Izinkan....
Walaupun bukan yang terbaik untukmu
Aku sekadar ingin menjadi teman
Biarpun bukan yang teristimewa di hatimu
Aku sekadar ingin menjadi sahabat
Meski bukan yang terpenting dalam hidupmu
Justeru aku sedar
Diri ini penuh kekurangan
Namun dengan kekurangan itu
Aku cuba mencukupkannya
Meminjamkan sepasang telinga yang aku ada
Meluangkan segugus waktu yang aku punya
Menyelimuti hatimu yang ditamu gundah
Membelai jiwa mu yang diacah resah
Dengan kasih sayang seorang kawan, teman dan sahabat
Yang sentiasa ada dan akan terus ada
Pada tiap detik dan ketika
Dikau memerlukan sebuah kehadiran
Justeru apa yang ku mahu
Hanyalah melihat kau tersenyum selalu
Kau bahagia sentiasa
Menggapai segala impian
Dalam sebuah perjalananYang masih belum bertemu perhentian....
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home