Wellcome 2 GlasSlipper... So kind of you 2 stop by..

Letting go of someone dear to you is hard, but holding on someone who doesn't even feel the same is harder. Giving up doesn't mean you are weak… It only means that you are trying to be strong enough person to let it go...

Wednesday, December 05, 2007

Kambing Hitam vs Angsa Putih

Kalau arwah Nyai Datuk Hj Yaakob masih hidup pasti dia akan tersenyum bila melihat generasinya mewarisi kerjaya sebagai Kambing Hitam yang satu ketika dulu pernah diceburinya. Malah rasanya itu juga yang dirasakan oleh arwah Datuk Haji Hassan bila generasinya juga rata-rata meneruskan tradisi keluarga sebagai Angsa Putih. Erm korang tahu apa yang kerjaya yang sinonim dengan ke dua istilah ini… hehehehhee tentu ada yang tertanya-tanya kan. Aku tak tahu lah istilah ni diiktiraf oleh Dewan Bahasa dan Pustaka atau sebaliknya, atau aku yang dengan penuh bangga dan sewenangnya menggunakan istilah ini untuk kerjaya tersebut. Apa pun ini lah kebanggaan sebuah keluarga.

Kerjaya dibidang perundangan bagaikan satu kerjaya tradisi yang terus diwarisi oleh generasi keturunan Datuk Haji Yaakob. Anak dan cucu-cucunya masih betah dengan kerjaya ini. Dalam tiap keluarga pasti ada yang terus kekal memegang title 'Kambing Hitam'. Tak kiralah samada seorang atau lebih, yang pasti kerjaya ini tidak terputus. Bila sesekali kambing-kambing hitam ini bertemu, makanya akan adalah perbualan berkisah pada perundangan. Berhujah, bermain akta dan fakta bukan satu yang luar biasa. Malah ini jugalah cara mereka berbincang akan kes yang sedang mereka hadapi. Buat yang alpa akan sesuatu fakta atau akta atau barang bukti, pasti akan disedarkan supaya langkah ke medah perbicaraan tidak tempang walau bukan untuk satu jaminan kemenangan. Wasiat yang tinggalkan zaman berzaman seakan satu azimat yang terus digenggam dan dipegang lantas dikelek oleh setiap generasi bergelar Kambing Hitam ini walau ke mana sahaja. ‘Dalam Al-Quran sudah tersedia segala panduan dan pedoman. Kaji dan teliti segala fakta dan bukti. Usah biarkan pertimbangan akal dan diri dikuasai atau menguasai. Tidak semua yang dilihat itu bersifat benar dan tidak mustahil yang dibela itu salah. Silap percaturan bakal menjadi saham untuk dituai di akhirat kelak. A good lawyer must always alerts with what happen aroud the case. Easy to be a rich lawyer but difficult to become a good lawyer.’ Rata-rata Kambing Hitam ini berkongsi satu kepakaran iaitu kepetahan dalam berhujah. Berdebat dan berbahas bagaikan asas yang aku pun tak tahu apakah ianya merupakan satu keperluan atau sekadar bonus tambahan. Apa pun yang aku perhatikan, tiap seorang dari Kambing Hitam pasti memiliki asas ini. Erm seronok ke jadi Kambing Hitam? seronok ke bermain dengan bukti dalam fakta dan akta? Entah, yang pasti tiap kerjaya tentunya memberikan kepuasan andai ianya kita minati dan melakukan dengan keiklasan di hati. Aku sendiri masih tercari dan mencari… benarkah apa yang aku lakukan sekarang sesuatu yagn aku suka dan ikhlas dari hati atau sekadar satu tuntutan sebuah kehidupan? Bagaimana pula dengan along…. Jurutera dan dirinya bagaikan satu gandingan yang masih mampu memperlihatkan kecacatan… tapi kenapa along masih betah pada kerjaya ini……… Erm……tiba-tiba aku terfikir sesuatu… pengajian yang pernah satu ketika dulu aku ikuti terlalu jauh menyimpang dari apa yang aku lakukan sekarang…malah jika diperlihat pada minatku, memang apa yang aku buat kini tidak langsung punya hubung kait. Erm sampai bila aku harus berada di sini…. Aku tidak juga ingin menjadi Kambing Hitam, tapi setidak-tidaknya aku melakukan sesuatu yang benar-benar aku suka. Entahlah… apa nak jadi dengan diriku ini……

Generasi arwah Datuk Haji Hassan pula terus memonopoli Angsa Putih. Contohnya family Uncle Hadi. Dari dirinya, isteri dan anak-anak seramai empat orang semuanya memegang gelaran DOKTOR. Begitu juga dengan keluarga Aunty Aisyah dan Uncle Radzi. Anak-anak mereka tetap ada yang memegang gelaran ini biarpun tidak semua. Kalau generasi arwah haji Yaakob berbangga dengan jubah hitam yang tersarung di tubuh, begitu juga dengan generasi arwah haji Hassan, uniform separas lutut warna putih bersih yang mereka pakai bagaikan penyuntik semangat dalam missi menyelamatkan nyawa setiap insan yang mereka temui. Tiap cabang perubatan pasti mereka terokai. Ireland bukan negara asing buat mereka justeru tiap seorang dari generasi arwah Haji Hassan berkelulusan dari sana. Aku sedar mereka bangga dengan kerjaya tradisi keluarga. Kalau tidak masakan anak bongsu Uncle Hadi juga memilik untuk menjadi Angsa Putih biarpun aku tahu dia amat meminati bidang perundangan kerana katanya seronok dapat berbahas dalam mencari kebenaran. Baru-baru ini aku bertemu dengan Adi yang baru balik dari menyertai missi United Nation. Angsa Putih bongsu Uncle Hadi ni memang pantang jumpa aku. Ada saja yang nak didebatkan….. Woi! Aku tahulah awak tu jaguh debat masa kat sekolah… tak payah nak action dengan aku. Memang aku angkat bendera surrender lah kalau diajak berdebat bab medic, tapi kalau bab lain… sorry beb… aku belum mahu mengaku kalah. Banyak yang kami bicarakan atau lebih tepat perbahaskan dan loyar buruk tetap bergabung menggantikan akta dan fakta. Tapi dalam pada itu, dia masih sempat menyerang aku dengan bicara tak bervaksi perihal kesihatanku….. Ingat ni medan mahkamah menemukan Kambing Hitam vs Angsa Putih ke…… Kalau iyer pun, aku bukannya Kambing Hitam walaupun dia memang Angsa Putih……Melampau betul…. Tak aci….

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home