Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, May 25, 2007

Betul ke.....

Betul ke Cantik….

Erm semalam dari pagi sampai lah ke petang aku asyik dok dengar luahan orang pasal perkara ni… Perasan Cantik. Bermula dari bebelan member aku yang melepaskan rasa geram yang mungkin sudah lama membukam di dalam hatinya.

Zai : Hello… ko sibuk ke beb?

Aku : Cubalah biasakan dengan bagi salam.. Assallamualaikum. Aku cam biasalah.. ada report nak kena check. Boss suruh email kat dia

Zai : Woi! Kan abang Salleh tu dah chow balik kampung dia… masih lagi nak dera ko check report… kureng asam betul….

Aku : Golongan professional macam depa tu mana ada istilah rehat yang sebenar-benarnya. Lagi pun ni Datuk yang minta. So nak tak nak dia kena gak review report tu sebelum submit kat Datuk.

Zai : Tension gak ekk jadi boss ni.

Aku : Erm maybe… tapi aku rasa that’s not the thing yang membuatkan engkau called aku sampai tak sempat nak bagi salam kan. [Aku terdengar dia tertawa.]

Zai : Aku tengah bengang ni beb. Ada sorang awek ni.. eh jap bukan sorang, tapi tiga… Dia ingat dia tu bagus sangat… Apa ingat diorang ingat diorang tu cantik sangat ke? Penat aku senyum beb, dia boleh buat dek aje.. bukan sekali, dah banyak kali. Kalau syarikat lain aku no hal gak tapi ni sama syarikat, cuma department yang lain. Apa dia tak tahu ke senyuman tu sebahagian dari sedekah yang paling mudah. Adap tarak… budi bahasa entahlah.. jangan-jangan hancus… harap rupa je yang boleh tolong cover. [suara Zai sudah berubah membuatkan aku terkedu mendengar luahan tornado yang laju meluncur dari mulutnya. Seolah melepaskan rasa geram dan marah yang sudah lama dipendam]

Aku : Ko marah dengan sapa sebenarnya ni.

Zai : Dengan aweks-aweks yang perasan diri mereka cantik lah. Ko tahu beb, aku selalu jumpa depa ni kat surau, aku punyalah melebar senyum. Diorang boleh buat tak reti dan tak nampak…. Cis, buat malu aku je. Bukannya apa… kita ni seagama… sebangsa, salah ke kalau maniskan wajah. Sedekah senyum. Bukannya perlu buat deposit pun… lagi pun boleh buat senaman muka lagi. Pahala yang senang camtu pun tak nak…

Aku : Dah memang mereka tu cantik… kita nak buat macamana….

Zai : Ala.. semua manusia yang allah jadikan semuanya cantik…. mana ada yang tak cantik…

Aku : Memanglah semuanya cantik… Cuma mereka tu cantik lebih sikit dari kita dan kita ni cantik kurang banyak dari mereka. Dahl ah… bukannya masalah besar sangat pun.

Zai : Ko ni suka sangat merendahkan diri. Tak faham aku. Erm ko tahu beb, aku selalu jumpa depa ni kat surau, aku punyalah melebar senyum. Diorang boleh buat tak reti dan tak nampak…. Cis, buat malu aku je. Bukannya apa… kita ni seagama… sebangsa, salah ke kalau maniskan wajah. Sedekah senyum. Bukannya perlu deposit atau bayaran… lagi pun boleh buat senaman muka. Pahala yang senang camtu pun tak nak… [Zai masih lagi meneruskan bebelannya]

Aku :Ooooo pasal diorang tak balas senyuman ko la ni. Dah la Zai… kalau ko nak sangat pahala senyum tu, apa kata ko senyum aje kat aku…. dalam sehari tiap satu jam ko datang bertandang kat tempat aku… so ko boleh sedekah senyuman manis ko tu kat aku. Aku sanggup melihat dan amat menghargainya. Dahlah.. jangan rosakkan mood pagi ko dengan perkara camtu. Kalau orang tak sudi terima, ko tak boleh paksa. Tapi ko tahu tak, niat ko yang baik tu dah dapat pahala lebih-lebih lagi bila teriring dengan perbuatannya sama.

Zai : Aku heranlah dengan ko ni beb, cool je… Keylah.. aku chow dulu… boss aku dah jeling-jeling…. Entah apa lagi lah yang dia nak. Boring betul.

Aku : Baik ko pegi tengok cepat. Nanti tak pasal pulak ada yang juling… Erm aku harap ko dah lega lepas luahkan apa yang terpendam tadi tu. Key.. work smart yer… kalau terasa nak berpahala, datang tempat aku…. senyuman ko sentiasa membawa makna buat aku. Key.. aku pun nak check report ni semula. Nanti tertunggu-tunggu pulak orang kat seberang sana. Assallammualaikum.

Aku termenung sekejap lepas meletakkan gagang talifon. Erm kenapalah mesti jadi canggitu. Aku dapat agak sapa yang Zai maksudkan, tapi ahhhh biarlah… kalau depa tu nak perasan depa cantik dan hanya layak bergandingan dengan yang cantik… apa yang boleh aku buat…. Aku teruskan kerja yang tertangguh.

Jam 1530 petang, talifon di meja aku menjerit. Cepat tangan aku mencapai sambil mata masih terarah pada computer memerhatikan email dari client yang masuk ke mailbox aku.

Dia : Assallammualaikum. DSana… I need to talk with you. Can you speed couple of minutes? [Aku terkejut mendengarkan suaranya yang cukup tegas. Ni kenapalah pulak]

Aku : Waalaikummussalam. Ye.. silakan….

Dia diam. Talian membeku. Aku jadi semakin hairan… kenapa dengan dia hari ni…. jarang sikapnya suka membiarkan masa berganjak tanpa pengisian. Tapi petang ini dia seakan tega membiarkan talian membisu.

Aku : DSana.. kenapa ni…. kalau DSana nak cakap sesuatu, baik teruskan. Apa yang dah terjadi? [terdengar dia mengeluh]

Dia : I’m mad with my staff.

Aku : DSana marah pada sapa???? [aku semakin kehairanan. Sejauh yang aku kenal, bukan sikapnya memperlihatkan rasa marah pada orang lain]

Dia : My new secretary… DSana tahu, dah sebulan dia bekerja kat sini, tapi tonggang langgang jadinya. Lain yang di suruh, lain yang diberikan…. Yang dia tahu.. melawa… melaram…. Perasan diri tu cantik… pakaian tak payah nak cakap lah… terkadang DSini pun tak tahu dia nak datang kerja ke atau nak pegi mana…… kerja yang diberi sering pending… tak siap pada masa yang kita nak.

Aku : Erm as a secretary… cantik tu salah satu asset yang penting, kalau tak cantik, nanti boss boring pulak.

Dia : DSana fikir, DSini macam tu. Lebih pentingkan paras rupa dari quality kerja. [suaranya kedengaran lebih tegas. Baru aku sedar, aku dah menaikkan darjah kepanasannya kembali]

Aku : Well, DSini had no comment… maybe dia ada kerja lain yang perlu di dahulukan. That’s why kerja yang DSana beri tak dapat disiapkan pada waktu yang sepatutnya. Give her a time. Janganlah berkira sangat.

Dia : Kerja apa yang dia perlu buat. Bersolek… tampal bedak kat muka berkilo-kilo? DSana.. ini bukan kali pertama benda macam ni jadi. Since dia masuk… dah banyak kali DSini terpaksa buat sendiri sebahagian dari kerja yang sepatutnya di lakukan oleh seorang Secretary. DSini tak merungut pun sebab DSini malas nak bising, walaupun sebenarnya DSini boleh buat macam tu. Tapi hari ni she was too much. Fail yang DSini minta dari semalam, dia tak ambil and some more report yang DSini suruh dia amend, langsung dia tak buat. Alasannya cukup mudah.. Lupa….. sedangkan DSini ada meeting dengan board of Director dan report tu perlu ditunjukkan pada mereka. Tak pasal-pasal DSini yang kena tembak. [terdengar keluhan berat dari ulas bibirnya. Aku sekadar membisu. Mengunci segala perbendaharaan kata. Aku tahu saat ini bukan waktu yang sesuai untuk menyampuk apatah lagi memberikan pandangan apa yang harus dia lakukan. Bagai terbayang wajahnya yang menyimpan berbagai rencah perasaan. Ah!Simpati aku tiba-tiba datang bertandang.]

AKU : Sabarlah DSana. Manusia punya lebih dari sejuta satu ragam yang terkadang sukar untuk kita fahami. [hanya itu yang mampu aku ungkapkan.]

Dia : Sorry DSana. DSini bukan nak membebel tapi DSini heran dengan sikap perempuan ni. Perasan terlebih sangat. Memang DSini tak nafikan dia tu boleh lah dicampakkan dalam kategori cantik.. just cantik aje, tapi kalau budi bahasa dan pekerti tak cantik, tak guna jugak. Dah banyak kali DSini dengar komen dari staff lain pasal dia. Bila orang senyum, jangan harap dia nak balas…muka tak friendly langsung, cakap pun macam pilih-pilih orang. Adap tak ada…. Entah macamana HR boleh ambil dia kerja kat situ. Kalau setakad rupa jer… huuuh memang penemuduga tu giler….. [tiba-tiba aku tertawa. Bagai ada yang menggeletek urat saraf ku yang satu itu mendengarkan kata-katanya.]

Dia : Kenapa DSana ketawa…. [soalan yang sudah ku duga akan dianugerahkan pada ku]

Aku : Tak ada apa-apa. Well, kalau DSana tak kisah punya secretary yang tak cantik dan macam Gozila Malaysia, boleh gak DSini apply…. [aku ketawa lagi dan kali ini berganding dengan tawanya yang tiba-tiba pecah berderai. Alhamdulillah…. Bila dia dah boleh ketawa, bermakna hatinya yang panas sudah mula nak suam….]

Dia : DSini lah orang yang paling gembira kalau DSana sudi nak kerja di syarikat ini, jadi secretary DSini pulak tu… Aduh! mesti best sebab DSini tak perlu risau tentang kerja dan segalanya. [amboi bukan main terujanya dia… gumbira yang teramat sangat…. Hehehehehee mimpilah aku nak buat semua tu….hahahahhahahahaaaa]

Aku : Keylah DSana, DSini ada kerja nak buat. So banyakkan sabar…. Kalau board of Director marah, explain baik-baik dengan mereka. DSini rasa mereka akan faham tambahan pulak reputasi kerja DSana tak pernah mengecewakan mereka. Kalau tidak mana mungkin jadi orang harapan hingga di hantar untuk berkursus di luar negara kan. [suaraku dah mula kendur…. Alamak… tak kan emo kot….. isy…isy… isy… tak kuasa mak Nyah……]

Dia : Sebanyak mana DSana rasa sedih atas arahan itu, DSini berkali ganda lagi…. tapi tugasan dan kepentingan diri harus bijak dibahagi…. Kita jumpa petang nanti yer….. [aku tahu dia cuba mempraktikkan skill memujuk yang langsung tak dimilikinya.]

Aku : Dah lah… petang ni tak boleh jumpa sebab DSini maybe balik lambat. Ada hal sikit kat office dan maybe Roziman nak called. So kena tunggu….

Dia : Key, kalau macam tu week end nanti kita keluar. Lagi pun ada beberapa barang lagi yang DSini belum beli. DSana tolong yer.

Aku : Okey lah… apa pun call dulu ekk… Erm, kita stop dulu yer. Nak pi washroom lah… [bisik ku perlahan. Bertabur tawanya mendengar ayat terakhir ku itu. Entah apalah yang dia fikirkan agaknya…. Cinabeng betul….]

Dia : Okey… okey…. Sorry coz’ take your time. Assallammualaikum…. [masih terdengar tawanya yang berbaki.]

Waalaikummussalam jawab ku di dalam hati. Aku meletakkan talifon kembali. Hajat untuk ke washroom sudah mati. Itu sekadar satu alasan sebenarnya. Aku termenung kembali. Hari ini aku mendengar dua luahan hati yang punya persoalan yang sama….. semuanya memokuskan pada kaum sejenis ku yang mungkin dianugerahkan kecantikan yang lebih dari orang yang dianggap kurang di sekeliling mereka. Tapi apakah kerana anugerah luaran itu membuatkan mereka rasa mereka tidak layak berganding dengan orang-orang yang tidak secantik mereka… Erm… CANTIK LUARAN….. berertikah kalau tidak diiringi dengan CANTIK KESELURUHAN JIWA RAGA DAN ADAP SOPAN…… Entahlah……

Monday, May 21, 2007

Alangkah indah andai aku ini Cinderella Cinta.. ahakzzz.

“Aku bagai meniti buih-buih rindu yang bisa memecah pada bila-bila masa di lautan hidup yang tak bertepian….”

Aku selalu mendengar orang kata seronok bila menjadi Cinderella. Bertemu putera idaman yang pastinya akan membawa diri ke mahligai bahagia sepanjang hayat. Itulah yang di idamkan oleh gadis bernama Lara Mia. Malangnya dia menjadi Cinderella pada cinta yang entah di mana paksinya. Mengusung rindu dan setia buat arjuna hati yang hilang bersama kabus dinihari. Edri pergi meninggalkan Lara Mia terpenjara pada janji yang telah dimetri bersama.

Meski ada yang menghulurkan kasih dan cinta, tapi hati yang telah terkurung payah di bebaskan. Biarpun dengan jaminan bahagia yang bukan satu dongengan atau mimpi pengulit lena. Ketulusan Victor Adam masih gagal mencairkan frozen cinta di kutub hatinya. Lara Mia tetap menjunjung setia tanpa sempadan. Mendaulatkan cinta dalam anyaman harapan akan bertemu kembali dengan Edri yang berada entah di mana. Teman yang dikenali di maya tanpa rupa dan suara menjadi tempat gadis itu meluahkan rasa. Menjadi harapan untuk menjejaki kekasih yang hilang di bumi kebanggaan yang tidak pernah di jejakinya selama ini. Pada Ona di sandarkan harapan moga ada sinar harapan yang bakal menerangi jalan pencariannya.

Missinya di bawah lembayung Mercy Manchester bersama Victor Adam, Muhammad dan Maimoon menemukan dirinya dengan reality kehidupan. Betapa bumi Thalkot yang gersang itu tanduskan perubahan. Betapa golongan wanitanya mengharap sinar pembelaan dan pembebasandari tradisi adat resam yang telah berkurun di warisi. Budaya menidakkan hak kaum perempuan dalam pembelajaran yang hanya di dominasi oleh golongan lelaki sudah lama menjadi budaya yang dipegang kejap. Kehadiran Lara Mia seakan mambawa sinar buat mereka. Menguntumkan bunga-bunga harapan agar mereka bisa mengenali dunia yang berada di luar sana.

Namun dalam menjalankan tanggungjawab kemanusiaan, Lara Mia tidak mampu menghindarkan diri dari di ulit kenangan bersama Edri. Pencarian dan usaha menjejaki arjuna hati tidak pernah padam malah di bumi Thalkot dia masih cuba merisik khabar. Mengharap ada yang dapat membantu hingga menemukan kembali dirinya dengan lelaki itu. Ah.. Terlalu dalam cinta Cinderella hingga sanggup menjadi pengusung keranda rindu yang masih enggan di semadikan. Biarpun sedemikian, terkadang Lara Mia tidak memungkinkan dirinya terlepas dari tanggungjawab terhadap perasaan. Luahan hati Victor Adam sering mengganggu dan mengusik emosi wanitanya. Ternyata pemuda itu masih belum mengenal erti putusasa. Masih mencuba untung nasib di lautan cinta milik Lara Mia yang bagaikan terpisah di dua persimpangan. Cinta pada Edri barada di segenap penjuru hati seakan menolak dan menidakkan cinta lain untuk mengintai ruang. Namun bila kecelakaan itu terjadi, Lara Mia di pagut bimbang dan takut. Airmatanya deras mengalir seakan menzahirkan apa yang di rasa.

“Vic! Vic.. Ini Mia… Jangan tinggalkan Mia. Kau jangan mati. AKu ada untuk menyambut kau.“ Tanpa memperdulikan orang lain Lara Mia terus menjerit dengan harapan Victor Adam yang terperangkap di bawah runtuhan tanah mendengar suaranya.

“Mia.. Mia… aku kesakitan. Kaki aku tersepit di bawah batu besar.“

Biarpun begitu, Lara Mia masih enggan mengakui betapa lelaki itu sudah terlalu jauh menyintai dirinya. Dia masih mahu membandingkan cinta sang arjunanya yang entah di mana. Yang hanya membiarkan dia menggalas beban rindu dan kesetian bersendirian. Terlalu angungkah cinta yang Edri persembahkan hingga tidak mengizinkan gadis itu menghargai kasih yang dihulurkan oleh insan lain.

Pertemuannya dengan Fatimah dan Salimullah banyak memberi kekuatan untuknya terus berjuang. Tidak hanya memberikan sinar pada golongan wanita di bumi Thalkot, tapi pada jiwanya yang semakin parah.

“Jangan menyesal pada keadaan semalam, jangan berangan pada hari esok yang tak pasti, tapi hiduplah pada hari ini dengan setiap kemungkinan dan cabaran.”

Berbagai dugaan dan rintangan yang terpaksa diredah. Lara Mia tetap tabah. Dia keseorangan bila Victor Adam dan Maimoon kembali semula ke England. Dia terpaksa menyakinkan ketua-ketua puak akan perubahan yang dianggap melanggar tradisi yang telah mereka warisi sekian lama. Pertemuan dengan Babar Yousofzai dan pembantunya Sahib Khan semakin merumitkan keadaan. Ketua yang paling berpengaruh itu seakan bermain tarik tali dengannya. Bersembunyi dalam terang perihal Edri yang disayang. Dia tersepit diantara kemahuan diri dan asakan tawar beli berbau ugutan yang sengaja di berikan oleh Yousofzai. Mana satu yang harus di dahulukan dalam sebuah pengembaraan hidup yang sementara ini.

Kehadiran Zubeidah seakan merungkai satu rahsia yang selama ini teguh tersimpan tanpa terlihat. Episod hidup wanita malang itu memberikan sinar penunjuk arah buat Lara Mia menjejaki arjuna hatinya. Sirna derita yang ditanggung Zubeidah sebagai mangsa keadaan bagaikan kunci untuk dirinya membuka hijap rahsia yang selama ini tutup rapat.

“Penderitaan adalah hidup kami di bumi pergunungan ini. Thalkot tak pernah menangis tapi kami selalu menangis. Thalkot tak pernah menderita tapi kami selalu menderita. Penderitaan itu adalah dugaan kehidupan Mia…“

Maka biarkan Pelabuhan Dover menjadi mahkamah pada sebuah perbicaraan cinta. Biarkan pelabuhan itu menjadi hakim dalam menentukan hukumannya. Apakah janji manis yang selama ini membelenggu Lara Mia akan membawa dirinya ke gerbang bahagia atau meranakah dia andai cinta tulus Victor Adam di sambut dengan penuh kerelaan….Bagaimana pulak dengan penduduk di bumi Thalkot… apakah kemanusiaan sejagat langsung tidak berharga buat mereka hingga sanggup menjadikan nyawa dan maruah bangsa sebagai satu dagangan yang bisa mengaut keuntungan dengan cara mudah. Apa kaitan Babar Yousofzai, Sahib Khan dan Zubeidah dalam sebuah ketentuan.. segalanya persoalan ini bakal terjawab bila hijap di sebalik Cinderella Cinta di singkap dalam segenap rasa dan emosi yang pasti membawa satu penghayatan pada sebuah perasaan…..

Di awal melihat tajuknya, aku tidak menduga novel ini garapan dari seorang jejaka yang cukup bijak bermain dengan emosi dan naluri seorang wanita. Tapi itulah hakikat yang tidak bisa di sangkal. Memang novel ini hasil garapan sorang jejaka yang tak mustahil menjadi seorang novelist terhangat di Malaya satu hari nanti. Secara jujurnya novel cinta sebegini adalah yang pertama ku baca dan berada di konti peribadiku. Temanya cukup cantik. Percintaan dan kemanusiaan, dua elemen yang amat bermakna dalam kehidupan kita. Penulis berjaya mencantumkan kedua-duanya dalam satu aliran dibawa oleh watak-watak yang beliau ciptakan. Memartabatkan kaum wanita secara simbolik yang sering di anggap lemah dalam melaksanakan tanggungjawab dan menggalas apa jua bentuk cabaran dan dugaan samada berbentuk emosi ataupun reality. Apa pun aku rasa novel ini akan jadi lebih indah andainya dikurangkan sedikit mainan emosi dan monolog dalaman Lara Mia yang cukup jelas ketara. Flashback yang dijalinkan cukup simbolik dengan penerapan keindahan disekeliling perjalanan plot mampu membawa pembaca merasai dan menyelami apa yang dialami oleh watak-watak dalam novel ini. Aku benar-benar selut dengan kebolehan penulis ini menjiwai watak Lara Mia yang cukup tabah dan cekal merempuh benteng dugaan dan ujian. Pada sesiapa yang ingin merasakan satu kelainan novel cinta garapan seorang lelaki yang bijak bermain emosi seorang perempuan, carilah Cinderella Cinta. Kita akan merasakan kehangatan semangat dan kekuatan yang mengalir dalam berbagai rencah situasi yang bisa mengacah emosi yang tidak pernah kita jangkakan selama ini…..

“Ku lihat angsa berwarna putih. Berenang di Pelabuhan Dover mencari destinasi yang tidak pasti. Ku lihat bayangmu kasih, makin kelam dalam pekat malam yang kian membalam. Ku saksikan kesungguhanmu teman, menghulurkan sayang tanpa jemu dan putusasa. Namun akukah Cinderella Cinta yang masih berkelana mencari sang putera yang bakal membawa sepatu kaca menuju ke gerbang istana bahagia buat selamanya… “

Thursday, May 17, 2007

Entah.....

Dah lama gak aku tak memahatkan garapan sendiri kat Istana kaca aku. Lately ni aku lebih banyak buat review untuk novel-novel yang dah aku sambar waktu pesta buku yang lalu. Bukan apa…. Sementara masih panas, elok terus diperpanaskan bahangnya supaya yang membaca review ni rasa teruja untuk mengetahui kesudahan kisah dalam novel-novel tersebut. Kata orang review sebagai panduan dan yang aku beri ni memang best…. Pada penelitian dan pengamatan aku lah… bukan kerana insan di sebalik novel tersebut…. So jangan salah faham yer….. apa pun lain orang lain citarasa dan penerimaan…. Mungkin apa yang aku suka, orang lain tak suka, dan apa yang aku kurang suka itu yang menjadi pujaan mereka…. Itu adalah hak individu yang tak boleh kita rampas atau cabuli dengan sewenangnya….

Banyak yang indah berlaku dalam hidup aku bulan ini… nampak cam serasi je MAY ni ngan aku….

Menceriakan hidup
Allah berkati perkenalan
Yang berkekalan hingga ke hujung nyawa……

Dari awalnya lagi aku dah happy dan sekarang kehappyan itu masih betah menjadi milik ku. Allah izinkan aku bertemu dengan sahabat-sahabat maya [walau hakikatnya hanya Honey dan Lara yang belum pernah aku temui] hingga membuahkan kemesraan yang aku tahu bukan plastic di hati kami.. insyaAllah. Kemudian aku berkesempatan pulak kenal dengan penulis-penulis lain yang telah sememangnya mengukir nama di pesada yang cukup aku minati. Secara logiknya, ini memberikan motivasi yang tak perlu aku cari lagi. Memberi sedikit ruang untuk minda bergerak dan berlegar menterjemahkan ilham yang dikurniakan NYA. Walaupun aku tahu kesihatan ku agak teracah dengan apa yang sedia ada… tapi aku tak mahu memikirkannya sangat.

Baru sahaja sekejap tadi aku terima kiriman sekotak SANGOBION dari seseorang… Termenung sekejap aku jadianya. Terkedu dan kaget. Nampak gayanya aku tak boleh mengescapekan diri lagi… aku terpaksa juga telan apa yang dia dah berikan. Aku tahu dia bersungguh-sungguh kali ini. Kalau tidak masakan di celah kesibukkan tugasnya, masih sempat lagi dia mencuri waktu menziarahi farmasi semata-mata kerana sekotak SANGOBION. Aku jadi terharu tiba-tiba…. Tidak tahu ke mana harus ku hantar perasaan yang datang mengocak emosi dan rasa…. Aku jadi cengeng di tengah kesibukan tugasan yang menghambat dan memeningkan kepala. Waktu ini aku harap sangat kawan-kawan ada bersama… tapi mana mungkin ku paksa mereka memahami apa yang sedang aku alami… mana mungkin ku ajak mereka berkongsi apa yang bermain di hati…. Lalu langkah keselamatan.. biarlah lagu pilu dalam lirik sendu ini terus berlagu diiringi okerstra rasa yang mula mesra di pentas jiwa……

Yang best dan Yang taknyer….

Seawal jam 07.15 pagi aku dah jadi penghuni kat office aku.. memang tak ada orang, malah kakak tea lady tu pun tak nampak bayang…. Mungkin dia pun belum sampai lagi. Meja aku seperti biasa bila aku tak ada… berselerak macam kucing emergency nak beranak…. Bersepah… dan aku dah malas nak amik pot justeru itulah situasinya. Aku kemas apa yang patut. Surat dan document ku asingkan mengikut keperluan supaya senang tindakan seterusnya untuk ku buat. Pastu aku menziarah ke blog member-member… Ahhh rindu pulak rasanya tak baca celoteh mereka… mesti ada yang menarik dan menghiburkan…. Sedang best aku laypark dan membaca, talifon ku berlagu… tengok nama yang tertera di skrin sudah cukup buat aku tersenyum sorang-sorang…..

Aku : Assallammualaikum…. Hai….

Dia : Waalaikummussalam… Hai… DSana apa khabar.. dah sihat ke? Dah breakfast… Dah makan ubat…[aku terkedu mendengar soalan yang diterjah ke gegendang telinga aku]

Aku : Amboi banyaknya soalan… Yang mana satu nak jawab…

Dia : Tak ada pilihan… so jawab semuanya. [Suaranya kedengaran tegas walaupun bersulam tawa]

Aku : DSini okey je…. sihat macam biasa… breakfast belum lagi… sat lagi baru cadang nak buat oats campur raisin, ubat… erm ubat apa pulak….[aku berlagak selamba bodoh seolah-olah tak ada apa yang berlaku]

Dia : Kalau okey macam biasa, kenapa semalam MC? Sakit tu menyerang DSana semulakan. So kenapa tak nak makan ubat…. DSana dah sedekah kat tong sampah seperti selalu yer? [aku hanya mengeluh….. kenapalah mamat ni called dan rosakkan mood aku… dah tu ungkit segalanya]

Aku : DSana dah janji tak kan sebut pasal sedekah dan tong sampah kan. Kenapa mungkir janji… Belajar kat mana…. Erm Semalam DSana talifon kat office ekk.. dan depa habaq DSini MC [aku pula melancarkan serangan balas dengan soalan.]

Dia : Well, betul DSini called kat office DSana dan mereka beritahu DSana MC. Kenapa tak beritahu….[nada suaranya macam tak puashati dengan sikap ku]

Aku : Ala, bukannya teruk sangat… sikit aje… DSini cuma perlu rehat aje. After that semua kembali under control.

Dia : Iyer lah tu…. dah selalu sangat dengar alasan yang langsung tak relevant tu. [dia meregus, maybe marah dan bosan dengan sikap sambil lewa aku terhadap perkara yang satu ini]

Aku : Ni talifon just nak cari gaduh ke…. awat!!! selama ini dah busan ke idup dalam suasana aman…. Reja kat office tu dah tak dak sampai DSana perlu membuka gelanggang untuk berdebat. [tanpa sedar aku pulak terlampiaskan rasa kurang enak dengan desakannya.]

Dia diam…. dan aku juga mula mengunci bahasa… aku tahu keadaan kami sudah mula panas… Nampak sangat dia memang tak puashati sebab aku tak inform dia pasal aku MC semalam…

Aku : DSana, key.. DSini tak nak gaduh atau berdebat akan issue yang tak akan menguntungkan sesiapa. DSini minta sorry kalau DSana rasa tak puashati sebab DSini tak beritahu DSana pasal semalam. DSini tak nak susahkan DSana, lagi pun bukannya teruk sangat pun…lepas rehat, should be no problem lagi. Buktinya hari ni DSini dah boleh mai office. DSini janji, tak langgar apa sahaja yang doktor dah beritahu dan usulkan sebelum ini. Promise…. [dalam pada cuba berlembut, tak pasal-pasal aku dah memetrikan janji…ahhh. Aku tahu situasi ini tak akan buat dia mengalah lebih-lebih lagi lepas apa yang aku dah buat masa aku tersadai kat spital hari tu. Lagi bertripel ketidak percayaan dia pada aku.. uhuuuuuuu siksanya…]

Dia mengeluh… aku tak pasti apa maksud keluhan itu… apakah menerima ayat pujuk yang aku dah createkan itu.. [cewah… betul ke… heheheh lantaklah…] atau melepaskan rasa yang terpaksa di tahannya….

Dia : Okey.. DSini pegang janji yang DSana dah lafazkan. Ingat.. orang yang sengaja mungkir janji walau dalam apa keadaan sekali pun boleh dikira munafik. So DSini tak fikir DSana sengaja dan menyenaraikan diri untuk jadi sebahagian dari orang yang sebegitu… [Bulk…. GULP… aku menelan liur…. Aduh dia dah makin pandai sekarang ni… wah! Sapalah guru yang tak bertauliah dok ajar dia jadi lagu tu.]

Dia : ICU after office today. Don’t skip your breakfast and medicine. Assallammualaikum. [dia mengakhirkan perbualan dan memahat aku untuk merenung talifon yang sudah kaku tidak berpenghuni….. Aduh! kenapalah mesti wujud penderaan buat aku hari iniiiiiiiii Bagai terasa ada yang bakal menanti aku bila bertemu dengannya Ahhhhh mama…. Tolonggggggggggg]

Tuesday, May 15, 2007

Hati Ini Milik Siapa…..

“Dia cuba melupakan kecewa yang terhampar, tapi dia tetap terperangkap dalam Jerat Percintaan yang tidak di undang….”

Ezmira tidak menduga akan kembali lagi ke dakapan kota metropolitan yang pernah melapah hatinya pada sebuah percintaan yang tidak kesampaian. Tawaran yang diberikan oleh Syarikat Pena Rindu Publishing sebagai ketua editor memang di luar jangkaan. Sedih juga rasa hati bila terpaksa meninggalkan Permata Publishing yang sudah banyak memberi ruang untuknya menimba ilmu. Lebih sedih lagi kerana terpaksa berjauhan dari keluarga dan teman-teman di tanah tumpah kelahiran sendiri. Namun demi untuk mengukuhkan lagi kerjayanya, dia akur pada sebuah penghijrahan meski sedar cosmopolitan ini tidak akan bersubahat dengannya untuk membolehkan dia bersembunyi. Lambat laung kehadirannya pasti akan terhidu lebih-lebih lagi setiap lorong di kota ini bukanlah asing yang bisa menyesatkan buat penjejaknya.

Dalam berhati-hati, dia diziarahi oleh Danish. Sudah di duga, sudah di jangka. Anak mud aitu pasti akan menagih hutang penjelasan di atas kehilangannya selama ini. Dia di asak persoalan, namun Ezmira tetap selamba kodok. Hati yang pernah remuk tidak diperlihatkan malah tiap pertanyaan Danish dibiarkan berlalu bersama bayu yang berhembus sayu. Hubungan yang suam-suam itu masih betah bertahan malah acapkali juga dia memenuhi permintaan anak muda itu untuk keluar bersama.

Kehadiran Hezriq menyemarakkan kembali rasa marah dan sakit hati yang selama ini berkubur di liang pusara hatinya. Apatah lagi dengan permintaan giler pemuda itu yang ingin menjadikan dirinya sebagai isteri kedua. Biar pun mendapat restu dan keizinan dari Thalia Lorenza, tapi Ezmira tidak segiler lelaki itu untuk memenuhi kemaruk cinta atas kepentinga hati dan perasaan semata-mata. Justeru itulah Ezmira tidak pernah rasa teruja dengan segala usaha dan kesungguhan Hezriq untuk menawak puncak hatinya yang sudah tepu dan beku.

Takala Pena Rindu Publishing berhadapan dengan konflik gunting dalam lipatan, Ezmira bijak memainkan peranan. Pengalaman dalam bidang penyiasatan yang pernah di praktikkan satu ketika dahulu di gunakan kembali. Orang yang menjadi dalang mensabotaj kestabilan perjalanan syarikat berjaya di berkas malah secara tidak langsung turut sama berjaya membongkar satu sindiket penyeludupan yang selama ini bertopengkan sebuah syarikat penerbitan.

Bekerja dengan Jimmy Shanley, pemilik Pena Rindu membuatkan hati wanitanya bergetar. Cinta yang kadangkala menyapa seakan mengacah dua jiwa. Namun mampukah ianya di realisasi sedangkan di waktu yang sama dua lagi pemuda seolah tidak kenal erti putusasa dalam menagih kembali cinta miliknya.

Hezriq…. Kisah cinta denganmu sudah lama ku bungkus dalam karung berwarna hitam lantas aku lontarkan ke dalam lori Alam Flora yang mengangkut segala sampah sarap yang menyemakkan taman hati ku. Lelaki selfish seperti dirimu tidak layak untuk mendapatkan kembali apa yang pernah ku berikan dulu. Aku tidak ingin mengisi jauh sekali memenuhi qoata yang sering kau agungkan itu. Kau seharusnya di ajar bagaimana untuk menghargai cinta yang telah di sedekahkan pada dirimu……

Danish… aku bahagia di sampang mu. Tiada sebesar zarah pun cacat cinta kasih sayang kasih sayang dan perhatian yang kau persembahkan pada ku. Semuanya sempurna malah mampu membuai lenaku di dakapan bahagia. Namun aku masih belum mampu membuka pintu hati ini untuk mempersilakan kau masuk lantas bersama di singgahsana hati ku. Justeru diantara kau, masih ada dia yang tidak pernah tahu erti setia membuatkan aku jadi m uak hingga kau turut menjadi mangsa kemuakan aku ini.

Jimmy Shanley…. Hadirmu membawa getar dalam diriku. Kau kocak emosi cinta dalam naluri wanita ku. Terkadang aku bertanya, bilakah agaknya bunga-bunga cinta ini berkembang lantas mengharum bak setanggi di taman syurgawi??? Kau sentiasa ada di kala jiwaku meronta di hempas badai dugaan dari insan yang tidak sealiran bahasa. Dalam diam, aku membiarkan kasih sayang ini kian melebar antara kita. Engkau tiba bagaikan pelangi… Tak bercahaya namun kau berseri… tapi cukup menghiburkan hati ini….


Namun Hati Ini Milik Siapa… aku masih terbelenggu dalam teka teki cinta yang entah di mana penyelesaiannya……

Sebuah novel cinta suspend. Berbagai unsur diterapkan bersama untuk mengwujudkan satu kelainan dalam novel garapannya kali ini. Kita di hidangkan rasa suspend bila Ezmira menjalankan penyiasatan hingga membawa pada rasa seram walaupun ianya digarap dengan begitu bersahaja. Merasakan romantiknya bila berada bersama insan yang menyayangi dan menyintai. Rasa marah dan meluat bila berhadapan dengan lelaki yang sekadar memikirkan akan kepuasan diri dalam memburu cinta tanpa menimbangkan hati dan perasaan insan lain. Novel kali ini juga banyak bermain dengan monolog dalaman watak utamanya yang seakan masih terpenjara dalam jerat percintaan masa silamnya. Walau bagaimana pun novel ini tidak berat dan agak santai dengan penggunaan bahasa yang cukup mudah lagi sempoi giler. Mengacah senyuman di plot-plot yang tertentu. Ha! kalau korang nak tahu… apa lagi.. dapatkan di pasaran segera sementara stok masih ada dan duit masih berbaki. Mesti korang akan suka lebih-lebih lagi dengan loghat Penang yang diselitkan secara bersahaja. Sure buat korang enjoy…….


“Hati Ini Milik Siapa???? Apakah akan ku persembahkan lagi pada insan yang pernah melapahnya dengan dusta…. Atau pada dia yang tega menganyam buih-buih harapan di dada lautan kasih yang sejauh mata memandang… atau buat insan setulus pelangi petang yang sentiasa membuai emosiku dalam bahagia yang tak dapat ku gapai…. “ Carilah jawapannya dalam Hati Ini Milik Siapa….

Cinta….
Tegakan hatiku
Tak mahu sesuatu merebut engkau
Naluriku berkata tak ingin berulang lagi
Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya turut berlayar kini telah menyepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

Monday, May 14, 2007

Kau Yang Tak Mengerti

“Aku terpenjara dalam sangkar emas cinta kelikir mu yang penuh duka dan siksa. Merobek lantas melapah hati ku yang telah mula menguntumkan bunga-bunga kasih dan sayang di batas cinta yang tidak berbaja”

Pernikahan merupakan satu perkongsian zahir dan batin diantara dua hati. Sebuah pernikahan yang dilangsungkan berlandaskan keterpaksaan dan dendam tidak memustahialkan mampu membuta hati dan perasaan. Itulah yang di hadapi oleh Eleanur Aqilla bilamana tanpa rela dia di paksa menerima Afros Mazher oleh ibu saudara yang telah menjadi ibu angkatnya sejak kecil. Meski hatinya sudah di serahkan pada orang lain, tapi dia akhirnya akur bilamana insan yang dicintai seolah tidak mampu mempertahankan cinta yang telah mereka lafazkan bersama.

“Aku boleh batalkan perkahwinan ini tapi dengan satu syarat. Engkau mesti berkahwin dengan Annur pada tarikh yang sama dia sepatutnya dinikahkan dengan Afroz Mazher, tapi selepas itu korang berdua boleh keluar dari rumah aku dan haram untuk korang menjejakkan kaki ke mari lagi walau dalam apa jua keadaan.” Itulah syarat yang telah ditetapkan oleh Mazita yang akhirnya melontarkan Annur ke sangkar emas penuh derita.

Afroz Mahzer sengaja mendera isterinya zahir dan batin. Sengaja menafikan hak yang sepatutnya diberikan oleh seorang lelaki yang telah bergelar suami bagi seorang perempuan. Kemusnahan cinta yang pernah di rasainya dahulu menjadi dendam yang membawa pada sebuah penyiksaan buat sesiapa yang cuba meraih cintanya. Itulah yang di hadapi oleh Annur. Dia di bawa ke bumi yang asing baginya, jauh dari sanak saudara dan di hidangkan dengan penderitaan yang sukar diramal. Hamparan hidup yang telah di sediakan oleh Afroz Mazher penuh dengan kaca-kaca siksa yang pasti melukakan dirinya. Pengorbanan dan ketulusan untuk menerima lelaki itu tidak pernah di iktiraf malah dia bakal menerima habuan andai apa yang dilakukannya bercanggah dengan apa yang telah di tetapkan oleh Afroz sewaktu malam pertama mereka dulu. Walau pun terluka, tapi Annur tetap bersabar dan berusaha menawan untuk melembutkan kelikir cinta suaminya. Dia terpaksa menyaksikan perlakuan sumbang Salika yang sengaja menggoda suaminya malah kehormatannya hampir di cabuli oleh Nadeem sewaktu dia ghairah merangka agenda sempena menyambut Harilahir Afroz. Natijahnya dia di siksa atas segala perbuatan yang tidak dilakukan tanpa sedikitpun ruang untuknya membela diri. Annur masiah mampu bersabar untuk terus menelan segala kepahitan yang dihidangkan untuknya. Dia masih melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri buat lelaki sekejam Afroz Mazher yang langsung tidak menghiraukan kewujudannya. Layanan lelaki itu hanya lembut dan romantis bila Neelam sesekali bertandang ke rumah mereka. Ketika Afroz parah di belasah oleh kunco-kunco Nadeem dan Salika, Annur jugalah yang menjadi jururawat tidak bertauliah merawatnya. Namun segala kebaikan itu masih tidak berupaya meleburkan kelikir dendam cinta di hati lelaki itu. Kemuncak segala derita apabila permintaan Afroz pada Neelam dibalas dengan syarat yang benar-benar membakar kesabaran lelaki itu….

“Kau akan dapat kembali segala yang pernah menjadi milikmu setelah Annur memberikan waris pada keturunanmu…”

Akhirnya tanpa pertimbangan waras akal, Afroz telah memukul Annur dengan teruk dan mengalam truma yng amat kronik. Dia diselamatkan oleh keluarga Shariff lantas merawat jiwanya hingga pulih. Namun ketentuan Allah mengatasi segala perancangan yang terdaya dilakukan oleh manusia. Annur dipertemukan kembali dengan kekasih yang dianggapnya pengecut dan penyebab hidupnya menjadi segawat itu. Hazral muncul di saat Annur pasrah pada nasib dirinya. Annur menyerahkan nasibnya pada segala ketentuan yang talah ditakdirkan buatnya.


Apakah kesudahan nasib Annur... bagaimana kesudahan kisah sedihnya bersama lelaki yang tidak pernah menghargai akan kehadirannya.... dan apa pulak tindakan Hazral setelah bertemu kembali dengan Annur.... kalau nak tahu apa yang terjadi pada Afroz, Nadeem, Salika dan yang lain-lain, cepat-cepatlah dapatkan novel ini di kedai-kedai buku yang berhampiran. Percubaan pertama penulis ini menghasilkan sebuah novel bertemakan konflik rumahtangga harus diberi pujian. Dia berjaya menyeret emosi wanita untuk turut merasakan penderitaan yang di tanggung oleh Annur yang diperjodohkan dengan seseorang yang tidak dikenali jauh sekali di cintai. Kerana harta dirinya merana… kerana harta jiwanya tersiksa….. Novel ini juga memberi pengajaran yang boleh kita renungi bersama…..

1. Ibubapa haruslah bermusyuwarah dengan anak-anak sebelum menentukan jodoh untuk anak-anak mereka agar terhindar dari segala perkara yang tidak diingini.

2.Kenalilah sahabatmu zahir dan batin sebagaimana kau mengenali bayangnya dan curigailah sahabatmu biarpun sebesar hama sebelum menyerahkan kepercayaan agar tidak di khianati tanpa tidak kau sedari.

3.Usah menjadi pendendam cinta hanya kerana dirimu di sakiti, justeru jadikan lah kesakitan itu sebagai panduan untuk kau mencari penawar menyembuhkan luka atas apa yang pernah kau alami.

4. Seorang isteri adalah amanah yang allah anugerahkan buat lelaki bergelar suami. Layanlah dia dengan sebaiknya bukan di sakiti dengan sewenangnya.

Apa pun satu teguran yang rasanya boleh direnung oleh penulis ini. Flashback yagn dilakukannya dalam mengimbas kembali memori di zaman Universiti dulu agak panjang. Di awal penceritaan, penulis telah membawa pembaca pada perkahwinan Eleanur Aqilla dengan Afroz Mazher. Bila flashback itu agak panjang [dari bab 3 hingga ke bab 22] membuatkan pembaca boleh terlupa seketika akan plot di awal garapannya. Tapi aku suka cara dia menyambungkan kembali plot reality dengan flashback, cantik… membuatkan kita tidak hilang arah dalam pembacaan yang telah digariskannya. Syabas dan tahniah atas cubaan yang berani darinya. Mengenengahkan satu lagi rencah dalam kehidupan yang semamangnya berlaku dalam masyarakat kita.....

Aku suka cara dia berkomunikasi dengan rambulan. Meluahkan apa yang jua yang dirasa dan dialaminya. Nampak sweet je... Ehem... pernah buat ke.... ahaks.....


“ Rambulan, izinkan aku mencatatkan isi hatiku di dadamu.. biar airmata ini menjadi warna pada duka dan luka yang aku rasa, hadiah dari seorang yang apakah layak untuk ku panggil SUAMI…. “

Thursday, May 10, 2007

Ahakzzz Ini rupanye......

Erm aku masih nak jadi penglipurlara. Bercerita akan cerita yang masih belum sejuk walaupun hakikatnya dah mula suam-suam kuku Harimau siang. Mesti ada yang menyangka aku masiah dengan keperasanan tahap gaban powerangers degnan apayang telah aku alami. Apa pun aku nak pinjam kata-kata ini dari empunya penciptanya. Dengar sini seluruh penduduk Kampung Bukit Seguntang… “ You should be proud with all that. Persetankan dengan apa yang orang lain nak kata. DSini yakin DSana bukan jenis orang yang menagih atau mencari publisiti murahan, tapi kalau publisiti tu yang cari DSana, so biarkan sajalah. Go to held dengan orang yang sentiasa hidup dengan rasa cemburu dan tidak boleh melihat orang lain mendapat lebih dari apa yang dia dapat.“ Cewah… dia pulak yang over temper dan over exciting setelah dengar story aku lebih-lebih lepas lihat gambar yang aku forwardkan. Lantaklah Labu….. Malas Mak nak layan Nyah…. Alamak… apa yang aku dah merepek ni… Aisyeman! Dah lari dari tajuk daaaa. Ahaksss

Erm sebenarnya aku nak berstory pasal seorang insan ni. Kalau aku sebut, pasti seantero web ni kenal dia…. tujuan aku bukan apa… bukan nak menglamourkan dia yang tak perlukan semua tu, tapi untuk menjawab persoalan yang semenjak dua menjak ni datang menerjah pada diri ku…..

“ Pu3 dah jumpa dengan Pokcik Mersik…. Bagaimana orangnya. Pokcik Mersik tu tua ke muda???? “

“ Pokcik Mersik tu dah tua… Dah kerepot pun. Janggutnya panjang sampai ke lutut. Kalau dengan Cik Pu3, memang tak padan, tapi kalau dengan Nenek Kebayan Gunung Seguntang, bagaikan timun dengan sambal belacan. “

Woiii!!!! Ko merapu apa ha. Ingat ni skrip filem Nujum Pak Belalang versi Pu3Chempakabiru ke…. Ceh!hampehkelapa.com tul…..

Keylah. Buat makluman semua, adapun sebenarnya sebelum ini hamba telah pun bertemu dengan Pokcik Mersik sewaktu Alaf21 mengadakan Jamuan Hariraya di permis mereka dulu. Biasalah.. kali pertama bertentang mata… lidah kelu seribu bahasa, tapi yang tak sampai seribu tu ada lah di terucap. Umpamanya macam ni….. Ehem…. Testing… testing… 1…2….3…. ehem… 'Bila terpandang wajah mu, lidah ku menjadi kelu, engkau tertundung malu … aku jadi kaku. Mengapa hanya memandang….. walau duduk bertentang…. Jelingan di matamu.. Terus ke rendang…. ' ala! Pitching dah lari lah… erm ada macam Uji Rashid tak…. hehehehehehe. Lagi pun waktu itu siapalah hamba ni kalau nak dibandingkan dengan member-member Alaf21 FC yang hadir. Di tambah lagi dengan novelist-novelist yang rata-rata sudah cukup kenal mesra dengannya yang sememangnya Glamour tu. Memang tika itu kami lebih banyak bertukar pandang dalam jeling-jeling yang belum sampai juling walaupun hakikat yang tak disangkal, kami duduk bertentang. Mungkin juga mencari keserasian dalam kesesuaian sebelum berjeda madah. Sebagai orang baru pastinya kekekokkan dan rasa malu masih menebal bagaikan tersalut dengan limpahan simen yang menyalut kongkrit perasaan.

Namun, pertemuan kedua minggu lalu bagai mencairkan bongkah ais yang mengakibatkan karamnya kapal Titanic, cuma tak perlu nak ucap.. U jump… I stay… ehhehehehe. Pokcik berani called dan tanya bila lagi nak turun jumpa dia…. Tu yang buat hamba pun ikut sama teruja…. Cewah! Ayat skema la pulak…..


Pada sekelian yang masih tertanya-tanya akan Pokcik Mersik, sebenarnya beliau masih muda beliatua gitu. Masih gantang yang tak memerlukan cupak untuk menyukatnya kegantangannya. Bukan lah ala-ala Tok Aki yang bertongkat untuk ke sana ke mari biarpun hakikatnya setiap pagi pasti dia akan mencari kopi tongkat ali samada di rumahnya atau pun di warung Pak Ali untuk di gandingkan bersama sekut lutut yang menjadi koleksi peribadi yang amat di kasihi. Ada pun dia masih lagi gagah perkasa. Sentiasa bertenaga untuk beramah mesra dengan sesiapa sahaja. Tidak terhad kelajuannya untuk para novelist Alaf21 malah melangkau hingga tiada sempadan tapi tetap bergaris panduan. Dalam kesempatan pertemuan yang sesingkat skit-skit anak-anak dara zaman Mellinium, sempat jugalah kami bertukar-tukar bicara. Bertanya apa yang patut walaupun bilangannya ayat yang terucap itu masih tidak memerlukan calculator untuk mengira jumlahnya. Seronok rasa hati bila berbual dengannya. Nyata sekali trendmark orang Ipoh sudah beralih arah menjadi ‘Shah Alam mali talak combong punya’. Begitu lah boleh hamba ibaratkan akan Pokcik Mersik yang kita kenali. Kehappyannya tetap maintain. Di pondoknya, di web Alaf21 FC malah di segenap pelosok yang pernah menerima kunjungan terjah tanpa jemputan, dia tetap menghiburkan bersama celoteh dan gurauan yang telah di tuntut dari perguruan di Pergunungan Loyerburukan. Itulah Pokcik Mersik…

Moga selepas ini pada yang masih tertanya-tanya dan tercari-cari gerangan orangnya… tidak lagi teraba-raba dalam kesamaran maupun kegelapan kerana bekalan elektrik tidak akan terputus kalau kita sentiasa memastikan bayarannya diperjelaskan setiap bulan. Jadi sediakan lah lampu suluh sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengatasi masalah ini andainya berlaku juga. Dan andai terlihat insan ini tertinjau-tinjau di stesyen Komuter, usahlah malu untuk menegur dan memberikan pertolongan justeru dia memang suka merayap walaupun terkadang dia tidak tahu di manakah dia berada. Yang dia tahu… hanyalah….

Sentiasa Dekat Dihati….

Wednesday, May 09, 2007

H.A.C.K.S.

I’ll lend you my shoulder for you to cry on, my ears to listen to, my hands for you to hold, my feet to walk with you… but I can’t lend you my heart coz it already belong to someone….”

“Kiew, pohon Jacaranda ini bagaikan tempat aku mengadu segala kepedihan dan sakit hati yang aku alami. Engkau tahukan si Baein suka sangat kacan dan macam sengaja cari pasal dengan aku. “ Entah mengapa mudah benar Iddya mengadu akan apa yang dirasa. Dia bermain-main dengan bunga-bunga berwarna uggu yang menghampari bumi. Mencantum lantas membentuk gandingan dua nama. Mungkin sebagai ucapan terima kasih atas kesudian anak muda itu menemaninya. Mereka kemudian berpandangan lantas senyuman mengacah di bibir.

Cinta anak-anak alam persekolahan memang satu yang mengasyikkan apatah lagi bila melibatkan insan yang kita suka. Itulah yang terjadi di antara Iddya dan Syahrul Bahraein. Dari tak suka dan teman perkelahian, akhirnya perasaan sayang singgah di hati remaja keduanya. Mereka bersetuju untuk berlangak selamba untuk menyembunyikan hubungan itu dari dihidu oleh teman-teman biarpun terkadang Baein seakan memprotes. Tamat alam persekolahan memisahkan dua hati mengikut arah dan haluan yang berbeda. Dugaan cinta mula terasa yang akhirnya membuatkan Baein tega mengkhianati kesetiaan yang telah terlafaz. Mereka bersetuju untuk berpisah demi kebaikan bersama. Biar parah hati Iddya, tapi dia cuba pasrah. Menerima ketentuan dan takdir yang telah di tetapkan dalam perjalanan sebuah kehidupan. Perkenalan dengan Lutfi yagn di atur oleh Syamira dan Iqbal bagai memberi sinar pada kesuraman hatinya. Dia terasa di sayangi dan di kasihi. Di cintai kembali malah lebih di hargai. Hidupnya kembali meniti pelangi bahagia bersama pemuda yang memegang status duda itu. Apa pun bagi Iddya, semua itu bukan halangan. Kejujuran dan keikhlasan Lutfi memberikan keyakinan bahawa hatinya tak mungkin di sakiti jauh sekali di lukai.

Bertemu kembali dengan Kiew bagaikan bonus buat Iddya. Persahabatan mereka yang tiba-tiba terputus bagai tersambung kembali malah di samping anak muda itu, dia juga bertemu dengan beberapa orang teman persekolahannya dulu. Persahabatan mereka kembali terjalin.

Kiew yang telah memeluk agama Islam dengan nama Umar Aisy menjadi tempat Iddya bercerita bila di timpa resah gelisah. Percintaannya dengan Lutfi tidak seindah yagn diimpikan bila mana tiba-tiba ikatan itu terpaksa di putuskan tanpa rela. Hukum telah membataskan segala niat mereka untuk membina mahligai bahagia. Ini telah menimbulkan konflik maha hebat dalam hidup Iddya. Umarlah tempat dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan tangisan hatinya. Lebih parah bila Lutfi mendapat pengganti lebih awal dari ramalannya dan di restui oleh semua ahli keluarga.

Apa pun… Kita merancang… Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancangan adalah ketentuan yang telah ditetapkan olehNYA. Tanpa Iddya sedari cintanya mula mekar buat Umar, tapi dia bimbang untuk menyatakan. Bimbang andai hati di lapah kecewa lagi justeru ungkapan I can’t lend you my heart coz it already belong to someone…. yang sering didengari dari bicara Umar seakan mamahat cintanya di tapak hati. Hanya Aku Cinta Kau Seorang membuatkan hatinya dimaniskan dengan gula-gula HACKS berisa anggur berwarna uggu. Dia tidak mahu di tuduh perampas milik orang lain.

Resah tak sanggup menaggung di jiwa
Salah tak tahu kasih bermula
Bermula peristiwa dalam khayalan kasih tercipta
Penawar Rindu pada mu seorang…..

Senyuman kau beri sungguh bermakna
Tetapi sayang kau tak ketahu
Tak ketahui
Hinggaku merana merajuk hati
Membawa diri…..


Namun percutian ke rumah Puteri Hazirah di Australia mendekatkan dirinya untuk merasai rencah mainan teka teki sebuah perasaan yang membawa dirinya melangkah di hamparan bunga-bunga Jacaranda uggu meniti pelangi bahagia……..

Ini merupakan novel ke dua Kak Anis Ayuni yang berada dalam simpanan ku. Covernya yang tampak sweet dan tenang telah berjaya menyeret hati untuk memilikinya tambahan pulak terbayang wajah Kak Anis yang juga sweet dan lembut dengan senyuman menghiasi bibir. Di awal pembacaan, aku ibaratkan seperti pemanduan sebuah kereta. Kita perlu panaskan enjinnya terlebih dahulu sebelum memulakan gerak. Begitu cantik Kak Anis mengerakkan plotnya. Perlahan… sederhana…. dan laju hingga pada satu tahap kita bagaikan tak ingin melepaskan novel ini. Naluri untuk tahu apa yang menanti di plot sebelah sana melonjakkan semangat tapi bukan melangkau muka surat yang ada. Kita di acah kesedihan hingga mampu mengungkaikan airmata bila Iddya terpaksa berhadapan dengan kenyataan akan pernikahan Lutfi yang memilih seseorang yang amat dikenalinya. Di selitkan juga sifat negetif yang tidak seharusnya menjadi ikutan. Rasa dendam dan tidak memaafkan adalah sebahagian dari sifat Mazmudah yang harus kita hindari. Begitu juga dengan amalan yang menyesatkan iman hingga Allah memperlihatkan azab dan balasan dari apa yang di lakukan. Kematian Farah dalam keadaan aib boleh dijadikan iktibar untuk kita memuhasabahkan diri.

Penampilan istimewa Pian, Raihana, Zahari dan Elly di garap dengan begitu bersahaja tapi memberikan kita impak maksima yang mampu menyegarkan ingatan terhadap watak-watak ini dalam novelnya yang terdahulu. Sesungguhnya tidak rugi membuat perlaburan untuk buah tangan Kak Anis kali ini. Banyak pengajaran yang diselitkan dalam mainan bahasa yang mudah dan bersahaja. Kita boleh bersantai sambail menikmati juadah ilham yang telah Kak Anis sajikan. Membuai perasaan dalam mainan kasih sayang yang terzahir di hati namun sukar terungkap di ulas bicara…..

“Que Sera, Sera… Whatever will be, will be. The future’s not ours to see. Que Sera, Sera. What will be.. will be.“

Monday, May 07, 2007

Aku.. Kau dan Mereka.....

Semalam sebagaimana yang telah dijanjikan aku melangkah ke PWTC…. Pesta Buku Antarabangsa sudah sampai ke kemuncaknya. Hari terakhir sebelum melabuhkan tirainya. Walaupun di awalnya aku dirantai rasa takut, tapi dengan bersulamkan keyakinan keberanian hati terserlah akhirnya. Lagi pun aku dah janji nak jumpa member alias kembar siam tak jadi aku yang kebetulan seorang novelist. Sebaik sahaja aku sampai kat tempat dia melaypark kan sambil tunggu peminat, aku hulurkan novelnya yang sudah lama berada dalam simpanan aku. Sah! Dia masih tak syak apa-apa jauh sekali mengagak siapakah gerangan orang yang dok berdiri betul-betul kat sebelah diaaaaa. Bila terlihat sahaja aku dah tersenyum-senyum…. Baru dia teragak-agak…. Dan akhirnya…. Kami sama-sama tertawa. Dia memang comel…. Cute dan anggun alias anak mami gitu….

“Pokcik pesan, suruh called kalau ko dah sampai” Aik.. pesanan tanpa bayaran terus aje diberikannya pada aku.

“Ko dah jumpa dia ke?” Soalan kini berpindah tangan. Terbayang kesibukan pokcik yang glamour dikelilingi oleh para novelist yang juga turut glamour.

“Dah. Dia baru aje turun. Kalau ko cepat sikit tadi, mesti leh jumpa kat sini. Ha! Ni Lara soh aku bagi kat ko.” Aku jadi kaget. Alamak… tak malunya… Tak kan nak amik je sedangkan aku dalam tergesa-gesa tak ingat nak bawak souvenir lebih…. Tapi rezeki jangan di tolak. Orang dah bagi, so giliran aku lah untuk merasa. ‘TQVM kak Lara.. Love you so much… muahhhh muahhhh muahhhhh’ gumamku sendiri dalam hati. Terasa sedikt kesal dengan kealpaan ku hingga tertinggal apa yang sepatutnya berada di dalam beg galasku. Aku dan honey bertukar pandang. Dia dengan persepsinya sendiri dan aku… teringat pada itu Alyze... adik manis dari Tumasek… Kalaulah itu adik manis ada…. Sure lagi happening dan havoc… wa cakap sama lu…. Tiba-tiba muncul sorang yang cukup sweet pada pandangan mata aku merenung kami berdua.

“ Ha ni la Lara… Lara nilah Pu3” Honey menjadi orang tengah memperkenalkan kami.

Tangan di hulur, senyuman menguntum. Tak siapa yang dapat membaca apa yang ada di fikiran waktu itu. Lara nampak memang sweet dan anggun. Sama gak macam honey. Hanya aku yang masih maintain sebagai “Gozila Malaya”. Ha.. ha.. ha.. ha….

Kemudian kami bertiga bergerak ke tingkat bawah. Lokasinya sudah pasti permis Karangkraf@Alaf21 di mana seseorang yang cukup glamour sedang menanti. Aku, honey dan Lara terjenguk-jenguk di sebalik rak-rak buku yang dok ada di situ.

‘Mengintai… mengintai… ku mengintai….. Tak ada pun yang nampak Otai
Nak pergi ke sana aku malu…. Akhirnya ku hanya lalu…. ‘ [Ala-ala lagu menjeling-menjeling nyanyian Datuk Siti ngan S M Salim tu leh.. hehehehhe]


Dalam intai-intai tu [Honey dan Lara pun tersampuk gak ngan pekerjaan tak terancang tu] aku nampak ramainya novelist alaf yang glamour-glamour. Ada Aisya Sofea, Aleya Aneesa, Anis Ayuni, Damya Hana, Laila Kamilia, Ramlee Awang Mursyid… [hehehehehe yang ni otai hero pujaan hati best friend aku kat office…. Dan aku gak lepas baca novel dia Hati ku di Hajaruku] malah ramai lagi yang maaflah aku lupakan nick depa. Wah!... meriah… memang meriah…..

Laluan pass by yang ku buat diperasan oleh Rosya… Cepat sahaja dia mendapatkan aku.

“Hai Pu3… Erm ada orang nak jumpa awak.” Sapanya mesra. Aku pulak dok tersengeh-sengeh macam casher kat kedai mesra Petronas. Honey dan Lara sibuk pilih buku. Membelek sebelum merembat dalam konteks memborong sakan. Tak kan aku nak kacau dan Rosya masih menanti reaksi aku yang seterusnya. Dalam tersengeh-sengeh tu, aku ikuti langkah Rosya menghampiri ‘The Glamour Pokcik at Alaf21'. Memperkenalkan…. ‘Pokcikkkkkk Mersikkkkkk ….

“Kenapa lambat? Saya dah ada kat sini dari pagi tau.” Pokcik bersuara control macho. Malu-malu kunun nak gebang dengan aku. Eleh pokcik… relex la…..

“Saja saya datang lambat sikit… nak tengok pokcik ni beriya ke nak jumpa saya atau sekadar manis di bibir… “ Cewah! Aku dah mulakan perang nyakat tahap gaban kat pokcik yang dah tersipu-sipu malu… hehehehhehe nampak come’ tul ghupe dia waktu tu. Sayang aku tak ada kamera.. kalau tak sah.. sah.. jadi headline kat blog punyalah…..

“ Ada orang nak sangat jumpa awak. Dari tadi dia bertanya pasal Pu3” Pokcik menyampaikan perkhabaran yang langsung tak masuk dek akal aku yang berjengkal-jengkal ni.

“ Dah! Tak yah nak wat lawak petang hari. Tak ada sapa yang nak jumpa saya. Lagi pun tak ada orang yang kenal saya. “

“ Betul lah Pu3. Dari tadi dia tanya pasal awak “ Sampuk Rosya seakan membacking apa yang diperkatakan oleh pokcik…

“ Kak Anis tanya awak dari tadi… nak sangat kenal sapa lah gerangan Pu3Chempakabiru ni. “ Akhirnya pokcik mengungkaikan persoalan yang bermain-main kejar-kejar dalam kepala otak aku…. Ahhhhh tak mungkin.. mustahil novelist segah kak Anis yang udah semestinya terkenal bangat seantero Malaya ingin jumpa aku… OOooooooo mungkin tidak…. Hatiku masih bermonolog sendiri….

“ Kenapa… Tak percaya ke…. kalau tak percaya, jom saya temankan awak jumpa dia.” Pokcik menawarkan khidmat yang pasti tak perlu aku sangkal akan kehebatannya.

“ Eh! Jap la… saya nak cari Honey….. “ Aku berjeda memberi alasan. Sebenarnya aku dah rasa gementar yang teramat sesangat. Pantas aku melangkah ke arah Honey yang asyik memilih. Aku perhatikan novel terbaru garapan novelist yang kununnya nak jumpa aku tu…. Bayangan Rindu…. Covernya cantik… warna purple lagi…. terus aku capai dan belek lantas melangkah ke kaunter pembayaran. Terpandang orang kuat Alaf21. Sapa lagi kalau bukan En. Nordeen… tapi dia bukannya kenal aku… aku just senyum sorang-sorang.

Setelah itu bersama novel yang masih berada di tangan, aku intai-intai ke arah Kak Anis yang tika itu sedang melayan peminatnya. Dalam pada takut, entah cam ne kaki aku mengatur gerak menuju ke arah mejanya. Novel yang masih berbalut itu ku hulurkan tanpa kata. Dia merenungku. Agaknya heren kot… apa pun segalanya berkemungkinan.

“ Kak Anis, ni lah dia Pu3Chempakabiru. “ Terdengar suara orang memperkenalkan diriku… aduh… malunya aku… so nak cover line aku sengeh lagi… Huhhhuu itu aje lah yang aku tahu buat. Kak Anis tersenyum…. membalas sengehan aku.

“ Memang dah lama Kak Anis nak kenal orangnya. Kalau tak silap dalam salah satu novel Kak Anis, ada menyebut pasal Chempakabiru…." Terang novelist yang anggun berbaju biru dengan senyuman tak lekang dari bibir.... Eh! Iyer ke… macamana aku boleh tak perasan.. kalau betul ada dah tentu aku tak gunakan nick Chempakabiru.. baik aku guna Chempakakelabu..... hehehheee, tapi nak wat camne kan....

Apa pun memang best jumpa Kak Anis yang cute dan come’ tu… muka dia sweet dan ramah orangnya. Tak sombong walaupun aku ni bukanlah sesiapa pun di kalangan mereka. Tak seglamour orang kuat alaf21 FC yang sentiasa berada bersama mereka dalam apa jua keadaan. Last aku terpaksa merengek… [ala-ala nak bermanja kononnya…] minta Pokcik hulurkan dua buah novel garapan Ramlee Awang Mursyid untuk penulis itu mengabadikan tandatangannya. Bukan apa, selain dari aku memang minat dengan tulisannya, aku nak tunjuk kat best friend aku kat office. Nasib baik aku belum berani ajak mamat tu bergambar… kalau lah aku seberani itu.. sure hari ni havoc aku kat office menayangkan pada member yang dah sah.. sah.. akan makan hati berulam jantung pisang kelat…. Hahahhahahahha

Walau bagaimana pun… kenangan di PWTC semalam tetap akan jadi satu kenangan buat Aku… Kau dan Mereka… moga kita akan diberi kesempatan olehNya untuk bertemu lagi di lain masa……

Iroiro-to osewa-ni nari Doomo Arigato-gozaimasu.

Oaideki-te ureshii-desu.
Adios… Sayonara…..