Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, December 26, 2007

Bingkisan Aidil Adha

Allah huakbar… allah huakbar… allah huakbar
La illah hailallah huwallah huakbar
Allah huakbar walilla ilham……


Alunan takbir, tahmid dan tasbih sudah kedengaran selepas selesai Solat Maghrib pada malam 191207’. Tika itu aku masih di rumah, baru usai menunaikan solat Maghrib sendirian. Kak long dan anak-anak buahku sudah berada di rumah Abang Iqbal di Sri Damansara. Mengikut pemberitahuan yang telah aku maklumi, kami sekeluarga akan beraya di rumah abang sepupu ku itu tahun ini. Dengarnya Mak Long sekeluarga pun dah sampai. Ini bermakna Abang Isyqal dan Kak Min juga ada bersama. Sedang aku termenung seperti lazimnya, telefon ku berlagu. Tertera nama Abang Isyqal di skrin.

Hai Tuan puteri, cepat siap. Abang ada kat luaq ni. Segan nak masuk. Abang bagi masa 10 minit untuk adik keluaq.’ Terdengar suaranya mesra menuturkan perintah. Aku sekadar tersengeh walau aku tahu bukannya abang sepupuku itu nampak pun. Aku mencapai beg lantas bergegas keluar. Sekadar menyalutkan tubuhku dengan jubah dan tudung hitam seperti lazimnya. Terlihat wajah kedua sepupu kembarku. Tak sangka pulak yang Abang Iqbal pun ada sama. Aku memboloskan diri ke dalam kereta yang sudah menanti.’Amboi! Cantik reta. Honda Civic Bemer lagi. Bila beli?’ Soalku spontan pada Abang Isyqal. ‘Reta pinjam. Abang Iq punya. Kalau nak harap Abang Isy, tak mampu dik ooiiiii. Lainlah engineer kita ni.’ Abang Iqbal sekadar tertawa mendengar usikan kembarnya. Aku pula hanya menggelengkan kepala. Telatah mereka masih tak berubah. Tetap mesra seperti dahulu.’Kenapa adik tak mai dengan Kak Long? Tebai telinga abang kena tadah mak berleteiq. Ni pun dia yang galak sok mai ambik adik.’ Tanya Abang Iqbal bersama pengaduan tidak rasmi. Tahulah aku yang Mak Long sudah berada di rumahnya. Ah! Apalah alasan yang harus ku berikan pada ibu saudara ku itu nanti. Pasti berjela soalan yang bakal teriring sebaik aku tiba nanti. ‘Hai Tuan Puteri! Dan berangan.’ Sergah Abang Isyqal membuatkan aku tersengeh malu. ‘Adik pi mana tadi. Kak Long kata adik tak dak di rumah masa dia pi rumah abang.’ Soal Abang Iqbal sambil menentang wajahku. Abang Isyqal turut sama menjeling dari cermin pandang belakang.’Adik pi jumpa Doktor Roslan than jumpa kawan. Ada hal sikit.’ Ucapku ringkas. Perjalalan dari rumahku ke rumah Abang Iqbal sekadar mengambil masa kurang dari 30 minit. Seperti yang ku duga, mak long menyambut kehadiranku di muka pintu dan seperti lazimnya pasti seluruh wajahku akan menerima ciuman darinya. Ah! Malunya bila terlihat sengehan dari anak-anak saudara yang sedang berhimpun di tuang tamu. Sure lepas ni aku akan kena gelak. Cis…… Malam itu, rumah Abang Iqbal meriah. Bukan sekadar Mak long sekeluarga, sebaliknya Mak Ndak, Mak Teh dan Mak Chu juga hadir. Famili Abang Naim, Abang Zaim, Abang Yuzman dan Aiman juga ada. Aduh! Macam perhimpunan hari keluarga pulak rasanya bila dah berkumpul macam ni. Kalau kebiasaannya rumah Tok Mak di kampung yang jadi sasaran, tapi kali ini rumah Abang Iqbal pula. Keluarga Kak Sarah Joanne Edward Abdullah juga tiba dari UK. Bertambah-tambah meriahlah jadinya.

Sambutan Hariraya Qurban memang tetap meriah pada generasi keluarga Tok Mak dan Tok Wan. Sama seperti Hariraya Aidil Fitri. Kalau di kampung, letih jadinya menerima kunjungan tetamu yang datang bertandang. Aku lihat berbagai juadah disediakan. Kata Kak Sarah, mak long yang beriya nak sediakan semua tu disokong pulak oleh Mak Ndak, Mak Teh dan Mak Chu. Kak Sarah sekadar menurut dan mengikut kata-kata ibu mertuanya. Amboi! Baiknya menantu Mak Long hak sorang ni…. Tak membantah langsung, kalau aku, sure dah berjela pertanyaan dan soaljawab sebelum mempersetujui sebarang perintah. Apa pun ketupat palas tetap ada, begitu juga dengan bahulu bersama tumis bilis yang pastinya khusus untuk aku. Malam itu seluruh keluarga menunaikan Solat Isyaq berjemaah dengan diimamkan oleh Abang Isyqal manakala Abang Iqbal mengambil giliran mengetuai alunan takbir. Sayu perasaan tidak mampu ku bendung. Kristal jernih pecah berderai. Aku teringatkan arwah papa dan mama. Teringat juga pada along dan angah yang berada jauh bersama Tok Mak dan Tok Wan. Tiba-tiba hatiku dipagut rasa rindu yang amat sangat terhadap mereka. Ini tahun pertama aku terpaksa menyambutnya sendirian dan rupanya aku masih belum cukup kuat untuk menerima hakikat sebuah kehilangan sama seperti Aidil Fitri yang lalu. Aku akhirnya karam dalam pelukan mak long. .

201207’- Aku terjaga bila terasa sesuatu. Hidungku mengalami pendarahan lagi. Dah lama gak aku tak mengalami situasi ini tapi pagi ni… kenapalah ia terjadi lagi. Ah! Pantas aku melakukan apa yang perlu. Tidak mahu ada yang mengesan dan terkesan apa yang aku alami. Malangnya aku gagal untuk menyembunyikan tuala yang ku gunakan hinggalah Abang Isyqal menjumpainya tanpa sengaja. Sepanjang hari wajahku tidak lepas dari pengawasan matanya. Ceh! Macam jumpa bukti untuk kes di mahkamah je. Aku bukan suspect utamalah… Apa pun aku tetap berlagak selamba. Soalan yang diajukannya tidak langsung mendapat tidakbalas jauh sekali jawapan. Aku tidak tega menyusahkan seluruh keluarga dengan keadaan ku biarpun aku sedia maklum akan tahap HB dan white blood cell setelah menjalani ujian pagi semalam. Pukul 10.00 pagi kelihatan Dr Kamal hadir bersama familynya. Peliknya… Bukan ke sepatutnya doktor ni balik raya ke kampungnya, kenapa pulak boleh terbabas ada kat sini. Bila pulak dia menregisterkan dirinya sebagai sebahagian dari family members keluarga Tok Mak dan Tok Wan???. Bukan main seronok lagi aku lihat doktor tu menjamu selera. Tak segan langsung malah dia tidak terasing langsung dalam majlis tersebut. Menjelang tengahari, rumah Abang Iqbal mula menerima kunjungan tetamu. Teman-teman beserta jiran tetangga hadir menambahkan kemeriahan yang sedia ada. Ibu-ibu saudara ku bukan main sibuk melayan tetamu yang ada. Begitu juga dengan mummy dan daddy Kak Sarah. Walaupun ini pengalaman pertama mereka, tapi kelihatannya mereka juga seronok. Kak Long sempat mengingatkan aku agar jangan lasak sangat. Aku tahu dia bimbang andai aku keletihan dan kepenatan. Aku sekadar tersengeh konon aku masih okey.

Dalam kemeriahan itu, masih sempat Doktor Kamal mengkhabarkan sesuatu pada ku. Apa lagi kalau bukan perihal Ujian Bone Marrow yang perlu aku jalani. Aku tidak tahu bagaimana lebam yang ada di lengan boleh terbias pada pandangannya. Apa pun as usual, aku just buat muka sardin. Tidak memberi sebarang komen terhadap apa yang diperkatakan. Usai aku menunaikan Solat Zohor, terlihat Emil sedang asyik berbual dengan Aiman. Dari mana pulak mamat sorang ni muncul? Entah apa yang mereka gebangkan, aku tak ambil peduli dan malas nak fikir. Sedang aku best layan bahulu bercicah tumis bilis, selamba je dia datang duduk kat sebelah. Aku tahu dia nak mulakan perbualan dan topiknya juga sudah dapat ku duga. Belum sempat dia berjeda aku terlebih dahulu memberikan penjelasan. Sorry Emil…Walau apa pun yang sedang aku hadapi, tempat yang ada tak mungkin dan tak akan sesekali dapat di isi atau terisi. Tak payah buang masa sebab keputusan ku adalah muktamat tanpa ada sebarang talian hayat yang boleh dipergunakan oleh dirinya. Bicaranya selepas itu tidak menarik perhatianku lantaran hati ku lebih terfokus dan memokus pada telefon yang bisu dan kaku. Sejak usai Solat Aidil Adha tadi aku bagai menanti dan ternantikan perkhabaran tapi… Akhirnya aku redho. Cuba memasrahkan diri. Mungkin kesibukan dan keadaan tidak mengizinkan untuk satu panggilan dibuat untuk diriku. Akhirnya hingga ke penghujung hari, aku tetap bertemankan acahan rasa yang ku sembunyikan sejauhnya. Moga apa yang aku rasa ini tidak terbias dan membias hingga mampu dikesan oleh orang lain. Biarlah hanya aku yang menanggung semua itu lantaran aku sedar khilafku masih bersisa. Hati yang telah aku lukakan tak mungkin sembuh hanya dengan seungkap kata MAAF yang sudah acapkali ku ucapkan. Tidak juga dengan sedetik pertemuan tika mengadap hidangan. Apapun doaku tetap teriring dan mengiringi…memohon dan bermohon moga kesejahteraan, kebahagiaan dan kegembiraan menjadi penghias Aidil Adha biar di mana pun jua dirinya. Amin Ya rabbal A’ lamin.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home