Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, January 09, 2008

Hijrahtul 1429

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429

Esok CUTI…. Cuti sempena Maal Hijrah 1429. Beralih tahun rupanya… Hari ini merupakan hari terakhir untuk tahun 1428H. Erm kalau sebelum ini rata-rata masyarakat sibuk dengan perayaan NEW YEAR 2008, bagaimana pulak dengan kehadiran 1429H ni…. rasa cam sepi je kan. Tak terdengar pun orang ISLAM khususnya MELAYU memperkatakan tentang azam. Tak macam gah dan ghairahnya mereka bila menanti atau menghitung kehadiran tahun baru yang bertaraf global. Apa pun tak kisahlah… itu kan hak individu… Setiap dari kita pasti punya persepsi tersendiri terhadap apa yang berlaku atau bakal di lakukan. Aku pulak macamana.. sibuk pasal isu umum… diri sendiri bagaimana…. Erm peralihan tahun dan waktu bagai membawa bersama peralihan diri ku… anjakan paradikma minda…. Itu yang aku harapkan. Walau aku tak tahu sejauhmana kemampuan dan keupayaan aku untuk menghadapi apa yang bakal teriring dan mengiringi pengembaraan aku di fana sementara ini. Apa pun yang pasti perjalanan ini harus aku teruskan… tidak boleh berhenti jauh sekali menghentikannya.

Apa azam ku sempena hadirnya tahun hijrah ini? Erm apa ekk… Sebenarnya aku takut nak berazam ni dan rasanya dah lama istilah AZAM tu luput dari hidup ku.Entah… aku tak tahu kenapa, mungkin juga sebab aku pernah kecundang dalam keazaman yang akhirnya memusnahkan kekuatan diri satu ketika dulu. Sejak itu seingat aku, aku tak pernah lagi berazam-azam. Just teruskan hidup biarpun tahun silih berganti. Tahun ni macamana… Erm kejap…. Rasanya macam ada kot, tapi sesapa yang baca janji jangan gelakkan aku tau. Aku rasa tahun ni aku nak terus kekal jadi PRINCESS Di Hati semua yang kenal dan mengenali diri aku…... heheheheh. Boleh gitu…. Eh! Tak okey ke azam canggitu… Okey apa…. Bukan senang tau nak jadi PRINCESS ni lebih-lebih lagi nak suruh aku mengaku untuk terus kekal sebagai PRINCESS yang selama ini memang cukup tidak aku gemari….

Okey lah… sebenarnya begini…. Actually banyak yang aku nak dan buat pada tahun ni. Erm nak kata dan labelkan sebagai AZAM tu, aku tak pastilah, tapi ini lah antara yang aku nak cuba lakukan dan aku harap aku punya waktu dan kesempatan, kekuatan dan ketabahan. Di permudahkan oleh allah agar segalanya berjalan lancar buat diri aku.

1. Aku nak cuba perbaiki kelemahan dan kedhaifan diri agar aku tak menyakiti hati atau mengguris perasaan sesiapa dengan kekhilafan diri. Menjadi seorang insan yang sentiasa menghargai apa yang dimiliki dan hambaNYA yang bersyukur dalam redho akan sebuah ketentuan dan ketetapan sebuah kehidupan yang sudah disusun menuju ke garisan penamat.

2. Aku nak cuba bahagiakan orang-orang yang aku sayang dengan sedaya yang aku mampu. Kalau boleh aku tak mahu menyusahkan lagi mereka semua dengan apa yang bakal dan akan aku hadapi pada peredaran tahun ini. Biarlah semuanya tersimpan dan terhimpun dalam kotak sekeping hati milikku.

3. Aku nak cuba jadi Teman dan Sahabat pada semua kenalan yang berada di bawah lembayung dan dairi hidupku.

4. Aku nak usahakan sesuatu yang sudah lama dan berkurun menjadi minatku, Nak bina impian yang selama ini menjadi angan-angan agar jadi reality yang boleh aku capai – Insya Allah. Kalau boleh aku nak berjaya bukan sekadar di dunia, tapi di akhirat jua..

5. Yang ni aku tak pasti, tapi boleh ke kalau aku minta tak nak jadi budak CENGENG yang sinonim dengan serakan kristal jernih di pipi. Aku tak nak banyak menangis,tapi aku rasa cam susah je sebab itu sahaja cara aku luahkan apa yang aku rasa… Isy teruk aku ni kan…. Kesian mata aku…. Nanti jadi tak cantik kalau asyik nangis je… Betul tak….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home