Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, May 06, 2008

Apa Jawapan.....

Teringat + Pertanyaan = dengan ??????

Erm terkadang [betul ke terkadang atau memang selalu] minda aku ni suka sangat melayan sesuatu. Hari ini [tapi sebenarnya dah banyak hari tapi aku yang buat sardine dan tak ambil port] beroutstation pada satu keteringatan. Teringat pada seseorang. Bila dah teringat tu, mulalah penambahan terjadi…. Apa lagi kalau tidak pertanyaan. Pertanyaan perihal diri, kesihatan, keadaan, tugasan dan segala yang sewaktu dan tidak sewaktu dengannya yang mana akhirnya menghasilkan jawapan yang ?????? pertanyaan yang hadir dalam sebuah keteringatan sekadar menghadiahkan tanda soal dalam minda ku. Padan dengan muka…. Suka sangat layan apa yang melintas tanpa menggunakan lampu isyarat dan laluan lintasan yang dibenarkan. Satu lagi suka sangat buat lintas langsung dalam sebuah interaksi tak berpaksi. Aduh! Fius rosak mangkali pu3 sorang ni…..

Apa pun, rasanya tak salahkan. Ingatan itu hadir justeru diasak secara tak langsung oleh serangan servis pertanyaan yang dah lama aku nafikan. Ala! Ala-ala penafian hak yang sememangnya tak salah di sisi undang-undang atau akta hukum sebuah perasaan insani. Cuma aku je yang tak nak mengakui dan sengaja menidakkan semua pertanyaan yagn teriring dari sebuah keteringatan yang dah berkurun aku rasakan. Kenapa aku bagai tak mahu mengalah atau beralah…. Apa dah bosan ke…. atau baru wujud kesedaran akan siapa diri ini sebenarnya???? Erm! Mungkin juga… KESEDARAN… mungkin itu jawapannya… tapi apa yang aku sedarkan… sedar akan diri ini bukan sesiapa pada orang yang aku ingat tu… sedar bahawa bagaikan hanya aku yang masih kasihkan sebuah perhubungan… Sedar seakan hanya aku yang masih mahu dan harap agar sebuah persahabatan terus bertahan….

Apa erti sahabat???

Macam iklan fair and lovely – Tiap hari Sayang
Atau
Macam iklan Loreal – Kerana dirimu begitu beharga
Atau
Macam iklan@slogan NTV7 – Dekat Dhatimu dekat Dihati ku


Entahlah…. Aku tak mampu menafsir segala yang kini bagai menjadi formula pada sebuah keteringatan+ pertanyaan= dengan ????? Ada yang boleh mengungkaikan atau memberi formula untuk menyelesaikannya….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home