Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, December 26, 2007

Yang Mana 1....

Teguran, Peringatan atau Amaran????

December 2407’ – Telefon ku berlagu. Di skrin kaku sekadar tertera perkataan ‘Private Number’. Termanggu aku jadinya. Samada menjawab atau membiarkan sahaja dan akhirnya panggilan itu ku terima jua. ‘Baik awak putuskan apa pun jua bentuk perhubungan awak dengan “R” kalau awak tak mahu susah. Awak tak rasa bersalah ke mengganggu kebahagiaan orang lain? Hey! Perempuan jenis apa awak ni ha? Dah tak ada lelaki lain ke selain dari “R”? Sanggup awak hancur dan musnahkan kebahagiaan yang orang lain miliki.’ Aku terkedu. Bagai melayang semangat dan harga diri bila disapa dengan kata-kata sedemikian dari seorang lelaki yang langsung tidak aku kenali. Tanpa salam aku dihadiahkan dan disapa dengan ungkapan sebegitu. Lama ku merenung telefonku yang sudah lama bisu. Aku kembali membelek senarai nombor yang masuk, cuba mengesan gerangan nombor yang baru sahaja menceroboh dan mengodam pendengaranku sebentar tadi. Malangnya sekadar tertera perkataan ‘No Number’. Apa pun ucapan insan itu sebentar tadi seakan betah meresap ke mindaku. Aku bertanya sendiri pada diri. Tegakah ku musnah dan hancurkan kebahagiaan milik orang lain hanya untuk kepentingan diriku dan kebahagiaan yang nyata sekali bukan hak ku? Gembirakah aku melihat airmata insan lain mengalir kerana diriku? Tidak… aku tidak akan tega melakukan semua itu malah aku lebih sanggup membiarkan hatiku yang dilapah luka dalam derai airmata. Apa yang harus aku lakukan… Ya Allah… kuatkah aku untuk meneruskan langkah ini…. Mampukah aku menghadapi satu kehilangan demi kebahagiaan orang yang aku…… Ah!!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home