Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, May 23, 2008

Izinkan....

Aku sekadar ingin menjadi kawan
Walaupun bukan yang terbaik untukmu
Aku sekadar ingin menjadi teman
Biarpun bukan yang teristimewa di hatimu
Aku sekadar ingin menjadi sahabat
Meski bukan yang terpenting dalam hidupmu
Justeru aku sedar
Diri ini penuh kekurangan
Namun dengan kekurangan itu
Aku cuba mencukupkannya
Meminjamkan sepasang telinga yang aku ada
Meluangkan segugus waktu yang aku punya
Menyelimuti hatimu yang ditamu gundah
Membelai jiwa mu yang diacah resah
Dengan kasih sayang seorang kawan, teman dan sahabat
Yang sentiasa ada dan akan terus ada
Pada tiap detik dan ketika
Dikau memerlukan sebuah kehadiran
Justeru apa yang ku mahu
Hanyalah melihat kau tersenyum selalu
Kau bahagia sentiasa
Menggapai segala impian
Dalam sebuah perjalananYang masih belum bertemu perhentian....

Thursday, May 22, 2008

Terbayar ke apa yang dirasa....

Terkejut… tapi rasanya terkedu lebih tepat kut…. Tiba-tiba aku di panggil ke bahagian reception di office untuk mengambil sesuatu….. berona rasanya wajah bila barang itu diserahkan padaku. Aduh Saliha! Sapalah empunya kerja… desis hatiku dan bagaimana pulak harus ku bawa ke tempatku. ‘Kalau you tak nak, I angkut bawa balik’ . Aku dah tersengeh-sengeh. Mahu atau tidak, malu atau selamba, aku buat muka sardin…. Selamba rock turun sambil barang itu ku bawa bersama. Sampai ke tempat ku, member sebelah dah tersengeh lebar…. Lebih malang bila semua staff ada termasuklah ke dua boss ku…. Apa lagi… gamat bukan minyak gamat ibni hangar-bingarlah jadinya…. ‘Today not your birthday, so this for what purpose?' Aku masih tersengeh… apa nak jawab… sedangkan otak aku tiba-tiba jadi jem… tepu giler untuk menggapai jawapan yang relevant untuk soalan boss aku tadi. Mata yang lain dah memanah… aduh!!! ‘What book is that?’ tanya seorang lagi…. Sudah... sengehku makin melebar [sebenarnya tutup malu sebab tak ada jawapan walaupun sebelum ini aku tak lah sekalut ini….] ‘Boss, that’s was her first baby… she now become an author.’ Gebebuk….. segala macam rasa yang aku tahan tadi sudah menghempap diriku sendiri….Heheheheheee Padan muka..... 'WHAT’… dengan wajah terkejut beruk walaupun sebenarnya mana ada beruk kat office aku tu... tapi kalau orang macam beruk tu adalah kut..... pertanyaan itu terhambur juga. ‘Is that true my dear?’ dan pertanyaan itu menerima anggukkan dariku sebagai jawapan….. ‘and this is you first novel? But why you didn’t tell us?’ aku tersengeh lagi… isy dah jadi minah sengal apa ke aku hari ni… asyik dok menyengih jer… bisik hati ku sendiri kehairanan, tapi memang pun aku speechless dengan kejutan yang memang aku tak duga langsung. Ah! Sapa punya kerja ni…. aku pandang member yang duduk kat sebelah aku…. mukanya selamba poyo dan langsung tak beriak..... tapi aku tetap rasa curiga…. ’Hope you like it and please sign my novel.’ Ucapnya perlahan dan tersenyum. ‘Oh Oh! that mean…. ‘ Dia tertawa akhirnya sedangkan aku dah mula rasa semacam. Terasa peluput mataku mula basah.... tandanya hujan nak turunlan tu. Aku tunduk... terharu bila dihargai sebegitu sedangkan rasa belum layak itu masih menebal. 'Thank you.' bisikku perlahan kepadanya. ‘You shouldn’t hiding all this thing from us my dear and we really proud.’ ucap boss ku tiba-tiba. Aku sekadar mampu tersenyum dalam airmata yang mula mengacah…… ada hikmah rupanya disebalik segala yang aku lalui hari ini… awal pagi tadi perasaanku sedikit teracah dengan rasa yang tak payah aku kisahkan, tapi petang ini… aku dipujuk dengan sesuatu yang memang diluar dugaan…. Terima kasih ya Allah dan tarikh ini tetap punya pengertian buat diriku…..

Yuhuuuuuu

22 MaY... It's the DaY
You are friendly, kind and caring
Sensitive, loyal and understanding
Humorous, fun, secure and true
Always there... yes that's you.

Special, accepting, exciting and wise
Truthful and helpful, with honest blue eyes
Confiding, forgiving, cheerful and bright
Yes that's you... not one bit of spite.

You're one of a kind, different from others
Generous, charming, but not one that smothers
Optimistic, thoughtful, happy and game
But not just another... in the long chain.

Appreciative, warm and precious like gold
Our friendship won't tarnish or ever grow old
You'll always be there, I know that is true
I'll always be here... if you need to


Happy FriendShip Anniversary.... Aku sebenarnya speechlees hari ni, tak tahu apa yang harus aku rendakan walaupun sebenarnya banyak dan berlambak di dalam minda. Cuma entah kenapa aku jadi kaku pulak... erm tak kisahlah... Apa pun syukur alhamdullillah justeru aku masih di sini.. masih berpeluang untuk ada di dalam tarikh keramat ini... Ceh! Tarikh keramat lagi... tapi aku amat hargai tarikh ini.... tarikh terpatrinya sebuah persahabatan, tarikh termetrinya sebuah uquwwah. Aku harap insan yang bernaung dibawah tarikh ini akan sentiasa di dalam rahmat dan lindungan Allah. Di kurniakan kesejahteraan dan kebahagiaan dalam limpahan keriangan dan keceriaan selalu. Sukses dengan segala yang dilakukan.. Amin....
When you ask Allah for a gift,
Be thankful if he sends,
Not diamonds, pearls, or riches,
but the love of real true friends.
Even it's may not be me.....
Happy Friendship Anniversary again to you

Monday, May 12, 2008

Santapan Rasmi... :-(


Sudah hampir dua minggu aku bagai mengalami satu revolusi kawalan ketat dari sudut permakanan. Walaupun aku melancarkan protes atas segala yang dilakukan terhadap diriku, tapi nampaknya protesku bagai tidak langsung melekukkan satu kewajipan yang seakan sudah termaktub dalam satu perintah.... Setiap malam sebelum tidur, pasti segelas susu akan menziarahi aku.... hadir dengan seungkap ucapan 'Selamat Malam' bersama segarit senyuman yang terbias di wajah si pembawanya. Ah! Kala itu aku tentu terkenangkan arwah mama.... terbayangkan wajah mama di layar mata malah tingkah si pembawa santapan yang tidak lagi mahu mengindahkan segala rayuan hatta protes yang aku lancarkan sedikit pun tidak memberikan kesan. Segelas susu harus ku telan setiap hari... sewaktu sarapan dan juga sebelum tido. Ah! Siksanya.... mual rasanya tiapkali air seputih salju itu megalir ke rongga tekak.

Apa pun siksa aku itu tidak berakhir di situ. Bersama segelas susu
terhidang juga santapan lain kiriman dari Doktor yang memang tidak asing lagi dalam keluarga ku. Malah aku pun tak tahu sejak bilalah agaknya dia ni di lantik secara rasmi sebagai doktor keluarga dengan tak bergaji. Aku tahu niat doktor itu baik.. malah tersangatlah baiknya, tapi yang tak baiknya bila aku seakan terpenjara dalam situasi yang terlalu memeritkan.... diawasi oleh jururawat tak bertauliah dan diikat dengan satu ugutan. Samada aku bersedia untuk makan ubat seperti biasa atau aku bakal menjadi penghuni di wad kembali... Uhuuuuu tension giler aku jadinya.... apa pun kotak itu mengembalikan ingatanku pada seseorang.... pasti bebelan akan mengasak pendengaran andai situasiku ini sampai ke pendengarannya.... sadis betul aku rasa.....

Di samping itu ini juga menjadi hidangan sampingan. Semuanya sebagai supportive untuk tubuhku. Segalanya berpunca daripada kejadian aku hampir pitam di pejabat, menggigil dan kelesuan tubuh yang hadirnya tak menentu. Aku tak lah escape makan, malah rasanya breakfast pun aku dah jaga sebaiknya. No more biscute... [tapi aku tibai gak sesekali... heheheh princess of biscutes mana boleh tinggal terus lebih-lebih lagi dengan air ribena.. Wallah... syiok giler tu.... alooo haaaa]. Entahlah... aku pun dah pening dengan keadaan diriku sekarang.... hari tu aku secara senyap-senyap aku jumpa Dr Roslan... mengadu sikit lah pada doktor yang boleh ku panggil ayah itu. Khusyuk dia mendengar segala pengaduanku dan seperti biasa darahku di ambil untuk dijalankan analisis.... dan sebagaimana yang sudah biasa ku ketahui... HB aku menurun. Lebih mengejutkan %whiteblood cells aku pun turut sama kucar kacir.... aku sekadar mampu mengeluh.... itu belum masuk ke bab sakit yang lain... Doktor Roslan cadangkan agar aku tinggal di hospital dalam tiga hari dua malam [Eh! Macam package holiday pulak] untuk dia memantau akan keadaan darahku yang mula menurut dari apa yang disangkanya. Apapun jawapan ku tetap sama... TAK NAK...... Aku masih mampu bertahan dan pesanan along bagaikan kekuatan untuk aku terus kan kehidupan 'sakit adalah salah satu daripada cara allah nak ampunkan dosa selagi tidak terjerumus ke dosa besar... jadi kenalah banyak bersabar dan redho untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan olehNya.' Ah! Rindunya aku pada along..... sempat ke aku jumpa along nanti....

Friday, May 09, 2008

Rasa....

Aku yakin, apa yang aku rasa tak mungkin sama dengan apa yang dirasa oleh orang lain... betul kan... justeru saat ini aku rasa sepi sangat.... tanpa pinta rasa sedih datang menyelinap ke segenap penjuru hati.... aku rasa kristal jernih ini bagai hanya menanti waktu untuk hadir di tubir mata... Aku rindu... rindu sangat... tapi pada siapa harus aku luahkan..... pada siapa harus ku kongsi rasa yang semakin mencengkam seluruh jiwa ini.... Aku rasa gementar.... gementar untuk hadapi satu kenyataan andai apa yang selama ini bercanda di minda ku menjadi satu kenyataan.... Tika ini aku benar-benar harapkan along ada di sisi.... harapkan mama dan papa masih ada untuk menemani.... aku seakan ingin meminjam semangat dan kekuatan yang ada pada keyakinan dalam diri along... tapi aku tahu... mana mungkin semua yang aku harapkan itu mampu menjadi kenyataan.... mana mungkin along bisa pulang... hanya kerana rasa yang membelenggu diriku ini.... Aku rindukan mama... aku rindukan papa.... dan waktu-waktu beginilah aku sering bertanya mengapa harus insan-insan yang aku sayang pergi seorang demi seorang dari hidupku.... malah aku juga merasakan seolah aku gagal dalam mempertahankan sebuah persahabatan bilamana persahabatan itu seakan makin jauh.... hanya aku yang masih mahu dan tidak berasa malu untuk cuba mempertahannya.... mengapa.... aku sedar...... dalam hidup tak akan ada manisnya tanpa dugaan dan ujian..... aku juga sedar aku bukanlah tergolong dalam kategori kawan hatta jauh sekali mampu menjadi sahabat yang terbaik untuk orang-orang yang ada dibawah lembayung persahabatan itu.... apa lagi salahku kali ini..... sedaya mampu aku telah cuba memelihara sekeping hati dari terluka dan merasakan kelukaan.... aku sudah cuba mematuhi apa yang dipinta walaupun sebenarnya semua itu tak ubah seperti memamah dan melapah hatiku sendiri...... aku tak mahu menagis.... tak juga menyesali apa yang sedang aku alami, tapi aku rasa aku tak kuat untuk hadapi satu kehilangan.... aku tak daya untuk menyambut kenyataan itu.... namun aku juga tak mahu terus mengayam angan-angan... lantaran aku semakin sadar aku bukan sesiapa lagi dalam sebuah persahabatan..... aku juga tahu tanpaku sudah cukup memberikan keriangan dan kegembiraan dalam sebuah kehidupan insan lain......

Mungkin sesiapa yang menerima luahan satu rasa yang tidak pernah di sangka akan merasa gembira.... ungkapan yang diucapkan diwaktu insan lain sedang asyik diulit lena.... ungkapan yang mengejutkan diri dari dibuai mimpi.... tapi mengapa sebaris pesanan yang dititipkan masih terus berada dalam kancah harapan.... masih menyulam keyakinan bahawa apa yang diutus bakal di noktahkan walau diri sendiri tidak pasti bilakah tarikh keramat itu bakal hadir. Benarkah sebaris pesanan itu akan jadi kenyataan.... yang pasti aku tak mungkin dapat menanti selama 1000 tahun sebagaimana yang ada dalam lirik lagu yang dialunkan oleh Imran Ajmain kerana aku semakin merasakan bahawa aku kini tak ubah seperti berada di dalam lirik lagu 'Jauh Di sudut Hati'.....

Cuma yang aku harap.... insan-insan yang aku sayang akan terus dirahmati.... diberi kebahagiaan dan kesejahteraan lebih dari apa yang aku ada dan rasakan.... moga semuanya gembira dengan segala agenda dalam meneruskan sebuah kehidupan mungkin tanpa diriku lagi.....

Tuesday, May 06, 2008

Apa Jawapan.....

Teringat + Pertanyaan = dengan ??????

Erm terkadang [betul ke terkadang atau memang selalu] minda aku ni suka sangat melayan sesuatu. Hari ini [tapi sebenarnya dah banyak hari tapi aku yang buat sardine dan tak ambil port] beroutstation pada satu keteringatan. Teringat pada seseorang. Bila dah teringat tu, mulalah penambahan terjadi…. Apa lagi kalau tidak pertanyaan. Pertanyaan perihal diri, kesihatan, keadaan, tugasan dan segala yang sewaktu dan tidak sewaktu dengannya yang mana akhirnya menghasilkan jawapan yang ?????? pertanyaan yang hadir dalam sebuah keteringatan sekadar menghadiahkan tanda soal dalam minda ku. Padan dengan muka…. Suka sangat layan apa yang melintas tanpa menggunakan lampu isyarat dan laluan lintasan yang dibenarkan. Satu lagi suka sangat buat lintas langsung dalam sebuah interaksi tak berpaksi. Aduh! Fius rosak mangkali pu3 sorang ni…..

Apa pun, rasanya tak salahkan. Ingatan itu hadir justeru diasak secara tak langsung oleh serangan servis pertanyaan yang dah lama aku nafikan. Ala! Ala-ala penafian hak yang sememangnya tak salah di sisi undang-undang atau akta hukum sebuah perasaan insani. Cuma aku je yang tak nak mengakui dan sengaja menidakkan semua pertanyaan yagn teriring dari sebuah keteringatan yang dah berkurun aku rasakan. Kenapa aku bagai tak mahu mengalah atau beralah…. Apa dah bosan ke…. atau baru wujud kesedaran akan siapa diri ini sebenarnya???? Erm! Mungkin juga… KESEDARAN… mungkin itu jawapannya… tapi apa yang aku sedarkan… sedar akan diri ini bukan sesiapa pada orang yang aku ingat tu… sedar bahawa bagaikan hanya aku yang masih kasihkan sebuah perhubungan… Sedar seakan hanya aku yang masih mahu dan harap agar sebuah persahabatan terus bertahan….

Apa erti sahabat???

Macam iklan fair and lovely – Tiap hari Sayang
Atau
Macam iklan Loreal – Kerana dirimu begitu beharga
Atau
Macam iklan@slogan NTV7 – Dekat Dhatimu dekat Dihati ku


Entahlah…. Aku tak mampu menafsir segala yang kini bagai menjadi formula pada sebuah keteringatan+ pertanyaan= dengan ????? Ada yang boleh mengungkaikan atau memberi formula untuk menyelesaikannya….

Sunday, May 04, 2008

Apa Perasaan bila.....

Aku benar-benar terkejut.... satu kunjungan yang memang tak aku duga, jauh sekali aku sangka. Dah lah kesihatan aku memang tak begitu memberangsang sejak akhir-akhir ini, nak bernafas pun seakan sukar... dan seperti biasa aku sudah tahu kenapa, namun aku diamkan malah malas nak ambil pusing tambahan pulak kerja memang banyak untuk dibereskan. Namun petang tadi aku terkedu.... speechlees bila tiba-tiba sebuah van special delivery berhenti di hadapan rumahku. Sambil bertanyakan alamat yang tertera di tangannya, orang tu melangkah ke halaman rumah.

'Special delivery.' ucapan yang sempat telinga ku sambar menerusi komunikasi dua hala antara petugas tersebut dengan kak long. Aku menjeling ikut ekor mata... [bila pulak mata aku ada ekor] terlihat seekor anak beruang berwarna pink beserta coklat dan bunga di dalam bakul. Ah! Untuk aku ke... cewah lagi mau tanya ka... hahahaaha. 'Nah! ada orang kirim untuk adik... ' kak long mengunjukkan padaku sambil tersenyum. 'Eh! Untuk Adik.... erm sapa pulak yang bagi, lagi pun untuk apa?' tanyaku hairan namun segaris senyuman yang sudah terbias di bibir kak long mengandungi seribu satu maksud. 'Kan ada kad tu, tengoklah.' sampuk kak ngah yang entah bila menjoinkan diri tanpa salam. Dia sudah membelek cokolat yang ada. Kad yang terselit aku ambil lantas ku buka..... Mak Ai! Dia ni... biar betul.... gumam hati kecilku. Tanpa sedar, aku dah menguntum senyum. Bunga yang ada ku cium. 'Hai! Betuah adik kita ni kan kak long. Agaknya teddy tu ubat untuk orang tak sihat kut dan juga buat peneman lena sebelum tuannya mendapat mandat untuk meneman.' giat kak ngah tersengeh. Pantas tanganku menepuk bahunya. Kak Long tersenyum... aku pasti wajahku dah blursher giler.... malu siot...... lantas aku bangun untuk berlalu ke permis peribadiku. 'Tinggallah sikit coklat sedap tu untuk anak buah awak kat dalam ni. Kesian dia.... ' usik kak ngah lagi. Ceh! hampehkelapa.com punya kakak ipar.... 'kalau nak, suruhlah angah beli. Ni kiriman khas untuk adik.....'ucapku sambil berlari sebelum kak ngah membalas dengan servis yang lebih berbisa.

Sampai di bilik aku lihat telefon ku sudan menyala menandakan satu sms sudah tersedia di inboxku. Bagai dapat menduga.... tapi aku biarkan. Sengaja tidak mahu membukanya. Tak lama kemudian telefonku berlagu....

'Hai! Dah sihat? Erm moga kiriman tu tak mengganggu.' terdengar suaranya lembut. Aduh! Nasib jantung aku ni kuat, kalau tak sah-sah kena cari gam uhu nampaknya.

'Thanks... dah terima, baru aje.... tak tahu nak kata apa... actually speechless... dah la pagi tadi terima kejutan, ni petang pulak.... apa pun thanks a lot.' ucapku tersekat-sekat. Entah kenapa tiba-tiba perasaan di serbu rasa malu yang amat sangat.

'It's okey. Nothing much sebenarnya. Erm sorry pasal pagi tadi, but hope you can think about it. Harap I tak perlu tunggu terlalu lama lagi. I di tennis court ni, nak start game dah. Nanti kalau ada masa I call lagi but not promise yer. Take care dan jaga diri. Jangan lupa makan ubat. Remember 143'

Talian di matikan..... aku pulak masih diawang-awang.... kuntuman mawar merah ku renung bersama segaris senyuman yang sukar untuk ku beri definasinya. Kenapa dengan dia lewat kebelakangan ini.... Entahlah......