Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, December 07, 2007

Satu kisah…..

Baru hari ini aku masuk office. Semalam aku dipaksa MC. Kerja dah tersedia di meja. Ada chart yang boss nak aku buatkan disamping taip proposal yang dia dah drafkan. Aduh! Lihat tulisan boss aku yang sorang ni buat aku mengeluh. Memang aku masih belum mampu memahami keseluruhan stuctur tulisannya.

Aku masih mampu termenung. Memikirkan tentang diri dan mengimbas apa yang telah berlaku….. Kenaapa dengan aku???…. Apa lagi yang tak kena dengan diriku ini…. Malam sebelumnya aku jatuh dalam bilik air, malam berikutnya aku muntah… tapi bukan muntah biasa… muntah darah…. Aku jadi panik bila tiba-tiba aku rasa tubuhku macam ringan dan lemah… Ah! Kenapa pulak ni, masakan sebab aku sedang dalam ‘KEUZURAN’? tapi ‘KEUZURAN’ ku dah sampai ke penghujung…. Lelah rasanya bila terpaksa membiarkan minda berfikir dan terus berfikir. Akhirnya aku just berbaring. Perut yang lapar tak aku hiraukan…. Sebaliknya aku lebih risau bila mengenangkan yang aku bersendirian di rumah. Kak Long masih di Kuala Kangsar dan mungkin akan pulang pada hujung minggu ni. Aku cuba cari ubat yang Doktor Kamal berikan baru-baru ni. Erm entah kat manalah pulak aku campakkan ubat tersebut. Dalam keadaan sebegini, hanya airmata yang deras membasahi pipi. Aku benar-benar takut namun aku cuba bawak bertenang. Jangan Panik…. Ucapku pada diri…. Dan akhirnya aku sekadar mampu membiarkan tubuhku terbaring di atas katil. Walaupun aku dah tak muntah, tapi darah merah yang cair masih lagi wujud dari mulut ku. Tuala yang ku pegang sudah bercorak dengan tompokan darah. Nombor telefon Dr Kamal ku dail…. Tapi tiada jawapan. Ah! Ke mana pulak doktor sorang ni. Dating apa ke… aku cuba sekali lagi dan kali ini nasib ku baik. ‘Doktor Kamal, tolong…. Saya tak tahu kenapa saya muntah darah.’ Aduku tanpa berlengah. ‘What happen to you. Macamana boleh jadi macam tu. Dah berapa lama, kenapa baru sekarang called?’ Aku dihujani persoalan dari orang yang tak sepatutnya. Aku terpaksa mengunci bicara lantaran sudah tidak punya kata-kata. ‘Orang degil macam awak ni memang suka menyiksa diri. Siap… saya datang ambil. Lebih kurang 20 minit dari sekarang saya sampai.’ Belum sempat aku membuat bantahan rasmi atas arahannya, talian sudah bisu. Aku mengeluh…. Kenapalah aku harus hadapi situasi sebegini… aku terkenangkan ‘DIA’. Tadi sempat aku berkomunikasi dengannya dan sempat juga aku beritahu akan apa yang aku alami. ‘DIA’ sempat menitipkan pesanan supaya aku minta tolong Abang Zack andai aku perlu ke hospital. Airmata ku sudah jatuh berderai.Telefonku berlagu dengan nombor yang memang langsung tak aku kenali. ‘Saya dah ada kat luar rumah awak.’ Terkedu aku mendengarnya. Pantas langsir tingkap ku kuak dan terlihat seseorang sedang berpeluk tubuh berdiri di luar kereta. Sebuah keluhan terluah akhirnya. Aku masih berlengah-lengah… saja mendera si penunggu yang langsung tak ku undang akan kehadiran malah tidak aku harap akan kewujudannya. Sekali lagi telefon ku berlagu tapi kali ini menandakan satu sms berada didalam inbox ku. ‘Kalau tak nak jiran-jiran awak saya hadiahkan dengan bunyi hon, baik awak keluar sekarang’ Aku menarik muka masam. Geram bila diarah dan diperintah. Akhirnya aku terpaksa akur dalam seribu keterpaksaan. Sebaik melabuhkan duduk, dia terus memecut keretanya. Jalan yang diambilnya membuatkan aku terpinga-pinga tapi dia tetap berlagak selamba. Manalah dia nak bawak aku…. ‘Key kita dah sampai….’ Kereta diberhentikan disebuah bangunan empat tingkat. Aku kaget. ‘Nak buat apa datang sini?’ tanya ku spontan. Pantas mataku memanah wajahnya. ‘Nak main bowling. Dah jom keluar atau awak nak saya panggil nurse dan bawak troli seolah awak sedang mengalami kesakitan tahap kronik.’ Sinis kedengaran suaranya. Berbeza benar waktu pertama kali dia menghubungi aku tempohari. Mahu tak mahu aku terpaksa gak keluar. Terpandang wajah Dr Kamal, terus aku dibawa ke biliknya. Pemeriksaan dijalankan dan seperti lazimnya darahku pasti akan diambil. Dari wajah Dr Kamal tak susah aku menduga apa yang ada difikirannya. ‘What’s wrong… ‘ Soalan teraju dari orang yang menyibuk…. ‘She really need blood urgently. Her HB goes down again. Might be because she wormit just now.’ Terang Dr Kamal perlahan. Aku sekadar mendiamkan diri. Adiknya sudah meraut wajah. Aku tak pasti sejauhmana status kesihatanku berada di tangannya. ‘Your clinic don’t have any?’ Pertanyaan diajukan pada si abang, tapi hanya gelengan kepala menjawab soalan tersebut. Wajahku ditentang tapi aku masih selamba. ‘Saya dah okey, kalau bukan sebab adik doktor yang dah tak berapa betul ni seret saya ke sini, mungkin sekarang ni saya dah rehat dan tido kat rumah.’ Selamba ayat tu meluncur di bibirku. Walau aku tahu agak pedas dan kurang ajar, tapi aku dah terbabas. Akhirnya aku berlagak selamba. ‘Can do direct transfer?’ Tanyanya lagi. Mataku dah bulat memanah wajahnya. Biar betul dia ni. ‘That’s what I’m thinking to do, but from who?’ Adik dan abang bertukar soalan. Terus je si adik menyinsing lengan baju yang dipakainya. ‘From me… my blood suitable for her.’ Ek ala… confidentnya mamat ni. ‘No. I don’t want other blood go inside my body’ Bantahku. Ah! Masakan aku sanggup menerima darahnya…. Tidak… aku baru je kenal dia tak sampai pun 48 jam…. Ah! TIDAK… batinku terus menjerit. ‘Boleh tak kalau sekali ni awak jangan stubborn. Dalam keadaan macam ni pun awak nak tunjuk degil.Jangan dengar apa yang dia cakap. As a doctor, you need to do something to make sure her condition okey. Kalau dia nak mati pun biar ada keluarganya kat sini.’ Ya Allah mulut dia ni…. aku sekadar mampu mengetap bibir menahan keperbagaian rasa yang dah teracah bersama airmata. Kenapa aku didera sebegini….. kenapa aku perlu dipertemukan dengan seorang manusia yang bisa menyiat-nyiat hati dan perasaan ku….. Dr Kamal sekadar merenung. Mungkin belas dengan apa yang aku hadapi. Kala ini aku benar-benar rasa perlukan ‘DIA’ di sisi… tapi mana mungkin…. .’I really need YOU…’ hanya itu yang bergema jauh di dalam hati ku…. Dr Kamal terus menjalankan pemeriksaan ke atas darah adiknya untuk memastikan kesesuai dengan darahku. Dan seperti yang dinyatakan oleh mamat tu tadi, memang darahnya menepati kesesuai itu. Aku tak punya pilihan, darah dimasukkan secara direct transfer.Aku teringat dulu Dr Roslan pernah juga melakukan kaedah yang sama, tapi malangnya pantas sahaja tubuhku mengrefuse darah yang ditransfer dari tubuh angah. Kali ini bagaimana…. Aku sekadar melihat darah mengalir dari tuib di tubuh mamat tu ke tubuhku.

Hai jauh engkau mengelamun… dah sampai ke mana?” Aku tersentak. Segera wajah yang menegur ku pandang bersama sejalur senyuman paksa. “Lately ni engkau gemar betul termenung kan. Kenapa… Erm semalam apa hal… tiba-tiba je engkau MC?Kenapa?” Soalan masih kedengaran sedangkan yang diawal tadi pun aku tak jawab. “Tak ada apa-apa. Aku letih.” Dalih dan alasan lapuk yang pasti tak ada sapa lagi nak percaya. “Iyerlah tu. Ni boss suruh aku bagi pada engkau. Urgent tapi dateline tak diberitahu pulak. Teruk engkau sekarang ni. Marketing nak kena handle… secretary dan administration pun engkau… kesian aku tengok.” Member menyerahkan satu fail berisi document yang perlu aku semak dan lakukan pembetulan mengikut apa yang dah digariskan. Aku sekadar mampu mengeluh. Apa lagi yang dapat aku lakukan… namun tika ini mengapa fikiran ku melayang jauh…. Dah setengah hari berlalu… aku masih ditinggalkan tanpa sepatah kata atau sebaris pesanan…. Ke mana ‘DIA’??? Apa yang telah terjadi... Hati ku terus dipagut resah dalam gelisah yang makin mengacah perasaan.... Mungkinkah aku sedang diajar dan 'DIA' sedang mengajarku akan erti BERSENDIRI dalam mengharungi hari-hari ku... Apapun aku tidak mahu memikirkannya... menghadapi apa sahaja yang sedang aku alami dalam redho dan pasrah......

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home