Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, November 20, 2006

Sehari bersama Kak Aina Emir

Aduh saliha… tak tahu nak cakap apa … speechless… first time terpandang wajah Kak Aina Emir, cam tak percaya aku leh bertentang mata dengan one of Idola aku…. walah, senyumannya memberikan semangat pada aku dalam gabra yang aku rasa sejak menaiki train tadi. Dalam percaya dengan tidak, rupanya aku dah sampai ke UKM khusus untuk sama-sama dalam bengkel yang dianjurkan oleh KarnaDya. Thanks god atas kekuatan yang diberikanNYA. Walau aku tak kenal sesapa pun kat situ, tapi it’s not a big problem sebenarnya. Berkenalan dengan peserta yang ternyata punya minat dan kecenderungan yang sama dengan aku, cuma yang membezakan, depa ni lebih relex dan cool berbanding dengan aku yang tanpa siapa tahu sebenarnya masih berperang dengan berbagai rasa yang datang tanpa aku pinta.

First section bersama Dr Ramli membincangkan dari segi penggunaan tatabahasa dalam penulisan. Banyak gak yang ditegur mengenai kesilapan penggunan tatabahasa yang agak ketara dalam menghasilkan manuskrip. Memang pun sebab selama ini penulis menulis berpandukan apa yang mereka rasa. Ada ketika terlepas pandang dengan kesilapan yang mungkin tak diduga, tapi bagi yang pakar dalam bidang bahasa, sure boleh kesan ketidak patutan yang berlaku. So section ini lebih pada peringatan agar berhati-hati dalam menggunakan tatabahasa yang betul agar manuskrip yang dihasilkan lebih cantik dan tidak melambangkan betapa ceteknya pengetahuan seorang penulis meski bermain dengan kreativiti. Ingat apa yang dihasilkan adalah untuk tatapan berbagai golongan di luar sana.


I assume semua orang teruja menanti the second section, Penulisan Kreatif bersama Kak Aina. Seronok berkongsi pengalaman yang selama ini kita tak tahu, perihal Kak Aina dan bagaimana beliau membina kerjayanya. Sempat Kak Aina menyelitkan motivasi dalam kata-kata gurauan dan berbagai tips yang tak lokek dikongsi bersama dengan orang-orang macam aku yang masih terangkak-rangkak dalam dunia yang nampak sama tapi pasti berlainan dari persepsi masing-masing. Mungkin dah ada yang nampak jalan yang dulunya kabur atau mungkin ada yang dah mampu melangkah ke arah sinar terang itu, Apa pun bengkel yang dianjurkan oleh KarnaDya membuatkan aku mula berfikir akan apa yang selama ini aku inginkan. Keyakinan harus aku perkuatkan dalam diri bersama iktizam agar tidak takut untuk melangkah. Macam yang Kak Aina kata, kalau dia yang dulunya tidak fasih menguasai bahasa melayu boleh berjaya, mengapa tidak peserta yang berada dihadapannya. Apa yang penting, tingkatkan disiplin dalam diri. Usah persiakan minat yang ada, maybe itu bakat yang allah beri dan aku perlu gunakan sebaiknya. Kita tak akan tahu kelemahan kita melainkan ada orang lain yang menegurnya. Bangun dari teguran orang adalah lebih baik dari terus hidup paksikan angan-angan dalam kepompong khayalan yang entah dimana kenyataannya. Merci de amor Kak Aina.

7 Comments:

  • At November 20, 2006 at 3:47 PM , Blogger Mersik said...

    Alahaii..nak gi ke bengkel pun sikit punya teruja dan gabra..gegege..lain ler cam pokcik nih mmg malu2 ayam..gegegege..apa2 tuh..oang tua pernah berkata , nak menuntut ilmu jangan takut2 atau malu2..nanti tersesat jalan gitu..laa haii..hik hik

    (Nak tanya dah kahwin ke lom, tapi malu2 laa..gegegege hik hik kekeke)

     
  • At November 20, 2006 at 4:24 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    thanks pokcik, memang tak dinafikan The Brutal Princess ni [cilok jap ayat kat Raina]susah nak larikan diri dari rasa gabra dan gemuruh... Itulah awal reaksi bila terpaksa berhadapan dengan orang tapi lama ke lamaan, insyaAllah semua tu dapat diatasi. Apa pun yang orang nak fikir atau sangka, thanks a lot, merci de amor sebab tiap kita pasti ada kelemahan yang allah berikan sebagai ujian untuk kita mengatasinya. Memang teruja habis dengan bengkel KarnaDya tu... best teramat best..... rasa nak pegi next time kalau diwar-warkan....

     
  • At November 21, 2006 at 12:44 AM , Blogger Unknown said...

    Terima kasih pu3, selitkan sedikit apa yang dihamparkan di dalam bengkel Kak Aina itu. Akak sekarang tengah belek-belek tenet, cari cara penggunaan tatabahasa yang betul. manalah tahu, kot apa yang akak praktikkan tu salah. Alah, The Brutal Princess ni akak rasa malu-malu itik serati. lama-lama menyudu orang tak... huhu.. jangan marah. Mwah... cayunk intan payung...

     
  • At November 21, 2006 at 7:36 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    no a big problem sis, ilmu yang ada kita kongsi bersama biarpun sekadar sepotong ayat.. bukan kah itu yang diajar oleh junjungan besar kita. Orang yang kedekut ilmu ni tak berkat hidupnya. The Brutal Princess ni bukan sekadar malu2 itik serati kak, tapi segala macam... tapi lama-lama insyaAllah mampu diatasi, tapi kalau orang yang kita jumpa tu senyap dan tak ada inisitif untuk hidupkan perbualan, jawabya The Brutal Princess leh jadi The Iceberg kat kutub utara hahahahahha terus bekulah kak, coz your Brutal Princess ni memang pemalu ya amat, kalau tak percaya try test tengok.... :) :) :)

     
  • At November 21, 2006 at 11:28 AM , Blogger Ariyatna Adri said...

    wahai tuan puteri salju,

    Saya juga jadi malu dan segan bila berdepan dengan kawan2 semua. Ada yang penulis dan sudah ada novel.

    tuan puteri yang mana satu? yang duduk di meja paling depan ker?

    Pezul asyik tanya saya tuan puteri yang mana satu tau.

     
  • At November 22, 2006 at 1:24 AM , Blogger Unknown said...

    Salam adinda pu3. Nantilah akak buat appointment utk test drive... huhu... Tak apa, malu. Jangan langsung tak malu. Lain pula jadinya
    Syukurlah tak kedekut ilmu. Betul apa yang pu3 katakan tu. Tak apalah. biarlah mereka yang kedekut ilmu dengan labunya... huhu... akak pun sebenarnya pemalu gak. Tengah nak perbaiki communication skills. Manalah tahu suatu hari nanti.... huhu

     
  • At November 22, 2006 at 7:46 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Hai daluwarsa, hai my sis Raina. How are U today.. harap sejahtera hendaknya. Terkadang dalam kita merancang sesuatu, kita terlupa bahawa allah juga merancang dan punya perencanaan yang jauh lebih baik dari kita, cam pertemuan, walaupun duduk dalam kelompok yang sama, tapi kalau allah tak izinkan untuk sebuah perkenalan, tak akan menjadi juga kan.... apa pun tentu ada hikmah disebalik sembunyi2 and Try to catch me ni... hehehehehehe

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home