Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, September 19, 2007

Erm......

Lately ni aku bagai dibelengggu kebusyan... sudah tujuh Ramadhan... namun malangnya aku masih belum berpeluang untuk berbuka secara betul-betul 'SEMPURNA'. Aku sedar along dah mula kurang senang dengan keadaan ku malah sudah dua tiga kali aku terdengar ungkapan yang diutarakan samada secara langsung atau sinis, dan aku masih lagi buat bodoh.... bukan tak mengendahkan, tapi apa pilihan yang aku ada..... minggu lalu sibuk dengan proses berpindah ke permis baru dan minggu ini sibuk dengan proses mengemaskan segalanya. Hari ini hari ke tiga aku bertugas di 1 Sentral. Keletihan masih membelenggu dan tidak aku nafikan sebenarnya aku memaksa diri untuk cuba menyelesaikan segala tuntutan tugas yang sudah sekian lama terpikul di bahuku. Terkadang hati bagi diacah.... kalaulah dulu aku mampu menamatkan pengajian dan tidak mengikut arus emosi, mungkin hari ini aku tidak berada di sini.... Namun aku sedar, kekesalah itu sudah terlambat.... aku tak mungkin mampu memutarkan gugusan waktu untuk kembali ke detik yang telah lama berlalu. Justeru itu aku cuba memasrahkan diri sedapat yang mungkin. Di permis baru ini, aku bagaikan terbuang sendirian…. Batch pertama yang melangkah ke sini memisahkan aku terus dengan sahabat-sahabat yang masih betah di permis lama… Ah! Rindunya aku pada mereka… khususnya Trisya…. Rindu nak dengar gelak tawanya…. Nasihat dalam marah dan sinis teguran… namun tidak pernah sedikitpun ku simpan tiap perkataan yang termuntah dari ulas bibirnya di hati… aku kenal sahabat ku itu…. Sekarang aku sedang diulit kebosanan… system slow…. Segalanya diluar kawalan malah yang lebih buat aku panic hingga kini bila back up yang ku lakukan last Friday tiba-tiba hilang… yang tinggal hanyalah folder kosong tanpa documents yang sepatutnya…. Menangis aku waktu retrieved kembali drive yang disediakan hari Isnin yang lalu…. Melihat folder kosong, menyesakkan mindaku… berbagai yang menyerbu masuk, memikirkan segala kemungkinan yang mungkin terjadi. Bagaimana penerimaan managers ku bila berita ini ku khabarkan…. Apakah kesalahan akan terus dilempiaskan ke pundak bahuku…. Entahlah.. dan akhirnya hingga jam 01.30 pagi baru aku sampai ke rumah dari permis lama semata-mata untuk cuba mendapatkan kembali segala yang ghaib. Malangnya hingga hari ini aku tetap di tamu kehampaan dalam segenap sudut. Nasib baik juga dua dari managers ku memahami situasi yang aku hadapi…. Terhulur simpati walaupun ianya tidak mampu mengubah apa-apa. Tak daya rasanya minda untuk terus memikirkan segala yang masih samar… Apa pun aku tetap cuba menyulam harapan agar ada penyelesaian yang bakal terhasil dan andai sudah tersurat segalanya ghaib tanpa dapat di kesan, hanya pengertian yang ku pohon dari mereka semua. Aku akan try to re-do segalanya semula walaupun mungkin ianya kan mengambil waktu lapang dan rehatku…..

2 Comments:

  • At September 20, 2007 at 2:14 PM , Blogger triSYA said...

    ala kassimmm!! buat apa lah ko rindu kan kat trisya yang bermulut leser seorang ni? bukan dpt apa pun.. kena sindiran2 pedas ada ler hehehe apa pun stay cute and stay healthy.. jgn dok ingat kerja jer.. kerja2 gak tapi ingat along kat rumah yg dok suka membebel mcm mak nenek.. mengalahkan dj @FBI & FAFAU kat hot.fm tu lainlah kalau ko suka dengar bebelan nyerr umuahahahha.. jangan marah ar!!

     
  • At September 20, 2007 at 3:22 PM , Blogger pu3Chempakabiru said...

    iyer lah tu.... apa pun bebelan dia dah over power sekarang ni.. mengalahkan poweranges lagi.... tapi aku tahu jauh di sudut hati, dia sayang bangat sih sama gue... heheeee...

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home