Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Friday, December 07, 2007

Antara 2 Insan [continue]

BAB TUJUH

Segala agenda untuk setengah hari itu berjalan lancar. Apa yang dipinta oleh Rizal sudah diperolehi walaupun ianya sekadar selingan atau sampingan untuk membawa teraju utamanya turun ke pentas. Agenda memujuk dan penyejuk hati itulah matlamat utama yang membawa pada pertemuan di meja makan untuk menikmati makan tengahari bersama. Rizal dan Lisa puas. Terasa berbaloi segala lakonan dan olahan skrip tanpa draft yang telah berjaya mereka bawa biarpun mereka sedar natijah yang bakal mereka terima juga besar andai segalanya terbongkar. Namun demi menjernihkan kekeruhan yang masih belum terlalu tercemar dan kronik, mereka akhirnya rela.

“Ekmal, boleh tak engkau tolong hantarkan Izzah balik office.” Pinta Lisa sewaktu mereka berempat melangkah keluar dari Lake Club Restaurant setelah selesai menjamu selera. Berubah muka Izzah mendengarkan permintaan temannya itu. Tajam renungan memanah wajah Lisa yang masih mampu mempamirkan memek selamba.

“Eh! Engkau nak ke mana pulak Lisa? Jangan mengada nak ngelat. Kita dah lewat ni. Jangan jadikan appointment dengan clients sebagai alasan untuk melengahkan waktu masuk semula ke office.” Tegas kedengaran suara Izzah memberikan ingatan.

“Mana ada aku ngelat. Hari ni aku half day lah. Aku nak bawak si Rizal ni jumpa family aku. Kebetulan mak dan abah ada kat rumah kakak aku. Mamat ni pun dah tak sabar nak submit proposal dia, nak tengok berada dalam kategori mana. Samada dalam perhatian, pertimbangan ataupun terus kena reject. Aku tak nak lah pudarkan orang yang tengah disinggahi semangat Hang Tuah bin Hang Jebat.” Selamba tutur Lisa sambil melirik memandang ke wajah Rizal yang sudah tersengeh-sengeh.

Ekmal Rahimi dan Izzah berpandangan sesama sendiri. Terasa diri mereka dilontarkan ke gelanggang yang tak punya jalan keluar.

“Engkau tak beritahu pada aku pun Rizal? Sejak bila engkau serius dengan Lisa?” Soal Ekmal Rahimi. Dia juga merasa terkejut dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.

“Sorry lah brother. Dah engkau tu sibuk memanjang dengan masalah keliling tubuh. So aku tak nak tambah dengan cerita aku yang ternyata tidak sesensasi cerita engkau. Well! Apa-apa pun Izzah and Ekmal, please pray for me. Hope everything goes easy.” Rizal menggenyitkan mata pada kedua temannya itu.

“Kenapa tak beritahu pada aku yang engkau half day hari ni? Tadi masa di office, sikit pun tak tak cakap yang Rizal nak jumpa family engkau. Don’t tell me this is out of your earlier plan Lisa.” Sinis tujahan intonasi suara Izzah singgah di pendengaran Lisa dan Rizal. Mukanya sudah berubah riak. Dia bagai baru terkesan akan permainan yang bagai sengaja diaturkan untuk dirinya hari ini. Wajah Lisa dipanahnya lama. Masih menanti teman yang seorang itu bersuara walau dia sedar ianya sekadar satu pembelaan diri yang belum sah akan ketelusannya.

“Sorry Izzah, but the answered was YES. Ingat tak masa aku dan Rizal pegi pilih cake tadi. Masa tu la aku beritahu dia yang mak dan abah ada kat sini. Dia minta nak jumpa sangat. Dah terlebih berani dan confident mungkinnya. Aku pun sms kat Mrs Ng, minta half day.”

“It’s really hard to believe, but what else can I said and do. Apa pun, good luck to you Rizal. Okey lah, saya minta diri dulu.” Izzah sudah mengatur langkah menuju ke hentian teksi. Dia seakan tidak rela untuk membiarkan dirinya di hantar oleh anak muda itu. Walau pada pandangan mata kasar, permasalahan mereka mungkin sudah bertitik nokhtah, tapi dia seharusnya lebih berhati-hati. Tidak mahu kekhilafan yang sama berulang untuk kali kedua lantas melapah kembali hati yang sudah hilang petennya.

“Ekmal, this is your changes. We already do our part to help you with all our best. Everything is up to you now. Kalau you tak mahu kehilangan dia, kejar dia sekarang. Dapatkan kembali keyakinan dan kepercayaan yang pernah jadi milik you satu masa dulu.” Ucap Lisa memberikan semangat pada anak muda yang masih mematungkan diri.

“Thanks Lisa, Rizal. I really appreciated with what ever both of you have done. Selebihnya biarlah I yang usahakan dan InsyaAllah I think I found a guidance how to handle Izzah.” Tutur Ekmal Rahimi sebelum berlalu untuk menyaingi Izzah sebelum terlambat.

Lisa dan Rizal sekadar menganggukkan kepala. Mengerti apa yang tersirat didalam apa yang sudah diluahkan oleh anak muda itu, malah dari apa yang mereka lihat tadi rasanya Ekmal Rahimi tidak mungkin akan berhadapan dengan kegawatan dalam kelembutan sifat yang dimiliki oleh Izzah.

Pantas Ekmal Rahimi mengatur langkah menuju ke hentian teksi. Tertinjau-tinjau dan mencari susuk tubuh gadis itu. Ah! Masakan sebegitu cepat menghilang. Mata anak muda itu makin galak melaksanakan tugas mencari sesusuk tubuh.

“Ekmal cari siapa?” Terdengar suara lembut menyapa membuatkan bibir Ekmal Rahimi di tamu senyuman. Wajah itu direnungnya.

“Ekmal cari Izzah. Mari Ekmal hantarkan.” Pelawa Ekmal Rahimi sambil melangkah menuju ke tempat letak kereta. Izzah mengikut rentak anak muda itu. Mulutnya masih lagi terkunci. Tidak tahu apa yang harus diperbualkan biarpun segala struktur ayat sudah lama terangka di dalam mindanya.

“Diam aje… kenapa?” Tanya Ekmal Rahimi sambil menghidupkan enjin keretanya. Penyaman udara di halakan ke arah gadis itu. Radio yang terpasang diperlahankan volumenya. Bukan suara juruhebah itu yang ingin didengar, tapi sebaliknya suara milik gadis di sebelah itu yang dinantikan.

“Izzah.” Panggilan lembut Ekmal Rahimi bagai membawa gadis itu kembali ke alam nyata. Seulas senyuman terpamir di bibir comel itu. “Hey! Berangan apa ni? Boleh Ekmal tahu dah sampai ke mana? “ Usik anak muda itu sambil tertawa.

“ Dah sampai ke ISS.” Balas Izzah selamba. Terdengar tawa kecilnya. Ekmal Rahimi tersenyum. Dia berharap mood gadis itu sudah beransur sembuh dengan terpamirnya senyuman dan tawa itu.

“Izzah. Boleh Ekmal tanya satu perkara.” Berhati-hati anak muda itu mengatur kata. Bimbang andai hati yang belum betah sembuh bisa luka kembali.

“Silakan. Kalau soalan itu tidak melanggar etika kesalahan structur kata, akan saya jawab.” Balas gadis itu. Dia pantas menundukkan wajah untuk lari dari panahan renungan anak muda di sebelahnya. Entah mengapa tiba-tiba hati nya berlagu riang. Rindu yang sudah lama bertamu pada anak muda itu bagai membawa dirinya diapungan bahagia.

“Marah sangat ke Izzah pada Ekmal hingga tiada satu pun panggilan Ekmal yang Izzah jawab. Sms dan email pun tak reply?” Tanya anak muda itu perlahan.

Izzah mengeluh. Hatinya ditamu rasa sayu. Bagaimanakah cara terbaik untuk memberi penjelasan. Tahukah anak muda itu, bukan hanya dirinya yang merasakan kesakitan dari apa yang terjadi, sebaliknya dia juga siksa dengan satu desakan dan paksaan agar terus tega untuk tidak menghiraukan apa yang dilakukan oleh Ekmal Rahimi.

Melihatkan gadis itu membisu, pantas jemari Ekmal Rahimi bersulam dengan jemari runcing milik Izzah. Genggamannya erat. Tiada kata yang terucap, namun bicara dari sepasang hati mampu mengambil alih tugas mulut berbicara. Pandangan mata terus diterjemahkan oleh sepasang hati. Perutusan yang dititip pasti tidak akan direject kali ini. Lama jemari mereka bersulam. Hinggalah….

“Ini bukan jalan menuju ke office saya.” Ucap Izzah bila dilihat hala tuju kereta anak muda itu sudah tersasar dari yang sepatutnya. Ke mana pulak dirinya ingin dibawa. Hatinya berteka teki sendiri.

“Boleh Izzah call boss kat office minta half day cuti hari ni?” Tiba-tiba Ekmal Rahimi membuat permintaan tidak rasmi. Bulat mata Izzah mendengarnya. Ah! Sudah mamat ni… ada ke aku disuruh minta cuti half day… dah la Lisa pun cuti, ni aku pula… masakan boss nak approved…. Izzah bermonolog di dalam hati.

“Lagi lambat Izzah call, lagi lewat Izzah dapat keputusan. Tak salahkan kalau kita mencuba. Dapat atau tidak… itu kemudian cerita, yang penting kita dah usaha dan mencuba.” Seakan mengerti apa yang bertamu di fikiran gadis itu dari kocak dan riak yang sudah terbias di wajah.

“Kalau boss tanya, apa alasan yang patut saya berikan?” Secara tidak langsung, Izzah seakan sudah memberikan persetujuan terhadap cadangan yang diberikan.

“Katalah Izzah nak jumpa bakal mak mertua.” Selamba jawapan anak muda itu. Serentak itu juga terdengar dia menjerit kecil. Jemari runcing Izzah sudah menjalankan tugas. Lengan anak muda itu menerima hadiah dari tutur yang diungkapkan sebentar tadi. Ekmal Rahimi tertawa bila tone kemerahan menjelma di pipi gadis itu.

“Hello Mrs Ng. Izzah here. Sorry boss. If you don’t mine, I need to take half day leave today.” Ekmal Rahimi mengunci tawa bila terdengar komunikasi dua hala yang sedang berlangsung. Sesekali terlihat gadis itu menggelengkan kepala dan tertawa kecil. Macamlah orang di hujung talian sana dapat melihat aksinya itu. Ekmal Rahimi kembali tersenyum. Kereta dipandu pada kelajuan sederhana.

“Thank you very much boss.” Izzah mengakhiri perbualannya. Pantas wajah anak muda di sebelah menerima renungannya. Ada acahan senyuman yang sengaja cuba disembunyikan dari terbias.

“Boleh beritahu saya sebenarnya kita ni nak ke mana?” Tanya Izzah bila dia sendiri gagal membaca hala tuju anak muda itu yang langsung tiada berpetunjuk.

Ekmal Rahimi tersenyum. “Kenapa, Izzah takut? Ekmal janji tak akan buat sesuatu yang akan mengundang kebencian orang. Cukup lah sekali Izzah menjauhkan diri, rasanya Ekmal dah tak sanggup untuk menghadapinya samada untuk kali kedua atau keberapa sekali pun.” Memang dia sengaja membiarkan gadis itu keresahan. Ingin melihat sejauhmana keteguhan dan kekuatan hatinya bermain puzzle dalam perjalanan hala tuju yang belum ditentukan.

Kereta anak muda itu membelok ke satu kawasan perumahan di Taman Sri Hartamas. Bulat mata Izzah. Rumah sapa pulak ni. Spontan dia mengutuk dirinya lantaran menerima cadangan bercuti separuh hari itu. Apa tujuan Ekmal Rahimi membawanya ke situ. Dia semakin resah.

“Relax Izzah. Kan Ekmal dah kata tadi, Ekmal tak akan buat sesuatu yang boleh membawa padah pada Ekmal. Sebenarnya Ekmal sekadar nak tunjuk pada Izzah di mana rumah Ekmal. Namun kalau Izzah sudi untuk masuk ke dalam dan melihat segalanya itu lebih membuatkan Ekmal rasa gembira.” Tutur anak muda itu.Wajah Izzah yang sudah terbias kegusaran tidak sukar dibaca.

“It’s okay Ekmal. Not today yer. Some other days or on your wedding ceremony maybe.” Balas Izzah. Dia tidak akan sekali-kali melangkah masuh ke rumah anak muda itu. Tidak juga mahu mengundang padah andai berita ini sampai ke pengetahuan Atiqah.

Ekmal Rahimi sekadar tertawa. Lucu melihat wajah pucat yang menghias pandangan matanya sedangkan Izzah sudah mencuka. Geram dengan tingkah anak muda itu yang bagai sengaja mempermain-mainkan dirinya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home