Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, March 14, 2008

Bakal Lahir....

Syukur Alhamdulillah… terima kasih Ya Allah…. Atas segala ketentuan yang kau berikan pada ku….. Itulah ucapan yang membisik di hati tika aku membuka email di office…. Apa yang tertera sudah cukup mengundang kegembiraan yang tak dapat ku lakarkan dalam ungkapan kata-kata… tak mungkin terlukis pada susunan bicara…… Tanpa sedar, airmata ku mengalir… bukan sedih, sebaliknya airmata kegembiraan… Syukur dan terima kasih Ya Allah…..

Pantas tanganku mencapai gagang telefon…. Tak lama aku menunggu kedengaran suara menjawab. Ku khabarkan pada DIA apa yang aku alami pagi ini. Berkongsi kegembiraan yang aku rasa walaupun seketika. Kemudian aku hubungi abang yang berada di Putrajaya, honey dan teman-teman yang rapat dengan tujuan yang sama. Mungkin bila ada yang membaca N3 aku ini beranggapan yang aku ni kecoh…. Bagai ingin mencanang segenap penjuru alam akan perkara ini… macamlah bagus sangat, ataupun maybe ada yang tergaru-garu kepala yang sah-sah tak menjadi destinasi permastautin kutu-kutu baboon….. apalah yang budak ni merepek… heheheheheheehe korang nak tahu ke…. Erm sebenarnya begini… Buah Cinta aku bakal hadir… kalau tiada aral dan dipermudahkan segalanya InsyaAllah awal bukan April nanti akan terlihat wajah buah cintaku itu…. Moga kehadirannya dapat diterima oleh semua dan seawalnya aku susun jemari lantaran aku bukan seorang yang bisa memenuhi kehendak dan selera semua pihak dengan hidangan terbaik, tapi aku tetap berusaha untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik mengikut kemampuan yang aku miliki…. malah aku juga sedang menyediakan diri untuk menghadapi sebarang komen yang sudah pastinya berbaur kritikan terhadap apa yang aku hasilkan itu…..

"mengkritik tidak bererti menentang, setuju tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci dan bertukar pendapat adalah kawan untuk berfikir dan menghasilkan sesuatu yang lebih baikk" "tegur biarlah jujur, ajar biarlah sabar, tak semua yang dikritik tiada kebaikan, tak semua kebaikan lahir tanpa kritikan".



Inilah wajah Buah Cintaku.... Ku persembahkan untuk tatapan semua……
Sila ke link pu3imaneisya yang ada disebelah kanan istana kaca ini andai ingin tahu kisah-kisah selanjutnya
Terima Kasih dan salam sayang......

14 Comments:

  • At March 14, 2008 at 1:48 PM , Blogger triSYA said...

    wah la woii!!!..cantik lah cover.. tak sabar2 rasanya nak dapat yang FREE.. boleh kan! boleh kan!

     
  • At March 14, 2008 at 9:46 PM , Blogger EBRIZA AMINNUDIN said...

    Trisyaa ,..
    walla lala ... saya pun tak sabar2 nak dapat FREE. kehkehkeh .,, kita sebumbung. Jangan marah haa swertie.

     
  • At March 14, 2008 at 11:28 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Well! No komen.... isy rasa cam artislah pulak.... apa pun TuNgGuuuuuuuuuu :-)

     
  • At March 17, 2008 at 11:35 AM , Blogger Mersik said...

    Wahhh... seronok nyer hati ini tak terkira.. bersua pu3 imaeisya dalam bentuk kertas lagi..

    Amboi.. dah bergelar penulis akhirnya dia. Wahh ni kena pau lebih2 ni semetara senyumnya masih lebor.. dpt kopi patplo cawan pun jadi la.. hik hik..

    Apa2 pun semoga terus berjaya dengan langkah pertama ini. Teruskan usaha .. yihaa..

     
  • At March 17, 2008 at 12:00 PM , Anonymous Anonymous said...

    hahahahahaha PAU pokcik.. jangan tak PAU.... bukan selalu, tapi yang pasti Pokcik kena sediakan kuih PAU sebab rasanya si Pu3Imaneisya tu memang suka makan kuih PAU.. sebab tu lah muka dia pun sekali pandang dah macam PAU.... terutamanya PAU Sayur ala-ala dim sum gitu... hahahahahhaha

     
  • At March 17, 2008 at 11:04 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Hai pokcik.... janganlah puji bebanyak sangat, nanti tak larat nak beli sekut ngan kopi ali tongkat.... apapun nanti kita ngetah kat kedai rahsia ekk pokcik... kita makan blueberry cheesecake..... honey belanja amacam... ahhahahahahaa

     
  • At March 17, 2008 at 11:37 PM , Anonymous Anonymous said...

    Yana - Lama tak dengar citer pasal Uncle. Gado lagi ke? Mesti uncle tak tahu makchu keluar dengan abang Emil kan.

    Luqman Al-Hakim
    Adik. Jangan hujan malam. B'mana makan malam tadi? Salam untuk adik angah yang sorang lagi. Ingat pesan along, jangan gaduh2

     
  • At March 18, 2008 at 1:58 PM , Anonymous Anonymous said...

    salam pu3.. tahniah diatas kelahiran sulung tu! akak benar2 hepi utk pu3.. semoga semakin bersemangat utk berkarya lagi selepas ini, ya?

    -nor ash burn-

     
  • At March 18, 2008 at 2:39 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    To Yana... amboi amboi che kak sorang ni... pandainya merayau kat istana orang..... awak 2 budak kecik lagi... jangan nak masuk campur isu orang tua... baca buku.. tahun ni nak periksa....

    To LAH.... Ni sorang lagi... sapa ajar terjah istana orang tak bagi salam.... Erm nak kim salam kat adik hak mana... A.. B.. C... atau Z... habaq cepat.... nie pun dah berjangkit ngan kelaku along lah ni.... saja gatai tangan ngan mulut kan... cabai sat ni baru tau.... mencilah ....

     
  • At March 18, 2008 at 2:40 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    To -nor ash burn- thanks..... insyaAllah moga selepas ini dipermudahkan untuk terus melangkah.. insyaAllah... Amin....

     
  • At March 18, 2008 at 7:58 PM , Blogger EBRIZA AMINNUDIN said...

    Wahohoho ... cik puan tuan pu3 ... ada ke aku plak yang kena pau. Dalam buku istilah mana hg pi blajaq? Sepatutnya hg ler yg kena blanja sebb meraikan buah hati yg pertama. Apa macam pkocik ... pu3 nak ngeteh bluebery cheesecake.

    Lehai pu3 ... biarlah anak buah ko nak tumpang sekaki. Heheheh ... boleh satu kapai dengan aku ni.

    Kak Nor Ash Burn, hmmm jgn lupa dapatkan buku anak didik saya yg pertama. Mudah-mudahan tak cukup menja dia nak sain autograf. Keh keh keh ... haip! jgn marah nanti kena jual.

     
  • At March 19, 2008 at 4:16 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Ala Cik Puan Honey.... ni istilah yang diiktiraf oleh akulah... tak salah orang lain yang membelanja sebagai tanda ucap tahniah...hahahahha tapi kan hang sebut pasal Blueberry Cheesecake... aduh... mana aku punya ekk... Si Iman tu pun tak belikan untuk aku... uwaaaaaaaaaa nangis berlagu aku jadinya.... sapa nak belikan tuk aku.... aku beli sendiri tak best... nak orang gak belikan lebih2 kalau orang tu betul2 sayang kat aku.... heheehhee

     
  • At March 19, 2008 at 10:46 PM , Blogger EBRIZA AMINNUDIN said...

    uih ... demand tahap MAKSIMA CIK PUAN KAK ni ... Adeh laaa .... lama2 BOTAK org yang sayang kat hang tu.

     
  • At March 20, 2008 at 11:40 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Tak denyer botak de kalau setakad sepotong Blueberry Cheesecake tu honey, tapi kenalah ikhlas.... lagi berlimpah ruah rezeki allah beri, tapi yang penting kena ikhlas kan... ala kalau aiman tak kisah napa pulak iman tu nak kisah... Woi! Ni apa citer asyik sebut pasal nama tu je... ehheheheee apa pun tak kisah honey.... tak dapat pun memang yang disayang tetap akan terus disayang sampai hujung nyawa... jangan bimbang.... bukan kerana sepotong kek dan tidak juga sebarang pemberian.... semua itu bukan ukuran....

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home