Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, January 25, 2007

Wah! Teraju betul......

Semalam aku telah berjaya memberanikan diri untuk temankan member aku naik EYE ON MALAYSIA yang kini menjadi salah satu dari mercu tanda kebanggan negara. Sempena Tahun Melawat Malaysia, rasanya benda ini berjaya menjadi salah satu dari daya tarikan untuk mempromosikan Tasik Titiwangsa yang dulunya lebih terkenal sebagai tempat untuk berjogging. At lease pada hujung minggu malah pada hari bekerja pun ada aje umat yang akan datang ke sini. Kira okey lah.. dapat menjana sedikit kemajuan ekonomi dan membawa pengaliran wang masuk ke mari.

Pada awalnya aku gabra gak sebab sebelum tu ada sorang member aku dengan selamba kodok je tanya aku “ Mir, ko tak takut ke… tetiba je salah kotak yang ada kat buaian tu terpelanting, terus masuk dalam tasik… tak le kuar lagi… esok keluar nama ko dalam surat khabar Tamil Nessan… salah seorang mangsa yang masih belum ditemui di dalam tasik….” Terus dia gelak gaban… cinabeng punya member.. tak ada semangat kenegaraan betul, bukan nak surport product Malaysia… lagi takut kan aku yang dah memang takut ni…. Tapi ahhhhh peduli apa aku… dari survey yang aku buat, dengarnya view yang dapat di lihat cukup mempersonakan. Dengan berlatarbelakangkan Bangunan berkembar KLCC dan Menara KL, dah cukup membuatkan ianya indah, lebih-lebih lagi bila malam. So… disebabkan survey inilah yang telah mejadikan semangat aku jitu tambah-tambah lagi aku tak rela menyediakan ruang seluasnya untuk member aku yang sibuk dok ajak ni mengutuk aku…. NO…. no wonder steven wonder, aku tak akan benarkan The Brutal Princess dikutuk hanya kerana EYE ON MALAYSIA. Uhuk… wat malu company aje….

So bila tiba waktunya setelah mendapatkan tiket dari booth yang tersedia, aku melangkah jua. Debaran di dada hanya aku dan jantung aku aje yang tahu. Senyuman palsu terhias di bibir.. konon ….. kaki melangkah ke ruang yang disediakan. Duduk dan tap… pintu tertutup dan EYE ON MALAYSIA mula membuat putaran lemah gemalai bagai lenggang Mak Limah sebelah rumah aku. Lagi dan lagi terus hingga pada satu tahap ianya berhenti…. Ahhh sudah…. Janganlah rosak… doaku di dalam hati. Rupanya tanpa aku perasan, member aku sedang galak senyum control tawa tahap dewa yang pasti menanti waktu untuk termuntah…. Aku jeling tajam seakan amarah.. “Gelak lah kalau ko berani… aku humban ko dari sini….” ugutku garang, tapi 1 second… 2 second… and 3….. hahhahahhahahhahahahha bergema tawanya dalam buaian tu. “ I tak bawak cermin untuk bagi kat U , kalau ada mesti U pun akan gelak tengok wajah U “ tawanya masih bersisa…. Tapi sempat menyambung… “ but anyhow U look sweet actually” cinabeng… sempat lagi nak sakat aku… memang nak kena humban budak ni tapi hasrat ku tak tercapai bila EYE ON MALAYSIA meneruskan putaranya dan kami yang berada di dalamnya terus di sajikan dengan hidangan panorama yang tak mampu ku ucapkan dengan kata-kata… Terlalu cantik, romantic dan mempersona…. Ahaksssssss The Brutal Princess pun tahu menilai erti ROMANTIK ke….. cam tak caya je… apa pun buat semua, aku rasa kalau korang punya kelapangan, baik korang pi try…. Tak rugi dan aku yakin korang juga akan teruja dengan apa yang korang lihat… Tapi pada yang tua-tua tu.. aku suka lah nasihatkan, dapatkan nasihat dari doktor supaya kejadian tak diingini tak akan berlaku. Nanti tak pasal aje ada yang kena attact dengan kencing manis akibat terkezut…. Hhahhahahahah. So kesimpulan dari segalanya…. sesungguhnya Malaysia punya daya tarikan yang cukup untuk membuatkan kita sebagai rakyat harus punya rasa bangga untuk mempromosikan ke seluruh dunia biar dunia tahu dan lihat betapa bertuahnya kita di sini….. Ahaksssss promosi yang langsung aku tak kenakan bayaran….

6 Comments:

  • At January 26, 2007 at 8:41 AM , Blogger Purpleheart said...

    Isy, kalo terkezut bukan kena kencin manis, darah tinggi adala..

    su pun tak sabar nak naik eyes on malaysia walaupun gayat ya amat. tak tahu la naik ke dak.. kot ada pulak mengalir kencin bila naik nanti.

     
  • At January 26, 2007 at 11:54 AM , Blogger RaFFLeSiA MeRaH said...

    alahai, aku ni ari2 duk pandang benda bulat tu berputor dari opis aku nihhh...nak pegi tuhh lum ader keinginan lagi...cam takut jadi cam kwn ko ckp tu laa, buatnyer benda tu tercabut masuk dlm tasik, alamat pendek umur la jwbnyer, mueheheheh...tapi aku pasti, nyawa tu kalo pendek kat atas tempat tido pun leh melayang...apepun aku bagi peluang kat org lain dulu la rasa kenikmatan pemandangan bandaraya kl ni...aku kemudian2 pun takper...

     
  • At January 26, 2007 at 1:35 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    hai purpleheart... pi lah naik Eye on Malaysia tu... best.. memang best, kita pun cam teruja nak pi lagi... tapi nanti lah.. nak wat rombongan cam che kiah tu... baru lah best, kalau boleh nak chartered satu wheel...heheheheh pandai aje aku....

     
  • At January 26, 2007 at 1:36 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    ala rafflesia, kalau ko takut tu tak yah konon nak control... konon nak bagi peluang kat orang lain.... tak trill lah kalau ko tak naik... belum lagi cam rollercoster... best pe... gerenti ko tak akan dapat kencing manis punya lah sebab terkezut....

     
  • At January 27, 2007 at 1:36 AM , Blogger Unknown said...

    Ye ke? Best ke? Jelesssssssss.... sabo je aku... akak nak naik... nanti akak balik tahun depan mata beso tu ada lagi tak? Ish... jeles sampai api kuar dari lubang idung... ahakz..sabo je aku... sihat adindaku pu3?

     
  • At January 29, 2007 at 7:51 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    jangan bimbang kanda, Si mata beso kebanggaan negara tu akan terus bermastautin di tempatnya. Sure kanda leh naik untuk berapa pusingan yang kanda suka. Jangan jeles.... tapi memang kanda... permandangannya FUIYOOOOOOOOO sajalah aku nak tambah api keluar dari lubang telinga kanda aku ni pulak... CANTIKKKKKKKKK wa Cakap... tak nyesal punyalah... cepat-cepat balik yer kanda... ;) ;)

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home