Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Tuesday, December 18, 2007

Hari TerAkhirKu.....

Erm dah lama aku tak melakar kata di sini…. Dah seminggu aku biarkan istana kacaku sepi sama seperti sekeping hati yang kini aku miliki. Hari ini hari terakhir aku ada kat office. Esok aku dah start cuti untuk melaksanakan sesuatu. Aku dah bersetuju untuk jalani BONE MARROW test malah penerangan yang diberikan oleh kedua-dua doktor walau tidak banyak membantu mengwujudkan keyakinan tapi mampu membuatkan aku menerima saranan mereka. Iye…. Apa salahnya kalau aku cuba kan…. Lagi pun lately ni ada a few symptom yang sudah aku alami membuatkan Doktor Kamal bertegas untuk meneruskan ujian ini. Sakit ke… erm rasanya memanglah sakit kot…. Tapi menurut kata Doktor Kamal, sepatutnya tidak akan berlaku sebarang masalah sepanjang proses tersebut. Depa just masukkan jarum untuk mengambil sedikit marrow yang terdapat di dalam tulang untuk di analisa bagi mencari punca atau mungkin jawapan pada permasalahan kesihatan yang aku hadapi. Ya… may be nak confirm perihal ANIMEA or THALASIMIA TRAIT yang aku hidapi kini atau mungkin lepas analisa ni akan bertemu perkara lain pulak… Entahlah…. Apa pun aku sekadar pasrah dan redho serta berserah pada yang maha esa. Kalau ini dugaan yang harus ku tempohi, maka aku akan laluinya tanpa banyak soal. Dua hari yang lalu aku sempat berbual dengan along yang sibuk sebelum mereka bergerak ke Arafah. Just mengkhabarkan apa yang telah aku persetujui. Along nampaknya gembira begitu juga dengan angah. Dalam perbualan yang singkat itu, aku dan jugalah minta ampun dan maaf atas segala salah dan silap aku terhadap ke dua kekanda tersayang ku itu. Iye… walaupun proses yang bakal aku lalui just a minor treatment, tapi sapa tahukan…. Kalau-kalau aku bakal bertemu MAMA dan PAPA andai itu yang tersurat dalam sebuah perjanjian ku denganNYA.. Jadi tak salah aku minta ampun dan maaf dari kedua kekanda ku yang jauh itu, lagi pun aku sedar selama ni memang aku banyak buat salah… maklum… aku bukanlah seorang adik yang sempurna dan baik… aku terlalu banyak kekurangan dan kedhaifan. Kedegilan ku pastinya sering mengundang keperbagaian rasa buat mereka malah semua insan yang aku kenali. Aku bersyukur juga bila along dan angah kata mereka dalam keadaan sihat, cuma Tok Mak sahaja yang agak uzur. Mudah letih dan sesekali diserang sesak nafas. Aku dah mula risau…. Harap aku tak akan ditamu dengan kenangan silam nan lalu. Tak sanggup rasanya untuk menerima lagi berita sedemikian, tapi kalau sudah ketentuan dan takdirNYA… siapalah aku untuk menolak semua itu….

Aku pulak bagaimana…. Sebenarnya aku masih dibelenggu rasa bersalah yang amat sangat. Biarpun semua itu bukan niatku, tapi kesalahan tetap kesalahan dan kini aku benar-benar merasakan kesannya. Sudah ku titipkan satu email pada insan tersebut, menyatakan apa yang rasanya sudah tidak perlu dan tidak ingin diketahuinya. Apa pun, aku just nak insan tersebut tahu dan ingat ‘Tak pernah sekali-kali aku terniat malah berniat untuk melukakan jauh sekali menyakiti hatinya. Lantaran menyakiti hatinya samalah seperti aku melapah hatiku sendiri malah melukakan hatinya adalah perkara terakhir yang akan aku lakukan dalam hidup ini.Tak mungkin aku akan sengaja melukannya’ tapi apa dayaku, kesalahan sudah pun terjadi…. biar ianya tidak langsung teriring niat di hati namun kesalahan tetap satu kesalahan… Dalam kesempatan yang mungkin masih ada, aku just doakan yang terbaik untuk dirinya….. dan aku yakin dia boleh jadi yang terbaik dalam hidupnya. Maafkan aku lantaran gagal menjadi seperti dia yang banyak membantu dan berkorban untuk ku…. Aku tak akan lupa dan tak mungkin lupa malah aku terlalu menghargainya. Sesungguhnya ada HARAPAN yang jauh tersemat di sudut hati sebelum aku bercuti dan meneruskan apa yang sudah menanti, tapi rasanya harapan itu bagaikan tak mungkin terlaksana. Aku tidak akan memaksa jauh sekali mendesak lantaran aku sedar hati yang luka bukanlah sehari dua untuk sembuh dan tidak juga seungkap kata MAAF menjadi penawarnya. Aku pasrah dan redho menerima segala yang kini aku alami. Mungkin ini jua harga yang perlu aku bayar atas segala khilaf yang demi Allah tidak pernah teriring niat di sudut hatiku…. Hanya satu yang ku harap darinya…. Tolong jaga diri selalu dan hidup baik-baik….. Maafkan aku atas segalanya…….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home