Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, July 03, 2007

Rasa-rasa hati....

Lama aku menghilang… lama juga tiada jejak yang ku tinggalkan…. Hati bagai meronta untuk merenda rumah maya ku ini seindah yang boleh…. Ingin ku hias dengan celoteh dan apa sahaja sebagai pendamai jiwa dan santapan naluri ku yang memang suka mencoret. Sedang aku khayal dalam dunia ku tak bersendi, tiba-tiba telefon ku menyanyikan lagu yang sudah cukup mengocak ria di hati….

Aku: Assallammualaikum… lambatnya awak calleh hari ni???? malangnya soalan ku di jawab dengan tawa dari satu suara yang buat aku terkejut baboon. Chiss… terkantoi tahap gaban aku hari ni….

Roy: Waalaikummussalam…. Wah! Ko tengah tunggu called dari orang jauh yer…. Tawa mengejek masih bersisa membuatkan hati ku berbekas lara gunung berapi yang hangat mendengarnya.

Aku: Mana ada… memandai-mandai je ko ni. Ha! Nak apa kacau aku.

Roy: Tak kan marah kot. Well, dalih ko tak menjadi dan satu lagi ko belum bijak untuk jadi pelakon untuk satu drama sebabak yang cuba ko arahkan. Nampak kaku aje… Erm dia tak call lagi ke?

Aku sekadar mengeluh. Tidak tahu apa yang harus ku jawab. Mana mungkin aku mengakui sesuatu yang pastinya akan melontarkan diriku ke lembah tawa gaban anak muda yang memang suka sangat ketawa walaupun kadangkala aku sendiri tidak tahu apa relevant tawa itu meledak di ulas bibirnya.

Roy: Kenapa ko diam… sorry lah kalau tawa tak berbreak aku tadi menujah hati ko.

Aku: Tak ada apa-apalah. Saja aku bagi peluang untuk ko bercakap. Nanti kalau aku dah start bercakap, ha! takut ko pulak kempunan sebab tak berupaya untuk mencelah. Ah! Alasan lagi…

Kami sama-sama tertawa biarpun aku sedar ianya dalam aliran yang tidak selari.

Roy: Jadi ko main netball week end ni?

Aku: InsyaAllah, kalau tak ada halangan dan arah melintang, ada lah aku kat tengah padang tu. Kenapa ko tiba-tiba tanya? Nak datang tengok ke?

Roy: Erm boleh juga. Aku memang minat pun dengan sukan netball. Sukan yang punya sentimental value yang tersendiri.

Aku terdengar dia ketawa kembali. Sudah… mamat ni dah mula berjeda dan hanyut dalam imbauan kenangan yang hanya dia yang tahu. Chis, jiwang karatnya. menyesal pulak aku tanya bersama package ajakan tidak formal.

Roy: Lately ni aku tengok ko macam kurang bermaya.. kenapa… tak kan sebab dia jauh maka engkau jadi macam ni.

Aku: Tak adalah… aku letih sebenarnya.. lagi pun aku kurang sihat sikit. Kerja pulak banyak.. mengalahkan ketinggian Gunung Everest…. Tu yang kurang bermaya sikit.

Roy: Aku terima alasan ko walaupun aku tahu itu bukan sebab musabab yang boleh diterima pakai. Apa pun aku suka sesangat nak bagi ko advise yang langsung tak perlukan bayaran. Walau apa pun keadaan ko, sebuah kehidupan perlu di teruskan. Ujian dan dugaan adalah rencah dalam mengenakkan lagi perjalanan kita yang sementara. Sahabat dan teman bagaikan terapi yang terkadang kita terlepas pandang tika jiwa kita kesakitan. Aku harap ko faham maksud aku walaupun aku sedar, aku bukannya terapi bervaksin seperti dia yang telah pergi jauh dari ko. So aku temankan ko week end ni yer.

Aku : Thanks Roy… aku hargai apa yang telah engkau lakukan selama ini. Aku bersyukur lantaran dikurniakan sahabat dan teman macam engkau tika aku kadangkala rasa sendirian. Maafkan aku kalau tanpa sedar aku dah menyusahkan engkau.

Roy: Don’t mention it.. ko tak pernah susahkan aku dan aku tak pernah rasa disusahkan oleh engkau. Aku yang nak ko sedar bahawa aku tetap ada walaupun memang selalu ko rasa yang ko seolah-olah sendiri.

Aku: Thanks again Roy…. As what I told you before… I really appreciated it…. Erm thanks for calling.. I had to go now. Ada discussion yang perlu aku hadiri. Bye.. Assallammualaikum…..

Roy: Key.. Waalaikummussalam.. Jaga diri dan jangan lupa hidup baik-baik.

Aku termangu seketika mendengar ayat terakhir itu. Selalunya aku mengungkapkan frasa tersebut pada….. Ah! Kini Roy pula menciplak secara terhormat dari ku…. Apa pun aku sedar perjalanan hidup ku di sini harus ku teruskan biarpun tidak seceria hari-hari yang telah lalu……

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home