Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, September 28, 2007

Natijah atau.....

Aduh! Sedih... nak menangis... itu yang boleh aku ungkapkan.... dah la sebelum ni phone aku kena bar.... terpaksa pulak menyusahkan sumbody yang tak sepatutnya susah kerana aku... tapi gara-gara pengaduan tanpa sedar telah berlaku.... maka aku tak mampu nak tolak bila dikhabarkan lokasinya kini berhampiran office aku... so dalam keterharuan yang tak terzahir, aku gagahkan juga diri untuk membolos ruang waktu. Pada boss ku khabarkan aku nak keluar awal dan balik lewat sikit dan maybe banyak... ada hal yang perlu ku uruskan.... [apa lagi pasal bill lah... walaupun sebenarnya aku boleh settlekan semua tu esok... tapi sebab dah tersusahkan orang, so tak kan aku nak kata tak payah. Sedangkan dia dah ada dekat ngan office aku... ] Boss aku pulak tah mood apa agaknya hari ni, tak banyak soal, terus beri green light..... Sebelum ke tempat pembayar bill, aku kena ziarah bank dulu untuk ambik duit... Erm teringat pulak malam ni maybe aku balik lewat, so aku keluarkan lebih dari yang sepatutnya. Cadang nak terus bagi kat along untuk projek yang kami dah setuju nak buat tu. Lepas settle semuanya, tah kenapa tetiba je gatal nak pi Jln TAR... nak cari buku.... sejak dua menjak ni memang aku kemaruk giler ngan buku..... kak long pun seronok sebab dia boleh tumpang baca... si Yana lagi lah seronok. Ya Allah Huakbar.... punyalah ramainya orang kat Jln TAR... aku pun heran. Apalah yang depa ni cari tengah-tengah panas.... aku rasa cam nak pengsan pun ada gak.... akhirnya aku balik ngan tangan kosong. Berkira-kira samada nak nak putra Lrt ke office tapi aku malas pulak nak jalan. Lagi pun memang tak larat, perut aku pun macam tak berapa nak sihat... agaknya gas dah berlambak kat dalam perut kot. Akhirnya aku buat keputusan untuk naik cap aje... masa tengah tunggu tu, tah kenapa hati aku tergerak nak belek handbeg aku... YA ALLAH... kenapa zip beg ni terbuka..... aku panik bila apa yang aku cari sah-sah dah tak ada.... DUIT yang aku sumbat kat dalam beg tu dah tak ada.... memang masa aku keluarkan dari bank tadi, aku tak sempat nak masukkan dalam wallet.... Rasa nak menangis masa tu gak.. dah la aku berpanas tunggu teksi..... melayang sekejap semangat aku.... rasanya maybe masa kat Jln TAR tadi perkara ni berlaku..... kenapalah beg aku yang dicari oleh pemangsa tu...... aku try call Iman... tah kenapa nama dia jer yang melintas... aku tahu aku tak patut susahkan dia, lagi pun dah waktu kerja, tapi aku takut aku tak punya duit lagi nak buat tambang teksi... akhirnya aku just tawakal... tahan teksi dan naik... dalam teksi tu aku try search kat tempat lain yang biasa aku sumbat balance duit... alhamdulillah... ada terselit not RM10... cukuplah untuk tambang sampai ke office.... Sampai office aku kirai semua barang-barang dari dalam beg aku, mengharap agar duit tu main sorok-sorok di mana-mana, tapi aku tetap hampa.... Ternyata ianya dah bertukar tangan dan jadi milik orang lain... dan sekarang, aku termenung... sebulan gaji aku boleh dikatakan LESAP dalam tak beberapa jam... dah la nak raya.... aku dah berkira nak beli sumthing buat mama dan papa... buat along, kak long dan anak2 buahku... pada angah juga.... tapi sekarang ni, aku dah tak tahu... masakan aku nak minta elaun dari papa sedangkan papa baru je guna duit yang agak banyak.... Ermmm tah lah, tak tahu aku nak buat apa... segalanya musnah, punah dan hancus berkecai.... tak ada semangat rasanya aku nak raya..... :-( :-( :-(

Padan Muka AKU.... ^ _ ^

Sesuatu yang agak lucu tapi serius berlaku pada aku… sebenarnya since yesterday lagi, cumanya aku yang tak perasan… untuk pertama kalinya dalam sejarah… aku mencatatkan rekod tak bayar bill phone selama 4 bulan… dan natijahnya bukan line aku sorang jer yang kena bar… sebaliknya line yang bersangkutan dengan aku…. Sapa lagi kalau tak PUTERI Ariesya Dayana…. Kesian gak aku tengok muka cemberut dia masa aku balik semalam…. Nampak je muka aku terus dia tembak ngan soalan ‘Mak chu, napa tak bayar phone bill, tengok line Yana pun dah kena bar… tu lah bergayut lagi cam orang utan kat Sipilok….’ Cewah! Mulut comel tu…. Pandainya mengomel….aku just gelak je… makin panjang berdepa-depa muncung dia bila aku masih boleh gelak-gelak. Sikit pun tak terbias kerisauan di wajahku.’Awat yang kalut sangat ni…Yana nak call boyfriend ke?’ sengaja aku melancarkan serangan balas berunsur usikan. Wajah comel itu sudah mula masam… aku tahu dia marah. ‘Relax la Yana…. Sorry key.. makchu betul-betul lupa nak bayar… tapi tak sangka pulak sebenarnya dah 4 bulan tak bayar bill… Kesian kan kat Maxis, dapat customer macam makchu. Okeylah, selewat-lewatnya hari Sabtu makchu settle semuanya… don’t worry… after a few hour, sure Yana boleh call boyfriend Yana… atau Yana pinjamlah phone walid… sure walid bagikan…. boleh lah call dia… tak pun suruh dia call Yana. You still can received called my dear even can’t make any call. Ala bukan selalu…cuma kali ni aje.‘ usik ku bersulam usul yang sudah ku duga akan direjectnya. ‘MakChu ni…. ‘ aku makin galak ketawa. Lucu lihat kegabraan dia yang melebihi apa kerelaxan aku menghadapi situasi ini… Aku pun heran kenapalah aku tak kalut walaupun hakikatnya phone aku tak boleh buat any call out. Apa pun dalam otak sudah merangka agenda sebelum isu bill aku settle kan. ‘Boy, esok mak chu pinjam phone yer….’ Aku mengalih pandangan pada anak buahku seorang lagi. ‘Mak chu nak bawak pi opis ke? Mana boleh… nanti kalau Mak Chu bawak phone boy, boy nak guna phone apa… ‘ Ewah Budak ni! Tak padan ngan kecik… tahu gak guna phone…. ‘Key, tak pe. Boy tak bagi Mak Chu pinjam, jawabnya duit raya tahun ni setakad sampul kosong je lah… atau pun erm….RM1 cukup kot….‘ aku tersengih… nak lihat sejauhmana umpan ku mengena. ‘Ala Mak Chu ni. Mana aci… key lah… Mak Chu boleh guna phone boy, no hal…. tapi sewalah… erm tak mahal.. kira sedara... tambahan RM50 dalam duit raya…. ‘ wajahnya cukup selamba…. Aduh! Budak sorang ni….. bijak juga rupanya…. Kak long, along dan angah yang sedar awal sekadar mendengar sudah memuntahkan tawa dengan gelagat kami. Aku pulak yang tarik muka masam kelat…. ‘Tu lah.. next time jangan cuak bayar bill..ni tak.. sampai 4 bulan. Heran gak baru la ni depa nak bar line adik...' aku sekadar tersenyum mendengar komen ngah…. Dan hari ini, aku rembat gak phone anak buah aku coz’ aku tak punya pilihan memandangkan malam ni maybe aku engage ngan majlis berbuka puasa anjuran office… dan tentunya aku perlukan phone yang aktif….. Hai! Meningkatlah jawabnya budget duit raya untuk boy hanya kerana kecuaian aku sendiri….

Thursday, September 27, 2007

Akhirnya....

Aku mula termenung…. Kerja yang ada tak mampu diberikan perhatian jauh sekali tumpuan, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan figure. Fikiranku merewang jauh… sejauhnya tanpa sempadan yang mampu ku jangkau…. Benarkah apa yang aku lakukan hari ini…. Tepatkah tindakan yang ku ambil tadi… Apakah keputusan itu lahir dari hati dan minda yang bebas dari cengkaman emosi…. Itulah yang kini bercanda dalam diri…. Persoalan yang ternyata tidak mampu untuk ku jawab…. Apakah itu sahaja cara terbaik dalam sebuah penyelesaian sedangkan baginya permasalahan yang aku rasa langsung tidak berpunca…..

Krital jernih ini pecah kembali… tapi untuk apa… justeru kerana tiada titipan khabar darinya seperti waktu-waktu yang telah lalu…. Sebagaimana lazim setiap kali sebelum pulang, pasti telefon ku akan diziarah oleh panggilan darinya… namun petang ini, telefon ku bisu dan sepi…. Tapi bukan kah itu yang ku pinta… bukankah itu juga kemahuanku… dia tidak bersalah lantaran hanya mengikut apa yang aku mahukan…. Mengapa aku dihambat resah….mengapa hati ini bagai diramas-ramas oleh kesedihan yang sukar ku tahan…. Akukah yang terlalu selfish dalam segala kemelut ini…. Entahlah… sukar untuk ku zahirkan segalanya menerusi ucapan… payah untuk ku terjemahkan segala yang terpendam jauh di dasar hati… Aku sedar dia sudah lelah melayan kerenah lekeh dariku…. Sudah cemuih mendengar segala yang terungkap. Segalanya terserah pada diriku… segalanya terpulang pada kekuatan yang ada di hati ini walaupun aku sedar kekuatan itu makin merapuh pada sebuah hakikat bahawa AKU MASIH PERLUKAN DIA DALAM SEBUAH PERSAHABATAN….. dalam waktu yang sama aku terpenjara dalam seribu rasa….. tidak mahu menyusahkan dirinya dengan situasi yang tak terdugai.Ah! Apa yang harus malah mesti aku lakukan….. Mampukah aku menghadapi lantas terus mengorak langkah ini tanpa dirinya….ahhhhhhhh…….


Dia: Assallammualaikum… hai DSana… apa khabar? Sihat hari ni… Puasa ke tak….dah ada yang cicir ke? Aku terkedu…. Tak ku duga akan menerima panggilan ini.

Aku : Waalaikummusalam…DSini sihat, alhamdulillah. DSana pulak bagaimana… sihat ke?

Dia : Well, DSini okey… tak ada masalah, tapi DSini rasa ada sesuatu yang tak kena… What happen to you actually?

Aku : What do you mean? Ah! Main balas-balas soalan pulak….

Dia : Your voice not sound like normal. Erm DSana menangis yer? Aku terkedu… sekadar serkap atau ianya benar-benar terzahir di pendengarannya.

Aku mengunci bicara… keadaan sudah mula kronik. Sepatah yang terucap dibibirku pasti akan terluah buah-buah sendu. Aku tak mahu dia tahu situasi itu.

Dia : Wanna to share with me… By the way, sapa atau apa yang membuatkan DSana sedih sangat…. Terdengar suaranya perlahan. Dia memang tak punya skill langsung nak memujuk, tapi kali ini entah mengapa aku rasa makin sebak mendengarkan pertanyaannya.

Aku masih tetap betah membisu. Krital jernih yang memang menanti waktu sudah berkecai dan berserak di pipi. Nasib juga workstation ku agak terlindung dan aku tidak berkongsi dengan makhluk lain, jika tidak pasti ada yang perasan akan keadaan ku.

Dia : Menangislah… kalau tangisan itu dapat meredakan apa yang sudah tersimpan di hati, cuma DSini nak ingatkan DSana, tangisan tak akan membawa pada penyelesaian. Menyempitkan minda hanya akan membuat keadaan jadi lebih rumit. Cuba DSana bertenang, insyaAllah akan terlihat cahaya penyelesaian akan apa jua kemelut yang sedang dihadapi. Nasihatnya lembut. Aku benar-benar terharu…. Dia masih tidak berubah, tetap seperti dulu. Hadirnya di waktu aku perlukan seseorang… waktu aku dibelenggu dengan tanda tanya terhadap apa yang dah aku lakukan.

Aku : I hurt sumbody feeling… DSini dah jadi tak tahu apakah keputusan yang DSini ucapkan tadi betul atau sebaliknya dan kini rasanya….

Aku tidak berdaya menghabiskan kata bila sendu ku terlebih dahulu menyambungnya. Esak tangisku yang sedari tadi ku tahan akhirnya kedengaran jua.

Aku : DSini tak nak kehilangan ‘Dia’… I love my friendship so much… tapi…..

Dia : DSini rasa ‘Dia’ pun tak nak kehilanan DSana. Why don’t you contact ‘DIA’ and say SORRY with whatever you already say. DSini yakin ‘DIA’ pasti faham lagi pun you all bukan baru sehar dua kenal kan.

Aku : Thanks DSana… thanks a lot coz’ sudi contact DSini and also Thanks for the advise.

Dia : Don’t mention it… you know kan DSini pun sayang kan DSana, just tak tahu cara terbaik untuk luahkan. Namun SAYANG tu tetap ada dan kekal selamanya. DSini rasa ‘DIA’ pun macam tu… so apa yang DSana perlu buat, just remember it… walau apa pun situasinya, SAYANG tu tak mungkin akan hilang atau berakhir…. Sama macam DSana sayangkan ‘DIA’ kan. Key, I need to go to settle sumthing yang masih pending. Apa pun plz take a very good care of yourself sepanjang ramadhan ni dan kalau masih resah, mengadulah padaNYA. DSini yakin pasti DSana akan perolehi ketenangan dan petunjukkan. Satu lagi, jangan sekali-kali putuskan silaturrahim lebih-lebih lagi dalam satu persahabatan sebab itu bukan sifat dan sikap DSana. So, selamat berbuka dan jaga diri baik-baik. Assallammualaikum….

Aku sekadar mampu merenung talian yang sudah kembali bisu.Waalaikummussalam… perlahan-lahan aku menyeka krital yang berderai. Kata-kata darinya bagaikan menyuntik satu semangat dalam diriku… Ya! Kini aku tahu…. Aku tak daya untuk menghadapinya kala ini… betapa aku masih perlukan ‘DIA’. Aku tak mahu KEHILANGAN DIA dalam PERSAHABATAN kami dan aku tak akan lakukannya.. biarlah keadaan menjadi penentu segalanya…….

Antara 2 Insan [continue]

Lisa mengeluh melihatkan sikap teman yang semakin membisu. Dingin dan beku dalam segenap tingkah dan kata. Wajah yang dulunya ceria kini sudah sirna seakan kehilangan seri. Lisa tidak tahu lagi apa yang harus dilakukan… ruang pertolongan yang sentiasa terbuka untuk temannya itu bagaikan tidak memberi makna. Kebisuan dan kebekuan seolah satu formula terbaru yang kini dipraktikkan oleh gadis itu.

“Izzah, sampai bila engkau nak diam macam ni. Permasalahan tak akan selesai hanya dengan membisu dan membiarkan diri engkau terus hanyut dalam gelora rasa. Aku tahu berat beban yang kini tergalas di bahu engkau, tapi engkau harus tega untuk bangun menghadapinya.“ Pujuk Lisa perlahan. Pandangan dilemparkan pada hamparan laut yang terbentang di hadapan mereka. Sudah dua hari dia menemani gadis itu semata-mata kerana sebuah persahabatan. Dia tahu dalam keadaan sekarang, sudah pasti Izzah perlukan sokongan dari seseorang, meski dia tidak pasti apakah gadis itu sudi mengizinkan dirinya menggalas tugasan tersebut.

Lewat kebelakangan ini, Lisa seakan berada jauh dari Izzah. Bukan dia yang menjarakkan perhubungan mereka, sebaliknya Izzah. Mengrefuse segala-galanya. Rapuh benar kekuatan dan ketabahan yang sebelum ini begitu jitu milik gadis itu. Acapkali manis-manik jernih bertamu di tubir mata lantas bah di pipi mulusnya. Izzah menjadi seorang pengunci bicara malah tandus segala perbendaharaan kata. Tuturnya cukup terhad malah terkadang dia lebih tega membisukan diri. Lisa mengeluh. Tidak tahu formula apa lagi yang boleh dipraktikkan untuk membuka kembali bibir comel itu untuk berbicara. Izzah seakan hidup dalam dunianya tersendiri. Entah di mana sempadan sendi dan paksi, tidak Lisa ketahui malah seoleh tiada pintu yang mengizinkan insan lain untuk turut hadir dalam dunianya.

“Lisa, aku hargai ketulusan dan keikhlasan engkau untuk bantu aku. Aku benar-benar rasa bertuah justeru punya teman dan sahabat seperti engkau, tapi maafkan aku Lisa… aku bagaikan tak berdaya nak hadapi semua ini. Aku tak cukup kuat..“ Airmata kembali menjadi penyambung bicara. Pipi mulus itu diziarahi manik-manik jernih. Bahu Lisa akhirnya menjadi destinasi persinggahan. Sebak dan sedih yang sudah sekian lama membusung di hati dilepaskan di situ.

Ah! Berat dugaan yang dihadapi oleh temannya itu. Lisa mengusap lembut tangan Izzah. Hatinya turut sebak melihat wajah yang kini semakin diwarnai airmata. Dia sedar bukan sedikit dugaan yang datang dalam perjalanan hidup gadis itu.

“Sabarlah Izzah. Engkau jangan menangis lagi. Dah banyak airmata engkau yang tumpah. Aku bimbang andai kesihatan engkau akan terganggu.” Lisa masih cuba memujuk. Memang dia gusar akan keadaan gadis itu. Bimbang benar hatinya andai kesihatan Izzah juga turut teracah dengan segala yang kini dihadapinya.

“Aku tahu bukan mudah untuk engkau hadapi semua ni kan. Selama ini aku bukannya rabun hingga tak nampak perubahan pada diri engkau tu, walaupun hakikatnya aku memang pun rabun sikit. Aku tahu engkau happy dengan dia.. engkau selesa dengan sikap dia yang menjadi penyumbang semangat dan tempat engkau berkongsi cerita. Aku tumpang gembira bila lihat engkau ceria, tapi Izzah… hakikat tetap hakikat… dan aku rasa engkau sendiri lebih maklum dari aku akan perkara itu. Cepat atau lambat, semua ini pasti akan engkau rasa. Hakikat ini tak mungkin engkau boleh ubah.”

“Aku bukan menyalahkan sesiapa Lisa… bukan juga cuba mempersoalkan hakikat yang dah memang aku ketahui akibatnya, cuma ….“ Izzah tidak menghabiskan kata. Pandangan dilemparkan ke tengah bendang. Keluhan berat terlepas dari ulas bibirnya.

“Izzah, selama ini engkau sering menasihati kawan-kawan kita agar redho dan pasrah menghadapi permasalahan. Allah turunkan ujian tanda DIA sayang pada kita. DIA nak tambah ketakwaan dan kekuatan hati kita. Bukankah itu yang sering engkau katakan pada teman-teman bila mereka berhadapan dengan kemelut kehidupan. Mengapa sekarang engkau seakan kehilangan rasa redho dan pasrah itu? Selama ini engkau lebih tabah dari aku, jarang memperlihatkan kesedihan dan kelukaan hati yang engkau rasa. Come on Izzah. Jangan ikutkan sangat luka hati engkau tu.“ Lisa masih tidak putus memberikan semangat. Dia sedar kini Izzah bagaikan terkapai-kapai mencari dahan untuk berpaut.

Persahabatan yang mula cantik terenda dengan Ekmal Rahimi bagaikan tercarik dek satu hakikat yang hadir tanpa diduga. Lantaran itulah Izzah mengambil keputusan untuk meminggirkan diri di pulau itu. Menongkah arus dan cuba merawat perasaan yang sudah menghasilkan berbagai paten yang sukar digambar dalam zahir pengucapan. Lisa kembali merenung wajah lesu milik temannya itu.

“Izzah…. Aku nak tanya engkau satu perkara. Erm betul ke engkau dah mula jatuh cinta pada Ekmal Rahimi?” Soal Lisa. Sudah lama persoalan itu berlegar di minda, cuma dia tidak tahu bagaimana untuk melontarkan pada gadis itu. Bulat mata Izzah memamah wajah teman yang ada disebelahnya.

“Aku dan Ekmal tak punya hubungan perasaan seperti mana yang selari dengan soalan engkau tu. Aku dan dia…“

“Kalau benar apa yang engkau katakan tu, mengapa keadaan engkau jadi sehorrible ni? Engkau bagai bahtera yang tiba-tiba hilang arah dalam sebuah pengemudian.“ Pantas Lisa memintas sebelum sempat temannya menghabiskan kata. Izzah sekadar mengeluh. Tidak tahu cara apa yang sewajar digunakan untuk memperjelaskan segalanya.

“Lisa, engkau tak kenal dengan Ekmal. Engkau sekadar kenal nama dan kalau tak silap aku pernah sekali berbual dengannya. Tengok orangnya pun hanya sekali imbas… tak lihat cara dan ya mungkin sedikit keperibadian dia yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dia baik Lisa… baik dalam perbagai konteks. Aku rasa mudah berkomunikasi dengannya, pendengar dan pemberi pendapat bila aku perlukan, sifat tolenransi dalam banyak perkara dan situasi. Sikapnya inilah yang banyak membantu dan memudahkan proses keakraban kami. Aku tak pernah anggap yang kami dalam satu perhubungan cinta, sebaliknya sebuah persahabatan dan aku teramat sayangkan persahabatan itu.“ Ucap Izzah perlahan. Suaranya bergetar menahan sebak yang mungkin kembali menyapa.

“Satu persahabatan yang pelik pada pandangan dan persepsi semua orang.“ Sela Lisa sambil menghela nafas. Sudah dicongaknya situasi sebegini lambat laung pasti akan terjadi juga dan dia tidak tega untuk terus melihat hati sahabatnya dilapah oleh kesedihan dan kelukaan. Namun apa kan daya. Silapnya juga, tidak menarik Izzah sebelum jarak mereka menjadi lebih jauh. Selama ini dia sekadar menjadi pemerhati akan kegembiraan dan keceriaan gadis yang sudah sekian lama seakan sirna. Lebih-lebih lagi sejak teman lelaki Izzah tiba-tiba muncul dan seakan menagih kembali ruang di hati, temannya itu sering berada dalam kemurungan. Payah melihat senyuman terzahir di bibir. Wajahnya sering mendung tanpa sinar.

“Macamana engkau tahu aku ada kat sini Lisa?“ Tanya Izzah mengalih bicara dari terus mempersoalkan isu yang boleh menegangkan situasi. Dia bermain-main dengan selendang warna kundang yang memeluk tubuhnya. Sesekali terlihat jari runcing itu menyeka manik jernih yang mengacah.

“Seorang sahabat tak akan tega membiarkan sahabatnya sakit sendiri. Lagi pun bukan sukar untuk aku mengesan di mana engkau. Izzah, kita dah lama berkongsi duka dan suka… airmata yang tumpah dari mata engkau tu turut aku rasakan kesedihannya. Namun aku tak mahu engkau terus begini Izzah. Hakikat yang engkau hadapi sekarang bukan satu penamat pada perjalanan yang masih panjang malah aku rasa kalau betul engkau dan Ekmal jujur mencanai persahabatan, aku tak nampak mengapa hakikat itu menjadi satu halangan yang besar pada kalian berdua, unless kalau paksi persahabatan itu sudah berubah.“ Tutur Lisa lembut. Diseka airmata Izzah yang kini kembali tumpah.

Izzah sekadar mengeluh. Biarpun dia tahu, walau acapkali keluhan itu terluah, apa yang dirasa dan dihadapinya kini tak mungkin akan selesai.

“Entahlah Lisa… aku cuba untuk pergi dari dia… lupakan dia.. tapi aku tak daya …. Semakin kuat aku cuba, semakin sakit aku rasakan. Aku rindu sangat pada dia Lisa… rindu nak berbual, dengar dan bercerita dengan dia tapi aku tak mampu nak call dia… Kenapa aku jadi seperti ini?“ Luah Izzah akhirnya. Wajahnya disembamkan ke dada temannya. Dia kembali teresak di situ. Airmata Lisa turut sama tumpah melihatkan keadaaan temannya. Parah benar perasaan gadis itu menahan segalanya.

“Dia tak call engkau ke?“ Soal Lisa. Bahu gadis itu diusap lembut. Tidak pernah dilihat Izzah selemah itu. Bukan tidak pernah gadis itu berhadapan dengan permasalahan, tapi kali ini keadaannya tampak berbeza.

Hanya gelengan penjawab soalan yang diajukan. Lisa turut mengeluh. Mengapa tega benar Ekmal membiarkan gadis itu terkapai sendirian berenang mencari pelabuhan ketenangan. Tidakkah dia kenal sikap Izzah…. Kalau benar pun terhalang dek satu hakikat, tapi mengapa segalanya harus berlaku serta merta…. Mengapa mesti dibiarkan hati yang sudah diwarnai bunga-bunga ceria merundum dan layu bersiramkan duka. Lisa benar-benar tidak faham dengan tingkah Ekmal yang satu ini.

“Dia tak sepatutnya buat engkau macam ni. Masa suka dan gembira… ada saja ruang waktu untuk dia called engkau. Bila dah jadi macam ni, engkau dibiarkan sendiri.“ Bebel Lisa geram.

“Dia bukan macam tu Lisa. Dia juga tertekan dengan apa yang sedang kami hadapi. Bukan dia saja-saja tak nak call atau tak hiraukan aku. Aku yakin dia pun risau dengan keadaan aku, tambahan pulak dia maklum sangat situasi aku macamana, cuma dia tak tahu aku kat mana sekarang ni. Lagi pun aku ada beritahu dia yang aku tak kan ada di office dalam seminggu dua ni dan dia tak perlu call atau cari aku.“ Terang Izzah sambil menyeka airmata yang masih gah bah di pipinya.

“Walau apa pun alasan yang engkau berikan, dia tak sepatutnya ambil mudah. Fikir sendirilah apa yang mesti dia lakukan lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Seharusnya dia tak biarkan engkau sendiri.” Bidas Lisa. Dia tetap tidak bersetuju dengan cara Ekmal menangani permasalahan yang sedang bertamu.

“Tak apalah Lisa. Agaknya dia tengah cuba pujuk tunang dia kot. Itu lebih penting daripada fikir pasal aku.” Perlahan suara gadis itu. Masih mampu mengalah dan beralah biarpun hatinya sudah pasti diselimuti luka dipembaringan duka.

“Izzah, kadangkala aku tak faham dengan sikap Ekmal. Kenapa dia tak mampu nak pertahankan engkau? Setidak-tidaknya beri penjelasan pada tunang dia apa sebenarnya paksi hubungan kalian. Ini tak… dia biarkan tunang dia serang engkau dengan tomahan dan kemarahan.” Lisa menyuarakan ketidak puasan hati dengan sikap anak muda itu.

Izzah mengunci bicaranya. Tidak mahu mengulas atau memberi komen akan apa yang diperkatakan oleh temannya. Dia sedar, dirinya tak mungkin akan mendapat pembelaan dari anak muda itu terhadap apa yang telah berlaku. Kata-kata Atiqah bagai terdengar-dengar memukul gegendang telinganya.

“Awak tahu tak siapa Ekmal yang sebenarnya. Dia ni tunang saya, tak lama lagi akan jadi suami saya. Yang awak gatal berkawan dengan tunang orang ni kenapa. Dah habis ke lelaki bujang yang bukan milik sesiapa di bumi ini untuk awak kawan?.” Jerkah Atiqah sewaktu terserempak Izzah dan Ekmal di sebuah toko buku. Semua mata tertumpu pada mereka. Menjadi penonton pada drama sebabak yang tiba-tiba dipentaskan tanpa skrip dan directornya.

Izzah memandang Ekmal, meminta penjelasan siapa gadis yang gah mempertahankan haknya.

“Izzah. Ini Atiqah, tunang saya.” Perlahan kedengaran suara Ekmal memperkenalkan gadis itu segali gus memperiyakan apa yang didengarnya sebentar tadi.

Izzah menghulurkan tangan, tapi malangnya tidak bersambut. Sebaliknya selayang penampar tepat mengenai pipi gadis itu. Izzah terkedu dengan tindakan spontan yang diterimanya.

“Ini baru tamparan perkenalan. Lain kali kalau saya nampak awak masih bersama Ekmal, jangan salahkan saya kalau tindakan saya lebih dari apa yang awak terima hari ini.” Garang gadis itu memberikan peringatan berbaur amaran. Tangannya sudah menarik Ekmal agar menurut langkahnya meninggalkan Izzah terkapai-kapai sendirian. Rela dalam keterpaksaan, Ekmal Rahimi terpaksa menurut meski dia sendiri terkejut dengan tindakan drastik dan berani gadis itu. Sebelum berlalu, masih sempat dia mencuri pandang ke wajah Izzah yang sudah berona kemerahan menahan segala rasa yang pastinya sudah bermukim di dalam jiwa.

“Tak payahlah engkau flash back apa yang telah berlaku. Ianya akan lebih membuatkan engkau rasa sakit dalam luka dan kecewa. Kalaulah aku ada waktu tu, aku tak akan izinkan perempuan tu sewenangnya letakkan tangan dia di pipi engkau. Baru jadi tunang, dah berlagak.” Cemuhan Lisa menarik kembali Izzah dari gawang kenangan pedih itu. Geram dan simpati dengan apa yang telah menimpa sahabatnya, malah dia lebih geram dengan sikap Ekmal yang lebih tega sekadar melihat apa yang telah terjadi. Tidak sedikit pun dia cuba menahan perbuatan tunangnya itu.

“Lisa, aku nak pergi jauh dari semua ni.Aku tak nak jadi pengganggu pada kebahagian orang… aku tak nak Ekmal dan tunang dia bersengketa gara-gara kehadiran aku meskipun hakikatnya antara kami tak punya hubungan selain dari sebuah persahabatan. Aku tak nak dia susah kerana aku Lisa.” Luah Izzah sambil menahan sebak. Hatinya sedih dengan keperbagaian dugaan yang datang dalam hidupnya.

“Sabarlah Izzah. Allah sedang uji kekuatan hati dan ketabahan jiwa engkau. Aku tetap ada walau dalam apa jua keadaan. Engkau pun tahukan yang aku sayang sangat pada engkau.Aku tak mahu engkau kecewa dan disakiti.Aku tak sanggup lihat engkau sedih dan menangis lagi. Pedih rasa hati aku bila lihat airmata engkau mengalir kerana orang yang seakan sengaja tidak memahami perasaan engkau.”

“Terima kasih Lisa. Aku beruntung ada sahabat seperti engkau yang sudi berkongsi segalanya. Maafkan aku kerana banyak menyusahkan engkau selama ini, tapi aku tak pasti samada aku mampu menghadapi hari-hari yang bakal mendatang tanpa khabar dari Ekmal. Apa pun aku akan cuba, walaupun sakit dan siksanya bakal melapah dan memamah hati dan perasaan aku. Aku sekadar mahu dia gembira dan bahagia.” Tutur Izzah perlahan. Bening kolam matanya gagal menyembunyikan apa yang sedang enak bercanda dipantai hati.

Lisa memeluk sahabatnya. Sudah banyak yang ditempoh sebelum ini, tapi situasi yang satu ini bagai mencuri dan merompak kekuatan dan ketabahan gadis itu. Dia umpama hilang semangat untuk meneruskan perjalanan di rel kehidupan yang sudah tersedia. Perlahan-lahan Izzah merenggangkan tubuhnya. Menghantar pandangan ke suram senja bermega jingga yang terbias di kaki langit. Memang dia suka menyaksikan panorama sebegitu malah tiapkali diamuk keresahan, pantai itulah yang akan dikunjunginya. Agak lama Lisa membiarkan Izzah bermain dengan perasaan. Tidak sampai hatinya untuk menegah namun akhirnya perlahan-lahan gadis itu mula mengatur langkah. Lisa sekadar mengikut dan tika itu sayup-sayup terdengar bait-bait lagu nyanyian arwah Sudirman mendendangkan lagu ‘Jauh Di sudut Hati’ berkumandang mengiringi langkah mereka berdua menuju ke ruang lobby hotel. Hati Izzah kembali diramas kesedihan dalam duka lantas manik-manik jernih terungkai lantas bah di pipinya……

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu

Nafas terakhirku

Wednesday, September 26, 2007

Acah-acah Hati….

Entah kenapa tiba-tiba aku kembali jadi cengeng….. krital jernih mula pecah dan berderai… kalau Trisya tahu mesti dia marah aku macam hari tu masa keadaan aku horrible hingga terpaksa meminjam bahunya just to cry on.… Entahlah… aku nak cuba tak nak jadi cengeng… nak cuba tuk jadi kuat…. Aku tak nak krital jernih ni pecah lagi lantas terlihat dipipi than tentu akan merobek hati, tapi terkadang aku tak mampu… Benar kata Trisya… lately ni aku bagai tersampuk dengan kata-kata hati…. Terikut dengan bisikkan emosi. Aku seolah tak mampu nak kendalikan dua eleman yang sudah tentu-tentu milik mutlak aku…. Sepatutnya depa yang kena dengaq cakap aku, bukannya aku… namun tahlah… kenapa aku jadi canggini…. Kenapa aku terperangkap dalam keadaan yang sukar untuk ku terjemah dan aku fahami…. Ah! Trisya, maafkan aku…. Tentu ko frust tengok aku cam ni kan… Well Trisya.. aku sedar, kena kuat…. Aku kena tabah… tapi dari mana ketabahan dan kekuatan itu harus ku gapai….. entahlah… erm dari awal pagi tadi aku dah plan nak amik halfday leave…. Rasanya gegaran resah dalam hati ni macam dah tak daya aku nak bendung walaupun hadirnya sesekali…. Macam gegaran amaran tsunami je lagaknya… tapi kalau tsunami pun sure dalam dasar hati…. Mesti tak siapa akan lihat atau rasa kecuali aku…. Namun bila aku ajukan pada boss, lama dia renung aku… aku tahu dari semalam lagi dia kebusyan dan aku pun terikut sama dengan kebusyan dia…. ‘Are u really need to go’ saolan yang diajukan membuatkan aku serba salah. Tak pernah selama ini dia mempersoalkan kalau aku tiba-tiba nak amik cuti, tapi hari ini… Erm aku terdiam. Bagai tandus segala kata. ‘ I know, you not my formal secretary, but you done grate job all this time until I feel much comfortable since I’m become ED. You know why?? because I have you. My entire schedule goes smooth when you are around and I really appreciated what ever you done even it’s not your scope of works. This pass few days was my busy day and if can, I want you to be around. It doesn’t mean I'm not allowed you to go if you really need to.’ Aku jadi makin bersalah…. Tak sampai hati pulak aku nak teruskan plan yang aku dah buat bukan sebab aku nak mengampu, tapi boss aku tak pernah minta sesuatu dari aku.. tak pernah halang kalau aku nak cuti last minute, cuma kali ni jer yang lain sikit. ‘Don’t worry boss, I’m still around when you back from lunch.’ ucapku dengan senyuman. Borang cuti aku tarik semula lantas keluar dari biliknya. ‘Mir, thanks a lot for your kind understanding of my situation.’ Lama direnung muka ku… tapi aku masih betah mempamirkan senyuman. Ah! Kenapa aku terlalu mengikut desakan naluri…. Aku harus cuba mengawalnya…..

Apa pun hati ku tetap rasa yang kian hari aku kian jauh… jurang dan jarak yang terbina makin luas diantara aku dan dirinya… iyer… aku tahu kesibukan mula merantai kami… kesibukan juga kian membelenggu ditambah dengan perbagai permasalahan dalam kerjaya… semua itu bagaikan factor penyumbang pada apa yang kini terjadi. Well! Aku sedar.. tak seharusnya aku meminta apa-apa darinya…. Malah aku sepatutnya lebih memahami segala situasi yang mendatang dari masa ke semasa. Mana mungkin dia boleh memperuntukkan segenap waktu untuk ku…. Ah! Entahlah…. Sampai bila aku dapat bertahan dengan segala yang sedang enak meneroka ruang hatiku ini….Mungkin juga kerana di permis baru ini aku jauh terpisah dari Trisya…. Tercampak jauh dari teman-teman rapatku memberikan lebih banyak ruang untuk segala yang aku rasa terus meneroka hati dan naluri. Namun aku sedar…. Apa pun aku seharusnya menghadapi segalanya… Moga allah memberi kekuatan dan ketabahan buat diriku untuk mengharungi hari-hari yang bakal mendatang

Tuesday, September 25, 2007

Penjara BICARA

Sakitkan rasa diri bila apa yang biasanya jadi rutin tiba-tiba terhenti tanpa sebarang signal… itu lah yang aku rasa. Dari pagi aku cuba redakan resah yang sudah mengacah hati dan emosi. Minda pulak mula lah buka gelanggang soal jawab… KENAPA DAN MENGAPA…. Namun aku try gak relax… nasib baik hari ni aku agak sibuk sikit. Bila boss aku sibuk, bermakna kesibukan aku akan turut sama bertambah… Schedulenya perlu di update dengan sebaiknya. Jangan ada overlapping meeting dalam hari dan waktu yang sama…. Dan aku kena bijak mengadjustkan masanya untuk the next meeting. Menyusun semula schedulenya mengikut kepentingan yang perlukan kehadirannya. Awal lagi boss yang sorang lagi dah letakkan draft discussion minta aku tolong taip supaya lebih kemas. Maklumlah tulisan yang boleh ku kategorikan sebagai cakar ayam, masakan sesuai untuk diagihkan pada managers yang lain. Mahu jatuh reputasinya. So aku mulakan segalanya…. Memokuskan minda untuk memahami tulisan yang masih belum mesra alam dengan diriku. Iyerlah… banyak shortform yang digunakan buat aku termenung.. cuba memahami dan bermain tekateki…. Alhamdulillah…. Siap gak segalanya sebelum dia masuk ke bilik meeting.

Than aku bergegas pulak ke tingkat 15 untuk mendapatkan tax booklet yang clients minta… dua tiga kali gak lah aku terpaksa berulang alik atas alasan kena cari dulu sebab tak tahu samada booklet tu ada lagi ke tidak… Mencungap gak lah rasanya. Nak tunggu lift lambat sangat, dan aku pulak nak cepat… so akhirnya aku just berlari panjat tangga… termengah-mengah bila sampai ke sana…. ‘Kenapa ni Mir! Macam kena kejar jer…’ tanya member bila lihat keadaan ku. ‘Ala! Bukan ko tak tahu minah sorang ni. Mesti kes dia panjat tangga.’ Aku cuma sengeh mendengar member sorang lagi yang dah bermurahati tolong jawabkan bagi pihak aku. ‘Belajar-belajarlah tunggu lift tu Mir. Bukannya lama sangat…. ‘ setelah dapat apa yang aku nak, terus aku chow… lagi lama kat situ, lagi banyak yang bakal dianugerahkan pada aku. Walau apa pun.. thanks my dear friends atas keperihatinan kalian tu… aku hargai sangat….. kemudian aku teruskan dengan rutin biasa aku. Called clients untuk remain pasal payment dan renewal date. Tak nak nanti mereka mengalami masalah bila nak access ke program yang kami sediakan.

Kini… waktu breakt.. sepatutnya aku rehat… tapi minda aku bagai tak reti nak rehat… mula melangkah pada medan persoalan yang sudah terbuka sejak pagi…. Dan sampai ke saat N3 ini aku buat, aku masih dibelenggu penantian dalam sebuah penjara pertanyaan… Entahlah… apapun I have no right to ask for a call and that person have no wrong to be quite. Terserah kan lagi pun itu kan hak individu Cuma sakitkan bila diri dan hati tiba-tiba dipenjara serentak tapi lebih menyakitkan bila ianya terpenjara dalam satu tandatanya yang tiada jawapannya…… Erm tak apalah… maybe aku kena belajar menerima dan menghadapi segalanya bermula dari saat ini…. ’Erm maybe dia sibuk Mir… sibuk dengan schedule meeting dan segala tugasan yang perlu diberi perhatian lebih dari pada call engkau…Don't judge sumthing using your emosi dan cuba lah jadi sahabat dan teman yang memahami dalam pemikiran yang positif terhadap apa jua yang dilakukan atau terpaksa dihadapi. Terima seadanya apa yang diberikan.’ Itulah bisik hatiku sendiri.... Ya... maybe waktu dan hari ini dia sibuk..... it's okey....

KetUpaT... oHhh keTuPat

Semalam sesuatu yang agak lucu tapi menghiburkan berlaku... awal pagi aku dah terima kejutan...

Iman : Hello.. Assallammualaikum. Mir kat mana….

Aku : Waalaikummussalam…. Erm kat mana lagi.. bumi lah especially kat office.
Aku terdengar dia ketawa… Isy mamat sorang ni tak sudah dengan galak… tapi aku rasa lega sebab yakin mood dia pagi ni agak ceria… Alhamdulillah….

Iman : Well, Iman on the way nak ke office Mir.Nanti Mir turun yer. Tunggu kat belakang.

Aku just puzzle… erm apa hal pulak mamat ni nak jumpa aku pepagi hari…. Apapun aku turun gak… maybe ada sumthing kot, kalau tak tak de maknanya dia nak redah jalan yang jem tu. Aku mula berjeda sendiri dengan hati dan emosi.

Sampai ke tempat yang diarahkan, aku masih lagi tercari-cari. Hai! Mana pulak lah mamat sorang ni. Tak sampai lagi kot…. Bisik hatiku, tapi mataku pantas pulak terpandang ke arah keretanya yang dah tersadai kat situ

Aku : Ha! Kenapa….

Iman : Tak ada apa-apa.. Just nak bagi ni pada Mir…Dia menghulurkan satu enverlope yang tertera nama company ku… Ceh! Enverlope pun guna recycle punya….dah tu company aku pulak…. Desis hati ku.. Aku menjengah untuk melihat isi yang disumbatkannya. Ya Allah Huakbar…. KETUPAT rupanya… tapi bukanlah ketupat yang boleh di makan…. Sebaliknya kelongsong KETUPAT dari reben berwarna…. Dia dah mula mengukir senyuman sambil tu terdengar tawa kecilnya. Maybe lucu agaknya lihat wajah aku yang agak terkezut.

Aku : La! Ni aje…. Ingatkan apa lah tadi….

Dia masih lagi tertawa…. Isy mamat ni ….. awatlah yang suka sangat gelak… Apa! Aku ni tengah jadi badut sarkis ke… rasanya pertanyaan yang aku ajukan bukanlah dalam ketogeri soalan lucu bin kelakar… tapi dia pulak tak sudah gelak… musykil aku….

Iman : Nanti boleh lah gantung kat tempat Mir… biar semangat nak Raya tu terasa lebih sikit.

Aku hanya tersenyum… memandang kelonsong ketupat tu, mengingatkan aku pada leteran mama coz sampai ke saat ni aku masil lagi tak lulus dalam ajarannya yang satu ini. Tak pernahnya menjadi kelonsong ketupat yang aku cuba buat sampaikan mama dah give up untuk ajar aku. Malah along dan angah pun pernah kata, jari aku ni bukan jemari seni dalam anyaman sebab both of my big brother memang MASTER giler dalam tugas ni. Tapi kan bagus juga sebab setiap kali tiba waktu nak menganyam ketupat, aku tak pernah masuk dalam senarai…. Cumanya aku agak malu dan segan dengan Iman… tak sangka pandainya dia buat kelonsong ketupat…..tapi kan kalau dia kirim kat aku ketupat yang dah siap di rebus, lagi bertriple sayang aku kat dia… hahahahahahhahaa

Monday, September 24, 2007

Kombinasi yang best....

Semalam aku memang keletihan. Semuanya gara-gara malam minggu aku berjaga sampai ke subuh…. Apa lagi kalau jam dah menginjak ke angka 12.00 tengah malam, jawabnya memang payahlah aku nak pujuk mata ni untuk beradu… maybe sebab dah terbiasa since waktu study dulu, so sekarang semua tu macam dah tak boleh nak ubah lagi… jadi kalau aku berhajat nak lena, baik lah sebelum pukul 12.00.

Berbuka semalam, aku yang kena masak…. Keseluruhan menu berbuka adalah hasil tanganku… cewah… bangga lah konon.. macamlah aku ni terror sesangat… Well! Nak buat macamana.. dah semua tak ada kat rumah… dah tu main tinggal2 note aje…. Mahu tak mahu terpaksa gak la aku mengerjakan apa yang di suruh. Kalau ikut aku.. senang aje… nasi putih + telur dadar + kicap… should be enough…. Atau kalau nak menu yang lebih mudah dan ringkas… Biskut cicah Air Ribena… sure tak sampai 10 minit pasti dah terhidang. Apa pun aku terlajak lena petang akibat hujan yang mencurah.. nasib baik gak ada JAM LOCENG bergerak yang tiba-tiba berbunyi. Kalau tidak… jawabnya tadah telinga aje lah dengar syarahan perdana percuma dari angah.

So ini lah hasilnya…. Kami berbuka dengan nasi putih, daging masak kicap, sayuq campuq dan sup tauhu…. Yang ditemani oleh Sirap bandung selasih….

Tapi bagi aku pulak.. aku lebih teruja dengan kuih bahulu yang kak long bawak balik.. siap ada tumis bilis lagi… jadi orang lain berbuka mengadap juadah yang aku masak, aku pula mengadap bahulu bercicahkan tumis bilis dengan air apa lagi kalau bukan ribena.. cuma kali ini aku campur dengan cincau… YUMMYYYY sedap wa cakap sama lu……

Tarikh itu.....

22 September 2007

Erm tarikh ni hadir juga….. Apa yang istimewanya tarikh ni …. Well ada sumthing happen sebenarnya pada tarikh ni, tapi rasanya tak perlulah aku perkisahkan…Maybe ianya hanya penting untuk aku sahaja yang mengingati, tapi bukan untuk orang yang turut sama terlibat. Tak kisah lah….. macam gak Aiman tak kisah kan…. Lagi pun macam yang teman-teman selalu labelkan buat diri aku. Fanatik dengan tarikh…. Aku tak nak komen apa-apa sebab aku yakin setiap individu punya sesuatu tabiat yang maybe pelik pada orang lain.Apa pun tarikh ni memang payah nak aku lupakan…. Sebabnya betul-betul istimewa dalam konteks sama macam tarikh-tarikh penting yang hadir dalam hidup aku. Macam gak tarikh ulangtahun hari kelahiran… mesti kita akan ingat kan….. cuma malangnya aku tak dapat nak wish atau ucapkan jauh sekali menzahirkan segalanya. Jadi aku just pendam dan diamkan….

Malam sabtu yang lalu, kaki aku kejang lagi tika lena membuatkan aku terpaksa bangun seperti malam-malam yang telah sudah. Menangis aku sendirian menahan rasa sakit yang bukan sedikit azabnya. Teringat pada mama…. Kalaulah mama ada… pasti aku tak akan menghadapinya sendirian.Dalam limpahan hujan yang membanjiri pipi, aku merenung diriku.Lewat kebelakangan ini aku kerap mengalami berbagai situasi. Tiga hari yang lalu, kedua-dua lenganku lebam tanpa sebab.Kini kekejangan pula yang aku alami. Aku seakan gagal menganalisa segalanya…..pernah juga aku terbaca, kekejangan boleh disebabkan kekurangan calsium dalam tubuh….. tapi bagaimana pula dengan lebam-lebam yang tiba-tiba hadir di lengan tanpa rasional sebab musababnya…. Aku sekadar mengeluh. Risau dengan keadaan diri yang perbagai. Apapun aku tetap mengunci bicara. Tidak satupun ku khabarkan pada along, angah mahupun kak long. Aku tak mahu mereka susahati. Sudah dua malam berturut-turut aku mimpikan mama dan papa…. Rindu ku pada mereka bagaikan membuak dan memuncak…. Hatiku jadi gelisah dalam debar bila hati ini teringat bersama rindu yang kian merimbun…. Sering aku tertanya-tanya… sihat kah mereka…. Tempohari along ada khabarkan yang mama dan papa agak kurang sihat. Risau aku rasa…. tapi apa yang boleh aku lakukan…..sekadar berdoa moga mereka sejahtera hendaknya.

Hari Sabtu yang lalu, seluruh keluarga ke rumah kak long. Aku pulak ngelat ke Jln TAR… aduh pening rasanya dengan sekelian makhluk yang entah turun dari planet mana….. akhirnya aku laypark di toko buku, melihat kalau-kalau ada novel yang menarik hati dan minat ku. Sedang aku leka, telefonku menyanyi. Sudah ku jangka panggilan ini pasti akan ku terima. Terdengar suara Mak Engku mengajak aku ke rumah untuk berbuka. Ah! Serba salah aku jadinya. Bukan apa… aku segan betul nak ke sana lebih-lebih lagi aku tahu 22hb tu hari ulangtahun perkahwinan Mak Engku. Sure semua ahli keluarganya akan hadir, namun ajakan Mak Engku memang tak bisa ku tolak seperti lazimnya. Dan akhirnya aku tiba juga ke mahligai mereka….. masih sempat ku cari hadiah yang ku rasakan sesuai untuk wanita itu. Seronok melihat kemeriahan majlis yang disediakan malah Mak Engku dan Pak Engku masih tampak anggun dan segak.Kala itu aku benar-benar teringatkan papa dan mama….. rindu ku semakin menyiksa…..

Friday, September 21, 2007

Belum Berkelayakan Rupanya AKU.....

Hidup tak pernah sunyi dari diduga dan diujikan.... Tak kiralah walau dalam apa jua bentuk atau keadaan. Ujian dan dugaan itu sebenarnya tarbiah untuk diri... memberi ruang kita memuhasabah akan siapa kita dan apa yang perlu kita perbaiki.... Cewah! Hari ni aku macam terlebih oksigen pulak.... bersemangat sedangkan sebelum ni N3 aku cam banyak menjurus pada keluh kesah. Well! Ni lah satu yang aku tak berapa nak faham akan diri aku.... Aku jadi bersemangat bila dengar insan-insan yang aku kenal dan sayang ditimpa permasalahan dan ujian. Entah.... bukan niat nak tunjuk yang aku ni baik, perihatin, carring atau apa sahajalah yang seerti dengannya, tapi tah…. aku rasa cam tak tega biarkan mereka dibelenggu dengan rasa yang kurang enak. Selalunya permasalahan yang depa hadapi sure berkaitan isu kerja dan situasi sekeliling… rakan sekerja yang terkadang sengaja melempiaskan kesalahan bila ada yang kurang sempurna atau tak beres dengan baik. Sama dengan apa yang sering aku malah sesiapa sahaja yang hadapi bila sudah melangkah ke alam kerjaya.

Cam hari nilah… Dari pagi lagi aku rasa cam tak complete je…. ‘DIA’ langsung tak call seperti pagi-pagi sebelumnya. Sms pun tak…. Anyhow aku try relax walaupun dalam hati dah berbakul-bakul pertanyaan yang termuntah meski tidak terzahir. Kenapa ‘DIA’ mendiamkan diri… ‘DIA’ okey ke…. Dah lah petang semalam pun conversation kami cam kureng best je….. hari ni ‘DIA’ diam membisu seribu bahasa pulak….. signal penuh mesra ke sebelum segalanya go to the END…. Tambahan pulak lately ni banyak yang berlaku dan aku pun terkadang rasa cam dah ada jurang yang terbina samada benar firasat aku atau sekadar acahan perasaan yang jauh dari logic dan realitynya. Banyak perkara yang bercanda di minda….. Aku just mengeluh…. Kerja yang ada di meja bagai membataskan minda untuk terus melayan hati yang sudah berkata-kata. Tumpuan harus cuba ku peruntukkan biar ianya masih tersasar. Nasib baik juga boss aku okey, tak banyak ragam, cuma kali ini both of them dah treat aku as their SECRETARY walau hakikatnya bukan…. Aku pulak malas nak berkira-kira… mana yang boleh aku buat, aku just laksanakan… Eh! Cop… ni dah jadi story aku pulak… isy… apa lah… CUT….. Silap Dialog da….. hehehehehehee

Jam 12.00, aku beranikan diri untuk called ‘DIA’. Dari suaranya… tidak sukar untuk aku mengesan ada yang tidak kena….. dan ‘DIA’ terus saja bercerita…. Dapat gak ku rasakan kehangatan suhu lava Pinatubo yang masih lagi tersimpan di kawah hati. Belum termuntah hingga mampu melepuhkan sesiapa yang ada berdekatan. Aku just jadi pendengar… biarkan ‘DIA’ terus meluahkan apa yang dia rasa… aku sedar, sejak kebelakangan ini keadaan agak gawat di officenya. Dalam pada dengar-dengar tu, aku terkejut bila tiba-tiba dia suarakan plan dia untuk halfday hari ni…. 'Malas nak terus berada di pejabat dalam situasi macam ni….' Sah! Dia sedang menahan segala rasa amarah yang mungkin sedang marak dalam diri agar tidak membakar sesiapa…. Aku tidak memberikan sebarang komen mendengar plan yang tidak dirancangnya itu. 'Are you going to see me b4 u went back?' tiba-tiba soalan itu terungkap. ‘DIA’ terdiam sejenak mendengar… maybe terkezut kot sebab iyerlah hari ni kan hari Jumaat… sat lagi nak pi solat… aku pulak dok hadiahkan dengan soalan cepuperak… tentulah dia terkezut. Isy apalah minah sorang ni….. 'Ya. I see u b4 prayes…' Aku pulak yang terkedu. Tak sangka sebegitu jawapannya. Apa pun niat ku cuma satu… aku tak nak dia balik ke rumah dengan rasa amarah yang masih bersisa… lebih-lebih lagi dia drive. Walaupun aku sedar, aku tidak pernah membantunya, at least kali ini aku dapat jadi pendengar walaupun bukan pemberi solution ke arah penyelesaian. Biarlah dia luahkan apa yang dia tak puashati dan aku yakin sure dia tengah frust dengan apa yang dia hadapi waktu itu. Sewaktu dia tiba, aku dah lihat wajah yang tak ceria seperti sebelumnya. Aku dah agak dah…. 'Wanna to share with me what you feel?' tanyaku sebaik sahaja ‘DIA’ memulakan pemanduan. Masih lagi diam… mungkin mencari perbendaharaan kata yang hilang entah ke mana atau mengumpul ketenangan agar amarah tidak terlempias pada ku. Which one yang betul, aku pun tak tahu. Perlahan-lahan satu demi satu terungkap. Aku membisu… memberi segenap ruang padanya untuk meluahkan apa yang dirasa. Faham dengan apa yang dihadapinya… simpati dengan permasalahan yang terpaksa di hadapi. 'Awak nak saya temankan awak?' Soalku perlahan. Entah kenapa aku boleh buat offer macam tu, bukan nak mengada… tapi tah… aku rasa cam dia need sumone untuk bercerita… meredakan keadaan kurang enak yang mungkin sedang bermain kejar-kejar dalam hatinya and I just want to be that sumone. 'It’s okey…. Awak tak perlu bimbang pasal saya.' Tolaknya. Aku diam…. Rasa malu dan segan berlumba-lumba datang meyerbu di kamar hati… padan muka… buat lagi offer tanpa fikir… ejek hatiku sendiri. Aku diam.. dan akhirnya dia ke masjid untuk solat Jumaat… manakala aku pulak pulang semula ke office….. dalam hati aku just berdoa moga solat Jumaat hari ini mampu memberi ketengangan pada diri dan hatinya…..

Thursday, September 20, 2007

Sebuah Bicara

Hidup ini sebenarnya indah, biarpun kita tak dapat apa yang kita mahukan. Terkadang kita bisa ditinggalkan dipertengahan jalan dalam sebuah perhubungan. Kita terpaksa mencari arah untuk terus melangkah meski sakitnya hanya tuhan yang tahu. Namun berbekalkan redho dan pasrah, kita tetap akan mampu bangun dan terus berusaha untuk bertatih dan kembali melangkah untuk mengikut arus kehidupan, justeru kita sedar DIA penentu segalanya……

Erm .... lama aku merenung kata-kata yang tiba-tiba melintas di minda. Lewat kebelakangan ini berbagai perkara yang hadir menziarahi perjalanan hidupku. Dari sudut kerjaya.... aku mula dilabel sebagai WORKAHOLIC PERSON oleh angah dan maybe juga along. Aku tahu depa tak puashati dengan cara aku memenuhi tuntutan kerjayaku. Ya! Aku juga sedar... waktu lapang ku bagaikan sudah tandus biarpun belum kontang. Bukan mahuku keadaan sebegini, tapi aku tak ada pilihan.... orang tak akan faham atau maybe akan kata... 'ala! since from begining you dah create keadaan macam tu, that's why lah jadi macam tu' Entahlah... aku tak tahu nak explain bagaimana lagi.... tapi memang lately ni tugasan ku bagaikan over limit..... semua perlu ku selenggarakan... biarpun hakikatnya aku sendiri terkadang rasa tak daya... letih dan penat sudah acapkali memenjarakan diri.... namun aku tetap cuba bertahan... Trisya dah mula bising... aku tahu sahabat ku yang sorang tu bimbang andai aku kembali tersadai di hospital memandangkan condition aku memang belum pulih sepenuhnya.... Sorry Trisya... bukan aku mengabaikan tiap pesanan dan kata-katamu... tidak juga ku anggap ianya sebagai satu ledakan bedilan bebelan.... aku tahu kata-kata itu hadir bersama perasaan sayang yang wujud terhadap diriku dari sudut hatimu. Biar kau tidak mengungkapkan, tapi aku tetap dapat merasakannya. Thanks Trisya..... aku terlalu menghargai segala keperihatinan yang selama ini tak pernah luput dari hatimu terhadap diriku.

Sejak akhir-akhir ini hubungan aku dengan 'DIA' bagai terduga.... ada sahaja yang berlaku... tak kiralah dari sudut apa sekali pun..... tempohari, terluah juga rasa yang selama ini dipendamkannya. TAK FAHAM, HAMPA DAN SAKIT HATI bila mana terjadinya perselisihan faham antara aku dan 'DIA'. Iyer... mungkin salah aku.... rasa yang sukar untuk ku buang dari mengusik kolam hati..... Erm CEMBURU... apakah itu istilah paling layak aku gunakan... tapi rasanya tidak..... sebaliknya lebih kepada satu rasa KESEDIHAN.... aku rasa 'DIA' tak kan faham apa yang melingkari hatiku. Bukan niatku untuk mengwujudkan satu situasi yang mengundang rasa kecewa diakhir pertemuan, tapi aku tidak mampu berpura-pura bila hati ini mula diusik rasa. Entahlah.... Apa pun kalau 'DIA' mengerti bagaimana bermaknanya 'DIA' pada aku, pasti 'DIA' akan tahu bahawa 'Menyakiti hatinya samalah seperti aku melapah hatiku sendiri dan itu adalah perkara paling akhir yang mungkin akan aku lakukan. Selagi aku terdaya, akan ku cuba untuk tidak menguris biarpun secalit luka yang boleh membuatkan 'DIA' rasa kecewa......' Apapun aku just nak 'DIA' tahu bahawa aku terlalu menghargai apa yang selama ini telah dilakukannya untuk diriku. Keperihatinan, pengorbanan dan segalanya..... tak daya untuk ku balas semua itu. Mungkin aku gagal menzahirkan segalanya di penglihatan, tapi jauh di sudut hati, aku tak pernah lupa..... cuma maafkan diriku justeru aku mungkin tak berupaya jadi seperti yang 'DIA' ingin atau harapkan.....

Terkadang aku bertanya sendiri..... mampukah aku terus menjaga hati insan-insan yang aku sayang seperti mana yang aku inginkan biarpun pada waktu yang sama hati aku bagai dikelar-kelar dan dicorak dengan segala paten duka dan luka..... apa pun aku tetap berusaha.... berusaha untuk terus melihat insan-insan yang aku sayang bahagia dan gembira. Justeru kebahagiaan dan kegembiraan yang mereka rasa akan membuatkan aku rasa puas walaupun kala itu mereka mula menjauh dan mungkin tidak lagi bersama aku....

Aku bukan teman 'Sempurna' yang sering dicari, bukan juga rakan 'Terbaik' diantara semua yang 'DIA' miliki, tapi yang pasti aku akan tetap terus mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan agar betah melingkari dirinya.....

Ikan Bakar......

Erm hari ni boring sikit... aku sampai lewat dari biasa... 08.15 pagi. Masuk je nampak bilik boss aku dah terang... sure dia dah sampai... memang pun macam tu boss aku. Jarang dia tiba lewat ke pejabat.... aku masukkan beg dan buku ke dalam drawer.... kemudian aku mula menyemak email yang masuk ke inbox aku... Aduh Saliha! Teruknya server... email semalam pagi ni baru masuk.... satu persatu aku buka dan baca.... mana yang tak perlu ku delete.... ada beberapa email dari boss ku meminta aku update schedule yang diberikan terdahulu. Dalam asyik belek email, phone berdering.....

'Hai SnowPrincess... buat apa... ' soalan yang sudah acapkali singgah di pendengaranku.

'Buat bodoh je...' jawabku selamba... pemanggil di hujung talian sudah memuntahkan tawa.... bingit rasanya telinga aku.

'Ko dah tengok email.... ' soalan masih bertamu dan aku faham apa yang sebenarnya maksud yang cuba dihantar dalam kiasan yang tak menjadi tu.

'Tengah tengok.... erm tak ada apa-apa yang menarik pun.' Aku cuba mengacah.... sengaja mengwujudkan kegeraman di hati sebelah sana.

'Memanglah tak menarik coz itu bukannya magnet.... Well ko nak join tak?' Aku sekadar ketawa.... bijak betul dia ni... anak sapalah agaknya ni....

'Tak pasti lagi... coz 28 Sept ni ada majlis buka puasa yang office buat kan. Dekat JW Marriott. Itupun aku tak pasti lagi nak join ke tak.'

'Erm key lah.. tapi i really hope you be there on that date. Rindu sangat nak jumpa ko. I have to go... tahu lah kat sini tengah sibuk..... Take care and CU went ICU.' Talian kembali bisu... Aku mengeluh.... belum sampai pertengahan ramadhan, jemputan untuk majlis berbuka puasa dah mula datang..... Aku sekadar mengeluh.... fikiran aku pulak dan merewang.... beroutstation tanpa arah dan tujuan. Mengelamun mengikut perjalanan di rel sekeping hati.

Semalam buat pertama kalinya aku pulang awal dari biasa... jam 08.00 aku dah sampai ke rumah. Semua mata memandang tanpa kata... mungkin hairan dan mungkin juga tak percaya dengan apa yang mereka lihat. Aku just buat sardine... naik bilik mandi than solat... tadi aku dah berbuka dalam bas... meneguk air ribena yang memang aku spare dalam tupperware untuk saat-saat kecemasan. Usai segalanya barulah aku turun. Kak long lincah menambah juadah... aku lihat ada nasi daging siap dengan air asam lagi.... tapi tika itu seleraku sudah memilih kuih tepung pelita.... aku jamah apa yang aku nak.... 'Adik tak makan nasi ke?' tegur kak long bila lihat aku leka menikmati tepung pelita.... habis gak lah lima takut aku kerjakan.... sambil tu kepala ku sempat menggeleng sebagai isyarat aku tak nak. Terdengar kak long mengeluh. 'Masih ingat 'Ikan bakar' lagi ke?' soalnya perlahan membuatkan aku tiba-tiba membrek suapan. Maybe kak long fikir rajuk ku masih lagi bersisa gara-gara apa yang berlaku last week. Aku sekadar tersenyum dan menggelengkan kepala. 'Kalau adik nak, esok kak long buatkan' secara tak langsung kak iparku sudah menyimpul perjanjian. 'Tak payahlah kak long... adik tak apa-apa... lagi pun bukan rezeki adik.... sekarang tak rasa nak makan dah... ' jelas ku bersungguh-sungguh. Aku masuk ke dapur... membancuh semug koko bercampur oat+ raisins lantas aku bawa ke bilik. Minda ku memutar kembali perihal 'Ikan Bakar'... sebenarnya memang sebelum puasa aku tiba-tiba rasa macam nak sangat makan. Pernah gak terfikir nak ajak sumbody... tapi tak jadi sebab masa aku tanya pada dia, seakan schedule dia macam penuh. So aku pun diamkan aje... Sebab tu lah bila Yana beritahu aku yang kak long buat Ikan bakar, aku bagai teruja nak menikmatinya masa berbuka. Tapi iyerlah... dah bukan rezeki aku... tetap tak akan jadi rezeki aku biarpun ianya dah ada kat rumah kan... Erm tak apalah. Andai panjang umur dan dipermudahkanNYA.. insyaAllah aku tetap akan dapat merasa keenakan 'Ikan Bakar' tu satu hari nanti kan.....

Wednesday, September 19, 2007

^ _ ^

Banyak sebenarnya yang aku nak tarikan di sini... since dah lama aku tak merenda kata dan menyulam tinta di Istana Kaca aku yang macam dah suram je.... lately ni ruang dan kesempatan bagaikan amat mahal dan tak mampu ku beli. Segalanya cukup terbatas.... kesibukan dunia membuatkan aku sering diserang dengan teguran dari abang-abang ku. Apa pun aku still lagi buat muka sardine.... bukan tak memikirkan apa yang depa kata, tapi aku bertanya sendiri apakah aku punya pilihan.... kalau benar aku punya pilihan, sudah pasti pilihan aku adalah untuk berada di rumah melaksanakan segala yang tak berkesempatan aku lakukan sebelumnya. Entahlah.... rasanya makin ramai yang mula tak faham akan diriku..... Kata angah, aku sekarang ni macam dah kena virus Workaholic..... bagai tak kenal dan tak mengukur keupayaan diri dengan segala yang cuba ku laksanakan.... along masih tak mahu cakap dengan aku... kak long yang jadi perantaraannya... aku tahu along marah pada aku gara-gara kelewatan aku pulang tempohari.... Aduh! Banyaknya hati dan perasaan yang perlu aku jaga.... banyaknya jiwa yang perlu ku pelihara.... Bagaimana pulak dengan hati dan jiwa aku.... fahamkan along dan angah tekanan yang dihadapi oleh diri ini... mengertikah along dan angah mengapa aku jadi sebegini....

Petang semalam satu sms tersisip di handphone aku.... 'tlg lah balik awal :-( ' Aku terkedu diulit rasa terharu.... bukan kocak gembira yang mengusik tasik hati, tapi kekesalan lantaran selama ini aku sudah acapkali merompak keperihatinan dan mungkin kerisauan dari insan lain terhadap diriku.... Namun sebentar tadi, hati kembali berkocak..... 'Sms semalam tu bagi pihak along' ungkapan simple yang sudah mampu menyentuh terus tangkai hati ini.... aku terdiam..... speechlees dari segala sudut.... MIR...! Jangan biarkan diri kau diulit KEPERASANAN walaupun ianya tak perlukan bayaran... YOU ARE NOTHING FOR HIM..... pesanan yang dititip tidak membawa sebarang makna buat pengirimnya.... so better learn sumthing from now.......

Bubur Lambuk vs Biskut cicah air Ribena

Erm sebut pasal bubur lambuk aku teringat satu kisah... kisah keperihatin seorang insan terhadap insan lain... kisah bermula dalam bulan Ramadhan... kalau tak silap masih awal Ramadhan lagi.... semuanya gara-gara sikap workaholic yang sejak akhir-akhir ini seakan makin menjadi-jadi dalam diri hinggakan terpaksa berbuka dengan Biskut bercicahkan Air Ribena... Well... tak pernah dibuat orang kan... tapi itulah yang dilakukan oleh insan pelik ni..... Sapa insan pelik tu.... erm tak payahlah aku kepohchi kat kat sini... Anak china makan pengat... sendiri mau ingatlah. Akibat mendengar member tu berbuka puasa dengan biskut yang bercicahkan air Ribena, telah mencetuskan rasa belas dan ehsan dihati seorang insan untuk mengorbankan waktu dan merelakan diri dalam ketidak relaan 100% membiarkan dirinya terpenjara dalam kesesakan jalanraya sewaktu orang lain bertali arus pulang untuk berbuka puasa. Hanya kerana itu maka sebekas bubur lambuk di hulurkan..... terharunya rasa hati.... menatap bubur yang terhidang sebenarnya menggamit hati pada rasa pilu dan entah bagaimana airmata ini mengalir mengiringi tiap suapan yang menziarahi mulut. Ku renung biskut dan air ribena yang tetap setia di sisi... apakah dia akan menitipkan bubur itu andai tidak mendengar kisah biskut bercicah air ribena.... dan bukan aku ingin mempersoalkan segala yang dilakukannya pada diri ku, tapi mengapa dia sanggup bersusah payah hanya kerana tidak mahu biskut bercicah air ribena ini menjadi sajian berbuka puasa untuk insan seperti aku.... dan aku teringat kata-kata seseorang....

'Ko jangan nak perasan... Aiman tak kisah hantar bubur tu bukan pasal apa.... pasal dia kesian kat ko dan yang lebih penting dia tak nak ko tersadai lagi kat spital... menyusahkan dia nak pegi ziarah ko aje. Apa pun aku rasa so sweet dengan apa yang dia lakukan......' Erm... maybe betul.... just kesian + simpati membuatkan semua itu terjadi.......

Erm......

Lately ni aku bagai dibelengggu kebusyan... sudah tujuh Ramadhan... namun malangnya aku masih belum berpeluang untuk berbuka secara betul-betul 'SEMPURNA'. Aku sedar along dah mula kurang senang dengan keadaan ku malah sudah dua tiga kali aku terdengar ungkapan yang diutarakan samada secara langsung atau sinis, dan aku masih lagi buat bodoh.... bukan tak mengendahkan, tapi apa pilihan yang aku ada..... minggu lalu sibuk dengan proses berpindah ke permis baru dan minggu ini sibuk dengan proses mengemaskan segalanya. Hari ini hari ke tiga aku bertugas di 1 Sentral. Keletihan masih membelenggu dan tidak aku nafikan sebenarnya aku memaksa diri untuk cuba menyelesaikan segala tuntutan tugas yang sudah sekian lama terpikul di bahuku. Terkadang hati bagi diacah.... kalaulah dulu aku mampu menamatkan pengajian dan tidak mengikut arus emosi, mungkin hari ini aku tidak berada di sini.... Namun aku sedar, kekesalah itu sudah terlambat.... aku tak mungkin mampu memutarkan gugusan waktu untuk kembali ke detik yang telah lama berlalu. Justeru itu aku cuba memasrahkan diri sedapat yang mungkin. Di permis baru ini, aku bagaikan terbuang sendirian…. Batch pertama yang melangkah ke sini memisahkan aku terus dengan sahabat-sahabat yang masih betah di permis lama… Ah! Rindunya aku pada mereka… khususnya Trisya…. Rindu nak dengar gelak tawanya…. Nasihat dalam marah dan sinis teguran… namun tidak pernah sedikitpun ku simpan tiap perkataan yang termuntah dari ulas bibirnya di hati… aku kenal sahabat ku itu…. Sekarang aku sedang diulit kebosanan… system slow…. Segalanya diluar kawalan malah yang lebih buat aku panic hingga kini bila back up yang ku lakukan last Friday tiba-tiba hilang… yang tinggal hanyalah folder kosong tanpa documents yang sepatutnya…. Menangis aku waktu retrieved kembali drive yang disediakan hari Isnin yang lalu…. Melihat folder kosong, menyesakkan mindaku… berbagai yang menyerbu masuk, memikirkan segala kemungkinan yang mungkin terjadi. Bagaimana penerimaan managers ku bila berita ini ku khabarkan…. Apakah kesalahan akan terus dilempiaskan ke pundak bahuku…. Entahlah.. dan akhirnya hingga jam 01.30 pagi baru aku sampai ke rumah dari permis lama semata-mata untuk cuba mendapatkan kembali segala yang ghaib. Malangnya hingga hari ini aku tetap di tamu kehampaan dalam segenap sudut. Nasib baik juga dua dari managers ku memahami situasi yang aku hadapi…. Terhulur simpati walaupun ianya tidak mampu mengubah apa-apa. Tak daya rasanya minda untuk terus memikirkan segala yang masih samar… Apa pun aku tetap cuba menyulam harapan agar ada penyelesaian yang bakal terhasil dan andai sudah tersurat segalanya ghaib tanpa dapat di kesan, hanya pengertian yang ku pohon dari mereka semua. Aku akan try to re-do segalanya semula walaupun mungkin ianya kan mengambil waktu lapang dan rehatku…..

Friday, September 14, 2007

Padan muka aku.....

Dah dua hari Ramadhan..... erm rasanya aku belum mengalami sebarang masalah walaupun tugasan di pejabat lately ni cukup menguji..... Iyerlah nak pindah ke office baru, dan hari ni last day buat semua staff kat department aku.... Jadi segalanya harus beres sebelum jam 03.00 petang. Itulah arahan yang telah di terima semalam dan difahami oleh semua. Well, malam semalam aku balik lewat lagi..... jam 10.50 malam baru aku sampai.... memang letih sangat.... lagi pun aku tak drive.. so terpaksa bergantung pada public transport.... so faham-faham je lah... kalau dah public transport tu.. bukan aku sorang aje yang menggunakannya. Terpaksa gak bersesak dengan manusia lain.... Aduh Saliha! Rasa cam tak larat je.... dari manalah depa ni semua datang….. dah la aku sekadar berbuka dengan biskut cicah air ribena.....

Sampai kat rumah semuanya dah ada... Along pandang aku semacam aje... nasib baik gak semacam, buatnya bermacam-macam, aku gak yang susah. Dan seperti lazimnya aku buat bodoh ngan pandangan along tu.... konon-konon tak faham. Masuk bilik dan bersihkan diri... than baru turun untuk menunjuk muka... Kak long dah siapkan makanan... Aduh kak long... terharunya aku dengan kebaikan dan keperihatinan mu... Dalam tak larat tu, tak pulak dia mengabaikan tanggungjawab dan mungkin apa yang dah dipesan oleh mama.... aku lihat ada sup sayur.... ni mesti nak tackle selera aku lah ni.... tapi aku dah tak ada selera nak makan sebenarnya. Namun bila lihat wajah mengharap kak long, hati aku tak kesampaian. Akhirnya aku paksa gak jamah walaupun sedikit. 'Waktu sebulan ni tak akan mampu untuk cover keseluruhan kerja dan tuntutan dunia yang pasti tak pernah ada limitnya.' Aduh!Tajam berbisanya bicara along yang bersahaja. Rasa tersekat nasi yang sedang nak masuk ke rongga kerongkongku. Bukan sukar untuk aku faham akan maksudnya... sure dijuruskan pada aku... tapi aku still lagi buat tak faham. Tak nak turut masuk ke gelanggang debat yang bagai dah disediakan. Angah sengeh aje... Ha!Mamat sorang tu mesti dah dapat idea untuk turut kenakan aku.... Ceh!Hampehkelapa.com tul..... sesak nafas bila ada dua juara debat yang sentiasa berganding tenaga dalam mengenakan aku..... 'Masa sebulan yang masih berkesempatan dinikmati, seharusnya di isi sebaik mungkin. Bukan terus menjadi penunggu setia di pejabat dengan tugasan yang macam tak boleh dikongsi dengan orang lain.' Aduh!Satu lagi serangan dilancarkan... Kali ini daripada Angah pulak.... aku pandang wajah kak long, tapi langsung tak beriak. Kak long memang macam tu.... sering ambil sikap berkecuali bila gelanggang debat sudah dibuka.'Ala!Bukan sengaja orang nak balik lambat... dah tugas... tugasan tu pun tanggungjawab gak. Walaupun fardu Kifayah, tapi kalau dah orang tak buat, jadilah fardu Ain pada yang tinggal.’ Sahut ku selamba. Wajahku sudah mencuka. Geram dan bengang berganding jadi satu. ‘Dah sudah ke dik… kenapa tak habiskan sikit lagi yang tinggal tu.’ Tegur kak long lembut… aku sekadar membisu. Angkat pinggan lalu ke dapur. Selera yang memang dah tak ada tadi seakan terus mati. ‘Lain kali kalau nak tegur, biarlah dia sudah makan. Tengok…. Dahlah dia tu payah nak makan. Entah berbuka apa lah agaknya dia tadi.’ Aku terdengar suara kak long memberikan teguran. Padan muka…. Bisik hati ku…


Selesai segalanya, aku naik ke bilik… malas nak berlama-lama di bawah, nanti sure gelanggang yang sudah tersedia pasti dibuka kembali. Dalam kepenatan tahap dewa, aku tak ada mood nak menyertai jaguh debat tu. Lantaklah depa nak fikir apa. Namun malam tadi, sakitku menyerang…. Aku menggigil tiba-tiba… aku tahu bukan sebab kesejukan, tapi ini mesti masalah darahku… tubuhku tiba-tiba jadi lemah selemah-lemahnya…. Aku tak daya nak buat apa-apa…. aku jadi panik.... panik sesangat…. Segera aku selongkar beg kerja mencari apa yang selama ini tak pernah aku hiraukan… empat biji Sangobion ku telan…. Ah! Dah over dos tapi aku tak peduli. Yang penting aku harus lakukan sesuatu. Aduh, masa ni lah darah aku nak buat hal…. harap peratusan hemoglobin ku tak menjunam ke paras yang tidak sepatutnya. Selepas itu aku try relax… kosongkan minda mengharap kaedah yang sure tak pernah orang amalkan ni boleh membantu…. Apa pun aku sekadar berdoa… entah bila aku terlelap… aku sendiri tidak tahu hinggalah pagi ni terdengar laungan nyaring yang menggegarkan bilik aku…

Mak Chu…. Bangkit…. Sahur… kalau tak nanti walid bawak sebaldi ayaq siram mak Chu….’ Cheeseburger… tak sudah lagi abang-abang aku nak dera aku…….

Mengekalkan persahabatan

Persahabatan adalah sesuatu yang kita perlukan dalam sebuah kehidupan.... Tak lengkap rasanya hidup ini tanpa ada insan yang kita gelar sahabat yang sudi berkongsi segala yang kita rasa. Menjadi pendengar pada luahan ataupun keluhan..... membantu bila diperlukan... menegur bila tersalah arah dalam mengatur langkah dan gerak.... Namun sejauhmana kita bersedia dan menyediakan diri untuk menjadi seorang sahabat...... Cuba kita sema-sama selidik.....

Saling Memberi Kebebasan.... Persahabatan memberi kita ruang utk berkongsi suka duka bersama dan bukannya utk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan org lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yg penting, si dia jujur pada persahabatannya.

Saling Menahan Rasa Cemburu.... Ramai yg berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yg dibina tak adalah 'thrill'nya. Tetapi cemburu yg membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yg tak kena, tanyalah temanmu itu dgn baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan utk berbicara dgn fikiran yg matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu utk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan...

Saling Memahami..... Utk menjadi sahabat yg baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dgn lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yg bukan2 tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yg mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa utk kamu bertemu si dia.

Saling Mengalah.... Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yg telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yg beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.

Saling Memberi Kemaafan... Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yg sudi memberi kemaafan kepada org lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yg mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah
Sahabat yang baik tak akan membiarkan kita karam sendirian dalam lautan kehidupan.....

Thursday, September 13, 2007

Tarian tinta…..

Erm dah 1 ramadhan hari ini. Syukur alhamdulillah, aku masih lagi maintain walaupun pagi tadi tak berapa selera untuk bersahur. Tu pun terpaksa makan sebab tak nak dengar kak long bising dan risau…. Tah lah… Bersahur tadi kak long buat sup tauhu, masak kicap daging, sayur campur dan goreng telur. Rajinnya kakak ipar aku yang sorang tu… semua disediakan sendiri walau dalam keadaan yang agak kurang sihat. Merci kak long… luv you so much….Menantu mama yang sorang tu tetap tahu menjalankan tanggungjawabnya. Malam tadi dah bermula solat tarawih berjemaah dan tadarus di rumah. Ngah mengambil alih tempat papa mengimami solat kami sekeluarga. Sebak rasa hati bila mendengar suara ngah yang sayu membaca doa… sementara long mengimamkan qiamullai’ dinihari tadi. Terasa kerinduaan pada papa meresap di dalam hati… Kalaulah papa ada… tentu lebih seronok… pasti akan ada saja tazkirah yang papa sampaikan sementara mengisi waktu terluang. Kata papa, bulan Ramadhan yang datang ni harus diisi dengan sebaik mungkin justeru kita tidak tahu apakah kita akan bertemu lagi dengannya pada tahun yang akan datang. Apa yang tidak sempat dilaksanakan tahun lalu, maka tahun ini lah waktunya. Hari ini aku kebusyan tahap dewa… tinggal esok sahaja lagi sebelum kami semua berhijrah ke daerah baru. Banyak yang perlu diperkemaskini. Barang-barang boss sudah mula berselerak… dari pada sekadar memandang, akhirnya aku melangkah dan menghulurkan bantuan tanpa memikirkan sakit yang mula mengacah dan sesekali singgah lantas melancarkan serangan. Tadi pun jari ku dah luka… becok mulut boss aku bila melihat darah menitis laju dari jari yang dah robek….. aku pulak buat muka sardine… sekadar mempamerkan senyuman dalam menahan rasa sakit yang mula menjalar. Setelah membalut luka, aku kembali meneruskan apa yang tertangguh walaupun boss dah mula bising melarang membuatkan aku akhirnya terpaksa jugak akur menerima arahannya.. Maybe dia risau bila lihat wajahku sudah berubah sedikit pucat tambahan pulak aku berpuasa.. dalam duduk-duduk, minda ku pulak buat penghijrahan….

Malam semalam, aku kembali jadi burung hantu… membaca koleksi novel yang sempat ku rembat sewaktu keluar dengan Trisya minggu lalu. Tapi yang pelik, satu plot cerita pun tak terakam dalam minda…. Aku macam tak faham dengan apa yang aku baca…… kenapa ekk…. ni mesti pasal minda aku dah termuat dengan sesuatu yang berlaku. Insident pagi semalam masih menyapa lebih-lebih lagi aku mendapat panggilan darinya. Mengapa yer, lewat kebelakangan ini macam-macam yang berlaku diantara kami. Aku cuba halusi dan renung…. Apakah yang tersirat dalam segala kejadian itu…. bagai ada petanda namun… Ah! Sesungguhnya aku takut untuk memikirkannya…. Takut andai apa yang singgah di minda jadi kenyataan. Mampukah aku hadapi segalanya tika itu….. dapatkah ku rawat sekeping hati ini andai ianya kembali luka…Ah! Aku benar-benar kalut… namun dalam kekalutan itu, aku seakan beroleh kekuatan yang entah dari mana datangnya. Menawarkan bantuan padanya andai permasalahan yang timbul semakin kronik setelah jalan penyelesaian makin suram. Aku tidak mahu dia terpenjara dalam situasi sedemikian justeru aku sedar bebanan permasalahan di pejabat sudah cukup menekan dirinya. Meski aku gagal menjangkau sejauhmana relevant dan benarnya akan tiap yang aku dengar, namun aku tidak mahu ada sebarang sessi soaljawab di dalam hati. Tidak perlu wujud mahkamah yang diadili oleh gerak naluri biarpun selama ini gerak naluri ku belum pernah tersasar…. Aku tidak mahu mempersoalkan kejujuran seorang insan… biarlah dia sendiri yang membuktikan segala fakta dan akta yang sampai kepadaku bukan satu omongan bersolekkan kepura-puraan… tidak juga bertarikan ‘TEST MARKET PRICE’ terhadap diriku. Aku percaya dia bukan jenis yang suka mengambil kesempatan terhadap keperibadian insan lain. Entahlah…..

‘Duhai hati….. Dalam sinar Ramadhan ini,kau dan diri diduga lagi. Namun jiwa seakan redho dalam pasrah yang bertunjang pada satu kekuatan yang entah dari mana hadirnya.Insan diduga tanpa Allah sayang, tapi apakah dugaan yang sedang hadir ini jua tergolong dalam tanda sayang darinYA???? Ya Allah, bukan niatku persoalkan segala yang aku alami kini. Kerana izin dariMU, KASIH SAYANG ini mungkin sudah tersurat menjadi miliknya. Sesungguhnya dia terlalu baik sebagai RAKAN DAN SAHABAT dan aku teramat sayang akan persahabatan yang sudah terjalin ini. Tidak pernah terlintas maupun tercetus nawaitu di hati membina kebahagiaan diri atas airmata insan lain. Ya Allah Ya Tuhan ku… di hening Ramadhan ini, ku panjatkan munajat padaMU. Lindungilah dirinya dan insan-insan yang aku sayangi dalam limpah rahmat dan kasihsayangMU. Andai aku menjadi pun ca permasalahan yang dihadapinya, tariklah aku keluar dengan penuh sabar dan tabah sekeping hati. Sesungguhnya aku tidak mahu dia susah kerana diri ini.Hanya kepadaMu ku serahkan sekeping hati yang sudah bercorak dengan pelbagai paten kelukaan dalam kedukaan ini… Aminnn…..’

Wednesday, September 12, 2007

Didalam lambaian Ramadhan.....

Esok, Ramadhan akan hadir.... seluruh alam bagaikan bertasbih menyambut bulan penuh rahmat dan barakha ini.... Malam ini di setiap masjid dan surau akan dihiasi dengan solat sunat Tarawih dan juga tadarus Al-Quran. Semuanya tentu akan melipatgandakan amalan dengan penuh rasa keimanan.....

Aku pulak bagaimana... satu pertanyaan yang tiba-tiba hadir menerjah.... tika aku keseorangan terlontar sendirian di tengah kelapangan ruang office yang hanya aku menjadi penghuninya. Masa yang maha banyak ini sudah tidak tahu apa pengisiannya. Tadi teman dari Sabah menghubungi... bertanya khabar dan menitip berita..... Ah! Terima kasih atas ingatan yang tak pernah punya tarikh luputnya.... aku tersenyum dalam syukur pada yang maha esa.

Rasanya Ramadhan kali ini agak berlainan sedikit dari yang telah lalu. Meski ini bukan kali pertama aku menyambut tanpa kehadiran mama dan papa, cuma yang membezakan adalah rasa rindu yang sudah berbuah ranum di kebun sekeping hati.... Aku terlalu rindu pada mereka.... rasanya tahun ini juga tiada terdengar tazkirah papa selepas solat Maghrib sementara menanti Isyak sebelum meneruskan dengan sunat Tarawih. Tidak juga akan kedengaran gemersik suaranya dalam dingin malam bertadarus. Aku juga bakal rindu akan juadah hasil dari airtangan mama..... Rindu akan lembut suara mama mengejutkan untuk sama-sama mengambil berkat bersahur. Aku juga tak akan mendengar pujukan mama tika memujuk untuk aku sama-sama berada dimeja mengadap hidangan pagi hari... Ungkapan yang sudah ku hafal sedari kecil dan ungkapan itu tidak pulak mama cilok dari sumber sembarangan...'beza antara puasa orang Islam dengan orang beragama lain adalah BERSAHUR' itulah yang sering mama ucapkan bila pu3nya ini degil untuk ibadah yang satu ini. Kala itu pasti segelas koko suam bercampur oat dan raisins akan singgah ke bibirku..... dan aku tak punya kuasa malah melunturkan kudratku untuk menolaknya... Namun tahun ini.... aku tak mungkin akan merasakan suasana itu. Ah! Mama... papa... dapatkah kau rasa akan ombak kerinduan yang semakin mengganas memukul pantai hati pu3 mu ini.....

Dalam aku menghitung detik jam yang berputar, minda ku turut sama berputar... berputar pada sebuah denai perjalanan hidup yang kini aku lalui... Terkadang aku rasakan segala yang indah yang aku alami dan lalui sekadar cantik dipandang... tidak mampu ku gapai jauh sekali kupegang... Hadirnya bagaikan pelangi yang tiba membawa sejalur bahagia dan ceria setelah turunnya gerimis... Tak siapa yang mampu menduga.. apa yang bakal aku tempohi esok hari... Tak ada juga yang mampu mencipta kata bahawa derita yang pernah ku rasakan itu sekadar seketika.... Bahagia kan tiba jua bila senja jingga berinsut pergi..... Dapatkan aku mengatakan TIDAK pada sebuah perasaan yang hadir tanpa pinta..... Terdayakah aku menongkah arus rasa yang datang bertamu tanpa mengetuk atau meminta izin lantas terus bermukim di kamar sekeping hati yang sepi dan suram.... Ahhhh! Kudrat insani seperti aku tidak segagah mana.... Lantaran itu pasrah adalah pengakhirnya..... Menerima segala yang datang dengan penuh redho Mungkin ianya satu penawar meski tidak mujarab untuk menyembuhkan kelukaan yang aku alami dalam beberapa detik. Biarpun aku sedar akan natijah yang bakal menanti, setidak-tidaknya seketika ini aku bisa merasai erti bahagia dan gembira..... Siapa aku untuk pertikaikan mengapa dia berhak dan layak untuk disayangi, dikasihi sedangkan yang memberi tidak memperolehi balasan jauh sekali merasai keindahan dalam segala perasaan itu... bukankah segalanya anugerah dari ALLAH.....

Usah dibiar hati mempertikaikan semua itu justeru tiada jawapan yang bakal ditemui... Sebaiknya... Bersyukurlah... lantaran aku mungkin sekadar ditakdirkan menjadi penderma pada sebuah ketulusan dalam secangkir kasihsayang sesama insan dibumi sementara ini..... Jangan mengharap untuk menggapai bulan yang tinggi atau kerdipan bintang kejora dilangit biru... Mustahil dalam seribu kedhaifan aku bisa melakukannya..... Biarlah aku terus menerangi kebahagiaan insan lain selagi allah mengizinkan.....

Dan di Ramadhan ini allah anugerahkan kesejahteraan buat ku untuk melengkapkan segalanya... memberi ruang untuk aku menginjakkan diri biarpun luka dan sakit itu pasti akan aku rasai.... Moga Allah mengizinkan aku untuk melihat insan2 yang aku sayang bahagia dan gembira dalam limpah rahmat dan hidayah dariNYA..... Amin....

Ramadhan.....

Bertemu kembali dengan Ramadhan
Kurasakan kebahagiaan menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula
Dengan bulan penuh rahmat dan barakha ini
Ramadhan yang mulia

Di Ramadhan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunanMu
Melangit tinggi

Ramadan rahmat dari Ilahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadan terakhir bagiku
Kuharap ianya'kan membela ku di akhir nanti

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan .....lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN

saya mohon maaf lahir dan bathin....
Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,
Marhaban Ya Ramadhan
Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Aminn.

Buat semua pengunjung Istana Kaca ini.... jejari sepuluhku susun serapatnya.... bicara ini ku ukir di bayu berbisik manja.... Ampun dan Maaf zahir batin.... andai ada bicara yang terlanjur terungkap di bibir tanpa sedar telah mengguris rasa dan mencalar hati..... Mata terkadang salah melihat.... bibir terkadang salah berucap.... Hati terkadang salah menduga..... Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada.... Moga uquwah antara kita akan berkekalan tanpa ada batas sempadannya..... Salam sayang teramat sayang dari Pu3Chempakabiru.....

Tuesday, September 11, 2007

Dugaan ini hadir lagi......

Semalam hari boring buat aku… Server dari pagi buat hal… problem tak sudah-sudah gara-gara perpindahan yang perlu dan mesti di lakukan… So natijahnya aku yang asyik kena bamboo ngan clients setiapkali depa merungut tak boleh nak access ke website akibat kealpaan mereka tidak log out dengan betul…. Hari ni jam 07.00 pagi aku dah ada di workstation ku…. Tah! Aku pun tak tahu mengapa seawal ini aku perlu hadir ke office. Yang pasti lenaku tidak betah semalam…. HUJAN yang turun mencurah hanya ku biarkan sahaja. Biarlah…..

‘Kenapa tiba-tiba engkau mengeluh. Risau pasal clients yang bakal membebel lagi?…. Soal teman yang entah bila tibanya dan mungkin terdengar keluhan yang entah dah keberapa kali tercetus dari bibir aku. Aku sekadar mampu menganggukkan kepala untuk mengelak dari di provok dengan soalan yang lebih bahaya. ‘Rasa cam dah letih mulut aku nak menjawab semalam. Hari ni kalau server buat hal lagi… alamat tambah berapi lah clients tu semua.’ Dalih sengaja ku tebarkan. Dia tersenyum dan dari senyumannya tidak sukar untuk aku mengesan sesuatu yang sedang difikirkan….. Ni mesti nak kenakan aku… desis hati ku… ‘Tapi kan, aku wondering sumthing. Amarah clients pada engkau tak pernah lama…. Apa petua engkau lembutkan hati clients ha. Ajarlah kat aku sama.’ Ceh! Minah ni…. nak ajar apa… petua apa… dia tak tahu aku pun selalu gak kena tempias angin Tsunami yang tak terduga dari clients. Aku sekadar mencebik bila dia sudah memuntahkan tawa yang langsung tak melucukan pada aku. ‘Aku tahu kenapa amarah clients tak lama pada engkau…. Sebab mereka dengar suara engkau yang macam budak tadika tu. Engkau ni boleh dikatakan sabar yer dalam melayan kerenah clients…. Cara engkau handle mereka memang tak sama dengan orang lain. That’s whylah most of clients lebih gemar berurusan dengan engkau daripada ‘Si Dia’ tu. Engkau soft dan tutur kata engkau memang terjaga walaupun berhadapan dengan radang clients. Engkau perasan tak kelebihan yang ada pada diri engkau tu.’ Ucap temanku tanpa pinta. Buntang mataku meratah wajahnya yang serius. Tidak menduga sebegitu komennya terhadap diriku. Hai! Sejak bilalah pulak dia ni jadi pemerhati terhormat dan pendengar perbualan aku dengan clients…. Hampehkelapa.com tul minah sorang ni. ‘Anyway… thanks atas pujian atau apa sahaja yang sewaktu dengannya yang engkau berikan tanpa aku pinta… but no thanks coz’ actually aku memang tak perlukan semua tu. Pada aku, aku akan puashati bila clients dapat apa yang sepatutnya mereka perolehi setimpal dan berbaloi dengan apa yang mereka dah bayar pada kita. Aku tak nak mereka rasa membazir bayar ribuan ringgit, tapi services kita ditahap yang hancus bincus….. Kepuasan clients adalah objektif aku dalam melaksakan tugasan.’ Cewah! Powerangers gak ayat aku ekk…. ‘Iyer lah tu…. tapi kenapa muka engkau mendung je lepas balik dari lunch semalam…. Erm kalau aku tak silap, semalam engkau keluar dengan mamat ‘API’ tu kan…. Hai! Orang bila dah jumpa ‘SI DIA’ wajah biasanya lebih seri, tapi engkau ni terbalik pulak… kenapa…. ‘ Amboi! Suka hati dia je panggil mamat tu canggitu. Package pertanyaan dan sindiran yang dianugerahkan pada aku terus membuatkan keluhan termuntah dari bibir tanpa sempat ku tahan. ‘Erm! Sumthing happen yesterday dan aku tahu tak sepatutnya aku jadi macam tu.’ Luah ku lemah tanpa sedar… teringat apa yang terjadi sepanjang perjalanan balik ke office. Ah! Teruknya aku… tapi bukannya aku sengaja… memang aku tak boleh nak buat apa once the things come across to that person… hati aku sure terusik… ‘Ha! Don’t tell me engkau gaduh dengan mamat ‘API’ tu. ‘ Dalam gundah aku sempat tersenyum mendengar gelaran yang diberikan oleh member aku padanya… dah sinonim dan macam tak bisa bertukar lagaknya. ‘Aku tak bergaduh dengan dialah dan kami tak pernah gaduh, tapi….’ Ah! Aku mengeluh akhirnya tanpa menghabiskan kata. ‘Kenapa ni…. berat je dengarnya keluhan engkau tu.’ Tanya member aku sambil merapatkan lagi kerusinya ke meja ku untuk memperolehi keselesaan tahap maxsimum dalam mendengar cerita aku. ‘Sebenanya aku ni yang entah tiba-tiba jadi makhluk perasa dan hati ku diusik sedih bila sumthing come across with sumbody.’ Ucap ku perlahan. Tak nak perbualan kami didengari oleh boss dan senior manager yang sudah pun ada di tempat mereka. ‘Oh! Kira ni kes jealousi lah ekk.’ Dia sudah meledakkan tawa hingga boss aku pun turut angkat kepala. Apalah agaknya story dua orang staff aku ni… ada-ada aje yang jadi bahan cerita. Mungkin itulah yang bermain di mindanya bila lihat aku ngan member aku tu macam berbisik-bisik. ‘Woi! Apa yang lucu sangat sampai ko gelak mengalahkan Pontianak jumpa Mawi AF3.’ Aku sudah memasamkan muka… Cinabeng punya member… tak pasal-pasal aku dihadiahkan dengan gelak gaban dia….. dan seyuman penuh makna dari boss.’Sorry pembetulan… bukan JEALOUSI, tapi lebih pada rasa sedih…. Aku sedar dah banyak kali dia ingatkan aku jangan ada rasa macam tu…. dan kalau dah tak boleh nak elak sangat, tak payah sebut pasal that person, but aku yang stubborn….. dan natijahnya aku yang hadapi sekarang…. Dia dah merajuk sebab hati dia dah luka dengan apa yang terjadi diantara kami. Maybe dia tak akan contact aku lagi either via email, called or sms. Tahlah… aku tak tahu macamana aku nak hadapi keadaan ini coz’ aku dah terbiasa sembang dengan dia sebelum kami memulakan sessi pagi dan penutup petang sebelum dia pulang ke rumah. Erm… engkau pun tahukan… sejak kebelakangan ini, antara aku dengan dia pun macam dah mula terbina jurang yang dari sehari ke sehari aku rasakan kian luas…Kami seolah dah makin jauh… ‘ Luahku sayu. Mutiara jernih mula mengintai di tubir mata. Menanti waktu untuk terungkai dan bertaburan di pipi. Segera ku seka sebelum ianya putus. Temanku sekadar membisu…. Mungkin mengerti akan apa yang aku hadapi atau mungkin juga mencari formula untuk menyusun kata. ‘ Well! I have no words to comments about this. Aku tahu apa yang engkau rasa…. sebab aku pun pernah rasa dulu. Memang sakit bila tiba-tiba orang yang rapat dengan kita menjauhkan diri… lebih sakit bila semua itu terjadi dalam sekelip mata. Sabarlah…. Mungkin dia masih belum faham keseluruhan sikap dan perangai pelik engkau tu. Tak mampu nak selam ke dasar hati akan apa yang engkau rasa tiapkali persoalan pasal sumbody tu tercetus. Apapun satu saja yang aku nak engkau ingat… Kalau benar dia betul-betul jujur dalam hubungannya dengan engkau dan dia sayangkan engkau, dia tak akan tinggalkan engkau macam tu aje…. Percayalah…. Apapun engkau perlu kuat dan tabah….. biar apa pun yang terjadi, hidup ini harus engkau teruskan…. Kalau engkau sudi, aku tetap ada untuk sama-sama berkongsi kesakitan dan airmata engkau tu. Engkau tahukan… yang aku sayang kat engkau sebagai seorang SAHABAT yang paling akrab dan istimewa yang aku ada….. Aku harap engkau tak lupa….‘ Genggaman lembut dan erat tangannya membuatkan mutiara jernih yang ku tahan sedari tadi akhirnya putus jua. Kami sama-sama meninggalkan meja aku. Tak mahu boss dan yang lain menyaksikan segalanya. Luka dan duka sekeping hati ku lepaskan di bahunya….. Aku kembali tersedu di situ… dan seperti lazim, dia tetap membiarkan aku terus meluahkan segala yang sudah membusut di dasar hati….. hati ini tiba-tiba di hambat rasa yang sukar untuk aku tafsir..... rindu dan sayu berganding menjadikan ku kian hiba..... telefon yang ku pegang masih kekal bisu.... dan apakah ianya akan kekal bisu hingga ke akhirnya..... Entahlah..... Mungkin juga sudah tiada lagi sisa kemaafan darinya untuk diriku.... sudah tiada lagi sisa belas kasihannya terhadap aku dan mungkin juga dia dalam proses untuk memadamkan segalanya..... Mampukah aku hadapi semua ini...... sedangkan ramadhan sudah semakin menghampiri..... Semalam aku begitu happy lunch dengannya.... bercerita berbagai perkara yang terjadi dan secara tidak langsung seolah mengupdate dia dengan aktiviti hujung minggu... namun segalanya punah dan kini seolah hancur menjadi serpihan kecil yang seakan sukar untuk ku cantum kembali..... TEMAN.... MAAFKAN AKU LANTARAN AKU BUKAN KAWAN DAN SAHABAT SEBAIK DIRIMU.... APAPUN, AKU DOAKAN MOGA KAU AKAN SENTIASA SEJAHTERA DAN GEMBIRA SELALU DENGAN APA YANG SEDANG DAN AKAN KAU LAKUKAN.....

Saturday, September 08, 2007

Office oohh Office

Waktu n3 ni aku masukkan... aku masih lagi kat office... seawal jam 07.00 aku dah tiba untuk gantikan boss aku yang dah tak larat... kesian, dia baru je balik.... pagi tadi sempat gak dia call dalam kul 06.30 minta tolong aku datang awal sikit untuk pastikan semua material untuk brainstorming pagi ni berjalan lancar.... katanya they all work very hard yersterday... unexpected situation..... Well! Macam tu setiap tahun... dan rasanya tahun ni teruk sikit dari yang telah lalu. Apa pun aku faham... bila bertugas di TAX department, cabarannya lebih banyak dari department yang lain.... aku pun macam dah terbelajar dari pada boss dan managers yang agak rapat dengan aku. Banyak gak ilmu secara tak langsung depa alirkan... dari penerangan, pengaduan dan cara solutian terhadap pertanyaan yang sering dihamburkan oleh client... Aduh! Pening gak kepala lebih-lebih lagi aku memang alergik sikit ngan figure ni..... So seperti lazimnya once the order come from my boss, it's a bit hard for me to said NO. Bukan aku ni jenis mengampu, tapi sebab boss aku ni jenis yang boleh bertolak ansur dan tak berkira sangat. Jadinya aku pun tak kisah untuk membantu mana yang aku daya. Sampai kat office, tempat pertama jadi persinggahan adalah meeting room. Memastikan staff admin sudah laksanakan mengikut apa yang aku dah terangkan dalam email sebelumnya. Than aku check material yang dah ada kat situ. Tengok samada jumlahnya mencukupi atau sebaliknya. Than aku juga jadi TEALADY tak rasmi bila lihat formcup semalam masih ada lagi kat atas meja. Sure akak-akak tealady tu belum sampai... Ah! Tak kisahlah. Lagi pun bukannya berat sangat... bukan aku kena angkut kayu balak pun. Setelah aku berpuashati dengan apa yang aku lihat, aku bergerak pulak ke bilik training di tingkat 8. Kerja yang sama ku lakukan... Tak sampai 1/2 jam.. beres... Phone aku menyanyi .... terlihat biasan nama MY BOSS... aku senyum.

" Hello my dear! Where are You." terdengar suara lemahnya. Senyuman dah mengacah di bibir ku. Kesian.... desis hatiku simpati.

" Hai Boss! I'm in the office now. Checking everything for this morning brainstorming session. Where are you actually? "

" I'm at home. Sorry, I can't wait or come to help you. I'm too tired. " Keluhnya lemah.

" It's okey. I can manage doing it alone. Don't worry. Just take your deep rest so you feel much better after that. " Memang aku tak sampai hati nak minta boss aku datang. Tahu tentu dia letih bangat setelah seharian di office.

" We face with one issue quit difficult this year. Easy to discuss but hardest to make decisions. That’s why we finished so late. " Terangnya tanpa di pinta.

Aku sekadar jadi pendengar. Faham.. one big shot macam dia sure tak boleh lari dari c2ac sebegitu.... Erm susah juga jadi orang yang berpangkat besaq ni....

" Key, I need to go now. Take my bath and sleep. By the way, what your plan today. If you want to clear sumthing for our movement to new office, please left out all the boxes. We located sum1 to help us on Monday. Don't do it by yourself. I know you will do what ever you think once nobody monitor on you. But I really hope you remember your condition still not recover enough for that. " Sempat lagi dia berpesan sedangkan aku sudah mengulum senyum. Aduh boss aku ni, cam tahu je apa aku nak buat.... tapi bila melihatkan keadaan yang masih tak banyak berubah sedangkan waktu yang aku ada kurang dari 5 hari. Maybe aku tak akan ikut sepenuhnya remainder bersulam nasihat itu... apa pun tengoklah apa yang daya aku lakukan.

Tak lama lepas tamat conversation dengan boss, satu lagi panggilan aku terima. Erm dalam nak pegi kedai beli Gas tu pun dan lagi dia mencelah called aku.... Iman... Iman.... speechless aku jadinya.... apa pun aku hargai ingatan dan keperihatinan dia terhadap aku dalam apa jua situasi yang aku hadapi. Tak kira riang atau duka... tawa atau tangis... dia tetap cuba menzahirkan waktunya sedapat mungkin. Hari ni aku tak tahulah pukul berapa pulak giliran aku untuk meninggalkan office.... ermmmmm tah lah....