Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, January 16, 2008

Betul ke canggitu.....

Erm ada yang kata bila melangkah ke Istana Kaca aku ni, minda mereka akan disajikan dengan santapan berbaur ucapan perasaan… Betul ke… ada gak yang bertanya apakah tiap yang aku lakarkan di sini adalah kronologi dari journal sebuah kehidupan milik peribadiku… Macamana aku nak jawab… memang aku punya jawapan, tapi sejauh mana pulak persepsi yang bakal terhidang andai jawapan itu aku sajikan…. So setelah aku fikirkan semasak-masaknya, aku rasa biarlah aku serahkan kembali kuasa menilai dan menterjemah di tangan setiap individu yang sudi hadir di sini. Aku tak boleh nak kata TIDAK atau MENGIYA kan bahawa segala yang ada di sini adalah kronologi journal kehidupan diriku sendiri. Apapun aku tetap berterima kasih buat sesiapa sahaja yang sudi meluangkan waktu untuk membaca apa yang terhidang. Pesan ku cuma satu, jangan sekadar melihat dari satu sudut pandangan atau tanggapan yang terkadang bisa membutakan fikiran, sebaliknya carilah intipati atau moral beside of the story yang sudah ku adun dan mencanainya mengikut rentak acuan yang tersedia.

Okey rasanya dah seminggu aku tak merenda kata, tak membiarkan jemariku menari mengikut lentuk alunan muzik yang sudah mula bergema. So hari ini aku cuba mencuri segugusan waktu. Bukan nak ngelat dari tugasan, tapi mata aku dah cukup tepu melihat figure yang dah mula memualkan tekak aku. Isy.. mengalahkan orang baru mengandung pulak aku ni… tapi memang pun aku alah dengan figure… tak tahu lah dalam kelas nanti macamana…. Aduh saliha, siksanya…. Sebenarnya banyak yang nak aku buat. Bila boss sibuk, bermakna aku juga turut sibuk. Mummy aku yang sorang tu memang payah sikit. Kalau dia ada, biliknya akan jadi macam bilik aku dan meja aku akan jadi macam meja dia… Ni pun baru je lepas duduk berdua-duaan dengan working paper di tangan. Beri order apa yang dia hendak, pastu boleh pulak tanya kat aku okey ke kalau buat macam tu atau sebaliknya. Isy! Macamlah aku ni terror sangat dengan tugasan dia. Apa pun dah dia tu boss aku… so kenalah aku ikutkan juga rentaknya. Dalam pada sibuk-sibuk tu sempat gak berceloteh pasal cake carrot… Hai boss! Macam bagi hint suruh aku bua jet… siap beritahu resepi yang aku bagi kat dia hari tu dia dah cuba, tapi tak berapa nak jadi macam yang aku buat… hehehehe dan as usual aku sengeh je. Erm tak pe lah boss, nanti bila ada masa dan tak sibuk aku buat dan bawak mai office.

Hari ni rasanya aku macam penat lebih sikit dari semalam. Erm kenapa.. rasanya aku tahu kenapa.. bila darah aku bermasalah, tentunya factor sebegini akan aku rasa. Pagi tadi aku tak berselera nak breakfast. Sandwich telur yang ku bawa sekadar ku sedekahkan pada teman yang meminta dan aku sekadar mengalas perut dengan susu soya yang memang ada tersimpan di dalam drawer meja. Kemudian aku makan ubat yang memang sepatutnya aku kena makan. Sebenarnya since Monday lagi aku dah rasa tak sihat. Kepala dah sakit waktu aku keluar lunch dengan DIA, tapi aku just buat bodoh je. Malas nak fikir atau ambil kisah sangat dengan harapan situasi itu akan hilang dengan sendirinya, tapi hingga hari ni lain pulak yang datang dan menambah apa yang telah sedia ada. Erm sabar je lah…..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home