Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, January 31, 2007

Mahalnya harga kenangan itu.....

Mahalnya harga Kenangan itu, bak butiran permata…..

Mungkin sudah tersurat dalam takdir kejadian itu akan berlaku. Entah mengapa dalam terkocoh-kocoh mendaki tangga ke library, tanpa sengaja dia telah melanggar seseorang. Pucat mukanya dengan apa yang terjadi. Kertas yang ada dalam perut fail termundah dan melambak di atas lantai. Pantas di tunduk lantas memungutnya tanpa sedikitpun menghiraukan insan yang telah di langgar. Lincah jemarinya menyempurnakan kerja itu secepat yang boleh. Dia sudah semakin resah. Kelewatan untuk bertemu rakan setugas yang pasti sudah lama menanti semakin menyiksakan jiwa.

“ Awak tak apa-apa ke ? telinganya menangkap satu suara yang entah dari mana datangnya. Kemudian terlihat ada huluran kertas dari seseorang.

“ Terima kasih. “ pantas kertas itu disambar dan dia mula bergegas pergi. Sempat dikerling jam comel yang ada di pergelangan tangan. Ya Allah, dah pukul 10.30 pagi, matilah aku kali ini, desis hati kecilnya tapi telinganya juga sempat menangkap ungkapan yang pasti khusus dihadiahkan buat dirinya.

“ Jalan macam ribut…. Dia ingat cantik sangat aksi dia yang konon sedang menggayakan teknik rebonding dalam iklan. Ada mata, tapi letak dekat lutut mangkali. Dah langgar orang, sedikit pun tak reti nak minta maaf. Apa punya perempuan lah, tak beradap langsung. “ aduh… panasnya bahang lava suara itu. Pasti ramai mata yang sudah tertumpa pada dirinya yang bagai terkena renjatan elektrik berhenti tiba-tiba. Ingin dia berpaling untuk melihat wajah empunya suara tapi

“ Dah la. Budak tu tak sengaja, lagi pun bukannya ada sesiapa yang cedera. Accident yang tak disengajakan. “ terdengar satu lagi suara dan kalau tidak silap suara itu juga yang menghulurkan kertas padanya tadi. Dia mengeluh. Haruskan dia berpaling atau teruskan langkah??? Akhirnya dia merapati kedua makhluk yang terang-terang terkejut melihat dia mengatur langkah mara ke arah mereka.

“ Saya minta maaf atas perlanggaran yang bukan saya sengajakan malah tidak juga teringin untuk menjadi model iklan menggayakan teknik REBONDING yang tentunya tidak diperlukan dipersekitaran perpustakaan ini. Harap saudara tidak mengalami sebarang kecederaan tahap kritikal atau mungkin kecederaan itu berpindah pada teman saudara yang nyata lebih mengalami kesakitan berbanding dengan saudara. Kalau ada, pergilah ke klinik untuk dapatkan rawatan dan hantarkan billnya ke alamat ini. “ ucap Firyal Rifdah sinis sambil menghulurkan kad namanya. Masih sempat melemparkan jelingan tajam pada pemuda yang selamba mengutuknya sebentar tadi sebelum beredar. Dia sudah lewat. Pasti muncung Alisya panjang berdepa kerana terpaksa menantinya.


“ Isy.. garangnya minah tu. Tak padan dengan kecik, ayat…. mak datuk… tajam berbisa. Aku rela tak ada awek dari dapat awek macam dia tu. “ komen Farid tanpa dipinta sedang Hadif Raizal Isyraf sekadar tersenyum. Dia juga sebenarnya terperanjat dengan tingkah selamba gadis itu.

“ Sedap nama dia. Unik. Lain dari yang lain dan rasanya aku tak pernah dengar pun nama seunik ini. “ ucap Hadif Raizal Isyraf sambil membelek kad yang masih ada ditangannya. Farid turut mengintai. Firyal Rifdah binti Haji Fardin Qayyumi. Consultant di sebuah syarikat perakaunan di ibu negara.

“ Nama sedap buat apa, bukan boleh makan pun. Dia tu garang mengalahkan dinosaur zaman batu yang tak makan dua tiga tahun. “ Farid tidak mahu mengalah. Matanya masih menyorot bayang yang sudah lama menghilang.

DIA teleh menentukannya
Kita bertemu bertentang mata
Inilah oh takdirnya
Bukan kita yang pinta

Inilah pertemuan pertama

To be continue again... ahakszzzz. ^ _ ^

Tuesday, January 30, 2007

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Assalamualaikum wbt............
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM & quot; diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.


Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan sauda! ra-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH Y! A-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Sekadar menyampai apa yang disampaikan kepada ku untuk kita kongsi bersama.....

Monday, January 29, 2007

Ku hitung kenangan semalam…..

“Hari ni saya tak boleh jumpa awak. Sorry…. Tax Cases saya masih menimbun untuk proofs reading than kena buat summary. “ ucap Firyal Rifdah. Matanya masih merenung dokumen-dokumen yang berselerak. Dah macam tempat kucing lepas beranak je lagaknya meja aku ni…. komennya sendiri. Sudah puas di kemas, tapi disebabkan ada tangan gatal yang tak reti bahasa, maka mejanya kembali berselerak. Akhirnya Firyal Rifdah sudah malas untuk menyusun biarpun matanya sakit menyaksikan panorama yang langsung tiada seni pada tanggapananya.

“ Banyak sangat ke ? Erm… dia mengeluh sebelum menyambung kata. Kerja, kerja juga, tapi awak jangan lupa kesihatan awak tu. “ terdengar suara Hadif Raizal Isyraf lembut. Mengingatkan sekali gus amaran yang diberi secara diplomasi

Aku dan dia diam. Seperti lazim bila soal kesihatan yang menjadi agenda, diam akan jadi sepejal Tembok Berlin yang sering aku praktikkan bagi memisahkan kata. Dia kembali mengeluh. Aku tahu dia bosan walau tidak pernah sekalipun dia menyuarakannya

“ Awak, saya tahu awak tak suka saya cakap pasal kesihatan awak, tapi saya risau. Dah hampir dua bulan saya tak tengok awak dan saya tak tahu bagaimana sebenarnya keadaan awak. Selalu kita berbual di talifon atau bersms saja, jadi saya tak tahu dan tak mustahil kalau “

“ Awak fikir saya kelentong awak bila saya kata yang saya Okey? “ Pantasnya Firyal Fifdah memintas sebelum Hadif Raizal Isyraf terus membebel. Rasanya raja pecut 100 meter pun bisa kalah dengan kecepatan mulutnya mengungkap kata. Anak muda itu terdiam, bagai terkunci tuturnya mendengar mulut becok itu memotong tanpa signal mengalahkan minah rempit.

Sejurus terdengar anak muda itu tertawa sedangkan gadis itu sudah meregus geram. Langsung tak romantik kedengaran tawa itu pada pendengarannya. Ketawa lah…. ketawa.. putus urat kentut baru tahu… ngomel Firyal Rifdah sendiri.

“ Bukanlah macam tu maksud saya, tapi memang dah lama kita tak jumpa. Saya sibuk prepared material untuk board meeting sedangkan awak sibuk dengan cases. By the way, bila awak ambil law course. Tak beritahu pada saya pun. “ Ahhhhhhh episode jajal sudah bermula. Step pertama usikan yang sengaja dilancarkan menyuntik kemarahan yang sememangnya sudah lama berbara, sekadar menanti waktu untuk membakar. Cari nahas si Raizal ni…. rengus hati gadis itu. Wajahnya sudah cemberut mendengar usikan itu

Excise me, do I mean much to you? hingga saya kena beritahu awak segala yang saya buat. “ Mak aiii kenapa dengan aku ni…. meledak tornado tanpa amaran. Mesti dia terkulat-kulat. Biarkan… baru padan muka dia. Nak bergurau pun buatlah research sikit, ni tak, main terkam je, dah lah mood aku memang tak baik.

“ Sorry Firyal, rasanya saya yang mean nothing to you, sebab tu apa yang saya kata bagaikan tidak berbekas atau mampu melekukkan hati batu awak tu. “ Perlahan saja intonasi suara anak muda itu kali ini. Amboi, sejak bila pandai guna serbuk perasa ni… mudahnya terasa … Aduhhh.. bonda! Tolonglah anakanda mu ini… tajam bak sembilu kasihnya kata-kata dia… biar betul mamat ni… tak kan aku memain pun dah serius… kang masuk ICU, sapa yang susah.. aku gak sebab kena tunggu… isy.. ni yang aku lemah ni… mamat romantika ni dah buat ayat poweranggers lemah gumalai dia…. isy… isy.. isy….

“ Sorry naik lori tak pun awak pi sewa Ferrary, boleh gak saya test kat litar F1. “ Firyal Fifdah cuba berlucu yang hakikatnya lansung tidak menjadi. Dia cuma diam, tidak menyampuk seperti lazimnya. Aduh, malunya aku…. Erm… lupa saya nak tanya, awak dah breakfast ke Raizal? Channel mesti segera di tukar, cari stesyen yang lebih ceria…. Kalau tak kantoi tahap dewa aku dibuatnya….

“ Belum. Tak ada tangan yang sudi nak menyuapkan. “ Bulk…. Gulp…. Terkedu aku…Terpaksa lak menelan liur mendengar kalimah yang langsung tak pernah terungkap sebelum ini. Aduh apa kena dengan mamat ni… demam ke dia…. attack dek cholera ke….

Do I miss anything?

“ Miss apa… Miskol atau Miss Universe? Dan kenapa tiba-tiba pulak awak tanya samada saya dah breakfast atau belum? “

“ Selalunya orang yang bercakap dengan perut lapar suka merapu, atau malam tadi awak menjamu selera dengan ikan kerapu kot.. Erm… satu lagi, saya tak tahu pulak awak sekarang dalam proses cuba nasib jadi pelawak. Nak masuk pertandingan ke? Well, did I told you something? “ tegang suara Firyal Rifdah menyambut pertanyaan anak muda itu. Eleh.. orang innocent cam ko, mana ada telent nak menyindir… ahakssss gelaknya di dalam hati.

“ Yang saya ingat, sejak dua bulan ni awak tak pernah cakap apa-apa dengan saya selain dari sibuk giler… “ Hai! Tak surut lagi kemarahan… tak rock langsunglah. Kenapa mamat ni tetiba jadi cam kangkung kurang air, suarapun dah macam si Hazami je aku dengar… Tak kan aku mungkir bahagia…. Biar betul…. Hati Firyal Rifdah bermonolog sendiri.

“ Firyal, apa yang awak nak beritahu saya tadi “ Hadif Raizal Isyraf bersuara. Minah ni memang suka mendera… tak kira tempat dan waktu, ayat sure tergantung kalau tak disoal kembali

“ Betul awak nak tahu…. Well…. Raizal, sebenarnya awak langsung tak ada telent nak jadi pelawak…. Lawak yang awak buat tadi tu tak menjadi, tapi kalau awak nak minta saya tolong gak gelak… erm… okey lah, saya boleh gelak. “ tawa Firyal Rifdah sudah meledak menggegerkan telinga anak muda di hujung sana. Terpaksa dijauhkan talifon dari telinga agar tidak terjangkit sel cancer di pendengaran dengan ledakan tawa yang langusng tiada sopan kewanitaan.

“ Jaga sikit adap awak Firyal. Don’t because of your title as The Brutal Princess, awak lupa adap dan tatasusila gadis timur. “ tawa yang galak terhenti dengan emergency break yang nasib baik sudah diservis berkali-kali. Terkedu…. teguran yang dihadiahkan tanpa perlu menyertai sebarang pertandingan benar-benar menyentap urat tawanya.

“ Tak nak lah cakap dengan awak “ Firyal Rifdah mencuba tektik baru. Sesekali nak gak lihat skill mamat ni memujuk. Dah terlanjur hatinya terasa, so biarlah dia berjeda sedikit.

“ Okey, saya pun nak keluar mencari kot ada tangan yang sudi menyuap breakfast untuk saya. Take care dan Saranghae “ ucap Hadif Raizal Isyraf perlahan. Senyuman mengacah di bibirnya. Dia tahu hati gadis itu pasti terusik.

“ Awak tak nak pujuk saya dulu ke “ akhirnya dia terpaksa juga mengalah untuk bertanya.

Tawa Hadif Raizal Isyraf terhambur. Sudah terbayang wajah cemberut Firyal Rifdah di matanya.


“ Kan saya dah pujuk dengan perkataan ‘Korea’ tu. “ ucapnya perlahan.

“ ‘Saranghae’ apa tu “ tanya gadis itu kaget.

“ Kalau nak tahu maknanya, buka kamus bahasa Korea atau pun tengok aje telenovela Korea yang bersepah sekarang ni. Jangan malas Firyal. “ saran Hadif Raizal Isyraf sengaja menaikan darjah kepanasan lava dihati gadis di hujung talian.

“ Cis… hampeh.com. Tak teringin. “ rengus Firyal Rifdah. Kalau tidak memikirkan kerjanya berlambak, sudah pasti akan dipanjangkan perbualan dengan anak muda itu dan pasti akan ditembak secukupnya. Sesedap perisa aje mengenakan dirinya, tapi bila masa pulak anak muda itu meminati drama Korea…. Biar betul si Raizal ni….. tak kan dah berubah dari Hadif Raizal Isyraf yang aku kenal dulu… dia tersenyum sorang macam ada wayer yang putus…. Pertemuan pertama dengan anak muda itu menari-nari di layar ingatan.. Ahakszzzz

Pintu hatiku cuba kau buka
Walau sudah ku pasang mangga
Kejujuran jadi kunci dirimu ganggu mimpi

Bawa ku ke alam illusi

To be continue.... ahaksz..... ^_ ^

Friday, January 26, 2007

Laypark Santai.....

" Apa sajalah dengan si pu3 tu... Tak habisnya dengan n3 sintaa... cubalah tulis pasal novel baru ka, novel paling laris ka atau pun penulis paling kaaaaaa "

" Woi Pak aji Bakhil, boleh tolong tak... tolong senyap skit... tak suspect betul Dah la inter frame kat istana kaca ni free aje.. dah tu sesuka hati mengomel. "

" Apa gunanyer mike semua ada mikrowave kalau cinta tu pun mike tak boleh nak masak untuk beta. Chittttt.... Buat malu PuraChendana saja. "

" Ampun tuanku. Adapun cinta itu bukanlah sejenis makanan yang boleh mengenyangkan perut, sebaliknya cinta itu akan dapat dirasa melalui perasaan. "

"OOoooo, beta ingatkan Cinta itu sejenis nama makanan macam Chiken Chop, Beef Steek, Fish n Chips atau pun satay Haji Samuri. Bukan yer..."

" Macamanalah tuanku boleh jadi sultan. Dah tu main sedap-sedap aje bertitah pasal cinta kat istana kaca hamba ni. Sungguh kureng asam dalam asam pedas ayam betul. "

" Hoi... hoi.... ya hoi.... kita semua gumbira.. Ho... ho... ya pulang dengan cinta... cinta di mata.... cinta di hati.... "

" Hey penyamun semua. Korang ni kalau pasal merompak, memang tak ada tandingannya, cuma satu aje yang aku rasa korang tak okey dan aku frustrated sesangat .... "

" Kita orang semua memang okey, tapi apa yang engkau fikir tak okey dan buat ko frustrated sesangat tu pu3? "

"Sapa suruh korang rompak cinta dan bawa balik ke istana kaca aku ni ha????? Tak boleh di harap. Unta padang pasir pun tak bebai macam korang. "

" Tak boleh pu3.... tak boleh... "

" Apa nya yang tak boleh???? "

" Cuba ko fikir. Katalah ko tengah asyik mencari cinta. Ko vrooooommmm ke hulu... Ko vrengggggg ke hilir, dah macam minah rempit. Alih.. alih... kelepuk, berbedub.. macam nangka jatuh... kelepek..... Ko keciwa, sebab cinta itu bukan ko yang punya, tapi ahmad albab yang punya... Ahmad Albab... "

" Ya tak iya juga kan. Kalau kita biarkan cinta itu datang sendiri, kita relex aje. Kita boleh ke hulu.. kita boleh ke hilir, tak payah jadi minah rempit dan fikir siapa itu Ahmad Albab. Kita rehat saja dan tak akan keciwa. "

" Milik siapakah cinta itu????? Orang muda, bujang terlajak, duda atau pun suami orang? "

" Tak tahu lagi, sebab belum confirm.... "

" APA.... kwang.... kwang.... kwang... belum confirm?????? Pantang keturunan aku. Hey PU3, sekarang baik ko pilih, belum confirm atau ko cepat-cepat pegi dapatkan itu confirmation. Aku beri tempoh sampai petang ini. Kalau kau dapat jawapan, kau tersingkir dari terus menjadi orang yang dah kureng betul... "

" Hey... siapakah yang bersuara itu?????Jangan kau nak menyamarkan diri sebagai director. Walaupun rupamu tidak ku kenali, tetapi ketawamu tetap menggegerkan taik telinga sekelian ulat didalam batu......

" CUTTTTTTTTT... apa yang ko merepek ni pu3..... "

" Gulp... gulp..... gulp.... ribut taufan cinta sedang melanda.... Gulp... Gulp... Gulp... "

'Buah cempedak di luar pagar
Pagar terbina di jalan melintang
Resah gelisah datang menggegar
Cinta bertaut bahagia mendatang.....

Thursday, January 25, 2007

Wah! Teraju betul......

Semalam aku telah berjaya memberanikan diri untuk temankan member aku naik EYE ON MALAYSIA yang kini menjadi salah satu dari mercu tanda kebanggan negara. Sempena Tahun Melawat Malaysia, rasanya benda ini berjaya menjadi salah satu dari daya tarikan untuk mempromosikan Tasik Titiwangsa yang dulunya lebih terkenal sebagai tempat untuk berjogging. At lease pada hujung minggu malah pada hari bekerja pun ada aje umat yang akan datang ke sini. Kira okey lah.. dapat menjana sedikit kemajuan ekonomi dan membawa pengaliran wang masuk ke mari.

Pada awalnya aku gabra gak sebab sebelum tu ada sorang member aku dengan selamba kodok je tanya aku “ Mir, ko tak takut ke… tetiba je salah kotak yang ada kat buaian tu terpelanting, terus masuk dalam tasik… tak le kuar lagi… esok keluar nama ko dalam surat khabar Tamil Nessan… salah seorang mangsa yang masih belum ditemui di dalam tasik….” Terus dia gelak gaban… cinabeng punya member.. tak ada semangat kenegaraan betul, bukan nak surport product Malaysia… lagi takut kan aku yang dah memang takut ni…. Tapi ahhhhh peduli apa aku… dari survey yang aku buat, dengarnya view yang dapat di lihat cukup mempersonakan. Dengan berlatarbelakangkan Bangunan berkembar KLCC dan Menara KL, dah cukup membuatkan ianya indah, lebih-lebih lagi bila malam. So… disebabkan survey inilah yang telah mejadikan semangat aku jitu tambah-tambah lagi aku tak rela menyediakan ruang seluasnya untuk member aku yang sibuk dok ajak ni mengutuk aku…. NO…. no wonder steven wonder, aku tak akan benarkan The Brutal Princess dikutuk hanya kerana EYE ON MALAYSIA. Uhuk… wat malu company aje….

So bila tiba waktunya setelah mendapatkan tiket dari booth yang tersedia, aku melangkah jua. Debaran di dada hanya aku dan jantung aku aje yang tahu. Senyuman palsu terhias di bibir.. konon ….. kaki melangkah ke ruang yang disediakan. Duduk dan tap… pintu tertutup dan EYE ON MALAYSIA mula membuat putaran lemah gemalai bagai lenggang Mak Limah sebelah rumah aku. Lagi dan lagi terus hingga pada satu tahap ianya berhenti…. Ahhh sudah…. Janganlah rosak… doaku di dalam hati. Rupanya tanpa aku perasan, member aku sedang galak senyum control tawa tahap dewa yang pasti menanti waktu untuk termuntah…. Aku jeling tajam seakan amarah.. “Gelak lah kalau ko berani… aku humban ko dari sini….” ugutku garang, tapi 1 second… 2 second… and 3….. hahhahahhahahhahahahha bergema tawanya dalam buaian tu. “ I tak bawak cermin untuk bagi kat U , kalau ada mesti U pun akan gelak tengok wajah U “ tawanya masih bersisa…. Tapi sempat menyambung… “ but anyhow U look sweet actually” cinabeng… sempat lagi nak sakat aku… memang nak kena humban budak ni tapi hasrat ku tak tercapai bila EYE ON MALAYSIA meneruskan putaranya dan kami yang berada di dalamnya terus di sajikan dengan hidangan panorama yang tak mampu ku ucapkan dengan kata-kata… Terlalu cantik, romantic dan mempersona…. Ahaksssssss The Brutal Princess pun tahu menilai erti ROMANTIK ke….. cam tak caya je… apa pun buat semua, aku rasa kalau korang punya kelapangan, baik korang pi try…. Tak rugi dan aku yakin korang juga akan teruja dengan apa yang korang lihat… Tapi pada yang tua-tua tu.. aku suka lah nasihatkan, dapatkan nasihat dari doktor supaya kejadian tak diingini tak akan berlaku. Nanti tak pasal aje ada yang kena attact dengan kencing manis akibat terkezut…. Hhahhahahahah. So kesimpulan dari segalanya…. sesungguhnya Malaysia punya daya tarikan yang cukup untuk membuatkan kita sebagai rakyat harus punya rasa bangga untuk mempromosikan ke seluruh dunia biar dunia tahu dan lihat betapa bertuahnya kita di sini….. Ahaksssss promosi yang langsung aku tak kenakan bayaran….

Tuesday, January 23, 2007

Lagi tentang Cinta....




Kalau kau anggap ia cinta…
Ibaratkan ia lautan…
Yang penuh dengan ombak dan gelora…
Hanya yang berusaha akan terus berada di samudera…

Kalau kau anggap ia cinta…
Ibaratkan ia pelangi..
Hadirnya kau tak menduga…
Namun warna-warninya buat kau terpesona…
Kalau kau anggap ia cinta…
Ibaratkanlah ia sebagai sebilah pedang,
Ia mungkin membela,
Ia juga mungkin akan membinasa.
Kalau kau anggap ia cinta…
Ibaratkan ia gelombang..
Kau tak melihat…
Namun merasa getarannya….
Kalau kau anggap ia cinta…
Ibaratkan ia sebuah gunung..
Hanya yg cekal dan tabah…
Akan menawan puncaknya…
Kalau kau anggap ia cinta…
Ibaratkan ia sekuntum bunga..
Hanya yg pandai menjaga dan membaja..
Akan memperolehi harumannya….
Istiqamahlah kau dalam memilikinya
Cinta yang satu yang pasti tak akan meninggalkan dirimu
Sentiasa ada setiap waktu dan ketika
Tak kira walau kau suka mahupun berduka
Itulah yang Esa, yang menciptakan dirimu
DIA lah yang memiliki seluruh hidup dan matimu....

Tentang Cinta.....


Ada Apa Dengan Cinta ?

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berbicara lagi.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah yang lalu tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

Rasa percintaan lebih pahit dari empedu .Teman percintaan ialah sayup dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu

- Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta. Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Cinta kepada harta artinya bakhil, cinta kepada perempuan artinya alam. Cinta kepada diri artinya bijaksana, cinta kepada mati artinya hidup dan cinta kepada Tuhan artinya.

Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami.

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyhatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Cinta sesuatu yg mengasyikkan,ia boleh membuat kita hilang kewarasan pikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai menghayatinya. Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika salah tempat. Apa pun cinta itu buta.

Kumpulkanlah buih-buih di laut demi membuktikan cinta yang suci tanpa menodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah bila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Tangisan juga bukanlah pengubat cinta kerana ia tidak mengerti perjalananan hati naluri.

Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir. Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta juga seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri. Cinta pertama adalah kenangan. Cinta kedua menjadi pengajaran. Dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa garam.

Lantaran itu jagalah cinta yang dianugerahkan itu sebaik-baiknya. Agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia telah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa kekecewaan itu.

Hanya diperlukan waktu semenit untuk menafsir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang, tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat Cinta kurnian ilahi, mengapa mesti dibenci? Yang harus dibenci dan dihindari ialah sifat si pencinta, bukan cinta. Hidup tanpa cinta seperti makanan tanpa garam.

Oleh itu, kejarlah cinta seperti kau mengejar masa, dan apabila kau sudah mendapat cinta itu, jagalah seperti kau menjaga dirimu, sesungguhnya cinta itu kurnian Tuhan Yang Maha Esa. “Aku mencintaimu”, Susahkah kata itu untuk diucapkan? Sesuatu percintaan yang terjalin di antara dua insan itu tiada ada kemesraan atau kemanisannya sekiranya sentiasa membayangi akan kemusnahan, kekecewaan dan kehancuran.

Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya saja, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. dan bencilah orang yang kau benci itu sekadarnya saja, barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.

Menerima cinta dari seseorang secara terburu-buru tanpa melihat latar belakangnya akan merugikan kerana cendawan yang tumbuh melata jika terus dimakan dikawatirkan beracun.
Tak usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya, kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terpikir kebesaranNya itu???

Cinta itu tidak menjanjikan sebuah rumahtangga aman damai, tetapi penerimaan dan tanggungjawab adalah asas utama kebahagiaan rumahtangga. Cinta hanya sebuah keindahan perasaan. Cinta akan bertukar menjadi tanggungjawab apabila terbinanya sebuah rumahtangga.
Janganlah mengigil kedinginan kerana hilangnya cinta .Tetapi mengigillah dengan kedinginan kerana tiada lagi ada rasa cinta. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu.

Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah kerana cinta tumbuh di hatimu. Saling mengasihi dan menyayangi adalah suatu akhlak yang mulia.

Oleh itu semai dan jagalah rasa kasih sayang dan cinta terhadap sesama insan, lebih-lebih lagi kepada Allah SWT kerana Allah terlalu kasihkan hambaNya lebih daripada seorang ibu mengasihi anaknya. Cinta ia tetap hadir,ia datang bukan dengan nafsu atau keinginan tetapi kepasrahan tentang yang mutlak, itulah cinta terulang.

Cinta bukanlah dari kata-kata tetapi dari segumpal keinginan diberi pada hati yang memerlukan. Janganlah gembira pada kelahiran cinta pertama. Juga janganlah menangis di awal kegagalan kerana kekeliruan seimbang pertemuan dan perpisahan.

Kebahagiaan tidak semestinya kekal abadi. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan pada hari ini diibaratkan seperti minyak dengan api, apabila tersentuh maka terbakarlah ia. Untuk menyelami cinta dan cita-cita, anggap dulu cinta itu derita dan cita -cita itu cahaya.

Sebelum mengerti arti cinta, terlebih dahulu mengerti apa arti cita-cita dan sebelum mengenal cinta, kenalilah cita-cita. Cinta yang terselif kebongan ibarat kehidupan yang bercampur gaul dengan penghinaan. Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah , romantika dan masih tetap menghargainya.

Cinta lebih mudah mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka seterusnya cinta juga akan turut terbang. Bukan dikatakan cinta apabila yang menjadi keinginan semata-mata untuk memiliki sepenuhnya. Tetapi cinta itu ialah persamaan di dalam kecenderungan dan kegemaran serta perasaan bahawa diri orang yang anda cintai itu tidak kurang pentingnya dari anda. Manusia merasa kesepian dari cinta kerana mereka kerap hanya membangun dinding, bukannya jambatan kasih sayang.

Cinta yang dikaitkan dengan kepentingan peribadi akan berubah menjadi putus asa. Dalam percintaan kamu janganlah kamu sesali perpisahan tetapi sesalilah pertemuan kerana tanpa pertemuan tidak ada perpisahan.

Nikahilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada menikahi orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain. Hiduplah dengan cinta! Tetapi bukan bererti cinta buta.

Kita dapat mencintai hidup dengan lebih baik, ya itu cintailah sekelilingmu, baik yang ada diluar dirimu atau didalam dirimu.

Monday, January 22, 2007

Bukan ukuran.....


Terlalu Istimewa

Lagu : Azlan Abu Hassan
Lirik : Adibah Noor
Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNYA
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa
Seronok menyaksikan pertandingan Juara Lagu malam tadi. Terbuai emosi dan terusik illusi dengan alunan lagu-lagu yang didendangkan. Apa pun dalam mengikut rentak ritma lagu yang teralun, sempat juga minda bermain teka teki. Kononnya lagu ni boleh menang. Penyanyi yang ini boleh merangkul vokul terbaik, persembahan sebegini ada harapan untuk menyapu hadian dalam kategori persembahan terbaik. Tengah best-best tengok, tetiba aku jadi terkezut baboon. Terkedu kejap lihat apa yang dok terhidang kat kaca tv aku. Betul ke mata aku tak kelentong, tapi bila telinga di sapa dengan suaranya, memang sah.... betul, tak ada yang betul melainkan betul belaka. si Mawi yang konon world dan punya aura terkinja-kinja dengan imej yang aduh saliha, tah apa-apa tah. Konon nak ikut stail M. Nasir dengan imej ala rock berambut serabai yang langsung tak kena dengan dirinya. Ternyata anak felda ni masih belum bertemu imej yang benar-benar sesuai untuk dirinya. Sorry to all Mawi Fan kalau apa yang aku tulis tu buat korang rasa PANAS, tapi itu adalah hakikat nyata yang tak boleh nak dihipokrikkan. Apa pun aku tabik spring pat plo ribu juta kali kat Adibah Noor. Suaranya memang super power dan malam itu dia telah membuktikan bahawa rupa paraas dan saiz body bukanlah asset utama untuk bergelar JUARA. Aku suka meminjam kata-kata ini " siapalah yang nak sponser album saya yang macam Gozila Malaysia ni. " itulah ungkapan yang pernah diucapkan oleh Adibah Noor sendiri sewaktu krew Melody pernah mengutarakan soalan tentang siapa yang berada dibekalang tabir membiayai kos pembikinan album solo beliau. Tahniah to Adibah. Ternyata malam semalam adalah miliknya dengan menewaskan semua pencipta dan penulis lirik yang bertanding. Kau telah buktikan keunggulan vokal super poweranggers mu dengan mengenepikan Hazami selaku guru vokal. Moga selepas kejayaan mu ini akan membuka mata dan pandangan masyarakat yang tidak buta agar tahu untuk membuat penilaian. Hebat seseorang tidak terletak pada paras rupa dan tubuh mengiurkan sebaliknya di ukur pada bakal yang dimiliki. Sekali lagi Tahniah buat mu... yang Terlalu Istimewa dengan segala anugerah yang diberikan. Ternyata Allah cukup adil pada semua ciptaanNya. Dari itu usah merasa rendah diri andai tidak dianugerahkan dengan kecantikan dan kelangsingan menyalut tubuh, sebaliknya kejayaan itu bakal hadir andai kerajinan dan usaha disulam bersama disamping doa serta tawakal pada yang Esa.


Friday, January 19, 2007

Salam Maal Hijrah....



Assallammualaikum.

Kalau kita gah dengan sambutan Tahun Baru Masihi, apakah Tahun Baru Hijrah sekadar satu cuti yang sentiasa kita nanti tanpa memikirkan apakah penghijrahan yang harus kita lakukan dalam sebuah kehidupan.... Bukan dentuman cantik bungapi menghias cakerawala yang kita harap.. bukan hiburan alaf barat yang kita impikan, sebaliknya tarbiah hati dan muhasabah diri yang harus perbaharui. Bersyukur justeru allah masih mengizinkan jasad ini berada di sini, melihat segala keindahan dan meningkatkan amalan. Moga dengan secebis catatan ini mampu memberikan kita satu hala tuju yang baru untuk kita meneruskan sebuah pengembaraan. InsyaAllah.

Sesungguhnya hitungan nafas telah ditetapkan, hitungan detik telah diperhitungkan.
Sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi modal tapi tidak digunakannya,
Sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi nafas tapi disia siakannya,
sebodoh bodohnya manusia adalah yang diberi waktu tapi disia siakannya,


Demi Allah, sesungguhnya semakin dekat ujung kehidupan kita,
Hisab semakin nyata, dan sesungguhnya Hisab Allah amatlah berat,
Saudaraku, Janganlah sia siakan nafas kita, jangan sia siakan waktu kita,

Sesungguhnya Hanya Allahlah tujuan kita...

Perjalanan hidup manusia, menempuh alam dunia
menghabiskan waktu, yang tiada lama

Usia bertambah makin senja, tiada terasa tak tersadar
Semakin dekatlah kematian, akan menjelang tiba


Sadarilah, usia amanah dari Ilahi
Sadarilah, ia pasti kan dimintai
Pertanggung jawabannya pada Ilahi
Sadarilah, jalani hidup ini penuh makna

Sadarilah, pastikan ia berarti diakhirat yang abadi.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


Berikut adalah Doa Akhir Tahun

Bismillaahirrahmaanirraahiim, wa shollalloohu'alaa sayyididinaa muhammaadin wa'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama, Alloohumma maa'amiltu fii hadzihis sanati mimmaa nahaitanii'anhu falam atub minhu wa lam tardhohu wa lam tansahu wa hamiltu 'alayya ba'da qudrotika 'uquubati wa da'autanii ilattaubati minhu ba'da jiroo-atii 'alaa ma'shiyatika fa-innii astaghfiruka faghfirlii bifadhlika wa maa'amiltuhu fiiha mimma tardhoohu wa wa'adtanii 'alaihits tsawaba wa as-aluka. Alloohumma yaa kariimu yaadzal jalaali wal ikroomi antaqobbalahu minnii walaa taqtho' rojaa-i minka yaa kiriimu wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. Wahai Tuhanku, apa yang hamba perbuat sepanjang tahun ini berupa perbuatan perbuatan yang Paduka larang hamba melakukannya, sedangka hamba belum bertaubat dari padanya dan Paduka tidak meridhainya dan tidak melupakannya, dan Padukapun telah menyayangi hamba setelah Padukapun kuasa untuk menyiksa hamba, kemudian Paduka menyeru hamba untuk bertaubat setelah hamba bermaksiat kepada Paduka. Karena itu, hamba mohon ampunan dari Paduka, maka ampunilah hamba dengan Anugerah-Mu. Dan apa yang telah hamba kerjakan ditahun ini adalah berupa perbuatan yang Paduka ridhai dan Paduka janjikan pahala atasnya, Hamba mohon pada-Mu wahai Tuhanku, Dzat Yang Maha Mulia, yang memiliki Kebesaran dan Kemuliaan, agar Paduka terima amalan hamba dan jangan hendaknya Paduka putuskan harapan hamba dari-Mu, wahai Dzat Yang Maha Mulia. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."


Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata

"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".


Berikut adalah Doa Awal Tahun

Bismillaahirohmaanirrohiim. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama. Allohumma antal abadiyyul qodiimul awwalu wa 'alaa fadhlikal 'adliimi wujuudikal mu'awwali wahaadza'aamunjadiidun qod aqbala nas-alukal 'ishmata fiihi minasysyaithooni wa auli yaa-ihi wa junuudihi wal 'auni 'alaa haadzihil ammaaroti bissuu-i wal istighooli bimaa yuqorribunii ilaika zulfa yaa dzal jallali wal ikroom. wa shollalloohu 'alaa sayyidinaa muhammadin wa 'alaa aalihi wa shohbihii wa sallama.

"Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau. Wahai Tuhanku, Paduka adalah Dzat Yang Maha Kekal, dahulu dan Awal. Hanya denga anugrah dan kemurahan-Mu yang agung, telah datang tahun baru. Di tahun ini kami memohon pemeliharaan-Mu dari Syetan, kekasihnya dan balatentaranya, dan kami memohon pertolongan-Mu atas hawa nafsu yang mengajak kepada kejelekan, dan kami memohon kesibukan dengan perbuatan yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. Semoga rahmat dan salam Allah tetap tercurahkan kepada junjungan kami Nabi Muhammad teriring keluarga serta sahabat beliau."


Amiin ya robbal 'alamiin...
Wallohua'laam bishshowab...


Salam Maal Hijrah buat semua saudara-saudara seislam ku yang amat ku sayangi.

Wednesday, January 17, 2007

Catatan 070111



Aku suka sangat merayau ke blog orang lain.. melihat dan membaca. Banyak sangat yang aku lihat. Bila balik ke blog yang ku panggil ISTANA KACA ini, aku rasa banyak kekurangan. Dari segi N3, erm terkadang agak berinformasi tapi mungkin lebih ketara kalau aku katakan ada yang beremosi.... Kenapa ekk... kenapa aku pastekan N3 sebegitu di Istana Kaca ini.... mungkin aku dah dapat berbagai label dari sesiapa yang tak kenal aku, atau kenal tapi tak faham atau faham tapi tak keseluruhan....

Aku suka bangat lagu Gurindam Jiwa. Semalam waktu aku pi kat Umah si Dear Una Carl, ada lagu selasih ku sayang... eh betul ke tajuknya canggitu... kalau salah aku mohon ampun ya mas Una, tapi pagi ni aku disajikan dengan lagu yang aku suka.... menyentuh terus ke sanubari.. Una, kalau ko sudi, tolonglah ajar aku cam ne nak letak kat Istana Kaca aku ni ekk.. itu pun kalau sudilah. Nak anta guna email aku kureng setuju sebab lately ni aku memang jarang sesangat check personal email aku. Mesti dah bertimbun menimbun..... padan ngan muka aku.

Hari tu pokcik mersik ajar aku camne nak letak link kawan-kawan, tapi sampai ke hari ni aku masih lagi gagal nak buat... isy.... lekeh bangat aku ni, tapi sebenarnya bukan lekeh... cuma aku kurang pandai dan biasanya kalau dalam bab-bab yang memang aku tak reti ni, aku lebih suka buat bukan dalam keadaan tergopoh gapah, maksudnya dalam keadaan aku yang masih enggage dengan segala assignment kerja yang menanti. Maknanya... tak ada maknanya sebab aku masih tak berjaya. Ada sekali tu aku try... tapi hasilnya buat aku gelak sendiri. Jadi kalau aku dah gelak, apa lagi orang lain.. lagi lah berguling-guling jadinya. So aku delete semula. Tapi aku tetap berazam one day aku akan letak juga link kengkawan maya aku kat Istana kaca aku ni.

Tuesday, January 09, 2007

Prosas Kehidupan 090107

Bicara lagi tentang cerita kasih, dari lubuk hati... Bukan tak sayang.. Jauh sekali membenci.. Tapi kekadang kurasakan Sayang itu kian menjauh.. Tak ingin rasanya menyakiti.. Jauh sekali mengkhianati.. Tapi aku perempuan.. Ingin juga dimanja… disayang dan dijaga.. apa dan daya…..

*Aku ingin selalu di sisimu, berkongsi susah senangmu.. Aku ingin sentiasa menguatkan semangatmu.. kerna hingga saat ini hanya namamu BERTAKHTA DI HATI..!*

Sukar untuk menduga… sukar untuk menghakisnya…. Bila Dalam Hati Ada Cinta… rasa rindu yang hadir tak perlukan keizinan…. Rasa sayang yang dirasa tak perlukan permit untuk meresap dalam tiap urat nadi sekeping hati…..

Bila Dalam Hati Ada Cinta….. kita akan rasa bahagia….. meski dalam waktu yang sama kita diamuk rasa cemburu…. Kita ditawan rasa gelisah…. Kita diacah rasa benci…. Tapi kita tahu semua tu tak akan mengurangkan rasa cinta dan kasih yang semakin mengharum di taman hati. Kita gembira biarpun sekadar suara bertemu…. kita suka walaupun tidak bertentang mata. Dari lengguk gaya pertuturannya…. kita dibuai bahagia. Kita mula jadi pengusung jenazah rindu…. Mengapankan dalam liang ingatan akan wajah…. senyuman…. tawa dan segala miliknya…. Pusara kenangan yang tiada bernisan tak akan hilang walau meletus tornado kemarahan. Namun terkadang kita menyedari…. kita sekadar mengejar bayang…. cuba mengapai bintang yang jauh nun dilangit tinggi…. memiliki apa yang telah dimiliki…. Tapi kita tak mampu melarikan diri hingga ke seberang Antartik…. Menjauhkan diri hingga ke Kutub Selatan….. membekukan diri laksana iceberg dipermukaan lautan…. Kita tak akan mampu … justeru bila Dalam Hati Ada Cinta… dan ianya tetap memberikan satu kebahagiaan biarpun ada yang beranggapan kita sekadar mengejar bayang-bayang…..

"Dalam kehidupan ini, banyak perkara yang menjadi teka-teki. Teka-teki yang kadang-kadang tak kita temui jawapan. Kita jarang menyedari, teka-teki itulah sebenarnya yang mematangkan kita.."

"Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu, pasti suatu ketika kita akan bertemu. Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu, walau kita dekat selalu; namun kau takkan jadi kepunyaanku..."