Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, March 31, 2008

Renungkan lah......

Assalamualaikumwbh.

Kenapalah orang kita suka sangat mengikut apa sahaja yang dibawa atau diraikan oleh golongan barat….. kita lebih gah pada Valentine…. Lebih seronok memperlekehkan kawan-kawan dengan gurauan yang terkadang keterlaluan. Sedangkan tahukah kita apa sebenarnya yang tersembunyi disebalik apa yang sering menjadi ikutan itu….. marilah kita sama-sama menyuntik iktibar dan muhasabah diri dengan cerita ini…. Apakah kita masih sanggup membiarkan agama dipersendakan sewenangnya hanya dengan satu permainan yang ternyata sekadar satu kebodohan yang dicipta untuk satu kemusnahan……..

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah! Gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yangdimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu.....
rawahuttirmizi Illal Liqaq ..

Laju... laju....

Laju... laju.. buai ku laju....
Pohon beringin tegak berdiri
Akar berjuntai menyapu bumi
Aku ingin hidup gemilang
Nasib malang suratan diri
Hidup aku tidak beribu
Aku lah anak yatim piatu
Laju.... laju... buaiku laju.....

Di kampung, aku memang suka berbuai.... sejak kecil lagi aku memang ada sebuah buaian yang dibuat oleh arwah papa di pohon mangga mengadap bendang. Di situlah aku sering habiskan waktu kalau tiada aktiviti brutal dengan abang-abang sepupuku yang lain. Biasanya waktu tu aku akan berangan kononnya aku ni Bawang Merahlah... dalam citer dongeng Bawang Putih Bawang Merah. Seronok.... terasa cam puteri pun iyer gak.... lebih-lebih lagi bila waktu petang kala angin bertiup sepoi-sepoi tak reti bahasa.... Kala itu... aduh! Memang terasa bahagia betul.... hingga ke hari ini, buaian itu masih lagi ada di situ.... di pohon mangga yang aku pun tak tahu dah berapa puluh tahun umurnya. Apa pun sampai sekarang tiapkali aku balik kampung aku mesti meluangkan waktu di buaian... sambil baca buku atau apa sahajalah yang sewaktu dengannya. Aduh! Tetiba aku rasa rindu.... rindu yang amat sangat.... rindu pada BUAIAN aku....

Laju... laju... buaiku laju.....
Aku nak kawin dengan anak raja....
Eh! itu lirik si Putih..... silap... silap.....
Bertiuplah oh angin bayu
Laju... laju buai ku laju....

Menghitung....

Detik waktu terus berinsut.... samada perlahan atau deras, tak dapat dipastikan walau sebenarnya sama sahaja peranjakannya setiap hari. Aku yakin semua sudah mula menghitung.... bukan menghitung untuk sambutan kemerdekaan ataupun tahun baru, sebaliknya perhitungan untuk satu pertemuan... Yang jauh pasti sudah teruja dan tak sabar untuk bertemu. Yang dekat pulak.... sudah pastinya lebih teruja. Apapun aku yakin setiap dari kita punya persepsi berlainan dalam perhitungan yang bakal berakhir tidak lama lagi.

Tadi aku terima satu sms dari member...

'salam. pu3 datang 12hb,kn'

aku dah tersengeh sorang-sorang. Woi! ada wayer putus ke... atau fius terbakar.... sengeh tak toleh kiri kanan... sergah hati ku sendiri. Apapun hari ini aku nak jadi nakal sikit... saja sms tu aku biarkan... tidak ku balas sebagaimana lazimnya. Melakukan penderaan yang pasti tiada sebarang hukuman yang bakal dijatuhkan ke atas kesalahan tersebut.... hehehehehehe aduh! pu3 kenapalah dengan engkau ni.... jajalnya... apapun insyaAllah, andai diizinkan-Nya aku memang akan menghadirkan diri pada tarikh yang telah ditetapkan.... Don't worry, tapi aku yang sebenarnya aku ni yang dah terlebih worry dan gabra tahap gaban.....

Yuk Kita renung-renung.....

Apabila kau ingin berteman,
Janganlah kerana kelebihannya,
Kerana mungkin dengan satu kelemahan,
Kau mungkin akan menjauhinya. ...

Andai kau ingin berteman,
Janganlah kerana kebaikannya,
Kerana mungkin dengan satu keburukan,
Kau akan membencinya. ...

Andai kau inginkan sahabat yang satu,
Janganlah kerana ilmunya,
Kerana apabila dia buntu,
Kau mungkin akan memfitnahnya. ...

Andai kau inginkan seorang teman,
Janganlah kerana sifat cerianya,
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan,
Kau mungkin akan menyalahkannya. ...

Andai kau ingin bersahabat,
Terimalah dia seadanya,
Kerana dia seorang sahabat,
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna,
Kerana kau juga tidak sempurna,
Tiada siapa yang sempurna...
Tapi bersahabatlah kerana Allah..

Sabda Nabi S.A.W. Maksudnya,
"Orang yang berjuang atau berjihad sebenar ialah orang yang berjuang melawan hawa nafsu dan menunduk dan mengendalikan sehingga taat kepada Allah subhanahu wata'ala."

Firman Allah S.W.T Maksudnya,
"Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada padanya. (Bukan sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi kepada mereka al-Qur'an yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan kemuliaan kepada mereka; maka al-Qur'an yang demikian keadaannya, mereka tidak juga mahu menerimanya." Surah Al-Mu'minuun Ayat 71

Saturday, March 29, 2008

Lemah lembutnya wanita

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat, celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat... di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah... bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju
Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI.....

Jadi minah Jepun.....

Malam ni aku dijamu dengan hidangan Jepun.... perancangan awal sepatutunya tengahari tadi, tapi setelah aku dengan tega meninggalkan perkarangan KLCC setelah hati terguris dan dihiris rasa sayu, maka perancangan itu dibawa ke malamnya. Itupun setelah puas Kak Long dan Kak Ngah menjadi pemujuk tak rasmi agar aku tidak emosional dengan apa yang aku rasa.... [Kesian depa... tak pasai kena pujuk aku] Kata Kak Long, yang mengajak tak bersalah malah tak tahu apa yang telah terjadi, so adalah tidak patut dan tidak adil andai aku lempiaskan rasa hati kepadanya.... Aku jadi akur akhirnya malah memang aku sudah menyimpul janji untuk bertemu dengannya tengahari tadi setelah selesai pertemuanku dengan Dr Kamal, tapi atas sebab tertentu aku mungkiri janji itu. So malam ini aku tak punya alasan..... mahu atau tidak, rela atau terpaksa aku melangkah jua. Kali ini tiada yang menjemput selain dari Train Putra yang bakal membawa pu3 ini ke destinasi yang hendak di tuju.

'Sorry tak dpt jemput, ada kerja belum selesai. Jumpa di stesyen KLCC.' itulah sms yang dihantar ke telefonku.

Aku tiba di stesyen KLCC jam 08.00 malam. Sebaik sahaja pintu train terbuka, terlihat oleh ku sekujur tubuh yang sedang duduk di bangku yang tersedia. Dalam diam aku amati penampilannya. Kemeja berwarna purple digandingkan dengan slack hitam. Lengan baju tersebut sudah dilipat hingga ke paras siku membuatkan dia kelihatan agak santai. Dia leka dengan telefonnya, mungkin menitipkan sms atau sedang membaca apa yang tertera membuatkan kehadiranku langsung tidak disedari.

'Assallammualaikum. Sorry, saya lambat.' sapa ku perlahan supaya tiada kejutan yang akan membawa padah atau memaksa ambulan di hubungi untuk memberikan bantuan membawa mangsa ke hospital. Sejalur senyuman terbias diwajahnya setelah salam yang ku berikan disambut. Kami bergandingan melangkah keluar tanpa aku tahu ke mana sebenarnya arah tujuan. Apapun aku malas nak bertanya... just ikutkan sahaja langkahnya.

'Cantik awak hari ni.' Satu pujian kedengaran di pendengaranku. Ah! biar betul mamat ni. Aku belek penampilan ku..... dengan hanya mengenakan skirt labuh berwarna hitam yang ku gandingkan dengan blouse putih berbunga purple dan tudung purple, aku dikategorikan sebagai cantik.... dasar mata mamat ni sumthing wrong sumwhere. Apapun terima kasihlah banyak-banyak walaupun ianya tidak sedikitpun aku perlukan.

'Okey kita dah sampai....' Dia melangkah masuk ke sebuah restoran jepun. Mahu tak mahu aku mengikut sahaja. Seketika kemudian kami diberi menu lantas mula membuat pilihan. Dia begitu mudah menentukan apa yang ingin dijamahnya sedangkan aku masih lagi membuat pengiraan dalam penimbangan dan akhirnya..... ini yang kami order..... Sushi yang terhias cantik dan memang sedap, Salmon Teriyaki untuk dirinya dan aku dengan set tempura



'Makanan di sini sedap, saya selalu datang dengan member office bila teringin nak makan makanan Jepun. Sepatutnya lepas solat Jumaat tadi kita ke mari kan, tapi saya pulak terikat dengan meeting hingga membuatkan orang tu bosan tunggu dan terus pulang ke rumah. Saya minta maaf. Tak sangka meeting yang sepatutnya hanya mengambil masa 1 jam berlarutan. Ada isu yang perlu di putuskan segera.' terangnya lembut.

Aku jadi terkedu.... atas dua sebab. Pertama kata-katanya sebentar tadi, ingin aku turut menikmati keenakan makanan di tempat yang sudah dicubanya terlebih dahulu sama seperti yang sering dilakukan oleh seseorang selama ini. Membawa aku menikmati juadah di tempat yang dicubanya terlebih dahulu.....

Kedua, penerangannya sebentar tadi. Mengklasifikasikan tindakanku kerana dirinya yang terikat dengan meeting membuatkan aku mengambil keputusan pulang ke rumah. Aku benar-benar dipagut rasa bersalah. Aku meninggalkan dia bukan kerana bosan, tapi atas sebab lain.... tapi dia.... Ah! entahlah..... apa pun aku try untuk letakkan ke tepi apa yang aku rasa supaya tidak menjejeskan suasana malam ini. Aku tahu, aku perlu menghargai usaha yang sedang dilakukannya tika ini. Bukan bermakna aku sudah boleh mengubah keputusanku, tapi tak salahkan andai kebaikan yang dihulurkannya kala ini ku balas dengan kebaikan juga. Kami menikmati hidangan yang sudah tersedia.

"Dia ada called awak?" tak ku sangka itu pertanyaan yang diajukan. Dari riak wajahnya aku tahu persoalan itu sudah ada di mindanya sejak dari awal lagi, cuma mungkin menanti masa dan ketika yang sesuai untuk bertanya.

"Dia hantar sms pada saya awal pagi tadi.... kalau tak silap jam 07.00 lebih. Seungkap salam dan dua icon gembira menghiasi telefon saya." terang ku tanpa berselindung, namun aku tidak menunjukkan sms tersebut padanya.

"Betulkan apa yang saya katakan semalam. Dia juga berkongsi apa yang awak rasa. Mungkin keadaan tidak mengizinkan untuk dia menghubungi awak. Apapun saya yakin dia tak akan tinggalkan awak, tidak dalam waktu terdekat dan tidak pada masa akan datang."

"Jangan terlalu yakin dengan sesuatu yang tidak kita ketahui. Saya tak mahu komen apa-apa." Aku mengeluh sendiri.

"Tak kan awak nak give up.... come on, beri dia masa untuk selesaikan segalanya. Saya yakin dia tak mahu awak pergi dan bukan itu yang dia inginkan. Dia tetap orang yang sama yang awak kenal, cuma kini keadaan dan status dia yang sudah bertukar membuatkan masa lebih banyak menuntut perhatiannya. Awak perlu faham itu. Bukan mudah untuk menjadi seorang Tax Manager yang baik.... dia perlu buktikan segalanya dan awak perlu terus beri sokongan pada dirinya." Aku kaget, bagai tidak percaya kata-kata itu datangnya dari dia. Lama mataku menentang wajahnya.

"Mir! Kalau tak ada aral melintang, saya akan berangkat ke Oman pada pertengahan bulan depan. Maybe saya akan ke Mekah dahulu dengan ibu, ayah dan family Dr Kamal untuk buat umrah sebelum memulakan tugas saya pada awal bulan Mei. Sepatutnya saya pergi ke sana awal bulan April ni, tapi saya minta tangguh. Saya nak lihat novel sulung awak di pasaran walaupun saya sedar saya bukan orang yang awak harapkan untuk ada dengan awak tika itu. Awak harapkan dia kan." perlahan suara yang menyapa pendengaranku meberikan penjelasan membuatkan aku jadi terpana. Lama wajahnya ku tatap.

"Jadi juga awak pergi? Well, saya harap awak dah fikirkan masak-masak. Kalau ini yang terbaik untuk awak, saya just doakan moga awak dapat apa yang awak inginkan."

"Thanks Mir, saya gembira dapat menempatkan diri saya sebagai kawan awak cuma saya lihat lewat kebelakangan ini, keyakinan awak terhadap diri seakan menurun. " komennya tanpa pinta.

Aku diam. Benarkah aku sudah berubah.... dan benarkah perubahan itu terlalu ketara pada pandangan orang-orang yang rapat denganku? Hanya keluhan yang terungkap di bibirku.

Thursday, March 27, 2008

Kerana Satu Rasa

Tugasanku tidak selancar yang diharapkan… Tadi lagi aku dah ditegur… khilaf yang aku lakukan sungguh tidak mungkin dapat diterima oleh managerku…. Payment voucher yang ku sediakan melebihi jumlah yang sepatutnya…. Penambahan satu 0 pada jumlah yang sepatutnya memang di luar dugaan. Inilah jadinya… bila tangan bekerja tapi fikiran entah di mana…. Mahu tak mahu aku terpaksa tadah telinga mendengarkan bebelan yang dihadiahkan beserta package yang sudah lama tersimpan… yer, mungkin ini waktu dan tika yang terbaik untuk melancarkan serangan bila kealpaan dan kekhilafanku sudah teserlah…. Ah! Entahlah….

Hari ini aku tiba-tiba rasa bagai diapung rindu dalam tandatanya… Tercari-cari dalam kehilangan yang masih berjejak…. Tahu di mana, tapi sukar dikesan…. Bimbang andai menguris dan mencalar dek perbuatan seperti dulu…. Lantas pasrahlah diri untuk terus bersendikan penantian…. Merelakan hati terpenjara dan dipenjara oleh ingatan yang tidak tega membebaskan diri…. Tiada yang boleh dijadikan penawar pada sebuah rasa yang datang... segalanya sudah hilang bersama desis angin malam yang berbisik sayu......

Janganlah terjadi
Yang selalu ku takutkan
Beribu cara kan ku tempuh
Selamanya kan ku jaga dirimu
Seperti kapas putih di hatiku.....

Rasa ini.....

Sudah seminggu hati Irash Asyrika diacah keperbagaian rasa. Namun sengaja cuba di tahan dan buat tak kisah atau dengan bahasa rock sempoi… buat bodoh kodok je…. Tak mahu melayan dan terlayan justeru yang teruk dirinya juga. Namun hari ini gadis itu bagai tewas dalam ketewasan bersifatkan impak maksima. Aduh! Sakitnya…..

Lintasan nama Adib Shaziman seakan pancaran sinar xray gama yang bisa mencairkan kebekuan yang sedang melanda minda Irash Asyrika. Dia jadi kalut… jenuh dikembangkan payung kerelaxan untuk melindungi minda dari terus mencair. Hatinya gementar tiba-tiba. Berpeluh bagaikan baru sahaja selesai menyertai kejohanan squash peringkat antarabangsa. Ah! Mengapalah dirinya jadi sebegini….. jeritan batin bergema meski ianya tidak didengari oleh sesiapa.

“Irash, awak ada masalah ke?” soal Ikhwan Hakim. Wajah gadis itu dijamahnya lembut. Sedari tadi mata lelakinya tidak buta untuk melihat biasan kesuraman yang terlontar dipandangannya.

“Tak ada apa-apa. Saya okey… cuma sibuk...” sebagaimana lazim alasan lapuk ibni cabuk itu juga yang diungkap dan terungkap. Ikhwan Hakim tersenyum sinis. Dasar budak degil… ada saja lapik beralas untuk menyembunyikan segala yang sedang dirasa. Hati anak muda itu bermonolog.

“Tak payahlah awak nak sindir saya dengan senyuman sinis awak tu. Apa! Awak tak percaya ke dengan apa yang saya katakan?” signal ketidakpuasan hati sudah mula menyala.

“Ada saya kata saya tak percaya dengan apa yang awak cakap?” soal Ikhwan Hakim kembali. Dia sudah menyandarkan tubuh lantas menentang pandang pada wajah yang berada di hadapannya kini.

Irash Asyrika merengus. Geram dengan sikap anak muda yang seorang ini.

“Irash, apa pulak yang dia dah buat pada awak kali ini?” tanya Ikhwan Hakim. Intonasi suaranya lembut menyapa pendengaran.

Irash Asyrika membungkam. Perlukan diceritakan apa yang sedang bersarang di jiwanya… Haruskan berkongsi apa yang dirasa dengan anak muda itu? Dia sendiri tidak pasti.

Come on Irash. Masa saya tinggalkan awak tempohari, wajah awak tak ceria. Hari ini bila saya jumpa awak pun saya disambut dengan wajah yang sama. Apa yang tak kena Irash?”

“Tak ada apa-apa. Kan saya dah kata saya sibuk.” Irash Aryrika masih mempertahankan alasan lapuknya.

“Sibuk fikir pasal Adib?” tekan Ikhwan Hakim. Dia sudah tersenyum dan cukup sinis pada pandangan mata Irash Asyrika.

“Awak peduli apa. Kalau benar pun saya sibuk fikir pasal dia, awak sakit kat mana?” sergah gadis itu keras. Wajah Ikhwan Hakim dijelingnya tajam.

“Betul awak nak tahu saya sakit di mana bila lihat perlakuan awak sekarang ini?”Ah! perang emosi sengaja dilancarkan. Ikhwan Hakim membalas renugan tajam gadis itu.

Irash Asyrika merengus. Dia bagai kehilangan kata. Mengapa anak muda yang ada di hadapannya itu sibuk dengan urusan yang sah-sah bukan sebahagian dari urusan rasmi buat dirinya. Sengaja untuk mengambil tahu lantas bisa menggunakan kesempatan yang ada untuk melancarkan serangan entah dalam bentuk apa pula. Wajah gadis itu sudah kelat.

“Okey, saya tak mahu bertengkar dengan awak dan bukan itu juga niat saya. Saya sedar saya ni bukan sesiapa pun pada awak. Okey saya terima. Kita dah setuju kan Irash. Persengketaan kita sudah kita selesaikan dengan termetrinya plan perdamaian yang dah kita persetujui. Saya harap awak tak cabuli sewenangnya dengan tanggapan awak yang dah memang jelas-jelas menyimpang. Sebenarnya saya sekadar nak tolong redakan apa yang awak rasakan sekarang. Saya tahu emosi awak tak stabil walaupun awak cuba perlihatkan kestabilan itu. Listen Irash, as a friend I just try to help even I know you not welcome it and please, don’t get me wrong Irash. Saya tak mahu merebut tempat yang bukan dan tak akan jadi milik saya tapi beri saya peluang untuk tolong awak. Jadi pendengar pun saya dah cukup puashati,” pinta anak muda itu bersungguh-sungguh.

Irash Asyrika tunduk. Tubir matanya sudah basah diziarahi manik-manik jernih. Dia terharu mendengar kata-kata Ikhwan Hakim. Betapa dirinya silap dalam menafsir kewujudan anak muda yang ternyata sudah berubah dari sebelumnya. Apakah ini yang diperolehi oleh anak muda itu setelah bercuti dalam perlarian ke desanya tempohari?

“Irash….” Lembut panggilan Ikhwan Hakim menyentap seluruh lamunan gadis itu.

I miss him… Saya tak tahu apa khabar dia sekarang dan saya juga tak tahu bila kali terakhir kami berkomunikasi, cuma saya rasa macam dah lama sangat saya tak dengar khabar darinya jauh sekali suara dia.....” luah Irash Asyrika akhirnya. Diangkat wajahnya perlahan-lahan. Tubir mata yang basah disekanya pantas. Dia sedar, dia tidak mampu untuk terus berselindung disebalik kepura-puraan yang bukan miliknya.

“Kalau Adib tak hubungi awak, mengapa tidak awak sahaja yang hubungi dia. Mungkin dia sibuk dan tak berkesempatan untuk lakukan apa yang menjadi kebiasaan buat kalian berdua.” saranan yang diberikan sekadar disambut dengan gelengan kepala.

“Awak tak faham Ikhwan. Saya tak boleh hubungi dia. Saya tak mahu lakukan kesalahan yang pernah saya lakukan hingga membuatkan saya hampir-hampir kehilangan dia. Sekarang pun natijah dari perkara itu masih saya rasa. Adib yang ada sekarang bukan Adib yang pernah saya kenal, tapi saya tetap bersyukur justeru saya masih diterima walau saya tak tahu di mana tempat saya sekarang,” ucap Irash Asyrika sayu. Manik jernih sudah mula menguntai di pipi mulusnya.

“Ya Allah Irash, habis sampai bila awak nak biarkan diri dan hati awak macam ni? Adib perlu tahu.” Ikhwan Hakim benar-benar terkejut.

“Tak perlu Ikhwan. Saya masih boleh tahan dengan apa yang saya hadapi. Keadaan saya tidak penting, apa yang lebih penting bagi saya adalah kegembiraan dan kebahagiaan Adib. Saya akan rasa gembira bila dia capai apa yang dia inginkan. Bahagia bersama orang-orang yang dia sayang. Saya pernah lukakan hati dia Ikhwan, dan saya sudah berjanji pada diri saya bahawa saya tidak akan sekali-kali ulangi perkara sedemikian lagi. Saya sayang sangat pada persahabatan ini dan saya tak sanggup untuk melalui satu kehilangan. Lebih baik keadaan kami begini dari saya terus hilang dia. Iyer mungkin ini juga di antara balasan terhadap apa yang dah saya lakukan dulu. Saya cuba redho dan pasrahkan diri untuk menerima segalanya.”

“Irash, saya benar-benar rasa cemburu pada Adib… cemburu kerana persahabatan kalian…. Saya tak tahu apa yang dia rasa, tapi kalau saya di tempatnya, saya akan rasa bertuah lantaran punya kawan dan teman seperti awak yang amat penyayang pada diri dan juga sebuah perhubungan. Seharusnya Adib menyedari hakikat itu. Jangan kerana kesalahan lalu membuatkan dia alpa akan kehadiran awak, “ komen anak muda itu perlahan. Dia mengeluh. Cuba melepaskan rasa yang tiba-tiba mula mengacah jiwa dan emosinya.

Irash Asyrika diam Pandangannya dilemparkan sejauhnya biarpun dia sendiri tidak tahu ke mana paksi dan dimensi pada pandangannya itu. Memang dia sedar, sejak tragedi itu menimpa hubungannya dengan Adib Shaziman terlalu sukar diramal. Ada dalam tiada dan jauh walau jaraknya tidak seberapa. Apa pun Irash Asyrika tetap cuba meredhokan hatinya untuk menerima ketentuan itu sebagai ujian buat dirinya. Mungkin juga itu balasan dari kekhilafan yang pernah dilakukannya dulu. Balasan atas kesakitan dan kelukaan hati yang dirasai oleh Adib Shaziman.

“Irash, awak nak tahu tak kenapa tiba-tiba saya lari bercuti ke kampung awak. Ke rumah Tok Mak awak?” tanya Ikhwan Hakim tiba-tiba. Dia tersenyum melihat kerutan yang terbias di wajah gadis di hadapannya.

“Sebenarnya saya cuba nak faham awak sebab itulah saya pilih untuk ke sana. Sewaktu di kampung awak, Tok Mak awak suruh saya tidor kat bilik awak, walau diawalnya saya keberatan tapi entah macamana akhirnya saya setuju. Mungkin saya boleh temui apa yang saya cari tentang awak dan ternyata ianya tepat. Melihat bilik awak yang kemas tersusun rapi dengan deretan teddybear di atas katil membuatkan saya tahu awak ni seorang yang manja. Tepat title sebagai anak bongsu dalam keluarga. Saya perhatikan segalanya milik awak. Kemudian saya ke tempat awak selalu menghilang bila awak ada masalah. Memang cantik dan damai tempat tu. Saya juga berpeluang menghabiskan masa dengan abang sepupu awak. Banyak juga dia bercerita pasal awak… kisah masa awak kecik-kecik, kisah mereka kena marah sebab bawak awak main rakit dan gagau ikan di taliair dan macam-macam lagi. Seronok saya dengar. Malah saya juga dapat rasanya keluarga awak cukup penyayang. Mudah menerima sesiapa sahaja dengan baik. Kalau mereka dapat terima saya, pastinya mereka lebih terima Adib biarpun belum berkesempatan untuk bertemu. Saya yakin itu Irash dan itu juga yang Tok Mak ceritakan pada saya. Dari situlah saya faham kenapa awak tak boleh terima saya sepertimana awak terima Adib.” Sebuah senyuman menghias di bibir anak muda itu sambil matanya terus- terusan merenung wajah Irash Asyrika.

“Apa yang Tok Mak ceritakan pada awak?” Irash Asyrika cuba mengcungkil rahsia. Ah! Apalah kisah yang sudah diperdengarkan pada anak muda itu. Janganlah hendaknya sesuatu yang memalukan dirinya.

“Adalah, mana boleh saya beritahu awak. Erm! Apa kata kalau awak cuba teka? Kalau tekaan awak betul, saya bagi hadiah.” Giat Ikhwan Hakim. Melihatkan sedikit perubahan di wajah gadis itu, hatinya dipercik sedikit kelegaan. Walau dia yakin, persoalan Adib Shaziman masih betah dalam fikiran, tapi setidak-tidaknya untuk seketika ini gadis itu mampu tertawa dan tersenyum manja. Itulah yang diingini oleh Ikhwan Hakim sebenarnya.

“Kalau awak sudi transfer Rava sport awak tu ke nama saya, nak juga saya cuba menekanya.” Irash Asyrika juga tidak mahu mengalah. Jala usikan segera ditebar. Pecah tawa Ikhwan Hakim mendengar kata-kata nakal gadis itu.

“Nantilah, bila confirm saya ke Oman, mungkin saya akan pertimbangkan cadangan awak tu. Tak payahlah saya susah-susah fikirkan ansuran bulanan yang masih belum beres.” Mereka sama-sama tertawa.


“Jadi ke awak nak ke Oman tu?“ soal Irash Asyrika.

“Tengoklah macamana... tapi rasanya jadi kut.“ jawab anak muda itu lembut. Dalam pada itu dia terus menatap wajah gadis di hadapannya.

“Jangan pandang saya macam tu Ikhwan.” protes Irash Asyrika. Wajahnya terasa berbahang. Malu bila tersedar dirinya dalam pemerhatian.

“Saya suka lihat awak senyum dan ketawa serentak. Susah tau nak buat dua perkara dalam satu masa. Erm apa pun, saya sekadar nak awak fikirkan ni. ‘Jangan menyesal pada keadaan semalam, jangan berangan pada hari esok yang tak pasti, tapi hiduplah pada hari ini dengan setiap kemungkinan dan cabaran yang allah berikan.’ Saya tahu saya ni bukan orang seni macam awak, jadi maaflah kalau susunan ayat tu tunggang-langgang. Asalkan awak faham, kira okeylah yer.”

Irash Asyrika tertawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. “Ada-ada sajalah awak ni. Erm jom lah kita balik. Esok awak dah start kerja kan dan saya pun nak kerja. Apa pun thanks a lot Ikhwan. Saya hargai apa yang cuba dan telah awak lakukan. Terima kasih.” Ucap Irash Asyrika perlahan. Dia teringatkan Adib Shaziman. Bagaimana agaknya keadaan anak muda itu hari ini… sibuk lagikah dengan tugasan dan permasalah yang kini bagai tergalas di pundaknya. Entah bagaimana sebuah keluhan terlepas jua.

“Jangan bimbang. Saya yakin orang yang sedang awak fikirkan pun berkongsi apa yang awak rasa dan fikirkan awak. Pasti dia akan telefon awak nanti. Adib Shaziman tak mungkin akan tega tinggalkan awak. Percayalah Irash.”

“Dahlah. Kita beransur… Biarlah perjalanan hidup ini terus berlalu mengikut apa yang telah ditetapkan dalam ketentuan dan takdirnya. Saya akan cuba terima sedaya yang saya mampu. Apa yang penting orang-orang yang saya sayang bahagia dan gembira.” Irash Asyrika tersenyum biarpun ianya adalah sejalur paksaan.

“Iyer dan saya juga lupa nak sampaikan pesan Doktor yang dah awak lupakan. Dia tunggu awak untuk blood treatment awak. Ingat Irash.... awak perlu jalani pemeriksaan darah setiap tiga bulan bagi memastikan masalah HB awak tak meruncing. Jangka hayat HB awak tak sama dengan orang lain. Jadi ada baiknya awak ikut saranan doktor yang sedang menanti awak tu.“ Irash Asyrika tertawa. Dia faham apa yang cuba disampaikan oleh anak muda itu, namun seperti lazim, gadis itu tetap bijak dalam konteks mengelak bila soal kesihatannya menjadi agenda.

Mereka sama-sama meninggalkan Menara Tinjau. Meneruskan perjalanan untuk pulang semula ke destinasi. Sepanjang perjalanan itu, mereka bercerita dan sesekali terdengar gadis itu ketawa walau luka di hatinya tak siapa yang mampu meneka dan menikmati......

Tuesday, March 25, 2008

Sebentuk Utusan Hati......

Terkadang apa yang kita ingin dan harap tidak dapat kita miliki. Sekeping hati dan perasaan tidak boleh dipaksa. Penerimaan atau penolakan bukan terjadi dengan satu kesengajaan. Segalanya adalah gerak naluri yang ada di dalam diri. Tok Jah membisu. Mata tuanya masih tega meratah seraut wajah murung milik cucu perempuan tunggal kesayangan keluarga. Dia sedar lewat kebelakangan ini keceriaan di wajah itu bagaikan pudar.

“Irash, kenapa tok lihat sejak akhir-akhir ini Irash muram saja. Irash ada masalah ke?” Tok Jah menghampiri Irash Asyrika yang sedari tadi bagai leka memandang langit yang terbentang luas. Entah apalah agaknya yang bercanda di halaman fikiran cucunya itu.

“Tak ada apa-apa tok. Irash cuma penat. Banyak kerja di pejabat yang perlu disiapkan,” dalih sengaja dicipta. Irash Asyrika tidak mahu Tok Jah yang sesekali datang menziarah itu turut sama susah hati dengan keadaannya.

“Irash, ni ada orang suruh tok sampaikan pada Irash.” Ucap Tok Jah sambil menghulurkan sebuah kotak kecil. Teragag-agak tangan Irash Asyrika untuk menyambutnya. Hati kecilnya dipalu debaran.

“Sapa yang bagi tok?” sedikit bergetar kedengaran suara gadis itu. Mata kuyunya bulat merenung khazanah yang termuat di dalam kotak kecil yang sudah berada di tangannya. Tok Jah tidak segera memberikan jawapan, sebaliknya sekeping nota dihulurkan kini.

“Apa erti semua ini tok? Apa maksud yang cuba disampaikan menerusi utusan tidak rasmi ini? Bila dia beri pada tok?” bertubi-tubi serangan soalan dilancarkan bersama keluhan yang mengiringi.

“Tok sendiri tak pasti apa maksud dia, cuma dia minta tok tolong sampaikan pada Irash masa dia singgah di kampung hari tu.,” Tok Jah memberikan penerangan. Dia tahu apa yang mula mengacah di jiwa cucunya itu. Mata tuanya tidak rabun untuk melihat dan menafsir akan kocakan emosi yang sedang berlaku.

“Kenapa dia tak mahu faham tok? Sudah sekian kali Irash nyatakan. Bahasa apa lagi yang harus Irasy gunakan agar dia benar-benar dapat memahaminya?” keluh gadis itu kesal. Kotak kecil yang menyimpan khazanah yang mungkin bermaksud itu diunjukkan kembali kepada Tok Jah.

“Tok dah ingakan dia, jangan mengharap sangat untuk memperolehi pulangan kejayaan dengan apa yang dia berikan ini, tapi dia tetap degil, sama degilnya macam Irash. Tak mahu mengalah. Katanya pada tok, dia tidaka bermaksud mengikat Irash dengan khazanah ini, sekadar menyimpul ucapan terima kasih atas kesudian Irash menerima dia sebagai kawan dan hadian sempena harilahir Irash yang dah terlepas tu.” Tok Jah mengungkap penjelasan lengkap.

Irash Asyrika membungkam. Minda yang lelah bagai mati untuk memikirkan apa relevant malah di mana rasionalnya pesanan yang diterima lewat Tok Jah itu.

“Tok, apa yang perlu Irash buat dengan khazanah ini?” gadis itu bertanya. Ada getar sendu yang cuba ditahannya.

Tok Jah terdiam. Tidak tahu apa yang harus dikatakan pada cucunya yang seorang ini. Memang dia sedari, Irash Asyrika seorang yang lembut tapi menjadi agak degil dan tegas dalam keadaan tertentu. Payah untuk melentur kedegilan dan ketegasannya yang telah diwarisi sejak kecil.

“Tok pun tak tahu nak kata apa, tapi cuba Irash tanya hati Irash sendiri. Jangan buat keputusan ikut pertimbangan perasaan, sebaliknya fikir bertunjangkan kewarasan akal,” nasihat Tok Jah lembut. Bahu gadis itu diusapnya penuh kasih. Hati tuanya bagai mengerti apa yang sedang ditanggung oleh sekujur tubuh itu. Namun apa dayanya untuk menolong, sedangkan empunya diri seakan tega memenjarakan segalanya di penjara yang ternyata tidak berpintu.

Irash Asyrika membiarkan Tok Jah terus mengusap bahunya. Sudah lama diri terasa ingin dibelai dalam kasih dan sayang. Ingin bermanja seperti dahulu, tapi dia sedar semua itu tidak mungkin mampu digapai dalam reality yang berpusar pada ilusi. Mana mungkin dia bisa mengembalikan mama, papa dan tok wan yang sudah tiada. Mana mungkin dia menghalang arus perjalanan insan-insan yang pernah hadir dalam hidupnya untuk mengejar cita-cita dan melunaskan tanggungjawab yang sudah teramanah. Relakah dia menjadi seorang yang selfish hanya kerana tuntutan naluri yang sudah acapkali memberontak dalam bantahan yang masih mampu dikawal. Tidak… dia tidak tega membelenggu insan-insan tersayang dengan apa yang diingininya. Justeru itulah dia tega dan rela membiarkan hatinya diserang bantahan oleh pemberontak emosi. Dia sekadar berharap apa yang dirasa tidak terzahir dipenglihatan agar tidak menyusahkan tiap mata yang memandang. Kini dia bagai kembali seperti dulu, membiarkan sejalur senyuman memainkan peranan dan sebagai penjawab pada persoalan dan pertanyaan.

“Irash, apa yang Irash menungkan tu. Tok lihat jauh sangat. Dah sampai ke mana?” tegur Tok Jah lembut.

“Tak sempat nak sampai ke ISS tok,” sejalur senyuman sudah membias di wajah gadis itu yang akhirnya membuahkan tawa keduanya.

“Dah lama tok tak dengar Irash cerita pasal Adib Shaziman. Apa khabar dia sekarang?” tanya Tok Jah. Tawa yang masih bersisa tiba-tiba mati. Gadis itu pantas menundukkan wajah. Hati Tok Jah diapung teka-teki. Pasti ada yang tidak beres di antara mereka.

“Irash…,” panggil Tok Jah lembut. Tangan tuanya mengangkat wajah yang tunduk agar selaras dengan pandangannya. Terlihat olehnya manis jernih yang sudah terbit di tubir mata. Ah! Kenapa dengan cucunya ini….

“Irash, tok tahu Irash banyak berahsia sekarang ni. Cuba perkara yang satu ini Irash cerita pada tok. Masalah tidak akan selesai kalau Irash berdiam dan membiarkan segalanya. Tok tahu, mesti ada yang tak kena dalam perhubungan kamu kan.”

“Irash dah lama tak jumpa dia tok. Kami pernah berselisih faham hingga terjadi pertengkaran kecil. Selepas itu kami lebih banyak berdiam. Tidak menghubungi di antara satu sama lain walaupun hakikatnya ikatan ini masih wujud di antara kami,” luah Irash Asyrika. Manik jernih sudah mula menguntai di pipinya.

“Apa yang terjadi? Adib Shaziman tahu pasal Ikhwan Hakim?” tanya Tok Jah inginkan kepastian.

Sekadar anggukan yang terzahir sedangkan bibir Irash Asyrika betah mengunci kata. Kini manik jernih makin galak menguntai di pipinya. Perlahan-lahan Tok Jah meraih tubuh cucunya. Dipeluk penuh kasih. Turut berkongsi kesedihan yang sedang dinikmati. Dia tahu, Irash Asyrika seorang yang manja walaupun gadis itu cukup tidak gemar mengakui hakikat itu. Seluruh kemajaan dan kasih sayang keluarga tertumpu padanya justeru status yang dipegang sejak kewujudannya di bumi ini. Namun kini gadis itu bagai kemudi yang hilang arah. Kehilangan orang-orang yang rapat dan amat disayanginya bagai meragut semangat dan ketabahan gadis itu untuk melangkah walaupun pada zahir penglihatan dia berlagak konon dia masih kuat untuk terus menongkah arus dalam hidupnya. Tok Jah cukup sedar keadaan itu, mana mungkin perasaannya memanipulasikan apa yang dilihat oleh mata tuanya. Cucunya itu tidak lagi seceria dan seriang dulu, gelak tawa dan biasan senyuman hanyalah satu lakonan dalam kepura-puraan.

“Irash tak nak cerita dengan tok ke?” pertanyaan Tok Jah mengejutkan Irash Asyrika.

“Irash tak tahu tok. Irash dah tak berani lagi nak beri sebarang komen tentang Adib. Bimbang andai apa yang Irash kata atau buat menjadi satu kesalahan dalam salah sangka. Kalau terdaya dan termampu, Irash tak mahu semua itu terjadi. Cukuplah sekali Irash melakukan kesalahan maha besar yang membuatkan Adib marah sangat pada Irash. Irash tak mahu lukakan atau sakitkan hati dia,” tutur Irash Asyrika perlahan. Manik jernih yang berserak di pipi disekanya pantas. Tidak mahu menzahirkan kelemahan dengan untai manik-manik jernih itu.

“Ikhwan tahu Irash ada masalah dengan Adib?” Tok Jah inginkan kepastian. Dari gerak anak muda yang seorang itu, dia mampu menelah apa sebenarnya yang tersirat dalam perlakuannya.

Terdengar Irash merengus. “Tahu, tapi dia buat tak reti dan masih lagi dengan permintaan yang dah banyak kali Irash reject. Macam orang tak faham bahasa dah jadinya budak tu tok,” adu Irash Asyrika. Tiba-tiba hatinya bagai dipanggang geram.

Tok Jah tersenyum. Jarang melihat cucu kesayangannya itu melempiaskan rasa amarah. Pasti ada yang telah dilakukan oleh Ikhwan Hakim hingga berjaya mengaktifkan suiz ketidakpuasan hati gadis itu.

“Kenapa tok tersenyum?” tanya Irash Asyrika tiba-tiba membuatkan tawa Tok Jah termuntah. Irash Arisya diterpa kebingungan. Rasanya bukanlah dialog lawak yang dituturkannya sebentar tadi hingga berjaya mengusik urat tawa di tubuh toknya itu.

“Orang dah suka Irash… memanglah macam tu. Segala bahasa di dunia ni pun kadangkala tak dapat memberi kefahaman walaupun Irash gunakan bahasa budak-budak tadika. Erm! Apa yang dia minta dari Irash?” soal Tok Jah lembut. Wajah kelat sudah menghiasi pandangannya. Aduh! Cucu aku yang sorang ni, mudah betul merajuk, ngomel hati tuanya sendiri.

“Apa lagi, kalau bukan tempat yang tak boleh dibuat penempatan. Dia fikir hati Irash ni taraf tanah setinggarden ke? Suka-suka hati nak pacak rumah,” bentak gadis itu. Wajahnya masih kelat mencuka.

Tok Jah tertawa. Masih belum kenal erti putusasa rupanya anak muda yang seorang itu. Masih tetap mahu mencuba melembut sambil melekukkan hati degil milik cucunya itu. Ikhwan…. Ikhwan… gumam hati Tok Jah.

“Tok, apa yang boleh Irash buat supaya Ikhwan tak kacau Irash lagi? Irash dah letih dan lelah… rasa tak cukup nafas nak layan kerenahnya. Tok sendiri lihatlah apa yang dia dah lakukan sekarang. Dah melampau betul. Ada ke bagi benda alah ni pada Irash, mengada-ngada,” bebel Irash Arisya geram. Perutusan yang masih betah berada di tangan direnungnya. Kilauan dari biasan cahaya itu seakan menyinari mukanya dan entah bagaimana wajah si pemberi terbias di situ. Ah! Biar betul, tak kan boleh nampak muka dia atau mata aku ni yang dah tak berapa betul…. desis hati Irash Asyrika sendiri..

“Kenapa Irash tak boleh terima? Lagi pun tok lihat budak Ikhwan tu baik dan berakhlak orangnya. Beradap bila cakap dengan orang tua. Ada rupa, keluarganya pun kita kenal. Tok tak nampak cacat celanya dia hingga menjadi wabak kalau Irash terima dia.” Tok Jah menyoal penuh diplomasi. Ingin menyelongkar rahsia harta karun yang tersembunyi di dasar lautan hati cucunya.

Irash Asyrika membuntangkan mata kuyunya menjadikan wajahnya kelihatan begitu lucu. Tok Jah terpaksa menahan tawa dari terhambur namun sejalur senyuman sudah meniti di bibir.

“Ala tok. Orang berakhlak tak akan buat macam yang dia buat… orang beradab tak main ikut sedap hati dia nak sampaikan maksud. Agama tak mengajar kita supaya meninggalkan adat dan adat juga tidak seharusnya dilebihkan daripada syariat. Kenal keluarga, tak semesti kenal anaknya,” Irash Asyrika pantas berhujah membuatkan tawa yang Tok Jah tahan akhirnya termuntah. Masam muka gadis itu bila apa yang diperkatakan ditertawakan. Ke manalah tumpahnya kuah kalau tidak ke atas roti canai... kalau dah keturunan Kambing Hitam, walau tidak dipraktikan, kepetahan berhujah tetap ada biarpun sedikit cuma.

“Bijak cucu tok ni. Agaknya sebab itulah Ikhwan berkenan nak buat kawan… kawan gaduh dan bertarung kata. Irash… Irash…. Kalau dah keturunan Kambing Hitam, tak banyak sedikit, mesti terwaris juga. Erm bagaimana pulak Irash dengan Adib? Dah lama tok tak dengan Irash cerita pada tok pasal dia. Irash gaduh lagi yer?” serkap Tok Jah. Dari tingkah cucunya lewat kebelakangan ini, dia pasti ada yang tidak beres pada hubungan keduanya. Adib Shaziman dan Irash Asyrika…

Irash Asyrika sekadar mengeluh. Padangannya dilemparkan pada kepekatan malam. Sebenarnya tiada yang menarik yang mampu digapai pada pandangan mata, tapi dia lebih tidak betah bila terus disapa oleh renungan Tok Jah. Dia sedar bukan mudah untuknya melindungi segala gelora yang sudah lama memukul pantai hatinya. Menanti waktu untuk Tsunami melanda dalam ombak gumpulan bunga-bunga kapas yang cantik memutih.

“Agaknya inilah kebaikan dan khasit yang Doktor Zairul Arrief selalu kata.” Tok Jah bersuara memancing perhatian cucunya.

Pantas pandangan yang tadinya terhala entah ke mana kini mengarah ke wajah Tok Jah. “Apa yang Doktor Zairul Arrief kata tok?” tanya Irash Asyrika kehairanan. Apa pulak hubung kait Tok Jah dengan doktor itu.

“Banyakan makan ‘karet’. Bukan sahaja mata jadi cantik, tapi penglihatan pun tajam Dalam gelap pun boleh lihat walau orang lain tak nampak apa,” usik Tok Jah melucu. Bibir tuanya mengorak senyuman bila melihat wajah cucunya sudah berubah lantas tawa keduanya bergabung.

“Apa yang harus Irash buat dengan utusan tidak rasmi ni tok?” Gadis itu mengungkap pertanyaan. Masih tidak surut gelisah dan resah di jiwa sejak terpandang akan kilauan yang menyilau pandangan tika matanya menyapa utusan itu tadi.

Tok Jah mengeluh. Terasa sukar untuk menjawap seungkap pertanyaan yang kini dihadiahkan padanya. Dia sedar cucunya itu dalam persimpangan. Payah untuk membuat keputusan apatah lagi bila keputusan itu bukan lahir dari ketulusan sekeping hati.

“Irash dah buat solat istiharah? Munajat dalam mujahadah pada-Nya. Minta diberikan petunjuk dalam permasalahan ini,” cadang Tok Jah akhirnya. Iye itulah sebaik-baik cara dalam mencari dan mendapatkan penyelesaian.

“Irash dah lakukan tok, sejak sedar perilaku Ikhwan dan permintaan yang dibuatnya secara tidak rasmi. Sebelum utusan ini tiba lagi. Malangnya Irash tak temui sebarang petunjuk malah gerak hati ini juga tak menjurus ke arahnya. Irash tak boleh terima tok dan tak mungkin Irash mampu untuk membuat paksaan supaya hati ini mengikut dan menurut apa yang sedang berlaku. Irash tak daya untuk berlakun dalam kepura-puraan,” luah Irash Asyrika akhirnya. Manik jernih kini hadir lagi mengacah di tubir mata.

“Sabarlah Irash. Tok tak pernah suruh Irash paksa diri andai Irash tak berkemampuan. Apa yang tok inginkan adalah melihat Irash bahagia dan gembira. Jangan korbankan diri untuk melihat dan membahagiakan orang lain.

Tok Jah memeluk tubuh cucunya. Manik jernih yang sudah menguntai di pipi disekanya penuh kasih. Dia sedar, seberat mana pandangan mata tuanya terhadap kemelut yang dihadapi oleh gadis itu, pasti ianya lebih berat tergalas di pundak perasaan yang sukar dizahirkan. Irash Asyrika lebih tega membisu dan berahsia. Sikap dan sifat yang pernah dan memang dimiliki sejak dahulu kini kembali menyelimuti diri gadis itu.

“Hubungan Irash dengan Adib bagaimana? Kamu berdua masih lagi dalam kancah peperangan tidak rasmi?” tanya Tok Jah inginkan kepastian.

“Kami dah tandatangan persetujuan perdamaian tok, tapi gencatan perdamaian itu terkadang dilihat bagai tiada erti. Kesan dari apa yang pernah Irash lakukan masih terasa biarpun bagi Adib ianya sekadar mainan perasaan dan fikiran Irash semata. Dia rasa Irash terlalu fikirkan yang bukan-bukan. Entahlah tok. Susahkan kalau kita dah lukakan hati orang. Perlakuan kita dah menyinggung perasaan yang selama ini cukup Irash jaga. Namun apa daya Irash tok, kalau khilaf itu tetap terjadi walaupun tidak teriring dengan niat sepertimana yang difikirkan oleh orang. Jadi Irash terima natijahnya. Irash tak mahu paksa Adib untuk terima Irash kembali seperti dulu, malah Adib pun pernah beritahu yang Irash akan dapat kembali Adib yang dulu, cuma masa yang akan menentukannya,” luah Irash Asyrika. Hatinya benar-benar sayu mengenangkan sikap anak muda itu kini. Dirinya tidak ubah seperti melukut ditepian kasih. Dia sedar kehadirannya tidak membawa apa-apa erti malah mungkin lebih baik tiada daripada ada. Cuma mungkin Adib Shaziman tidak sampai hati untuk mengungkapkan salam perpisahan buat dirinya.

“Sudahlah Irash. Perbanyakkan doa pada Allah. Kalau benar Adib ikhlas sayangkan Irash, dia tahu apa yang perlu dilakukannya. Bukan sehari dua usia perkenalan kamu berdua, dan tok yakin kasih sayang Adib masih ada untuk kamu. Apa yang penting Irash perbanyakkan sabar dan terus berdoa agar perhubungan kalian pulih. Tentang utusan itu, kalau Irash benar-benar tak boleh terima, tok akan beritahu Ikhwan. Janganlah Irash risau, yakinlah allah akan permudahkan segalanya kalau kita sabar dan redho dalam menghadapi dugaan dan ujian-Nya. Hari dah lewat. Pergilah Irash tido tapi sebelum tu jangan lupa makan ubat. Kesihatan Irash pun tok lihat tak menentu sejak kebelakangan ini. Tok tak mahu Irash abaikan diri Irash kerana permasalahan sebegini. Ingat, kami semua sayangkan Irash walau apa pun yang terjadi. Dah jangan mengelamun sangat. Hari dah lewat. Irash pergilah berehat,” tutur Tok Jah lembut. Sebuah kucupan singgah di kedua belah pipi gadis itu. Irash Asyrika tersenyum bersama manik jernih yang masih bersisa di pipi sedangkan bahtera hatinya sudah lama karam di lautan airmata sejak utusan tidak rasmi yang dititipkan oleh Ikhwan Hakim berada di tangannya…..

Monday, March 24, 2008

Sejauh mana kita memahaminya.....

Lately ni angah memang sibuk.... kerap terdengar perbahasan yang berlangsung dikalangan para KAMBING HITAM tentang isu yang memang tengah hangat dan panas.... malam ini aku sempat menjengah ke website yang selalu angah ziarahi. Memang aku nak tahu sangat.... sebab isu yang sedang melanda kini memang agak serius.... maksud aku ianya secara tidak langsung mengheret sama nama MELAYU dan ISLAM dalam pertelingkahan yang seakan sengaja diwujudkan..... Yuk kita teliti apa yang diperkatakan di bawah ini.....

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Nota: Saya harap ramai-ramai kita downloadkan dokumen di atas dan kirimkan kepada seluruh pihak yang terbukti sedang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu pada ketika ini. DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU, DAULAT TUANKU! – Ruhanie Ahmad

Posting dari weblog http://kuda-kepang.blogspot.com

Apa yang ingin ditanya dan tertanya-tanya dalam isu yang sedang hangat melanda negara sekarang ini apakah yang terlibat secara langsung atau yang mengikut demi menjaga kepentingan faham akan frasa dua dalam prinsip rukun negara yang sudah berabad diamalkan di negara ini? Kesetiaan kepada raja bermakna tidak mempersoalkan atau lebih teruk mengingkari perintah yang telah dititahkan oleh raja. Pastinya sebelum keputusan dibuat kajian akan buruk baik sudah dilakukan sebaiknya. Pujuklah kati dengan redho dan pasrah sepertimana yang termaktub dalam prasa pertama prinsip rukun negara. Percaya kepada Tuhan…. Tiap yang dihadapi oleh semua insan, pasti sudah ditetap dan ditentukan oleh yang masa esa. Orang beragama tidak akan bertelagah semata-mata kerana isu kuasa dan pangkat. Janganlah jadi seperti budak-budak…. Merebut sesuatu yang sudah nyata bukan lagi menjadi milik….. mempertahankan status yang sudah terang-terang ditolak oleh penguasa negeri. Ingat…. DUN terletak di dalam negeri, negeri dikuasai oleh raja dan sudah tentunya punya kuasa samada mahu menerima atau menolak calon yang diberikan di peringkat persekutuan. Apa yang melanda kini cukup memalukan…. Memperlihatkan kemarukan sikap manusia terhadap kuasa dan pangkat. Tidak derhakakah seseorang itu bila perintah sultan di sanggah malah lebih biadap dan kurang ajar hingga sanggup mempersoalkannya. Mana lebih utama…. Perlembagaan Rukun Negara atau Perlembagaan Parti dan soalan yang paling utama…. SEJAUHMANA KEFAHAMAN KITA TERHADAP LAUNGAN RUKUN NEGARA YANG SELAMA INI SUDAH BERAKAR UMBI DI DALAM DIRI…..

---> Bila diri tak mampu membebaskan nafsu untuk terus berkuasa pada pangkat, minda tak akan dapat berfungsi dengan sebaiknya. Menolak atau sengaja tidak mahu menerima ketentuan yang telah ditetapkan dari-NYA. Lupa bahawa hidup umpama roda... kalau dulu kita berada di atas, kini sudah tiba waktu untuk orang lain pula menikmatinya...... Ingatlah segala yang sedang berlaku diperhatikan dengan penuh rasa mual oleh semua golongan.... dari lapisan masyarakat bawahan hinggalah pada anak-anak yang sedang meniti kedewasaan. Inikah contoh kepimpinan yang harus ada pada pemimpin yang perlu ditonjolkan untuk diteladani oleh generasi pewaris masa depan..... fikir-fikir dan renung-renungkan sendiri......

Sunday, March 23, 2008

Hai apa dah jadi.......

Apa dah jadi... apa dah jadi... asyik dengan tak puas hati..... Apa dah jadi... apa dah jadi... Masih tak mahu terima reality..... susahlah macam ni......

Kemelut yang melanda bagaikan berkesinambungan. Dari Perlis kini Terengganu. Isunya sama... PERLANTIKAN MENTERI BESAR...... apa yang dicadangkan oleh Pak Lah tidak diterima oleh yang berkuasa di negeri tersebut yakni Sultan dan Majlis Raja. Kenapa.... mesti ada sebabkan. Kalau tidak masakan perkara sebegini wujud sedangkan penggal sebelum ini tidak pulak isu sebegini terjadi. Jadi sudah tentu ada silap dan salah di mana-mana.

Apa yang aku pelik kenapalah perkara sebegini nak diperpanjangkan. Dah nyata-nyata sultan tak setuju dengan watikah yang diterima dari persekutuan, nama yang dicalonkan bagai tidak mendapat perkenan di hati. Terimalah dengan redho. Kalau sebelum ini kerap terungkap 'Saya terima dengan redho sebarang keputusan yang bakal dibuat' tapi sekarang lain pulak ceritanya. 'Saya masih mendapat sokongan parti dan kepercayaan rakyat....' itu pulak yang kedengaran. Aduh! payah kan.... KUASA dan PANGKAT bagai membutakan minda untuk berfikir, menerima ketentuan yang telah ditakdirkan pada diri. Lupakah agaknya di mana diri bernaung.... MB sekadar menolong mentadbir negeri sedangkan negeri dipunyai oleh sultan. Titah sultan tidak boleh disanggah... tidak boleh dipertikai.... andai ini yang terjadi, maka derhakalah jadinya.... bukankah masyarakat melayu sejak dulu lagi sudah terkenal dengan sikap taat dan setia pada sultan yang memerintah.... tapi kenapa titah yang satu ini harus dipertikai.... harus dipersoalkan hingga mengaitkan pada perlembagaan parti yang entah di mana berpaksi relevant terhadap negeri. Ingatlah.... pergolakan ini diperhatikan oleh segenap masyarakat... hatta bukan sekadar di dalam negara, sebaliknya negara-negara lain di dunia. Malah lebih memalukan bila yang terlibat ini adalah masyarakat MELAYU BERAGAMA ISLAM. Apa yang dilakukan bagai memperlihatkan diri yang masih mahu menerajui kuasa dan pangkat. Tidakkah ada rasa malu walau sedikit di hati? Memboikot majlis yang bakal berlangsung samalah seperti tidak menerima apa yang dititahkan oleh sultan yang memerintah. Lebih parah lagi kalau ianya seakan menolak takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan oleh-NYA. Mungkin sudah tertulis dalam perjanjian bahawa sampai di sini sahaja tempoh perkhidmatan yang telah direzekikan oleh-NYA. Kini tiba pula giliran orang lain yang juga seagama dan sebangsa untuk membuktikan sejauhmana keupayaan dan kewibawaan untuk menerajui kepimpinan negeri. Jadi redholah terima semua takdir yang telah ditentukan. Sebelum ini sibuk dengan isu Pemusnahan DEB yang dilancarkan oleh KM Penang, masing-masing marah kerana dasar tersebut dimansuhkan. Konon hak masyarakat melayu akan hilang, musnah tapi sedarkah bahawa sesungguhnya memang sudah lama masyarakat melayu hilang semua itu.... DEB sekadar menguntungkan sesetengah pihak yang berkroni. Sedangkan masyarakat Melayu yang miskin tetap diulit kemiskinan... yang jauh dari permodenan, tetap berselimutkan kesusahan. Apa usaha yang dilakukan untuk mengatasi dan membebaskan rakyat khususnya orang melayu dari fenomena sedemikian..... Kita pernah mendengar DAP dilabelkan sebagai KURANG AJAR bila konon cuba memboikot majlis angkat sumpah untuk MB Perak tapi sekarang bagaimana.... Apakah fenomena yang berlaku sekarang ini boleh dikaitkan dengan ungkapan KURANG AJAR bila titah sultan dicabar dan dipersoalkan? Mungkinkah label yang pernah diberikan pada pihak lain kini terpalit di muka sendiri.... seperti bidalan melayu dahulu kala.... 'meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri.' 'menepuk air di dalam dulang, percikkan terkena di muka sendiri'. Dari itu renung-renungkan lah.... PANGKAT DAN KUASA tak akan bawa ke mana-mana. Kalau benar keikhlasan niat berjuang demi bangsa dan agama, untuk rakyat dan negara, apa yang sedang berlaku sekarang bukan satu kudis yang bakal membawa wabak yang boleh memudaratkan seluruh jasad. Tidak dilantik menerajui pundak kuasa bukan bermakna perjuangan sudah berakhir. Tanpa pangkat atau kuasa pun semua itu masih boleh diteruskan..... yang penting segalanya bergantung pada NAWAITU di dalam hati..... jangan kerana kuasa, orang MELAYU terus bertelagah semata-mata untuk mempertahan dan mengukuhkan apa yang pernah disandang.... jangan jadikan rakyat sebagai alasan bagi menyembunyikan kepentingan sendiri dan sekelian kroni-knoni yang ada...... kerana rakyat bukanlah benteng pertahanan dalam apa jua percaturan....

---> amboi pu3, sejak bila jadi PU3 Politik ni...... lain macam je bentuk N3 kali ni.... Ada hati nak masuk politik pulak ke.....

Yang terkini

Sekitar jam 12.40 - March 230308 telefonku berlagu. Tertera satu sms yang kini berada di dalam inbox ku. Segera ku buka kerana memang aku sedang menanti titipan khabar dari seseorang.

'askum.pu3,unc jemput pu3 on 12 apr dlm kul 12.00 ptg, for signing session.dpt dtg,kn?'

Itulah sms dari editor ku. Aku tersengeh sendiri. lantas aku reply semula untuk menyatakan persetujuan dan rasanya aku memang free pada tarikh yang ditetapkan itu. Erm bagaimanalah keadaan aku. Pantas aku tunjukkan pada kak long. Dia tersengeh cuma begitu juga dengan angah dan kak ngah. Ketiga anak-anak saudara cilikku pun tak lepaskan peluang ingin tahu apa yang berlaku bila lihat semua orang ketawa.

'Wow Mak Chu.... ada signing session lagi. Macam artislah pulak.... Berani ke? nak kami temankan.....' gelanggang sakatan sudah di buka.

'Kenapa pulak tak berani, lagi pun bukannya Mak Chu seorang. Dah jangan nak mengada.' ucapku. Geram juga dengan usikan yang dilancarkan. Dasar mulut tak tahu diam. Ngomel hati kecilku sendiri.

'Tahniah dik. Kami bangga dengan adik. Buktikan keupayaan adik. Istiqamah dengan apa yang adik nak capai. Jangan persia-siakan bakat yang allah anugerahkan pada adik. Kak long yakin kalau arwah mama dan papa masih ada, pasti mereka juga akan bangga melihat kejayaan adik sekarang. Walaupun ini baru permulaan. Yakin dengan diri sendiri, insyaAllah adik akan berjaya. Jangan putusasa andai usaha pertama tidak memberikan sesuatu yang adik harapkan. Ingat pesan along. Kami sentiasa ada untuk memberikan sokongan dan semangat pada adik.' nasihat kak long sambil mengusap tanganku.

'Betul tu. Kejayaan akan jadi lebih manis kalau teriring dengan dugaan dan cabaran, sebab kita akan lebih berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Jangan terlalu fikirkan kritikan yang bakal mendatang, sebaliknya ambil kritikan itu sebagai teguran untuk memperbaiki kelemahan. Kejayaan tak akan datang bergolek tanpa usaha dan usaha tak akan berganda tanpa kritikan dan komen dari orang lain. Apa yang penting semangat dan jati diri harus utuh dalam diri adik. Semua orang boleh menulis, tapi bukan semua yang menulis boleh jadi seorang penulis. Adik ada bakat di bidang itu, jadi jangan persia-siakan jalan yang telah dibuka dan terbuka.' Angah menyuntikkan kata-kata semangat. Aku sekadar tersenyum. Apapun ada sebaris ayat yang dituturkannya tadi menarik minat ku. "Semua orang boleh menulis, tapi bukan semua yang menulis boleh jadi seorang penulis." Macam pernah ku dengar, tapi kat mana ekk......

'InsyaAllah. Adik akan lakukan yang terbaik walaupun adik sedar adik tak mungkin dapat memuaskan hati semua orang dengan apa yang adik lakukan. Apapun adik tetap akan berusaha.' secara tidak langsung aku menyimpul janji.

Jadi confirmlah aku akan berada di Booth Fajar Pakeer pada tarikh yang ku nyatakan di atas pada Pesta Buku Antarabangsa kali ini. Aku tidak tahu bagaimana keadaan aku nanti, tapi aku akan cuba lakukan yang sebaiknya dan harap kehadiranku akan diterima seadanya insyaAllah. Sama-samalah kita semarakkan event yang berprestaj untuk memajukan minda.

Kenapa yer......

Aku tak tahu kenapa lewat kebelakangan ini kerinduanku pada mama dan papa bagai meluap-luap. Aku kerap mimpikan mereka. Kehadiran mereka berdua dalam lenaku bagai punya sesuatu petanda dan maksud. Apakah kerana aku seakan lupakan mereka... erm rasanya tidak.... tak pernah sekali pun ingatanku terhadap kedua insan yang amat aku sayangi ini luput dari ingatan dan tidak juga jauh dari hati. Setiap kali usai solat, aku tak lupa memohon agar keduanya ditempatkan bersama golongan yang terpilih di sisiNYA. Memohon agar keduanya diberi nikmat yang telah dijanjikan terhadap hambaNYA yang beriman. Namun kenapa.... melihat wajah keduanya dalam mimpi bagai mengkhabarkan bahawa mereka bahagia di sana. Mama... papa.... aku terlalu rindukan kalian.... tak terungkap rasanya dalam segenap kata-kata.... tak mampu ku luahkan apa yang aku rasa. Senyuman yang menghiasi seri wajah kalian membuatkan aku semakin ingin bersama kalian.... tapi waktu untuk ku belum tiba...... sehari dua ini aku kepingin sangat untuk menikmati juadah yang pernah mama sediakan. Semalam tekak ini terasa nak menjamah asam pedas mu. Tengahari tadi kak long sudah menyediakannya, tapi aku sekadar menjamah sedikit. Bukan tidak sedap, tapi entahlah..... terpandang hidangan itu di meja, mengulit rasa sedih dan pilu di penjuru sekeping hati. Tanpa sedar, airmataku berderai dan aku tahu kak long perasan akan keadaan itu. Maafkan aku kak long.... tapi aku gagal membendung rasa yang sudah sarat membusung di dalam hati. Mama... papa.... moga kalian terus bahagia di sana.......


Semangkuk Asam Pedas meramas hati dalam pinggan rindu dan cangkir airmata terhadap insan tersayang

Friday, March 21, 2008

Happynya…

Erm hari ni hari yang betul-betul buat aku rasa happy. Seronok jalani hari sebegini…. Awal pagi, kak long yang dah sure malam tadi jumpa along dalam mimpinya menyediakan juadah yang agak lain dari biasa. Nasi impit digandingkan dengan kuah lodeh + sambal kacang. Namun yang lebih mengejutkan bila lihat bekal yang sudah tersedia di atas meja. ‘nanti adik tolong bagi pada adik along yang sorang tu yer.’ Terdengar suara kak long yang sudah melangkah ke dapur semula. Entah apa lagi yang tertinggal agaknya. Aku belek dan sah hanya satu. ‘Adik punya mana?’ tanyaku spontan. Mukaku sudah cemberut. Hai! Tak kan kak long dah tak ingat pada aku. ‘Adik nak bawa juga ke? Tunggu kejap, kak long siapkan.’ Tergesa-gesa dia mengambil tupperware dan mengisi segalanya. ‘Tak payahlah kak long. Dah lambat ni.’ ucapku sambil mata melirik ke arah jam. ‘Sekejaplah dik,masih sempat. Ha! dah siap pun.’ Kak long menghulurkan satu lagi bungkusan pada ku. Terukir senyuman di wajahnya. ‘Adik tak janji tau samada adik kak long hak sorang tu mau mai amik. Dia busy sekarang ni, pulun siapkan reja. Hinggaq ramai nak berenti lepas dia jenuh ajaq depa. La ni dia kena buat sendiri.’ Adu ku pada kak long. ‘Adik telefonlah dulu, habaq kat dia kak long suruh, insyaAllah dia akan mai amik.’ Penuh yakin kak long yang kirimannya pasti akan tiba. ‘Kalau dia segan, adik sedekah pada orang lain tau,’ aku membuat deal sendiri sebab aku tak pasti samada dia ada tau tak hari ini. Apa pun aku tetap akan mencuba terlebih dahulu sebelum melaksanakan apa yang sudah aku katakan.

Sampai saja di office, aku call DIA, inform apa yang patut dan terus tanya samada dia nak mai amik atau tak. Kalau tak confirm aku sedekah kat orang… hehehehehe cewah! buat ugutan rasmilah pulak…. DIA tiba kat pejabat aku pun lewat, so cakap lebih kurang aku berikan apa yang diamanahkan. Sempat gak DIA beritahu aku yang DIA banyak kerja, eleh.. macamlah DIA sorang aje yang ada kerja… bis aku ni goyang kaki… heheheheheheh amboi Mir… statement… lepas geram ke…… sat ni DIA tak layan dan tinggai barulah padan dengan muka…. Dah bersedia ka… opssss tak…. Sorry yer DIA…. Saja nak usik dan sakat lebih sikit hari ni…. jangan marah ekk… dah lama tak gurau….. aku tahu beben kerja DIA semakin memuncak sekarang ni, dan terkadang aku simpati dengan apa yang terpaksa dilaluinya, tapi apa yang boleh aku buat… bukannya aku boleh tolong kerja DIA pun…. Tolong dengar luahan rasa yang terkadang terungkap di mulutnya bolehlah. Namun aku tetap titipkan doa moga allah memberi seribu kekuatan dan ketabahan dalam dirinya untuk menghadapi segala permasalahan. Di permudahkan untuk mencari dan menyelesaikan tiap permasalahan yang hadir. Amin.

Tengah aku sibuk semak cases, telefon aku berlagu… Erm lagi Imran Ajamain lagi tu… Seribu tahun…. Syahdu giler kan lagu tu… tapi before that, aku nak beritahu DIA yang kat phone aku dah ada lagu Gadis Melayu yang DIA nak dan suka sangat tu…. So nak ke…. ;-) Erm lihat pada nama yang tertera aku dah senyum. Panggilan dari kakak angkat aku… Julia Ng. Ha! Macamana aku ada kakak angkat berlainan agama ni…. hhehehehehe panjang ceritanya. Memadailah kalau aku kata dia ni senior aku masa sekolah menengah dulu. Dah lama dia jadi kakak angkat aku since aku form 1 lagi. Perkhabaran yang cukup menggembirakan aku… She getting marriage on October 4 this year dan aku adalah antara insan terawal yang mendapat perkhabaran exclusive ni… Wah! Terharunya aku rasa…. dan for sure aku happy sesangat… akhirnya dia berkahwin juga….. Congratulation Sis… Hope you be happy till the end of your life. Aku pun sampaikan perkhabaran tentang Buah C intaku yang bakal muncul bulan depan…. Kalau tadi aku yang menjerit, kini giliran dia pula… ‘When you decide to become a writer?Wah! this is really surprice for me.’ Aku sekadar ketawa…. Apapun undangan perkahwinannya itu aku terima. Tak sabar nak lihat betapa cantiknya mengayakan gaun pengantin nanti….. Aduh! Happynya aku dengan apa yang sedang aku lalui…. Perkhabaran dari editor yang Buah Cinta ku bakal dipertontonkan pada Pesta Buku nanti…. Kakak angkat ku akan berkahwin tak lama lagi…. DIA pulak sihat walau dalam kebusyan yang memenjarakan diri dan aku…. dalam persediaan untuk perjuangan yang belum tamat…..

Bertemu lagi.....

Salam bintang... erm engkau tunggu aku ke.... maaflah malam semalam, aku letih sangat... dah tu aku rasa kurang sihat sikit, tu yang aku tertido awal. Engkau tak marahkan bintang..... aku tahu engkau mesti tunggu aku kan... engkau mesti nak tahu tentang apa yang dah aku beritahu engkau sebelum ni kan... Erm pasal lunch aku dengan DIA... sebenarnya kan bintang, lunch tu jadi walaupun pada saat-saat akhir aku macam dah rasa sedikit teracah lantaran DIA lewat dari waktu yang DIA janjikan... aku fikir mungkin tak jadi agaknya sebab sebelum tu masa DIA berbalas sms dengan aku, DIA ada nyatakan yang DIA nak selesaikan satu perkara.... so aku pun kata OKEYlah.... Erm apa lagi yang boleh aku kata kan bintang.... tak kan aku kata jangan... lagi pun sekarang ni DIA bukan lagi DIA yang aku kenal dulu... walaupun dulu memang DIA dah biasa sangat memikul tugasan orang lain... Eh! Kita tinggalkan lah kisah tu.....

Jadi tengahari tu DIA mengotakan janjinya walaupun lewat. Perancangan awal nak menjamah makanan siam... dan aku pun dah terbayangkan pulut mangga bersantan yang memang famous desert kalau berkunjung ke restoran Thai.... aduh mesti bestkan.... memanglah sebelumnya aku dah menjamah juadah tu bersama orang lain, tapi masa berutus sms dengan DIA pasal lokasi yang nak kami tuju, DIA dah sebut nak makan Thai Food dan aku pun dah terdetik nak makan lagi pulut mangga bersantan tu. Entah rasa cam tak puas je makan hari tu.... tapi kan bintang, hajat dan keinginan aku tu tak kesampaian sebab DIA sampai lewat. So kami ke tempat yang mula-mula dia bawak aku dulu.... makan malay food. DIA dengan nasi campur berlaukkan ikan bakar [kali ini dia amik ikan kembung dan kebetulan hanya itu yang tinggal, tak macam mula-mula dulu... ada ke dia pelawa aku makan ikan pari yang aku tak pernah makan seumur hidup aku ni..... nampak dia macam berselera jer] dengan air dragonfruit dengan buah longan. Aku pulak.... sebab malas nak tengok lauk yang disajikan dan memang aku dan rasa nak makan makanan thai, terus aje minta nasi goreng kampung dengan telur dadar bersama air laici.... hahahahahaha lainkan bintang apa yang sebenarnya aku nak jamah dengan apa yang aku jamah dan tiba ke dalam rongga perut..... tapi tak apalah..... cuma kan bintang, apa yang lucu bila melihat telur dadar yang sampai ke meja kami... Ya Allah huakbar..... besar..... rasanya boleh makan tiga atau empat orang.... aku pandang DIA dan DIA pandang aku... akhirnya kami sama-sama tersenyum dan ketawa..... apalah orang tu... tak kanlah tak boleh nak fikir..... kami makan sambil bercerita... seronok sangat..... aku lihat DIA ketawa... senyum dan macam-macam lagi xpresi yang boleh aku lihat...... kadangkala kan bintang, aku rasa macam aku dapat kembali DIA yang pernah aku kenal dulu.... DIA sebelum berlakunya tragedi 11 December yang membawa natijah yang sukar untuk aku lupakan dalam hidup aku.... Entahlah bintang.... apapun memang tempat DIA tak mungkin punya pengganti dan tak ada yang boleh menggantikan kalau ditakdirkan aku akan kehilangan DIA........ Erm macamanalah agaknya diri aku nanti bintang kalau itu benar-benar terjadi..... Aku takut bintang...........

Wednesday, March 19, 2008

Bicara dengan Bintang…..

Malam ni macam gak malam-malam yang dah lepas… aku berjaga lagi… walaupun mataku dah mula menampakkan kelesuan kesan dari tak cukup tido. Nak buat macamanakan… banyak lagi yang aku belum cover sedangkan harinya just around the clock cuma… Aku pun tak pasti…. Nak kata confident, rasanya langsung tidak… bukanlah aku berangan, tapi tah…. Mungkin keletihan mula menguasai diri tambah pula dengan kesejahteraan aku yang mula menampakkan ketidakstabilan…. Sakit orang perempuan… Dahlah aku ni kurang darah… bila terlebih bleeding… pitam adalah jawapannya….

Malam ni hati aku entah kenapa jadi sebak….. rindu rasanya bertandang tiba-tiba… memang aku sedang membuat perhitungan….. perhitungan terhadap beberapa perkara yang aku rasa penting dalam hidup aku…. Apapun aku cuba tahan segalanya… aku tak mahu kak long, angah dan kak ngah lihat segala kedukaan dan kesedihan yang aku rasa… aku tahu mereka sedang gembira dan turut sama menghitung hari…. Semua itu untuk Buah Cintaku…. Terima kasih kak long, angah, kak ngah dan tidak ketinggalan juga along yang jauh berjuta kilometer dariku…

Perlahan-lahan aku buka jendela bilik…. Kepekatan malam tidak aku hiraukan. Aku renung ke langit…. Luasnya… tapi kosong… mataku tercari-cari dan akhirnya terlihat sebutir bintang yang terlalu jauh dariku, tapi cahayanya bagai melambai…..

bintang…. Sudikah kau jadi kawanku…. Bolehkah kau izinkan aku mencoret kata hati di dadamu…. Sudikah kau dengar tiap luahan hati ini..... bintang… aku selalu bermimpi untuk menjadi Cinderella Cinta pada semua orang yang aku sayang…. Yang dapat memberikan bahagia dan tidak menyusahkan sesiapa. Tapi bintang kenapa lewat kebelakangan ini aku bagai diapung dalam buih-buih rindu di lautan hidup yang tak bertepian…. Bukan aku menyesal pada keadaan semalam, tidak juga berangan pada hari esok yang tak pasti, tapi aku rindukan sesuatu yang pernah hadir dalam hidup ini…. Walau hadirnya bersama seribu kemungkinan dan cabaran.


Bintang.. dengan izin Allah… aku mencapai apa yang aku inginkan… impian ku semakin jadi kenyataan… sepatutnya aku bergembirakan bintang….. bergembira kerana segala yang menjadi angan-angan dalam cita-cita hampir berada di dalam genggaman. Namun aku rasa sedih bintang… sedih lantaran mama dan papa yang aku sayang tidak sempat melihat semua ini. Malah lewat kebelakangan ini mereka sering hadir menemani lenaku yang sedikit cuma. Aku benar-benar rindukan belaian dan kasih sayang mereka… sentuhan sayang papa dan kucupan kasih mama….. bintang…. Boleh tak kau janji pada aku…. Kau tak akan tinggalkan aku sendiri…. Dan kau sedia maafkan aku kiranya aku melakukan kesalahan tanpa sedar…. Boleh tak bintang…. Kerana aku dah tak sanggup untuk lalui kehilangan demi kehilangan dalam sebuah kehidupan……kau tentu hairan kan bintang… kenapa aku pinta semua ini…. Esok sajalah kita cerita yer bintang… tapi aku nak beritahu engkau satu perkara…. Kalau segalanya dipermudahkan dan allah izinkan, esok aku akan makan tengahari dengan DIA… apapun aku tak berani nak mengharap sangat bintang sebab aku bimbang hati ini bakal diuji dugaan… mana tahu kalau-kalau schedulenya tiba-tiba padat…. Apapun petang tadi secara tak langsung DIA dah bersetuju….. Erm bintang.... aku kena rehat dulu... sakitku menyerang lagi... aku tak mungkin mampu untuk duduk di sini dan bercerita lebih lama.... Janji yer... malah esok kita bersembang lagi... malam esok aku akan cerita lagi dengan engkau.... engkau tak bosan kan bintang......

Tuesday, March 18, 2008

Akhirnya

170308 Usai Solat Maghrib, kak long menjengah masuk ke bilikku. Dari raut wajahnya aku dah dapat menduga, sure ada yang nak disampaikan atau dikhabarkan tapi kenapa pulak kelihatan serba salah..... 'Ada apa kak long?' aku memulakan pertanyaan. 'Errr boleh tak adik siap sekarang? Ada orang ajak adik keluar dan maaf kak long dah benarkan masa dia minta izin tadi.' jawab kak long serba salah. 'Dia lagi?' Kak long sekadar menganggukakan kepala lemah tanda mengiyakan pertanyaan yang baru aku ajukan. Aku mengeluh... kenapalah aku dipertemukan dengan makhluk yang sukar nak faham bahasa rasmi negara ini... aduh! 'Adik, apa sebenarnya yang dia nak dari adik?' soal kak long perlahan. Aku tahu raut wajahku sudah menggambarkan seribu rasa tidak enak. 'Place that I really can't give and provided to. He want as much or more than what adik tak rasmi along dapat dan terima.' ucapku tenang sambil menyidai kembali sejadah dan telekung yang telah ku gunakan. 'Than why you can’t give it to him? Tak salahkan apa yang dipintanya.' Wajah kak long ku renung lama. Cuba memahami apa yang tersirat disebalik susunan kata-katanya sebentar tadi. 'It's not that easy kak long and I bet you, he won't get it until the end. Bukan adik sengaja, tapi semua itu bukan boleh dipaksa dan bukan juga kerana sesiapa... apa yang adik rasa atau lakukan tak ada kaitan dengan sesiapa. Segalanya antara diri dengan perasaan dan hati adik sendiri.' ucapku sambil meletakkan tangan di penjuru dada. Aku yakin amat yang kak long tentu faham. ‘Entahlah dik, kak long tak tahu nak cakap apa lebih-lebih lagi kak long sendiri tak melalui semua ni. Adik tahukan sejarah perhubungan along dan kak long.’ Senyuman kak long menghiasi wajahnya yang penuh kelembutan dan sememangnya masih cantik menawan.

Aku sekadar mengenakan track bottom dan Tshirt lengan panjang yang ku gandingkan dengan tudung putih. Simple sesimplenya….. lantaran mood aku untuk keluar memang tak ada langsung. Seperti yang dijanjikan jam 08.00 keretanya sudah tiba, lemah rasa seluruh tubuhnya… kenapalah makhluk yang seorang ini masih lagi tidak kenal erti putusasa… apapun aku terpaksa ikutkan juga dan sepanjang perjalanan, mulut mengalahkan pop corn yang baru masak… pot… pet… pot…. pet… rasanya kalau aku diletakkan bersebelahan dengan sangkar burung, sure burung tu pun angkat bendera surrender dengar kelajuan speed perkataan aku… burung apa… Burung Murai… Burung apa… Burung Murai….. Burung apa… Eh! Berapa kali nak cakap daaa… burung murai lah…. MURAI….. Keretanya membelok ke satu kawasan… ku baca perlahan papan tanda yang terdapat di situ….Taman Dagang Ampang. Ha! Apa dia nak buat kat sini….. ‘saya nak bawa awak makan, saya belum makan lagi dari tengahari tadi. Banyak kerja di pejabat.’ ucapnya sebaik sahaja memberhentikan kereta di sebuah restoran makanan Thai…. Entah apa mimpinya malam ini, aku tak tahu. Aku diam sahaja dan biarkan dia menerajui agenda malam ini. Perbualan kami cukup terhad… entah kenapa…. ‘Awak dah jemput DIA untuk merasai rezeki sulung awak?’ tiba-tiba soalan itu yang ku dengar. ‘Saya tahu, sepatutnya saya tak termasuk dalam senarai awak kan… saya tak seharusnya mendahului DIA dalam segala perkara. Saya sedar tak mungkin saya akan dapat apa yang DIA dapat… walau apa pun alasan yang saya berikan. Awak tetap dengan keputusan dan kedegilan awak tu kan. Jangan bimbang, saya tak akan meminta lagi, saya juga tak akan menyusahkan awak dengan kerenah saya lagi.’ Ucapnya sambil tersenyum. Samada menyembunyikan apa yang mengacah di jiwa atau sememangnya dia sudah disuntik dengan vaksin kesedaran sivik akan kesia-siaan usaha yang dilakukannya selama ini. ‘Awak dah mula terasa give up ke?’ Aduh! Apa punya soalanlah tu…. Tu namanya soalan jerangkap samar… buatnya ilang akal budak ni diteruskan usaha dengan lebih drastik, barulah padan dengan muka aku… barulah si labu terjun berpelampungkan labu sayung nya…. Biar padan dengan muka aku….. Aku dengar dia tertawa kecil. ‘Give up dan sedar adalah dua istilah yang berbeza. Saya sedar awak tak happy sejak kebelakangan ini. Banyak yang awak simpan sendiri. Senyuman dan kegembiraan yang awak tunjukkan semuanya plastik. Wajah awak sahaja nampak ceria, sedang hati awak tidak. Saya tahu saya dah banyak menyusahkan awak sejak kebelakangan ini, maafkan saya. Saya tak pernah give up dan istilah itu tak ada dalam kamus hidup saya. Sejak kecil ibu dan ayah didik kami untuk berusaha mendapatkan apa yang kami inginkan. Kejayaan tak akan datang tanpa usaha tapi untuk melihat kejayaan saya disertai dengan kedukaan dan ketidakceriaan awak, rasanya saya tak sanggup.’ Aduh panjang berjela penerangan yang diberikannya. Aku sekadar mengunci bicara. Tidak tahu apa yang harus aku ucapkan. Berbagai rasa datang menerjah…. Lega, sedih, belas, terharu, gembira dan berbagai lagi rasanya macam juga hidangan yang kini sudah tersaji di hadapan kami.

Erm nampak menarik walaupun hampehkelapa.com semua menu tu memang out of my knowledge tapi satu yang memaku pandangan ku…. Pulut mangga bersantan…. Rasa teruja sangat lihat hidangan tu sampai aku tak perasan yang tingkahku diperhati dengan senyuman. ‘Saya tahu awak teringin nak makan juadah ni, kak long yang beritahu saya. Sebab tu saya bawa awak ke sini dan saya juga tahu DIA pernah buat perkara yang sama memenuhi keinginan awak terhadap sekeping ROTI CANAI. Well makanlah. Kalau tak cukup, kita order lagi dan kalau awak nak tapau pun boleh.’ Usiknya lagi. Aku terkedu…. Kenapalah diingatkan memori ROTI CANAI itu kembali…. Ah! Semua tu tak akan berulang lagi… tak mungkin akan dilayan sedemikian dengan cuba memenuhi rasa keteringinan setelah sekeping hati aku guris dan lukakan, biarpun semua yang berlaku itu tanpa niatku……

Buat pertama kalinya kami mampu duduk semeja mengadap hidangan tanpa perbalahan. Kami berbual dan bercerita dengan aman tanpa perlu perjanjian gencatan perang mulut walau untuk seketika. Terkadang kami sama-sama ketawa bila ada cerita yang berjaya menggeletek urat tawa malah dia juga sempat mengusik tika aku sedang asyik layan kenikmatan pulut mangga bersantan yang aku inginkan. Setelah segala yang terhidang licin dan selamat bersemadi di dasar perut, dia memohon diri untuk ke kaunter untuk membuat bayaran. Aku perhatikan sahaja langkahnya… malam itu dia mengenakan jeans warna hitam dipadankan dengan Tshirt polo berwarna biru. Sehelai jeket kulit warna hitam tersarung kemas di tubuhnya. Dengan ketinggian yang tak berapa tinggi tapi lebih tinggi dari akulah dan tubuhnya yang ala-ala Farihin itu sudah cukup membuatkan penampilannya jauh lebih bergaya dari aku… hehehehehe nasiblah.. sapa suruh tak cakap nak rembat aku sampai ke sini. Dalam pada itu aku sempat gak berangan…. Teringat pada DIA… apalah yang dibuat agaknya…. Erm aku bercadang nak ajak dia lunch, tapi entah… kesibukan yang DIA alami sejak bertukar status bagai tak pernah surut. Malah aku pun dah tak tahu schedule DIA, tidak seperti dulu sebelum terjadinya tragedy yang berupaya mengubah segalanya. Eh! Mana pulak mamat ni… tak kan nak ditinggalkannya aku kat sini. Biar betul…Ah! Tak mungkinlah… tapi kalau betul macamana… nak balik dengan apa… naik teksi… erm rasa macam dah fobia sejak mengalami kejadian ngeri tempohari…. Aduh! Masak lemak cili padi aku… pantas aku membelek khazanah di dalam wallet… menghitung dalam congakan kecukupan andai keadaan terdesak.

‘Hai! Nama saya Muzammil Hisyam Mohd Hishammuddin. Boleh kita berkenalan dan jalinkan persahabatan? Sudi awak terima saya sebagai kawan?’ Lima kuntum mawar merah dihulurkan bersama sejalur senyuman. Aku terpana… apalah yang dilakukannya. Terasa membahang wajahku dan pastinya kedua pipiku sudah diwarnai tone kemerahan. Malunya… ‘Awak ni kenapa Emil… dahlah tu… semua orang dok pandanglah.’ Ucapku perlahan. Aku yakin perlakuannya sebentar tadi sudah berjaya menarik seluruh perhatian penghuni yang ada di situ. Namun dia tetap selamba…. ‘Kita kawan yer….’ Pintanya bersungguh-sungguh sambil menghulurkan tangan. Aku tersenyum dan entah bila agaknya kepalaku mengangguk tanda menerima permintaannya itu. Akhirnya antara kami ternokhtah untuk sebuah perhubungan…….

Friday, March 14, 2008

Dah lama dah....

Dah lama tekak aku meminta untuk menikmati juadah ni.... dah puas gak aku cari yang sespises dengannya, tapi makin aku cari makin tak berjumpa. Entah aku yang tak pandai cari atau memang payah nak ketemu, aku pun tak pasti. Apa pun keinginan tekak ni memang tak nak mengalah... nak juga menjamah... kalau tak dapat banyak, dapat sebalang pun jadilah.... heheheheee mulalah tu.... tapi serius ni... aku betul-betul dalam keteringinan sesangat.... kalau ada sesapa yang buat untuk jualan harap dapat war-warkan pada aku.

Aku tetap cari TART KAMPUNG... itulah panggilan aku pada kuih ni.... lagi pun memang aku tak tahu apa sebenarnya nama dia, so aku dengan penuh bangganya memberikan nama sebagaimana yang dah termaklumkan tadi.... Ah! Terbayang-bayang pulak aku pada kuih ni.....
Yang berlambak sekarang ni adalah TART BANDAR hak jenis ni....
Yang ni aku tak nak. Memang berlambak-lambak malah member aku pun ada jual, tapi as what i say... aku tak nak.... aku tetap nak yang jenis KAMPUNG......

Bakal Lahir....

Syukur Alhamdulillah… terima kasih Ya Allah…. Atas segala ketentuan yang kau berikan pada ku….. Itulah ucapan yang membisik di hati tika aku membuka email di office…. Apa yang tertera sudah cukup mengundang kegembiraan yang tak dapat ku lakarkan dalam ungkapan kata-kata… tak mungkin terlukis pada susunan bicara…… Tanpa sedar, airmata ku mengalir… bukan sedih, sebaliknya airmata kegembiraan… Syukur dan terima kasih Ya Allah…..

Pantas tanganku mencapai gagang telefon…. Tak lama aku menunggu kedengaran suara menjawab. Ku khabarkan pada DIA apa yang aku alami pagi ini. Berkongsi kegembiraan yang aku rasa walaupun seketika. Kemudian aku hubungi abang yang berada di Putrajaya, honey dan teman-teman yang rapat dengan tujuan yang sama. Mungkin bila ada yang membaca N3 aku ini beranggapan yang aku ni kecoh…. Bagai ingin mencanang segenap penjuru alam akan perkara ini… macamlah bagus sangat, ataupun maybe ada yang tergaru-garu kepala yang sah-sah tak menjadi destinasi permastautin kutu-kutu baboon….. apalah yang budak ni merepek… heheheheheheehe korang nak tahu ke…. Erm sebenarnya begini… Buah Cinta aku bakal hadir… kalau tiada aral dan dipermudahkan segalanya InsyaAllah awal bukan April nanti akan terlihat wajah buah cintaku itu…. Moga kehadirannya dapat diterima oleh semua dan seawalnya aku susun jemari lantaran aku bukan seorang yang bisa memenuhi kehendak dan selera semua pihak dengan hidangan terbaik, tapi aku tetap berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik mengikut kemampuan yang aku miliki…. malah aku juga sedang menyediakan diri untuk menghadapi sebarang komen yang sudah pastinya berbaur kritikan terhadap apa yang aku hasilkan itu…..

"mengkritik tidak bererti menentang, setuju tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan bertukar pendapat adalah kawan untuk berfikir dan menghasilkan sesuatu yang lebih baikk" "tegur biarlah jujur, ajar biarlah sabar, tak semua yang dikritik tiada kebaikan, tak semua kebaikan lahir tanpa kritikan".



Inilah wajah Buah Cintaku.... Ku persembahkan untuk tatapan semua……
Sila ke link pu3imaneisya yang ada disebelah kanan istana kaca ini andai ingin tahu kisah-kisah selanjutnya
Terima Kasih dan salam sayang......

Isy Mengidam ke.......

Malam ni aku kena dera.... tapi kesian pulak aku tengok pada yang berhajat.... Angah tiba-tiba minta aku tolong masakan sesuatu. Puas dia mengendeng waimah memujuk.... minta aku tunaikan hajat dan keinginannya.... Ngidam ke abang aku ni.... tepercik pertanyaan yang hanya berkumandang di dalam hati.... melihat wajah seposennya membuatkan aku tak sampai hati untuk menghadiahkan kehampaan... tambahan pula bila aku melangkah ke dapur, bahan-bahan untuk menyediakan juadah yang dipintanya sudah tersedia. Kak Long dan Kak Ngah tersengeh saja melihat gelagat angah yang masih dalam missi pujuk memujuknya... [ala aku sengaja jer jual mahal, menyembunyikan rasa teruja sebab tah kenapa aku pun memang dah teringin nak makan berlaukkan juadah ini.... hehehehhehhhe] Well korang pernah dengar Pegaga masak Lemak kuning bersama udang dan cendawan kukur...... ha itulah juadah yang aku sediakan malam ini.....

Tak susah sangat nak sediakan juadah ini sebenarnya.... okey aku perturunkan ramuannya. Manalah tahu kot korang nak try..... sedap sangat....

Yang korang perlukan adalah :
Seikat Ulam Pegaga
[kalau ramai yang nak makan, letaklah dua ikat.... selain dari sedap, ianya juga berkhasiat]
Udang Hidup [anggaranlah ekk... supaya tak ada yang merajuk sebab hanya dapat ulam dan kuah sahaja]
Sepiring cendawan kukut...[ carilah kat pasar pagi mesti ada, lebih-lebih lagi kalau pasar tani]
*Cili padi [ikut kepedasan tapi jangan pedas danat]
*Bawang merah tiga biji... [ni bawang kecik tau... jangan korang hentam bawang yang besaq tu...
*Kunyit [samada serbuk atau yang hidup, tapi aku lebih gemar guna kunyit hidup]
Ketiga-tiga bahan yang bertanda * hendaklah di tumbuk hingga lumat.....
Santan cair dan Santan pekat dari sebiji kelapa
Sehelai daun kunyit dan sekeping asam geluguq.... [tahu tak apa asam geluguq... hehehehhee asam keping dah.. anggaran lah ekk.. jangan banyak sangat, sat ni masam.....]

Cara memasaknya
Masukkan kesemua bahan [kecuali pegaga, cendawan kukur, udang dan santan pekat] dalam periuk... renehkan hingga mendidih seketika.. Masukkan santan pekat dan pegaga. Kacau hingga semuanya mesra alam... tambah garam dan asam sesedap rasa.... biarkan mengelegak sebelum ditutup apinya dan bolehlah dihidangkan untuk di NGAP.....

Dan malam tadi aku lihat angah bertambah tiga kali, kak ngah pun bukan main lagi... laju je suapannya.... first time rasa katanya..... dalam pada makan-makan tu, angah sempat gak mengusik kak ngah. 'Kak Long, Man lupa buat test pada TaZ sebelum nikah hari tu. Patutnya suruh dia masak camni... baru tahu lulus ke tak... nasib baik duk ngan kak long dan ada tukang masak sorang ni, kalau tak jawabnya kena lari balik kampunglah' Kesian kak ngah terkulat-kulat dengar usikan dari mulut suaminya yang terkadang berlebih insuran tu. 'Don't worry kak ngah... senang aje nak buat benda ni. Adik pun bukannya pakar sangat, ni pun belajar dari arwah mama dan tok mak... kak long pun sama... kita orang siap amik kursus thru' phone lagi... ' Kak long tertawa.... sure dia ingat apa yang pernah berlaku dulu... gara-gara along mengidam waktu kak long mengandungkan Nazrin, terpaksalah kak long buat juga berpandukan tunjuk ajar dari mama yang tika itu berada jauh di seberang laut.... Ah! Banyak lagi kepakaran mama dalam masakan yang tak sempat aku belajar dan tak diperturunkan... terasa rugi sangat.....