Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, December 26, 2007

Terima Kasih Teman....

251207’ – Airmata tiba-tiba bertamu… aku bagai dihimpit rasa hiba dan pilu…tapi dengan siapa harus ku kongsi…. Tiada…. Aku bagai terlontar sendirian terkapai-kapai berenang di lautan emosi yang sudah mula dilanda Tsunami. Temanku sudah selamat berada di kampungnya. Tiba-tiba telefonku beralun. Dari lagu yang berkumandang sudah mampu ku duga sapa gerangan di hujung talian.‘Hai apa khabar?Aku sedang beristirehat. Ko tengah buat apa?’ Soalan pertama yang diajukan sebaik sahaja komunikasi dua hala terjalin.’Tak buat apa.Tengah belek dairy. Erm mama bagaimana? Sihat?’ soalan ku ajukan.’Orang-orang kat sini aku tak risau, semuanya okey. Aku lebih risau pasal ko kat sana. Ko macamana? Okey?’ Aku tersenyum walaupun aku tahu bukannya dia dapat melihat sejalur senyuman yang terbias di bibirku.’Aku okey je macam biasa’ Alasan ku cipta seadanya. ‘Iyerlah tu. Ko bukan seorang pelakun dan tak akan mampu jadi seorang pelakun lebih-lebih lagi dengan aku.’ Tuturnya sinis. Aku terdiam. Tidak tahu apa yang harus ku ucapkan untuk mengwujudkan sebuah keyakinan di hati seorang sahabat yang jauhnya berpuluh ribu kilometer dari ku.’Aku dapat rasakan kesedihan ko tu tapi aku nak ko tabah. Permasalahan tak akan selesai kalau korang ambil sikap berdiam dan mendiam.’ Aku terkedu mendengarkan ucapan yang tidak ku duga sama sekali. ‘Apa yang engkau cuba sampaikan. Maaflah aku kurang faham.’ Terdengar dia ketawa manja. ‘Kalau korang tak ada masalah, seharusnya apa yang aku cakap tak mendatangkan apa-apa impact maksimum di hati ko kan. Betul tak?’ Aku diacah dengan sebuah sindiran.’Erm…’ Hanya itu yang mampu terluah. Masakan aku perlu bercerita akan kemelut yang sedang melanda. Aku tidak mahu merosakkan kegirangan percutiannya disamping keluarga tersayang. TIDAK… itulah kata hatiku. ‘Well, tak ada apa yang berlaku dan engkau tak perlu risau pasal aku. Seharusnya engkau gunakan kesempatan dan waktu yang ada ni untuk bercuti sepuasnya dengan mama dan family yang lain. Tinggalkan seketika dari fikir pasal aku kat sini. Don’t worry, aku okey dan akan terus okey sampai engkau balik malah aku dah janji dengan along akan tunggu depa semua balik dari sana. Lagi pun macam yang aku beritahu pada engkau hari tu, aku dah selamat menjalani minor operation untuk Bone Marrow test. InsyaAllah tak ada apa-apa dan masih ada waktu.’ Ucapku bersama tawa yang sengaja ku perdengarkan. Dia mengeluh… dan aku masih terkial-kial mencari penafsiran apa makna keluhan itu. ‘Kenapa korang mesti jadi macam ni?’ Soalnya perlahan. Aku terdiam. Membisukan pertuturan agar tidak menziarahi pendengarannya. ‘Aku tahu lately ni banyak yang ko pendam sendiri. Aku bukan lagi tempat untuk ko berkongsi rasa. Kenapa mesti ko siksa hati dan diri ko sendiri? Tiap orang tak pernah lepas dari melakukan kesalahan. Samada kecil atau besar, salah itu tetap akan berlaku selagi kita bergelar manusia. Yang penting kita sedar akan kesilapan itu dan mahu mengakui dan memperbaikinya. Aku yakin ko tak berniat terhadap apa yang telah terjadikan. Aku kenal ko bukan sehari dua…. Faham sangat dengan perangai ko tu. Aku sayang sangat kat ko cuma terkadang aku kesal bila ko masih rela membiarkan hati ko luka. Kenapa mesti ko rahsiakan segalanya dari aku? Ko hadapi semuanya sendiri walaupun hakikatnya ko tak mampukan.’ Soalan diasak meski tidak secara terang membuatkan kristal jernih yang sudah menguntai ditubir mata pecah berserak di pipi. Aku akhirnya tersedu sendiri dan tidak sukar pendengaran ini menangkap sedu yang mula kedengaran di hujung sana. Ah! Empang airmata temanku turut sama pecah. ‘Entahlah… aku bukan kawan, rakan, teman jauh sekali sahabat yang baik untuknya. Aku dah susahkan dia dan rasanya aku tak akan dapat kembali apa yang pernah ada pada aku satu ketika dulu. Dia dah tak seperti dulu malah antara kami juga seakan sudah terbina jurang biarpun tidak kelihatan.’ Sebak rasa dada bila mengenangkan hubungan yang semakin suram dan hambar lewat kebelakangan ini. Meski pada zahir ianya bagaikan sudah pulih, tapi reality yang membias di perasaan ku tidak sealiran dengan apa yang terbias di pandangan dan pendengaran. Terasa seakan hanya aku yang masih menganyam buih-buih harapan sedangkan dia…Apakah hanya aku seorang sahaja yang masih beriya dan sayangkan perhubungan dan persahabatan kami…. Entahlah….’Ko jangan fikir macam tu. Ko ingat tak... dulu kita pernah mengalami apa yang sedang korang alami sekarang tapi selepas itu kita jadi teman dan sahabat yang rapat dan paling akrab. Kita mampu berkongsi suka dan airmata. Ko yakinkan, tuhan menguji sebelum diberiNYA bahagia pada kita. Perbanyakkan berdoa moga perhubungan korang akan pulih semula. Kalau dia sayangkan persahabatan dan perhubungan korang, tentu dia juga tidak mahu segalanya berakhir begitu sahaja. Aku nak ko banyak-banyak bersabar. Sebelum ini ko tabah menghadapi dugaan. Aku tetap ada dengan ko dan akan sentiasa ada.’ Kami bertangisan lagi. Pilu hatiku mendengar ucapan ikhlas dari seorang teman yang sudah terlalu banyak berkongsi segala yang kami rasa. ‘Ko jangan banyak menangis, ko baru je lepas buat operation. Walaupun kecil, tapi ko tetap kena jaga kesihatan. Aku tahu ko sayang sangat pada sebuah persahabatan dan aku bukan buta walaupun hakikatnya kita ni sama-sama rabun untuk melihat betapa sayangnya ko pada persahabatan di antara korang cuma aku tak nak kesihatan ko jadi pertaruhan.’ Ucapnya lagi. Aku sekadar mampu mengeluh. Banyak yang berada di minda dan perasaan, tapi aku tidak pasti, apakah selayaknya aku luahkan pada teman yang sepatutnya sedang diulit keriangan bersama keluarga yang sudah lama tidak ditemui. ‘Luahkan lah apa yang ko rasa dan menangislah kalau semua itu mampu buat ko rasa sedikit kelegaan dan ketenangan. Aku tahu banyak yang ko simpan dan pendam.’ Terdengar pujukan lembutnya. Aku tahu kalaulah aku berada bersamanya, pasti kami sudah berpelukan sambil bertangis-tangisan. ‘Aku tak seharusnya menyusahkan engkau dengan apa yang sedang aku lalui sekarang.’ Keluhku lagi. Rasa bersalah justeru membebankan dirinya yang jauh. ‘Jangan cakap macam tu. That’s what friend for kan. Bukan hanya untuk berkongsi suka sebaliknya lebih dari itu. Aku tak pernah rasa ko menyusahkan aku cuma kadangkala aku geram dengan diri ko. Sanggup biarkan hati ko terus dilukai oleh orang lain.’ Komennya tanpa pinta. ‘Semuanya ini berpunca dari salah yang telah aku lakukan dan ya sudah selayaknya aku merasakan semua ini. Terbelenggu oleh rasa kesal dan bersalah yang masih belum membebaskan diri malah aku kian terasa kehilangan sahabat yang amat dekat dengan aku selain dari engkau.’ Bicaraku seakan tenggelam dalam sendu yang cuba ku tahan. ‘Tak boleh ke dia maafkan ko atas ketidak sengajaan kesalahan yang berlaku? sedangkan nabi pun sedia mengampunkan umat, tak kan dia…’ ‘Dia bukan nabi…’ ‘Sebab dia bukan nabilah makanya dia tak layak malah tak berhak untuk menghukum ko sebegini.’ Potongnya pantas dalam soaljawab yang tidak ku duga. ‘Aku tak mahu kita pula terjerat dalam kancah perdebatan yang mungkin akan mengundang padah terhadap persahabatan kita. Aku tak mahu turut kehilangan engkau hanya kerana permasalahan yang sedang aku hadapi. Please…Aku tak sanggup…..’ Rayu ku padanya. ‘Dah lama aku tak dengar kepetahan dan kelajuan speed percakapan ko dalam mempertahankan hujah. Entah kenapa tiba-tiba hari ni aku terasa rindu nak dengar. Kenapa… ko dah terasa nak tukar identity ko ke? Selalunya ko kan jarang dan susah nak mengalah tanpa mempertahankan hujah ko terhadap sesuatu yang diperkatakan selain dari isu yang bersangkutan dengan kerja ko. Kenapa sekarang ko mudah sangat menyerah?’ Ah! Aku diprovok dan diasak dengan pertanyaan yang sudah tentu tak punya jawapan. ‘Kita cakap lain kali yer. Nanti tak pasal tinggi pulak bill engkau.’ Aku segera mencipta alasan dan dalih yang rasanya cukup relevant untuk membolehkan aku menghindari dari terus diprovok dan secara tidak langsung bakal menyusahkan dirinya. ‘Bill tak seberapa kalau nak dibandingkan dengan nilai sebuah persahabatan yang memang tak mungkin dapat aku bayar. Ko ingat tak apa yang terjadi dua tahun yang lalu? Permainan manusia-manusia di alam maya yang menjerat diri aku pada tuduhan tanpa asas. Siapa yang ada bersama aku waktu itu dan tak semena-mena membiarkan dirinya mengambil alih tuduhan yang dilemparkan pada aku? Ko lupa ke apa yang ko dah buat untuk menyelesaikan masalah tu? Aku tak pernah lupa. Ko pertaruhkan hati ko untuk dilukai semata-mata untuk kepuasan dan kebahagiaan orang lain dan sekarang ni aku bagai melihat keadaan itu semula. Dia tak sepatutnya buat ko macam ni. Walau pun ya aku tahu ko dah buat kesalahan, tapi tak kan dia nak terus hukum ko macam ni? Dia macam sengaja pergunakan titik kelemahan yang sudah dapat dikesannya dalam diri ko. Dia tahu ko sayangkan dia dan perhubungan korang. Walau apapun ko tetap akan terus hubungi dia kan walaupun aku mengeluarkan larangan. Kenapa… kerana ko ni sorang penyayang. Ko sedar tak, ko bukan sahaja pertaruhkan hati ko untuk merasakan kesakitan atas sikapnya, tapi ko pertaruhkan harga diri ko semata-mata untuk persahabatan korang. Kalau dia juga betul-betul sayangkan persahabatan ini, dia tak akan buat ko macam ni. Tak biarkan hanya ko yang tercari dirinya, Kalau dulu, kenapa dia sentiasa ada masa nak call ko… panggilan pagi sebelum memulakan tugasan dan petang sebelum dia balik ke rumah macam satu kemestian kan. Selingan sepanjang hari tu, tak perlulah aku senaraikan, tapi sekarang kenapa semua tu macam tak pernah berlaku dan dilakukannya? Macam tak wujud dan ko pulak yang bagaikan dapat jawatan baru…jadi PENUNGGU dan PENANTI yang aku pasti akan membuatkan hati ko tu sedih dalam kesakitan. Patutkah dia buat ko macam tu?’ Persoalan terus diajukan padaku. Kristal yang tadinya sudah bercantum, kini berderai kembali lantas berserak di pipiku.Bukan sengaja dia macam tu. Dia punya masalah yang perlu diberi perhatian lebih dari apa yang sedang kami alami. Tiap yang dia lakukan pasti punya sebab dan alasan. Engkau tak kenal sangat dengan dia macam aku kenal dia. Percayalah… Dia baik… malah baik sangat. Kalau tidak masakan dah banyak yang dia tolong aku. Dia pun macam engkau juga… sahabat aku yang terbaik sama seperti engkau, cuma aku sahaja bukan sahabat yang baik untuk dia dan juga mungkin untuk engkau. Aku sekadar menyusahkan kalian berdua dengan apa yang aku alami.’ Terdengar tawa sinis di talian hujung sana. Aku sedar apa yang aku ucapkan tadi tidak diterima. ‘Iyerlah tu. Ko lebih kenal dia dari aku dan walau apa pun yang aku kata, ko tetap tak akan terima kan. Okey aku tak kan paksa ko tapi aku nak ko janji dengan aku. Jangan pertaruhkan kesihatan ko hanya sekadar untuk melihat orang lain bahagia. Aku nak ko belajar untuk sayang diri ko disamping ko sayang orang yang ada di sekeliling ko. Ingat tu. Ko pergilah rehat. Dah lewat sangat ni dan satu lagi, ko jangan nak jadi permastautin tetap kat office tu. Jangan nak balik lewat selalu dan jangan asyik menyumbat perut ko dengan biskut dan air ribena. Aku tak nak tengok dan jumpa ko cengkung dan kurus tak menentu bila kau balik nanti. Kalau iyer pun nak kurus, tunggu aku supaya kita sama-sama boleh kurus. Ingat tu. Okey aku chow dulu… dan sebelum tu aku nak ko ingat yang aku sayang sangat pada ko walau apa atau siapa pun ko. Harap ko tak lupa dan tak akan lupa.’ Talian kembali bisu. Aku masih merenung telefonku yang ternyatak sudah kaku. Akhirnya kristal jernih pecah dan berserak kembali di pipiku. Terharu dan rasa terlalu bersyukur justeru allah kurniakan aku teman dan sahabat sebaik mereka. Terima kasih Teman… terima kasih atas segalanya… Aku terlena bersama rasa yang sukar untuk ku ungkap pada zahir sebuah pengucapan…

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home