Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, July 12, 2007

Hujung minggu yang lalu

Sepatutnya dah lama aku masukkan N3 ni, tapi disebabkan waktu langsung tak menyebelahi dan kerja yang perlu diberi keutamaan, maka ini lah jadinya.... hari ini baru aku berkesempatan... Aku just nak share sumthing yang menjadi pengalaman yang boleh aku kategorikan sebagai baru dan menyeronokkan.....

Die Hard 4

Hujung minggu yang lalu, walaupun penat masih bersisa, tapi aku tetap cuba gagahkan diri untuk keluar… Nak tahu aku pi mana… well, aku pi KLCC… buat apa… ehem…. Aku layan tengok Die Hard 4. Rasanya dah berkurun aku tak jejakkan kaki ke panggung wayang but yesterday… aku sampai ke sana. Erm bukan aku sorang, tapi dengan somebody. Tah, aku pun pelik camne aku boleh tersetuju dengan cadangan yang dibuatnya. Pada perancangan awal, ingat nak tengok Transformer, tapi tiket tak ada… dah kehabisan untuk waktu yang kami nak tonton tu. Aku yang kali pertama menyaksikan fenomena orang berbaris untuk dapatkan tiket, macam rusa masuk kampung…. Hehehehehe.. teruk kan aku ni. Punyalah ramai makhluk…. Heran bin ajaib aku. Nasib juga bukan aku yang terpaksa beratur, kalau tak… sure mau pengsan aku kat situ.

So pendekkan story… akhirnya kami berjaya juga mendapatkan tiket meyaksikan Die Hard 4. Memang aku dah dengar gembar gembur pasal filem ni best terutamanya sound effectnya… tapi as usual, aku suka tak ambil pot. Apa pun setelah berada di dalam panggung dan filem tu mula ditayangkan, ku terpaksa melupakan terus niat awal untuk beristirehat biarpun hakikatnya aku sebenarnya sedang company dia yang memang teruja habis dengan citer tu. Apa tak nya… sound effect yang mampu menggegarkan jantung terus menyentap urat mataku dari tertutup… Ala tidoqlah… sebab aku masih lagi keletihan akibat dari games yang aku sertai pada hari sebelumnya. Dalam dia aku mengakui, filem ni memang best sangat….. sampai secara tak sengaja aku mengikuti setiap plotnya hingga ke sudah. Tak rugi aku korbankan istirehat yang sepatutnya aku nikmati hanya untuk sessi penemanan menonton wayang.

Filem lakonan Bruce Willis sebagai Detektif Mc Clane cukup mantap dengan aksi yang terlalu memukau. Lasak dan ganas… itu pada persepsi aku, tapi untuk orang lain.. rasanya ada istilah yang lebih sesuai…. apa ekk.. sorry aku belum khatam dalam bab-bab sebegini…. Aku sempat gak jeling member kat sebelah…. Aduh! asyik giler tu sampai aku yang dah nak beku kat sebelah pun dia macam tak perasan. Anyhow… aku betul-betul enjoy. Kagum dan terfikir juga kaedah yang dipraktikkan dalam filem tu tak mustahil andai satu hari nanti akan dilaksanakan secara reality. Teknologi IT mampu mengancam keamanan dan kedamaian dunia. Tektik yang digunakan cukup smart dan cara mengatasinya pulak cukup drastik dan mendebarkan. Pada yang belum tengok, aku suka mensuggestkan korang pi lah tengok. Tak rugi, kalau nak layan DVC pun boleh, tapi kurang sikitlah trill sound effectnya kalau nak dibandingkan dengan di panggung.
Apa pun buat dia… thanks a lots… bukan sebab ajar aku tengok wayang tapi ajar aku tengok citer yang memang bagus untuk di tonton. Biarpun di awalnya aku macam tak kisah citer apa yang dia nak tengok sebab pada aku, aku just company dia supaya dia tak boring dan kami boleh berbual lepas tu…. cuma yang tak best end up dari pertemuan itu, dia terpaksa melihat bagaimana aku menahan sakit yang begitu azab dan gagah bangkit tanpa sikit pun rasa simpati terhadap diri aku. Salah aku gak coz dua hari aku lupa makan ubat….
Ni aku attachedkan cover dari filem tersebut. So harap korang pun boleh Layanzzz selepas ini... memang tak rugi untuk satu penontonan yang tak akan memboloskan kebosanan....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home