Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, December 11, 2007

TerIngat… MengIngat….DiIngat…..

Aku terjaga lagi….. pantas mataku melirik ke telefon yang tersadai disebelah. Jelas menunjukkan angka 03.30 pagi. Aku termenung. Sudah tiga malam mimpi yang sama hadir menziarahi diriku. Kenapa…. Mengapa agaknya…. Yang menambah kemusykilan di hati bila waktunya tetap sama…. 03.30 pagi. Apakah kerana aku telah melakukan kesalahan dengan melukakan hatinya tanpa sengaja dan diiringi niat????Aku menapak ke bilik kak long. Entah mengapa hati membawa derap langkah ke bilik kakak iparku itu. Pintu yang sedikit renggang membolehkan aku melihat jelas apa yang sedang dilakukannya. Erm kak long masih bertafakur di sejadah bersama juntaian tasbih ditangan. Mungkin baru selesai berqiammulai agaknya….. dan aku… masih terpaku di pintu. ‘Masuklah dik. Erm! Mimpi yang sama lagi?’ soalan terhunus walau wajah kak long tidak terarah padaku. Perlahan-lahan aku mengatur langkah lemah. Memang aku rasa cukup lemah…. Lemah justeru minda dan emosiku sarat menahan dan membendung sesuatu dan akhirnya bahu kak long menjadi destinasi persinggahanku.’Kenapa mimpi tu hadir lagi kak long. Apa yang sebenarnya yang tersirat dalam yang tersurat disebalik semua ni? Adik benar-benar tak faham.’ Tanpa sedar ku luahkan apa yang ku rasa. Memang aku akui aku sedang diapung rasa rindu yang sengaja cuba ku lontar pada dimensi yang tak berpaksi. Aku hentikan minda ini dari terus terIngat dan mengIngat akan dirinya. Bukan kerana marah atau jauhati, tidak juga atas dasar keterasaan hati dengan apa yang terjadi lewat Jumaat yang lalu, tapi entahlah. Tiba-tiba aku menjadi tega melaksanakan semua itu biarpun emosi dan hatiku bagai dimamah oleh perbuatan ku sendiri. ‘Adik sebenarnya rindu kat DIA, adik ingat pada DIA walaupun adik cuba nafikan. Sebab itulah DIA hadir dalam mimpi adik. DIA nak adik tahu yang DIA tetap sayangkan adik dan masih sayangkan adik. Tegurannya kerana sayang dan DIA nak adik sihat walaupun tak macam orang lain.’ Ucap kak long perlahan. Kini wajahku mula mendapat sapaan matanya lantas diusap lembut. Aku tahu tak sukar untuk kak long menyelam ke dasar hati. Dari kolam mata yang sudah berkaca, tidak menyukarkan penyelamannya meski tanpa bantuan oksigen. Aku sekadar mengeluh. Aku tahu Jumaat lalu DIA tinggalkan aku dalam keadaan marah. Marah lantaran sikap degilku tidak mahu mendengar nasihatnya. Degil justeru geramkan perbuatan insan lain terhadap diriku. Sebenarnya aku bukan marah atas nasihat dan teguran yang DIA berikan, sebaliknya aku marah bila memikirkan dalam tubuhku kini mengalir darah milik orang lain yang telah disumbat dan aku diarahkan menerimanya dengan seribu keterpaksaan. Itulah punca sebenar yang membuatkan pengakhir Jumaat lalu tidak seperti selalu. Memang DIA sentiasa cuba untuk tidak menzahirkan rasa amarahnya pada diriku. Tidak juga melontarkan secara terus,sebaliknya DIA akan membisu dan membiarkan aku…. Meredakan rasa yang mengacah emosinya dengan cara tersendiri. Sedapat mungkin DIA tidak mahu aku menerima ledakan amarahnya. Itulah DIA… itulah sikapnya yang mula aku fahami sejak mengenalinya. Dalam menjauh, masih ada sms yang dititipnya buat ku lewat Jumaat nan lalu. Mengingatkan agar aku tidak berlapar dan yang lebih penting aku tidak membiarkan ubat yang ada sekadar menjadi perhiasan. Berderai kristal jernih ku tika membaca smsnya. Ah! DIA terlalu baik dan mengambil berat akan keadaan ku biarpun hatinya sendiri teracah dengan amarah yang aku wujudkan. Biarpun tika itu DIA sebenarnya berhadapan dengan keperbagaian masalah yang sudah tersusun menantikan penyelesaian dan perhatian darinya. Namun masih wujud lagi ruang untuk menyelitkan secebis perhatian terhadap diriku. Itulah keisitimewaan sikapnya yang sukar untuk ku nafikan….malah kian mengherat hati dan diriku pada gaung penyesalan lantaran menyusahkan dirinya. ‘Masih belum terlambat untuk adik minta maaf darinya. Perbetulkan mana yang silap. Percantikkan mana yang kurang. Memahami dirinya seperti mana DIA belajar memahami tingkah dan diri adik selama ini. Jangan kerana adik marah dan geram dengan apa yang Emil buat, DIA turut sama terkena tempiasnya. Itu bukan satu sikap yang baik malah tak adil untuk DIA. Kalau adik benar-benar sayangkan perhubungan ini, jagalah sebaiknya supaya adik tak menyesal andai DIA pergi begitu sahaja. Adik tak akan selalu bertemu dengan insan sebegini. Jangan sia-sia apa yang dah allah berikan pada adik.’ Nasihat lembut Kak long membawa diriku kembali pada sebuah reality. Kristal jernihku pecah berderai. Iya… selama ini dah banyak yang DIA lakukan untuk aku… dah banyak yang DIA korbankan semata-mata untuk melihat sejalur senyuman menghiasi wajahku. Secara tidak rasmi dan langsung, DIA juga tempat aku meluahkan segala yang aku rasa… Segala keteringinan ku sedaya mungkin DIA cuba memenuhinya. Tidak pernah sekali pun DIA berkira-kira jauh sekali merungut. Andai DIA punya kelapangan, pasti aku tidak kesunyian, malah dalam kesibukan pun terkadang DIA masih cuba mencari ruang agar aku tidak sendirian. Ya Allah… aku bersyukur padaMU justeru aku punyai seseorang seperti DIA…. ‘Kak Long, benarkah mimpi itu sebagai petanda bahawa adik sedang TERINGAT, MENGINGAT DAN DIINGAT……atau sekadar satu gurauan peneman lena?’ Tanyaku inginkan kepastian. Sejalur senyuman yang terbias dibibir kak long sudah cukup memberikan jawapan pada apa yang ku persoalkan…. Ya Allah… DIA benar-benar hadir sepertimana yang pernah diucapkannya satu ketika dulu…..dan tiba-tiba mindaku mengapung diri….. ‘Nanti kita jumpa dalam mimpi yer. Saya tunggu awak. Dah selalu awak tinggalkan saya dan pergi ISS, kali ni tak payah pergi. So boleh lah kita jumpa dalam mimpi….’ Bagai terdengar ucapan yang pernah terungkap satu ketika dulu…. “Ya Allah… andai KAU izinkan, akan aku cuba memperbaiki segalanya. Jika KAU izinkan… peliharalah hubungan ini agar terus berkekalan dan andai masih ada keizinanMU, berilah kesempatan untuk aku memohon kemaafan daripadanya atas segala yang telah berlaku……” Kini aku bagaikan menjadi seorang penghitung pada tiap detik yang berlalu…. Mengharap agar kesempatan itu masih lagi milikku…. Tapi mungkin juga tidak dengan apa yang telah terjadi hari ini……dan buat pertama kalinya DIA menzahirkan rasa amarahnya pada diriku tanpa ruang untuk aku memperjelaskan jauh sekali menyampaikan maksud dan niat sebenarku.... Apapun MAAF…... justeru aku masih menyusahkan dirinya lagi..... :-( :-( Please take a very good care of yourself dan hidup baik-baik.......

2 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home