaknya aku melakukan sesuatu yang benar-benar aku suka. Entahlah… apa nak jadi dengan diriku ini……

Generasi arwah Datuk Haji Hassan pula terus memonopoli Angsa Putih. Contohnya family Uncle Hadi. Dari dirinya, isteri dan anak-anak seramai empat orang semuanya memegang gelaran DOKTOR. Begitu juga dengan keluarga Aunty Aisyah dan Uncle Radzi. Anak-anak mereka tetap ada yang memegang gelaran ini biarpun tidak semua. Kalau generasi arwah haji Yaakob berbangga dengan jubah hitam yang tersarung di tubuh, begitu juga dengan generasi arwah haji Hassan, uniform separas lutut warna putih bersih yang mereka pakai bagaikan penyuntik semangat dalam missi menyelamatkan nyawa setiap insan yang mereka temui. Tiap cabang perubatan pasti mereka terokai. Ireland bukan negara asing buat mereka justeru tiap seorang dari generasi arwah Haji Hassan berkelulusan dari sana. Aku sedar mereka bangga dengan kerjaya tradisi keluarga. Kalau tidak masakan anak bongsu Uncle Hadi juga memilik untuk menjadi Angsa Putih biarpun aku tahu dia amat meminati bidang perundangan kerana katanya seronok dapat berbahas dalam mencari kebenaran. Baru-baru ini aku bertemu dengan Adi yang baru balik dari menyertai missi United Nation. Angsa Putih bongsu Uncle Hadi ni memang pantang jumpa aku. Ada saja yang nak didebatkan….. Woi! Aku tahulah awak tu jaguh debat masa kat sekolah… tak payah nak action dengan aku. Memang aku angkat bendera surrender lah kalau diajak berdebat bab medic, tapi kalau bab lain… sorry beb… aku belum mahu mengaku kalah. Banyak yang kami bicarakan atau lebih tepat perbahaskan dan loyar buruk tetap bergabung menggantikan akta dan fakta. Tapi dalam pada itu, dia masih sempat menyerang aku dengan bicara tak bervaksi perihal kesihatanku….. Ingat ni medan mahkamah menemukan Kambing Hitam vs Angsa Putih ke…… Kalau iyer pun, aku bukannya Kambing Hitam walaupun dia memang Angsa Putih……Melampau betul…. Tak aci….

Kenalan, Kawan & Sahabat......

Sepanjang perjalanan hidup kita selaku manusia kita berpeluang berkenalan dan mengenali banyak orang. Orang-orang ini pada amnya dapat dikatogeri kepada tiga kumpulan: Kenalan, Kawan dan Sahabat.

1.Kenalan(Known): Orang-orang ini adalah mereka yang kita kenali nama atau ingat nama mereka namun kita tidak rapat dengan mereka. Perhubungan adalah berputar sekitar "Hai atau Hello" lalu berjabat tangan dan bersoal-jawap beberapa soalan dan meminta diri. "Bah, minta maaf, saya ada urusan. Sampai jumpa lagi. Ok, bye..." Pendek kata, kita saling mengenali tetapi tidak rapat dan tidak merasa apa-apa meskipun tak berhubungan sekalian lama. Kerana mereka tidak mempangaruhi dan tidak menyentuh hidup kita. Tidak ada kerinduan untuk bertemu. Tapi kalau terjumpa secara tiba-tiba berteguran juga. Namun tidak dapat bercerita panjang. Macam mau cepat-cepat pergi saja dengan alasan ada urusan. Rasa seperti tidak enak bercakap lama-lama. Kalau dibawa pergi makan dan minum pun tidak mahu. Pasti menolak dengan alsan sudah "baru juga makan dan minum nii." Inilah yang dikatakan orang-orang yang kita kenali namun tidak rapat. Tetapi bagi orang-orang yang tiba-tiab kita jumpa dan mereka masih mesra dengan kita, mereka inilah yang dikatakan kawan atau "Companions".

2.Kawan(Companions): Mereka ini adalah orang-orang yang bersama-sama dengan kita terutama sekali semasa bersekolah, atau menuntut di pengajian tinggi atau sama mengikuti kursus atau latihan untuk suatu aktiviti. Malah sama sama membesar dan bersukan seperti bermain bolasepak. Dimasa-masa tersebut kita rapat sekali tetapi bila dah tamat sekolah, atau pengajian atau kursus dan masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kehidupan sendiri maka perhubungan itu menjadi renggang. "Lost contact" dah. Walau bagaimana pun kalau terjumpa dikedai atau dimana-mana pasti panjang cerita. Disamping meluangkan masa untuk makan dan minum. Inilah yang dikatakan kawan. Pendek kata, jarang-jarang berjumpa tetapi kalau tiba-tiba berjuma pasti ramai juga! Kisah-kisah lalu terungkit kembali. Kisah yang manis dan lucu pasti menjadi bahan percakapan. Tapi apa yang jelas ialah kawan biasanya tidak "keep in touch" dengan kita. Tetapi bagi beberapa orang yang "stay in touch" dengan kita meskipun pun tak selalu tetapi mereka tetap bertanya khabar sekali-sekala, orang-orang seperti inilah yang dikatakan Sahabat atau "Friends."

3.Sahabat(Friends): Orang-orang yang kita kenali dari dulu lagi sampailah sekarang. Meskipun tak selalu berjumpa tetapi rapat. Kalau ada apa masalah seperti merekalah yang kita cari dan mereka sedia membantu. Dan kalau ada keramaian seperti perkahwinan mereka pasti kita jemput. Walaupun tidak selalu bertemua namun sekurang-kurangnya ada beberapa kali bertemu didalam setahun. Misalnya pada hari-hari perayaan. Mereka pandai datang sendiri ke rumah atau tiba-tiba muncul dihadapan rumah kita. Kalau berjumpa pasti panjang sekali cerita dan makan bersama. Mereka ini kalau mendengar kita ada masalah besar mereka pasti datang dan memberi bantuan meskipun kita tidak meminta. dan mereka ini juga tidak meminta-minta daripada kita. Mereka iklas dan jujur didalam persahabatan.Inilah yang kita kenali sebagai sahabat sejati atau "best friend."

Memang banyak sekali orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun bukan semua orang boleh dianggap sebagai sahabat. Sebenarnyanya kebanyakan ynag kita kenal sekadar menjadi kenalan dan kawan sahaja. Walau bagaimana pun, samada seseorang itu sekadar kenalan atau kawan atau sahabat, perkara ini terserahlah kepada kita untuk menilai orang-orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun kalau kita telah berjanji kepada seseorang bahawa kita akan menjadi sahabatnya selama-lamanya maka kita ada kewajipan untuk membukitkan janji kita ini. Jangan hanya manis dimulut sahaja tetapi dihati lain-lain. Pendek kata, bersahabat biarlah selama-lamanya