Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, July 12, 2007

2 Dalam satu Persahabatan....

Dalam boring-boring menggamit semula mood untuk meneruskan tugasan, tiba-tiba ku mindaku membuat lencongan kearah berlainan…. Dua dalam satu persahabatan…. Apa erti dalam definsi yang ingin aku ungkap….. Well sebenarnya aku merenung akan dua insan yang kini hadir sealiran dalam sebuah persahabatan biarpun hakikatnya terzahir dalam persepsi yang cukup berlainan dalam perbagai aspek. Bukan niatku untuk membuat perbandingan, justeru aku sedar tiap satu dari mereka berdua ini miliki perbezaan yang ternyata langsung tak boleh dilabel dalam satu persamaan. Kontra dalam perbagai sudut…..

Persahabatan diantara aku dengan Iman dan Haizal…. Kedua-dua nya dari golongan ADAM. biarpun di mata teman-teman melihat dan merasakan satu kepelikan…. Sesungguhnya aku tak hadapi masalah dalam perhubungan kami meskipun tanpa syarat bertulis akan apa yang tidak boleh kami lakukan. Aku rasa dalam konteks ini, sikap toleransi dan memahami banyak memainkan peranan kerana kedua orang sahabat aku ni punya karektor yang cukup kontra di antara satu sama lain.

Haizal… memang seorang yang cukup committed and workaholic person. Masanya memang banyak di habiskan dengan tugaasan dan tanggungjawab yang dipikul tapi bukan bermakna dia langsung tak ada waktu untuk aku…. cuma aku perlu letakkan lebih banyak sabar dan understand terhadap sikapnya yang memang giler kerja itu. Tiap kali aku berhadapan dengan sebarang permasalahan, dialah insan peniup semangat dan memotivasikan diriku. Kata-katanya bagaikan penguat untuk aku melangkah… jalur cahaya untuk aku mencari penyelesaian… Itu cara Haizal… carringnya jarang dipertunjukkan secara terang tapi aku tetap dapat merasakannya. Namun aku senang dengan Haizal…. Sikapnya buat aku jadi matang….. memberi ruang sepenuhnya untuk aku memikirkan tindakan yang harus malah perlu aku ambil bila berhadapan dengan situasi di luar dugaan. Tidak pernah memanjakan aku dengan kata-kata pujukan… namun dia tak pula alpa dalam menitipkan nasihat dan semangat dengan apa yang aku lakukan…. Kala aku rasa bagaikan mahu rebah.. dialah tunjang untuk aku tumpang berpaut. Pendorong tidak rasmi dalam aku mengejar impian malah dia juga teman debat paling hebat yang aku ada. Bertukar fikiran dan pandangan dalam apa juga permasalahan atau tindakan sebelum keputusan diambil. Baginya… hidup bagaikan sebuah percaturan…. Dugaan dan ujian adalah ramuan rencah dalam membina kejayaan. Itu lah Haizal…..Aku benar-benar selut dengan pendiriannya yang cukup tegas dalam membuat keputusan. Secara tidak langsung, terkadang aku jadi terikut-ikut dengan karektornya itu.

Iman… erm yang ni cukup kontra dengan Haizal coz aku bukan sahaja terasa akan carringnya, tapi juga dapat melihat malah bukan setakad aku, tapi member-member aku pun cakap cam tu. Dia sentiasa ada tanpa mengira waktu… samada takala aku perlukan atau sebaliknya. Penghibur kala hati rawan dan perlukan teman untuk berbual,.tapi berbual bukan untuk satu perbualan kosong, sebaliknya dalam santai ada sahaja yang tersampai dan di sampaikan. Kami bagaikan pendengar pada luahan yang terungkap. Tak kira samada dia yang meluahkan ketidak puasan di hati atau aku yang terkadang menjadikan dirinya biro pengaduan tanpa perlukan bayaran. Dia lebih bersikap happy go lucky dalam hidup seharian dan cukup sinonim dengan tawa yang pasti akan teriring bersama kata-kata. Biarpun hidupnya agak lebih complex dari Haizal dari berbagai sudut yang begitu banyak segi-seginya, tapi dia tetap punya waktu untuk aku. Entah… aku pun tak tahu dari mana dia dapat waktu tambahan untuk aku…. Terkadang aku heran gak dengan diri aku… mudah benar aku akrab dengannya…. Meskipun jangka hayat persahabatan kami baru bertunas… tak beputik teguh lagi dan bila-bila masa sahaja tunas itu mampu terbunuh lantas mati namun semua itu tak pernah menjadi virus tak bervaksin yang tak dapat di atasi. Mungkin juga di sinilah letaknya toleransi diantara satu sama lain yang pastinya telah memainkan peranan yang paling baik. Entahlah…. Takala aku terangkak-rangkak dalam mengharungi permasalahan yang datang tanpa pinta, aku kenal Iman biarpun hakikatnya memang dah lama aku sedar akan kewujudan dirinya di bumi ini…. cuma bezanya sebelum ini Iman lebih merupakan salah seorang dari beratus clients yang berurusan dengan ku. Hanya lewat kebelakangan ini, dia berjaya memboloskan diri untuk menyenaraikan diri sebagai teman dan maybe sahabat kot. Aku lebih banyak menumpang gembira dan ceriaan Iman untuk menceriakan hati yang kadangkala suram……

Apa pun aku jadi terkedu sekejap bila tiba-tiba member aku hulurkan satu kertas yang tertera

Persahabatan berlainan jantina…. Apa rasional dan relevantnya. Tidakkah nanti menjurus pada percaturan perasaan….

Pada aku, semua tu terletak pada diri kita sendiri. Kita yang menentukan hala tuju dalam apa yang kita lakukan. Bagi aku persahabatan tak pernah ada sempadan.. tidak juga punya ketetapan. Apa yang paling penting adalah keserasian dan sikap individu terhadap apa yang diharapkan dalam sebuah hubungan persahabatan yang dihulurkan untuk di canai pada bentuk yang mereka inginkan. Percaturan perasaan… erm kalau tak jadi sahabat pun terkadang boleh gak menjurus pada perkara sebegini… so apa bezanya….. Entahlah…. Fikir-fikirkan lah sendiri…..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home