Bubur Lambuk vs Biskut cicah air Ribena
Erm sebut pasal bubur lambuk aku teringat satu kisah... kisah keperihatin seorang insan terhadap insan lain... kisah bermula dalam bulan Ramadhan... kalau tak silap masih awal Ramadhan lagi.... semuanya gara-gara sikap workaholic yang sejak akhir-akhir ini seakan makin menjadi-jadi dalam diri hinggakan terpaksa berbuka dengan Biskut bercicahkan Air Ribena... Well... tak pernah dibuat orang kan... tapi itulah yang dilakukan oleh insan pelik ni..... Sapa insan pelik tu.... erm tak payahlah aku kepohchi kat kat sini... Anak china makan pengat... sendiri mau ingatlah. Akibat mendengar member tu berbuka puasa dengan biskut yang bercicahkan air Ribena, telah mencetuskan rasa belas dan ehsan dihati seorang insan untuk mengorbankan waktu dan merelakan diri dalam ketidak relaan 100% membiarkan dirinya terpenjara dalam kesesakan jalanraya sewaktu orang lain bertali arus pulang untuk berbuka puasa. Hanya kerana itu maka sebekas bubur lambuk di hulurkan..... terharunya rasa hati.... menatap bubur yang terhidang sebenarnya menggamit hati pada rasa pilu dan entah bagaimana airmata ini mengalir mengiringi tiap suapan yang menziarahi mulut. Ku renung biskut dan air ribena yang tetap setia di sisi... apakah dia akan menitipkan bubur itu andai tidak mendengar kisah biskut bercicah air ribena.... dan bukan aku ingin mempersoalkan segala yang dilakukannya pada diri ku, tapi mengapa dia sanggup bersusah payah hanya kerana tidak mahu biskut bercicah air ribena ini menjadi sajian berbuka puasa untuk insan seperti aku.... dan aku teringat kata-kata seseorang....'Ko jangan nak perasan... Aiman tak kisah hantar bubur tu bukan pasal apa.... pasal dia kesian kat ko dan yang lebih penting dia tak nak ko tersadai lagi kat spital... menyusahkan dia nak pegi ziarah ko aje. Apa pun aku rasa so sweet dengan apa yang dia lakukan......' Erm... maybe betul.... just kesian + simpati membuatkan semua itu terjadi.......
2 Comments:
At September 19, 2007 at 1:55 PM ,
roy said...
bukan kasihan + simpati dan juga bukan kerana aku tak mahu melawatnya di hospital, tetapi kerana aku mahu dia berbuka dengan dengan makanan yang lebih berat..aku tahu dia pasti balik lambat dan pasti tidak akan makan di rumah nanti...
At September 20, 2007 at 1:47 PM ,
pu3Chempakabiru said...
Erm....
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home