Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, July 17, 2007

Apakah.....

Semalam agak lewat aku tiba di rumah. Terpaksa bersesak dalam bas dengan makhluk yang datang entah dari planet mana agaknya…. Dah la hari hujan… mahu atau tidak, aku tidak punya banyak pilihan, terpaksa gak aku menyelit untuk meloloskan diri, kalau tidak entah pukul berapa baru aku sampai. Rasa macam nak pitam aku dibuatnya….. apa pun aku try bertahan sedaya mampu. Tiba di rumah, aku mandi untuk mengembalikan sedikit kesegaran pada tubuh yang dah mula melayu macam kangkong tak cukup air. Perut yang mula pedih sekadar mampu ku isi dengan oats bercampur raisin, itu pun sekadar suku yang berjaya ku telan. Selebihnya aku biarkan tersadai di dalam peti sejuk walaupun aku tahu aku sekadar akan memancing bebelan mama. Ahhh apa daya ku untuk menghabiskannya bila mana seleraku seakan sudah mati. Aku laypark di bilik…. Terasa bagai sepi dunia yang ku huni. Aku perlukan teman untuk berbual… tapi sapa… erm puas ku perhatikan nombor yang tersimpan… ku belek satu persatu dan akhirnya entah kenapa pilihannya pada satu nama… ku titip sms ringkas…. Memohon bantuan dalam peminjaman… balasan ku terima bukanlah mengecewakan sebaliknya menyedarkan harta syarikat adalah amanah yang perlu di jaga sebaiknya. Kemudian aku titipkan sms lagi,malangnya jawapan cukup lambat… rupanya orang disebelah sana dah dibuai mimpi yang baru bertandang. Letih katanya….so aku akur akan kepenatan dan tuntutan keperluan dirinya waktu itu tambahan lagi esok dia akan menghadiri National Tax Conference [NTC] di KLCC Convention Centre. Sudah pasti dia perlukan rehat yang secuckupnya. Aku masih lagi terkebil-kebil menghitung kerdipan lampu yang langsung tak berkelip sebenarnya… tak tahu apa nak buat…. Akhirnya aku belek fail yang memuatkan koleksi garapanku. Ah!Dah lama fail itu tersadai kaku tanpa ku belai. Ku buka lembaran demi lembaran lantas ku catitkan apa yang tiba-tiba hadir difikiran. Entah berapa lama aku tenggelam dalam dunia yang ku cipta… bersama watak-watak yang terus beraksi dengan skrip yang telah ku olah dan ku arah hingga akhirnya aku terlena di dalam dunia mereka.

Namun jam 04.00 pagi, aku terjaga… kaget tiba-tiba bila terlihat tompokan darah berada di selimut yang menutup separa tubuhku. Barangkali mama masuk tika aku sudah diulit lena…. Melihat keadaan puterinya sebelum dirinya masuk ke kamar peraduan. Mungkin mama juga yang menyimpan fail yang tadinya berada ditanganku. Ahh mama.. kasihmu sering buat aku dipagut rasa terharu. Kini fikiranku lebih cepat berlegar pada tompokan darah yang terlihat… dari mana pula datangnya…. aku cuba bangun dan seiring dengan itu darah terus menitis lagi dan lagi… aku jadi panik dan tahulah aku pendarahan hidung yang pernah ku alami sewaktu di office dahulu berulang lagi. Puas ku cuba untuk menahan darah itu dari terus keluar, tapi malangnya usahaku tidak membuahkan hasil. Ya Allah… apa yang sebenarnya aku hidapi… kesejahteraan ku lewat kebelakangan ini memang teruji… dan kini apakah ianya satu lagi petanda dari apa yang berlegar di fikiranku…. Serentak itu wajah mama dan papa menyapa di layar mata…. Aku banjir dek airmata yang mengalir di subuh nan dingin mengenangkan nasib diri dalam seribu yang tersirat disebalik takdir yang telah tersurat…...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home