Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, December 05, 2007

Terjawab sudah…..

Kalau Hari Jumaat yang lalu aku risau betul pasal sejambak bunga yang menziarahi aku, tapi rasanya hari ni aku cam dah tahu je siapa orang yang bertanggungjawab buat semua tu. Tapi tak lah sure sangat…. Rasa-rasa dan agak-agak je lah…. apa pun sixsence aku ni cam betul la pulak…hehehehhe camne tu… erm sebenarnya tadi aku dapat panggilan dari seseorang. Perkenalkan diri sebagai Muzammil Hisyam bin Mohd Hisa. Memang aku tak tahu dan blur… sebab not one of my friends or clients either yang punya nama sebegitu. Apa pun ya…. orang dah call, jadi kenalah juga jawab walaupun bukanlah melayan dalam ertikata GEDIK dan pantang dapat call dari kaum ADAM. Cakap punya cakap, aku tanyalah dari mana dia rembat phone number aku? Kalau office number tu, aku tak la musykil sangat tapi ni HP number aku yang memang private sehabisnya. Not everybody ada number aku lebih-lebih lagi yang memang aku tak kenal dan tak tahu akan kewujudannya. Selamba je dia jawab, he got it from his brother. Mak Aiiii sapa lah abang dia ni. Bila saja dia sebut pasal DR Kamal… aku assume doktor tu lah punya kerja. Kini aku tahulah mamat ni adik Doktor Kamal tapi yang lebih buat aku terperanjat bila dia kata dia exx staff office aku… but different industry. Biar betul…. Katanya dia dah resign less than 6 months yang lalu. Aduh! Keciknya dunia…..

Seronok gak borak dengan dia. Macam-macam yang diperbualkan dan dia cam tahu je nak hidupkan suasana. Tanya pasal orang tu lah… orang ni lah… yang masih lagi wujud kat office aku. Terkadang dia flashback pasal sum managers yang he use to work before termasuklah boss aku. Ha! Biar betul… tapi yang peliknya otak aku masih lagi tak recall rupa dia walaupun dia kata dia selalu jumpa boss aku. ‘Macamana nak ingat kalau mata asyik mengadap computer, tak hiraukan keadaan sekeliling.’ Ceh! Selamba je dia jawab bila aku kata aku tak boleh nak recall langsung rupa dia. Ayat serupa je dengan Doktor Kamal. Agaknya depa ni memang dah ada special insuran kot untuk ayat-ayat yang dipertuturkan. Apa pun yang buat aku lebih yakin akan sixsence aku bila dia kata ‘Saya harap awak sudi terima salam persahabatan yang saya hulurkan di celah kuntuman mawar merah tu walau saya tahu warna kegemaran awak PURPLE tapi mana ada bunga mawar warna PURPLE kan…..’ Ayat itu juga menjadi pengakhir conversation kami bukannya salam dan ianya berjaya memaku pandanganku pada sejambak bunga yang masih segar di meja…. Akhirnya aku tersenyum sorang-sorang macam ada wayer putus….. hehehehehee

1 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home