Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, November 22, 2006

21 November Dalam Kenangan


Pernahkah kau merasa seperti ku
Berperang dengan gabra tak menentu
Takut gementar dan malu
Semua bersatu tanpa ada yang tahu

Pengalaman penuh mengasyikkan
Pertemuan jalinan kemesraan
Alaf21, di lembayung mu
Kita semua bertemu

Kenangan semalam masih menari-nari dipentas ingatan. Tak pernah ku duga sebegini awal aku akan bertemu dengan gengs dari AlafFC memandangkan aku masih lagi baru menyibuk diwebsite itu. Entah aku pun kurang pasti dari mana aku perolehi kekuatan menerima ajakan mereka untuk sama-sama menghadirkan diri di majlis Rumah Terbuka yang diajurkan oleh Alaf21. Biar apa pun semuanya sudah berlalu dan rasanya meninggalkan satu kenangan yang teramat manis tanpa sedikit pun perlu ku tambah dengan gula. Meski gabra dan gementar tetap mengacah dan mengusik emosi, tapi aku cuba juga mengatur langkah. Bertemu Ija di KL Sentral membuatkan aku rasa agak selesa lebih-lebih lagi sikap Ija yang peramah dan tak lokek untuk bercerita. Dari satu station ke satu station hinggalah akhirnya komuter memperlahankan rentak kelajuan memandangkan station Shah Alam sudah nampak dipandangan. Aduh saliha, jantung ku pula yang laju mengalahkan komuter, bagaimana harus ku lalui pertemuan ini…. bagaimanakah penerimaan gengs alafFC terhadap diri ku? Selama ini The Brutal Princess memang tak pernah takut atau gentar bila berceloteh di website, gurau senda berbalas biar terkadang payah juga untuk mengangkis. Tapi kali ini… akan bertentang pandangan dengan Abang long, Mersik, Budi, Rosya, Violet, Ina, Amiza, Nana dan ramai lagi…. mampukah…. Melihatkan Ija yang relex dan cool, cemburu gak dalam hati aku dan akhirnya.. Well Pu3salju, langkahmu sudah tiba di sini. Ianyer tak akan memungkinkan untuk kau berpatah. Terlajak perahu pun belum tentu mampu kau undur. So, jitukan hati, terus mara biar apa pun yang akan terjadi, yang pasti depa semua tu tak akan makan hang sebab depa tengah reservekan perut untuk pulun segala macam hidangan yang telah menunggu di Alaf21. Alhamdulillah, dengan izin dariNYA, semua dipermudahkan. Melihat pada gengs alafFC yang lebih awal sudah tiba, tak ubah macam Rombongan Che Kiah, tapi kali ini ianye Rombongan Pokcik Mersik menyerang Alaf21, lebih-lebih lagi bila kami adalah tetamu terhormat yang tiba dulu. Apa pun best…. sebab selain dari juadah yang dihidangkan menepati selera sekelian yang hadir, kemurahan hati pihak Alaf21 memberikan potongan sebanyak 30% untuk semua buku-buku bagaikan Duit Raya untuk kami semua. Apa lagi, tanpa berfikir panjang, masing-masing memulakan missi pemborongan. Kalau boleh satu toko buku tu nak rembat. Nasib baik gak tersedar bahawa sudah pasti semua tak nak balik jalan kaki akibat terlebih membuat pelaburan di Alaf21. Jadi ambil lah yang betul-betul best, terkini dan terhangat dipasaran. Ramai gak novelist yang menghadirkan diri. Kak Sri Diah, Kak Anis, Kak Norzailina,Damya Hana, Eyman Hykal dan ramai lah lagi yang tak tertulis kat sini sebab Tuan pu3 ni tak kenal sangat. Maklum selama ni baca je novel mereka, tapi orangnya wallahhualam tak tahu sapa and other thing The Brutal Princess ni tak pandai nak beramah mesra secara automatic, masih malu-malu hamster gitu, so yang mana sempat aje lah nampaknya. The Brutal Princess lebih banyak jadi pemerhati dari pada menyibukkan diri macam gengs lain yang benar-benar ketara teruja dan ghairah untuk bergambar atau apa sahaja yang sewaktu dengannya. Apa pun pu3 respect dan suspect dengan you all semua sebab bukan senang woooiiiii nak jumpa, berborak dan bergambar dengan para novelist alaf21 yang 4pular dan world tu. Anyhow, tak ada istilah yang boleh pu3 gunakan selain dari BEST GILER dengan pertemuan dan majlis semalam. Harap ini bukan awalan dan akhiran untuk pu3 dengan gengs alafFC. Buat abg long, Mersik, Budi, Rosya, Mardhiah, Ija, Ina, Amiza, Nana, Li Hoon – the only chiness girl dalam alafFC [jan lupa tukar line phone] and the rest yang tak sempat pu3 senaraikan, thanks coz sudi ajak pu3 untuk turut sama dalam aktiviti kali ini. You all semua memang best…. Happening sesangat.

Kalau ada sumur di ladang
Izinkan hamba menumpang mandi
Kalau ada yang dalam perancangan
Ha tak reti-reti nak contact lagi

Abang Long, Mersik, Rosya dan Budi
Penggerak Alaf21 FC yang sentiasa komitmen
Mardhiah, Le Hoon, Ija dan Ina
Keramahan kalian dalam kenangan

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Next event janganlah tak nampak
Agar tidak rindu-rinduan

Aku bukan pujangga handalan
Mengarap madah dalam nukilan
Bersama kalian tersemai kemesraan
Bersatu matlamat dan juga tujuan

Cinta ini bukanlah rahsia
Menghitung hari bertahta dihati
Tersalah bicara maaf ku pinta
Moga dipertemukan dilain kali

Salam sayang buat semua
-Pu3Salju-

5 Comments:

  • At November 23, 2006 at 7:58 PM , Blogger Unknown said...

    Jeles... jeles... jelessssss.... huhu... adindaku sayang, sihat hari ini? Tahun depan kanda nak ikut sama, yek...

     
  • At November 24, 2006 at 7:36 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Assallammualaikum kekanda ku sayang. Hari ni dinda alhamdullah, diizinkanNYA untuk terus disini menyaksikan sinar mentari di ufuk timur. Jangan lah jeles kanda, tahun depan kalau dijemput, kita sama-sama memeriahkan suasana. Apa pun yang best dapat beli buku walau pun bukan dalam istilah PEMBORONGAN sebab tak bawak duit sangat dan 'BANK BERGERAK' dinda tak dapat nak jumpa dinda sebagaimana yang dirancangkan, kalau tak mahu gak rembat satu toko buku tu. Mesti lagi best kan....

     
  • At November 24, 2006 at 3:44 PM , Blogger Mersik said...

    Ceh ceh..amboi2 tuan pu3 istana kaca..Seronok nampak gi kesana. Tapi macam tak percaya gitu, berkeletah disni tapi disana malu2 ayam.. Sampai pokcik nih terkoma2 dibuatnya.

    Nasib baik ler pokcik nih glamer sikit..kalau tak? tak meriah majlis tu kekekekeke..

     
  • At November 24, 2006 at 4:24 PM , Blogger Abang Long said...

    Terima Kasih kerana sudi menerima jemputan dari ALAF dan Kelab, kehadiran pu3 sentiasa dialu - alukan, ... eh ada juga yang kata Abang Long ni serius sangat ...betull ke ?

     
  • At November 24, 2006 at 4:41 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    ehem... ehem... The Brutal Princess was always like that....kalau in person very the Shy, tak mungkin terserlah keBrutalannya. Apa pun tima kasih daun keladi gak pada abang long dan semua team alaf21FC kerana sudi mengundang saya dan sabar sambil meyakinkan saya. Kalau tidak, The Brutal Princess akan terusan bertapaan di Istana Kaca Kristalnya ini.... Thanks and merci de amor again......

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home