Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, September 27, 2007

Antara 2 Insan [continue]

Lisa mengeluh melihatkan sikap teman yang semakin membisu. Dingin dan beku dalam segenap tingkah dan kata. Wajah yang dulunya ceria kini sudah sirna seakan kehilangan seri. Lisa tidak tahu lagi apa yang harus dilakukan… ruang pertolongan yang sentiasa terbuka untuk temannya itu bagaikan tidak memberi makna. Kebisuan dan kebekuan seolah satu formula terbaru yang kini dipraktikkan oleh gadis itu.

“Izzah, sampai bila engkau nak diam macam ni. Permasalahan tak akan selesai hanya dengan membisu dan membiarkan diri engkau terus hanyut dalam gelora rasa. Aku tahu berat beban yang kini tergalas di bahu engkau, tapi engkau harus tega untuk bangun menghadapinya.“ Pujuk Lisa perlahan. Pandangan dilemparkan pada hamparan laut yang terbentang di hadapan mereka. Sudah dua hari dia menemani gadis itu semata-mata kerana sebuah persahabatan. Dia tahu dalam keadaan sekarang, sudah pasti Izzah perlukan sokongan dari seseorang, meski dia tidak pasti apakah gadis itu sudi mengizinkan dirinya menggalas tugasan tersebut.

Lewat kebelakangan ini, Lisa seakan berada jauh dari Izzah. Bukan dia yang menjarakkan perhubungan mereka, sebaliknya Izzah. Mengrefuse segala-galanya. Rapuh benar kekuatan dan ketabahan yang sebelum ini begitu jitu milik gadis itu. Acapkali manis-manik jernih bertamu di tubir mata lantas bah di pipi mulusnya. Izzah menjadi seorang pengunci bicara malah tandus segala perbendaharaan kata. Tuturnya cukup terhad malah terkadang dia lebih tega membisukan diri. Lisa mengeluh. Tidak tahu formula apa lagi yang boleh dipraktikkan untuk membuka kembali bibir comel itu untuk berbicara. Izzah seakan hidup dalam dunianya tersendiri. Entah di mana sempadan sendi dan paksi, tidak Lisa ketahui malah seoleh tiada pintu yang mengizinkan insan lain untuk turut hadir dalam dunianya.

“Lisa, aku hargai ketulusan dan keikhlasan engkau untuk bantu aku. Aku benar-benar rasa bertuah justeru punya teman dan sahabat seperti engkau, tapi maafkan aku Lisa… aku bagaikan tak berdaya nak hadapi semua ini. Aku tak cukup kuat..“ Airmata kembali menjadi penyambung bicara. Pipi mulus itu diziarahi manik-manik jernih. Bahu Lisa akhirnya menjadi destinasi persinggahan. Sebak dan sedih yang sudah sekian lama membusung di hati dilepaskan di situ.

Ah! Berat dugaan yang dihadapi oleh temannya itu. Lisa mengusap lembut tangan Izzah. Hatinya turut sebak melihat wajah yang kini semakin diwarnai airmata. Dia sedar bukan sedikit dugaan yang datang dalam perjalanan hidup gadis itu.

“Sabarlah Izzah. Engkau jangan menangis lagi. Dah banyak airmata engkau yang tumpah. Aku bimbang andai kesihatan engkau akan terganggu.” Lisa masih cuba memujuk. Memang dia gusar akan keadaan gadis itu. Bimbang benar hatinya andai kesihatan Izzah juga turut teracah dengan segala yang kini dihadapinya.

“Aku tahu bukan mudah untuk engkau hadapi semua ni kan. Selama ini aku bukannya rabun hingga tak nampak perubahan pada diri engkau tu, walaupun hakikatnya aku memang pun rabun sikit. Aku tahu engkau happy dengan dia.. engkau selesa dengan sikap dia yang menjadi penyumbang semangat dan tempat engkau berkongsi cerita. Aku tumpang gembira bila lihat engkau ceria, tapi Izzah… hakikat tetap hakikat… dan aku rasa engkau sendiri lebih maklum dari aku akan perkara itu. Cepat atau lambat, semua ini pasti akan engkau rasa. Hakikat ini tak mungkin engkau boleh ubah.”

“Aku bukan menyalahkan sesiapa Lisa… bukan juga cuba mempersoalkan hakikat yang dah memang aku ketahui akibatnya, cuma ….“ Izzah tidak menghabiskan kata. Pandangan dilemparkan ke tengah bendang. Keluhan berat terlepas dari ulas bibirnya.

“Izzah, selama ini engkau sering menasihati kawan-kawan kita agar redho dan pasrah menghadapi permasalahan. Allah turunkan ujian tanda DIA sayang pada kita. DIA nak tambah ketakwaan dan kekuatan hati kita. Bukankah itu yang sering engkau katakan pada teman-teman bila mereka berhadapan dengan kemelut kehidupan. Mengapa sekarang engkau seakan kehilangan rasa redho dan pasrah itu? Selama ini engkau lebih tabah dari aku, jarang memperlihatkan kesedihan dan kelukaan hati yang engkau rasa. Come on Izzah. Jangan ikutkan sangat luka hati engkau tu.“ Lisa masih tidak putus memberikan semangat. Dia sedar kini Izzah bagaikan terkapai-kapai mencari dahan untuk berpaut.

Persahabatan yang mula cantik terenda dengan Ekmal Rahimi bagaikan tercarik dek satu hakikat yang hadir tanpa diduga. Lantaran itulah Izzah mengambil keputusan untuk meminggirkan diri di pulau itu. Menongkah arus dan cuba merawat perasaan yang sudah menghasilkan berbagai paten yang sukar digambar dalam zahir pengucapan. Lisa kembali merenung wajah lesu milik temannya itu.

“Izzah…. Aku nak tanya engkau satu perkara. Erm betul ke engkau dah mula jatuh cinta pada Ekmal Rahimi?” Soal Lisa. Sudah lama persoalan itu berlegar di minda, cuma dia tidak tahu bagaimana untuk melontarkan pada gadis itu. Bulat mata Izzah memamah wajah teman yang ada disebelahnya.

“Aku dan Ekmal tak punya hubungan perasaan seperti mana yang selari dengan soalan engkau tu. Aku dan dia…“

“Kalau benar apa yang engkau katakan tu, mengapa keadaan engkau jadi sehorrible ni? Engkau bagai bahtera yang tiba-tiba hilang arah dalam sebuah pengemudian.“ Pantas Lisa memintas sebelum sempat temannya menghabiskan kata. Izzah sekadar mengeluh. Tidak tahu cara apa yang sewajar digunakan untuk memperjelaskan segalanya.

“Lisa, engkau tak kenal dengan Ekmal. Engkau sekadar kenal nama dan kalau tak silap aku pernah sekali berbual dengannya. Tengok orangnya pun hanya sekali imbas… tak lihat cara dan ya mungkin sedikit keperibadian dia yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dia baik Lisa… baik dalam perbagai konteks. Aku rasa mudah berkomunikasi dengannya, pendengar dan pemberi pendapat bila aku perlukan, sifat tolenransi dalam banyak perkara dan situasi. Sikapnya inilah yang banyak membantu dan memudahkan proses keakraban kami. Aku tak pernah anggap yang kami dalam satu perhubungan cinta, sebaliknya sebuah persahabatan dan aku teramat sayangkan persahabatan itu.“ Ucap Izzah perlahan. Suaranya bergetar menahan sebak yang mungkin kembali menyapa.

“Satu persahabatan yang pelik pada pandangan dan persepsi semua orang.“ Sela Lisa sambil menghela nafas. Sudah dicongaknya situasi sebegini lambat laung pasti akan terjadi juga dan dia tidak tega untuk terus melihat hati sahabatnya dilapah oleh kesedihan dan kelukaan. Namun apa kan daya. Silapnya juga, tidak menarik Izzah sebelum jarak mereka menjadi lebih jauh. Selama ini dia sekadar menjadi pemerhati akan kegembiraan dan keceriaan gadis yang sudah sekian lama seakan sirna. Lebih-lebih lagi sejak teman lelaki Izzah tiba-tiba muncul dan seakan menagih kembali ruang di hati, temannya itu sering berada dalam kemurungan. Payah melihat senyuman terzahir di bibir. Wajahnya sering mendung tanpa sinar.

“Macamana engkau tahu aku ada kat sini Lisa?“ Tanya Izzah mengalih bicara dari terus mempersoalkan isu yang boleh menegangkan situasi. Dia bermain-main dengan selendang warna kundang yang memeluk tubuhnya. Sesekali terlihat jari runcing itu menyeka manik jernih yang mengacah.

“Seorang sahabat tak akan tega membiarkan sahabatnya sakit sendiri. Lagi pun bukan sukar untuk aku mengesan di mana engkau. Izzah, kita dah lama berkongsi duka dan suka… airmata yang tumpah dari mata engkau tu turut aku rasakan kesedihannya. Namun aku tak mahu engkau terus begini Izzah. Hakikat yang engkau hadapi sekarang bukan satu penamat pada perjalanan yang masih panjang malah aku rasa kalau betul engkau dan Ekmal jujur mencanai persahabatan, aku tak nampak mengapa hakikat itu menjadi satu halangan yang besar pada kalian berdua, unless kalau paksi persahabatan itu sudah berubah.“ Tutur Lisa lembut. Diseka airmata Izzah yang kini kembali tumpah.

Izzah sekadar mengeluh. Biarpun dia tahu, walau acapkali keluhan itu terluah, apa yang dirasa dan dihadapinya kini tak mungkin akan selesai.

“Entahlah Lisa… aku cuba untuk pergi dari dia… lupakan dia.. tapi aku tak daya …. Semakin kuat aku cuba, semakin sakit aku rasakan. Aku rindu sangat pada dia Lisa… rindu nak berbual, dengar dan bercerita dengan dia tapi aku tak mampu nak call dia… Kenapa aku jadi seperti ini?“ Luah Izzah akhirnya. Wajahnya disembamkan ke dada temannya. Dia kembali teresak di situ. Airmata Lisa turut sama tumpah melihatkan keadaaan temannya. Parah benar perasaan gadis itu menahan segalanya.

“Dia tak call engkau ke?“ Soal Lisa. Bahu gadis itu diusap lembut. Tidak pernah dilihat Izzah selemah itu. Bukan tidak pernah gadis itu berhadapan dengan permasalahan, tapi kali ini keadaannya tampak berbeza.

Hanya gelengan penjawab soalan yang diajukan. Lisa turut mengeluh. Mengapa tega benar Ekmal membiarkan gadis itu terkapai sendirian berenang mencari pelabuhan ketenangan. Tidakkah dia kenal sikap Izzah…. Kalau benar pun terhalang dek satu hakikat, tapi mengapa segalanya harus berlaku serta merta…. Mengapa mesti dibiarkan hati yang sudah diwarnai bunga-bunga ceria merundum dan layu bersiramkan duka. Lisa benar-benar tidak faham dengan tingkah Ekmal yang satu ini.

“Dia tak sepatutnya buat engkau macam ni. Masa suka dan gembira… ada saja ruang waktu untuk dia called engkau. Bila dah jadi macam ni, engkau dibiarkan sendiri.“ Bebel Lisa geram.

“Dia bukan macam tu Lisa. Dia juga tertekan dengan apa yang sedang kami hadapi. Bukan dia saja-saja tak nak call atau tak hiraukan aku. Aku yakin dia pun risau dengan keadaan aku, tambahan pulak dia maklum sangat situasi aku macamana, cuma dia tak tahu aku kat mana sekarang ni. Lagi pun aku ada beritahu dia yang aku tak kan ada di office dalam seminggu dua ni dan dia tak perlu call atau cari aku.“ Terang Izzah sambil menyeka airmata yang masih gah bah di pipinya.

“Walau apa pun alasan yang engkau berikan, dia tak sepatutnya ambil mudah. Fikir sendirilah apa yang mesti dia lakukan lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Seharusnya dia tak biarkan engkau sendiri.” Bidas Lisa. Dia tetap tidak bersetuju dengan cara Ekmal menangani permasalahan yang sedang bertamu.

“Tak apalah Lisa. Agaknya dia tengah cuba pujuk tunang dia kot. Itu lebih penting daripada fikir pasal aku.” Perlahan suara gadis itu. Masih mampu mengalah dan beralah biarpun hatinya sudah pasti diselimuti luka dipembaringan duka.

“Izzah, kadangkala aku tak faham dengan sikap Ekmal. Kenapa dia tak mampu nak pertahankan engkau? Setidak-tidaknya beri penjelasan pada tunang dia apa sebenarnya paksi hubungan kalian. Ini tak… dia biarkan tunang dia serang engkau dengan tomahan dan kemarahan.” Lisa menyuarakan ketidak puasan hati dengan sikap anak muda itu.

Izzah mengunci bicaranya. Tidak mahu mengulas atau memberi komen akan apa yang diperkatakan oleh temannya. Dia sedar, dirinya tak mungkin akan mendapat pembelaan dari anak muda itu terhadap apa yang telah berlaku. Kata-kata Atiqah bagai terdengar-dengar memukul gegendang telinganya.

“Awak tahu tak siapa Ekmal yang sebenarnya. Dia ni tunang saya, tak lama lagi akan jadi suami saya. Yang awak gatal berkawan dengan tunang orang ni kenapa. Dah habis ke lelaki bujang yang bukan milik sesiapa di bumi ini untuk awak kawan?.” Jerkah Atiqah sewaktu terserempak Izzah dan Ekmal di sebuah toko buku. Semua mata tertumpu pada mereka. Menjadi penonton pada drama sebabak yang tiba-tiba dipentaskan tanpa skrip dan directornya.

Izzah memandang Ekmal, meminta penjelasan siapa gadis yang gah mempertahankan haknya.

“Izzah. Ini Atiqah, tunang saya.” Perlahan kedengaran suara Ekmal memperkenalkan gadis itu segali gus memperiyakan apa yang didengarnya sebentar tadi.

Izzah menghulurkan tangan, tapi malangnya tidak bersambut. Sebaliknya selayang penampar tepat mengenai pipi gadis itu. Izzah terkedu dengan tindakan spontan yang diterimanya.

“Ini baru tamparan perkenalan. Lain kali kalau saya nampak awak masih bersama Ekmal, jangan salahkan saya kalau tindakan saya lebih dari apa yang awak terima hari ini.” Garang gadis itu memberikan peringatan berbaur amaran. Tangannya sudah menarik Ekmal agar menurut langkahnya meninggalkan Izzah terkapai-kapai sendirian. Rela dalam keterpaksaan, Ekmal Rahimi terpaksa menurut meski dia sendiri terkejut dengan tindakan drastik dan berani gadis itu. Sebelum berlalu, masih sempat dia mencuri pandang ke wajah Izzah yang sudah berona kemerahan menahan segala rasa yang pastinya sudah bermukim di dalam jiwa.

“Tak payahlah engkau flash back apa yang telah berlaku. Ianya akan lebih membuatkan engkau rasa sakit dalam luka dan kecewa. Kalaulah aku ada waktu tu, aku tak akan izinkan perempuan tu sewenangnya letakkan tangan dia di pipi engkau. Baru jadi tunang, dah berlagak.” Cemuhan Lisa menarik kembali Izzah dari gawang kenangan pedih itu. Geram dan simpati dengan apa yang telah menimpa sahabatnya, malah dia lebih geram dengan sikap Ekmal yang lebih tega sekadar melihat apa yang telah terjadi. Tidak sedikit pun dia cuba menahan perbuatan tunangnya itu.

“Lisa, aku nak pergi jauh dari semua ni.Aku tak nak jadi pengganggu pada kebahagian orang… aku tak nak Ekmal dan tunang dia bersengketa gara-gara kehadiran aku meskipun hakikatnya antara kami tak punya hubungan selain dari sebuah persahabatan. Aku tak nak dia susah kerana aku Lisa.” Luah Izzah sambil menahan sebak. Hatinya sedih dengan keperbagaian dugaan yang datang dalam hidupnya.

“Sabarlah Izzah. Allah sedang uji kekuatan hati dan ketabahan jiwa engkau. Aku tetap ada walau dalam apa jua keadaan. Engkau pun tahukan yang aku sayang sangat pada engkau.Aku tak mahu engkau kecewa dan disakiti.Aku tak sanggup lihat engkau sedih dan menangis lagi. Pedih rasa hati aku bila lihat airmata engkau mengalir kerana orang yang seakan sengaja tidak memahami perasaan engkau.”

“Terima kasih Lisa. Aku beruntung ada sahabat seperti engkau yang sudi berkongsi segalanya. Maafkan aku kerana banyak menyusahkan engkau selama ini, tapi aku tak pasti samada aku mampu menghadapi hari-hari yang bakal mendatang tanpa khabar dari Ekmal. Apa pun aku akan cuba, walaupun sakit dan siksanya bakal melapah dan memamah hati dan perasaan aku. Aku sekadar mahu dia gembira dan bahagia.” Tutur Izzah perlahan. Bening kolam matanya gagal menyembunyikan apa yang sedang enak bercanda dipantai hati.

Lisa memeluk sahabatnya. Sudah banyak yang ditempoh sebelum ini, tapi situasi yang satu ini bagai mencuri dan merompak kekuatan dan ketabahan gadis itu. Dia umpama hilang semangat untuk meneruskan perjalanan di rel kehidupan yang sudah tersedia. Perlahan-lahan Izzah merenggangkan tubuhnya. Menghantar pandangan ke suram senja bermega jingga yang terbias di kaki langit. Memang dia suka menyaksikan panorama sebegitu malah tiapkali diamuk keresahan, pantai itulah yang akan dikunjunginya. Agak lama Lisa membiarkan Izzah bermain dengan perasaan. Tidak sampai hatinya untuk menegah namun akhirnya perlahan-lahan gadis itu mula mengatur langkah. Lisa sekadar mengikut dan tika itu sayup-sayup terdengar bait-bait lagu nyanyian arwah Sudirman mendendangkan lagu ‘Jauh Di sudut Hati’ berkumandang mengiringi langkah mereka berdua menuju ke ruang lobby hotel. Hati Izzah kembali diramas kesedihan dalam duka lantas manik-manik jernih terungkai lantas bah di pipinya……

Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu

Nafas terakhirku

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home