Apa Perasaan bila.....

'Special delivery.' ucapan yang sempat telinga ku sambar menerusi komunikasi dua hala antara petugas tersebut dengan kak long. Aku menjeling ikut ekor mata... [bila pulak mata aku ada ekor] terlihat seekor anak beruang berwarna pink beserta coklat dan bunga di dalam bakul. Ah! Untuk aku ke... cewah lagi mau tanya ka... hahahaaha. 'Nah! ada orang kirim untuk adik... ' kak long mengunjukkan padaku sambil tersenyum. 'Eh! Untuk Adik.... erm sapa pulak yang bagi, lagi pun untuk apa?' tanyaku hairan namun segaris senyuman yang sudah terbias di bibir kak long mengandungi seribu satu maksud. 'Kan ada kad tu, tengoklah.' sampuk kak ngah yang entah bila menjoinkan diri tanpa salam. Dia sudah membelek cokolat yang ada. Kad yang terselit aku ambil lantas ku buka..... Mak Ai! Dia ni... biar betul.... gumam hati kecilku. Tanpa sedar, aku dah menguntum senyum. Bunga yang ada ku cium. 'Hai! Betuah adik kita ni kan kak long. Agaknya teddy tu ubat untuk orang tak sihat kut dan juga buat peneman lena sebelum tuannya mendapat mandat untuk meneman.' giat kak ngah tersengeh. Pantas tanganku menepuk bahunya. Kak Long tersenyum... aku pasti wajahku dah blursher giler.... malu siot...... lantas aku bangun untuk berlalu ke permis peribadiku. 'Tinggallah sikit coklat sedap tu untuk anak buah awak kat dalam ni. Kesian dia.... ' usik kak ngah lagi. Ceh! hampehkelapa.com punya kakak ipar.... 'kalau nak, suruhlah angah beli. Ni kiriman khas untuk adik.....'ucapku sambil berlari sebelum kak ngah membalas dengan servis yang lebih berbisa.
Sampai di bilik aku lihat telefon ku sudan menyala menandakan satu sms sudah tersedia di inboxku. Bagai dapat menduga.... tapi aku biarkan. Sengaja tidak mahu membukanya. Tak lama kemudian telefonku berlagu....
'Hai! Dah sihat? Erm moga kiriman tu tak mengganggu.' terdengar suaranya lembut. Aduh! Nasib jantung aku ni kuat, kalau tak sah-sah kena cari gam uhu nampaknya.
'Thanks... dah terima, baru aje.... tak tahu nak kata apa... actually speechless... dah la pagi tadi terima kejutan, ni petang pulak.... apa pun thanks a lot.' ucapku tersekat-sekat. Entah kenapa tiba-tiba perasaan di serbu rasa malu yang amat sangat.
'It's okey. Nothing much sebenarnya. Erm sorry pasal pagi tadi, but hope you can think about it. Harap I tak perlu tunggu terlalu lama lagi. I di tennis court ni, nak start game dah. Nanti kalau ada masa I call lagi but not promise yer. Take care dan jaga diri. Jangan lupa makan ubat. Remember 143'
Talian di matikan..... aku pulak masih diawang-awang.... kuntuman mawar merah ku renung bersama segaris senyuman yang sukar untuk ku beri definasinya. Kenapa dengan dia lewat kebelakangan ini.... Entahlah......
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home