Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, May 15, 2007

Hati Ini Milik Siapa…..

“Dia cuba melupakan kecewa yang terhampar, tapi dia tetap terperangkap dalam Jerat Percintaan yang tidak di undang….”

Ezmira tidak menduga akan kembali lagi ke dakapan kota metropolitan yang pernah melapah hatinya pada sebuah percintaan yang tidak kesampaian. Tawaran yang diberikan oleh Syarikat Pena Rindu Publishing sebagai ketua editor memang di luar jangkaan. Sedih juga rasa hati bila terpaksa meninggalkan Permata Publishing yang sudah banyak memberi ruang untuknya menimba ilmu. Lebih sedih lagi kerana terpaksa berjauhan dari keluarga dan teman-teman di tanah tumpah kelahiran sendiri. Namun demi untuk mengukuhkan lagi kerjayanya, dia akur pada sebuah penghijrahan meski sedar cosmopolitan ini tidak akan bersubahat dengannya untuk membolehkan dia bersembunyi. Lambat laung kehadirannya pasti akan terhidu lebih-lebih lagi setiap lorong di kota ini bukanlah asing yang bisa menyesatkan buat penjejaknya.

Dalam berhati-hati, dia diziarahi oleh Danish. Sudah di duga, sudah di jangka. Anak mud aitu pasti akan menagih hutang penjelasan di atas kehilangannya selama ini. Dia di asak persoalan, namun Ezmira tetap selamba kodok. Hati yang pernah remuk tidak diperlihatkan malah tiap pertanyaan Danish dibiarkan berlalu bersama bayu yang berhembus sayu. Hubungan yang suam-suam itu masih betah bertahan malah acapkali juga dia memenuhi permintaan anak muda itu untuk keluar bersama.

Kehadiran Hezriq menyemarakkan kembali rasa marah dan sakit hati yang selama ini berkubur di liang pusara hatinya. Apatah lagi dengan permintaan giler pemuda itu yang ingin menjadikan dirinya sebagai isteri kedua. Biar pun mendapat restu dan keizinan dari Thalia Lorenza, tapi Ezmira tidak segiler lelaki itu untuk memenuhi kemaruk cinta atas kepentinga hati dan perasaan semata-mata. Justeru itulah Ezmira tidak pernah rasa teruja dengan segala usaha dan kesungguhan Hezriq untuk menawak puncak hatinya yang sudah tepu dan beku.

Takala Pena Rindu Publishing berhadapan dengan konflik gunting dalam lipatan, Ezmira bijak memainkan peranan. Pengalaman dalam bidang penyiasatan yang pernah di praktikkan satu ketika dahulu di gunakan kembali. Orang yang menjadi dalang mensabotaj kestabilan perjalanan syarikat berjaya di berkas malah secara tidak langsung turut sama berjaya membongkar satu sindiket penyeludupan yang selama ini bertopengkan sebuah syarikat penerbitan.

Bekerja dengan Jimmy Shanley, pemilik Pena Rindu membuatkan hati wanitanya bergetar. Cinta yang kadangkala menyapa seakan mengacah dua jiwa. Namun mampukah ianya di realisasi sedangkan di waktu yang sama dua lagi pemuda seolah tidak kenal erti putusasa dalam menagih kembali cinta miliknya.

Hezriq…. Kisah cinta denganmu sudah lama ku bungkus dalam karung berwarna hitam lantas aku lontarkan ke dalam lori Alam Flora yang mengangkut segala sampah sarap yang menyemakkan taman hati ku. Lelaki selfish seperti dirimu tidak layak untuk mendapatkan kembali apa yang pernah ku berikan dulu. Aku tidak ingin mengisi jauh sekali memenuhi qoata yang sering kau agungkan itu. Kau seharusnya di ajar bagaimana untuk menghargai cinta yang telah di sedekahkan pada dirimu……

Danish… aku bahagia di sampang mu. Tiada sebesar zarah pun cacat cinta kasih sayang kasih sayang dan perhatian yang kau persembahkan pada ku. Semuanya sempurna malah mampu membuai lenaku di dakapan bahagia. Namun aku masih belum mampu membuka pintu hati ini untuk mempersilakan kau masuk lantas bersama di singgahsana hati ku. Justeru diantara kau, masih ada dia yang tidak pernah tahu erti setia membuatkan aku jadi m uak hingga kau turut menjadi mangsa kemuakan aku ini.

Jimmy Shanley…. Hadirmu membawa getar dalam diriku. Kau kocak emosi cinta dalam naluri wanita ku. Terkadang aku bertanya, bilakah agaknya bunga-bunga cinta ini berkembang lantas mengharum bak setanggi di taman syurgawi??? Kau sentiasa ada di kala jiwaku meronta di hempas badai dugaan dari insan yang tidak sealiran bahasa. Dalam diam, aku membiarkan kasih sayang ini kian melebar antara kita. Engkau tiba bagaikan pelangi… Tak bercahaya namun kau berseri… tapi cukup menghiburkan hati ini….


Namun Hati Ini Milik Siapa… aku masih terbelenggu dalam teka teki cinta yang entah di mana penyelesaiannya……

Sebuah novel cinta suspend. Berbagai unsur diterapkan bersama untuk mengwujudkan satu kelainan dalam novel garapannya kali ini. Kita di hidangkan rasa suspend bila Ezmira menjalankan penyiasatan hingga membawa pada rasa seram walaupun ianya digarap dengan begitu bersahaja. Merasakan romantiknya bila berada bersama insan yang menyayangi dan menyintai. Rasa marah dan meluat bila berhadapan dengan lelaki yang sekadar memikirkan akan kepuasan diri dalam memburu cinta tanpa menimbangkan hati dan perasaan insan lain. Novel kali ini juga banyak bermain dengan monolog dalaman watak utamanya yang seakan masih terpenjara dalam jerat percintaan masa silamnya. Walau bagaimana pun novel ini tidak berat dan agak santai dengan penggunaan bahasa yang cukup mudah lagi sempoi giler. Mengacah senyuman di plot-plot yang tertentu. Ha! kalau korang nak tahu… apa lagi.. dapatkan di pasaran segera sementara stok masih ada dan duit masih berbaki. Mesti korang akan suka lebih-lebih lagi dengan loghat Penang yang diselitkan secara bersahaja. Sure buat korang enjoy…….


“Hati Ini Milik Siapa???? Apakah akan ku persembahkan lagi pada insan yang pernah melapahnya dengan dusta…. Atau pada dia yang tega menganyam buih-buih harapan di dada lautan kasih yang sejauh mata memandang… atau buat insan setulus pelangi petang yang sentiasa membuai emosiku dalam bahagia yang tak dapat ku gapai…. “ Carilah jawapannya dalam Hati Ini Milik Siapa….

Cinta….
Tegakan hatiku
Tak mahu sesuatu merebut engkau
Naluriku berkata tak ingin berulang lagi
Kehilangan cinta hati bagai raga tak bernyawa

Aku junjung petuamu
Cintai dia yang mencintaiku
Hatinya turut berlayar kini telah menyepi
Bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home