Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, July 12, 2007

Ketentuan Dalam Ketetapan

Sementara menunggu waktu untuk ke satu destinasi yang masih belum beragenda di dalam minda, aku seakan teruntai pada apa yang kini aku alami….

Iyer …. Bukan mudah merenda pekerti… bukan senang mencanai pekerti…. Terkadang aku tertanya pada diri… ke mana haluan yang harus aku tuju….. dan jawapan yang sering terungkap dari ulas bibirku lewat kebelakangan ini adalah ENTAH…..

Kata teman, di jounal maya adalah sebaik tempat meluah rasa…. Semolek lokasi untuk menghumban duka, tapi benarkah…..

Pada aku cerita duka punya tempat tersendiri untuk aku semadikan…. Malangnya mengapa masih ada yang berjaya membuka lantas membebaskan kembali semua itu berterbangan di ruang angkasa sanubari…. Gamitan kenangan yang sudah sekian lama ku semadikan di liang pusara tak bernisan dibungkah kembali…. Jenazah luka ini seakan di beri nafas untuk kembali berdiri persis zombie yang rakus merobek dan meramas parut-parut yang belum sembuh sepenuhnya… Kenapa dan mengapa perlu ada lagi sebuah kehadiran setelah sekian lama menghilang…. Untuk apa ditagih penjelasan kiranya penerangan terhumban jauh ke gaung kebisuan… Aku benar-benar sudah lelah…. Lelah dengan segala drama entah berapa babak yang kini sedang diarah oleh director yang entah di mana kepakarannya. Kalau selama berkurun, pemergian merupakan cara terbaik menyelesaikan sebuah permasalahan yang entah di mana punca dan paksinya, mengapa kini kewujudan perlu ada. Sedangkan pada aku ianya bagaikan satu penjara yang menghalang aku untuk meneruskan sebuah kehidupan….. Tidak bertauliahkah aku untuk menikmati jaluran hidup mengikut percaturan aku sendiri…. Ketahuilah aku memang pernah mengharapkan sebuah kepulangan dulu… mengharapkan tunas kasih yang pernah bercambah akan terus subur merendang menjadi pohon tempat aku menumpang teduh, tapi kini tidak lagi. Situasi itu sudah lama mati bersama matinya sebuah perasaan yang sekadar meninggalkan jasad untuk terus ku usung dalam sebuah pengembaraan. Biarlah antara kita tiada lagi sebarang pertalian… meski sejalur benang perasaan dalam apa jua definasinya… Aku kini bahagia dengan kehidupan yang telah ditakdirkan…. Malah justeru kerana sebuah kehadiran yang tiba-tiba membuatkan hati dan perasaan ku menjadi kucar kacir dalam sebuah percaturan yang tercetus menagih penjelasan…. Andai kau ingin kuburkan semua itu dalam keranda kebisuan… maka aku juga ingin kau terus pergi seperti mana yang pernah kau lakukan dahulu. Maaf kehadiran mu kini langsung tidak aku perlukan…..

Apa pun aku tetap ingat ungkapan ini yang pernah kau berikan satu ketika dahulu dan kini aku benar-benar memahaminya…. Biarpun tidak sealiran dengan apa yang mungkin kau fikirkan…..

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.. "


Aku akui kebenarannya cuma ungkapan di bawah ini tersalah destinasi. Bukan untuk aku kerana pada aku sudah tiada lagi sekelumit rasa yang mampu ku campakkan sebagai perisa untuk mengenakkan kembali juadah cinta kasih yang sudah kau racuni seluruh kepercayaan yang ku berikan…..

“Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada... "

Ingatlah mudah mengungkap kata…. Tapi tidak mudah mengota segalanya… Sekali hati terluka… biarpun sembuh, parutnya tetap ada dan mampu memuntahkan darah kecewa yang tidak mustahil bisa membanjirkan seluruh penjuru perasaan

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home