Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, January 31, 2007

Mahalnya harga kenangan itu.....

Mahalnya harga Kenangan itu, bak butiran permata…..

Mungkin sudah tersurat dalam takdir kejadian itu akan berlaku. Entah mengapa dalam terkocoh-kocoh mendaki tangga ke library, tanpa sengaja dia telah melanggar seseorang. Pucat mukanya dengan apa yang terjadi. Kertas yang ada dalam perut fail termundah dan melambak di atas lantai. Pantas di tunduk lantas memungutnya tanpa sedikitpun menghiraukan insan yang telah di langgar. Lincah jemarinya menyempurnakan kerja itu secepat yang boleh. Dia sudah semakin resah. Kelewatan untuk bertemu rakan setugas yang pasti sudah lama menanti semakin menyiksakan jiwa.

“ Awak tak apa-apa ke ? telinganya menangkap satu suara yang entah dari mana datangnya. Kemudian terlihat ada huluran kertas dari seseorang.

“ Terima kasih. “ pantas kertas itu disambar dan dia mula bergegas pergi. Sempat dikerling jam comel yang ada di pergelangan tangan. Ya Allah, dah pukul 10.30 pagi, matilah aku kali ini, desis hati kecilnya tapi telinganya juga sempat menangkap ungkapan yang pasti khusus dihadiahkan buat dirinya.

“ Jalan macam ribut…. Dia ingat cantik sangat aksi dia yang konon sedang menggayakan teknik rebonding dalam iklan. Ada mata, tapi letak dekat lutut mangkali. Dah langgar orang, sedikit pun tak reti nak minta maaf. Apa punya perempuan lah, tak beradap langsung. “ aduh… panasnya bahang lava suara itu. Pasti ramai mata yang sudah tertumpa pada dirinya yang bagai terkena renjatan elektrik berhenti tiba-tiba. Ingin dia berpaling untuk melihat wajah empunya suara tapi

“ Dah la. Budak tu tak sengaja, lagi pun bukannya ada sesiapa yang cedera. Accident yang tak disengajakan. “ terdengar satu lagi suara dan kalau tidak silap suara itu juga yang menghulurkan kertas padanya tadi. Dia mengeluh. Haruskan dia berpaling atau teruskan langkah??? Akhirnya dia merapati kedua makhluk yang terang-terang terkejut melihat dia mengatur langkah mara ke arah mereka.

“ Saya minta maaf atas perlanggaran yang bukan saya sengajakan malah tidak juga teringin untuk menjadi model iklan menggayakan teknik REBONDING yang tentunya tidak diperlukan dipersekitaran perpustakaan ini. Harap saudara tidak mengalami sebarang kecederaan tahap kritikal atau mungkin kecederaan itu berpindah pada teman saudara yang nyata lebih mengalami kesakitan berbanding dengan saudara. Kalau ada, pergilah ke klinik untuk dapatkan rawatan dan hantarkan billnya ke alamat ini. “ ucap Firyal Rifdah sinis sambil menghulurkan kad namanya. Masih sempat melemparkan jelingan tajam pada pemuda yang selamba mengutuknya sebentar tadi sebelum beredar. Dia sudah lewat. Pasti muncung Alisya panjang berdepa kerana terpaksa menantinya.


“ Isy.. garangnya minah tu. Tak padan dengan kecik, ayat…. mak datuk… tajam berbisa. Aku rela tak ada awek dari dapat awek macam dia tu. “ komen Farid tanpa dipinta sedang Hadif Raizal Isyraf sekadar tersenyum. Dia juga sebenarnya terperanjat dengan tingkah selamba gadis itu.

“ Sedap nama dia. Unik. Lain dari yang lain dan rasanya aku tak pernah dengar pun nama seunik ini. “ ucap Hadif Raizal Isyraf sambil membelek kad yang masih ada ditangannya. Farid turut mengintai. Firyal Rifdah binti Haji Fardin Qayyumi. Consultant di sebuah syarikat perakaunan di ibu negara.

“ Nama sedap buat apa, bukan boleh makan pun. Dia tu garang mengalahkan dinosaur zaman batu yang tak makan dua tiga tahun. “ Farid tidak mahu mengalah. Matanya masih menyorot bayang yang sudah lama menghilang.

DIA teleh menentukannya
Kita bertemu bertentang mata
Inilah oh takdirnya
Bukan kita yang pinta

Inilah pertemuan pertama

To be continue again... ahakszzzz. ^ _ ^

2 Comments:

  • At February 1, 2007 at 12:50 AM , Blogger Unknown said...

    Wow! Power... ni jalan citer novel baru ker? Kalau adinda buat betul-betul, mesti boleh jadi bestseller. Tak caya, tanya kat Ebriza sebab dia pakar dalam hal ni. Nama pun giler oooo... debak debuk kanda membacanya. Lekas ler sambung. Eh, boss tak jeling ke masa nulis nih? Huhu...

     
  • At February 2, 2007 at 9:51 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    heheheheh power of the rangers ke kanda.. ahaksszzz.... ni jalan cerita novel terbaru.... tajuknya Memory The Brutal Princess.. hahahahaha... tak ada lah kanda, dinda melawak je... erm citer tu ada kenangan teindah macam lagu simsons tu.... ahaks.... :) :)

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home