Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Thursday, December 27, 2007

Redho Sekeping Hati....

Rumah teres di Jalan Setia Murni itu sudah mula sunyi. Kabus yang menyerungkupi menambah kesejukan sekeliling. Malam ini aku terpaksa juga mengalah dengan desakan agar aku bermalam di rumah ini. Aku bersendirian di dalam kamar yang sepi, sama seperti sepinya sekeping hati yang aku miliki. Arghh! Siapakah yang mengerti perasaan ku tika ini.. terlalu sukar didambakan kepastian jauh sekali mengapai untuk ku dakap menyelimuti perasaan yang sering diacah. Bicara duka yang kini ku alami semakin sukar untuk dibicarakan. Bilakah puputan bayu lembut bisa mampu mendamaikan gelodak jiwa yang kian parah ini. Mampukah aku melangkah walaupun hati tersayat pilu yang bukan kepalang. Bayu lembut tetap kalah tika mendengar rintihan yang acap kali bergema. Pada siapakah dapat diluahkan luka hati ini? Siapakah yang sudi menyuntik titis kekuatan agar dapat dijadikan penawar pada kelukaan ini? Siapakah yang boleh memahami apa yang dirasai kini? Aku teringat pada Kak Long… Ah! Mustahil untuk aku luahkan pada kakak ipar ku itu sedangkan dirinya sendiri kini berhadapan dengan satu ujian dan dugaan maha hebat dari yang Esa.

“Kenapa Kak Long nampak muram je?” Pertanyaan terlontar takala wajah muram Kak Long menyapa pandangan mataku. Jarang untuk melihat wajah sedemikian terbias dan membias pada Kak Long.

“Tak ada apa-apa. Adik baru balik?” Soalan teraju kembali padaku. Aku sekadar menganggukkan kepala sambil mata masih sempat melirik pada jam dipergelangan tangan. Ah! Dah hampir jam 09.30 malam.

“Adik dah makan?” Kak Long terus membuka medan persoalan lantas mengajak aku untuk turut sama memainkan peranan.

“Dah. Di pejabat tadi.” Ucapku ringkas. Tidak mahu menyusahkan sesiapa lebih-lebih lagi kini aku berada di rumah keluarga Kak Long. Tentu mereka semua sudah mengadap juadah makan malam lantaran aku teramat maklum akan waktu yang memang sudah menjadi amalan keluarga ini.

“Naiklah mandi, kemudian solat. Nanti Bonda minta bibik siapkan makanan untuk adik.” Terdengar suara Mak Engku yang entah hadir dari mana. Aku semakin diterpa rasa bersalah.

“Tak apalah Mak Engku. Terima kasih. Adik benar-benar dah makan, kenyang lagi rasanya. Adik naik dulu yer.”Aku mencipta dalih dan tentunya sudah pasti menerima panahan mata Kak Long yang seakan mencari kebenaran pada apa yang singgah dipendengarannya.

Kaki ku pantas melangkah. Lagi lama aku di situ, pastinya medan pertanyaan itu semakin meluas dan aku tak sanggup untuk turut berada di dalamnya.

Aku menyelesaikan segala yang diperlukan, kemudian aku kembali ke ruang tamu. Tika itu jam sudah menunjukkan ke angka 10.45 malam. Terlihat Kak Long masih berbual dengan Mak Engku. Aku melabuhkan duduk disebelah kak long.

“Lupa adik nak ucapkan tahniah pada Kak Long. Harap kali ini Kak Long lebih berjaga-jaga. Tak payah nak buat kerja sangat kat rumah. Biar adik je yang buat.” Ucapku sambil meraih tangan Kak Long. Wajah Kak Long berkerut mendengar butir bicaraku. Ah! Salahkah apa yang aku perkatakan tadi? Hati bertanya pada diri.

“Tahniah untuk apa dik?” Tanya Kak Long.

“Erm! Bukan ke Kak Long expecting sekarang ni?”

Aku lihat Kak Long dan Mak Engku sama-sama tertawa kecil sedangkan aku dipagut kebingungan.

“Sapa yang beritahu adik?” Tanya Kak Long, Tawanya masih lagi kedengaran biarpun perlahan.

“Sapa lagi kalau bukan Yana. Erm! Ada apa-apa yang adik ketinggalan ke?” Aku bagai meminta kepastian. Gelas berisi air putih ku teguk perlahan. Ah! Lega rasanya bila air jernih itu membasahi kerongkong ku.

“Dengarlah cakap Yana tu. Tak adalah Mana ada Kak Long mengandung, lagi pun baru sangat lagi kan allah ambil Iman.” Tersedak aku bila Kak Long menyebut nama itu. Air yang mengalir terasa perit. Berkali-kali aku terbatuk-batuk. Tersentak mendengar nama itu.

“Jadi?”

“Tak jadi apa, yang pasti Kak Long tak mengandung dan rasanya tak mungkin mengandung kot.” Perlahan terdengar ucapan Kak Long. Bagai menyembunyikan satu kepedihan yang sedang dirasanya.

Melihat perubahan di wajah Mak Engku aku bertambah yakin tentu ada sesuatu yang terjadi.

“Tapi hari tu Yana kata Kak Long muntah-muntah, kemudian dia terdengar Kak Long sembang dengan Dr Bib. Erm Mak Engku pun ada beri amaran supaya Kak Long berhati-hati dan tak melasak sangat. Kalau bukan mengandung… apa pulak?” Aku meyoal dan tanpa memikirkan bahawa itu adalah soalan bodoh yang keluar dari minda yang ternyata tidak langsung bersedia untuk mengajukan soalan.

Aku lihat Kak Long mengeluh. Seakan berat untuk meluahkan atau memberi secebis penerangan bagi menerangi kebingungan yang sedang aku alami saat itu.

“Adik, sebenarnya rahim Kak Long ada masalah. Kak Long sembang dengan Dr Bib untuk dapatkan advise dia apa yang perlu Kak Long buat terhadap masalah ni.” Ucap Kak Long perlahan.

“Bonda suruh TAS hati-hati supaya tak berlaku pendarahan lagi. Doktor dah sahkan rahim TAS tak sihat dan perlu dikeluarkan. Mungkin juga sebab itu TAS keguguran tempohari, tapi TAS tetap nak tunggu Faizul balik. Biar Faizul yang buat keputusan dan beri keizinan.” Terang Mak Engku akhirnya. Kak Long sekadar menundukkan wajah. Aku tahu pastinya Kak Long sedih. Apa lagi yang tinggal bagi seorang perempuan tanpa rahim. Untung juga Kak Long dan Along sudah punya cahayamata, jika tidak.. aku tak mampu menggambarkan keadaan mereka.

“Bonda, pemergian Nur Iman tak ada kaitan dengan semua yang doktor katakan. Dah memang tersurat zuriat TAS itu tak akan lama dengan TAS. Allah lebih sayangkan dia dan tahu apa yang terbaik untuk kami semua. TAS redho akan pemergian Nur Iman kerana TAS tahu dia akan jadi saham buat TAS dan Abang Faizul Di sana nanti. Nur Iman tetap hidup dalam jiwa dan hati kami semua.” Ucap Kak Long lembut. Ah! Itulah kakak ipar ku. Sentiasa melandaskan tiap apa yang dilaluinya sebagai anugerah Allah untuk menambah keimanan dan ketabahan di hatinya. Alangkah baik kalau aku juga boleh melakukan sedemikian.

Perlahan-lahan ku rapati kakak ipar ku itu. Tubuhnya ku rangkul. Sebak rasa hati mengenangkan nasibnya. Ujian yang Kak Long hadapi lebih hebat dari apa yang aku alami, namun dia masih boleh tersenyum dan bersabar. Ah! Tabahnya Kak Long… Apakah ini diantara hasil didikan Along terhadap dirinya sejak mereka diijabkabulkan dulu? Hati ku tiba-tiba disapa pertanyaan.

“Kak Long tak apa-apa. Semua ini sudah tersurat dalam takdir yang sudah ditetapkan. Kak Long yakin pasti ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Kak Long redho kalau along izinkan dan sudi terima isterinya walaupun tanpa rahim.” Ucap Kak Long sambil tersenyum.

Aku dan Mak Engku mengunci bicara. Tidak tahu perbendaharaan apa yang harus diguna pakai bagi menyampaikan segala rasa yang ada di hati. Akhirnya aku mengukir senyuman. Kini tahulah aku mengapa arwah mama tidak pernah gusar andai terpaksa meninggalkan aku lantaran dia seakan yakin bahawa menantu sulungnya bisa mengambil alih tanggungjawab dan menggantikan tempatnya. Apapun aku masih belum bisa melihat arwah mama dalam diri Kak Long sepertimana ku lihat arawah papa dalam diri Along.

“Adik, mengelamun apa? Dahlah. Pegi tidur. Dah lewat ni. Esok adik kerja kan. Nanti terganggu pulak kesihatan adik. Sebelum tu jangan lupa makan ubat. Tak payah fikir sangat pasal Kak Long. InsyaAllah tarbiah yang selama ini along suntikkan dapat membantu Kak Long menghadapi segalanya. Kita semua dalam ujianNYA, Adik.. Kak Long.. Along.. dan seluruh keluarga kita, malah orang-orang yang dekat dan kita kenali serta sayangi. Apa yang penting, kita perlu cuba untuk meredhokan sekeping hati yang ada untuk menerima segalanya. Bila hati kita redho, kita akan rasakan kemanisan ujian dan dugaan yang diberiNYA. DIA uji sebab DIA sayangkan kita. DIA nak perkukuhkan ketabahan dan keimanan di hati kita. Sentiasalah ingat padaNYA sepertimana DIA tak pernah lupakan kita. InsyaAllah… semuanya akan kembali seperti sediakala. Itu pesan yang along minta Kak Long sampaikan pada adik.” Ucap Kak Long bersama sejalur senyuman yang menghiasi bibirnya membuatkan aku disapa kebingungan.

Along… entah mengapa aku tiba-tiba jadi terlalu rindu pada abangku yang seorang itu….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home