Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, January 18, 2008

Hadirnya.....

Dalam aku menghitung serakan kristal jernih [boring aku dengan intro macam ni] yang hadir di pipi, aku terkejut bila telefonku berlagu. Nombor yang terbias sedikit menggamit tumpuanku. Erm tak pernah tengok pun…. Aku biarkan sahaja. Dalam mood yang sudah lari dari paksi awal membuatkan aku malas untuk menjawab sebarang paggilan. Assingment semalam yang masih belum selesai ku belek. MLJ case yang aku ambil dari library semalam masih belum ku sentuh. Tah apa yang perlu ku cari di dalamnya aku sendiri buntu, tapi guide yang diberikan oleh boss ku tidak lah sukar untuk aku fahami. Cuma mungkin bila mood dan minda seakan sepakat untuk meneruskan sebuah pengembaraan tanpa destinasi yang pasati membuatkan aku bagai terawang-awang. Oats bercampur raisins di dalam cawan masih berbaki. Bila lah aku nak habiskan… telefonku kembali berlagu, kali ini aku mengalah…

DSaNa:Hello… Kenapa DSana tak jawab panggilan DSini tadi? [Aku diterpa soalan tanpa salam pembuka bicara. Terkedu aku seketika. Ni nombor manalah pulak…]

AkU: Asssallammualaikum… Erm rembat kat mana nombor ni? Tak pernah terserempak pun?[aku membalas soalan yang diajukannya dengan soalan. Barulah adil dan saksama. Dia sekadar tertawa]

DSaNa:Erm nombor baru dan dikhaskan untuk orang-orang tertentu.

AkU: Hai! Macam takut bertembung je? [Pantas aku menembak. Membuat tanggapan sendiri sebelum empunya diri memberikan penjelasan. Makin kuat kedengaran tawanya. Entah apa yang lucu, aku jadi musykil sendiri.]

DSaNa: Nak bertembung dengan sapa pulak… Lainlah kalau DSana? Maybe you should do the same thing. Get another number just to avoid what you mention just now.[Aspalela naik vespa betullah mamat sorang ni. Ada ke aku di suruh guna nombor satu lagi… Ceh!Hampehkelapa.com. Nak bertembung dengan sapa… ]

Aku merengus geram. Sejak bilalah dia dah pandai jadi tukang sakat? Tak kan lah azam tahun baru kot? Cukuplah aku asyik kena sakat selama ini, at least wujudlah seorang pembela pulak…. ni tak… dua-dua macam dah berkomplot untuk berganding dalam gelanggang yang sama walaupun tak pernah kenal antara satu sama lain. Apalah nasib aku.. dah la aku masih lagi sedih tahap cipan… Aduh! Saliha, sedih lagi… Asparagus kena rebus betul lah.. kenapalah aku jadi canggini…isy.. isy…

AkU: Ha! Nak apa sebenarnya DSana called DSini?

DSaNa: Amboi! Garangnya. Apa DSini dah tak boleh called DSana ke kalau tak ada sebab tertentu? Iyerlah… sapalah DSini… Orang DSana dah ada yang dekat.. dekat di mata dan dekat di hati. Tentulah DSini macam dah tak bererti. [Spontan suaranya berubah nada. Tidak lagi seceria tadi, sebaliknya sudah bertukar irama. Aduh! Mama tolong… kenapalah anakanda di dera sebegini rupa…. ]

AkU: Don’t get me wrong, bukan sebegitu maksud DSini. Sebenarnya DSini hairan, tiba-tiba DSana muncul kala DSini merasakan kesedihan. [Alamak! Terbabas lah pulak… terlajak perahu boleh gak buat U-turn, ni kata-kata… Ah, sure lepas ni aku akan ditembak dengan soalan. Apa nak jawab]

DSaNa: Sedih….. Kenapa… Erm DSini ada tertinggal apa-apa ke? DSana masih dalam konfrantasi dengan DIA ke?

Aku sekadar mengeluh. Kehairanan di hati mula bercambah. Six sensenya masih kuat rupanya. Dia selalu hadir bila nalurinya mengesan dan terkesan sesuatu…..Macamanalah aku boleh terlupa akan perkara ini…

AkU: Nothing actually, maybe DSini yang terlebih sensitive sejak sehari dua ni.

DSaNa: Tak kan nak period kot… rasanya dah lepas kan…. [wajahku bagai di simpah ais.. malu bukan kepalang…. Ke situ pulak perginya otak dia… ]

AkU: Isy bukan sebab tu lah, pandai je buat spekulasi… Erm actually he’s now in Manager Level.. Rasa macam kami dah tak sepadan dan DSini tak punya kelayakan untuk terus menjadi….

DSaNa: Persahabatan bukan diukur dari darjat, pangkat dan kedudukan atau pun status. Semua itu bukan penentu. Tak ada juga kateria yang boleh mengukur dan menentukan kelayakan seseorang. Apa yang penting adalah kejujuran dan keiklasan yang lahir dan hadir dari hati dan diri. DSana jangan selalu rendah diri dan fikir yang DSana tak miliki kelebihan. Mungkin apa yang DSana miliki tak dimiliki oleh kami semua… kejayaan bukan datang dalam satu sudut, tapi banyak. Terkadang ianya tidak datang dari kerjaya yang kita ceburi, tapi maybe dalam usaha yang kita lakukan. DSini tak fikir DIA macam tu. Berkawan dengan DSana berpandukan eleman yang tak relevant. Tak kan DIA tak nak kawan dengan DSana lagi just because who he is now DSini rasa dalam kepala DSana tu banyak sangat yang ada, yang DSana tak luahkan. DSana sekarang dah jadi seorang perahsia sangat. Tak macam dulu…. Kenapa… .Apa yang DSana pendamkan dalam hati? Apa sebenarnya yang DSana risaukan sekarang?

Aku mengunci bicara mendengar hujahnya yang panjang bermeter-meter itu. Rasanya tidak ingin menjawab terjahahan soalan yang diutarakannya. Entah mengapa hari ini aku seakan tidak mampu dan malas melangkah ke gelanggang debat untuk hujah dengannya sepertimana yang sering terjadi bila terdapat arguments dalam perbualan kami. Iyer mungkin benar apa yang dikatakannya

AkU: Erm entahlah… apa pun thanks atas nasihat tadi. Iyer maybe betul banyak yang ada dalam fikiran DSini lebih-lebih lagi rasa macam kurang sihat sikit since semalam. Kena hujan masa balik dari hospital. Okeylah DSana, DSini kena siapkan kerja. Nanti tak pasal pulak kena bebel. Kita cakap lain kali yer. Assallammualaikum.

DSaNa: Waalaikummussalam. Take care of yourself dan jangan skip makan ubat.

Perbualan kami berakhir. Telefon yang bisu masih ku renung. Dia tetap seperti dulu… bila aku mengalami sesuatu dan dia bagai merasakannya, pasti dia akan hadir dalam menzahirkan bicara untuk bertanya……

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home