Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, May 17, 2007

Entah.....

Dah lama gak aku tak memahatkan garapan sendiri kat Istana kaca aku. Lately ni aku lebih banyak buat review untuk novel-novel yang dah aku sambar waktu pesta buku yang lalu. Bukan apa…. Sementara masih panas, elok terus diperpanaskan bahangnya supaya yang membaca review ni rasa teruja untuk mengetahui kesudahan kisah dalam novel-novel tersebut. Kata orang review sebagai panduan dan yang aku beri ni memang best…. Pada penelitian dan pengamatan aku lah… bukan kerana insan di sebalik novel tersebut…. So jangan salah faham yer….. apa pun lain orang lain citarasa dan penerimaan…. Mungkin apa yang aku suka, orang lain tak suka, dan apa yang aku kurang suka itu yang menjadi pujaan mereka…. Itu adalah hak individu yang tak boleh kita rampas atau cabuli dengan sewenangnya….

Banyak yang indah berlaku dalam hidup aku bulan ini… nampak cam serasi je MAY ni ngan aku….

Menceriakan hidup
Allah berkati perkenalan
Yang berkekalan hingga ke hujung nyawa……

Dari awalnya lagi aku dah happy dan sekarang kehappyan itu masih betah menjadi milik ku. Allah izinkan aku bertemu dengan sahabat-sahabat maya [walau hakikatnya hanya Honey dan Lara yang belum pernah aku temui] hingga membuahkan kemesraan yang aku tahu bukan plastic di hati kami.. insyaAllah. Kemudian aku berkesempatan pulak kenal dengan penulis-penulis lain yang telah sememangnya mengukir nama di pesada yang cukup aku minati. Secara logiknya, ini memberikan motivasi yang tak perlu aku cari lagi. Memberi sedikit ruang untuk minda bergerak dan berlegar menterjemahkan ilham yang dikurniakan NYA. Walaupun aku tahu kesihatan ku agak teracah dengan apa yang sedia ada… tapi aku tak mahu memikirkannya sangat.

Baru sahaja sekejap tadi aku terima kiriman sekotak SANGOBION dari seseorang… Termenung sekejap aku jadianya. Terkedu dan kaget. Nampak gayanya aku tak boleh mengescapekan diri lagi… aku terpaksa juga telan apa yang dia dah berikan. Aku tahu dia bersungguh-sungguh kali ini. Kalau tidak masakan di celah kesibukkan tugasnya, masih sempat lagi dia mencuri waktu menziarahi farmasi semata-mata kerana sekotak SANGOBION. Aku jadi terharu tiba-tiba…. Tidak tahu ke mana harus ku hantar perasaan yang datang mengocak emosi dan rasa…. Aku jadi cengeng di tengah kesibukan tugasan yang menghambat dan memeningkan kepala. Waktu ini aku harap sangat kawan-kawan ada bersama… tapi mana mungkin ku paksa mereka memahami apa yang sedang aku alami… mana mungkin ku ajak mereka berkongsi apa yang bermain di hati…. Lalu langkah keselamatan.. biarlah lagu pilu dalam lirik sendu ini terus berlagu diiringi okerstra rasa yang mula mesra di pentas jiwa……

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home