Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, November 23, 2006

Milikku yang terIstimewa.....







Nuraina, biar jauh kau larikan diri, namun kau masih gagal menghindari SESUCI CINTA Armand yang tetap mencari mu, Rasya Aleeya, kemelut sebuah kehidupan yang kau lalui menyedarkan dirimu SEHARUM KASIH Syed Reeza tidak mungkin ingin kau kongsi dengan wanita lain. Insyirah, walaupun hatimu luka pada cinta yang aku rasa di khianati, namun SETULUS JANJI Ilham membawa diri mu dalam dakapan bahagia yang tiada sempadan. Aisya Hana, mampukah kau menolak AURA CINTA lelaki seperti Azraai yang sentiasa berada dekat dengan diri mu walau dalam apa jua keadaannya.? Dan Firas, KAU LAKSANA BULAN memerangi kesamaran Adrianna dalam mencari di mana titik sebenar sebuah percintaan yang sering hadir dalam angan-angannya.

Indah bukannya pada zahir, tapi pada tutur terucap. Terhambar pada Pekert yang terlihat. Terserlah pada santun menyulam tingkah. Tersentuh pada hati yang luhur dan jujur, yang molek sukar dicari tanpa dinilai dengan mata hati, bukan nafsu menjadi landasan menelik keluhuran budi, cantik dalam iman terpelihara adab dan sopan. Bukan lenggong lentuk jadi ukuran berpaksikan kepalsuan, sebaliknya ketulusan jiwa yang terpendam; terlukis pada wajah bukan kehiprokitan.

2 Comments:

  • At November 25, 2006 at 10:33 AM , Blogger Norabella said...

    Salam Chempaka Biru,
    Saya adalah salah seorang peminat novel-novel Aina Emir. Kesemua novel-novel yang di pamerkan itu telah saya miliki dan hampir setiap novel itu telah saya ulang baca berkali-kali. Saya siap promote kat pembantu rumah yang mula meminati novel Aina Emir. Tahniah Aina Emir, teruskan berkarya..

    Norabella
    Kota Singa

     
  • At November 27, 2006 at 7:50 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Hai norabella, cantik nick awak,punya keunikan tersendiri. Yes, saya setuju amat dengan komen anda.Novel Kak Aina punya daya tarikan tersendiri.Walaupun Aura Cinta bermula agak slow tapi makin lama makin panas dan hangat. Plot yang Kak Aina jalinkan mengajak kita sama-sama menyelam apa yang dirasa oleh Azraai dan Aisya Hana. Bagaimana Puan Sally berjaya menyembunyikan identitinya selama in dan bagaimana pencarian anak tiri yang penuh dendam semata-mata kerana cinta dan kasih terhadap ibunya. Tapi ending yang bersahaja berjaya mencuit hati agar kita berfikir mengikut realiti bukannya terus berlandaskan emosi.

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home