Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, November 28, 2006

Garapan Jemari.....

Dalam dok-dok sambil buat keja, minda aku memandai lak pi merayau… dah tu menjenguk je Ilham ni datang untuk bertandang. Sebenarnya aku ni kalau wat keje cukup suka layan lagu yang aku dah sedia penjarakan kat dalam Istana kaca aku ni. Barulah okey layan keja, kalau tak mata ni mesti nampak bantal melambai-lambai, siap ngan tilam sekali… alahai…. Sambil-sambil layan lagu, tangan ni pulak memang gatal, tak gheti dok diam… ada je yang nak dibuatnya…… tah apa-apa tah yang dia nak taip, nak garap, tapi sebab memang boring pun ngan assignment yang aku dapat hari ni; maka aku pun berdiplomasi skitlah ngan jemari aku ni. Bagi change kat dia, kalau tak takut lak mogok langsung esok-esok dia tak mahu menaip dan menggarap lagi. Ha sapa yang susah… The Brutal Princess gak yang susah… jadi ni la hasilnya..hehehehhehheh

Aku tak mengerti
Apa yang ku rasa
Rindu yang tak pernah
Begitu hebatnya
Aku mencintaimu
Lebih dari yang kau tahu
Meski kau takkan pernah tahu


Mestinya kau cari pengganti diriku saja
Karena kita sudah tak saling bicara
Pastikan cerita tentang cinta yang telah lalu
Hanya ada dalam ingatan hatimu


Jujurlah padaku bila kau tak lagi cinta
Tinggalkan aku
Bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku
lupakanlah aku Selamanya


Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesakkan
Takkan tugumu kebal
Tiada pertimbangan


Bila kita mencintai yang lain
Mungkinkah hati ini akan tegar
Sebisa mungkin tak akan pernah
Sayang ku akan hilang


Aku memang suka pada dirimu
Namun aku ada yang punya
Lebih baik kita berteman
Kita berteman saja Teman tapi mesra


Maafkan daku
Kekasih hati cinta kita berakhir
Maafkan dakuKerna ku memungkirinya

Omong-Omongan

Betul ke orang kata kat blog ni tak yah lah nak tulis panjang-panjang… berjela-jela malah berkilometer.. bukan ada yang nak baca… kat blog ni sekadar untuk santai… tulis secotet aje….. baru lah enjoy… betul ke… erm banyak pandangan dan pendapat yang aku dengar, tapi kalau dah memang orang tu giler menulis, mengarap apa aje yang tetiba masuk dalam kamar minda tanpa izin, nak wat camne pulak….. bukan sebab dia nak tunjuk yang dia bagus dalam menulis atau lebih tepat menaip, tapi dah memang dia tak leh jumpa ruang kosong… ada aje yang dia nak tulis, ada je yang dia nak garap dan lebih parah bila tetiba Encik Ilham datang duduk dalam kamar minda tanpa minta izin… parah beb…. wa cakap lu, memang tak keharuan jadinya. Jadi, kalau tak kat blog; kat kertas mesti penuh dia tulis… tu nasib baik dia jumpa kertas, kalau tak jumpa kertas, very the worry kalau dia tulis kat dinding… wooiiii tu kira dah salah tu…. tak baik tulis-tulis kat dinding. Bukan amalan mulia lagi bukan budaya kita. So, rasanya lebih afdallah dia menconteng kat dinding blog, walaupun ada yang tak suka, asal dia suka… owang lain tak yah lah pening kepala atau sakit hati… nanti tak pasal lak berbaris kat klinik untuk dapatkan rawatan lagi pun kan tak elok tuk kesihatan. Kalau rasa nak baca.. ha dipersilakan baca, bukan kena bayar pun… kalau tak nak.. just take another step untuk ke blog lain yang mungkin memenuhi citarasa yang dicari. Tak ada paksaan sama sekali….. kita manusia… berlainan rupa, berlainan citarasa… apa yang kita suka walaupun disukai oleh orang lain, tapi tetap ada perbedaannya. Itulah kelebihan yang Allah anugerahkan bila diciptaNYA makhluk yang dipanggil MANUSIA.

Thursday, November 23, 2006

Milikku yang terIstimewa.....







Nuraina, biar jauh kau larikan diri, namun kau masih gagal menghindari SESUCI CINTA Armand yang tetap mencari mu, Rasya Aleeya, kemelut sebuah kehidupan yang kau lalui menyedarkan dirimu SEHARUM KASIH Syed Reeza tidak mungkin ingin kau kongsi dengan wanita lain. Insyirah, walaupun hatimu luka pada cinta yang aku rasa di khianati, namun SETULUS JANJI Ilham membawa diri mu dalam dakapan bahagia yang tiada sempadan. Aisya Hana, mampukah kau menolak AURA CINTA lelaki seperti Azraai yang sentiasa berada dekat dengan diri mu walau dalam apa jua keadaannya.? Dan Firas, KAU LAKSANA BULAN memerangi kesamaran Adrianna dalam mencari di mana titik sebenar sebuah percintaan yang sering hadir dalam angan-angannya.

Indah bukannya pada zahir, tapi pada tutur terucap. Terhambar pada Pekert yang terlihat. Terserlah pada santun menyulam tingkah. Tersentuh pada hati yang luhur dan jujur, yang molek sukar dicari tanpa dinilai dengan mata hati, bukan nafsu menjadi landasan menelik keluhuran budi, cantik dalam iman terpelihara adab dan sopan. Bukan lenggong lentuk jadi ukuran berpaksikan kepalsuan, sebaliknya ketulusan jiwa yang terpendam; terlukis pada wajah bukan kehiprokitan.

Wednesday, November 22, 2006

21 November Dalam Kenangan


Pernahkah kau merasa seperti ku
Berperang dengan gabra tak menentu
Takut gementar dan malu
Semua bersatu tanpa ada yang tahu

Pengalaman penuh mengasyikkan
Pertemuan jalinan kemesraan
Alaf21, di lembayung mu
Kita semua bertemu

Kenangan semalam masih menari-nari dipentas ingatan. Tak pernah ku duga sebegini awal aku akan bertemu dengan gengs dari AlafFC memandangkan aku masih lagi baru menyibuk diwebsite itu. Entah aku pun kurang pasti dari mana aku perolehi kekuatan menerima ajakan mereka untuk sama-sama menghadirkan diri di majlis Rumah Terbuka yang diajurkan oleh Alaf21. Biar apa pun semuanya sudah berlalu dan rasanya meninggalkan satu kenangan yang teramat manis tanpa sedikit pun perlu ku tambah dengan gula. Meski gabra dan gementar tetap mengacah dan mengusik emosi, tapi aku cuba juga mengatur langkah. Bertemu Ija di KL Sentral membuatkan aku rasa agak selesa lebih-lebih lagi sikap Ija yang peramah dan tak lokek untuk bercerita. Dari satu station ke satu station hinggalah akhirnya komuter memperlahankan rentak kelajuan memandangkan station Shah Alam sudah nampak dipandangan. Aduh saliha, jantung ku pula yang laju mengalahkan komuter, bagaimana harus ku lalui pertemuan ini…. bagaimanakah penerimaan gengs alafFC terhadap diri ku? Selama ini The Brutal Princess memang tak pernah takut atau gentar bila berceloteh di website, gurau senda berbalas biar terkadang payah juga untuk mengangkis. Tapi kali ini… akan bertentang pandangan dengan Abang long, Mersik, Budi, Rosya, Violet, Ina, Amiza, Nana dan ramai lagi…. mampukah…. Melihatkan Ija yang relex dan cool, cemburu gak dalam hati aku dan akhirnya.. Well Pu3salju, langkahmu sudah tiba di sini. Ianyer tak akan memungkinkan untuk kau berpatah. Terlajak perahu pun belum tentu mampu kau undur. So, jitukan hati, terus mara biar apa pun yang akan terjadi, yang pasti depa semua tu tak akan makan hang sebab depa tengah reservekan perut untuk pulun segala macam hidangan yang telah menunggu di Alaf21. Alhamdulillah, dengan izin dariNYA, semua dipermudahkan. Melihat pada gengs alafFC yang lebih awal sudah tiba, tak ubah macam Rombongan Che Kiah, tapi kali ini ianye Rombongan Pokcik Mersik menyerang Alaf21, lebih-lebih lagi bila kami adalah tetamu terhormat yang tiba dulu. Apa pun best…. sebab selain dari juadah yang dihidangkan menepati selera sekelian yang hadir, kemurahan hati pihak Alaf21 memberikan potongan sebanyak 30% untuk semua buku-buku bagaikan Duit Raya untuk kami semua. Apa lagi, tanpa berfikir panjang, masing-masing memulakan missi pemborongan. Kalau boleh satu toko buku tu nak rembat. Nasib baik gak tersedar bahawa sudah pasti semua tak nak balik jalan kaki akibat terlebih membuat pelaburan di Alaf21. Jadi ambil lah yang betul-betul best, terkini dan terhangat dipasaran. Ramai gak novelist yang menghadirkan diri. Kak Sri Diah, Kak Anis, Kak Norzailina,Damya Hana, Eyman Hykal dan ramai lah lagi yang tak tertulis kat sini sebab Tuan pu3 ni tak kenal sangat. Maklum selama ni baca je novel mereka, tapi orangnya wallahhualam tak tahu sapa and other thing The Brutal Princess ni tak pandai nak beramah mesra secara automatic, masih malu-malu hamster gitu, so yang mana sempat aje lah nampaknya. The Brutal Princess lebih banyak jadi pemerhati dari pada menyibukkan diri macam gengs lain yang benar-benar ketara teruja dan ghairah untuk bergambar atau apa sahaja yang sewaktu dengannya. Apa pun pu3 respect dan suspect dengan you all semua sebab bukan senang woooiiiii nak jumpa, berborak dan bergambar dengan para novelist alaf21 yang 4pular dan world tu. Anyhow, tak ada istilah yang boleh pu3 gunakan selain dari BEST GILER dengan pertemuan dan majlis semalam. Harap ini bukan awalan dan akhiran untuk pu3 dengan gengs alafFC. Buat abg long, Mersik, Budi, Rosya, Mardhiah, Ija, Ina, Amiza, Nana, Li Hoon – the only chiness girl dalam alafFC [jan lupa tukar line phone] and the rest yang tak sempat pu3 senaraikan, thanks coz sudi ajak pu3 untuk turut sama dalam aktiviti kali ini. You all semua memang best…. Happening sesangat.

Kalau ada sumur di ladang
Izinkan hamba menumpang mandi
Kalau ada yang dalam perancangan
Ha tak reti-reti nak contact lagi

Abang Long, Mersik, Rosya dan Budi
Penggerak Alaf21 FC yang sentiasa komitmen
Mardhiah, Le Hoon, Ija dan Ina
Keramahan kalian dalam kenangan

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Next event janganlah tak nampak
Agar tidak rindu-rinduan

Aku bukan pujangga handalan
Mengarap madah dalam nukilan
Bersama kalian tersemai kemesraan
Bersatu matlamat dan juga tujuan

Cinta ini bukanlah rahsia
Menghitung hari bertahta dihati
Tersalah bicara maaf ku pinta
Moga dipertemukan dilain kali

Salam sayang buat semua
-Pu3Salju-

Monday, November 20, 2006

Sehari bersama Kak Aina Emir

Aduh saliha… tak tahu nak cakap apa … speechless… first time terpandang wajah Kak Aina Emir, cam tak percaya aku leh bertentang mata dengan one of Idola aku…. walah, senyumannya memberikan semangat pada aku dalam gabra yang aku rasa sejak menaiki train tadi. Dalam percaya dengan tidak, rupanya aku dah sampai ke UKM khusus untuk sama-sama dalam bengkel yang dianjurkan oleh KarnaDya. Thanks god atas kekuatan yang diberikanNYA. Walau aku tak kenal sesapa pun kat situ, tapi it’s not a big problem sebenarnya. Berkenalan dengan peserta yang ternyata punya minat dan kecenderungan yang sama dengan aku, cuma yang membezakan, depa ni lebih relex dan cool berbanding dengan aku yang tanpa siapa tahu sebenarnya masih berperang dengan berbagai rasa yang datang tanpa aku pinta.

First section bersama Dr Ramli membincangkan dari segi penggunaan tatabahasa dalam penulisan. Banyak gak yang ditegur mengenai kesilapan penggunan tatabahasa yang agak ketara dalam menghasilkan manuskrip. Memang pun sebab selama ini penulis menulis berpandukan apa yang mereka rasa. Ada ketika terlepas pandang dengan kesilapan yang mungkin tak diduga, tapi bagi yang pakar dalam bidang bahasa, sure boleh kesan ketidak patutan yang berlaku. So section ini lebih pada peringatan agar berhati-hati dalam menggunakan tatabahasa yang betul agar manuskrip yang dihasilkan lebih cantik dan tidak melambangkan betapa ceteknya pengetahuan seorang penulis meski bermain dengan kreativiti. Ingat apa yang dihasilkan adalah untuk tatapan berbagai golongan di luar sana.


I assume semua orang teruja menanti the second section, Penulisan Kreatif bersama Kak Aina. Seronok berkongsi pengalaman yang selama ini kita tak tahu, perihal Kak Aina dan bagaimana beliau membina kerjayanya. Sempat Kak Aina menyelitkan motivasi dalam kata-kata gurauan dan berbagai tips yang tak lokek dikongsi bersama dengan orang-orang macam aku yang masih terangkak-rangkak dalam dunia yang nampak sama tapi pasti berlainan dari persepsi masing-masing. Mungkin dah ada yang nampak jalan yang dulunya kabur atau mungkin ada yang dah mampu melangkah ke arah sinar terang itu, Apa pun bengkel yang dianjurkan oleh KarnaDya membuatkan aku mula berfikir akan apa yang selama ini aku inginkan. Keyakinan harus aku perkuatkan dalam diri bersama iktizam agar tidak takut untuk melangkah. Macam yang Kak Aina kata, kalau dia yang dulunya tidak fasih menguasai bahasa melayu boleh berjaya, mengapa tidak peserta yang berada dihadapannya. Apa yang penting, tingkatkan disiplin dalam diri. Usah persiakan minat yang ada, maybe itu bakat yang allah beri dan aku perlu gunakan sebaiknya. Kita tak akan tahu kelemahan kita melainkan ada orang lain yang menegurnya. Bangun dari teguran orang adalah lebih baik dari terus hidup paksikan angan-angan dalam kepompong khayalan yang entah dimana kenyataannya. Merci de amor Kak Aina.

Tuesday, November 14, 2006

Chocolatechips ooooo chocolatechips



Malam tadi penuh keboringan. Dah la hujan turun mencurah-curah... nak layan TV, rasanya cam tak ada program yang boleh menarik minatku. Puas aku berpusing keliling katil mencari ilham.. nak sambung menulis, alamak buku nota aku tertinggal kat office sedangkan draf untuk plot citer semuanya kat dalam tu. Aduh saliha, cuainya aku.... erm apa nak buat ekk.... aku masuk dapur... buka cabinet tengok apa yang ada.... Ha'Ah.... terlihat tepung, cooking chocolate, chocolatechips pun ada.... almonds, gajus, pun masih ada.... Yes... dah tahu.... memandangkan balang biskut cornflakes aku pun dah nak kosong.... apa kata.... ;) tanpa membuang waktu aku pun capai apa yang aku perlukan.... dan tak sampai pun 2 jam, terhasillah... Jeng... Jeng.... Jeng... Biskut ChocolateChips ciptaan ku.....

Bahannya:

200grams buttercup
150grams gula icing
1 biji telur
50gram susu tepung penuh krim
1 sudu teh esen vanilla
50gram coklat masak [dicairkan]
80 gram tepung gandum
20 gram tepun gagung
85 gram Nestle cornflake [diramas kasar]
85 gram oats
35 gram kacang almond
35 gram gajus
200 gram chocolate chips

Caranya:
Campurkan kesemua bahan kering ke dalam mangkuk kecuali chocolate chips. Cairkan chocolate masak dengan kaedah double boil perlahan-lahan. Putar butter dan gula hinggal kembang dan lembut. Masukkan telur dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Campurkan chocolate cair dan kacau lagi. Campurkan kesemua bahan kering tadi ke dalam adunan sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-lahan. Akhirnya campurkan chocolate chips. Ambil satu sudu adunan dan letakkan diatas tin pembakar yang sudah dilanserkan dengan sedikit mentega. Bakar pada suhu 180C selama 15-20 minit.

Monday, November 13, 2006

Big Boss oooohhhh Big Boss

Aduh saliha... geram betul aku ngan big boss aku yang sorang ni... kalau lah aku ada power cam poweranges tu dah lama aku ikat dia..... penat-penat aku arrangekan lunch appointment dia, last minute dia tak turn-up.... nasib baik ada boss lain yang boleh back up... tak pasal-pasal aku kena tempias dari manager aku... marah tak bertempat, cam la aku ni dok ngekor je big boss aku tu mana dia pegi. Pagi lagi aku dah remain secretary dia pasal lunch appointment hari ni sampaikan meeting kul 02.00pm pun dia tak leh nak attend, kunun takut tak sempat sebab dek lunch appointment tu... cewah..... alasan..... cheesburger betul.... at last jangan kata lunch appointment, meeting kul 03.00pm pun dia tak ada... jan kata batang idung dia, bayang pun ghaib terus.... sakitnya pala aku ngan kerenah big boss aku yang sorang ni.....

OraNg , MaMa dan akU

Kata orang masa muda hanya sekali, jangan di persiakan..masa untuk enjoy, masa untuk mengetahui dan mencuba semua benda agar bila tua nanti tak menyesal…. MaMa pula kata, masa muda masa untuk beramal dengan ilmu, beribadat, masa tenaga masih kuat, masa kudrat masih larat, Masa cari ilmu bina ketakwaan jaga keimanan dan MaMa pesan jangan buat jahat sebab putik yang masih muda pun boleh gugur maka bersiap sedia mengingati mati; Aku pula kata ehmmm betul juga kata MaMa.

Kata orang ilmu tu penting untuk orang pandang tinggi pada kita, untuk hidup senang, untuk beli apa yang di idamkan, beli rumah besar, kereta mewah; barulah orang pandang tinggi bolehlah kita megah atas apa yang kita miliki; Tapi MaMa kata; ilmu tu pembuka segala amal, makin berilmu makin tunduk pada kekuasaan Allah, makin mengakui dan mengkagumi keesaan tuhan. Dengan ilmu juga kita berusaha untuk perbaiki diri; dan MaMa selalu pesan ilmu kena diamalkan sebabnya Allah benci pada orang yang berilmu tapi tak mengamalkanya. Aku pula kata…betul juga kata MaMa nie;.eh bukan betul jer tapi memang betul.

Orang kata, kita kena pandai cari dan ambil peluang, kesempatan yang ada jangan dilepaskan, kena cepat.. nanti ketinggalan, jangan fikirkan orang lain yang penting diri kita kena diutamakan;Tapi maMa kata jangan bina kejayaan atas keruntuhan orang lain, jangan jatuhkan orang, rezeki di tangan tuhan, kalau ada dapat kalau di takdirkan tak ada, usaha macam mana pun tak akan dapat. MaMa pesan lagi jangan makan kawan kalau lapar sangat makan makanan yang halal; lagi satu maMa pesan usaha tu penting asas kejayaan. Aku pula kata ya.. mengiakan kata MaMa sambil mengangguk-anggukan kepalaku.

Kata orang kalau nak cari jodoh tu, carilah yang cantik sedap mata memandang, nanti tak lah jemu, Pendidikan pun kena tinggi kalau tak, nak makan apa; pasir… biar dapat kereta sebiji sebagai mas kahwin tak pun insuran; (macam iklan kat era tu; pasal insuran) MaMa pula kata jodoh pertemuan di tangan tuhan, kalau nak cari, carilah yang beriman dan beramal dengan apa yang dia pelajari, jangan pandang paras rupa sebabnya kecantikan akan hilang tak kekal lama, budi pekerti dan agama yang penting; kahwin bukan untuk sehari dua tapi untuk seumur hidup; maka jangan tersalah buat pilihan lalu maMa pun menyanyikan lagu; kepada mu tuhan, kusandar harapan, moga tak tersalah pilihan, seandai dirinya, tercipta untukku rela ku menjadi miliknya; Aku pulak terkejut gila; fuyoo maMa boleh nyanyi lagu tu; tapi macam pernah dengar jer lagu nie. MaMa kata, alah lagu pernah dapat no 1 dalam carta era. Yang ada dalam carta nasyid radio IKIM tu; terang maMa bila lihat aku buat muka bodoh. Aku pulak kata betul juga kata maMa pasal jodoh tu….. dalam hati kagum dengan MaMa, rupanya mengikuti perkembangan semasa nasyid tahanair…. Fuiyoooooooooo MaMa aku….moden in iman lagi.

Kata orang; harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama; MaMa pula kata; manusia tak ada belang maka bila mati tak boleh tinggalkan belang macam Pak Belang tu; maMa kata lagi; hidup biar berjasa; biar orang tak kenal dan tak sanjung kita tapi pastikan dapat tempat di sisi Allah yang Esa. MaMa kata kalau buat sesuatu jangan nakkan balasan, jangan buat kerana nama, pangkat, atau darjat tapi biarlah ikhlas kerana Allah. MaMa kata lagi kalau itu yang kita kejarkan…. pangkat, nama, darjat, sanjungan kita akan dapat tapi di akhirat tiada yang menanti. Lalu MaMa membacakan pesanan daripada Saidina Al-Khatab
"Jika kamu ingin mengikut petunjuk dari para iman, Maka kuatkan dirimu untuk menerima mushibah dengan hati yang lembut di waktu menghadapi kepahitan dan hati yang sabar terbentang di dada. Lisanmu perlu di kunci, matamu perlu dikendali, Rahsiamu di sembunyikan dan hanya dilihat oleh Allah sahaja. Namamu jangan terkenal, pintumu di tutup, mulutmu tersenyum, Perutmu lapar, hatimu luka, pangkatmu di pendam dan keaibanmu tersohor… Dan tiap-tiap hari menelan perasaan pahit dari pengaruh zaman dan teman, Sedangkan hatimu menurut. Siangmu sibuk mengislahkan (mendamaikan) orang tanpa membangkit-bangkitkan, Ambillah kesempatan pada malam itu, jadikan ia persiapan untuk hari kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan."
Aku pula kata terima kasih maMa betul apa yang maMa cakap tu; aku tersenyum riang terima kasih MaMa, ratu hatiku, insan yang paling aku kasihi dalam dunia nie terima kasih atas nasihat mu. Akan ku pahatkan di dalam hati…jadi tugu peringatan yang tak mungkin roboh walau pun seinci….. biar tersergam bagaikan Prono Citro lambang kasih ku pada mu… Ilmu itu pembuka segala amal… penerang sebuah perjalanan….. Pembasmi segala kebengapan… andainya kita beramal dengan apa yang kita pelajari dan yakini….. tapi yang betul je lah… kan maMa kan……

Orang, maMa dan aku; moga kalian dapat menilai akan pengajaran dan pengisian, walaupun lawak sikit tapi fahamkan apa yang tersembunyi di sebaliknya.. saje jer buat lawak alaf 2020 [aku cilok jap kata-kata Haikal]; dalam tension mendengar leteran dari lacture, tangan aku pun cam gatal je nak menconteng kat kertas…. Akhirnya… ini lah yang terhasil…. Heheheh kengkawan geleng pala je bila aku pass kan paper ni… ‘ hai dalam kalut kena marah pun sempat lagi otak berpusing cari idea….. dasar tak boleh jumpa kertas…. ‘ leter Ayie… aku buat muka selamba cam biasa…. Kata-katanya sikit pun tak masuk kat otak atau hati aku yang dah tepu… cam ‘SnowQueen’…… at last dia orang gelak je bila baca sampai abis….. nak buat cam ne bila dapat kawan cam aku ni….

Friday, November 10, 2006

Nukilan rasa 1

Tidak pernah ku pinta untuk menjadi bidadari di singgahsana hatimu, cukuplah kira ada ehsanmu untuk mengizinkan aku merasai sisa-sisa kasihmu yang tiada siapa lagi ingin kau berikan

DIA: Awak percaya pada Takdir…. Erm macam jodoh dan ajal…..

AKU: Yup…. Bagi saya perancangan kita sering tersasar. Jadi lebih baik jangan terlalu merancang dan mengharap. Takdir dan ketentuan Allah itu yang sebaik dan pasti terbaik. Kenapa awak tanya? Ada apa-apa yang saya tertinggal ke?

DIA: Tak… cuma apa yang saya rancang seringkali tak kesampaian… itu yang saya takutkan.

AKU: Awak nak share apa-apa ke dengan saya?

DIA: Erm budak yang pernah saya minat dan cuba nak tackle dulu, kini seakan memberi harapan pada saya, tapi saya tak berani sebab dia ni agak liar sikit dan ambil ringan dalam hal ugama. Lagi pun bila-bila masa dia boleh berubah.

AKU:Oh!...tak salah andai awak mencuba. Dekat mudah dibentuk dan mudah dipandang dan dipantau. Saya doakan moga awak berjaya lebih-lebih lagi dia pernah awak suka. Kini peluang terbuka semula, jangan persiakan. Wish you Gook Luck.

DIA: Berdahwah pada orang liar ni berat sikit.

AKU: Tiada yang mustahil dalam kehidupan kalau awak istiqamah dan yakin, Allah sentiasa membantu hambaNYA yang ikhlas membantu dirinya dan orang lain untuk mencari hidayah dan jalan yang benar.Bukan mudah untuk mentarbiah orang, iyernya perlukan kesabaran.

DIA: Awak marah pada saya?

AKU: Kenapa pulak saya perlu marah pada awak? Saya cuba tak mahu mendidik diri untuk marah pada orang. Lagi pun tak baik semarakkan rasa kemarahan itu, tak elok untuk kesihatan HATI. Saya doakan awak berjaya dan tumpang gembira bila awak bahagia. Itu doa ikhlas saya buat awak.

DIA: Ahhhhhhhhhh maafkan saya kerana melukakan dan mengecewakan hati awak

AKU:Jangan fikirkan tentang saya, yang penting awak gunakan peluang yang ada untuk kembali pada orang yang pernah cuba awak pikat dan suka. Saya masih punya empat lagi cabang cinta yang rasanya tak akan buat saya kecewa untuk selamanya. Cinta saya pada Allah, pada Rasul, pada Keluarga dan pada Ilmu. Cinta sesama insan adalah yang paling akhir yang saya cari. Kalau ditakdir kan saya bertemu, akan saya jaga sebaiknya dan andai ditakdirkan saya kecundang, saya redho justeru saya yakin pasti ada hikmah dalam tiap yang sudah tersurat didalam yang tersirat pada sebuah kehidupan sementara ini.

DIA: Belum apa-apa lagi. Kisah kami mungkin baru nak bermula, itu pun kalau budak tu serius. Apa-apa pun saya akan beritahu awak nanti. Awak tetap yang terbaik dan istimewa buat saya. Saya bersyukur kerana allah mengizinkan saya mengenali dan dipertemukan dengan awak.

AKU: Thanks…. Saya sekadar insan biasa, penuh kedhaifan dalam serba kekurangan dan sedikit kelebihan untuk mengimbangi kehidupan saya. Moga awak bahagia dalam kehidupan awak dan berjaya dengan apa yang awak lakukan. Jaga diri dan hidup baik-baik…..


" Jika ada sesiapa yang meminta CINTAmu, katakan lah iyernya milik ALLAH, andai ada yang meminta KASIHmu, katakan lah iyernya milik RASULALLAH, jika ada yang meminta RINDU dan SAYANGmu, katakan lah iyernya buat kedua ayahanda dan bonda serta saudara seagamamu, namun jika ada yang meminta untuk berada dekat diHATImu, berikan ruang itu kepada insan yang benar-benar ikhlas menerima dan menghargai dirimu dengan apa yang telah dianugerahkan oleh ALLAH pada dirimu…."

Nukilan rasa - cont

Tak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman, mengapa mengharap teman setampan Yusuf jika kasih tidak setulus Zulaikha, tak perlu mencari teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Hajar dan mengapa mendamba teman sesempurna Muhammad jika masih banyak keburukkan dalam dirimu. Bimbinglah diri dan terimalah kekurangannya sebagai satu keunikan dan carilah kebaikan yang terselindung dalam dirinya. Bersyukurlah dipertemukan dan bermujahadahlah moga dia adalah milikmu yang terbaik anugerah dariNYA selamanya…….

AKU : Erm cantik madah yang awak berikan pada saya dan dalam maksud pulak maksudnya, apa-apa pun thanks coz awak sudi mengingatkan dan sering mengingatkan. Memang saya sedar diri penuh kekurangan dan kedhaifan, namun saya tetap bersyukur justeru allah beri peluang pada saya untuk memperbaiki diri dalam amal dan iman

DIA : Huh… sebenarnya saya kutip dari ukhwah.com, saya pun tak reti sangat apa maksudnya, tapi saya rasa bunyi dia macam sedap, so saya ambil dan berikan pada awak. Isyyyyy saya tak sangka ada pulak orang terasa….. Maaflah atas ketelanjuran saya tu….

AKU : La, nak minta maaf sebab apa pulak…. bagus apa yang awak hantar tu.

DIA : Erm saya harap awak tak marah dan fikir yang bukan-bukan tentang maksud saya.

AKU : Tak lah, sebagai sahabat; kita digalakkan untuk mengingatkan sahabat kita kan, berkongsi ilmu yang dapat mentarbiahkan sahabat ke arah kebaikan. Saya tak marah pun.

DIA : Alhamdulillah, lega rasa hati saya dengar awak cakap macam tu… tah la kekadang saya ni suka sangat share sesuatu yang saya rasa sedap di dengar dan cantik susun ayatnya dengan awak.

AKU : Saya tak kisah, lagi pun bagus juga tu… terkadang saya ni malas sikit nak cari info

DIA : Bagaimana awak sekarang, masih sorang lagi ke?

AKU : Hai dah beralih ke soalan cepumas pulak awak ni.

DIA : Bukan selalu saya dapat tanya awak soalan macam ni, well, I’m waiting for your answer.

AKU : Kalau saya katakan yang saya tak punya jawapan pada soalan awak tu bagaimana?

DIA : Susah saya nak percaya, siapa yang awak tunggu dan cari sebenarnya?

AKU : Saya tak tunggu sesiapa dan tak mencari, cuma kalau boleh saya nak lengkapkan diri dengan ilmu dan belajar untuk mencintai yang SATU walaupun cinta saya tidak seteguh dan sekuat cinta Muhammad. Bagaimana pula hubungan awak dengan gadis yang dah mula beri perhatian pada awak tu?

DIA : Isy awak ni pandai mengalih soalan yer, Entahlah. Masih terlalu awal untuk saya buat rumusan. Soal hati dan perasaan ni sukar di ramal; saya takut ramalan saya menyimpang dari apa yang telah ditentu dan ditetapkan dalam hidup saya.

AKU : Apa pun tak salah andai awak mencuba dan istiqamah dalam usaha awak tu. Saya sekadar mampu memdoakan dari kejauhan…. Seronok lihat sahabat-sahabat saya berjaya dan bahagia dengan apa yang diharapkan.

DIA : Tapi awak tak boleh membelenggu diri awak dengan kebahagiaan orang lain kerana diri awak juga berhak untuk bahagia sama seperti orang lain.

AKU : Bahagia tu subjektif, definasinya berbeza dari perspektif individu, mungkin cara awak menterjemah berbeza dengan saya, bahagia bagi awak bila awak perolehi apa yang awak ingin dan harapkan, sedangkan pada saya berbeda. Saya bahagia bila orang yang saya kenal bahagia biarpun saya tak memiliki apa yang saya ingin dan harapkan.

DIA : Kadang-kadang saya bagaikan tak kenal awak…dan sukar nak faham diri awak… terlalu banyak yang terpendam dan sukar untuk saya selam.

AKU : Usah beratkan minda untuk faham akan diri saya, memang payah untuk meyelami apa yang ada di hat. Banyak yang tersirat dalam segala yang telah tersurat……

" Jika ketenangan dan keredhoaanNYA yang dicari, allah akan terus menguji hati hambaNYA. hingga pada suatu masa kita akan merasa betapa indahnya tawakkal kepadaNYA. Itulah nikmat dalam jagaanNYA….."

Wednesday, November 08, 2006

Seketul daging yang dipanggil......


(>””<)
( ‘; ‘)

( ) (“) HATI

Rasulullah memaklumkan kepada kita bahawa di dalam diri manusia ada segumpal daging, yang jika baik daging itu maka baik pula manusia tersebut. Sebaliknya jika buruk daging itu, maka buruk pula kualiti orang tersebut. Daging itu adalah Hati.

Rasulullah juga mengajarkan kepada kita bahawa setiap amalan bergantung kepada niatnya. Jika niatnya buruk, maka buruk pula amalannya. Dan jika niatnya baik, maka baik pula amalannya. Kedua pelajaran ini sebetulnya mengajarkan hal yang sama, bahwa kualiti keagamaan kita sebagai muslim boleh dilihat dari niathati kita pada saat melakukan perbuatan itu.

Hati adalah 'cermin' dari segala perbuatan kita. Setiap kita melakukan perbuatan, maka hati kita akan mencerminkan niat yang sesungguhnya dari perbuatan itu. Katakanlah, kita memberi duit kepada seorang miskin. Kelihatannya itu adalah perbuatan mulia. Tetapi jika niat kita untuk menyombongkan diri kepada orang lain bukan kerana belas kasihan kepada si miskin maka perbuatan itu sebenarnya tidak mulia lagi.

Jadi, hati lebih menggambarkan kualiti yang sesungguhnya dari perbuatan kita. Sedangkan amalan, lebih sulit untuk dinilai kualitinya.kerana itu, agama Islam lebih condong 'menggarap' hati daripada perbuatan. Kalau hatinya sudah baik, maka perbuatannya pasti baik. Sebaliknya meski perbuatannya kelihatan 'baik', belum tentu hatinya baik. boleh saja ada niat buruk yang
tersembunyi.

Seluruh jenis amal ibadat yang diajarkan Rasulullah kepada kita sebenarnya dimaksudkan untuk menggarap hati kita agar menjadi baik, seperti puasa. Puasa ini tujuan akhirnya adalah kemampuan mengendalikan diri. Atau disebut Takwa dalam terminologi Islam. Takwa adalah kualiti hati. Orang yang bertakwa memiliki keteguhan hati untuk selalu berbuat baik dan menjauhi yang buruk.

Demikian juga solat. Tujuan utama solat adalah membuka kepekaan hati. Orang yang solatnya baik, memiliki kepekaan hati untuk membedakan mana yang baik, mana yang buruk Mana yang bermanfaat, mana yang membawa mudharat. Kerana itu, solat yang baik boleh menyebabkan kita jauh dari hal hal yang keji dan munkar.

Juga zakat. Tujuan utama zakat adalah melatih hati kita untuk peduli kepada orang-orang yang lemah dan tidak berdaya. Hidup harus saling menolong, supaya tidak terjadi kezaliman yang menyebabkan terjadinya kejahatan. Itu secara sosial. Tetapi secara pribadi, kebiasaan menolong orang lain dengan zakat akan menyebabkan hati kita menjadi lembut dan penyantun.

Demikianlah, seluruh aktiviti ibadah kita termasuk haji yang menjadi bahasan utama kita kali ini, semuanya menuju kepada pelembutan hati kita. Kenapa hati yang lembut ini perlu? kerana hati yang lembut itulah yang akan menyelamatkan kita ketika hidup di akhirat nanti. Hati yang lembut adalah hati yang terbuka dan peka terhadap sekitarnya.Sedangkan hati yang kasar dan keras adalah hati yang tertutup terhadap sekitarnya.

Allah berfirman dalam firman Alah berikut ini.

"Dan barangsiapa di dunia ini buta hatinya, maka di akbirat nanti juga akan buta,dan lebih sesat lagi jalannya." QS. Al Israa (17) : 72

Ayat tersebut di atas memberikan gambaran yang sangat jelas kepada kita bahwa hati menjadi sasaran utama peribadatan kita. kerana itu Al Quran memberikan informasi yang sangat banyak tentang hati ini. Tidak kurang dari 188 kali informasi tentang hati ini diulang-ulang oleh Allah di dalam Al Quran.

Ada beberapa tingkat kualiti hati yang diinformasikan Allah di dalam Quran. Hati yang buruk dikategorikan dalam 5 tingkatan.

Yang pertama adalah hati yang berpenyakit. Orang-orang yang di hatinya ada rasa iri, benci, dendam, pembohong, munafik, kasar, pemarah dan lain sebagainya, disebut memiliki hati yang berpenyakit,sebagaimana disebutkan dalam banyak ayat diantaranya,

"Di dalam hati mereka ada Penyakit, lala ditambah Allah penyakitnya, dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta" QS. Al Baqarah (2) : 10

"Agar Dia menjadikan apa yang dimasukkan oleb syaitan itu, sebagai cubaan bagi orang-orang yang di dalam hatinya ada penyakit dan yang kasar batinya. Dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu, benar benar dalam permusuhan yang sangat." QS Al Hajj (22) : 53

Tingkatan kedua hati yang buruk adalah hati yang mengeras. Hati yang berpenyakit, jika tidak segera diubati akan menjadi mengeras. Mereka yang terbiasa melakukan kejahatan, hatinya tidak lagi peka terhadap keburukan perbuatannya. Mereka menganggap bahawa apa yang mereka kerjakan adalah benar adanya.

"Maka mengapa mereka tidak memohon (kepada Allah) dengan tunduk merendahkan diri ketika datang siksaan Kami kepada mereka, bahkan hati mereka telah menjadi keras dan syaitan pun menampakkan kepada mereka kebagusan apa yang selalu mereka kerjakan." QS. Al An'aam (6) : 43

Tingkatan ketiga, adalah hati yang membatu. Hati yang keras kalau tidak segera disedarkan akan meningkat kualiti keburukannya. Al Quran menyebutnya sebagai hati yang membatu semakin mengeras dari sebelumnya.

"Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi.Padahal di antara batu-batu itu sungguh ada yang mengalir sungai-sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh, kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan." QS. Al Baqarah (2) : 74

Tingkatan keempat, adalah hati yang tertutup. Pada bahagian berikutnya akan kita membicara, bahawa hati kita itu bagaikan sebuah tabung . Jika tertutup, maka hati kita tidak boleh lagi menerima getaran petunjuk dari luar. Allah mengatakan hal itu di dalam firmanNya.

"Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutup hati mereka." QS Al Muthaffiffin : 14

Dan yang kelima, adalah hati yang dikunci mati. Jika hati sudah tertutup, maka tingkatan berikutnya adalah hati yang terkunci mati. Sama saja bagi mereka diberi petunjuk atau tidak. Hal ini diungkapkan Allah berikut ini.

"Sesungguhnya orang-orang kafir itu, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci mati hati dan pendengaran mereka, dan penglibatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat." Al Baqarah : 6-7

Sebaliknya hati yang baik adalah hati yang mudah bergetar, sebagaimana difirmankan oleh Allah,

"(yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rizkikan kepada mereka." QS. Al Hajj (22) : 35

Hati orang-orang yang demikian itu lembut adanya. Mereka pantang melihat penderitaan orang lain. Suka menolong. Tidak suka kekerasan. Penyantun dan penuh kasih sayang kepada siapapun. Itulah nabi Ibrahim yang dijadikan teladan oleh Allah serta menjadi kesayangan Allah. Sebagaimana diinformasikan dalam firman berikut.

"Dan permintaan ampun dari Ibrahim (kepada Allah) untuk bapaknya tidak lain hanyalah karena suatu janji yang telah diikrarkannya kepada bapaknya itu. Maka, tatkala jelas bagi Ibrahim bahwa bapaknya itu adalah musuh Allah, maka Ibrahim berlepas diri dari padanya. Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun" At Taubah (9) : 114

Friday, November 03, 2006

One of my best cake....




















Kek Carrot Walnut
Bahannya:
1 1/2 buku mentega [buttercup]
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung gandum
6 biji telur
2 batang carrot
Sepaket kacang walnut
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh baking powder

Caranya:
Panaskan ketuhar pada 180 F. Parut carrot dan toskan airnya. Patah-patahkan kacang walnut menjadi kecil-kecil. Pukul gula dengan butter hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila. Ayak tepung gandum dan baking powder. Tuang tepung yang telah diayak perlahan-lahan. Campurkan carrot yang telah diparut bersama walnut. Gaul hingga sebati. Tuang ke dalam tin pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak dan sapu dengan lebihan butter supaya kek tidak melekat. Bakar selama 30 hingga 45 minit sampai kek masak.

Entah kenapa tiba-tiba aku teringatkan kek yang dah banyak kali aku buat... hari tu masa raya pun aku sempat buat untuk umi di kampung.... tapi hiasanya tak lah segrand hiasan dalam gambar tu, tapi sesiapa pun boleh cuba. Rasanya memang hebat... wallah.. sedap wa cakap lu... hari ahad ni aku kena buat sebab on Monday ada sorang Senior Consultant yang akan join department aku yang dipindahkan dari cawangan ke HQ. So boss sms suruh aku buat kek.

Tak sukar sebenarnya....

Assallammuaalikum dan salam sejahtera.

Erm awatla minah sorang ni tetiba dok buat ungkapan lagu tu... isy cubalah wat ungkapan lagu rock ka.... rap ka.... ni dak.... balada nusantara yang payah nak faham jugak dia dok sebut... dah tu pepagi hari.... isy..isy.. isy...

Sebenarnya banyak yang tersirat dalam ungkapan seringkas itu... yer tak sukar sebenarnya kalau kita tahu apa yang kita mahu..... kita tahu apa yang kita buat.... kita tahu dimana hala dan paksi perjalanan kita yang sementara ini, tapi mengapa kita yang sering menyukarkan segalanya....

Terkadang kita selalu memberi laluan untuk fikiran kita dikuasai oleh sesuatu yang kurang baik... negatif thinking about other persons or other things. Kesalahan yang berlaku kita cari orang lain untuk dijadikan tempat sandaran, sedangkan kalau kita duduk dan bermuhasabah, mungkin kita akan lihat akan punca ianya berlaku. Jarang kita mahu mengambil sikap bermusyawarah bila menghadapi permasalahan dengan orang lain. Mengapa ekk.... ?????