Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, January 22, 2007

Bukan ukuran.....


Terlalu Istimewa

Lagu : Azlan Abu Hassan
Lirik : Adibah Noor
Ku tatap gambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagia
Tiap yang memandang
Hati jadi salju
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas
Tiada batasan terus membara
Terkilan rasa jiwa
Inginku lihatmu dewasa
Apa daya
Tuhan menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia
Duduk di sampingNYA
Mendengar cerita
Segala rahsia
Tak tertanggung rindu
Mendengar suaramu
Tawa mengusik jiwa
Seronok menyaksikan pertandingan Juara Lagu malam tadi. Terbuai emosi dan terusik illusi dengan alunan lagu-lagu yang didendangkan. Apa pun dalam mengikut rentak ritma lagu yang teralun, sempat juga minda bermain teka teki. Kononnya lagu ni boleh menang. Penyanyi yang ini boleh merangkul vokul terbaik, persembahan sebegini ada harapan untuk menyapu hadian dalam kategori persembahan terbaik. Tengah best-best tengok, tetiba aku jadi terkezut baboon. Terkedu kejap lihat apa yang dok terhidang kat kaca tv aku. Betul ke mata aku tak kelentong, tapi bila telinga di sapa dengan suaranya, memang sah.... betul, tak ada yang betul melainkan betul belaka. si Mawi yang konon world dan punya aura terkinja-kinja dengan imej yang aduh saliha, tah apa-apa tah. Konon nak ikut stail M. Nasir dengan imej ala rock berambut serabai yang langsung tak kena dengan dirinya. Ternyata anak felda ni masih belum bertemu imej yang benar-benar sesuai untuk dirinya. Sorry to all Mawi Fan kalau apa yang aku tulis tu buat korang rasa PANAS, tapi itu adalah hakikat nyata yang tak boleh nak dihipokrikkan. Apa pun aku tabik spring pat plo ribu juta kali kat Adibah Noor. Suaranya memang super power dan malam itu dia telah membuktikan bahawa rupa paraas dan saiz body bukanlah asset utama untuk bergelar JUARA. Aku suka meminjam kata-kata ini " siapalah yang nak sponser album saya yang macam Gozila Malaysia ni. " itulah ungkapan yang pernah diucapkan oleh Adibah Noor sendiri sewaktu krew Melody pernah mengutarakan soalan tentang siapa yang berada dibekalang tabir membiayai kos pembikinan album solo beliau. Tahniah to Adibah. Ternyata malam semalam adalah miliknya dengan menewaskan semua pencipta dan penulis lirik yang bertanding. Kau telah buktikan keunggulan vokal super poweranggers mu dengan mengenepikan Hazami selaku guru vokal. Moga selepas kejayaan mu ini akan membuka mata dan pandangan masyarakat yang tidak buta agar tahu untuk membuat penilaian. Hebat seseorang tidak terletak pada paras rupa dan tubuh mengiurkan sebaliknya di ukur pada bakal yang dimiliki. Sekali lagi Tahniah buat mu... yang Terlalu Istimewa dengan segala anugerah yang diberikan. Ternyata Allah cukup adil pada semua ciptaanNya. Dari itu usah merasa rendah diri andai tidak dianugerahkan dengan kecantikan dan kelangsingan menyalut tubuh, sebaliknya kejayaan itu bakal hadir andai kerajinan dan usaha disulam bersama disamping doa serta tawakal pada yang Esa.


4 Comments:

  • At January 22, 2007 at 10:10 AM , Blogger Purpleheart said...

    seronoknya dapat jadi pengomen yang pertama. Memang best Adibah menang, suara dia memang superb. Lagu ni ada kaitan dengan diri aku, tahun lepas anak buah aku baru umur 14 tahun meninggal sebab kena penyakit leukimia. Yang sukanya budak kecik yang dok baca terjemahan surah Al-an'am tu.

    Mungkin bukan rezeki mawi tahun ni, tak pe lah bagi can kat yang lain lak.

     
  • At January 22, 2007 at 2:11 PM , Blogger RaFFLeSiA MeRaH said...

    yup...suara dia memang power, best2...aku cukup sokong dia menang, tapi hazami pun best persembahan dia...cuma vokal kureng skit....heheheheh...

     
  • At January 23, 2007 at 2:19 AM , Blogger karl Firdaus said...

    Aku nih peminat Adibah dah lama dah... bila aku tahu yang dia ada buat album ... aku pun happy...

    tapi sampai sekarang tak boleh dapat album dia kat singapore...

    sold out.........

    huhu..... tahniah adibah

    sememangnya kau istemewa.......

    hahaha...... mawi kalah...

     
  • At January 23, 2007 at 7:57 AM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    Assallammualaikum. Aku sebelum dia wat album lagi dah teruja dengan kelantangan vokal dan gaya berselamba dia... best.... ada unsur humour yang bersahaja dengan memek wajahnya. Apapun memang dah diramal bahawa Adibah akan menang tambahan lagu Terlalu Istimewa tu memang istimewa dari segi lirik ditambah dengan penghayatan penyampaian yang cukup bertenaga. Kelantangan vokal Adibah tak perlu disangkal.... Tahniah buat Adibah.

    To Mawi.. sorrylah... malam tu not for you. Lagi pun sampai ke hari ini aku terkadang pelik dengan mamat sorang ni... tah la.. aku tak dapat nak huraikan lebih lanjut sebab nanti tak pasal je istana kaca aku kena BOMM dengan fan si World yang fanatik amat dengan mamat ni. Cuma yang aku suka ingatkan "carilah identiti sendiri, tak payah ikut cara atau telunjuk orang untuk mencipta nama."

    To my dear Una Carl, ko nak ke album Adibah... aku boleh tolong rembatkan barang selori dua... ko bagi sms aku alamat ko. Nanti aku kirim. :) :) :)

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home