Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, December 26, 2007

Aku dan Bone Marrow



211207 – Aku selamat menjalani dan melunaskan janjiku untuk melakukan “Bone Marrrow Test”. Rawatan yang sepatutnya memakan masa kurang dari satu jam itu boleh lah dikategorikan suksess biarpun ada komplikasi luar jangka yang berlaku. Namun kehadiran Doktor Kamal sedikit sebanyak membantu mengatasi segalanya. Iyer aku tidak nafikan ianya memang menyakitkan takala jarum ditusuk ke bahagian tulang untuk mengambil marrow untuk dianalisi. Meskipun ubat bius sudah disuntik tapi kesakitannya masih dapat ku rasakan. Malah hingga kini terkadang sakit itu sesekali masih terasa. Ujian tersebut untuk mendapatkan kesahihah dan kepastian terhadap apa sebenarnya yang aku alami. Aku cuba bertahan dan redho biarpun aku harus menanggung natijahnya kerana aku nak jemput dan jumpa along dalam keadaan sihat biarpun tidak sesihat orang lain. Setidak-tidaknya aku dapat buktikan pada along yang adiknya ini masih mampu menjaga diri walaupun takala ketiadaannya. Jadi tentu kerisauan dan kegusaran along akan berkurangan malah dia akan berasa sedikit tenang untuk bepergian melanjutkan pengajian setelah kembali dari Tanah Suci kelak. Kalau boleh aku tak nak along susah hati malah aku juga tidak mahu along menolak tawaran yang diterimanya. Aku tahu sudah lama abangku itu menyimpan hasrat dan cita-cita untuk menyambung pengajiannya malah tawaran dari Oxford University bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperolehi. Justeru kerana itulah aku tega lakukan segalanya demi along. Menurut Doktor Zahid, aku akan memperolehi keputusan ujian yang dijalankan itu dalam tempoh empat hari atau paling lama seminggu. Apa pun aku tidak rasa teruja pun untuk tahu sebab aku memang dah tahu dan boleh agak yang keputusan itu pastinya tidak akan memihak padaku. Biar apa pun yang bakal dan akan aku terima, aku tetap redho dengan segala yang telah tersurat dalam perjanjian azaliku. Aku tak akan kesal dengan takdir yagn telah ditentukanNYA. Cuma yang aku harap ketabahan dan kekuatan ini masih bersisa dalam diri agar nanti aku tidak menyusahkan insan-insan yang sedia ada di sekelilingku. Andai mampu, biarlah aku menghadapinya sendiri. Biarlah diri dan hati ini yang terus menanggung serta menyimpan segala yang bakal aku ketahui nanti…..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home