Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Monday, December 31, 2007

Selamat Tinggal dan Selamat Datang

Erm hari ni 311207... tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk tirai tahun 2007 melabuhkan tirainya. Well, dalam tahun ni rasanya banyak sangat yang terjadi dalam sebuah kehidupan... banyak yang aku tempuhi dan lalui... Ada yang manis dan tak kurang juga yang meruntun sekeping hati dengan airmata. Erm tu lah aku..... gadis cenggeng yang latelay ni cukup sinonim dengan airmata...... Kenapa ekk....

Dalam tahun ni banyak peristiwa yang mengiringi pengembaraan hidup ku di fana sementara ini. Ada yang suka... dan tak kurang juga yang mengundang airmata bertamu dan berserak di pipi. Kehadiran DIA dalam persahabatan membuatkan aku ditamu rasa bahagia dan gembira... mana tak nya dapat teman dan sahabat yang banyak sangat membantu dan berkorban untuk diriku tanpa berkira dan mengira. Namun pemergian Mama dan Papa seakan membawa bersama serpihan ketabahan dan ketenangan yang selama ini memang menipis di jiwa ku. Pemenjaraan aku di hospital tawakal juga seakan membawa lembaran baru dalam era kesejahteraanku. Di sahkan sebagai Talesimia Trait sudah cukup mengacaubilaukan sekeping hati dan kewarasan fikiran. Di samping peratusan hemoglobin yang sememangnya sedari dulu tidak pernah mahu berpihak pada diriku. Apapun aku rasa cam bangga juga sebab aku boleh dan rela membiarkan diriku menjalani Bone Marrow Test yang cukup menyakitkan malah keputusannya juga telah aku perolehi. Apapun 111207 bakal kekal dalam lipatan minda dan tersimpan kukuh di sudut hati. Tarikh yang tak mungkin akan luput sepertimana aku sering mengingati tarikh 220507. Tarikh yang mengundang kemarahan seorang teman atas kesalahan yang telah aku lakukan. Ah! justeru kerana khilafku itu juga, natijahnya aku tanggung hingga ke saat ini.... Aku tak mungkin akan dapat kembali sebuah kemesraan dalam sebuah persahabatan yang pernah terjadi... Aku tak mungkin akan dapat kembali seorang teman dan sahabat yang cukup aku sayangi..... Dan kerana apa yang telah ku lakukan itu juga, aku terpaksa belajar untuk meneruskan hidup tanpa dirinya..... Ya.. aku akur dan redho andai inilah harga yang perlu ku bayar untuk satu kesalahan yang telah aku lakukan.... andai semua ini mampu menebus dan mengembalikan bahagia dan ceria buat dirinya, Ya Allah kuatkan lah sekeping hati ini untuk menghadapinya....

Hari ini seharusnya aku tutup tirai 2007 dengan lunch bersamanya. Sudah ku rangka sesuatu dan aku juga sudah berkira-kira untuk satu makan tengahari yang agak istimewa untuk dirinya... meraikan sesuatu yang sudah lapuk sebenarnya.... tapi semua itu tak kesampaian..... Perancangan yang ku buat tidak bertemu dengan ketentuan dan keizinan dariNYA. Aku sedar, dalam aku merancang, Allah juga merancang dan tentunya sebaik-baik perancangan dan ketetapan datang dariNYA jua.... justeru itu aku cuba tabah dan menredhokan hati untuk menerima segalanya yang telah ditakdirkan untuk hari ini. Aku yakin pasti ada hikmah di sebalik segala yang telah Allah tetapkan... cuma yang pasti aku tak mungkin dapat membohongi diriku yang aku rindu untuk lihat wajahnya.... last kami jumpa dan mengadap hidangan tengahari pada 191207 yang lalu. Selepas ini aku tidak tahu malah tidak pasti bila pulak aku akan bertemu dengannya. Apakah kesempatan itu masih lagi jadi milikku atau bagaimana.... Ahhhhhhh

Kini... Ambang 2008 bakal menzahirkan diri.... Moga tahun yang bakal mendatang itu nanti bakal memahatkan ketabahan dan kekuatan dalam jiwaku untuk meneruskan orak langkah. Memudahkan aku meneruskan apa yang sudah mula meniti dalam sebuah pengembaraan yang sementara ini. Moga apa yang sedang aku usahakan dipermudahkan olehNYA. Aku sekadar berdoa, aku masih diberi kesempatan melunaskan satu impian dalam anyaman cita-cita yang sudah lama bertahta di penjuru hati.... YA Allah permudahkan lah langkah ku untuk menuju apa yang telah mula terbuka dalam aku merealisasikan sebuah impian...... AMIN....

Buat semua pengunjung Istana Kaca... Selamat Menyambut Tahun Baru 2008 yang bakal hadir... Tingkatkan usaha dalam keazaman yang sudah ada.... majukan langkah dalam memburu kejayaan..... Ingat... Tanpa Usaha, Segala impian sekadar satu Angan-angan, tapi Satu angan-angan tak mustahil membuahkan kejayaan dengan segala usaha dan pengorbanan..... Moga aku dan kita semua tergolong dalam golongan insan-insan yang akan berjaya nanti... InsyaAllah.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home