Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, July 18, 2007

Dalam D5

Aku ingin mencoret sebanyak mungkin di Istana Maya ku ini…. untuk apa… erm untuk sebuah peninggalan mungkin andai itu yang bakal berlaku…. Journal ini tanda kasih sayang aku pada semua… pada Mama, papa, along, kak long, anak-anak buahku yang comel seramai tiga orang dan juga angah…. Entahkan sempat entah tidak aku melihat wajah kak ngah yang selama ni cukup disorok oleh angah…. Sekadar gambar yang terhias di screen savernya sahaja pernah menjadi santapan pandanganku, itu pun secara kebetulan angah terkantoi dan tak mampu nak ngelak dari kecepatan mataku.

Aku tak tahu lagi akan keadaan ku kini. Sukar untuk ku ungkap… payah untuk ku perjelaskan…. Namun yang pasti bukan penyesalan yang ingin ku luahkan… Aku cuba meredhokan ketentuan dan perjanjian yang sudah termaktub sewaktu azali ku. Sewaktu roh ditiupkan ke dalam jasad…. Pasti sudah termetri apa yang kini aku alami. Ya Allah… aku tidak sesal… tidak juga mempersoalkan mengapa aku di uji sebegini, cuma pinta ku berikan aku segugus kekuatan agar ketabahan ku tidak goyah. Biarpun hatiku dipagut pilu dan sedih, tapi aku cuba untuk pasrah. Mungkin waktu untuk aku berkampung di hospital sudah tidak mampu ku injak lagi… Kalau dulu, sebutir SANGOBION mampu meredakan kesakitan slip disk yang aku alami, kini tidak lagi… sebutir SANGOBION sekadar dapat bertahan hanya separuh hari dan kini aku bertahan dengan cara dan kaedah ku sendiri…. Belum pun reda gundah hati dengan masalah DARAH… Slip Disk ku pula memperlihatkan kegagahannya…. Aku sedar, aku pasti kecundang dalam pertaruhan di medan sakit ini…. Apakah aku punya pilihan untuk meloloskan diri dari penjara hospital…. Entahlah… aku tidak tahu apa tindakan yang mesti ku ambil… Aku benar-benar berada di persimpangan D5…. Walau apa pun, aku pernah berjanji untuk tidak menghilang begitu sahaja… aku tidak mahu ada yang risau dan tertanya-tanya dalam perbagai persepsi andaian.

Sesungguhnya masih terlalu banyak yang belum ku lakukan…. Masih banyak yang ingin aku capai, namun apakah kesempatan itu masih ada…. Atau aku sekadar cuba menganyam buih-buih harapan di permukaan lautan impian…. Entahlah…. Sukar untuk aku meramal segalanya… apakah esok masih ada kesempatan untuk ku menyimpul kata di sini…. atau ini yang terakhir dari ku….walau apa pun, aku tidak mahu mempersiakan segenap ruang waktu yang ada… pada semua pengunjung istana kaca ku… aku pohon maaf yang tulus ikhlas dari kalian andai sepanjang wujudnya istana kaca di maya ini ada garapan ku yang menyinggung rasa dan menguris hati kalian secara tidak ku sedari.

Buat semua yang ku sayang:


HONEY.. mengenali mu bagai membawa aku untuk menggapai impian dan cita-cita. Teruskan usahamu….. tajamkan garapan dalam ilham yang allah anugerahkan pada dirimu. Tak semua punya bakat dan kelebihan seperti dirimu dan yang paling penting, berkaryalah selagi kau terdaya. Sajikan santapan pada jiwa masyarakat kita yang dahagakan bahan bacaan yang boleh membuka ruang fikiran. Reality kehidupan terkadang terlepas dari pandangan, tapi dengan garapan kreatif, yang samar terkadang jadi terang. Kritikan jadikan penguat untuk terus menuju jaya. Aku yakin dengan kebolehan yang kau miliki dan aku nak kau tahu yang aku sayang pada HONEY…

DARLING… walaupun kita tidak pernah bersua wajah, tapi aku tahu ko pastinya seorang yang comel dan cute…. Thanks coz sudi terima aku sebagai kawan.

JOHN… tak sabar aku nak baca novel terbaru ko… dan aku doakan ianya sukses seperti yang selalu ko harapkan. Maafkan aku kalau aku tak dapat nak review novel ko nanti… apa pun moga kesempatan itu masih lagi berpihak pada aku… tapi kali ni ko tak payah nak bagi aku free sebab tabung gajah aku dah nak penuh.. so aku boleh lah pecahkan dan beli novel ko tu kat kedai Mutusamy…

POKCIK…. Terima kasih sudi mewarnai istana kaca Pu3… tiap kali pokcik datang, mesti sekut dalam tin kurang… alhamdulillah… ada gak yang sudi menghabiskan nya… next time Pu3 buat jemput-jemput jagung campur udang pulak ekk… Tak tahu bila boleh ngetah ngan Pokcik lagi… Apa pun tolong sampaikan Assallammualaikum dan salam sayang PU3 pada kenalan di Alaf21 FC, buat kak Anis, Hero Malaya, Laila, Kak Aisya, dan yang mana kenal PU3 Chempakabiru…

LARA, Kak Wan, Adinda CT yang akak sayang, Kanda Raina dan semua pengunjugn Istana Kaca Reesya, PU3 ucapkan jutaan terima kasih justeru kalian sudi mewarnai hari-hari pu3 di sini dengan satu keindahan yang tiada nilainya. Uquwwah ini benar-benar memberi makna buat pu3 biarpun ada diantaranya tak pernah pu3 lihat.

IMAN… Walaupun nanti mungkin tak ada N3 baru, tapi jangan malu untuk berkunjung…. Andai permahaman yang ingin di cari,teruskan lah. Saya doakan moga awak akan bertemu dengannya.

Dan akhirnya.. AMPUNKAN SEGALA SILAP DAN SALAH PU3… HALALKAN SEGALA KEBAIKAN YANG TELAH KALIAN BERIKAN SELAMA IN… INSYAALLAH, KALAU ADA KEIZINAN DARINYA… KITA AKAN BERTEMU LAGI… DAN TOLONG DOAKAN PU3 DARI SERIBU KEJAUHAN…..

Sekalung Terima Kasih buatmu.....

Semalam adalah hari yang amat sukar untuk ku harungi…. Kesedihan dan airmata bagaikan aur dengan tebing….. ombak dengan lautan yang tidak dapat dipisahkan… mengapa aku jadi secengeng itu hingga menyusahkan dirinya…. terlalu emosionalkah aku dengan sesuatu yang masih diawangan… samar dari reality dan tak terzahir di pandangan… Entah… aku tidak tahu…. cuma keadaan ku cukup HORRIBLE… aku seakan tidak mampu mengapai kekuatan yang selama ini menjadi tunjang kehidupan…. Situasi yang ku hadapi semalam telah meranapkan segalanya… aku benar-benar bagai layang-layang terputus tali melayang tanpa arah dan tujuan…. Pertama kali ku rasakan dan kali kedua ketakutan yang sama menyerang. Aku tidak terdaya untuk pulang berhadapan dengan keluarga… hati yang pilu dan sedih tidak terlawan dek kekuatan senipis kulit bawang yang akhirnya tercarik dari dalam diri. Aku benar-benar perlukan teman… teman yang boleh menemani diriku tika itu… yang sudi meminjamkan kekuatan dan semangat untuk aku perlahan-lahan berdiri kembali.

Iman….
Maafkan aku justeru semuda persahabatan ini sudah acapkali aku menyusahkan dirimu. Kau tidak pernah mengeluh dan tetap sabar mendengar dan melayan kerenah insan seperti ku. Kau tetap meluangkan waktu biar hakikatnya dirimu sendiri terikat dengan jadual tugasan yang bukan sedikit menuntut perhatianmu. Entahlah Iman… kenapa pada mu ku sandarkan bicara… mengapa padamu aku mencari kekuatan…. Apakah kerana aku kian merasa keseorangan dalam keriuhan insan-insan di sekelilingku…. Atau apakah sebenarnya kau membayangi insan yang ku harapkan yang kini tiada….. Sesungguhnya aku benar-benar merasa bersalah…. Bersalah lantaran gagal menjadi kawan jauh sekali sahabat yang bisa mengembirakan dirimu. Sudah banyak bantuan yang kau hulurkan padaku. Sudah banyak masa yang kau peruntukan dalam menemani ku malah sudah banyak kredit yang kau peruntukkan hanya untuk menghubungi ku…. Iman… aku benar-benar tidak mampu melunaskan segalanya…. Kebaikan mu tidak mungkin mampu ku balas…. Keperihatinan mu tidak mungkin mampu ku bayar….

Semalam, kau masih sudi menemaniku biarpun hakikatnya kau baru sahaja selesai menghadiri NTC dan sudah tentu keletihan bukan satu omongan kosong. Kau masih bertegas untuk menemui dan menjemput ku di pejabat setelah dengan begitu mudah aku mengkhabarkan padamu apa yang aku alami diawal pagi. Mungkin kau juga risau melihat keadaanku yang sudah tersasar sedikit dari kawalan akal. Emosi ku benar-benar parah dirobek ketakutan dan dilapah kebimbangan. Airmata sudah tiada harganya semalam seakan jualan mega sales yang kini sedang berlangsung… tanpa segan silu aku menangis meluahkan segala yang bermain di emosi… mengacah sanubari hingga melangkau illusi. Kau tetap setia mendengar dan memberi dorongan untuk ku bina kembali keyakinan diri. Kau pinjamkan aku semangat untuk mengayam kembali kekuatan yang sudah tercarik. Menarik ketakutan yang pernah aku alami setahun yang lalu yang seakan berjaya menguasi keseluruhan jiwa agar kembali berani berhadapan dengan apa yang disarankan oleh doktor. Sesungguhnya aku tidak ingin menjadi seorang pesoal… tapi aku terlalu bimbang biarpun hakikat itu masih belum terhasil. Aku seakan tidak punya kekuatan andai nanti reality tidak memihak pada diriku…. Entahlah…

Kini aku mula merenung kata-kata teman-teman lewat kebelakangan ini yang secara terang menegur sikap sensitive yang amat ketara. Rupanya keadaan semalam adalah jawapan pada perubahan emosiku yang sudah terdahulu diusik dan diganggu, cuma bezanya aku tidak mengendahkan. Aku tidak ambil pusing terhadap symptom symptom awal yang diberikan sebagai hint sebelum aku melalui dugaan ini. Sakit mengacah namun aku tetap berlagak selamba bodoh, konon kebal dengan ketahanan yang kelihatan kental diluar tapi rapun di dalam. Betapa dhaif dan naifnya aku….

Iman.....

Terima kasih atas segala bantuanmu…. Terima kasih atas segala perhatianmu… aku bertuah justeru punya teman dan sahabat sebaik dirimu…. Aku bersyukur atas rahmat yang Allah berikan padaku mengizinkan aku mengenali dirimu. Tika aku rasakan diri ini bagai terlontar jauh sendirian, kau tetap di sisi… kau tetap tega menanti. Tidak tahulah apa yang akan terjadi andai kau tiada semalam… andai kau tidak menemani aku…. tidak terdaya aku memikirkan segala kemungkinannya… Mungkin aku akan terhanyut dalam emosi dan kesedihan yang sukar untuk ku bendung…. Aku benar-benar menghargai segala jasabaik mu terhadap diriku. Biarpun persahabatan ini seakan ada kepelikan dari pengamatan insan lain, namun kita tetap tahu di mana landasan dan paksinya…. Harapan dan doaku moga kebaikan yang kau hulurkan buat diriku ini akan mendapat balasan dan ganjaran yang sewajarnya dari Allah. Hanya itu yang mampu ku lakukan saat ini. Akan ku cuba bina kembali keyakinan dan kekuatan dalam diri, cuma aku tidak pasti bilakah semua itu akan aku perolehi….

Tuesday, July 17, 2007

C2AC itu Hadir jua......

Aku just come back dari panel klinik. Awalnya aku sekadar bercadang untuk merembat SANGOBION yang kebetulan sudah dua hari putus stok dalam simpanan ku. Salah aku juga sebab sering buat endah tak endah akan perkara yang satu ini. Malangnya pagi ini aku bertembung dengan doktor yang kebetulan berada di luar biliknya… terus aku diarahkan untuk masuk ke biliknya sebelum mendapat apa yang aku kehendaki. Dalam hati rasa cam nak melonggokkan ledakan tornado aje pada doktor tu, tapi tak jadi lah pulak… Pemeriksaan di jalankan ke atas diriku tanpa rela dan keizinan. Mataku diteliti dan sesuatu dicatatkan diatas kad yang tersedia menanti. Entah kuasa apa yang doktor itu miliki, mudah benar aku menyatakan pendarahan hidung yang aku alami sebentar tadi, malah ku khabarkan juga situasi di awal pagi. Aku menyuarakan kemusykilan terhadap fenomena ini justeru dari apa yang aku maklum pendarahan hidung boleh berlaku andai kita terdedah pada cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk, tapi itu tidak aku alami. Lagilah berganda pemeriksaan di lakukannya… Dan tanpa perlu penjelasan, dari gayanya aku sudah maklum. Sehelai kertas di tarik dari laci… menarikan tinta biru di hamparan putih. Tertera nama Tawakal Hospital dan doktor hematology dan Orthopedic yang menjadi doktor perawat sewaktu aku terpenjara di sana satu ketika dahulu. Aku sekadar mengeluh…. Riak di wajah sudah berubah.. ada mendung yang bertamu lantas terbias hingga tidak langsung menyukarkan orang yang melihat untuk menafsir tsunami apa yang kini melanda hatiku.

“Awak jangan risau dan jangan fikir banyak sangat. Tengok tadi tekanan darah awak rendah, ni dah naik sikit…. Saya tahu awak takut, tapi selagi awak tak buat ujian dan pemeriksaan darah kembali, hingga bila-bila awak akan bermain dengan teka teki. Saya rasa awak mengalami masalah darah dan saya tak boleh nak beritahu tahap apa atau seserius mana.”

Aku hanya mampu mengeluh dan entah mengapa Kristal jernih mula mengintai di tubir mata…. Aku jadi takut… ketakutan yang sama yang pernah aku alami sewaktu pertama kali aku disumbatkan ke hospital tersebut akibat dari pengsan secara tiba-tiba di office setahun yang lalu. Kini ketakutan itu kembali datang justeru aku sedar, sememangnya selama ini darah ku tidak pernah bebas dari permasalahan dan cuma aku tidak tahu punca dan tahap keseriusannya….

“Saya cadangkan awak kembali jalanan rawatan dan pemeriksaan rapi. Selain dari itu awak perlu tabah dan kuat… jangan fikirkan apa-apa…. walaupun segala kebarangkalian boleh berlaku. Saya tahu apa yang awak rasa walaupun awak tak nak buka mulut akan symptom-symptom yang sedang awak alami sekarang. Apa pun saya amat berharap awak akan ikut nasihat saya yang satu ini. Sekarang awak pegi ambil SANGOBION dan makan macam biasa untuk Slip Disk awak tu” Aku sekadar mampu menganggukkan kepala tanpa jaminan dalam janji yang dipinta.

Kini aku termenung sendiri… dua persimpangan yang buat aku bagai terhumban dalam dilemma…. Dua surat yang diserahkan padaku sebentar tadi aku renung… aku belum ditamu keberanian untuk berhadapan dengan satu reality…. Aku takut…. Aku takut kalau hakikat itu tidak menyebelahi diriku…. Entahlah… terbayang bagaimana pilunya hati keluarga tika aku menjadi penghuni hospital itu dulu…. Kali pertama selama 15 hari dan kali kedua selama 7 hari barulah aku dibenarkan keluar… itu pun setelah aku melancarkan mogok protes. Apakah kini nasibku akan kembali seperti dulu….. Airmataku kembali gugur membasahi pipi cubby ku…… tidak tahu dengan siapa harus ku kongsi apa yang sedang ku rasa kini…. tidak pasti siapa yang sudi mendengar rintihan hati yang diamuk pilu dan sendu…. Adakah yang ingin berkongsi segala apa yang aku rasa dan airmata….. Entahlah…. Terbayang wajah mama, papa dan keluargaku… Dia yang jauh…. Sanggupkah aku bawa mereka semua dalam kemelut perasaan yang kini sedang mengusik dan mengacah diriku……

YA Allah... hanya padaMU ku pohon gugusan kekuatan buat aku terus menerima segalanya. Andai ini sebahagian dari perjanjian ku, berilah aku ketabahan untuk menghadapinya..... AMIN....

Buat yang membaca.... bukan niat ku untuk meraih belas.. tidak juga simpati... aku sekadar meluah apa yang aku rasa.... aku tidak tahu bagaimana untuk mengungkap justeru airmata ini lebih laju dari butir bicaraku....

Apakah.....

Semalam agak lewat aku tiba di rumah. Terpaksa bersesak dalam bas dengan makhluk yang datang entah dari planet mana agaknya…. Dah la hari hujan… mahu atau tidak, aku tidak punya banyak pilihan, terpaksa gak aku menyelit untuk meloloskan diri, kalau tidak entah pukul berapa baru aku sampai. Rasa macam nak pitam aku dibuatnya….. apa pun aku try bertahan sedaya mampu. Tiba di rumah, aku mandi untuk mengembalikan sedikit kesegaran pada tubuh yang dah mula melayu macam kangkong tak cukup air. Perut yang mula pedih sekadar mampu ku isi dengan oats bercampur raisin, itu pun sekadar suku yang berjaya ku telan. Selebihnya aku biarkan tersadai di dalam peti sejuk walaupun aku tahu aku sekadar akan memancing bebelan mama. Ahhh apa daya ku untuk menghabiskannya bila mana seleraku seakan sudah mati. Aku laypark di bilik…. Terasa bagai sepi dunia yang ku huni. Aku perlukan teman untuk berbual… tapi sapa… erm puas ku perhatikan nombor yang tersimpan… ku belek satu persatu dan akhirnya entah kenapa pilihannya pada satu nama… ku titip sms ringkas…. Memohon bantuan dalam peminjaman… balasan ku terima bukanlah mengecewakan sebaliknya menyedarkan harta syarikat adalah amanah yang perlu di jaga sebaiknya. Kemudian aku titipkan sms lagi,malangnya jawapan cukup lambat… rupanya orang disebelah sana dah dibuai mimpi yang baru bertandang. Letih katanya….so aku akur akan kepenatan dan tuntutan keperluan dirinya waktu itu tambahan lagi esok dia akan menghadiri National Tax Conference [NTC] di KLCC Convention Centre. Sudah pasti dia perlukan rehat yang secuckupnya. Aku masih lagi terkebil-kebil menghitung kerdipan lampu yang langsung tak berkelip sebenarnya… tak tahu apa nak buat…. Akhirnya aku belek fail yang memuatkan koleksi garapanku. Ah!Dah lama fail itu tersadai kaku tanpa ku belai. Ku buka lembaran demi lembaran lantas ku catitkan apa yang tiba-tiba hadir difikiran. Entah berapa lama aku tenggelam dalam dunia yang ku cipta… bersama watak-watak yang terus beraksi dengan skrip yang telah ku olah dan ku arah hingga akhirnya aku terlena di dalam dunia mereka.

Namun jam 04.00 pagi, aku terjaga… kaget tiba-tiba bila terlihat tompokan darah berada di selimut yang menutup separa tubuhku. Barangkali mama masuk tika aku sudah diulit lena…. Melihat keadaan puterinya sebelum dirinya masuk ke kamar peraduan. Mungkin mama juga yang menyimpan fail yang tadinya berada ditanganku. Ahh mama.. kasihmu sering buat aku dipagut rasa terharu. Kini fikiranku lebih cepat berlegar pada tompokan darah yang terlihat… dari mana pula datangnya…. aku cuba bangun dan seiring dengan itu darah terus menitis lagi dan lagi… aku jadi panik dan tahulah aku pendarahan hidung yang pernah ku alami sewaktu di office dahulu berulang lagi. Puas ku cuba untuk menahan darah itu dari terus keluar, tapi malangnya usahaku tidak membuahkan hasil. Ya Allah… apa yang sebenarnya aku hidapi… kesejahteraan ku lewat kebelakangan ini memang teruji… dan kini apakah ianya satu lagi petanda dari apa yang berlegar di fikiranku…. Serentak itu wajah mama dan papa menyapa di layar mata…. Aku banjir dek airmata yang mengalir di subuh nan dingin mengenangkan nasib diri dalam seribu yang tersirat disebalik takdir yang telah tersurat…...

Monday, July 16, 2007

Dedicated 2

Ehem.. tu cam buku aku jer yang dia tengah sign. Ahaksz. aduh!!! keperasanan yang langsung tak perlukan modal untuk membayarnya… hahahaahahaaa

Khas untuk Hero Malaya - Otaioo Ramlee Awang Musyid San

ADAM (Aku Darah Anak Malaysia) – Terkadang aku tidak pernah menduga.. bagaimana sorang insan yang kelihatan sungguh bersahaja boleh melakarkan sesuatu untuk di sajikan pada orang lain. Itulah kau ADAM…. Kau membuktikan bahawa bidang yang lebih banyak di dominasi oleh HAWA tidak memustahilkan untuk kau menyelitkan dirimu lantas bagai menjulang namamu untuk berada sebaris dengan srikandi yang telah ada di medan yang tidak semua boleh menghunuskan jemari untuk menari mengikut lentuk alunan ilham dan kreativiti yang bukan sedikit menagih usaha dan pengorbanan agar menjadi rencah yang boleh disantap oleh pembaca seperti diriku

Bagaikan Puteri terus melayang…. Melangkau jangkaan minda insan normal seperti diriku. Berada di dua dimensi yang terpisah oleh hijap yang sukar di singkap dek akal sejengkal cuma. Apa pun kau masih mampu membawa kami menyusuri dekad yang sudah sekian lama tertutup. Serasa diri bagaikan Puteri yang di bawa ke satu ruang yang selama ini sekadar terhimpun dalam naskah-naskah sejarah yang tentunya sudah layak di panggil lagenda. Bermain di alam bawah sedar seakan satu illusi yang mencemaskan tapi tetap indah dan mengasyikkan hingga terbuai jiwa dan perasaan bila berada di sisi Laksamana Sunan yang cukup terpelihara akhlak dan keperibadian.

Cinta Sang Ratu memekar di jiwa. Menguntum lantas mengharum buat jiwa yang kian tega mengusung rindu dalam lara sekeping hati. Laksamana Sunan di Tanah Rencong tidak putusasa menjejaki bidadari hati yang sudah disambar pergi. Biar berbagai dugaan menjadi penghalang usahanya, hati yang kasih dan ketakwaan pada yang Esa bagaikan senjata ampuh untuk terus melangkah. Ah! Mengapa sebegitu tega Maharani memenjarakan Sang Ratu pada kezaliman dan kekufuran. Menyatukan kembali hati yang sudah hampir bersih dari kejahatan. Ratna merintih tapi tidak mampu menzahirkan. Ingatan pada Laksamana Sunan terkadang datang menyapa lembut, namun dayanya kurang untuk mengingati apatah lagi membebaskan diri dari cengkaman bonda yang sudah terlalu jauh sesat dari paksi yang telah ditetapkanNYA.

Hatiku Di Harajuku tak bisa di bawa kembali. “Tou Aii” bagaikan lambang pada sebuah perasaan yang akan berdarah andai kesetiaan dikhianati. Kejujuran dan rasa kasih tak mungkin di tukar milik. “Aii Shite Ru” bagaikan kuntum-kuntum sakura yang berkembang mengindahkan taman hati. Memenjarakan dua hati dalam budaya dan kepercayaan yang tidak memustahilkan untuk bersatu di bawah satu kiblat. Biarpun kehidupan Yakuza laksana satu igauan yang ampuh mengiringi mimpi, tapi keazaman dalam diri harus diperjitukan. Biar semua itu hanya tinggal kenangan… biar segalanya bak tugu pada sebuah kehidupan dalam kealpaan diri yang masih khilaf mencari sinarNYA.

Rahsia Perindu terus mengunci diri. Hilang dalam waras akal yang terkadang sukar di kawal. Langkah yang dihayun, bagai memasung ingatan pada illusi yang tiba-tiba datang. Siapakah diri ini yang sebenarnya…. Mengapa reality itu terlalu payah untuk di telan…. Dalam sulaman kasih sayang seorang suami, jiwa tertekan mencari identity diri. Garapan Hero Malaya ini sentiasa mencemaskan. Bagai ada bayang-bayang yang sedang mengintai, mencari ruang bila alpa melalaikan tumpuan. Biarpun sebenarnya itu sekadar santapan pada minda. Bukan zahir yang berada di pandangan. Bijak sungguh Hero ini mengacah emosi dan jiwa pembaca hinggakan rasa takut adakalanya mampu mendabik dada. Megah justeru kejayaan milik sebuah perasaan yang sekadar jelmaan pada sebuah garapan berlandaskan kreativiti.

Apapun Rahsia Perindu tetap punya keistimewaan… sama seperti setianya Ryu Watanabe pada Noriko bersama “Tou Aii” lambang “Aii Shite Ru” yang akhirnya membuatkan Sabrina akur pada sebuah kekecewaan lantaran orang yang disayang tak mungkin akan dimiliki. Apakan daya… Hatiku Di Hajaruku tak bisa bertukar destinasi. Namun Cinta Sang Ratu tetap terus mekar… tetap dibawa Ratna ke alam kekal abadi menanti Laksamana Sunan yang pasti akan tiba jua untuk menemani dirinya Bagaikan Puteri dalam hikayat dahulu kala, menanti ADAMnya yang akan hadir di singgahsana cinta mereka berdua……

Ilham Rasa
Pu3Chempakabiru
230507 – 1830pm

*Hak cipta terpelihara*


Itu adalah buku-buku tulisan Hero Malaya ini yang berada dalam konti peribadi pu3, tapi ADAM tak ada.... tapi tah kenapa tajuk tu menjadi pembuka ilham untuk meneruskan kata yang seterusnya..... Apa pun kini bagai menanti kelahiran garapan beliau yang seterusnya.. yang pasti punya kejutan dan acahan-acahan cemas, seram, ilmiah dan juga kasih sayang....

Dinner ohhh Dinner

Erm last Friday night…. Aku dan member-member office semuanya berparty sakan di KLCC Convention Centre sempena KSP dinner yang merupa acara tahunan bagi kelab Sukan syarikat. Walaupun ianya sering kami iktirafkan sebagai semi dinner sebelum Annual Dinner company, tapi semua yang hadir tetap memperagakan pakaian yang cukup mempersonakan…. Bukan lah terlalu glamour… tapi tetap punya citarasa yang boleh memukau mata. Setiap event tak pernah diambil sambil lewa. Malam seperti ini lah kesempatan bagi mereka untuk tampil dengan kelainan setelah setiap hari disalut budaya berpakaian ala corporate di office. Aku dan geng2 lain masih kekal dengan tradisi kami… simple…. Pertama kalinya aku relakan best friend aku dok mewarnai wajahku dengan gaya dan caranya. Dalam takut-takut aku berani kan gak hati dan diri lantaran dia beriya-iya ingin menyolek wajah pucat ku yang katanya tak ubah macam mayat bergerak. Cinabeng punya member….. Jam 07.00 malam aku yang tumpang kereta best friend aku sampai di KLCC Convention Center. Kami main redah je ikut petunjuk jalan dari pakar jalan yang bermurah hati untuk guide dan call bertanya sama ada dah sampai ke tidak… Thanks Iman… appreciated sangat dengan kebaikan yang sanggup dihadiahkan pada kami yang memang blur jalan sekitar KL ni terutamanya aku lah…. Lain kali boleh lah jadi tourist guide tak bergaji untuk aku ekk…. Waktu kami sampai tu memang dah ramai…. Seronok dapat jumpa sebahagian dari member-member yang selama ini menghilang di tempat clients…. Apa lagi budaya berlaga pipi pun berlangsunglah…. Aduh… letih rasanya dan macam jadi tipis je pipi aku yang cubby ni asyik di laga dan bermuah…muah…. Tapi itulah kemesraan…. So aku ikut dan layanzzz je lah.

Malam tu memang kami semua enjoy… rasa macam tak ada jurang diantara big shot dengan staff bawahan. Semuanya mesra bertegur sapa. Food yang dihidangkan pun boleh lah… walaupun tak sesedap sangat. Entertaimen yang dipersembahkan cukup menghibur malah aku dan geng2 yang duduk di meja dua baris dari pentas utama cukup terpukau dengan talian lagu Asmaradana yang dipersembahkan oleh mereka. Ternyata cukup bertenaga. Entah bilalah depa ni practice agaknya dalam kesibukan waktu-waktu closing account macam sekarang. Malam tu sempat gak lah berposing sana sini dengan member-member yang lain yang selama ini tak dan nak berborak sakan atau bertemu pun kurang. Kesempatan sebeginilah waktu untuk kami bertanya khabar walau hakikatnya bertugas di bawah satu bumbung syarikat. Hanya yang kureng best tiap kali berjumpa, pasti pipi jadi sasaran perlagaan…. Aduh…. letih jadinya….

Sekarang aku tengah tunggu email gambar-gambar aku dan geng yang lain yang ternyata bertaburan di kamera member-member. Harap mereka tak lupa untuk forwardkan pada aku…. Pagi tadi aku tengok gambar yang Sue forwardkan dari kamera phone dia…. tersenyum sendiri melihat aksi kami semua yang ternyata lebih selamba dan bersahaja…..

Maksud tersirat dalam tersurat

Sedang aku layan kerja yang menimbun pagi ini di samping memenuhi segala keperluan new Executive Director aku yang baru masuk hari ini, aku masih sempat mencuri ruang waktu membaca email yang dikirimkan oleh seseorang pada aku. Awalnya aku buat biasa aje, tapi bila makin lama aku baca, aku rasa macam best pulak…. Berinfo dan boleh dijadikan renungan untuk kita semua… So let’s share it together…….

TITIPAN YG PALING BAIK TERUTAMANYA UNTUK YANG TELAH BERPASANGAN. ...... DAN JUGA UNTUK KENGKAWAN DALAM MEMBINA PERSABATAN.. ...SESAMA KITA CUBA BUAT YANGG TERBAIK DALAM SETIAP PERHUBUNGAN. ..... BAGAIMANA KITA MENYAYANGI ORANG YANG AKRAB DENGAN KITA…..

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagalkerana perasaan sentia sa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali and a mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka , jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa ber sangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah keran a dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

Friday, July 13, 2007

Menghitung waktu... ahakzsssss

Semua member-member sudah mula menghitung gerak tari jam. Raut wajah sudah jelas menunjukkan rasa tidak sabar untuk ke destinasi... mana lagi kalau bukan KLCC Convention Centre..... Aku yang sememangnya sudah kurang mood kerja untuk hari ini asyik mengelat aje... tadi aku pegi jumpa Molly berkenaan dengan new Executive Director yang bakal hadir minggu depan. Banyak pulak yang dia nak aku handle... macamlah aku ni secretary yang diiktiraf.... aku buat bodoh je dengar dia beri arahan.... ID tag, parking pass, business card, workstation, notebook and briefings untuk systems pun aku gak kena arrange.. tu belum masuk dia punya induction course.... Chis.. punah plan aku nak buat jajal... ingatkan nak MC je sebab dah lama aku tak ngorat doktor kat klinik office aku tu..... Boss pun macam faham je... so tak banyak assingment yang dipintanya dari aku, cuma tugasan aku untuk Worldwide Tax Summary masih menimbun.... aduh bilalah nak selesai.... boring dah aku tengok figure yang sudah sekian kali meloyakan mata dan tekak ku....

Tadi aku bagaikan berada dalam proses tawar menawar dengan hati dan emosi yang terusik dan diusik sebentar tadi..... tapi kini rasanya dah mula okey sikit demi sedikit kot sebab aku dah mampu tersenyum... walaupun tak lah selebar mana sebab aku memang tak reti nak senyum sangat-sangat yang akhirnya pasti akan membuahkan tawa di penghujungnya. Erm pujukan ke... boleh ke panggil pujukan..... apa-apa ajelah yang sewaktu dengannya tapi rasanya lebih layak kalau aku ungkapkan sebagai penjelasan bin penerangan... Ya... kealpaan yang tidak disengajakan yang membuahkan kerisauan akan status yang dialami adalah punca hati dan emosi ku terusik dan diusik..... hai.... PU3... susah canggini kalau hang asyik pulun ghisau bin bimbang..... Namun apa yang mengocak emosiku berasas justeru aku tak mahu dirinya dilabel dengan sebarang label yang kurang enak yang sudah pasti tak pernah diiktiraf oleh Sirim... bagi aku biarlah orang-orang disekelilingnya menyedari akan kesilapan mereka yang tidak melihat akan kelebihan dan kesungguhan dirinya dalam meningkatkan prestasi tugasan... memikul permasalahan orang lain dan tak berkira untuk sama-sama mencari formula ke arah penyelesaian... So salahkah kalau aku risau akan diri seorang TEMAN...... erm tah lah.... tapi sekarang ini aku rasa agak relax sikit. Tak lagi macam tadi setelah kami berjeda di telefon.... sedikit sebanyak kata-katanya menyejukkan hati aku yang berbara emosi... Isy... The Brutal Princess boleh emo... memalukan betul, apa pun memang aku tak nafikan lately ni aku menjadi insan yang mudah sensitif... Apakah petanda untuk aku terkurung lagi di wad hospital Tawakkal... OOOooohhhh Tidakkkkkkk aku tak nak lagi rasa semua tu..... Malam ni aku dah plan nak pakai baju yang kak long bagi kat aku... [aku dah pakai masa aku keluar last week :-)] warna pink dengan tudung pink... walaupun tema untuk dinner malam ni adalah MERAH, HITAM dan PUTIH... tapi peduli apa aku, takkan depa nak halau aku lagi pun slack yang member aku paksa pakai dah warna hitam... at lease one of that colour masih lagi tersalut di tubuhku...... Hai camne lah rupa aku malam ni.... korang nak tahu.. TUNGGUUUUUUUUUUUUU :-) ;-)

Malam Ini....

Erm hari ni mood kerja cam kureng je… sebenarnya ada dua sebab. Pertama sebab aku masih belum lontarkan apa yang berlaku malam semalam… panggilan dari Roy… bukan sebab dia minta tolong, tapi persoalan yang dibawanya pada pengakhir perbualan kami seakan berlegar-legar dalam minda. Ahhhh alangkah bestnya kalau aku dapat humbankan semua tu dalam lori Alam Flora supaya diangkut ke tempat pelupusan. So aku tak perlu lagi berhadapan dengan situasi sebegini. Royyyyyyyy ko memang tau….. sewenangnnya merampas damai dan tenang hati ku. Kalau ada akta yang membolehkan aku mengemukan saman, sure dah aku hantar pada ko. Malangnya hingga kini, tak ada….

Kedua sebab malam ni ada KSP Dinner untuk office aku di KLCC Convention Centre… so member2 semua dah teruja memperkatakan tentangnya. Costume apa nak pakai dan yang sewaktu dengannya. Aku pulak macamana… erm camne ekk…. boleh ke aku ketepikan semua yang aku rasa untuk mengenjoykan diri malam ni… rasanya kan… YESSSS I will… lagi pun aku dah penat dan letih…. Tugasan yang banyak terkadang mengambil waktu yang seharusnya ku peruntukkan untuk diriku sendiri. Member pun dah sound tadi… Kerja tak akan habis sampai bila-bila. Bila aku fikir dan renungkan kata-katanya, aku temui kebenaran. YES…. Rasanya sudah banyak waktu milik peribadi yang ku korbankan untuk memenuhi tuntutan tugasan dan biarlah malam ini aku beri kegembiraan untuk jiwa dan hatiku…. Mana tahu kot-kot aku perolehi ilham dalam menyelesaikan apa yang masih tertunggak dan tak selesai… Betul kan… So… lunch nanti member dah promise dan temankan aku untuk last minute shopping… Erm aku ni memang cerewet.. so sure tak dan 1 hour untuk aku pilih yang benar-benar memuaskan hati. But aku dah putuskan.. if worst come to worst… aku just grap apa sahaja yang member aku cadangkan dan aku tahu cadangannya selalu boleh lah diterima pakai oleh akalku biarpun bukan 100%. Erm tak sabar tunggu malam ni sebab…..

LET'S HAVE PARTY TONIGHT......

Satu panggilan......

Malam tadi sedang aku asyik melayan penjelajahan minda dalam merangka plot untuk garapan ilhamku, tiba-tiba telefonku mengalunkan lagu Mungkir Bahagia dari Hazami.... melihatkan perkataan Private Number yang tertera, bagai menggamit satu rasa yang sukar untuk aku luahkan.... Lantas aku biarkan sahaja deringan itu mati dengan sendiri.... tapi ternyata pihak yang satu lagi tidak putus asa makanya telefon ku berlagu kembali.... dan akhirnya.......

Aku: Hello.... Pusat tempahan keranda dan perkhidmatan gali kubur... boleh saya ambil tempahan anda.....

Aku terdengar tawa di hujung talian dan dari suara itu aku sudah dapat menduga sapa pemanggilnya.

Roy: Hello... aku belum nak mati lagi dan sejak bila engkau buka bussiness sedemikian... Wah! Satu usaha yang bagus dan brilliant... tak ramai yang boleh memikirkan arah business sedemikian. Tawanya masih bersisa. Pasti gembira tahap cipan sebab dapat kenakan aku semula... Chis... Hampehkelapa.com betul mamat sorang ni.....

Aku: Erm apa hal ko telefon aku malam-malam hari ni.... aku mengubah hala bicara... malas melayan loyarburuk yang sudah ku ketahui tahap maxsimumnya.

Roy: Hai! Aku dah tak boleh telefon ko ke.... Well, aku tahu lah ko sekarang ni tengah bahagia..... Dia masih ketawa.... aduh... entah apa lah yang lucu agaknya.....

Aku: Roy, ko kat mana... dah lama tak contact aku, tiba-tiba malam ni ko muncul.... macam biskut lah ko ni..... Ha!Mesti ada apa-apa yang ko nak minta aku tolong, kalau tak ko tak kan wujud di waktu-waktu macam ni kan.....

Roy: Aku kat KK sekarang ni.... biasalah. Ke tempat client.... Macam ko tak tahu kerja aku ni macamana.... Erm sebenarnya memang aku nak minta tolong sikit dari ko.... Itu pun kalau ko sudi nak tolong aku.... Suaranya sudah mula mendatar...

Aku: Ala nak raih simpatilah tu.... Tektik lama... cemuh ku diluar sedar....

Roy: Pinjamkan aku ID ko untuk Virtual Library... aku nak cari sumthing lah... berkaitan dengan Income Tax Act.

Aku: Woi! Suka-suka hati je nak pinjam ID aku. Mana boleh.... tu dah langgar rules and regulation syarikat aku....

Roy: Ala... ko ingat diorang semua tu ikut sangat ke Rules and Regulation Syarikat yang ko banggakan sangat tu.... Not at All... and the Brutal Princess Ketegaq..... tak payah nak tunjuk baik... Dapat pahala tau kalau ko tolong aku.... Ko ni aku nak bagi pahala FREE pun ko tak nak....

Aku sekadar meregus... memang itulah cara Roy... kata-katanya tak pernah berlesen... terhambur terus walaupun aku tahu dia langsung tidak menggunakan khidmat insuran untuk segala yang diucapkan.

Aku: Roy.... ko ni kan tak berubah langsung ekk.... Kalau dulu selamba je ko tahan sijil aku dan member-member aku dengan alasan yang langsung tak relevant. Ko ingat lagi tak insiden sepanjang Program Khemah Ibadah masa di kolej dulu....

Roy: Dan ko pulak tak pernah nak respect aku sedangkan aku lebih tua dari ko. Pasal insiden tu, aku bukan sengaja nak cari pasal... tapi teguran aku tu berasas.... Dah ko dengan geng2 YoYo ko tu main ikut suka hati langkah bangku.... hingga memperlihatkan aurat yang sepatutnya tertutup. Salah ke kalau aku tegur....

Aku: Salah tu tak, cuma cara ko sahaja yang tak betul.... kenapa mesti dalam kuliah maghrib ko sebut pasal tu... ko boleh panggil kami dan beritahu.....

Roy: Sebab aku tak yakin ko dan gengs YoYo ko tu akan jumpa aku...

Aku: Tapi ko tak try lagi kan....

Roy: Memang lah aku tak try, tapi aku cukup yakin sebab ko dan gengs YoYo sentiasa punya idea untuk menjawab segala persoalan yang aku utarakan. Contohnya... apa solution yang ko gunakan untuk isu aurat dan langkah bangku tu... Dia sudah mula tertawa... dan aku pasti di layar ingatan terbayang bagaimana aku dan teman-teman mengatasi permasalah itu.

Roy: Aku betul-betul tak sangka korang akan turun dengan gaya Orang Dalam Pantang.... nak tercabut urat tawa aku bila lihat korang macam tu, tapi as a senior aku control gak.... Esya.... Esya... ko memang nakal..... tak padan dengan wajah ko comel dan cute masa tu....

Aku terkedu mendengar nama yang sudah berabad rasanya tenggelam... dan malam ini terungkap semula di ulas bibir anak muda itu.... Ahhh janganlah di ungkit segalanya... aduhhhh tak sanggup aku......

Aku: Erm dah lama aku tak dengar nama tu.... Key lah... drop that topic... erm ko nak tak ID aku... nanti aku sms kat number ko, tapi number yang mana.... Aku pantas mengubah channel lagi justeru tidak mahu dia terus berjeda.... bimbang di hati mula menggamit dan bagai terasa episod seterusnya pasti akan membuat aku terjerat.... Ahhh tidakkkkkk

Roy: Ko yang dah kuburkan mana tu sebenarnya.... tapi pada aku ko tetap Esya walaupun ko selalu nafikan.. Ko tahu betapa susahnya aku dan Ayie nak pecahkan kod nama tersebut waktu pertama kali terlihat puisi ko dalam majalah. By the way, ko masih lagi giat menulis.... Dia ketawa semula....Key, nanti aku miskal pada ko. Erm aku nak beritahu sumthing yang agak personal sikit... atau dengan kata yang lebih mudah nak sampaikan pesan orang..... Ayie kirimkan Assallammualaikum pada aku untuk di sampaikan pada ko. Kalau boleh dia nak jumpa ko.

Aku: Roy, aku penat sebenarnya... dah lewat. Esok aku kena pegi office cepat sikit sebab ada benda nak settle... apa pun Waalaikummussalam, aku masih tak bersedia dan tak mungkin bersedia untuk jumpa dia lagi... pada aku segalanya sudah berakhir dan dia tak perlu rasa apa-apa atau bimbang tentang diri aku lagi... Tugasnya sudah selesai atau dengan bahasa paling manis, hubung kami sudah bernokhtah dengan caranya... dan sekali gus menalakkan segalanya dengan talaq 3. So tak payah nak susah-susah lagi.

Persoalan yang diutarakannya tidak ku jawab malah aku tidak mahu memberi sebarang komen... tentang apa yang aku lakukan sekarang justeru aku tahu dia tentu punya cara untuk memperolehi segala maklumat yang dikehendakinya sama seperti dia memecahkan kod nama yang disebutnya tadi... Roy... Roy..... aku mengeluh tanpa sedar....

Roy: Kalau macam tu ko couple dengan aku dulu, than bila aku talaq 1 kan ko, so ko boleh lah kembali semula pada perhubungan ko dengan Ayie... camne.... okey tak idea aku..... Dia sudah memuntahkan tawa sebelum mendengar jeritan aku.... Cinabeng punya kawan......

Aku: Thanks but no thanks... Aku tak hingin punnnnnnn dah lah... aku letih..... aku nak rehat... Layan ko lagi serabut bin serabai otak aku jadinya.... bye...

Roy: Janganlah marah... aku suka tengok ko marah tapi tak tahulah masih secute dulu atau dan macam buah amra kelat..... Key... assallammualaikum... Jaga diri ko baik-baik.. nanti balik dari KK aku contact ko... Erm want sumthing from here.... just name it... I'll will find it for You.

Aku: Tak payahlah Roy... as long ko balik dengan selamat, dah cukup baik...... Ko pun jaga diri dan hidup baik-baik.... jangan nak menggatal sesangat kat sana......

Dia ketawa sebelum talian membisu. Setelah itu aku pula terbang dalam kenangan yang entah mengapa tiba-tiba datang menyapa... Ahhh sejauh mana Roy terlibat dengan misteri sebuah kehilangan dahulu.... Apakah ada sesuatu yang disimpan oleh anak muda itu tanpa aku sedar..... Entahlah....... malam tadi aku lena bersama tandatanya yang terus mempurzlekan minda dan perasaan.....

Thursday, July 12, 2007

Ketentuan Dalam Ketetapan

Sementara menunggu waktu untuk ke satu destinasi yang masih belum beragenda di dalam minda, aku seakan teruntai pada apa yang kini aku alami….

Iyer …. Bukan mudah merenda pekerti… bukan senang mencanai pekerti…. Terkadang aku tertanya pada diri… ke mana haluan yang harus aku tuju….. dan jawapan yang sering terungkap dari ulas bibirku lewat kebelakangan ini adalah ENTAH…..

Kata teman, di jounal maya adalah sebaik tempat meluah rasa…. Semolek lokasi untuk menghumban duka, tapi benarkah…..

Pada aku cerita duka punya tempat tersendiri untuk aku semadikan…. Malangnya mengapa masih ada yang berjaya membuka lantas membebaskan kembali semua itu berterbangan di ruang angkasa sanubari…. Gamitan kenangan yang sudah sekian lama ku semadikan di liang pusara tak bernisan dibungkah kembali…. Jenazah luka ini seakan di beri nafas untuk kembali berdiri persis zombie yang rakus merobek dan meramas parut-parut yang belum sembuh sepenuhnya… Kenapa dan mengapa perlu ada lagi sebuah kehadiran setelah sekian lama menghilang…. Untuk apa ditagih penjelasan kiranya penerangan terhumban jauh ke gaung kebisuan… Aku benar-benar sudah lelah…. Lelah dengan segala drama entah berapa babak yang kini sedang diarah oleh director yang entah di mana kepakarannya. Kalau selama berkurun, pemergian merupakan cara terbaik menyelesaikan sebuah permasalahan yang entah di mana punca dan paksinya, mengapa kini kewujudan perlu ada. Sedangkan pada aku ianya bagaikan satu penjara yang menghalang aku untuk meneruskan sebuah kehidupan….. Tidak bertauliahkah aku untuk menikmati jaluran hidup mengikut percaturan aku sendiri…. Ketahuilah aku memang pernah mengharapkan sebuah kepulangan dulu… mengharapkan tunas kasih yang pernah bercambah akan terus subur merendang menjadi pohon tempat aku menumpang teduh, tapi kini tidak lagi. Situasi itu sudah lama mati bersama matinya sebuah perasaan yang sekadar meninggalkan jasad untuk terus ku usung dalam sebuah pengembaraan. Biarlah antara kita tiada lagi sebarang pertalian… meski sejalur benang perasaan dalam apa jua definasinya… Aku kini bahagia dengan kehidupan yang telah ditakdirkan…. Malah justeru kerana sebuah kehadiran yang tiba-tiba membuatkan hati dan perasaan ku menjadi kucar kacir dalam sebuah percaturan yang tercetus menagih penjelasan…. Andai kau ingin kuburkan semua itu dalam keranda kebisuan… maka aku juga ingin kau terus pergi seperti mana yang pernah kau lakukan dahulu. Maaf kehadiran mu kini langsung tidak aku perlukan…..

Apa pun aku tetap ingat ungkapan ini yang pernah kau berikan satu ketika dahulu dan kini aku benar-benar memahaminya…. Biarpun tidak sealiran dengan apa yang mungkin kau fikirkan…..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.. "


Aku akui kebenarannya cuma ungkapan di bawah ini tersalah destinasi. Bukan untuk aku kerana pada aku sudah tiada lagi sekelumit rasa yang mampu ku campakkan sebagai perisa untuk mengenakkan kembali juadah cinta kasih yang sudah kau racuni seluruh kepercayaan yang ku berikan…..

“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada... "

Ingatlah mudah mengungkap kata…. Tapi tidak mudah mengota segalanya… Sekali hati terluka… biarpun sembuh, parutnya tetap ada dan mampu memuntahkan darah kecewa yang tidak mustahil bisa membanjirkan seluruh penjuru perasaan

PiZzA ohhh pIzZa.....

Patutnya hari ini aku raikan besday member aku sambil menikmati PIZZA... walaupun dia tak nak, tapi aku dah plan tetap akan seret dia ke Pizza Huts di The Mall... malangnya hari ini dia pulak tanpa memberitahu aku telah meloloskan diri bercuti. Sebenarnya dari semalam lagi aku rasa teringin sangat nak makan Pizza... kalau ajak along dan family, sure tak di layan coz they all ni anti PIZZA..... so sudah tentu-tentu tak akan tercapai apa yang aku inginkan..... Semalam masa aku sembang dengan Iman, aku sempat mention akan keinginan aku tu dan this morning pun aku dah habaq dan secara tak sengaja aku antar email ajak dia temankan aku lunch kat Pizza.... Malangnya tiba-tiba keinginan ku bagaikan terpancung di pertengahan jalan bila mana dia membalas kembali email yang ku kirim... "Nak lunch sama no problem, tapi boleh tak ubah pi tempat lain sebab malam ni Iman nak dah janji nak dinner kat Pizza... so tak kan lah lunch pizza, dinner pun pizza..... nanti kembung pulak perut yang dah secondhand ni.... " aduh! entah kenapa tiba-tiba hati ku bagai diramas-ramas.... padan muka... ajak lagi.... walaupun hakikatnya bukanlah hanya pizza sahaja yang menjadi hidangan di restoran itu.... dia tetap boleh makan dish yang lain, tapi iyerlah... tak kan aku nak paksa gak dia temankan dan turut apa yang aku inginkan.....


Kenapalah hanya kerana sepotong PIZZA aku jadi macam ni.... tah lah.. apa pun hingga ke saat ni aku masih belum menjamah sebarang makanan selain dari air suam yang entah sudah berapa banyak aku teguk.....

HaPpY BiRtHDaY yang tak HAPPY

Erm hari ni tah kenapa banyak gak N3 yang dapat ku muatkan di istana kaca ku ini. Mungkin sebab aku malas nak layan kerja yang memang banyak…. Tapi sebab mood dah melencong, so tak salahkan sesekali aku turutkan…. Jajal lah pulak The Brutal Princess hari ni… sorry boss… anyhow I can’t help it….. so LAYANssssssss

Hari ni besday Trisya….. semalam aku dah hambat along untuk temankan aku carikan sumthing untuknya….. memang agak kalut sebab dah lewat dan along pula berjeda dengan deal yang langsung tak beri ruang untuk aku menolak tanpa talian hayat yang diperuntukkannya. So aku langsung tak punya pilihan dan harus menerima deal yang ditetapkannya. So as usual aku berdating dengan along hanya untuk seorang teman….. dan akhirnya aku berjaya mendapatkan sesuatu yang ku harap akan mengembirakan sahabatku itu. Balik dari pencarian itu, aku berkawat pula di dapur menyediakan apa yang along pinta…. Walaupun tidak sukar lantaran semuanya sudah tersedia, tapi disebabkan kepenatan yang aku alami, mengganggu sedikit konsentrasiku dalam menyediakan adunan untuk walnut carrot cakeku. Nasib baik juga Yana ada dan rela menghulurkan bantuan sebagai tektik ngelat untuk join along bermain scrable. Bijak gak anak buah aku tu…..dan dia juga yang memberi cadangan supaya aku memodified structure asal dengan menambah chocolate chip. Aku yang dah memang letih hanya menurut… tapi risau gak kalau-kalau tak menjadi cake aku kali ini…. siaplah budak bertuah tu kalau sesuatu tak diingini terjadi. Alhamdulillah, semuanya under control malah kak long pun kata rasanya agak berlainan dari yang dah biasa kami makan….. hehehehehe thanks Yana… idea mu memang bagus…..

Seawal jam 02.30 pagi mata ku automatic berbuka lagi… malah hari ini sudah kali yang keberapa aku mengalami keadaan sebegini… heran gak aku… sempat ku capai telefon yang setia di sisi lantas melayangkan titipan Birthday Wish buat Trisya yang tentu sedang enak di ulit mimpi… as usual, pasti aku akan jadi orang pertama yang membuat ucapan dan itulah yang ditetapkannya… terukkan kawan aku tu… bab penderaan serah aje pada dia…. sudah pasti dia tahu bagaimana cara atau kaedahnya….. apa pun tak kisahlah.. kalau itu mampu buat dia gembira di hari istimewanya, apa salah aku berkorban seminit dua kan…..

Aku ke office dengan rasa yang cukup happy…. Hadiah untuk Trisya sudah ku bungkus rapi dan juga cake yang ku letakkan di dalam dua bekas yang berasingan….. Satu pastinya untuk deparment ku dan juga Trisya dan satu lagi…. ehem… ehem… sapalah yang bertuah plus malang untuk merasa juadah ku itu.. macamlah sedap sangat….. Aku called Iman dan minta dia datang ke office ku untuk ambil bahagiannya…. Pada awalnya terkezut baboon mamat sorang tu… mana tak nya… tak penah-penah aku buat offer sebegitu pada mana-mana insan, dia boleh dikategorikan dalam golongan yang bertuahlah sebab hari ini dengan mudah aku buat tawaran…. So dalam keadaan separuh terkejut, dia bersetuju gak untuk datang dan ambil coz aku kata aku tak jamin aku mampu menahan cake itu dari dibaham oleh insan-insan yang berada di kawasanku. Setelah selamat bahagiannya ku berikan, aku terus menuju ke tempat trisya. Dalam minda sudah terangka agenda untuknya hari ini… apa lagi kalau tak CELEBRATION PARTY dan tempatnya sudah tentu PIZZA HUTS coz dari semalam tah kenapa aku terasa macam nak sangat makan makanan Italy tu. Malangnya aku ditamu kehampaan bila terlihat sign di mejanya yang tertera TRISYA ON LEAVE TODAY…… UWAAAAAAAAAA sedihnya..... sampai hati dia cuti tak beritahu aku…….. dan aku pulak terkapai-kapai sendiri dengan hasrat yang tentunya tak kesampaian…. So ke mana destinasi ku waktu Lunch nanti….. Well nobody know….. Que Sera Sera… What ever will be will be…. That place not in my mind… Que Sera… Sera……

HAPPY BESDAY TRISYA…. I LUV U MORE THAN THE WORDS… I LUV U MORE THAN THE ACTION AND MOST IMPORTANT WE LUV OUR FRIENDSHIP MORE THAN EVERYTHINGS AROUND US….. Hope you had great Besday Celebration today….. MISS YOU…..

2 Dalam satu Persahabatan....

Dalam boring-boring menggamit semula mood untuk meneruskan tugasan, tiba-tiba ku mindaku membuat lencongan kearah berlainan…. Dua dalam satu persahabatan…. Apa erti dalam definsi yang ingin aku ungkap….. Well sebenarnya aku merenung akan dua insan yang kini hadir sealiran dalam sebuah persahabatan biarpun hakikatnya terzahir dalam persepsi yang cukup berlainan dalam perbagai aspek. Bukan niatku untuk membuat perbandingan, justeru aku sedar tiap satu dari mereka berdua ini miliki perbezaan yang ternyata langsung tak boleh dilabel dalam satu persamaan. Kontra dalam perbagai sudut…..

Persahabatan diantara aku dengan Iman dan Haizal…. Kedua-dua nya dari golongan ADAM. biarpun di mata teman-teman melihat dan merasakan satu kepelikan…. Sesungguhnya aku tak hadapi masalah dalam perhubungan kami meskipun tanpa syarat bertulis akan apa yang tidak boleh kami lakukan. Aku rasa dalam konteks ini, sikap toleransi dan memahami banyak memainkan peranan kerana kedua orang sahabat aku ni punya karektor yang cukup kontra di antara satu sama lain.

Haizal… memang seorang yang cukup committed and workaholic person. Masanya memang banyak di habiskan dengan tugaasan dan tanggungjawab yang dipikul tapi bukan bermakna dia langsung tak ada waktu untuk aku…. cuma aku perlu letakkan lebih banyak sabar dan understand terhadap sikapnya yang memang giler kerja itu. Tiap kali aku berhadapan dengan sebarang permasalahan, dialah insan peniup semangat dan memotivasikan diriku. Kata-katanya bagaikan penguat untuk aku melangkah… jalur cahaya untuk aku mencari penyelesaian… Itu cara Haizal… carringnya jarang dipertunjukkan secara terang tapi aku tetap dapat merasakannya. Namun aku senang dengan Haizal…. Sikapnya buat aku jadi matang….. memberi ruang sepenuhnya untuk aku memikirkan tindakan yang harus malah perlu aku ambil bila berhadapan dengan situasi di luar dugaan. Tidak pernah memanjakan aku dengan kata-kata pujukan… namun dia tak pula alpa dalam menitipkan nasihat dan semangat dengan apa yang aku lakukan…. Kala aku rasa bagaikan mahu rebah.. dialah tunjang untuk aku tumpang berpaut. Pendorong tidak rasmi dalam aku mengejar impian malah dia juga teman debat paling hebat yang aku ada. Bertukar fikiran dan pandangan dalam apa juga permasalahan atau tindakan sebelum keputusan diambil. Baginya… hidup bagaikan sebuah percaturan…. Dugaan dan ujian adalah ramuan rencah dalam membina kejayaan. Itu lah Haizal…..Aku benar-benar selut dengan pendiriannya yang cukup tegas dalam membuat keputusan. Secara tidak langsung, terkadang aku jadi terikut-ikut dengan karektornya itu.

Iman… erm yang ni cukup kontra dengan Haizal coz aku bukan sahaja terasa akan carringnya, tapi juga dapat melihat malah bukan setakad aku, tapi member-member aku pun cakap cam tu. Dia sentiasa ada tanpa mengira waktu… samada takala aku perlukan atau sebaliknya. Penghibur kala hati rawan dan perlukan teman untuk berbual,.tapi berbual bukan untuk satu perbualan kosong, sebaliknya dalam santai ada sahaja yang tersampai dan di sampaikan. Kami bagaikan pendengar pada luahan yang terungkap. Tak kira samada dia yang meluahkan ketidak puasan di hati atau aku yang terkadang menjadikan dirinya biro pengaduan tanpa perlukan bayaran. Dia lebih bersikap happy go lucky dalam hidup seharian dan cukup sinonim dengan tawa yang pasti akan teriring bersama kata-kata. Biarpun hidupnya agak lebih complex dari Haizal dari berbagai sudut yang begitu banyak segi-seginya, tapi dia tetap punya waktu untuk aku. Entah… aku pun tak tahu dari mana dia dapat waktu tambahan untuk aku…. Terkadang aku heran gak dengan diri aku… mudah benar aku akrab dengannya…. Meskipun jangka hayat persahabatan kami baru bertunas… tak beputik teguh lagi dan bila-bila masa sahaja tunas itu mampu terbunuh lantas mati namun semua itu tak pernah menjadi virus tak bervaksin yang tak dapat di atasi. Mungkin juga di sinilah letaknya toleransi diantara satu sama lain yang pastinya telah memainkan peranan yang paling baik. Entahlah…. Takala aku terangkak-rangkak dalam mengharungi permasalahan yang datang tanpa pinta, aku kenal Iman biarpun hakikatnya memang dah lama aku sedar akan kewujudan dirinya di bumi ini…. cuma bezanya sebelum ini Iman lebih merupakan salah seorang dari beratus clients yang berurusan dengan ku. Hanya lewat kebelakangan ini, dia berjaya memboloskan diri untuk menyenaraikan diri sebagai teman dan maybe sahabat kot. Aku lebih banyak menumpang gembira dan ceriaan Iman untuk menceriakan hati yang kadangkala suram……

Apa pun aku jadi terkedu sekejap bila tiba-tiba member aku hulurkan satu kertas yang tertera

Persahabatan berlainan jantina…. Apa rasional dan relevantnya. Tidakkah nanti menjurus pada percaturan perasaan….

Pada aku, semua tu terletak pada diri kita sendiri. Kita yang menentukan hala tuju dalam apa yang kita lakukan. Bagi aku persahabatan tak pernah ada sempadan.. tidak juga punya ketetapan. Apa yang paling penting adalah keserasian dan sikap individu terhadap apa yang diharapkan dalam sebuah hubungan persahabatan yang dihulurkan untuk di canai pada bentuk yang mereka inginkan. Percaturan perasaan… erm kalau tak jadi sahabat pun terkadang boleh gak menjurus pada perkara sebegini… so apa bezanya….. Entahlah…. Fikir-fikirkan lah sendiri…..

Hujung minggu yang lalu

Sepatutnya dah lama aku masukkan N3 ni, tapi disebabkan waktu langsung tak menyebelahi dan kerja yang perlu diberi keutamaan, maka ini lah jadinya.... hari ini baru aku berkesempatan... Aku just nak share sumthing yang menjadi pengalaman yang boleh aku kategorikan sebagai baru dan menyeronokkan.....

Die Hard 4

Hujung minggu yang lalu, walaupun penat masih bersisa, tapi aku tetap cuba gagahkan diri untuk keluar… Nak tahu aku pi mana… well, aku pi KLCC… buat apa… ehem…. Aku layan tengok Die Hard 4. Rasanya dah berkurun aku tak jejakkan kaki ke panggung wayang but yesterday… aku sampai ke sana. Erm bukan aku sorang, tapi dengan somebody. Tah, aku pun pelik camne aku boleh tersetuju dengan cadangan yang dibuatnya. Pada perancangan awal, ingat nak tengok Transformer, tapi tiket tak ada… dah kehabisan untuk waktu yang kami nak tonton tu. Aku yang kali pertama menyaksikan fenomena orang berbaris untuk dapatkan tiket, macam rusa masuk kampung…. Hehehehehe.. teruk kan aku ni. Punyalah ramai makhluk…. Heran bin ajaib aku. Nasib juga bukan aku yang terpaksa beratur, kalau tak… sure mau pengsan aku kat situ.

So pendekkan story… akhirnya kami berjaya juga mendapatkan tiket meyaksikan Die Hard 4. Memang aku dah dengar gembar gembur pasal filem ni best terutamanya sound effectnya… tapi as usual, aku suka tak ambil pot. Apa pun setelah berada di dalam panggung dan filem tu mula ditayangkan, ku terpaksa melupakan terus niat awal untuk beristirehat biarpun hakikatnya aku sebenarnya sedang company dia yang memang teruja habis dengan citer tu. Apa tak nya… sound effect yang mampu menggegarkan jantung terus menyentap urat mataku dari tertutup… Ala tidoqlah… sebab aku masih lagi keletihan akibat dari games yang aku sertai pada hari sebelumnya. Dalam dia aku mengakui, filem ni memang best sangat….. sampai secara tak sengaja aku mengikuti setiap plotnya hingga ke sudah. Tak rugi aku korbankan istirehat yang sepatutnya aku nikmati hanya untuk sessi penemanan menonton wayang.

Filem lakonan Bruce Willis sebagai Detektif Mc Clane cukup mantap dengan aksi yang terlalu memukau. Lasak dan ganas… itu pada persepsi aku, tapi untuk orang lain.. rasanya ada istilah yang lebih sesuai…. apa ekk.. sorry aku belum khatam dalam bab-bab sebegini…. Aku sempat gak jeling member kat sebelah…. Aduh! asyik giler tu sampai aku yang dah nak beku kat sebelah pun dia macam tak perasan. Anyhow… aku betul-betul enjoy. Kagum dan terfikir juga kaedah yang dipraktikkan dalam filem tu tak mustahil andai satu hari nanti akan dilaksanakan secara reality. Teknologi IT mampu mengancam keamanan dan kedamaian dunia. Tektik yang digunakan cukup smart dan cara mengatasinya pulak cukup drastik dan mendebarkan. Pada yang belum tengok, aku suka mensuggestkan korang pi lah tengok. Tak rugi, kalau nak layan DVC pun boleh, tapi kurang sikitlah trill sound effectnya kalau nak dibandingkan dengan di panggung.
Apa pun buat dia… thanks a lots… bukan sebab ajar aku tengok wayang tapi ajar aku tengok citer yang memang bagus untuk di tonton. Biarpun di awalnya aku macam tak kisah citer apa yang dia nak tengok sebab pada aku, aku just company dia supaya dia tak boring dan kami boleh berbual lepas tu…. cuma yang tak best end up dari pertemuan itu, dia terpaksa melihat bagaimana aku menahan sakit yang begitu azab dan gagah bangkit tanpa sikit pun rasa simpati terhadap diri aku. Salah aku gak coz dua hari aku lupa makan ubat….
Ni aku attachedkan cover dari filem tersebut. So harap korang pun boleh Layanzzz selepas ini... memang tak rugi untuk satu penontonan yang tak akan memboloskan kebosanan....

Tuesday, July 03, 2007

Rasa-rasa hati....

Lama aku menghilang… lama juga tiada jejak yang ku tinggalkan…. Hati bagai meronta untuk merenda rumah maya ku ini seindah yang boleh…. Ingin ku hias dengan celoteh dan apa sahaja sebagai pendamai jiwa dan santapan naluri ku yang memang suka mencoret. Sedang aku khayal dalam dunia ku tak bersendi, tiba-tiba telefon ku menyanyikan lagu yang sudah cukup mengocak ria di hati….

Aku: Assallammualaikum… lambatnya awak calleh hari ni???? malangnya soalan ku di jawab dengan tawa dari satu suara yang buat aku terkejut baboon. Chiss… terkantoi tahap gaban aku hari ni….

Roy: Waalaikummussalam…. Wah! Ko tengah tunggu called dari orang jauh yer…. Tawa mengejek masih bersisa membuatkan hati ku berbekas lara gunung berapi yang hangat mendengarnya.

Aku: Mana ada… memandai-mandai je ko ni. Ha! Nak apa kacau aku.

Roy: Tak kan marah kot. Well, dalih ko tak menjadi dan satu lagi ko belum bijak untuk jadi pelakon untuk satu drama sebabak yang cuba ko arahkan. Nampak kaku aje… Erm dia tak call lagi ke?

Aku sekadar mengeluh. Tidak tahu apa yang harus ku jawab. Mana mungkin aku mengakui sesuatu yang pastinya akan melontarkan diriku ke lembah tawa gaban anak muda yang memang suka sangat ketawa walaupun kadangkala aku sendiri tidak tahu apa relevant tawa itu meledak di ulas bibirnya.

Roy: Kenapa ko diam… sorry lah kalau tawa tak berbreak aku tadi menujah hati ko.

Aku: Tak ada apa-apalah. Saja aku bagi peluang untuk ko bercakap. Nanti kalau aku dah start bercakap, ha! takut ko pulak kempunan sebab tak berupaya untuk mencelah. Ah! Alasan lagi…

Kami sama-sama tertawa biarpun aku sedar ianya dalam aliran yang tidak selari.

Roy: Jadi ko main netball week end ni?

Aku: InsyaAllah, kalau tak ada halangan dan arah melintang, ada lah aku kat tengah padang tu. Kenapa ko tiba-tiba tanya? Nak datang tengok ke?

Roy: Erm boleh juga. Aku memang minat pun dengan sukan netball. Sukan yang punya sentimental value yang tersendiri.

Aku terdengar dia ketawa kembali. Sudah… mamat ni dah mula berjeda dan hanyut dalam imbauan kenangan yang hanya dia yang tahu. Chis, jiwang karatnya. menyesal pulak aku tanya bersama package ajakan tidak formal.

Roy: Lately ni aku tengok ko macam kurang bermaya.. kenapa… tak kan sebab dia jauh maka engkau jadi macam ni.

Aku: Tak adalah… aku letih sebenarnya.. lagi pun aku kurang sihat sikit. Kerja pulak banyak.. mengalahkan ketinggian Gunung Everest…. Tu yang kurang bermaya sikit.

Roy: Aku terima alasan ko walaupun aku tahu itu bukan sebab musabab yang boleh diterima pakai. Apa pun aku suka sesangat nak bagi ko advise yang langsung tak perlukan bayaran. Walau apa pun keadaan ko, sebuah kehidupan perlu di teruskan. Ujian dan dugaan adalah rencah dalam mengenakkan lagi perjalanan kita yang sementara. Sahabat dan teman bagaikan terapi yang terkadang kita terlepas pandang tika jiwa kita kesakitan. Aku harap ko faham maksud aku walaupun aku sedar, aku bukannya terapi bervaksin seperti dia yang telah pergi jauh dari ko. So aku temankan ko week end ni yer.

Aku : Thanks Roy… aku hargai apa yang telah engkau lakukan selama ini. Aku bersyukur lantaran dikurniakan sahabat dan teman macam engkau tika aku kadangkala rasa sendirian. Maafkan aku kalau tanpa sedar aku dah menyusahkan engkau.

Roy: Don’t mention it.. ko tak pernah susahkan aku dan aku tak pernah rasa disusahkan oleh engkau. Aku yang nak ko sedar bahawa aku tetap ada walaupun memang selalu ko rasa yang ko seolah-olah sendiri.

Aku: Thanks again Roy…. As what I told you before… I really appreciated it…. Erm thanks for calling.. I had to go now. Ada discussion yang perlu aku hadiri. Bye.. Assallammualaikum…..

Roy: Key.. Waalaikummussalam.. Jaga diri dan jangan lupa hidup baik-baik.

Aku termangu seketika mendengar ayat terakhir itu. Selalunya aku mengungkapkan frasa tersebut pada….. Ah! Kini Roy pula menciplak secara terhormat dari ku…. Apa pun aku sedar perjalanan hidup ku di sini harus ku teruskan biarpun tidak seceria hari-hari yang telah lalu……