Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, July 18, 2007

Sekalung Terima Kasih buatmu.....

Semalam adalah hari yang amat sukar untuk ku harungi…. Kesedihan dan airmata bagaikan aur dengan tebing….. ombak dengan lautan yang tidak dapat dipisahkan… mengapa aku jadi secengeng itu hingga menyusahkan dirinya…. terlalu emosionalkah aku dengan sesuatu yang masih diawangan… samar dari reality dan tak terzahir di pandangan… Entah… aku tidak tahu…. cuma keadaan ku cukup HORRIBLE… aku seakan tidak mampu mengapai kekuatan yang selama ini menjadi tunjang kehidupan…. Situasi yang ku hadapi semalam telah meranapkan segalanya… aku benar-benar bagai layang-layang terputus tali melayang tanpa arah dan tujuan…. Pertama kali ku rasakan dan kali kedua ketakutan yang sama menyerang. Aku tidak terdaya untuk pulang berhadapan dengan keluarga… hati yang pilu dan sedih tidak terlawan dek kekuatan senipis kulit bawang yang akhirnya tercarik dari dalam diri. Aku benar-benar perlukan teman… teman yang boleh menemani diriku tika itu… yang sudi meminjamkan kekuatan dan semangat untuk aku perlahan-lahan berdiri kembali.

Iman….
Maafkan aku justeru semuda persahabatan ini sudah acapkali aku menyusahkan dirimu. Kau tidak pernah mengeluh dan tetap sabar mendengar dan melayan kerenah insan seperti ku. Kau tetap meluangkan waktu biar hakikatnya dirimu sendiri terikat dengan jadual tugasan yang bukan sedikit menuntut perhatianmu. Entahlah Iman… kenapa pada mu ku sandarkan bicara… mengapa padamu aku mencari kekuatan…. Apakah kerana aku kian merasa keseorangan dalam keriuhan insan-insan di sekelilingku…. Atau apakah sebenarnya kau membayangi insan yang ku harapkan yang kini tiada….. Sesungguhnya aku benar-benar merasa bersalah…. Bersalah lantaran gagal menjadi kawan jauh sekali sahabat yang bisa mengembirakan dirimu. Sudah banyak bantuan yang kau hulurkan padaku. Sudah banyak masa yang kau peruntukan dalam menemani ku malah sudah banyak kredit yang kau peruntukkan hanya untuk menghubungi ku…. Iman… aku benar-benar tidak mampu melunaskan segalanya…. Kebaikan mu tidak mungkin mampu ku balas…. Keperihatinan mu tidak mungkin mampu ku bayar….

Semalam, kau masih sudi menemaniku biarpun hakikatnya kau baru sahaja selesai menghadiri NTC dan sudah tentu keletihan bukan satu omongan kosong. Kau masih bertegas untuk menemui dan menjemput ku di pejabat setelah dengan begitu mudah aku mengkhabarkan padamu apa yang aku alami diawal pagi. Mungkin kau juga risau melihat keadaanku yang sudah tersasar sedikit dari kawalan akal. Emosi ku benar-benar parah dirobek ketakutan dan dilapah kebimbangan. Airmata sudah tiada harganya semalam seakan jualan mega sales yang kini sedang berlangsung… tanpa segan silu aku menangis meluahkan segala yang bermain di emosi… mengacah sanubari hingga melangkau illusi. Kau tetap setia mendengar dan memberi dorongan untuk ku bina kembali keyakinan diri. Kau pinjamkan aku semangat untuk mengayam kembali kekuatan yang sudah tercarik. Menarik ketakutan yang pernah aku alami setahun yang lalu yang seakan berjaya menguasi keseluruhan jiwa agar kembali berani berhadapan dengan apa yang disarankan oleh doktor. Sesungguhnya aku tidak ingin menjadi seorang pesoal… tapi aku terlalu bimbang biarpun hakikat itu masih belum terhasil. Aku seakan tidak punya kekuatan andai nanti reality tidak memihak pada diriku…. Entahlah…

Kini aku mula merenung kata-kata teman-teman lewat kebelakangan ini yang secara terang menegur sikap sensitive yang amat ketara. Rupanya keadaan semalam adalah jawapan pada perubahan emosiku yang sudah terdahulu diusik dan diganggu, cuma bezanya aku tidak mengendahkan. Aku tidak ambil pusing terhadap symptom symptom awal yang diberikan sebagai hint sebelum aku melalui dugaan ini. Sakit mengacah namun aku tetap berlagak selamba bodoh, konon kebal dengan ketahanan yang kelihatan kental diluar tapi rapun di dalam. Betapa dhaif dan naifnya aku….

Iman.....

Terima kasih atas segala bantuanmu…. Terima kasih atas segala perhatianmu… aku bertuah justeru punya teman dan sahabat sebaik dirimu…. Aku bersyukur atas rahmat yang Allah berikan padaku mengizinkan aku mengenali dirimu. Tika aku rasakan diri ini bagai terlontar jauh sendirian, kau tetap di sisi… kau tetap tega menanti. Tidak tahulah apa yang akan terjadi andai kau tiada semalam… andai kau tidak menemani aku…. tidak terdaya aku memikirkan segala kemungkinannya… Mungkin aku akan terhanyut dalam emosi dan kesedihan yang sukar untuk ku bendung…. Aku benar-benar menghargai segala jasabaik mu terhadap diriku. Biarpun persahabatan ini seakan ada kepelikan dari pengamatan insan lain, namun kita tetap tahu di mana landasan dan paksinya…. Harapan dan doaku moga kebaikan yang kau hulurkan buat diriku ini akan mendapat balasan dan ganjaran yang sewajarnya dari Allah. Hanya itu yang mampu ku lakukan saat ini. Akan ku cuba bina kembali keyakinan dan kekuatan dalam diri, cuma aku tidak pasti bilakah semua itu akan aku perolehi….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home