Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, May 22, 2008

Terbayar ke apa yang dirasa....

Terkejut… tapi rasanya terkedu lebih tepat kut…. Tiba-tiba aku di panggil ke bahagian reception di office untuk mengambil sesuatu….. berona rasanya wajah bila barang itu diserahkan padaku. Aduh Saliha! Sapalah empunya kerja… desis hatiku dan bagaimana pulak harus ku bawa ke tempatku. ‘Kalau you tak nak, I angkut bawa balik’ . Aku dah tersengeh-sengeh. Mahu atau tidak, malu atau selamba, aku buat muka sardin…. Selamba rock turun sambil barang itu ku bawa bersama. Sampai ke tempat ku, member sebelah dah tersengeh lebar…. Lebih malang bila semua staff ada termasuklah ke dua boss ku…. Apa lagi… gamat bukan minyak gamat ibni hangar-bingarlah jadinya…. ‘Today not your birthday, so this for what purpose?' Aku masih tersengeh… apa nak jawab… sedangkan otak aku tiba-tiba jadi jem… tepu giler untuk menggapai jawapan yang relevant untuk soalan boss aku tadi. Mata yang lain dah memanah… aduh!!! ‘What book is that?’ tanya seorang lagi…. Sudah... sengehku makin melebar [sebenarnya tutup malu sebab tak ada jawapan walaupun sebelum ini aku tak lah sekalut ini….] ‘Boss, that’s was her first baby… she now become an author.’ Gebebuk….. segala macam rasa yang aku tahan tadi sudah menghempap diriku sendiri….Heheheheheee Padan muka..... 'WHAT’… dengan wajah terkejut beruk walaupun sebenarnya mana ada beruk kat office aku tu... tapi kalau orang macam beruk tu adalah kut..... pertanyaan itu terhambur juga. ‘Is that true my dear?’ dan pertanyaan itu menerima anggukkan dariku sebagai jawapan….. ‘and this is you first novel? But why you didn’t tell us?’ aku tersengeh lagi… isy dah jadi minah sengal apa ke aku hari ni… asyik dok menyengih jer… bisik hati ku sendiri kehairanan, tapi memang pun aku speechless dengan kejutan yang memang aku tak duga langsung. Ah! Sapa punya kerja ni…. aku pandang member yang duduk kat sebelah aku…. mukanya selamba poyo dan langsung tak beriak..... tapi aku tetap rasa curiga…. ’Hope you like it and please sign my novel.’ Ucapnya perlahan dan tersenyum. ‘Oh Oh! that mean…. ‘ Dia tertawa akhirnya sedangkan aku dah mula rasa semacam. Terasa peluput mataku mula basah.... tandanya hujan nak turunlan tu. Aku tunduk... terharu bila dihargai sebegitu sedangkan rasa belum layak itu masih menebal. 'Thank you.' bisikku perlahan kepadanya. ‘You shouldn’t hiding all this thing from us my dear and we really proud.’ ucap boss ku tiba-tiba. Aku sekadar mampu tersenyum dalam airmata yang mula mengacah…… ada hikmah rupanya disebalik segala yang aku lalui hari ini… awal pagi tadi perasaanku sedikit teracah dengan rasa yang tak payah aku kisahkan, tapi petang ini… aku dipujuk dengan sesuatu yang memang diluar dugaan…. Terima kasih ya Allah dan tarikh ini tetap punya pengertian buat diriku…..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home