Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, June 04, 2008

Tak Membebankan...?????

Aduh! Letihnya aku hari ini... tersekat dalam kesesakan gara-gara satu pengumuman yang sungguh-sungguh mengejutkan.... sungguh tidak di sangka buah cempedak dah bertukar jadi buah durian belanda...

Petang tadi dengan penuh rasa tanggungjawab, pengumuman KENAIKAN HARGA PETROL diumumkan oleh orang nombor satu negara. Kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen iaitu daripada RM1.92 kepada RM2.70 bermakna sebanyak 41 peratus. Manakala harga diesel pula naik kepada RM2.58 yakni RM1 berbanding harga sebelumnya adalah RM1.58 seliter. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Kenaikan harga itu merupakan sebahagian langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini. Rasanya sejak awal 2004, Pak Lah sudah tujuh kali menaikkan harga petroleum dan ia ternyata berjaya mencecah rekod Perdana Menteri sebelum ini. Wah! boleh masuk dalam Malaysian Book of Record gitu.. cayalah Pak Lah.. Bravooooo atas kejayaan anda.

Namun apakah ada kesedaran bahawa apa yang sedang dilakukan ini merupakan satu bebanan yang terlalu payah dan berat untuk digalas oleh rakyak khususnya yang berpendapatan rendah hatta sederhana?? Wajarkah perbandingan harga bahan api ini dibuat dengan negara bukan pengeluar seperti Thailand dan Singapura??? sedangkan umumnya Malaysia adalah di antara negara pengeluar???? Kerajaan cuba memujuk rakyat dengan membandingkan harga minyak dengan negara-negara lain di Asia Tenggara, cuba memperlekehkan rakyat dengan statistik seperti itu, sedangkan negara terbabit bukan pengeluar minyak lagi pun kos hidup rakyat di negara berkenaan seperti Thailand jauh lebih rendah berbanding di negara ini.

Aduh! Keluhan yang terhunus dan riak kecewa jelas terpancar di setiap wajah yang mendengar pengumuman itu. Belum pun reda isu beras, kini kenaikan petrol pula harus digalas. Mahu atau tidak, bahan penting itu mesti juga dibeli, kalau tidak masakan kereta boleh bergerak dengan sendiri.. lainlah kalau boleh guna kuasa sola, itu pun hanya di waktu siang hari. Kalau malam, nak gerak camne... guna kuasa bulan ke.... Apa pun kita harus juga bersedia... bersedia untuk kenaikan barang-barang yang lain pulak... mustahillah kenaikan petrol yang merupakan bahan utama dalam segala bidang tidak akan mendatangkan impak kepada perkara-perkara yang lain. Ah! Apa nak buatkan... pastinya budget kehidupan akan meningkat lagi....

Kalau yang berpendapatan tinggi, mungkin impaknya dirasa macam gerimis, yang berpendapatan sederhana bagai hujan biasa tapi bagaimana pula untuk yang berpendapatan rendah..... Punya anak-anak yang masih bersekolah, tinggal menyewa, isteri pulak tak bekerja... sudah pasti impaknya bagaikan hujan lebat yang boleh membawa bencana. Silap haribulan boleh jadi Tsunami andai nasib tidak menyebelahi dalam sebuah kehidupan. Apakah semua ini sudah di kaji oleh golongan yang sepatutnya.. yang diberi mandat dan kepercayaan untuk memperjuangkan hak dan terus membela nasib mereka????

Kadangkala terasa juga seperti dianak tirikan. Usaha gah dilaksanakan untuk membantu negara luar yang ditimpa malapetaka, tapi bagaimana dengan kita, rakyat yang sepatutnya lebih dahulu diberi perhatian.... Apakah kita lupa akan pengertian pepatah lama ini.. 'Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan' atau mungkin definasinya sudah berubah menjadi 'bantulah kera di hutan supaya susunya boleh diberikan kepada anak yang kelaparan di rumah... ' entah... aku pun bukan arif dalam isu ini, tapi kenaikan harga petrol yang cukup tinggi dalam sejarah negara sesungguhnya merupakan satu bebanan yang maha berat untuk digalas oleh rakyat..... FIKIR- FIKIRKAN LAH ADUHAI PARA PEMIMPIN NEGARA YANG MASIH DIHORMATI....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home