Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Saturday, June 28, 2008

Ini rupanya......

Petang tadi lepas kelas, aku singgah di bandaraya. Tujuan utama aku nak beli sumthing untuk adik training yang bakal mengakhirkan perkhidmatan Jumaat yang akan datang. Dalam jalan-jalan, aku melangkah ke Sogo. Eh! Kenapa ramai sangat orang dan ada pulak trak polis + FRU yang siap beratur. Ada perbarisan ke.... apa punya soalanlah pu3... Hari Kebangsaan pun lambat lagi..., tapi kenapa pula depa ni beratuq depan lampu isyarat?? Hati aku bertanya sendiri dan akhirnya aku temui jawapan... Ini rupanya yang berlaku....

Polis mula tahan peserta himpunan di Sogo
Anis Nazri Foto Wan Zahari Wan Salleh Sat Jun 28, 08 4:55:14 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pihak berkuasa polis bertindak menahan enam peserta himpunan aman membantah kenaikan harga minyak anjuran Geram yang berarak dari pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur ke pusat membeli belah Sogo.

Keadaan kini semakin kecoh apabila polis dan FRU bertindak menghalang perarakan aman tersebut yang kini sedang melewati jalan raya di hadapan Sogo.

Mereka yang ditahan adalah kelompok himpunan yang berarak dari berbagai lokasi yang mula berarak sejak jam 3.00 petang tadi.
Mereka yang ditahan ialah Presiden Ikrar, Mustafa Mansor; Setiausa AMK Pusat, Zulfiqar Ali Arifin; Setiausaha Ikrar, Muhammad Hidhir Khalid; Setiausaha AMK Batu, Norsharizal Abd Razak; ahli Anwar Ibrahim Club (AIC), Mohd Herman Muhammad; dan 'Bob' juga ahli AIC. Mereka kini dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk disoalsiasat. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin turut berada di hadapan balai polis berkenaan.


Polis kini sedang sibuk menghalang pergerakan himpunan tersebut dimana lima trak FRU dengan kekuatan 50 orang polis ditugaskan bagi mengawal sekitar tempat himpunan aman tersebut. Jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh turut disoal siasat oleh seorang Pegawai Cawangan Khas (SB) berhubung gambar-gambar yang dirakamkan Wan Zahari.

Pihak SB tersebut meminta Wan Zahari agar menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya. Peserta himpunan kini mula mengarahkan pergerakan ke Balai Polis berhampiran bagi memberi sokongan kepada mereka yang ditahan.

Geram mengadakan himpunan hari ini dalam siri kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti. Program ini adalah permulaan bagi himpunan 6 Julai ini dengan kali ini ia dilakukan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk). Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP.

Selain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

Perarakan tersebut bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo. Hampir semua peserta memakai baju berwarna merah.

Kempat-empat tempat pertemuan ini disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm yang mengepalai himpunan ini.
Mengulas tindakan kasar pihak polis terhadap peserta himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, polis tiada berbincang langsung dengan peserta.


Ujarnya, tindakan yang dibuat polis secara tiba-tiba ini amat mengecwakan malah melambangkan betapa pasukan polis tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun.
Beliau juga kesal kerana himpunan baru sahaja bermula, namun polis menyekat dengan cara yang tidak bertamadun.


Begitupun beliau menyeru rakyat agar turun beramai-ramai pada 6 Julai ini bagi menunjukkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tersebut./wann

* Petang tadi kebetulan aku memakai Tshit warna MERAH.... nasib baik gak aku tak turun kena cekup, kalau tak mesti ngah tak senang duduk... hehehehhe lagi pun aku turun sama merakamkan gambar-gambar abang-abang@uncle-uncle FRU yang turut sama mengambil bahagian dalam aktiviti ni. Cumanya berlainan konseplah... hehehheheehe. Cuma satulah yang dok musykil dalam kepala aku sekarang ni? Apa erti DEMOKRASI yang sebenarnya? Lagipun aku lihat sendiri, depa yang berarak ni bukannya dok buat apa pun... just bawak sepanduk... than beri risalah, not more than that. Depa tak pulak ajak orang ikut depa berarak... satu lagi, dah depa nak berjalan sesangat... biaq pi lah... depa nak berjalan sambil senaman... untuk jaga kesihatan... tak kan itu pun salah... Isy! Tak faham aku dengan perundangan negara sekarang ni...

sumber berita dari:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015450&Itemid=85

Monday, June 23, 2008

Menumpang.....


Seronoknya aku rasa hari ni.... macamlah aku penerimanya hehehhehe.... Perkhabaran yang aku terima membuatkan aku rasa cukup bersyukur. Pasti si penerima lebih dari aku kan.... Tapi tak kira... aku tetap menumpang kegembiraan, berkongsi sedikit rasa yang dirasai lebih-lebih lagi yang menerima adalah seorang yang cukup akrab dan rapat denganku selama ini... seorang yang boleh ku kategorikan sebagai kawan dan rakan, teman dan sahabat. Tahniah Trisya... Tahniah di atas kenaikan pangkat yang kau terima. Moga dirimu akan lebih sukses selepas ini. Jangan nak garang-garang sangat ekk... buat kerja betul-betul... Jangan marah-marah dan senyum-senyum selalu.... Haila.... Haila... nanti kita celebrate ekk.... ;-)
Tahniah sekali lagi..... buat teman dan sahabat
yang ku sayang....
Aku benar-benar bangga dengan dirimu.....

Tuesday, June 17, 2008

Alahai.....

Dah beberapa hari kesihatan ku teracah.. akibatnya aku terpaksa merelakan diri tersadai di rumah... tidak ke office sepertimana biasa.... tubuhku dah mula merasa bermacam-macam perisa.... nak demam pun iyer.. sakit tekak pun iyer... batuk pun tunggu turn aje.... selsema sesekali mengambil tempat. Semua itu membuatkan aku jadi tak menentu.... dah pi klinik, tapi ubat yang doktor bagi langsung tak berkesan. Eloklah sikijap... than rasa berperisa tu datang lagi... aduh saliha... rasa nak meraung pun ada bila tetiba tubuhku rasa panas walau aku sedang menggigil kedinginan. Ya ampun Ya Allah Huakbar.... redholah hati dengan ujian ini......

Dua hari ngah dok jaga aku... kesihan kekanda sorang tu... sampai tak pi kerja hanya kerana adindanya yang sorang ni.... tah kenapa kali ni pulak aku jadi merengek bila badan ku tiba-tiba panas sejuk.... tak pernahnya aku jadi canggitu.. isy musykil gak aku dengan diri sendiri, tapi yang pasti bukannya aku sengaja nak merengek..... dan aku sendiri tak tahu camne aku boleh termerengek gitu... untung kekanda ku mahu melayan. Kepalaku dilapisi dengan tuala basah.... kaedah untuk menurunkan suhu....

'Ngah, adik rasa nak makan sup sayur lah. Boleh ngah tolong buatkan....' eh! kenapa tiba-tiba aku jadi ngada-ngada.... keteringinan pada juadah ni dan yang lebih parah ada ke aku suruh kekandaku menyediakan... Isy dah ilang akal ke aku sejak dua menjak tak sihat ni.

'Adik nak sup sayur.... okey! adik rehat dan tido dulu, nanti dah siap ngah kejutkan.' selamba je kekandaku menjawab. Biar betul.... boleh ke ngah buat..... tapi waktu tu mataku dah kuyu... agaknya ubat yang aku telan tadi dah mula menjalankan tugasnya..... dan perlahan-lahan aku dah tak ingat apa... terus je aku Zzzzzzzzzzzzzzzzz

'Adik... adik... bangun... makan dulu sup ni sementara panas....' Terngiang-ngiang suara tu kat telinga aku... eh aku mimpi ke atau di alam separa sedar.... mana ilangnya mama dan papa tadi... bukan ke aku ngan diorang... eh... ehhhhhh

'Adik.... ' suara itu lagi.... perlahan-lahan aku buka mata... terlihat wajah ngah menatang dulang. Entah apalah yang ada dalam dulang tu. Aku nampak ada mangkuk yang masih berasap tipis, ada pinggan, gelas berisi cecair putih dan botol-botol ubatku. Meja kecil ditarik menghampiri katil lantas dulang tadi mendarat. Kini baru jelas pada penglihatan apa yang sebenarnya ada di situ. Sepinggan nasi putih dan sup sayur yang bukannya sekadar sayur, tapi ada gak menyelit daging ayam, ubi kentang dan juga carrot. Aku pandang muka ngah....

'Sapa masak' aku ajukan soalan bodoh... ngah tersengeh. Ayoyoyo.... lagi mau tanyakan. Tadi bukan ke aku minta ngah buatkan... tak kan lah sup sebegitu rupa ada di jual di gerai Mak Minah Lenggang kat depan tu.

Tubuhku di tinggikan sedikit. Cermat ngah menjalankan tugas. Dah macam nurse pulak aku tengok. Kalaulah ngah apply jadi nurse, sure tak ada kompromi.. gerenti dapat kalau cangginilah gayanya dia menunjukkan skil waktu interview. Aku jengah ke dalam mangkuk sup. Ada sayur brocoli dan bunga kubis, baby corn pun ada, tapi yang lebih membuatkan mata aku membuntang bila terlihat bilah-bilah timun dan juga taugeh. Aduh! Alegik giler aku tengok sayur yang satu tu. Aduhai kekandaku... orang tak masukkan timun dan taugeh dalam suplah... Haila.... haila..... salah aku gak... bila ngah tanya nak letak sayur apa tadi, aku just kata hantam sahajalah labu... inilah padahnya.

'Timun ni elok untuk sejuk kan badan. Itu kata Mak Engku masa ngah called tadi.' Aik, cam tahu je apa yang ada dalam otak aku... apa otak aku transparent ke sejak aku sakit ni.. isyyyy isyyyy isyyyy....

'Ngah, adik tak nak makan nasi, adik makan sup ajelah yer. Tak ada seleralah. Tekak adik sakit lagi.' ucapku lemah. Ngah sekadar menyudukan sup bersama segala jenis khazanah yang ada di dalam sup itu ke mulutku. Rela dengan tidak, aku buka gak mulut.... tak sampai hati nak mengreject bila mengenangkan susah payah ngah menyediakan segalanya. Tapi sekadar suku yang mampu ku telan, bila ngah menyua lagi sudu, aku dah menggeleng. Cik loya dan mula singgah di ruang tekak, rasa cam nak terkeluar je segala jadah yang aku telan. Akhirnya aku minta gelas air putih. Pantas ku teguk untuk menolak segalanya hingga ke dasar perut. Usai tugasan ku, ngah menghulurkan ubat-ubat yang perlu ku ambil.... rela atau tidak, aku telan gak.

'Key adik rehat, ngah nak kemas dapur.. anything just call me. I'll be here with your order.' Sebuah kucupan hinggap di hujung dahiku membuatkan tubir mataku mula basah.... Thanks ngah... thans for everything....

Thursday, June 12, 2008

Inilah tempatku......


Erm sesungguhnya aku dihimpit rasa boring... boring sangat.... erm boring pasal apa... pasal hidup... pasal tugasan.... pasal tingkah... atau pasal sebuah pencarian... Well! sampai ke saat ini sebenarnya aku tak ada sebarang jawapan yang pasti.... Saban waktu selama lima hari, di sinilah tempat ku... di sinilah aku menyelesaikan segala task yang dipertanggungjawabkan dan di sini jugalah aku habiskan lebih dari 8 jam yang aku miliki dengan tuntutan dunia.... Cantikkan tempat aku.... kemas.... cewah! sendiri masuk bakul, sendiri angkat ka..... hehehehee idak laratnya aku nak mengangkat.... apa kata aku ubah sikit... sebelum masuk lift, sendiri mau taglah... hahahahahha. Well! Aku memang suka sangat dengan tempat aku... Kenapa aku suka... sebab inilah dunia aku sepanjang aku berada di office. Aku memang sukakan kekemasan... berserabut rasanya otak yang memang seringkali serabut pun lewat kebelakangan ini dengan tugasan, dan ianya akan jadi lebih berserabut bila tempat aku bekerja turut berserabut. Bukanlah every d time tempat aku ni kemas, kalau aku tak ada terkadang tu berselerak dan di serakkan juga oleh tangan-tangan yang kureng bertanggungjawab. Namun selagi aku ada dan tidak menguzurkan diri, aku akan pastikan tempat ini kemas sentiasa.
Erm korang nampak tak tupperware empat tingkat yang ada kat situ.... kalau nak tahu itulah stok makanan aku... BISKUT, SUSU, ASAM dan GULA-GULA ubat penghilang boring. Empat eleman tu memang penting buat aku. Dekat sebelah tu ada oats dan juga raisin. BISKUT memang tak pernah putus malah terkadang boss aku pun tumpang sekaki gak... hehehehhe lagi pun kan aku ni PRINCESS OF SEBIKUT..... Susu pulak.. erm itu satu keterpaksaan yang aku tak punya kudrat untuk menolak. Setiap pagi aku wajib mengambil segelas yang aku campurkan dengan oats dan raisin. Asam pulak aku ambil sesekali aje... bila keteringinan aku hadir dan gula-gula sebagaimana yang aku katakan tadi, aku telan tika boring + mengantuk....
Need to stop for a while.... kita sambung pasal tempat aku ni lain kali lah ekk..... Bye.......

Tuesday, June 10, 2008

Ada ke patut.....

'Mir, jum join we all layan bowling.... kena se frame dua kat Sunway Pyramid. Amacam.... ala bukannya nak main sungguh-sungguh... just for fun untuk IDG.... jomlah....' itulah ajakan teman sewaktu bertandang ke workstation aku petang tadi.... Aku yang waktu itu sedang asyik menyemak cases automatik jadi kaku. Bagai berhenti sekejap jantung ku mendengar ajakannya itu. 'Engkau dah hilang akal ke... nak suruh aku tersadai kat spital apa ke.... ko tak kan tak tahu kondisi aku macamana. Nak suruh aku terus tak bangun?' soalku pantas. Dia dah tertawa. 'Ala Mir! tak kan seteruk itu... okey macam ni, kalau ko tak nak main pun apa kata ko amik je aura happening bersorak kat sana. Mesti best punyalah...' Dia masih tidak putus asa... Aku sekadar menggeleng-gelengkan kepala. 'Nak ke Sunway tu pun aku tak tahu... apa! ko nak suruh aku kutip buah langsat ke?' Mataku kembali pada apa yang ku lakukan tadi. Kalau di layan minah sorang ni, sah-sah kerja aku tak siap. Tak pasal pulak aku balik lambat lagi nanti. 'Ala ko pergilah dengan aku, balik erm.... mintalah sesapa anta ko kat mana-mana stesyen Putra. Amacam.' Ek aleh dia ni.... apa hal beriya sesangat mengajak aku pulak.... 'Tak boleh.... lagi pun sure korang balik lewat. Esok nak kerja.' tolak ku penuh diplomasi. 'Mir! best tau main bowling ni. Hilang tension.. lebih-lebih lagi bila pinball tu jatuh... fulamakkkk wa cakap sama lu.... gerek....' 'Iyelah tu gerek... bagi yang reti main macam ko ni memanglah gerek... yang tak reti macam aku ni apa citer... tak pasal-pasal je bola masuk longkang... itu boleh kira okey lagi.... kalau aku yang pegi bukannya bola, ha! sapa nak jawab... ' Member aku dah memuntahkan tawa... entah apa yang menggeletek urat tawanya aku pun tak pasti. 'Ha! Ketawalah..... apa pun sukan yang satu ini memang aku tak pernah cuba dan tak akan sekali-kali aku nak cuba sebab aku tak mahu pertaruhkan kondisi tubuh aku yang memang rapun ini untuk sesuatu yang aku tak rela. Apa ko sanggup ke tengok aku tersadai kat spital ?Sorrylah... aku bukan nak hampakan ko, tapi aku memang tak boleh. Kalau sukan yang lain, aku boleh redah gak.... buat sardin dan tak reti jer kalau ada pun yang bising but not this one. Aku harap ko faham.' ucapku sambil memegang tangannya. Aku harapkan pengertian dari temanku yang seorang ini. 'Okeylah. Kalau ko tak nak main, tak apa. Aku lebih sayangkan ko dari lihat ko kat sana. So aku bla dulu yer. Erm ko jangan lupa makan ubat, aku lihat kondisi ko lately ni pun memang dah out. Jauhkan diri dari manusia-manusia bervirus sepertimana yang Dr K ingatkan.' Temanku berlalu meninggalkan aku sendiri. Aku terkedu... merenung seketika keadaan diri. Memang kondisi ku agak tersasar...... berurusan dengan insan-insan bervirus penyakit membuatkan aku turut terkena tempiasnya. Teringat akan kata-kata Dr K tempohari.... Once your white blood cell problem it's will effect your antibody. So the best thing, keep away from people who unhealty. Erm... pastinya darahku kembali tidak sesegar yang sepatutnya.....

Sunday, June 08, 2008

Harinya.....

Hari ini merupakan tarikh keramat milik seseorang 0806... seseorang yang selama ini sering hadir tika aku perlukan... hadir tika aku dalam kesedihan... tika aku dirundung permasalahan... Insan yang tidak pernah berkira atau membuat pengiraan terhadap apa sahaja yang dilakukannya untuk ku... menemani diriku tika aku perlukan.... memenuhi keteringinan yang acapkali tidak mampu ku laksanakan dengan kudrat ku sendiri.... Aku sedar, mungkin aku merupakan insan terakhir dan yang paling lewat menitipkan seungkap ucapan... namun jauh di sudut hatiku.... ucapan itu sudah ku kirimkan semalam.. tika jam berdetik dua belas kali menandakan perubahan waktu.... Selamat Hari lahir untuk DIA... doa dan harapan ku moga dirinya sentiasa diulit kesejahteraan di samping sekelian insan yang tersayang di sayang.... bahagia dengan apa sahaja yang dilakukannya. Moga kehadiran tarikh keramatnya tahun ini akan membawa bersama rahmat dari allah untuk sebuah kehidupan yang lebih baik dari tahun-tahun yang telah lalu. Aku masih tetap di sini dan akan terus berada di sini untuk sebuah persahabatan.....

Times goes so fast
Life asks so much
No wonder friends get out of touch
But in HEARTS
Deep, True, UnSeen
Friendship stays 4Ever
HaPpY BiRtHdAy fOr YoU...



Kesempatan yang ada ini juga ingin ku ambil untuk menitipkan ucapana buat kedua abang kesayanganku... Along dan Angah... Selamat Menyambut hari lahir buat keduanya pada esok hari... 09/06. Seronok kan andai dapat berkongsi tarikh dan bulan yang sama... sekadar berlainan tahun. Apapun buat along... moga sukses dengan pengajian dan tugasan yang sedang di laksanakan. Harap kiriman yang tak seberapa dari ku itu dapat mengubat rindu terhadap kami semua di sini... Miss you a lot and love you till the end of my life.

Buat angah, terima kasih atas segala perhatian selama ini. Don't worry.. I'm a big girl now. Rasanya aku sudah mampu menguruskan segala keperluan ku sendiri.. Teruskan apa yang seharusnya angah lakukan... yang pasti aku tetap dan akan terus tetap menjadi adik kalian yang tentunya akan terus menyayangi kalian hingga akhir hayat ku.... Hadiah untuk angah, as usual kita tetap main treasure hunt seperti tahun-tahun yang dah lepaskan... so carilah sendiri.... tapi ianya bermula tepat jam 12.00 malam nanti..hahahaha petunjuk pertama akan menyusul tidak berapa lama lagi..... so the end of this entry... HaPpY BiRthDaY to angah.... doaku moga jadi daddy yang soleh dan dapat baby girl tak lama lagi.....

So untuk ketiga mereka yang cukup istimewa dalam sebuah perjalanan hidup ku... Moga tarikh keramat tahun ini hadir bersama seribu rahmat dari Allah untuk kehidupan yang kalian lalui. Kejayaan dan kesejahteraan... keriangan dan kebahagian menjadi peneman untuk selamanya....

HAPPY BIRTHDAY TO TRIO OF YOU.....

Friday, June 06, 2008

Apa kuasaku....

Speechless dan sedih… itulah yang aku rasa sekarang ini… Berita yang angah sampaikan tadi benar-benar menyentap seluruh urat nadiku. Bagai terhenti denyutan jantung. Mengapa baru hari ini aku mendapat perkhabarannya…. ‘Adik, Kak TaZ kena migrate ke Australia.’ Itulah pemberitahuan yang angah sampaikan. ‘Bila?’ tanyaku. Dalam hati sudah ada larian 100 meter debaran. ‘Two more months from now’. Jawab angah. ‘WHAT????’ soalku terkejut. ‘Actually dari April lagi dia dah hint angah, tapi tak pasti, just last month she get confirmation regarding that.’ terang angah. ‘So apa yang membuatkan angah perlu waktu sebulan pulak untuk beritahu adik.’ Hati sudah dipalu pilu…. Sampai hati angah…. Dan aku pasti, aku adalah insan terakhir dalam family yang tahu perihal perkara ini. Angah diam, mungkin mencari perbendaharaan kata yang sesuai untuk memantapkan hujah alasan. ‘To be honest, angah tak punya sebab jauh sekali alasan, tapi angah tak mahu adik rasa adik sengaja disisihkan.’ Tidak sukar untuk aku menangkap keluhan yang terhunus dari ulas bibirnya. ‘Tak apalah ngah. It's okey. Don’t worry, I’m not feel anything. Well! I need to go now. Anyway thanks coz remember that you still got one sister.’ Ucapku perlahan. Pantas talian ku putuskan. Lama aku termenung… Aku seakan sedar, aku tak punya sebarang kuasa untuk memasti atau menentukan bahawa diri ini mereka ingati… aku tak punya kuasa untuk menentukan apa yang sepatutnya mereka lakukan terhadap kewujudan aku malah aku juga tidak punya kuasa untuk terus mengingatkan mereka bahawa aku masih belum mati dalam sebuah kehidupan…. Justeru aku bukan sesiapa pun… sekadar insan kerdil. Akhirnya aku cuba lontarkan segala yang kini aku alami jauh ke dasar hati….. Biarlah segalanya terus bersemadi di situ…

Kenapa....



Mungkin akan ada yang bertanya.. kenapa tiba-tiba aku pastekan lirik dan tukar back ground song dalam istana kaca aku ni.... erm jawapannya bakal mendatang bila kalian hayati lirik ini dengan sebaiknya.....

Thursday, June 05, 2008

Lagi isu yang sama....

Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5. Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia. Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga. Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun. Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada di United Kingdom, mahupun Amerika Syarikat. Tetapi pendapatan per kapita kita adalah lebih kurang satu pertiga mereka. Berasas kepada kuasa membeli kita kenaikan harga adalah lebih tinggi dari UK atau Amerika Syarikat.

Sila klik ke link yang disertakan untuk artikel penuh....

http://www.chedet.com/2008/06/oil-price.html

Apapun kenyataan khabar hari ini sedikit melegakan bilamana kerajaan masih lagi menunjukkan keperihatin dengan pemberian subsidi tunai kepada pemilik kenderaan di bawah skim baru subsidi bahan api yang telah diumumkan. Meskipun kalau dibuat pengiraan secara teliti sebenarnya rakyat masih dibeban dan terbeban, tapi untuk memenuhi dan menampung keperluan harian, sebagai sebahagian dari rakyat negara ini subsidi itu disambut juga dengan ucapan syukur alhamdulillah dan terima kasih.....

Sila klik ke link yang disertakan untuk artikel penuh....

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Dan siapa pulak yang layak untuk menerimanya dan bagaimana cara pengagihan itu dilaksanakan.....

Sila klik ke link yang disertakan untuk artikel penuh.....

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Namun gesaan Pak Lah untuk membendung harga barang mampukah dilaksanakan??? Meminta rakyat menjadi ‘mata dan telinga’ kerajaan dalam usaha membendung kenaikan harga barangan keperluan ekoran langkah menaikkan harga petrol dan diesel. Meminta rakyat mengamalkan gaya hidup berjimat cermat, tapi nak jimat macamana kalau barangan keperluan harian terus naik...

Sila klik ke link yang disertakan untuk artikel penuh....

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Tarif Elektrik juga akan naik walaupun mungkin bagi pengguna yang bill bulanan kurang dari RM40 tidak akan terlibat secara langsung, tapi bagi pengguna yang bill bulanan melebihi RM40 apa pula cerita.... nak bergelap... pasang pelita.... kurangkan penggunaan barangan yang secara langsung menggunakan kuasa elektrik.... Erm entahlah... Apapun kita lihat sahaja apa yang akan berlaku seterusnya.......

Wednesday, June 04, 2008

Tak Membebankan...?????

Aduh! Letihnya aku hari ini... tersekat dalam kesesakan gara-gara satu pengumuman yang sungguh-sungguh mengejutkan.... sungguh tidak di sangka buah cempedak dah bertukar jadi buah durian belanda...

Petang tadi dengan penuh rasa tanggungjawab, pengumuman KENAIKAN HARGA PETROL diumumkan oleh orang nombor satu negara. Kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70 bermakna sebanyak 41 peratus. Manakala harga diesel pula naik kepada RM2.58 yakni RM1 berbanding harga sebelumnya adalah RM1.58 seliter. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini. Rasanya sejak awal 2004, Pak Lah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini. Wah! boleh masuk dalam Malaysian Book of Record gitu.. cayalah Pak Lah.. Bravooooo atas kejayaan anda.

Namun apakah ada kesedaran bahawa apa yang sedang dilakukan ini merupakan satu bebanan yang terlalu payah dan berat untuk digalas oleh rakyak khususnya yang berpendapatan rendah hatta sederhana?? Wajarkah perbandingan harga bahan api ini dibuat dengan negara bukan pengeluar seperti Thailand dan Singapura??? sedangkan umumnya Malaysia adalah di antara negara pengeluar???? Kerajaan cuba memujuk rakyat dengan membandingkan harga minyak dengan negara-negara lain di Asia Tenggara, cuba memperlekehkan rakyat dengan statistik seperti itu, sedangkan negara terbabit bukan pengeluar minyak lagi pun kos hidup rakyat di negara berkenaan seperti Thailand jauh lebih rendah berbanding di negara ini.

Aduh! Keluhan yang terhunus dan riak kecewa jelas terpancar di setiap wajah yang mendengar pengumuman itu. Belum pun reda isu beras, kini kenaikan petrol pula harus digalas. Mahu atau tidak, bahan penting itu mesti juga dibeli, kalau tidak masakan kereta boleh bergerak dengan sendiri.. lainlah kalau boleh guna kuasa sola, itu pun hanya di waktu siang hari. Kalau malam, nak gerak camne... guna kuasa bulan ke.... Apa pun kita harus juga bersedia... bersedia untuk kenaikan barang-barang yang lain pulak... mustahillah kenaikan petrol yang merupakan bahan utama dalam segala bidang tidak akan mendatangkan impak kepada perkara-perkara yang lain. Ah! Apa nak buatkan... pastinya budget kehidupan akan meningkat lagi....

Kalau yang berpendapatan tinggi, mungkin impaknya dirasa macam gerimis, yang berpendapatan sederhana bagai hujan biasa tapi bagaimana pula untuk yang berpendapatan rendah..... Punya anak-anak yang masih bersekolah, tinggal menyewa, isteri pulak tak bekerja... sudah pasti impaknya bagaikan hujan lebat yang boleh membawa bencana. Silap haribulan boleh jadi Tsunami andai nasib tidak menyebelahi dalam sebuah kehidupan. Apakah semua ini sudah di kaji oleh golongan yang sepatutnya.. yang diberi mandat dan kepercayaan untuk memperjuangkan hak dan terus membela nasib mereka????

Kadangkala terasa juga seperti dianak tirikan. Usaha gah dilaksanakan untuk membantu negara luar yang ditimpa malapetaka, tapi bagaimana dengan kita, rakyat yang sepatutnya lebih dahulu diberi perhatian.... Apakah kita lupa akan pengertian pepatah lama ini.. 'Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan' atau mungkin definasinya sudah berubah menjadi 'bantulah kera di hutan supaya susunya boleh diberikan kepada anak yang kelaparan di rumah... ' entah... aku pun bukan arif dalam isu ini, tapi kenaikan harga petrol yang cukup tinggi dalam sejarah negara sesungguhnya merupakan satu bebanan yang maha berat untuk digalas oleh rakyat..... FIKIR- FIKIRKAN LAH ADUHAI PARA PEMIMPIN NEGARA YANG MASIH DIHORMATI....

Tuesday, June 03, 2008

Pelaburan yang memberi kepuasan....

*Andai sudah ditakdirkan dalam sebuah perjanjian azali, siapa aku untuk menolak atau menidakkan sebuah ketentuan. Siapa aku untuk menyatakan tidak pada sebuah ketetapan yang telah tersurat dalam segala yang tersirat bahawa hati ini Hanya Di Kau yang akan memiliki....*

Ira Fashua... begitu indah seungkap nama. Lembut bila disebut, sedap bila menyapa di pendengaran, tapi bagai tidak layak bila pemiliknya seorang yang agak kasar. Tersasar jauh dari sifat lemah lembut seorang perempuan. Angin taufan ribut Lanina yang hadir tanpa amaran sering membuat gadis itu kerap berada di gelanggang pertengkaran. Namun Ira Fashua tidak pernah menghiraukan. Apa sahaja yang tidak berkenan dan kena pada hati dan pemikiran, bakal diperdebatkan tanpa mengira siapa pesaing yang menjadi pasangan.

Dalam usia yang meniti ambang, gelaran 'Andartu' sering dijadikan perkaitan akan sikap gadis itu yang sebegitu. Berbagai insiden berlaku selepas perkenalan luar jangka yang terjadi antara dirinya dengan Erze Zullis. Keduanya punya persamaan, dicanai dan terbentuk dengan sikap dan sifat yang sama. Istilah mengalah atau beralah bagai tidak pernah wujud dalam diri keduanya bila berada di gelanggang perdebatan. Tutur kata menjadi senjata, degil dan ego menjadi perisai untuk meraih kemenangan. Ada sahaja yang menjadi agenda perdebatan mereka. Ada sahaja yang jadi umpan untuk meledakkan kemarahan keduanya. Benci dan menyampah berselerak di dalam hati membuatkan keduanya bagai tidak boleh bertemu. Lebih-lebih lagi ada insiden di airport yang membuahkan dendam di hati Erze Zullis terhadap Ira Fashua, dendam yang perlu dibayar. Menuntut bela terhadap kesakitan yang dialami hadiah dari gadis ayu sekasar Ira Fashua. Namun dalam pada itu, tanpa sedar hati diacah satu rasa yang cuba dibendung dan dinafikan sekeras-kerasnya. Kata Ira Fashua Erze budak mentah, manakala bagi Erze Ira sudah diambang ketuaan... not his teast anymore. Berlagak dan angguh keduanya menafikan acahan yang mula mengusik.

Perkenalan Ira Fashua dengan Xu Da Feng seakan menyedarkan hati seorang perempuan bahawa dalam sebuah kehidupan kehadiran seorang lelaki masih diperlukan. Namun nostaljia silam mengunci sekeping hati di dalam frezer hingga membekukannya membuatkan Ira Fashua masih tega membiarkan dirinya terus dibelenggu kebekuan. Biarpun Xu Da Feng kerap membuatkan Ira Fashua keriangan. Tanpa sedar hati yang beku Sang Arjuna Cinta melepaskan panah berbahang cinta. Pada siapa di tuju dan siapa yang terkena tuju. Mengapa pula tiba-tiba Erze Zullis diambung tsunami cemburu yang membuak-buak..... Semuanya terjawab bila kita mulakan pengembaraan dalam Hanya Di Kau......

Novel yang aku cari dari sebuah toko buku ke sebuah toko buku dan akhirnya seseorang yang membelikannya untuk aku. Memang aku tak menyesal tapi terasa macam terhutang budi pulak pada yang membelikan. Kali pertama membaca, aku dah tersenyum. Susunan ayat penuh selamba.... gila-gila dan santai habis. Memang best... syiok bangat. Kalau aku nak ceritakan secara keseluruhan, tak bestlah kan, tapi aku berani jamin pelaburan yang dibuat untuk novel ini tidak akan mengecewakan. Jika tidak masakan novel ini menjadi Best Seller 2007 dibawah terbitan Buku Prima.

Well komen aku:

Hanya Di kau punya kekuatan berlandaskan plot cerita santai dengan gaya bahasa yang mudah dan selamba. Sikap dan sifat watak utamanya Ira Fashua dan Erze Zullis yang bagaikan anjing dengan kucing membuatkan plot cerita ini berkembang tanpa rasa bosan. Berbagai insiden yang berlaku membawa kita sama-sama tersenyum, tertawa dan kadang kala terasa geram dan marah justeru keduanya tidak pernah mahu memahami istilah toleransi untuk terus mendominasi apa yang mereka inginkan. Kewujudan orang ketiga yakni Xu Da Feng juga dicanai dengan cantik. Sikap pemuda China-Korea yang mampu membuai perasaan Ira Fashua membuatkan ada yang merasa tercabar.

Aku suka usaha dan cara Erze Zullis menawan hati isterinya. Nak tahu sapa isteri dia, kenalah baca sendiri dan yang paling best bila dia menghilangkan diri... kenapa dan apa yang dibuatnya.... semua akan terjawab bila kita membaca. Dan satu lagi yang best... kehadiran lima pasang anak kembar.... Wallah... meriahnya.... hehehehehe

Apapun aku rasa kali ini penulis berjaya menghasilkan sebuah garapan yang benar-benar tidak mengecewakan.... walau lekuk dan lenggok terkadang pincang tapi semuanya dapat ditampung dengan cantik hingga sukar untuk kita rasakan kejanggalannya. Syabas buat si penulis.... moga selepas ini akan hadir sebuah lagi karya beliau yang akan terus menjulang nama dan mengiktiraf usaha yang selama ini beliau lakukan.... Syabas dan tahniah sekali lagi.....


Aku Cinta Kamu....
Biarpun tak terucap
Biarpun tak terzahir
Tapi rasa itu tetap ada
Mengalir dalam tiap urat nadiku

Dialah Di hati....
Tiada dua tiada pengganti
Meski hadirnya sekadar dalam mimpi
Menemani tika lena di buai illusi

Hati ini milik Siapa...
Sering ku tanya pada diri
Mencari jawapan di tiap penjuru
Tiap destinasi persinggahan hati

Kau Yang Tak Mengerti...
Bicara ini bagai tiada terjemahan
Sukar mencari definasi
Walau kita tetap berturur
Dalam satu bahasa yang sama

Hanya Di Kau....
yang mula bertahta
Di singgahsana sekeping hati
Biar tidak ku tahu
Bila semua itu terjadi.....

Permintaan....

Aku tengah layan boring... mengadap document yang menimbun dalam database, tercari-cari dari mana harus aku mulakan... kala itu juga telefon di meja menjerit.... tanpa memandang, terus sahaja tanganku mencapai

>> Mir! Esok turun untuk practice netball yer. Tanpa salam aku diterjah dengan permintaan bersulam arahan dari teman yang menalifon.

>> Assallammualaikum. Kalau iyer pun dahulukan salam sebelum menerjah. Erm practice netball... biar betul....

>> We just have this week and next week before our IDG games. We run of time to practice.

>> kenapa mendadak aje. I ingat tahun ni malas nak main, lagi pun semua diam.

>> As usual lah Mir, I tak nak komen, tapi I harap sangat you turun sama yer. Ajak member lain.

>> Setakad turun rasanya tak ada masalah... boleh aje tapi

>> Turun dan main sekali lah. Kita tak ada tempat nak practice sebenarnya. YMCA tengah renovation, DBKL court dah kena book. I had no choice selain dari arrange friendly match between us and team yang dah book court tu.

>> Maknanya esok....

>> Yup... kita lawan dalam practice. Okey, I see you tomorrow everning. Need to email the rest of our friend.

Aku terkedu... telefon sudah pun kembali bisu, tapi fikiran ku tidak pulak bisu... merewang sejauhnya.... Aku nak kembali bermain netball... Biar betul.... sedangkan aku dah dapat warning untuk tidak bermain lagi.... Ahhhh

Sunday, June 01, 2008

Di sebalik Tabir Jumaat......

Seharusnya N3 ni awal-awal lagi ku muatkan, tapi kesibukan yang tidak berginjak membuatkan aku terkepung dalam kepongan kebusyan yang teramat sangat... Entah bilalah agaknya aku mampu membebaskan diri... rasa macam nak lari jer... lari pulang ke kampung... melepaskan lelah sambil melontarkan segala bebanan yang maha berat dan hebat dari puncak Jerai ke denai di kakinya... tapi kan sure aku tak boleh buat canggitu kan... tidak sama sekali.... akhirnya aku cuba pujuk hati dan diri... mengajar erti muhasabah dan redho terhadap setiap yang diberi dalam sebuah kehidupan.... Tentu ada hikmah yang menanti di penghujungnya kan... Eh! Apa da aku mengarut... Ah! Lupakan dan abaikan sahaja.... tak penting pun.....

Malam ni rumah aku dikunjungi 'tetamu' yang sudah tentu-tentunya tak perlukan pengenalan..., tak perlukan undangan, kehadiran mereka tetap dialu-alukan. Itulah resam keluargaku.... berpegang pada pesanan yang sudah diwarisi turun temurun... tiap tetamu yang berkunjung harus dimuliakan... dan aku pulak selepas beberapa jam menzahirkan diri bersama mereka terus aje menyelinap untuk proses 'berkurung' bila sahaja peluang itu terbuka luas. Kenapa.. erm jangan di tanya kenapa... mungkin kerana aku tak rela hatta mahu diriku dijadikan topik perbualan lebih-lebih lagi dengan keadaan diri yang tidak menentu sejak dua menjak kebelakangan ini.... Jadi untuk sesuatu yang lebih selamat, ada baiknya aku bersendirian di permis peribadiku........

Key, balik pada Tabir Jumaat yang lalu... Dengan penuh kebanggan aku dan beberapa orang teman telah berjaya menjayakan 'Pot Luck' [istilah apalah tu.. aku sendiri sebenarnya pelik] untuk kali kedua.... seronok sebab di saat-saat akhir boss aku pun turut sama... kelakar jer.. bila mengenangkan juadah yang kami siapkan tidaklah segah mana... tapi acara itu berlangsung dengan penuh 'happening giler' dengan kespotingan boss aku.... korang lihat sahajalah dari koleksi gambar-gambar yang sempat aku rakamkan ini......

Buat semua teman-teman dan boss yang telah menjayakan PoT LuCk yang tak seberapa ini, thanks a lot... It's really happening... Hope next time we can arrange it again........