Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, January 21, 2008

Kehilangan.....



Manalah Thumb Drive aku saat ini???? Kehilangannya macam aku kehilangan kekasih hati… malah lebih parah dari itu. Sepanjang minggu tu aku menangis… sedihnya lebih parah dari kehilangan boyfriend atau pakwe…. Memang Thumb Drive tu cukup bermakna dan amat aku sayangi….kini aku tak tahu di mana agaknya dia berada…. walaupun ramai yang cuba pujuk, tapi sedikit pun tak berkesan. Aku tetap tenggelam dengan kesedihan yang telah bermukim di penjuru hati… kesihatan ku yang tidak stabil since Friday, aku buat tak kisah walaupun aku dah jalani direct blood transfer petang Jumaat tu. Aku lebih fikirkan pasal Thumb Drive aku yang kini entah di mana… malah sehingga hari ini pun bila sesekali aku teringat, pasti airmata aku akan sendirinya mengalir…. Sukar untuk aku memberi focus pada tugasan hari ini.. Ah! Dugaan hadir lagi takala aku sedang giat mengusahakan sesuatu….. hati.. cubalah pasrah dalam redho biarpun sukar…..

Satu sahaja harapan yang masih ku pahat di dalam hati, samada Thumb Drive tu terselit di mana-mana atau sesiapa yang menjumpainya akan membuka salah satu fail yang ada di situ dan boleh menghubungi aku berpandukan phone number yang ada di situ… aku sayang sangat pada Thumb Drive tu… selain dari kesemua fail ku berada di dalam folder yang tersimpan di situ, cover thumb drive itu adalah dari Annual Dinner syarikat ku yang lalu dan Thumb Drive itu di beli oleh seseorang….

Ya Allah.. apa hikmah di sebalik semua ini……

Friday, January 18, 2008

Hadirnya.....

Dalam aku menghitung serakan kristal jernih [boring aku dengan intro macam ni] yang hadir di pipi, aku terkejut bila telefonku berlagu. Nombor yang terbias sedikit menggamit tumpuanku. Erm tak pernah tengok pun…. Aku biarkan sahaja. Dalam mood yang sudah lari dari paksi awal membuatkan aku malas untuk menjawab sebarang paggilan. Assingment semalam yang masih belum selesai ku belek. MLJ case yang aku ambil dari library semalam masih belum ku sentuh. Tah apa yang perlu ku cari di dalamnya aku sendiri buntu, tapi guide yang diberikan oleh boss ku tidak lah sukar untuk aku fahami. Cuma mungkin bila mood dan minda seakan sepakat untuk meneruskan sebuah pengembaraan tanpa destinasi yang pasati membuatkan aku bagai terawang-awang. Oats bercampur raisins di dalam cawan masih berbaki. Bila lah aku nak habiskan… telefonku kembali berlagu, kali ini aku mengalah…

DSaNa:Hello… Kenapa DSana tak jawab panggilan DSini tadi? [Aku diterpa soalan tanpa salam pembuka bicara. Terkedu aku seketika. Ni nombor manalah pulak…]

AkU: Asssallammualaikum… Erm rembat kat mana nombor ni? Tak pernah terserempak pun?[aku membalas soalan yang diajukannya dengan soalan. Barulah adil dan saksama. Dia sekadar tertawa]

DSaNa:Erm nombor baru dan dikhaskan untuk orang-orang tertentu.

AkU: Hai! Macam takut bertembung je? [Pantas aku menembak. Membuat tanggapan sendiri sebelum empunya diri memberikan penjelasan. Makin kuat kedengaran tawanya. Entah apa yang lucu, aku jadi musykil sendiri.]

DSaNa: Nak bertembung dengan sapa pulak… Lainlah kalau DSana? Maybe you should do the same thing. Get another number just to avoid what you mention just now.[Aspalela naik vespa betullah mamat sorang ni. Ada ke aku di suruh guna nombor satu lagi… Ceh!Hampehkelapa.com. Nak bertembung dengan sapa… ]

Aku merengus geram. Sejak bilalah dia dah pandai jadi tukang sakat? Tak kan lah azam tahun baru kot? Cukuplah aku asyik kena sakat selama ini, at least wujudlah seorang pembela pulak…. ni tak… dua-dua macam dah berkomplot untuk berganding dalam gelanggang yang sama walaupun tak pernah kenal antara satu sama lain. Apalah nasib aku.. dah la aku masih lagi sedih tahap cipan… Aduh! Saliha, sedih lagi… Asparagus kena rebus betul lah.. kenapalah aku jadi canggini…isy.. isy…

AkU: Ha! Nak apa sebenarnya DSana called DSini?

DSaNa: Amboi! Garangnya. Apa DSini dah tak boleh called DSana ke kalau tak ada sebab tertentu? Iyerlah… sapalah DSini… Orang DSana dah ada yang dekat.. dekat di mata dan dekat di hati. Tentulah DSini macam dah tak bererti. [Spontan suaranya berubah nada. Tidak lagi seceria tadi, sebaliknya sudah bertukar irama. Aduh! Mama tolong… kenapalah anakanda di dera sebegini rupa…. ]

AkU: Don’t get me wrong, bukan sebegitu maksud DSini. Sebenarnya DSini hairan, tiba-tiba DSana muncul kala DSini merasakan kesedihan. [Alamak! Terbabas lah pulak… terlajak perahu boleh gak buat U-turn, ni kata-kata… Ah, sure lepas ni aku akan ditembak dengan soalan. Apa nak jawab]

DSaNa: Sedih….. Kenapa… Erm DSini ada tertinggal apa-apa ke? DSana masih dalam konfrantasi dengan DIA ke?

Aku sekadar mengeluh. Kehairanan di hati mula bercambah. Six sensenya masih kuat rupanya. Dia selalu hadir bila nalurinya mengesan dan terkesan sesuatu…..Macamanalah aku boleh terlupa akan perkara ini…

AkU: Nothing actually, maybe DSini yang terlebih sensitive sejak sehari dua ni.

DSaNa: Tak kan nak period kot… rasanya dah lepas kan…. [wajahku bagai di simpah ais.. malu bukan kepalang…. Ke situ pulak perginya otak dia… ]

AkU: Isy bukan sebab tu lah, pandai je buat spekulasi… Erm actually he’s now in Manager Level.. Rasa macam kami dah tak sepadan dan DSini tak punya kelayakan untuk terus menjadi….

DSaNa: Persahabatan bukan diukur dari darjat, pangkat dan kedudukan atau pun status. Semua itu bukan penentu. Tak ada juga kateria yang boleh mengukur dan menentukan kelayakan seseorang. Apa yang penting adalah kejujuran dan keiklasan yang lahir dan hadir dari hati dan diri. DSana jangan selalu rendah diri dan fikir yang DSana tak miliki kelebihan. Mungkin apa yang DSana miliki tak dimiliki oleh kami semua… kejayaan bukan datang dalam satu sudut, tapi banyak. Terkadang ianya tidak datang dari kerjaya yang kita ceburi, tapi maybe dalam usaha yang kita lakukan. DSini tak fikir DIA macam tu. Berkawan dengan DSana berpandukan eleman yang tak relevant. Tak kan DIA tak nak kawan dengan DSana lagi just because who he is now DSini rasa dalam kepala DSana tu banyak sangat yang ada, yang DSana tak luahkan. DSana sekarang dah jadi seorang perahsia sangat. Tak macam dulu…. Kenapa… .Apa yang DSana pendamkan dalam hati? Apa sebenarnya yang DSana risaukan sekarang?

Aku mengunci bicara mendengar hujahnya yang panjang bermeter-meter itu. Rasanya tidak ingin menjawab terjahahan soalan yang diutarakannya. Entah mengapa hari ini aku seakan tidak mampu dan malas melangkah ke gelanggang debat untuk hujah dengannya sepertimana yang sering terjadi bila terdapat arguments dalam perbualan kami. Iyer mungkin benar apa yang dikatakannya

AkU: Erm entahlah… apa pun thanks atas nasihat tadi. Iyer maybe betul banyak yang ada dalam fikiran DSini lebih-lebih lagi rasa macam kurang sihat sikit since semalam. Kena hujan masa balik dari hospital. Okeylah DSana, DSini kena siapkan kerja. Nanti tak pasal pulak kena bebel. Kita cakap lain kali yer. Assallammualaikum.

DSaNa: Waalaikummussalam. Take care of yourself dan jangan skip makan ubat.

Perbualan kami berakhir. Telefon yang bisu masih ku renung. Dia tetap seperti dulu… bila aku mengalami sesuatu dan dia bagai merasakannya, pasti dia akan hadir dalam menzahirkan bicara untuk bertanya……

Kenal tak....




Rasanya korang kenal tak bila melihat dan terlihat gambar ini…. Erm agak-agaknya sapa ekk…. Aduh! Tumpang bangga dengan kejayaan orang yang aku kenal.. lebih-lebih lagi bila orang tu orang yang rapat dengan aku.... TAHNIAH..... Glamour dengan promosi yang tak dipinta.... ahakzzzzz

Thursday, January 17, 2008

Seungkap Ucapan....


Tahniah….
Seungkap ucapan dariku
Biarpun aku tidak pasti
Apakah ianya sudah terzahir

Pada seungkap pengucapan
Namun jauh di sudut hati
Aku tumpang gembira
Justeru apa yang diingini
Berada di dalam genggaman kini

Tahniah…
Biarpun kini
Jurang antara kita semakin luas
Masih layak kah aku untuk terus di sini
Pada sebuah persahabatan
Berganding dengan dirimu yang berkedudukan
Sedangkan aku……


Erm semalam aku terima satu sms kala aku tengah bergelut dengan resah dan gelisah akibat kecuaian dan kealpaan aku sendiri. Tika itu temanku juga ada bersama. Sebaik sahaja phoneku berlagu sebagai tanda satu sms berada di dalam inbox, segera aku mengaccessnya

‘Since tel u kena bar, so x bleh nak sms balik, I nak bgi tahu yg I dpt manager post kat tempat sekarang nie.‘

Aku tunjukkan pada temanku apa yang aku terima. “So DIA dah confirm as manager lah sekarang ni.” ucap temanku sambil mengembalikan semula phone ku. Aku sekadar menganggukan kepala. Meniyakan apa yang dikatakannya sebentar tadi. “So bila engkau nak celebrate kegembiraan DIA?” Aku sekadar termenung. Tiada jawapan pada satu soalan yang baru sahaja kedengaran. “Share dengan aku apa yang ada dalam kepala engkau tu, jangan dan diam dan pendam sorang-sorang. Nanti yang sakitnya engkau jugak.” Selamba aku diterjah lagi. “Tak pasti bila aku nak keluar dengan DIA, maybe on 22 nanti kot. Together with our…” ”Iyelah together with you all punya Friendship Aniversary…. Yang ke berapa pulak bulan ni?” Aduh Saliha.. sinisnya ungkapan member aku tu. Aku tahu amarahnya masih belum berapa surut…. Tak tahu apa lagi yang harus aku perjelaskan agar temanku itu memahami bahawa antara aku dan DIA sebenarnya sudah kembali normal. Aku kembali diam. Menyambung tugasan yang tadinya tergendala. “Aku bukan marah engkau nak continue you all punya friendship dan aku tahu walaupun aku larang bukannya engkau nak dengar. Aku tak nak DIA just sewenangnya hukum dan buat engkau ikut suka hati DIA aje. Aku tahu DIA pun sayang engkau macam aku sayang pada engkau, cuma kadangkala aku geram dengan sikap DIA. ”Akhirnya terluah jua apa yang memang aku dah sangka. “Don’t worry…. DIA bukan jenis yang macam tu. Maybe masa tu dia tension, but now insyaAllah everything will be find.” “I hope so. Okey lah aku nak balik dulu. Engkau pun jangan nak berlama-lama di office ni. Kesihatan engkau tu perlu di jaga jugak.” Pesannya sebelum mengucup pipiku. Aku sekadar tersenyum. Mana mungkin aku perolehi teman sebaik dirinya… mana mungkin ada pengganti yang boleh jadi seperti dirinya yang masih setia bersama dengan ku dalam apa jua situasi yang aku hadapi….

Erm buat DIA sekadar satu ucapan yang aku ingin ku tujukan di atas apa yang diperolehinya kini. Promotion untuk beralih ke jawatan baru dengan tanggungjawab yang mungkin bukan lagi sesuatu yang asing. Alhamdulillah… syukur ke hadrat allah. Kini DIA sudah mendapat apa yang selama ini di nanti. Buktikan bahawa pemilihan itu adalah tepat dan sememangnya DIA berkelayakan untuk menerimanaya.
Keep Smart in WORK…. Be a good BOSS to everybody….
and thanks coz
sudi beritahu aku berita gembira itu.....


TAHNIAH….

Wednesday, January 16, 2008

Belaian Jiwa.....

Kenapa aku biarkan lagu ini menjadi santapan halua telinga buat pengujung Istana Kaca ku ini? Erm tah apa-apa tah pu3 sorang ni kan… ada-ada sahaja…. Tapi sebenarnya lagu ini bukanlah khusus untuk aku tapi sebaliknya untuk abang aku yang bakal mengakhiri zaman solonya hujung minggu ni. Lagu yang aku rasa dan yakin bawa pengertian tersendiri dan bermakna bukan sekadar untuk dirinya tapi juga untuk bakal isterinya. Lirik lagu yang macam sebiji-sebiji kena tepat kat depa… mengikat sekeping hati untuk mencari sekeping lagi hati sebagai pelengkap belaian jiwa buat mereka berdua…. Buat Angah dan my coming Kak Ngah.. “Selamat Pengantin Baru….

Seindah…
Tiada lagi
Kau ku ingatkan
Sayang kau hilang

Menanti
biar sampai akhir hayatku di dunia ini
Kau tahu betapa ku sayang padamu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh Belaian Jiwa….

Oh angin sampaikan laguku padanya
Yang sedih pilu
Terimalah
Laguku jadi
Teman hidupmu
Tuk selamanya

Kau tahu betapa ku sayang pada mu
Hanya bidadari sebagai ganti
Hanya takdir menentukan ia
Oh Belaian Jiwa

Sayang….
Kembalilah pada
Ku rindu belaian
Ku harap kita bersama

Selama…..

Betul ke canggitu.....

Erm ada yang kata bila melangkah ke Istana Kaca aku ni, minda mereka akan disajikan dengan santapan berbaur ucapan perasaan… Betul ke… ada gak yang bertanya apakah tiap yang aku lakarkan di sini adalah kronologi dari journal sebuah kehidupan milik peribadiku… Macamana aku nak jawab… memang aku punya jawapan, tapi sejauh mana pulak persepsi yang bakal terhidang andai jawapan itu aku sajikan…. So setelah aku fikirkan semasak-masaknya, aku rasa biarlah aku serahkan kembali kuasa menilai dan menterjemah di tangan setiap individu yang sudi hadir di sini. Aku tak boleh nak kata TIDAK atau MENGIYA kan bahawa segala yang ada di sini adalah kronologi journal kehidupan diriku sendiri. Apapun aku tetap berterima kasih buat sesiapa sahaja yang sudi meluangkan waktu untuk membaca apa yang terhidang. Pesan ku cuma satu, jangan sekadar melihat dari satu sudut pandangan atau tanggapan yang terkadang bisa membutakan fikiran, sebaliknya carilah intipati atau moral beside of the story yang sudah ku adun dan mencanainya mengikut rentak acuan yang tersedia.

Okey rasanya dah seminggu aku tak merenda kata, tak membiarkan jemariku menari mengikut lentuk alunan muzik yang sudah mula bergema. So hari ini aku cuba mencuri segugusan waktu. Bukan nak ngelat dari tugasan, tapi mata aku dah cukup tepu melihat figure yang dah mula memualkan tekak aku. Isy.. mengalahkan orang baru mengandung pulak aku ni… tapi memang pun aku alah dengan figure… tak tahu lah dalam kelas nanti macamana…. Aduh saliha, siksanya…. Sebenarnya banyak yang nak aku buat. Bila boss sibuk, bermakna aku juga turut sibuk. Mummy aku yang sorang tu memang payah sikit. Kalau dia ada, biliknya akan jadi macam bilik aku dan meja aku akan jadi macam meja dia… Ni pun baru je lepas duduk berdua-duaan dengan working paper di tangan. Beri order apa yang dia hendak, pastu boleh pulak tanya kat aku okey ke kalau buat macam tu atau sebaliknya. Isy! Macamlah aku ni terror sangat dengan tugasan dia. Apa pun dah dia tu boss aku… so kenalah aku ikutkan juga rentaknya. Dalam pada sibuk-sibuk tu sempat gak berceloteh pasal cake carrot… Hai boss! Macam bagi hint suruh aku bua jet… siap beritahu resepi yang aku bagi kat dia hari tu dia dah cuba, tapi tak berapa nak jadi macam yang aku buat… hehehehe dan as usual aku sengeh je. Erm tak pe lah boss, nanti bila ada masa dan tak sibuk aku buat dan bawak mai office.

Hari ni rasanya aku macam penat lebih sikit dari semalam. Erm kenapa.. rasanya aku tahu kenapa.. bila darah aku bermasalah, tentunya factor sebegini akan aku rasa. Pagi tadi aku tak berselera nak breakfast. Sandwich telur yang ku bawa sekadar ku sedekahkan pada teman yang meminta dan aku sekadar mengalas perut dengan susu soya yang memang ada tersimpan di dalam drawer meja. Kemudian aku makan ubat yang memang sepatutnya aku kena makan. Sebenarnya since Monday lagi aku dah rasa tak sihat. Kepala dah sakit waktu aku keluar lunch dengan DIA, tapi aku just buat bodoh je. Malas nak fikir atau ambil kisah sangat dengan harapan situasi itu akan hilang dengan sendirinya, tapi hingga hari ni lain pulak yang datang dan menambah apa yang telah sedia ada. Erm sabar je lah…..

Wednesday, January 09, 2008

Hijrahtul 1429

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429

Esok CUTI…. Cuti sempena Maal Hijrah 1429. Beralih tahun rupanya… Hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 1428H. Erm kalau sebelum ini rata-rata masyarakat sibuk dengan perayaan NEW YEAR 2008, bagaimana pulak dengan kehadiran 1429H ni…. rasa cam sepi je kan. Tak terdengar pun orang ISLAM khususnya MELAYU memperkatakan tentang azam. Tak macam gah dan ghairahnya mereka bila menanti atau menghitung kehadiran tahun baru yang bertaraf global. Apa pun tak kisahlah… itu kan hak individu… Setiap dari kita pasti punya persepsi tersendiri terhadap apa yang berlaku atau bakal di lakukan. Aku pulak macamana.. sibuk pasal isu umum… diri sendiri bagaimana…. Erm peralihan tahun dan waktu bagai membawa bersama peralihan diri ku… anjakan paradikma minda…. Itu yang aku harapkan. Walau aku tak tahu sejauhmana kemampuan dan keupayaan aku untuk menghadapi apa yang bakal teriring dan mengiringi pengembaraan aku di fana sementara ini. Apa pun yang pasti perjalanan ini harus aku teruskan… tidak boleh berhenti jauh sekali menghentikannya.

Apa azam ku sempena hadirnya tahun hijrah ini? Erm apa ekk… Sebenarnya aku takut nak berazam ni dan rasanya dah lama istilah AZAM tu luput dari hidup ku.Entah… aku tak tahu kenapa, mungkin juga sebab aku pernah kecundang dalam keazaman yang akhirnya memusnahkan kekuatan diri satu ketika dulu. Sejak itu seingat aku, aku tak pernah lagi berazam-azam. Just teruskan hidup biarpun tahun silih berganti. Tahun ni macamana… Erm kejap…. Rasanya macam ada kot, tapi sesapa yang baca janji jangan gelakkan aku tau. Aku rasa tahun ni aku nak terus kekal jadi PRINCESS Di Hati semua yang kenal dan mengenali diri aku…... heheheheh. Boleh gitu…. Eh! Tak okey ke azam canggitu… Okey apa…. Bukan senang tau nak jadi PRINCESS ni lebih-lebih lagi nak suruh aku mengaku untuk terus kekal sebagai PRINCESS yang selama ini memang cukup tidak aku gemari….

Okey lah… sebenarnya begini…. Actually banyak yang aku nak dan buat pada tahun ni. Erm nak kata dan labelkan sebagai AZAM tu, aku tak pastilah, tapi ini lah antara yang aku nak cuba lakukan dan aku harap aku punya waktu dan kesempatan, kekuatan dan ketabahan. Di permudahkan oleh allah agar segalanya berjalan lancar buat diri aku.

1. Aku nak cuba perbaiki kelemahan dan kedhaifan diri agar aku tak menyakiti hati atau mengguris perasaan sesiapa dengan kekhilafan diri. Menjadi seorang insan yang sentiasa menghargai apa yang dimiliki dan hambaNYA yang bersyukur dalam redho akan sebuah ketentuan dan ketetapan sebuah kehidupan yang sudah disusun menuju ke garisan penamat.

2. Aku nak cuba bahagiakan orang-orang yang aku sayang dengan sedaya yang aku mampu. Kalau boleh aku tak mahu menyusahkan lagi mereka semua dengan apa yang bakal dan akan aku hadapi pada peredaran tahun ini. Biarlah semuanya tersimpan dan terhimpun dalam kotak sekeping hati milikku.

3. Aku nak cuba jadi Teman dan Sahabat pada semua kenalan yang berada di bawah lembayung dan dairi hidupku.

4. Aku nak usahakan sesuatu yang sudah lama dan berkurun menjadi minatku, Nak bina impian yang selama ini menjadi angan-angan agar jadi reality yang boleh aku capai – Insya Allah. Kalau boleh aku nak berjaya bukan sekadar di dunia, tapi di akhirat jua..

5. Yang ni aku tak pasti, tapi boleh ke kalau aku minta tak nak jadi budak CENGENG yang sinonim dengan serakan kristal jernih di pipi. Aku tak nak banyak menangis,tapi aku rasa cam susah je sebab itu sahaja cara aku luahkan apa yang aku rasa… Isy teruk aku ni kan…. Kesian mata aku…. Nanti jadi tak cantik kalau asyik nangis je… Betul tak….

Rasa itu Bertandang….

Mood kerja ku tah kenapa tiba-tiba bagai hilang terbang melayang. Assignment yang aku dapat hari ni pun tak berjaya memaku mindaku agar memberikan focus yang sepatutnya. Cases yang ada masih ku belek… tah apa yang aku baca, aku pun tak tahu. Hanya yang pasti aku bertanya pada diri… Sejak bila aku jadi Lawyer dan ambil Law Course…. Rasanya seumur hidupku tak pernah pun. Sebenarnya assignment ni bukanlah memerlukan aku meneliti keseluruhan case, tapi sekadar mencatatkan nama case, tarikh dan di mahkamah mana ianya di bincangkan kan dan apa isu yang membuatkan case tersebut di bawa ke mahkamah. Ini bukanlah assignment pertama aku sebab sebelum ini pun aku dah biasa buat dan berurusan dengan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan di MoF. Cuma kali ni je…. Ah! Kenapalah dengan aku ni… baru sembilan hari tahun baru muncul. Esok akan hadir lagi tahun baru bagi umat Islamlah. Sepatutnya awal tahun ni aku lebih bersemangat dan bermotivasi, tapi ni terbalik pulak…. Nak kategorikan dalam konteks MALAS, rasanya tak…. tapi… tahlah. Minda aku melayang dan terus melayang… aku rasa sepi dalam kurungan tandatanya. Memang dah terlalu lama jurang ini seakan terbina dan hadir di antara. Aku seakan tercari-cari biarpun bukan dalam kesamaran yang pasti membolehkan aku melihat dan mendengar, tapi mengapa segalanya bagaikan SUKAR…. Entahlah…. Diri masih terbelenggu dan dibelenggu oleh rasa yang acapkali datang menziarah perasaan. Rasa BERSALAH dalam KESAL dan SESAL….. Boring yang juga bertandang seakan pelengkap untuk melumpuhkan seluruh tumpuan ku pada apa yang sedang aku buat. Aku tahu segalanya tidak sealiran… mengucar kacirkan semuanya….. Sms dari Dr Kamal pun aku tak reply… biarlah dulu… Aku belum bersedia untuk melangkah ke proses seterusnya malah original result yang sepatutnya aku kembalikan padanya masih lagi selamat berada dalam simpanan ku. Biarlah…. Maybe aku nak buat kenangan kot….

Semalam masa di kelas aku tak mampu berikan tumpuan khusus… tah apa yang lecture tu cakap dan tah apa yang aku catat…. Akhirnya aku senyum sendiri bila terlihat bait-bait sajak terhasil. Member sebelah aku yang baru aku kenal sengeh je…. Macam tahu yang aku tak ada mood. Kat rumah pun aku tak banyak cakap. Just lihat kak long yang agak sibuk menyiapkan persiapan pertunangan dan pernikahan angah. Dalam keadaan kesihatannya yang sering teracah, dia tetap juga cuba lakukan yang terbaik untuk majlis tersebut. Gubahan yang siap kak long buat tersusun cantik dalam bilik angah.Bukanlah aku tak tolong langsung, ada gak yang aku lakukan untuk majlis abang aku yang sorang tu malah aku gak yang pergi teman Kak TaZ belikan barang-barang hantarannya sebab dia kurang arif apa yang abang aku tu suka dan tidak. Semalam sempat kak long beritahu aku yang esok kena pergi ambil cincin yang dah siap. Dia nak aku temankan dan seperti lazimnya aku just anggukkan kepala tanda akur. Tiba-tiba aku teringat pada mama. Kalau mama ada, pasti mamalah orang yang paling sibuk dalam kegembiraan saat ini. Dah lama mama nantikan kehadiran seorang lagi menantu perempuan dalam keluarga. Ah! Rindu aku hadir lagi lantas mengutai kristal jernih di tubir mata… Kenapa aku mesti terpenjara dan di pejara dalam situasi sebegini……

Monday, January 07, 2008

I'M Back.... ^ _ ^

"Wellcome Back" itulah ucapan dari Boss ku sebaik sahaja terpandangkan wajahku pagi tadi... dan aku pulak sekadar mampu tersengeh.... Dah tersampuk spesis apalah agaknya aku... mudah betul tersengeh.... "Thanks boss" balasku sambil berlalu ke mejaku. YA ALLAH HUAKBAR..... apa dah jadi dengan tempatku... mengalahkan tempat hamster nak bersalin je... Massy giler tu..... segala barang-barang ku bukan lagi di kedudukan asal... fail yang sebelum ini cantik tersusun dah beralih tempat.... malah yang lebih memeranjatkan aku bila terlihat cheque dari client terbiar aje kat atas meja.... Kalau hilang, tak ke haru.... isy... isy.. isy... perlahan-lahan aku mengucap di dalam hati.... moga kesabaranku tak menipis di hari pertama ini, insyaAllah. Aku selesaikan satu persatu mengikut keperluan dan kepentingan than boss aku pulak panggil masuk ke bilik dia. Satu beg kertas di suakan padaku membuatkan aku terkedu. Apa bendanya pulak ni... mataku melirik ke arah wajahnya yang dah senyum-senyum. "That's for you. I brought it during my vacation that day. Hope you like it." Terangnya lagi. Ku jengah di dalam beg tersebut.. hati ku mula tersenyum... perlahan-lahan ku keluarkan apa yang tersimpan. Seekor TeadyBear berwarna berbulu kelabu dengan mata bewarna coklat seakan merenungku. "Thanks boss." ucapku sambil terus tersenyum. Hai bertambah lah lagi koleksi teddybear aku nampaknya.... hehehehhee. Apa pun tah kenapa hari ni aku macam rasa KEHILANGAN...... aku bagai tercari-cari seseorang yang aku tak tahu di mana gerangannya.... nak call... aku tak punya kekuatan... bukan tak berani, tapi aku tak mahu mengundang padah yang natijahnya bakal membelenggu sekujur kehidupanku... So aku just menjadi penanti pada sesuatu yang aku tak tahu apa KEPASTIANNYA..... DI Mana DIA????? itulah pertanyaan Hati yang kini berlegar dan membelenggu diriku......