Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, September 13, 2007

Tarian tinta…..

Erm dah 1 ramadhan hari ini. Syukur alhamdulillah, aku masih lagi maintain walaupun pagi tadi tak berapa selera untuk bersahur. Tu pun terpaksa makan sebab tak nak dengar kak long bising dan risau…. Tah lah… Bersahur tadi kak long buat sup tauhu, masak kicap daging, sayur campur dan goreng telur. Rajinnya kakak ipar aku yang sorang tu… semua disediakan sendiri walau dalam keadaan yang agak kurang sihat. Merci kak long… luv you so much….Menantu mama yang sorang tu tetap tahu menjalankan tanggungjawabnya. Malam tadi dah bermula solat tarawih berjemaah dan tadarus di rumah. Ngah mengambil alih tempat papa mengimami solat kami sekeluarga. Sebak rasa hati bila mendengar suara ngah yang sayu membaca doa… sementara long mengimamkan qiamullai’ dinihari tadi. Terasa kerinduaan pada papa meresap di dalam hati… Kalaulah papa ada… tentu lebih seronok… pasti akan ada saja tazkirah yang papa sampaikan sementara mengisi waktu terluang. Kata papa, bulan Ramadhan yang datang ni harus diisi dengan sebaik mungkin justeru kita tidak tahu apakah kita akan bertemu lagi dengannya pada tahun yang akan datang. Apa yang tidak sempat dilaksanakan tahun lalu, maka tahun ini lah waktunya. Hari ini aku kebusyan tahap dewa… tinggal esok sahaja lagi sebelum kami semua berhijrah ke daerah baru. Banyak yang perlu diperkemaskini. Barang-barang boss sudah mula berselerak… dari pada sekadar memandang, akhirnya aku melangkah dan menghulurkan bantuan tanpa memikirkan sakit yang mula mengacah dan sesekali singgah lantas melancarkan serangan. Tadi pun jari ku dah luka… becok mulut boss aku bila melihat darah menitis laju dari jari yang dah robek….. aku pulak buat muka sardine… sekadar mempamerkan senyuman dalam menahan rasa sakit yang mula menjalar. Setelah membalut luka, aku kembali meneruskan apa yang tertangguh walaupun boss dah mula bising melarang membuatkan aku akhirnya terpaksa jugak akur menerima arahannya.. Maybe dia risau bila lihat wajahku sudah berubah sedikit pucat tambahan pulak aku berpuasa.. dalam duduk-duduk, minda ku pulak buat penghijrahan….

Malam semalam, aku kembali jadi burung hantu… membaca koleksi novel yang sempat ku rembat sewaktu keluar dengan Trisya minggu lalu. Tapi yang pelik, satu plot cerita pun tak terakam dalam minda…. Aku macam tak faham dengan apa yang aku baca…… kenapa ekk…. ni mesti pasal minda aku dah termuat dengan sesuatu yang berlaku. Insident pagi semalam masih menyapa lebih-lebih lagi aku mendapat panggilan darinya. Mengapa yer, lewat kebelakangan ini macam-macam yang berlaku diantara kami. Aku cuba halusi dan renung…. Apakah yang tersirat dalam segala kejadian itu…. bagai ada petanda namun… Ah! Sesungguhnya aku takut untuk memikirkannya…. Takut andai apa yang singgah di minda jadi kenyataan. Mampukah aku hadapi segalanya tika itu….. dapatkah ku rawat sekeping hati ini andai ianya kembali luka…Ah! Aku benar-benar kalut… namun dalam kekalutan itu, aku seakan beroleh kekuatan yang entah dari mana datangnya. Menawarkan bantuan padanya andai permasalahan yang timbul semakin kronik setelah jalan penyelesaian makin suram. Aku tidak mahu dia terpenjara dalam situasi sedemikian justeru aku sedar bebanan permasalahan di pejabat sudah cukup menekan dirinya. Meski aku gagal menjangkau sejauhmana relevant dan benarnya akan tiap yang aku dengar, namun aku tidak mahu ada sebarang sessi soaljawab di dalam hati. Tidak perlu wujud mahkamah yang diadili oleh gerak naluri biarpun selama ini gerak naluri ku belum pernah tersasar…. Aku tidak mahu mempersoalkan kejujuran seorang insan… biarlah dia sendiri yang membuktikan segala fakta dan akta yang sampai kepadaku bukan satu omongan bersolekkan kepura-puraan… tidak juga bertarikan ‘TEST MARKET PRICE’ terhadap diriku. Aku percaya dia bukan jenis yang suka mengambil kesempatan terhadap keperibadian insan lain. Entahlah…..

‘Duhai hati….. Dalam sinar Ramadhan ini,kau dan diri diduga lagi. Namun jiwa seakan redho dalam pasrah yang bertunjang pada satu kekuatan yang entah dari mana hadirnya.Insan diduga tanpa Allah sayang, tapi apakah dugaan yang sedang hadir ini jua tergolong dalam tanda sayang darinYA???? Ya Allah, bukan niatku persoalkan segala yang aku alami kini. Kerana izin dariMU, KASIH SAYANG ini mungkin sudah tersurat menjadi miliknya. Sesungguhnya dia terlalu baik sebagai RAKAN DAN SAHABAT dan aku teramat sayang akan persahabatan yang sudah terjalin ini. Tidak pernah terlintas maupun tercetus nawaitu di hati membina kebahagiaan diri atas airmata insan lain. Ya Allah Ya Tuhan ku… di hening Ramadhan ini, ku panjatkan munajat padaMU. Lindungilah dirinya dan insan-insan yang aku sayangi dalam limpah rahmat dan kasihsayangMU. Andai aku menjadi pun ca permasalahan yang dihadapinya, tariklah aku keluar dengan penuh sabar dan tabah sekeping hati. Sesungguhnya aku tidak mahu dia susah kerana diri ini.Hanya kepadaMu ku serahkan sekeping hati yang sudah bercorak dengan pelbagai paten kelukaan dalam kedukaan ini… Aminnn…..’

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home