Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, January 17, 2008

Seungkap Ucapan....


Tahniah….
Seungkap ucapan dariku
Biarpun aku tidak pasti
Apakah ianya sudah terzahir

Pada seungkap pengucapan
Namun jauh di sudut hati
Aku tumpang gembira
Justeru apa yang diingini
Berada di dalam genggaman kini

Tahniah…
Biarpun kini
Jurang antara kita semakin luas
Masih layak kah aku untuk terus di sini
Pada sebuah persahabatan
Berganding dengan dirimu yang berkedudukan
Sedangkan aku……


Erm semalam aku terima satu sms kala aku tengah bergelut dengan resah dan gelisah akibat kecuaian dan kealpaan aku sendiri. Tika itu temanku juga ada bersama. Sebaik sahaja phoneku berlagu sebagai tanda satu sms berada di dalam inbox, segera aku mengaccessnya

‘Since tel u kena bar, so x bleh nak sms balik, I nak bgi tahu yg I dpt manager post kat tempat sekarang nie.‘

Aku tunjukkan pada temanku apa yang aku terima. “So DIA dah confirm as manager lah sekarang ni.” ucap temanku sambil mengembalikan semula phone ku. Aku sekadar menganggukan kepala. Meniyakan apa yang dikatakannya sebentar tadi. “So bila engkau nak celebrate kegembiraan DIA?” Aku sekadar termenung. Tiada jawapan pada satu soalan yang baru sahaja kedengaran. “Share dengan aku apa yang ada dalam kepala engkau tu, jangan dan diam dan pendam sorang-sorang. Nanti yang sakitnya engkau jugak.” Selamba aku diterjah lagi. “Tak pasti bila aku nak keluar dengan DIA, maybe on 22 nanti kot. Together with our…” ”Iyelah together with you all punya Friendship Aniversary…. Yang ke berapa pulak bulan ni?” Aduh Saliha.. sinisnya ungkapan member aku tu. Aku tahu amarahnya masih belum berapa surut…. Tak tahu apa lagi yang harus aku perjelaskan agar temanku itu memahami bahawa antara aku dan DIA sebenarnya sudah kembali normal. Aku kembali diam. Menyambung tugasan yang tadinya tergendala. “Aku bukan marah engkau nak continue you all punya friendship dan aku tahu walaupun aku larang bukannya engkau nak dengar. Aku tak nak DIA just sewenangnya hukum dan buat engkau ikut suka hati DIA aje. Aku tahu DIA pun sayang engkau macam aku sayang pada engkau, cuma kadangkala aku geram dengan sikap DIA. ”Akhirnya terluah jua apa yang memang aku dah sangka. “Don’t worry…. DIA bukan jenis yang macam tu. Maybe masa tu dia tension, but now insyaAllah everything will be find.” “I hope so. Okey lah aku nak balik dulu. Engkau pun jangan nak berlama-lama di office ni. Kesihatan engkau tu perlu di jaga jugak.” Pesannya sebelum mengucup pipiku. Aku sekadar tersenyum. Mana mungkin aku perolehi teman sebaik dirinya… mana mungkin ada pengganti yang boleh jadi seperti dirinya yang masih setia bersama dengan ku dalam apa jua situasi yang aku hadapi….

Erm buat DIA sekadar satu ucapan yang aku ingin ku tujukan di atas apa yang diperolehinya kini. Promotion untuk beralih ke jawatan baru dengan tanggungjawab yang mungkin bukan lagi sesuatu yang asing. Alhamdulillah… syukur ke hadrat allah. Kini DIA sudah mendapat apa yang selama ini di nanti. Buktikan bahawa pemilihan itu adalah tepat dan sememangnya DIA berkelayakan untuk menerimanaya.
Keep Smart in WORK…. Be a good BOSS to everybody….
and thanks coz
sudi beritahu aku berita gembira itu.....


TAHNIAH….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home